Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Tema 4. kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan
1. TEMA 4: KESEDARAN PERKAITAN ANTARA
PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN
Kesedaran perkaiatan antara pelbagai bahagian
tubuh badan bermakna perhubungan antara satu
bahagian tubuh badan dengan bahagian tubuh
badan lain atau perhubungan antara tubuh badan
dengan lantai atau alatan. Lakuan perkaitan
pergerakan adalah seperti sokongan badan,
bahagian tubuh badan yang mendahului, aplikasi
kuasa, menerima kuasa dan bentuk tubuh badan.
2. 4. Kesedaran Perkaitan Antara Pelbagai
Bahagian Tubuh Badan.
4.1. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara
satu bahagian yang lain.
4.2. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk
menunjukkan perkaitan di antara satu bahagian
tubuh badan dengan bahagian yang lain
4.3. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan
bahagian tubuh badan dengan alatan
4.4. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk
menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan
dengan alatan
3. 4.5. Menyokong badan di atas satu tapak sambil
mengerakkan bahagian tubuh badan yang lain
untuk mendapatkan kestabilan
4.6. Mengalih beban dari pergerakan yang stabil
ke pergerakan yang baru dengan menggunakan
bahagian tubuh badan untuk mendahului
pergerakan
4.7. Mencipta bentuk badan setelah menentukan
kedudukan bahagian tubuh badan
4. 4.1. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan
antara satu bahagian yang lain.
Bergerak dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua
bahagian tubuh badan seperti tangan dan kaki. Satu bahagian
tubuh badan bergantung kepada bahagian tubuh badan yang
lain untuk melengkapkan sesuatu pergerakan
Tugasan
1. Bergerak dengan dua
bahagian tubuh badan
2. Bergerak dengan dua
bahagian tubuh badan dan
tunjukkan perkaitannya
5. 4.2. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk
menunjukkan perkaitan di antara satu bahagian
tubuh badan dengan bahagian yang lain
Menggerakkan bahagian tubuh badan akan menukar bentuk
pergerakan atau pergerakan bahagian lain. Imbangan
membantu pertukaran pergerakan
Tugasan
1. Imbangan di atas dua atau
lebih bahagian tubuh badan
2. Pindah imbangan ke
bahagian tubuh badan yang
lain
3. Dapatkan kestabilan
dengan menggerakkan satu
bahagian tubuh badan yang
lain
6. 4.3. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan
bahagian tubuh badan dengan alatan
Bergerak berbagai cara bersesuaian dengan berbagai jenis
alatan, seperti melompat, melintas kayu yang diletakkan
atas skitel atau melompat dekam menggunakan bangku
gimnastik. Pergerakan perlu disesuaikan dengan alatan
Tugasan
1. Bergerak bebas
2. Bergerak ke alatan
dan lakukan pergerakan
yang sesuai
3. Tukar ke pergerakan
yang sesuai apabila
bertemu dengan alatan
7. 4.4. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk
menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan
dengan alatan
Menggerakkan bahagian tubuh badan semasa berada di
alatan. Pergerakan boleh dilakukan di atas, bawah dan
melalui alat atau alatan digunakan sebagai halangan
Tugasan
1. Tentukan kedudukan
bahagian tubuh badan
berhubung dengan alatan
2. Lakukan berbagai
pergerakan semasa
berada dalam kedudukan
itu.
3. Ubah kedudukan
bahagian tubuh badan
berhubung dengan alat
dan lakukan pergerakan
yang lain
8. 4.5. Menyokong badan di atas satu tapak sambil
mengerakkan bahagian tubuh badan yang
lain untuk mendapatkan kestabilan
Membuat imbangan badan di atas tapak yang stabil seperti
di atas satu atau dua tapak kaki, lutut, tapak tangan, atau
punggung. Tapak yang stabil menentukan pembentukan
terkawal dan kekal supaya lakuan kemas dan licin.
Tugasan
1. Sokongan pada satu
bahagian tubuh badan
2. Gerakan bahagian
tubuh badan yang sesuai
untuk menstabilkan
kedudukan.
9. 4.6. Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan
yang baru dengan menggunakan bahagian tubuh badan
untuk mendahului pergerakan
Mengalih beban bermaksud menukar kedudukan tapak
imbangan asal ke tapak imbangan yang lain seperti dari
sokongan punggung ke bahu atau tangan. Semasa mengalih
beban, bahagian tubuh badan yang sesuai hendaklah
didahului untuk memulakan pergerakan.
Tugasan
1. Lakukan satu
pergerakan yang stabil
2. Tentukan bahagian
tubuh badan yang akan
mendahului pergerakan
baru
3. Lakukan pergerakan
baru
10. 4.7. Mencipta bentuk badan setelah menentukan
kedudukan bahagian tubuh badan
Untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki, kedudukan
bahagian tubuh badan seperti abdomen dan tangan hendak
perlu ditentukan dahulu. Kedudukan tubuh badan berdasarkan
pada satu, dua, atau lebih bahagian tubuh badan.
Tugasan
1. Sokong pada manamana bahagian tubuh
badan
2. Cipta satu bentuk
tubuh badan
3. Tukar kedudukan
bentuk tubuh badan