SlideShare a Scribd company logo
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/30/perjuangan-belum-selesai/
25.3.2013
Perjuangan belum selesai
“Perjuangan Belum Selesai”
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
Inilah sajak yang dinukil dan deklimasikan oleh mantan Perdana Menteri dan Presiden
UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996. Sajak ini
membawa erti yang amat bermakna dan mendalam sebagai pesanan seorang
negarawan unggul kepada kita, generasi dan pewaris Negara, agar tidak alpa kerana
begitu banyak perlu dibuat dan bereskan, dalam proses mengisi dan menentukan
Kemerdekaan, dalam erti kata sebenar dikekalkan.
Sajak ini telah dilagukan pada tahun 2000, diterbitkan oleh Dato’ Wah Idris dan
dinyanyikan oleh Nora.
Sempena Sambutan 50 tahun Kemerdekaan besok, disini ingin dibawa semua
mengimbau kembali kejayaan Negara, menjadi tuanrumah Sukan Commonwealth XVI
11-21 September 1998, meletakan nama Malaysia sebagai negara Asia pertama
menganjurkan sukan berprestij itu dan dipersada antarabangsa, sebagaimana
disampaikan dalam lagu thema Sukom ’98, “Standing in the eyes of the world“,
ditulis oleh Dato’ Wah Idris dan David Gates dan dinyanyikan oleh Ella.

More Related Content

What's hot

Sains T2 Menganalisa kaedah pembersihan air
Sains T2 Menganalisa kaedah pembersihan airSains T2 Menganalisa kaedah pembersihan air
Sains T2 Menganalisa kaedah pembersihan air
Ong Chee Kiong
 
Rumusan format baru spm 2021
Rumusan format baru spm 2021Rumusan format baru spm 2021
Rumusan format baru spm 2021
NrhytMA
 

What's hot (20)

Ramalan karangan upsr
Ramalan karangan upsrRamalan karangan upsr
Ramalan karangan upsr
 
Bab 5 : Genetik (Sains KSSM Ting. 4)
Bab 5 : Genetik (Sains KSSM Ting. 4)Bab 5 : Genetik (Sains KSSM Ting. 4)
Bab 5 : Genetik (Sains KSSM Ting. 4)
 
Latihan Kata Nama Am Tahun 1
Latihan Kata Nama Am Tahun 1Latihan Kata Nama Am Tahun 1
Latihan Kata Nama Am Tahun 1
 
Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
 
1. menulis nombor dalam angka dan perkataan
1. menulis nombor dalam angka dan perkataan1. menulis nombor dalam angka dan perkataan
1. menulis nombor dalam angka dan perkataan
 
Bandingan semacam
Bandingan semacamBandingan semacam
Bandingan semacam
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
01 nota bentuk kata majmuk
01 nota bentuk kata majmuk01 nota bentuk kata majmuk
01 nota bentuk kata majmuk
 
PPT sains ting 2 2015
PPT sains ting 2 2015PPT sains ting 2 2015
PPT sains ting 2 2015
 
Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2
 
Latihan bina ayat
Latihan bina ayatLatihan bina ayat
Latihan bina ayat
 
bahasa melayu-penulisan-tahun-3-pat-
bahasa melayu-penulisan-tahun-3-pat-bahasa melayu-penulisan-tahun-3-pat-
bahasa melayu-penulisan-tahun-3-pat-
 
Latihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasaLatihan kesalahan tatabahasa
Latihan kesalahan tatabahasa
 
Sains T2 Menganalisa kaedah pembersihan air
Sains T2 Menganalisa kaedah pembersihan airSains T2 Menganalisa kaedah pembersihan air
Sains T2 Menganalisa kaedah pembersihan air
 
Latihan darab tahun 4
Latihan darab  tahun 4Latihan darab  tahun 4
Latihan darab tahun 4
 
Rumusan format baru spm 2021
Rumusan format baru spm 2021Rumusan format baru spm 2021
Rumusan format baru spm 2021
 
16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat 16249853 contoh-karangan-berformat
16249853 contoh-karangan-berformat
 
Asid dan alkali
Asid dan alkaliAsid dan alkali
Asid dan alkali
 
Buku log keris emas
Buku log keris emasBuku log keris emas
Buku log keris emas
 

Puisi mahathir

  • 1. http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/30/perjuangan-belum-selesai/ 25.3.2013 Perjuangan belum selesai “Perjuangan Belum Selesai” Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati Dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya Sejarah silam tiada maknanya Sekiranya bangsa tercinta terpinggir Dipersenda dan dilupakan Bukan kecil langkah wira bangsa Para pejuang kemerdekaan Bagi menegakkan kemuliaan Dan darjat bangsa Selangkah bererti mara Mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita Tugas kita bukan kecil Kerana mengisi kemerdekaan Rupanya lebih sukar dari bermandi Keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan Kalau bangsaku asyik mengia Dan menidakkan, Mengangguk dan membenarkan, Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri Bukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
  • 2. Kerana rupanya selain memerdekakan, Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Tugas kita belum selesai rupanya Bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa Perjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya. - Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996) Inilah sajak yang dinukil dan deklimasikan oleh mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996. Sajak ini membawa erti yang amat bermakna dan mendalam sebagai pesanan seorang negarawan unggul kepada kita, generasi dan pewaris Negara, agar tidak alpa kerana begitu banyak perlu dibuat dan bereskan, dalam proses mengisi dan menentukan Kemerdekaan, dalam erti kata sebenar dikekalkan.
  • 3. Sajak ini telah dilagukan pada tahun 2000, diterbitkan oleh Dato’ Wah Idris dan dinyanyikan oleh Nora. Sempena Sambutan 50 tahun Kemerdekaan besok, disini ingin dibawa semua mengimbau kembali kejayaan Negara, menjadi tuanrumah Sukan Commonwealth XVI 11-21 September 1998, meletakan nama Malaysia sebagai negara Asia pertama menganjurkan sukan berprestij itu dan dipersada antarabangsa, sebagaimana disampaikan dalam lagu thema Sukom ’98, “Standing in the eyes of the world“, ditulis oleh Dato’ Wah Idris dan David Gates dan dinyanyikan oleh Ella.