SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
ARKIB : 20/10/2013
BunuhDiri
Oleh Sharifah Aisiah Syed Mahazar
NINA Chattu sasau seperti orang kehilangan akal. Di bumi Melaka yang telah
dikhianatinya, dia tidak tahu tempat yang mana harus didiami. Semuanya
terasa asing. Baru-baru ini, dia mendapat berita daripada sumber yang kurang
boleh dipercayai kerana yang menyampaikan adalah Kitul, orang kanan Raja
Mendeliar. Mereka merupakan pembelot dalam kota Seri Negeri.
“ Tuah sudah dapat kembali keris Tamingsari. Habislah, kita akan mati
ditikam. Lebih baik kita lari."
“ Lari ke mana?"
“ Ah, bukankah moyang kita pernah memberikan maklumat kepada Feringgi.
Kerana bantuan moyang kita, Feringgi berjaya menawan Melaka. Walaupun
bumi yang sudah tak bersultan ini kecil, tetapi Feringgi masih kekal di sini."
“ Maksudnya, kita ke Kampung Portugis?"
“ Iya, ke mana lagi. Atau kau ada cadangan lain?" Kitul menduga.
“ Kenapa kita tidak pergi ke negeri hujung Selatan saja. Di sana, negerinya
lebih moden."
“ Moden, ya. Tapi di sana juga ada undang-undang."
“ Kita lari. Tak kira ke mana saja."
Kitul menggaru-garu belakang tekuknya yang tidak gatal. Memikirkan
cadangan Nina Chattu. Keretanya baru saja ditarik oleh bank beberapa hari
yang lepas kerana gagal membayar ansuran bulanan. Rumahnya turut disita.
Nina Chattu baru saja diisytiharkan muflis.
“ Kita telah disabitkan dengan kesalahan pecah amanah. Barangkali kita akan
dipenjarakan juga kalau ke sana. Kalau kita ditangkap dan didakwa, siapa yang
akan membayar kos guaman nanti. Kita sama-sama tidak mampu."
“ Ah, ini semua gara-gara Datuk Syahbandar. Kalaulah dia tidak tamak
dengan melaburkan semua hartanya untuk saham skim cepat kaya, tentunya
kita tidak menerima nasib sebegini. Tentu kita boleh harapkan pertolongan
orang tua gila tu." Suara garau Nina Chattu bergema melantun dalam ruangan
pintu kota Porta De Santiago. Nina Chattu melemparkan senyum yang penuh
bermakna di belakang Kitul.
Detingan jam besar di hadapan bangunan merah atau dikenali juga dalam
sejarah sebagai bangunan tinggalan Belanda mengejutkan lamunan Nina
Chattu. Detingan sebanyak 12 kali itu hampir tenggelam dalam kekuatan lagu
yang dimainkan oleh beberapa orang pengayuh beca.
Bas panorama berhenti mengambil penumpang. Dia tidak tahu arah yang
hendak dituju, lantas mengambil keputusan menaiki saja bas tersebut.
“ Melaka Central." Nina Chattu menghulurkan duit kertas seringgit. Mulutnya
spontan menyebut destinasi yang dia sendiri tidak pasti tujuaannya ke sana.
“ Tak cukup pakcik. 30 sen lagi. Harga tambang dah naik." Nina Chattu
menyeluk ke dalam saku baju Melayu teluk belanga, menghulurkan duit
syiling sebanyak 30 sen.
Dia mengomel kecil. “ Ish, janji sebelum dapat undi, semua nak turun harga.
Ini yang aku malas nak keluar memangkah."
Suasana di dalam bas penuh sesak dengan penumpang pelbagai bangsa.
Beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Barangkali mereka hairan
melihat orang India memakai baju Melayu. Nina Chattu tidak peduli itu
semua. Dia selesa dengan apa yang dipakainya. Malah, baju itulah yang
menjadi pakaian hariannya ketika mahu bersiar-siar atau ketika berada di
rumah. kecuali pada waktu pejabat saja dia mengenakan pakaian seragam.
Berkemeja lengan panjang, bertali leher dan seluar panjang.
Sebagai bekas kakitangan kerajaan yang bertugas di jabatan Ketua Menteri,
dia sama sekali tidak kekok berdepan dengan pelbagai individu. Setiap hari
pejabatnya dikunjungi rakyat marhaen yang memohon bantuan itu dan ini.
Ada juga yang merungut tanda tidak puas hati dengan layanan yang diberi.
Nina Chattu pekakkan telinga dan butakan mata sahaja. Tugasnya untuk
memenuhi keperluan dirinya dahulu. Atau dengan kata lain, setiap
pertolongan mesti ada balasan.
Hingga akhirnya dia ditangkap dan didakwa atas kesalahan rasuah. Kemudian,
kerana berjaya merasuah seorang pegawai atasan, dia berjaya keluar dari
penjara. Bagi Nina Chattu balasan daripada setiap bantuan lebih penting
berbanding keikhlasan berkhidmat untuk rakyat. Sekali pun, dia tidak pernah
menyesal. Biarlah dia menjadi lelaki yang bermaruah. Berani buat, berani
tanggung. Bukan seperti sesetengah manusia yang hanya tahu baling batu,
bersembunyi di belakang orang yang lebih besar. Sesekali pemandu bas
membunyikan hon. Bandar Melaka sesak pada musim persekolahan begini.
“ Hmm, beranikah aku?" Suara hati Nina Chattu mendesis.
Sebaik saja bas memasuki kawasan Melaka Central, mata Nina Chattu
mengecam susuk tubuh yang begitu dia kenali. Setelah bas berhenti, para
penumpang berebut untuk turun. Nina Chattu memberikan laluan kepada
mereka yang terdesak mengejar masa yang pantas berlalu. Dia senyum sinis.
Ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya. Kakinya menuruni tangga bas
dengan cermat. Dia sudah tahu ke mana tempat yang harus dituju. Walaupun
ketika membuat keputusan menaiki bas, dia hanya mengikut kata hati saja
tanpa diketahui sebabnya dia mesti turun di Melaka Central.
“ Ehem, ehem, masih di Melaka kau?"
Kitul hampir melompat menerima teguran daripada individu yang ingin dia
jauhi. Perasaannya tidak mampu disembunyikan. Riak wajahnya
menunjukkan dia tidak selesa dengan kahadiran Nina Chattu.
“ Kenapa, terkejut melihat aku. Baru dua hari lepas kita berbual panjang.
Takkan secepat ini kau berubah. Atau ada apa-apa yang sedang kau
sembunyikan. Hei Kitul, aku kenal kau bukan sehari dua. Katakan apa yang
tak kena?" Nada Nina Chattu menyindir tajam.
Kitul membalas dengan senyum tipis. Segaris kedut didahinya masih terlukis.
Dia memerhati sekeliling. Matanya resah.
“ Apa yang kau perhatikan?"
“ Tuah. Aku terpaksa lari. Kita mesti lari." Suara Kitul separuh berbisik.
“ Kau, kita, apa ni! Aku tak faham. Kalau betul Tuah dah dapat kembali
kerisnya, apa yang perlu ditakutkan. Zaman sekarang orang dah tak bertikam
lagi. Kita ada pistol, sebelum Tuah sempat masuk rapat, kita tembak. Kita
sama-sama masuk penjara. Alah, takkan sampai mandatori. Kita
mempertahankan diri saja. Membunuh atau terbunuh."
Nina Chattu memaut bahu Kitul. Kitul mengiyakan tingkah rakannya. Mereka
berjalan menuju ke sebuah kedai makan.
“ Argghh, jangan buat aku macam budak-budak." Mata Kitul menerkam
marah.
“ Alaa, kau segan ya. Buat seolah-olah tiada apa. Pedulikan orang lain." Nina
Chattu mengenyit nakal.
Nina Chattu memilih meja di sudut tepi. Kitul mengekor dari belakang. Setelah
membuat pesanan, mereka dikejutkan pula dengan bayangan Raja Mendeliar
yang sedang menuju ke arah mereka..
“ Orang tua gila dah datang." Suara Nina Chattu separuh berbisik.
Kitul dapat menangkap butir kata tersebut. “ Memang gila. Masih mengaku
dirinya Datuk Syahbandar di zaman yang sudah tak bersultan lagi ni. Hihi."
Kitul ketawa kecil. Tangan kirinya mengusap dagu.
Raja Mendeliar bukan berasal dari Melaka. Setelah kematian anak isteri akibat
peperangan di Pattani, dia berhijrah ke Malaysia. Katanya dia telah mendapat
satu alamat bahawa dia merupakan keturunan Raja Mendeliar yang mati
dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Melaka. Keluarga arwah moyangnya
melarikan diri ke Selatan Thailand. Namanya diberikan sempena nama
moyangnya itu.
Dia datang ke Malaysia untuk membuktikan bahawa keturunannya bukan
pengecut. Dia bukan seperti moyangnya yang melarikan diri ke hutan tika
Feringgi datang menyerang. Dia tidak takut untuk berada di sini, walau
Portugis masih berkampung di Melaka. Dia mahu setia sebagai rakyat
Malaysia, walaupun belum memperoleh kerakyatan yang tetap. Dia juga mahu
membuktikan bahawa dia bukanlah pengkhianat. Sungguh - bukan dia yang
memberikan maklumat kepada bekas Ketua Menteri mengenai penyelewengan
yang dilakukan oleh Kitul dan Nina Chattu.
Raja Mendeliar mempercepatkan langkah. Seperti kebiasaan orang salah,
geraknya dirasakan serba tidak kena. Terasa seperti dikejar oleh orang ramai
yang telah melabur saham skim cepat kaya dengannya. Bukan mereka saja
yang rugi, malah dirinya sendiri turut mengalami kerugian yang besar. Mujur,
dia masih ada sedikit simpanan peribadi. Jika tidak, terpaksalah dia kembali
merempat seperti di Pattani dulu. Kemiskinan yang dialami telah
menyebabkan keluarganya ditindas. Dia tidak mahu menanggung keperitan
yang sama.
Sudah sebulan dia melarikan diri daripada kesilapan yang tidak disengajakan.
Niatnya satu, mahu mengkayakan bangsa Melayu. Kerana baginya, kekayaan
adalah satu kuasa. Akibat cepat percaya kepada orang asing yang datang
memperkenalkan saham skim cepat kaya, dia telah terpedaya dan
menyebabkan ramai orang menerima nasib yang sama. Raja Mendeliar takut
andai nanti dia dituduh haloba seperti arwah moyangnya dulu. Tidak - dia
bukannya manusia begitu. Dengan duit yang dia ada, masih ada jalan untuk
dia membangunkan perniagaan yang lain. Bila sudah maju, dia akan dapat
membela nasib Melayu.
“ Hei kawan, kenapa tenung aku semacam saja," Raja Mendeliar
menghenyakkan punggung di atas kerusi. Nina Chattu dan Kitul
berpandangan sesama sendiri sambil mengangkat kening. Mereka seperti
sedang merencanakan sesuatu. Atau mungkin mencari perkataan yang paling
sesuai untuk dimulakan. Pelayan datang mengambil pesanan daripada Raja
Mendeliar. Kedua-dua rakannya masih berdiam diri. Raja Mendeliar
merenung keduanya tanpa berkelip. Redup wajahnya bagaikan memohon
sedikit simpati. Dia seolah-olah minta difahami.
“ Bukan aku, aku tak mengadu domba tentang kau berdua." Raja Mendeliar
mula terdesak.
Pelabuhan Dumai yang berpusat di Bandar Melaka lenggang. Burung gagak
menciritkan tahi di merata tempat. Pekerja Majlis Bandaran Melaka
Bersejarah sibuk membersihkan eceran tahi burung gagak hitam. Dua batang
tubuh jantan kelihatan resah - terlalu gelisah. Mereka sudah tidak sabar lagi
menunggu ketibaan feri untuk bertolak ke Dumai.
“ Betul ke apa yang kita buat ni?"
“ Kita buat dulu, kemudian baru fikirkan betul atau tidak."
“ Tapi, bagaimana dengan Datuk Syahbandar. Aku simpati terhadapnya
kerana mungkin aku pernah menjadi orang kepercayaannya dulu."
“ Lupakan Raja Mendeliar, orang tua nanar yang mengaku dirinya Datuk
Syahbandar. Biar dia kekal menjadi penjaga jeti di muara sungai Melaka saja.
Kepentingan diri harus diutamakan."
Sebelum feri sempat tiba, bekas Ketua Menteri, Tuah yang telah digulingkan
oleh Nina Chattu dan Kitul telah menghidu perbuatan mereka. Keris
Tamingsari terpacak di dada Kitul. Darah merah memancut keluar. Nina
Chattu melarikan diri ke jeti muara sungai. Kelibat Raja Mendeliar jelas
kelihatan. Raja Mendeliar telah memohon pekerjaan sebagai penjaga tiket
River Cruise.
“ Tolong, tolong aku." Suara Nina Chattu cemas.
Tuah sudah ditangkap oleh beberapa orang pegawai kastam yang sedang
minum di kedai kopi berhampiran. Tuah berang apabila mengetahui bahawa
dirinya dipergunakan oleh Nina Chattu dan Kitul. Sasaran pertama adalah
Kitul kerana Nina Chattu telah menuding jari kepada Kitul, dan Tuah percaya
hasutan Nina Chattu.
“ Kenapa, apa yang berlaku ni. Kitul mana? Selalunya kau berdua tidak
berengang. Hinggakan aku dilupakan terus."
“ Tuah, Tuah telah menghunuskan kerisnya ke dada Kitul. Di sana,
berhampiran pejabat kastam. Maafkan aku. Aku benar-benar minta maaf."
Ninna Chattu berlutut di kaki Raja Mendeliar.
“ Aku dan Kitul yang merancang semuanya. Kami mempergunakan kau untuk
menjatuhkan Ketua Menteri Tuah. Kami membuatkan kau percaya bahawa
kau yang membongkarkan semuanya kepada Tuah. Dan Tuah, dia terlalu
marah kepada aku bukan kerana gagal kekal sebagai Ketua Menteri. Tapi.."
Nafas Nina Chattu termengah-mengah. Raja Mendeliar seperti orang
kebingungan.
“ Sebenarnya, aku dan Tuah merancang untuk menipu semua duit kau. Kami
telah mengupah ejen supaya menjual saham skim cepat kaya kepada kau.
Kami tahu kau telah bertungkus lumus mengumpul harta di sini. Kami tidak
senang melihat bangsa pendatang mengaut emas di bumi ini. Aku marah
kepada Tuah kerana dia gagal membelaku hinggakan aku dipecat dan
dipenjarakan. Dia turut bersubahat menyelongkar failku, dan aku disabitkan
kesalahan rasuah. Aku tidak mahu membahagikan duit tersebut kepada Tuah.
Kerana itu, aku menuduh Kitul yang melarikan semua duit tersebut. Sebab itu
Tuah memburu Kitul."
“ Kau tidak berhak marah kepada Tuah, sedangkan kau sendiri yang
mengkhianatinya. Habis, apa yang kau berdua buat berhampiran pejabat
kastam?"
“ Kami ke pelabuhan Dumai kerana mahu melarikan diri. Tuah telah tahu
semua rancangan aku. Aku tidak mahu kehilangan Kitul. Kalau aku masih
tunggu di sini, mungkin Kitul juga akan tahu bahawa dia turut diperalatkan.
Maafkan aku."
“ Aku sangka kau bukanlah Nina Chattu yang lahir pada zaman kesultanan
Melaka. Kenapa kau mengulangi kesilapan moyang kita. Memang Tuah bukan
seorang yang layak diberi kuasa, tidak mengapa kita jatuhkan dia. Tetapi,
kenapa kau menjadi tamak. Kau tahukan tujuan aku di sini. Aku mahu
menebus kesalahan moyangku dulu. Aku mahu berbakti kepada bangsa
Melayu. Walaupun aku bukanlah Melayu tulen kerana telah bercampur darah
Siam. Namun, darah Datuk Syahbandar pada zaman Sultan Mahmud Shah
masih mengalir dalam diriku."
“ Maafkan aku Raja Mendeliar." Tanpa disedari, Nina Chattu mengeluarkan
sepucuk pistol mengacukan di kepala.
Raja Mendeliar terpaku. Dia tidak menduga Nina Chattu menggunakan pistol
yang disimpan untuk menembak Tuah kalau-kalau Tuah mahu menikamnya.
Peluru menembusi kepala. Nina Chattu rebah. Burung gagak berterbangan liar
mendengar bunyi tembakan. Nina Chattu meniru peribadi moyangnya dengan
mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri.
“ Kalaulah hidup semudah ini. Mengalah dan mati. Tidak - aku tidak akan
sekali-kali menyerah atau lari." Raja Mendeliar menyapu kelopak matanya
yang basah
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131020/sa_01/Bunuh-
Diri#ixzz2jIg93SRd
© Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 06/10/2013
AnatomiSekepingHatiIV
Oleh Rebecca Ilham
KETIKA genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing, kuakan wijil
membawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki ruang. Dedar yang
bertahun-tahun merajai rongga dada semacam terhenti sesaat. Najwa
berpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan. Kampit biji kopi, adunan
rahsia resipi khas tuan punya kafe yang baru dituang separuh isinya dilipat,
disepit kemas, diketepikan. Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di
sebalik kaunter yang masih mendongak membaca menu di papan hitam tanpa
mempedulikan sisa titis hujan di hujung rambut yang perlahan-lahan
membentuk tompok-tompok gelap di bahu kemeja.
Najwa tidak menunggu. Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawah
mesin espreso. Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur air
panas. Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter.
Pelanggan baru tergamam. Anak mata mereka berlaga. Hijau-biru, dingin-
dalam anak mata lelaki itu. Tidak ubah seperti bayangan-bayangan yang
pernah bertandang. Najwa mengorak senyum, memecah tangkupan kolam
jiwa.
“ Ayuh, nanti sejuk. Jangan lupa, minum tanpa gula."
Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang. Mata yang
tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. Najwa senyum lagi, menggesa
tanpa suara. Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. Dia telah lama
menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di kafe kecil, dengan dedar
yang tidak pernah meninggalkan dada. Matanya tidak melepaskan tampang
pelanggan baru, lelaki lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma.
Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat dengan rak buku.
Lokasi itu kegemaran Najwa jua. Kebanggaannya, malahan. Semenjak bekerja
di kafe kecil itu, dengan sukarela dia mengambil tugas sebagai kurator tidak
rasmi. Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia cuba
mempelbagaikan. Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali
menggoncang rongga dada.
Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru mengait kuras sebuah
buku tipis. Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. Buku itu
bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa, entah apa yang
mendorongnya membeli, membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak di
penjuru kafe. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung
bergoncang terlalu hebat. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di
dada, lantas mengirim longlai ke seluruh tubuh. Najwa terduduk. Dia
mengerling jam besar di dinding kafe. Masih berbaki dua jam sebelum dos
ubat seterusnya.
Najwa mengemam bibir. Dia bertahan. Dia mesti bertahan.
Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. Dia mencapai paket gula di
sudut kabinet, hampir mengoyaknya namun sempat menukar fikiran. Kopi
panas diteguk tanpa perisa tambahan. Terlalu cair, pahit dan masam. Dia
memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan terakhir,
pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya jabatan kardiologi.
Kod biru.
Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. Dia menarik
kerusi, lantas menghenyak duduk. Kedua belah tangan mencepung gelas
kertas direhatkan di birai meja yang mendominasi sebahagian pantri khusus
untuk kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung itu. Gelas kertas
yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam pegangan.
Kod biru.
Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru juga. Satu-satunya
pesakit di bawah pengawasannya masih di unit rawatan rapi meski sudah
seminggu menjalani pembedahan sukar. Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun
usia yang keletah dan petah asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenat
sepanjang malam. Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan
keributan degupan jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di ventrikel
kiri, juga menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda yang dahulunya teruja
menyambut kelahiran anak pertama, kini lebih letih daripada sedih.
Adrian berhenti menggulir gelas kertas. Sisa kopi hitam ditenung, bagai
menagih sesuatu daripada permukaan kopi sejuk yang memantulkan semula
wajahnya itu. Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit
rawatan rapi. Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi, dia
telah mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan, bersaksikan dua
jururawat dan doktor bertugas yang turut membantu.
Bukan sekali Adrian menegaskan bahawa dia telah melakukan segala yang
terdaya, namun jantung kecil jejaka cilik empat tahun itu kekal lesu dan tidak
mahu berdegup jua. Dia masih belum mahu kalah. Namun jururawat separuh
usia, bertahun-tahun menggeluti pelbagai episod di unit rawatan rapi
pembedahan jantung itu menggeleng lembut tatkala dia mengarahkan agar
defibrilator dicas dengan kadar lebih tinggi.
Adrian menghabiskan kopi sejuk. Tidak berkurang pahit dan asidnya. Gelas
kertas dicampak ke arah bakul sampah di sisi kabinet. Gelas kosong berlaga
dengan birai, lalu melantun. Masuk, Adrian mengharap sungguh-sungguh.
Namun gelas kosong tergelatak di lantai, sebagaimana kecundangnya dia
menyingkirkan bungkam ketua jabatan yang tersirat makna itu.
Adrian merenung kedua belah tangan, sepuluh jemari yang ditekap di atas
permukaan datar meja. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Sepasang tangan itu,
sepuluh jari yang gelincah digelar tangan emas oleh warga jabatan sepanjang-
panjang dia menjawat kedudukan tetap di situ. Namun entah mengapa, sejak
dua bulan ini, tidak seorang pun pesakit didiscaj keluar melainkan melalui
pintu ruang sejuk kamar mayat.
Adrian sungguh-sungguh buntu. Setiap penjuru, garis dan urat jari diteliti.
Ke mana pergi sentuhan Midas itu?
Ketika lelaki itu melangkah masuk ke ruang kafe buat kali kedua, Najwa sudah
tahu. Bagaimana - dia sendiri tidak tahu. Tetapi sejak lama dulu, dia belajar
untuk tidak terlalu mempersoalkan hal-hal yang dia sendiri tidak fahami.
Sekali lagi, lelaki itu gamam di hadapan kaunter. Kali ini Najwa lebih bersedia.
Dia mengusulkan secangkir kopi hitam, masih berasap tipis, dengan pesanan
sama, agar dinikmati tanpa gula. Di atas dulang itu juga semangkuk sup jernih.
Hirisan kentang tanpa disish kulit, batang saderi, ricihan bawang, butir-butir
lada hitam dan paha ayam putih terapung-tenggelam, menyelerakan.
Lelaki pengunjung itu seperti hendak membuka mulut, barangkali ingin
membantah. Ya, dia tidak memesan semua itu. Malah hidangan tambahan itu
tidak ditawarkan dalam menu lazim kafe sekali pun. Namun Najwa
melenyapkan bantahan yang belum terlantun dengan sekuntum senyum cuma.
Dia sudah menjangka. Bukan, dia pernah mengalaminya, di ruang masa dan
dimensi lain yang semena-mena mengirim getar dejavu ke tangkai jiwa.
Najwa melepaskannya cermat menatang dulang ke meja bulat di penjuru kafe.
Lelaki itu mencapai buku yang ditinggalkan pada hujung kunjungan pertama,
menyelak ke halaman ditanda lalu tenggelam di dalamnya.
Najwa menghela nafas, ngilu di ulu hati mencucuk. Dalam lagi tajam. Dia
menggengam birai kaunter. Ekor matanya menjeling tampang Adrian dari
balik mesin espreso. Memang dia tidak tahu, tetapi dia tidak mahu terlalu
mempersoalkan. Setiap bayangan yang hadir, pada daerah asing antara jaga
dan mimpi seusai bacaan al-Fatihah, surah-surah tiga Qul, Ayat Kursi,
Bismillah 21 kali, doa tidur dan syahadah itu tentunya punya maksud
tersendiri. Meski tidak, atau juga belum, menjawab setiap doanya pada sujud
setiap rakaat istikharah. Paling kurang, bayangan dan gerak hati telah
membawanya ke sini, ke kafe kecil di sebuah kota besar, beribu batu jarak
daripada tanah kelahirannya.
Siapalah dia untuk meragui segala aturan Allah Yang Maha Tahu?
Trem datang. Trem pergi. Khalayak turun. Khalayak naik. Khalayak datang.
Khalayak bubar. Beberapa kali. Berulang-ulang.
Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu. Hujan rintik-rintik tetapi dia
sengaja tidak mahu mengambil ruang di bawah teduhan. Entah berapa lama
dia di situ. Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan hospital
tadi, langit belum berawan. Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak
kunjung hadir. Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup
berlama-lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu. Haba yang
mengalir dari dalam pascapertemuan empat mata dengan ketua jabatan itu
perlu diredakan, jika pun tidak mampu dipadamkan.
Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil, medical
precinct, menuju ke selatan. Ke pusat bandar. Biar dia bergaul dengan
khalayak. Biar terpencar marahnya. Biar lega sakit hatinya. Adrian memejam
mata. Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. Titis-titis hujan
serasa menghunjam pelupuk mata. Suhu tubuhnya sudah turun. Namun pedih
di dalam dadanya tidak juga berkurang.
Tergamak ketua jabatan mencadangkan agar dia melepaskan tanggungjawab
seketika. Pergi bercuti, doktor, dia dipujuk. Seminggu, dua minggu atau tiga
minggu jika doktor mahu. Balik nanti, kita bincang tentang masa depan doktor
di sini. Apabila dia enggan, ketua jabatan berubah tona suara. Barulah Adrian
tahu bahawa surat arahan sebetulnya sudah ditandatangani. Bujukan itu
hanyalah sandiwara.
Adrian membuka mata. Dia melepaskan sandaran pada tiang teduhan. Apa
jaminan rekod buruknya akan pulih dengan berehat seketika? Dia sudah lelah
mempertahankan diri. Periksalah rekod setiap pesakitnya, soal-siasatlah staf
lain yang bersama-sama pada masa dan tempat setiap kecelakaan. Dia tidak
pernah culas, apatah lagi cuai.
Adrian meneguk liur. Bukan mudah untuk dia menelan semua ini. Setangkas
mana pun tangannya, secekap mana pun analisanya, dia tetap bukan tuhan.
Najwa memanjang leher dari balik kaunter. Tangan ligat menuang susu segar
ke dalam jag keluli lalu disuguh wap panas. Matanya kemas di muka wijil,
sambil benak berputar mencongak-congak. Memang dia lewat hari ini.
Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat ketika dia
tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga pijar, pedih seluruh.
Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi pagi dia tahu,
dia terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio rawatan di hospital terlebih
dahulu.
Dia juga tahu dia mesti berkeras tidak mahu dimasukkan ke wad, dan
diletakkan di bawah pemerhatian sepanjang minggu. Dia mesti meyakinkan
doktor yang sudah lali dengan kedegilannya bahawa pil-pil putih yang selama
ini mengepung kesakitan itu mencukupi. Paling tidak sehingga dia sendiri
dengan rela hati mendaftar masuk ke wad kardiologi hujung minggu nanti.
Susu menggelegak. Habanya menjalar ke jag keluli, lantas menyelar jari-
jemari. Najwa terburu mengalihkan. Jag keluli separa dicampak ke sisi mesin
espreso. Terlambat. Jari jemari sudah merah, bisanya menggigit kulit dan
daging. Najwa menggigit bibir, menyeranah diri kerana terlalu leka. Tombol
pili dipulas. Jari jemari yang pijar-pedih dibiarkan disalut aliran air.
Najwa mengerling lagi ke arah wijil. Terkatup. Rapat.
Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-tunggu akan
berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari
sejak dua minggu lalu. Pada setiap kunjungan itu juga, Najwa telah bersedia
dengan hidangan di luar menu, dipelbagaikan mengikut gerak hati jua. Lelaki
itu tidak pernah menolak. Bersama secawan kopi hitam tanpa gula, dia akan
menghirup sup, bubur atau apa sahaja yang disuguhkan di meja kebiasaan
sambil sebelah tangan menguak buku tipis yang dibuka semenjak kunjungan
pertama, tetapi tidak juga tamat-tamat dibaca itu.
Najwa tidak pernah bertanya. Dia juga tidak terpanggil untuk memulakan
perbualan pertama. Cukuplah tampang lelaki itu tidak lekang daripada ekor
matanya beberapa jam dalam seminggu. Itu sudah seperti antidot untuk
jantung abnormalnya.
“ Mari saya tengok tangan tu."
Najwa menoleh ke hadapan kaunter. Pengunjung yang ditunggu-tunggu sudah
tiba. Najwa ingin melempar senyum, namun kerutan terlebih dahulu muncul
menatari dahi.
“ Tangan awak lecur agaknya. Saya doktor, beri saya tengok."
Lelaki itu terlebih dahulu menghulur tangan. Najwa patuh tanpa
mempersoalkan. Buat pertama kali, dia melihat ada segarit kejernihan di
wajah itu. Jantung berdetak lebih kuat, bagai mempersetujui. Najwa
merasakan peluh sejuk merenik di dahinya. Kepala ringan tiba-tiba. Belum
sempat jari-jemari merah-pedih dibelek-ditelek, dia sudah rebah dulu.
Adrian menarik kerusi dekat ke sisi katil besi. Dia duduk, berserenjang dengan
Najwa. Mereka bertatapan beberapa lama, namun masing-masing berlawan
tidak membuka mulut. Libang-libu koridor wad kardiologi sesekali menerobos
ke dalam kamar kapasiti seorang pesakit itu, memenuhi sepi antara doktor-
pesakit.
“ Awak terlambat. Sepatutnya awak datang beberapa bulan lalu, ketika saya
belum pernah meragui keupayaan sendiri. Pada masa itu, awak tak perlu
meminta. Malah sayalah yang terlebih dahulu akan berbalah, berebut dengan
doktor yang merawat awak selama ini itu." Adrian beralah akhirnya.
Najwa tidak menyahut. Anak matanya menyeluruhi air muka lelaki yang
selama ini dicam di balik tabir kaunter kafe dan mesin espreso cuma. Lebam di
bawah matanya pekat benar, manakala rambut-rambut halus telah menatari
sekitar dagu. Najwa tahu, lelaki itu sudah terlalu bersusah-payah kerananya.
Dalam lenanya panjang semenjak rebah di kafe, biar dalam kekaburan,
mampir bayangan Adrian merawati, dengan cemas, cekap dan sabar sehingga
dia stabil sepenuhnya. Oleh itu dia juga tahu, bahawa secara teknikal lelaki ini
lebih daripada mampu. Sementara secara yang lain-lain, ah -
“ Tapi jika pertemuan kita beberapa bulan lalu, saya akan menjadi sebahagian
daripada statistik, kasualti dalam rekod tugasan awak."
Najwa menjuring senyum. Mengusik sebetulnya. Adrian teragak-agak
memahami, namun tertawa kecil apabila menangkap maksud tersembunyi.
“ Awak terlalu optimis."
“ Saya tidak pernah meragui kuasa doa dan mimpi. Ia telah melorongkan saya
ke sini, kepada awak."
Adrian mengangkat kening. Sejuta satu persoalan berkerdipan daripada sinar
anak matanya. Najwa tersenyum lebih lebar. Manis dan misteri sekaligus.
Ketika itu, Adrian beralah lagi. Dia memutuskan untuk belajar dan cuba
mengerti. Barangkali, dengan menjahit hati perempuan ini, akan mencantum
semula hatinya jua
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi-
Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkm
© Utusan Melayu (M) Bhd
1) KETIKA genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing, kuakan
wijil membawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki ruang. ATU
2) Dedar yang bertahun-tahun merajai rongga dada semacam terhenti
sesaat. -AM
3)Najwa berpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan.AM
4)Kampit biji kopi, adunan rahsia resipi khas tuan punya kafe yang baru
dituang separuh isinya dilipat, disepit kemas, diketepikan.
5)Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di sebalik kaunter yang masih
mendongak membaca menu di papan hitam tanpa mempedulikan sisa titis
hujan di hujung rambut yang perlahan-lahan membentuk tompok-tompok
gelap di bahu kemeja. AM
6)Najwa tidak menunggu. -ATU
7)Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawah mesin espreso. AM
8)Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur air panas. ATU
9)Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter. AM
70)Pelanggan baru tergamam.
71) Anak mata mereka berlaga.
72)Hijau-biru, dingin-dalam anak mata lelaki itu.
10)Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru juga. -ATU
11) Satu-satunya pesakit di bawah pengawasannya masih di unit rawatan rapi
meski sudah seminggu menjalani pembedahan sukar. AM
12) Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah dan petah asal sahaja
nafasnya tidak lekas mengah, tenat sepanjang malam. -AM
13)Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan keributan degupan
jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di ventrikel kiri, juga
menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda yang dahulunya teruja
menyambut kelahiran anak pertama, kini lebih letih daripada sedih. -AM
14) Najwa menyatakan bahawa dia ingin menengok tangan itu.-AM
15) Najwa berkata bahawa, ayuh, nanti sejuk. Jangan lupa, minum tanpa
gula.AM
16)Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang.ATU
17)Mata yang tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. -ATU
18) Najwa senyum lagi, menggesa tanpa suara. -ATU
19)Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. -ATU
20)Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di kafe
kecil, dengan dedar yang tidak pernah meninggalkan dada. -ATU
21)Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru, lelaki lampai yang
pernah hadir dalam bayangan cuma. -=AM
22)Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat dengan rak
buku. -ATU
23)Lokasi itu kegemaran Najwa jua. –ATU
73) . Kebanggaannya, malahan.
24) Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-tunggu akan
berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari
sejak dua minggu lalu.-AM
25)Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia mengambil tugas
sebagai kurator tidak rasmi. -ATU
26)Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia cuba
mempelbagaikan. -AM
27)Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali menggoncang
rongga dada.-AM
28)Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru mengait kuras
sebuah buku tipis. -ATU
29)Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. -ATU
30)Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa, entah apa
yang mendorongnya membeli, membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak
di penjuru kafe. -AM
31) Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung bergoncang terlalu
hebat. -AM
32)Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada, lantas mengirim
longlai ke seluruh tubuh.-AM
73)Najwa terduduk.
74) Dia mengerling jam besar di dinding kafe.
75) Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya.
33)Najwa memanjang leher dari balik kaunter.-ATU
34) Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu disuguh wap
panas. -AM
35)Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar mencongak-congak.-
AM
36) Memang dia lewat hari ini. -ATU
37)Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat ketika dia
tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga pijar, pedih seluruh.-AM
38) Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi pagi dia
tahu, dia terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio rawatan di hospital
terlebih dahulu. -AM
39)Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. - ATU
40)Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir mengoyaknya namun
sempat menukar fikiran. -AM
41)Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. -ATU
42)Terlalu cair, pahit dan masam. -ATU
43)Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan terakhir,
pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya jabatan kardiologi. -AM
44)Kod biru.-ATU
450Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. -ATU
46 )Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk . -AM
47) Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di birai meja yang
mendominasi sebahagian pantri khusus untuk kegunaan para petugas jabatan
pembedahan jantung itu. -AM
48)Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam pegangan. -AM
49)Adrian berhenti menggulir gelas kertas. -ATU
50)Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripada permukaan kopi
sejuk yang memantulkan semula wajahnya itu. -AM
51)Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit rawatan rapi.-
ATU
52) Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi, dia telah
mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan, bersaksikan dua jururawat
dan doktor bertugas yang turut membantu- AM
.53) Trem datang. -ATU
54)Khalayak turun.-ATU
55)Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu.-ATU
56)Hujan rintik-rintik tetapi dia sengaja tidak mahu mengambil ruang di
bawah teduhan. Entah berapa lama dia di situ.-AM
57) Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan hospital tadi,
langit belum berawan.
58)Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak kunjung hadir. -ATU
59)Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup berlama-lama
didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu. -AM
60)Haba yang mengalir dari dalam pascapertemuan empat mata dengan ketua
jabatan itu perlu diredakan, jika pun tidak mampu dipadamkan.-AM
67)Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil, medical
precinct, menuju ke selatan. –ATU
61)Ke pusat bandar. -AT
62)Biar dia bergaul dengan khalayak.- PANC. KET
63) Biar terpencar marahnya. -AT
64)Biar lega sakit hatinya. - AT
65)Adrian memejam mata. - AT
67)Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. – PAN KET
68) Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata. - AT
69) Suhu tubuhnya sudah turun, namun pedih di dalam dadanya tidak juga
berkurang. - MG

More Related Content

Viewers also liked

Biswarup Banerjee_Sales Marketing
Biswarup Banerjee_Sales   MarketingBiswarup Banerjee_Sales   Marketing
Biswarup Banerjee_Sales MarketingBiswarup Banerjee
 
Participatie zoals het ook kan
Participatie zoals het ook kanParticipatie zoals het ook kan
Participatie zoals het ook kanlenny verzantvoort
 
Ch11lecture MicroEconomic M.Parkin
Ch11lecture MicroEconomic M.ParkinCh11lecture MicroEconomic M.Parkin
Ch11lecture MicroEconomic M.ParkinSinhHarley
 
Rubber & Tyre Machinery World - Collectors Edition - Dec 2015
Rubber & Tyre Machinery World - Collectors Edition - Dec 2015Rubber & Tyre Machinery World - Collectors Edition - Dec 2015
Rubber & Tyre Machinery World - Collectors Edition - Dec 2015Rubber & Tyre Machinery World
 
How To Select Your Rubber And Tyre Machinery? Insightful Advices From 6 CEO's
How To Select Your Rubber And Tyre Machinery? Insightful Advices From 6 CEO'sHow To Select Your Rubber And Tyre Machinery? Insightful Advices From 6 CEO's
How To Select Your Rubber And Tyre Machinery? Insightful Advices From 6 CEO'sRubber & Tyre Machinery World
 
PortesOuvertes 2012-2013
PortesOuvertes 2012-2013PortesOuvertes 2012-2013
PortesOuvertes 2012-2013sitebato
 
Resume (n) i
Resume (n) iResume (n) i
Resume (n) ir nithya
 
Technology And Innovation Special Supplier - Yizumi Rubber Machinery
Technology And Innovation Special Supplier - Yizumi Rubber MachineryTechnology And Innovation Special Supplier - Yizumi Rubber Machinery
Technology And Innovation Special Supplier - Yizumi Rubber MachineryRubber & Tyre Machinery World
 

Viewers also liked (16)

BDSharma_Profile
BDSharma_ProfileBDSharma_Profile
BDSharma_Profile
 
Biswarup Banerjee_Sales Marketing
Biswarup Banerjee_Sales   MarketingBiswarup Banerjee_Sales   Marketing
Biswarup Banerjee_Sales Marketing
 
Cortes y fachadas
Cortes y fachadasCortes y fachadas
Cortes y fachadas
 
Participatie zoals het ook kan
Participatie zoals het ook kanParticipatie zoals het ook kan
Participatie zoals het ook kan
 
Resume
ResumeResume
Resume
 
BDSharma_Profile
BDSharma_ProfileBDSharma_Profile
BDSharma_Profile
 
Fieldsymbols
FieldsymbolsFieldsymbols
Fieldsymbols
 
8 Common Rubber Calendering Defects
8 Common Rubber Calendering Defects8 Common Rubber Calendering Defects
8 Common Rubber Calendering Defects
 
Ch11lecture MicroEconomic M.Parkin
Ch11lecture MicroEconomic M.ParkinCh11lecture MicroEconomic M.Parkin
Ch11lecture MicroEconomic M.Parkin
 
Rubber & Tyre Machinery World - Collectors Edition - Dec 2015
Rubber & Tyre Machinery World - Collectors Edition - Dec 2015Rubber & Tyre Machinery World - Collectors Edition - Dec 2015
Rubber & Tyre Machinery World - Collectors Edition - Dec 2015
 
How To Select Your Rubber And Tyre Machinery? Insightful Advices From 6 CEO's
How To Select Your Rubber And Tyre Machinery? Insightful Advices From 6 CEO'sHow To Select Your Rubber And Tyre Machinery? Insightful Advices From 6 CEO's
How To Select Your Rubber And Tyre Machinery? Insightful Advices From 6 CEO's
 
Know a Leader - David Shaw - Rubber & Tyre
Know a Leader - David Shaw - Rubber & TyreKnow a Leader - David Shaw - Rubber & Tyre
Know a Leader - David Shaw - Rubber & Tyre
 
Rubber Dispersion Kneader A Friend In Knead
Rubber Dispersion Kneader A Friend In KneadRubber Dispersion Kneader A Friend In Knead
Rubber Dispersion Kneader A Friend In Knead
 
PortesOuvertes 2012-2013
PortesOuvertes 2012-2013PortesOuvertes 2012-2013
PortesOuvertes 2012-2013
 
Resume (n) i
Resume (n) iResume (n) i
Resume (n) i
 
Technology And Innovation Special Supplier - Yizumi Rubber Machinery
Technology And Innovation Special Supplier - Yizumi Rubber MachineryTechnology And Innovation Special Supplier - Yizumi Rubber Machinery
Technology And Innovation Special Supplier - Yizumi Rubber Machinery
 

Cerpen sintaksis

  • 1. ARKIB : 20/10/2013 BunuhDiri Oleh Sharifah Aisiah Syed Mahazar NINA Chattu sasau seperti orang kehilangan akal. Di bumi Melaka yang telah dikhianatinya, dia tidak tahu tempat yang mana harus didiami. Semuanya terasa asing. Baru-baru ini, dia mendapat berita daripada sumber yang kurang boleh dipercayai kerana yang menyampaikan adalah Kitul, orang kanan Raja Mendeliar. Mereka merupakan pembelot dalam kota Seri Negeri. “ Tuah sudah dapat kembali keris Tamingsari. Habislah, kita akan mati ditikam. Lebih baik kita lari." “ Lari ke mana?" “ Ah, bukankah moyang kita pernah memberikan maklumat kepada Feringgi. Kerana bantuan moyang kita, Feringgi berjaya menawan Melaka. Walaupun bumi yang sudah tak bersultan ini kecil, tetapi Feringgi masih kekal di sini." “ Maksudnya, kita ke Kampung Portugis?" “ Iya, ke mana lagi. Atau kau ada cadangan lain?" Kitul menduga. “ Kenapa kita tidak pergi ke negeri hujung Selatan saja. Di sana, negerinya lebih moden." “ Moden, ya. Tapi di sana juga ada undang-undang." “ Kita lari. Tak kira ke mana saja." Kitul menggaru-garu belakang tekuknya yang tidak gatal. Memikirkan cadangan Nina Chattu. Keretanya baru saja ditarik oleh bank beberapa hari yang lepas kerana gagal membayar ansuran bulanan. Rumahnya turut disita. Nina Chattu baru saja diisytiharkan muflis. “ Kita telah disabitkan dengan kesalahan pecah amanah. Barangkali kita akan dipenjarakan juga kalau ke sana. Kalau kita ditangkap dan didakwa, siapa yang akan membayar kos guaman nanti. Kita sama-sama tidak mampu." “ Ah, ini semua gara-gara Datuk Syahbandar. Kalaulah dia tidak tamak dengan melaburkan semua hartanya untuk saham skim cepat kaya, tentunya kita tidak menerima nasib sebegini. Tentu kita boleh harapkan pertolongan orang tua gila tu." Suara garau Nina Chattu bergema melantun dalam ruangan pintu kota Porta De Santiago. Nina Chattu melemparkan senyum yang penuh bermakna di belakang Kitul.
  • 2. Detingan jam besar di hadapan bangunan merah atau dikenali juga dalam sejarah sebagai bangunan tinggalan Belanda mengejutkan lamunan Nina Chattu. Detingan sebanyak 12 kali itu hampir tenggelam dalam kekuatan lagu yang dimainkan oleh beberapa orang pengayuh beca. Bas panorama berhenti mengambil penumpang. Dia tidak tahu arah yang hendak dituju, lantas mengambil keputusan menaiki saja bas tersebut. “ Melaka Central." Nina Chattu menghulurkan duit kertas seringgit. Mulutnya spontan menyebut destinasi yang dia sendiri tidak pasti tujuaannya ke sana. “ Tak cukup pakcik. 30 sen lagi. Harga tambang dah naik." Nina Chattu menyeluk ke dalam saku baju Melayu teluk belanga, menghulurkan duit syiling sebanyak 30 sen. Dia mengomel kecil. “ Ish, janji sebelum dapat undi, semua nak turun harga. Ini yang aku malas nak keluar memangkah." Suasana di dalam bas penuh sesak dengan penumpang pelbagai bangsa. Beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Barangkali mereka hairan melihat orang India memakai baju Melayu. Nina Chattu tidak peduli itu semua. Dia selesa dengan apa yang dipakainya. Malah, baju itulah yang menjadi pakaian hariannya ketika mahu bersiar-siar atau ketika berada di rumah. kecuali pada waktu pejabat saja dia mengenakan pakaian seragam. Berkemeja lengan panjang, bertali leher dan seluar panjang. Sebagai bekas kakitangan kerajaan yang bertugas di jabatan Ketua Menteri, dia sama sekali tidak kekok berdepan dengan pelbagai individu. Setiap hari pejabatnya dikunjungi rakyat marhaen yang memohon bantuan itu dan ini. Ada juga yang merungut tanda tidak puas hati dengan layanan yang diberi. Nina Chattu pekakkan telinga dan butakan mata sahaja. Tugasnya untuk memenuhi keperluan dirinya dahulu. Atau dengan kata lain, setiap pertolongan mesti ada balasan. Hingga akhirnya dia ditangkap dan didakwa atas kesalahan rasuah. Kemudian, kerana berjaya merasuah seorang pegawai atasan, dia berjaya keluar dari penjara. Bagi Nina Chattu balasan daripada setiap bantuan lebih penting berbanding keikhlasan berkhidmat untuk rakyat. Sekali pun, dia tidak pernah menyesal. Biarlah dia menjadi lelaki yang bermaruah. Berani buat, berani tanggung. Bukan seperti sesetengah manusia yang hanya tahu baling batu, bersembunyi di belakang orang yang lebih besar. Sesekali pemandu bas membunyikan hon. Bandar Melaka sesak pada musim persekolahan begini. “ Hmm, beranikah aku?" Suara hati Nina Chattu mendesis. Sebaik saja bas memasuki kawasan Melaka Central, mata Nina Chattu mengecam susuk tubuh yang begitu dia kenali. Setelah bas berhenti, para
  • 3. penumpang berebut untuk turun. Nina Chattu memberikan laluan kepada mereka yang terdesak mengejar masa yang pantas berlalu. Dia senyum sinis. Ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya. Kakinya menuruni tangga bas dengan cermat. Dia sudah tahu ke mana tempat yang harus dituju. Walaupun ketika membuat keputusan menaiki bas, dia hanya mengikut kata hati saja tanpa diketahui sebabnya dia mesti turun di Melaka Central. “ Ehem, ehem, masih di Melaka kau?" Kitul hampir melompat menerima teguran daripada individu yang ingin dia jauhi. Perasaannya tidak mampu disembunyikan. Riak wajahnya menunjukkan dia tidak selesa dengan kahadiran Nina Chattu. “ Kenapa, terkejut melihat aku. Baru dua hari lepas kita berbual panjang. Takkan secepat ini kau berubah. Atau ada apa-apa yang sedang kau sembunyikan. Hei Kitul, aku kenal kau bukan sehari dua. Katakan apa yang tak kena?" Nada Nina Chattu menyindir tajam. Kitul membalas dengan senyum tipis. Segaris kedut didahinya masih terlukis. Dia memerhati sekeliling. Matanya resah. “ Apa yang kau perhatikan?" “ Tuah. Aku terpaksa lari. Kita mesti lari." Suara Kitul separuh berbisik. “ Kau, kita, apa ni! Aku tak faham. Kalau betul Tuah dah dapat kembali kerisnya, apa yang perlu ditakutkan. Zaman sekarang orang dah tak bertikam lagi. Kita ada pistol, sebelum Tuah sempat masuk rapat, kita tembak. Kita sama-sama masuk penjara. Alah, takkan sampai mandatori. Kita mempertahankan diri saja. Membunuh atau terbunuh." Nina Chattu memaut bahu Kitul. Kitul mengiyakan tingkah rakannya. Mereka berjalan menuju ke sebuah kedai makan. “ Argghh, jangan buat aku macam budak-budak." Mata Kitul menerkam marah. “ Alaa, kau segan ya. Buat seolah-olah tiada apa. Pedulikan orang lain." Nina Chattu mengenyit nakal. Nina Chattu memilih meja di sudut tepi. Kitul mengekor dari belakang. Setelah membuat pesanan, mereka dikejutkan pula dengan bayangan Raja Mendeliar yang sedang menuju ke arah mereka.. “ Orang tua gila dah datang." Suara Nina Chattu separuh berbisik.
  • 4. Kitul dapat menangkap butir kata tersebut. “ Memang gila. Masih mengaku dirinya Datuk Syahbandar di zaman yang sudah tak bersultan lagi ni. Hihi." Kitul ketawa kecil. Tangan kirinya mengusap dagu. Raja Mendeliar bukan berasal dari Melaka. Setelah kematian anak isteri akibat peperangan di Pattani, dia berhijrah ke Malaysia. Katanya dia telah mendapat satu alamat bahawa dia merupakan keturunan Raja Mendeliar yang mati dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Melaka. Keluarga arwah moyangnya melarikan diri ke Selatan Thailand. Namanya diberikan sempena nama moyangnya itu. Dia datang ke Malaysia untuk membuktikan bahawa keturunannya bukan pengecut. Dia bukan seperti moyangnya yang melarikan diri ke hutan tika Feringgi datang menyerang. Dia tidak takut untuk berada di sini, walau Portugis masih berkampung di Melaka. Dia mahu setia sebagai rakyat Malaysia, walaupun belum memperoleh kerakyatan yang tetap. Dia juga mahu membuktikan bahawa dia bukanlah pengkhianat. Sungguh - bukan dia yang memberikan maklumat kepada bekas Ketua Menteri mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh Kitul dan Nina Chattu. Raja Mendeliar mempercepatkan langkah. Seperti kebiasaan orang salah, geraknya dirasakan serba tidak kena. Terasa seperti dikejar oleh orang ramai yang telah melabur saham skim cepat kaya dengannya. Bukan mereka saja yang rugi, malah dirinya sendiri turut mengalami kerugian yang besar. Mujur, dia masih ada sedikit simpanan peribadi. Jika tidak, terpaksalah dia kembali merempat seperti di Pattani dulu. Kemiskinan yang dialami telah menyebabkan keluarganya ditindas. Dia tidak mahu menanggung keperitan yang sama. Sudah sebulan dia melarikan diri daripada kesilapan yang tidak disengajakan. Niatnya satu, mahu mengkayakan bangsa Melayu. Kerana baginya, kekayaan adalah satu kuasa. Akibat cepat percaya kepada orang asing yang datang memperkenalkan saham skim cepat kaya, dia telah terpedaya dan menyebabkan ramai orang menerima nasib yang sama. Raja Mendeliar takut andai nanti dia dituduh haloba seperti arwah moyangnya dulu. Tidak - dia bukannya manusia begitu. Dengan duit yang dia ada, masih ada jalan untuk dia membangunkan perniagaan yang lain. Bila sudah maju, dia akan dapat membela nasib Melayu. “ Hei kawan, kenapa tenung aku semacam saja," Raja Mendeliar menghenyakkan punggung di atas kerusi. Nina Chattu dan Kitul berpandangan sesama sendiri sambil mengangkat kening. Mereka seperti sedang merencanakan sesuatu. Atau mungkin mencari perkataan yang paling sesuai untuk dimulakan. Pelayan datang mengambil pesanan daripada Raja Mendeliar. Kedua-dua rakannya masih berdiam diri. Raja Mendeliar merenung keduanya tanpa berkelip. Redup wajahnya bagaikan memohon sedikit simpati. Dia seolah-olah minta difahami.
  • 5. “ Bukan aku, aku tak mengadu domba tentang kau berdua." Raja Mendeliar mula terdesak. Pelabuhan Dumai yang berpusat di Bandar Melaka lenggang. Burung gagak menciritkan tahi di merata tempat. Pekerja Majlis Bandaran Melaka Bersejarah sibuk membersihkan eceran tahi burung gagak hitam. Dua batang tubuh jantan kelihatan resah - terlalu gelisah. Mereka sudah tidak sabar lagi menunggu ketibaan feri untuk bertolak ke Dumai. “ Betul ke apa yang kita buat ni?" “ Kita buat dulu, kemudian baru fikirkan betul atau tidak." “ Tapi, bagaimana dengan Datuk Syahbandar. Aku simpati terhadapnya kerana mungkin aku pernah menjadi orang kepercayaannya dulu." “ Lupakan Raja Mendeliar, orang tua nanar yang mengaku dirinya Datuk Syahbandar. Biar dia kekal menjadi penjaga jeti di muara sungai Melaka saja. Kepentingan diri harus diutamakan." Sebelum feri sempat tiba, bekas Ketua Menteri, Tuah yang telah digulingkan oleh Nina Chattu dan Kitul telah menghidu perbuatan mereka. Keris Tamingsari terpacak di dada Kitul. Darah merah memancut keluar. Nina Chattu melarikan diri ke jeti muara sungai. Kelibat Raja Mendeliar jelas kelihatan. Raja Mendeliar telah memohon pekerjaan sebagai penjaga tiket River Cruise. “ Tolong, tolong aku." Suara Nina Chattu cemas. Tuah sudah ditangkap oleh beberapa orang pegawai kastam yang sedang minum di kedai kopi berhampiran. Tuah berang apabila mengetahui bahawa dirinya dipergunakan oleh Nina Chattu dan Kitul. Sasaran pertama adalah Kitul kerana Nina Chattu telah menuding jari kepada Kitul, dan Tuah percaya hasutan Nina Chattu. “ Kenapa, apa yang berlaku ni. Kitul mana? Selalunya kau berdua tidak berengang. Hinggakan aku dilupakan terus." “ Tuah, Tuah telah menghunuskan kerisnya ke dada Kitul. Di sana, berhampiran pejabat kastam. Maafkan aku. Aku benar-benar minta maaf." Ninna Chattu berlutut di kaki Raja Mendeliar. “ Aku dan Kitul yang merancang semuanya. Kami mempergunakan kau untuk menjatuhkan Ketua Menteri Tuah. Kami membuatkan kau percaya bahawa kau yang membongkarkan semuanya kepada Tuah. Dan Tuah, dia terlalu marah kepada aku bukan kerana gagal kekal sebagai Ketua Menteri. Tapi.."
  • 6. Nafas Nina Chattu termengah-mengah. Raja Mendeliar seperti orang kebingungan. “ Sebenarnya, aku dan Tuah merancang untuk menipu semua duit kau. Kami telah mengupah ejen supaya menjual saham skim cepat kaya kepada kau. Kami tahu kau telah bertungkus lumus mengumpul harta di sini. Kami tidak senang melihat bangsa pendatang mengaut emas di bumi ini. Aku marah kepada Tuah kerana dia gagal membelaku hinggakan aku dipecat dan dipenjarakan. Dia turut bersubahat menyelongkar failku, dan aku disabitkan kesalahan rasuah. Aku tidak mahu membahagikan duit tersebut kepada Tuah. Kerana itu, aku menuduh Kitul yang melarikan semua duit tersebut. Sebab itu Tuah memburu Kitul." “ Kau tidak berhak marah kepada Tuah, sedangkan kau sendiri yang mengkhianatinya. Habis, apa yang kau berdua buat berhampiran pejabat kastam?" “ Kami ke pelabuhan Dumai kerana mahu melarikan diri. Tuah telah tahu semua rancangan aku. Aku tidak mahu kehilangan Kitul. Kalau aku masih tunggu di sini, mungkin Kitul juga akan tahu bahawa dia turut diperalatkan. Maafkan aku." “ Aku sangka kau bukanlah Nina Chattu yang lahir pada zaman kesultanan Melaka. Kenapa kau mengulangi kesilapan moyang kita. Memang Tuah bukan seorang yang layak diberi kuasa, tidak mengapa kita jatuhkan dia. Tetapi, kenapa kau menjadi tamak. Kau tahukan tujuan aku di sini. Aku mahu menebus kesalahan moyangku dulu. Aku mahu berbakti kepada bangsa Melayu. Walaupun aku bukanlah Melayu tulen kerana telah bercampur darah Siam. Namun, darah Datuk Syahbandar pada zaman Sultan Mahmud Shah masih mengalir dalam diriku." “ Maafkan aku Raja Mendeliar." Tanpa disedari, Nina Chattu mengeluarkan sepucuk pistol mengacukan di kepala. Raja Mendeliar terpaku. Dia tidak menduga Nina Chattu menggunakan pistol yang disimpan untuk menembak Tuah kalau-kalau Tuah mahu menikamnya. Peluru menembusi kepala. Nina Chattu rebah. Burung gagak berterbangan liar mendengar bunyi tembakan. Nina Chattu meniru peribadi moyangnya dengan mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri. “ Kalaulah hidup semudah ini. Mengalah dan mati. Tidak - aku tidak akan sekali-kali menyerah atau lari." Raja Mendeliar menyapu kelopak matanya yang basah Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131020/sa_01/Bunuh- Diri#ixzz2jIg93SRd © Utusan Melayu (M) Bhd
  • 7. ARKIB : 06/10/2013 AnatomiSekepingHatiIV Oleh Rebecca Ilham KETIKA genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing, kuakan wijil membawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki ruang. Dedar yang bertahun-tahun merajai rongga dada semacam terhenti sesaat. Najwa berpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan. Kampit biji kopi, adunan rahsia resipi khas tuan punya kafe yang baru dituang separuh isinya dilipat, disepit kemas, diketepikan. Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di sebalik kaunter yang masih mendongak membaca menu di papan hitam tanpa mempedulikan sisa titis hujan di hujung rambut yang perlahan-lahan membentuk tompok-tompok gelap di bahu kemeja. Najwa tidak menunggu. Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawah mesin espreso. Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur air panas. Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter. Pelanggan baru tergamam. Anak mata mereka berlaga. Hijau-biru, dingin- dalam anak mata lelaki itu. Tidak ubah seperti bayangan-bayangan yang pernah bertandang. Najwa mengorak senyum, memecah tangkupan kolam jiwa. “ Ayuh, nanti sejuk. Jangan lupa, minum tanpa gula." Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang. Mata yang tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. Najwa senyum lagi, menggesa tanpa suara. Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di kafe kecil, dengan dedar yang tidak pernah meninggalkan dada. Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru, lelaki lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma. Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat dengan rak buku. Lokasi itu kegemaran Najwa jua. Kebanggaannya, malahan. Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia mengambil tugas sebagai kurator tidak rasmi. Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia cuba mempelbagaikan. Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali menggoncang rongga dada. Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru mengait kuras sebuah buku tipis. Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa, entah apa yang mendorongnya membeli, membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak di penjuru kafe. Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung bergoncang terlalu hebat. Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di
  • 8. dada, lantas mengirim longlai ke seluruh tubuh. Najwa terduduk. Dia mengerling jam besar di dinding kafe. Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya. Najwa mengemam bibir. Dia bertahan. Dia mesti bertahan. Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir mengoyaknya namun sempat menukar fikiran. Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. Terlalu cair, pahit dan masam. Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan terakhir, pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya jabatan kardiologi. Kod biru. Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk. Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di birai meja yang mendominasi sebahagian pantri khusus untuk kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung itu. Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam pegangan. Kod biru. Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru juga. Satu-satunya pesakit di bawah pengawasannya masih di unit rawatan rapi meski sudah seminggu menjalani pembedahan sukar. Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah dan petah asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenat sepanjang malam. Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan keributan degupan jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di ventrikel kiri, juga menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda yang dahulunya teruja menyambut kelahiran anak pertama, kini lebih letih daripada sedih. Adrian berhenti menggulir gelas kertas. Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripada permukaan kopi sejuk yang memantulkan semula wajahnya itu. Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit rawatan rapi. Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi, dia telah mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan, bersaksikan dua jururawat dan doktor bertugas yang turut membantu. Bukan sekali Adrian menegaskan bahawa dia telah melakukan segala yang terdaya, namun jantung kecil jejaka cilik empat tahun itu kekal lesu dan tidak mahu berdegup jua. Dia masih belum mahu kalah. Namun jururawat separuh usia, bertahun-tahun menggeluti pelbagai episod di unit rawatan rapi pembedahan jantung itu menggeleng lembut tatkala dia mengarahkan agar defibrilator dicas dengan kadar lebih tinggi. Adrian menghabiskan kopi sejuk. Tidak berkurang pahit dan asidnya. Gelas kertas dicampak ke arah bakul sampah di sisi kabinet. Gelas kosong berlaga
  • 9. dengan birai, lalu melantun. Masuk, Adrian mengharap sungguh-sungguh. Namun gelas kosong tergelatak di lantai, sebagaimana kecundangnya dia menyingkirkan bungkam ketua jabatan yang tersirat makna itu. Adrian merenung kedua belah tangan, sepuluh jemari yang ditekap di atas permukaan datar meja. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Sepasang tangan itu, sepuluh jari yang gelincah digelar tangan emas oleh warga jabatan sepanjang- panjang dia menjawat kedudukan tetap di situ. Namun entah mengapa, sejak dua bulan ini, tidak seorang pun pesakit didiscaj keluar melainkan melalui pintu ruang sejuk kamar mayat. Adrian sungguh-sungguh buntu. Setiap penjuru, garis dan urat jari diteliti. Ke mana pergi sentuhan Midas itu? Ketika lelaki itu melangkah masuk ke ruang kafe buat kali kedua, Najwa sudah tahu. Bagaimana - dia sendiri tidak tahu. Tetapi sejak lama dulu, dia belajar untuk tidak terlalu mempersoalkan hal-hal yang dia sendiri tidak fahami. Sekali lagi, lelaki itu gamam di hadapan kaunter. Kali ini Najwa lebih bersedia. Dia mengusulkan secangkir kopi hitam, masih berasap tipis, dengan pesanan sama, agar dinikmati tanpa gula. Di atas dulang itu juga semangkuk sup jernih. Hirisan kentang tanpa disish kulit, batang saderi, ricihan bawang, butir-butir lada hitam dan paha ayam putih terapung-tenggelam, menyelerakan. Lelaki pengunjung itu seperti hendak membuka mulut, barangkali ingin membantah. Ya, dia tidak memesan semua itu. Malah hidangan tambahan itu tidak ditawarkan dalam menu lazim kafe sekali pun. Namun Najwa melenyapkan bantahan yang belum terlantun dengan sekuntum senyum cuma. Dia sudah menjangka. Bukan, dia pernah mengalaminya, di ruang masa dan dimensi lain yang semena-mena mengirim getar dejavu ke tangkai jiwa. Najwa melepaskannya cermat menatang dulang ke meja bulat di penjuru kafe. Lelaki itu mencapai buku yang ditinggalkan pada hujung kunjungan pertama, menyelak ke halaman ditanda lalu tenggelam di dalamnya. Najwa menghela nafas, ngilu di ulu hati mencucuk. Dalam lagi tajam. Dia menggengam birai kaunter. Ekor matanya menjeling tampang Adrian dari balik mesin espreso. Memang dia tidak tahu, tetapi dia tidak mahu terlalu mempersoalkan. Setiap bayangan yang hadir, pada daerah asing antara jaga dan mimpi seusai bacaan al-Fatihah, surah-surah tiga Qul, Ayat Kursi, Bismillah 21 kali, doa tidur dan syahadah itu tentunya punya maksud tersendiri. Meski tidak, atau juga belum, menjawab setiap doanya pada sujud setiap rakaat istikharah. Paling kurang, bayangan dan gerak hati telah membawanya ke sini, ke kafe kecil di sebuah kota besar, beribu batu jarak daripada tanah kelahirannya.
  • 10. Siapalah dia untuk meragui segala aturan Allah Yang Maha Tahu? Trem datang. Trem pergi. Khalayak turun. Khalayak naik. Khalayak datang. Khalayak bubar. Beberapa kali. Berulang-ulang. Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu. Hujan rintik-rintik tetapi dia sengaja tidak mahu mengambil ruang di bawah teduhan. Entah berapa lama dia di situ. Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan hospital tadi, langit belum berawan. Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak kunjung hadir. Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup berlama-lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu. Haba yang mengalir dari dalam pascapertemuan empat mata dengan ketua jabatan itu perlu diredakan, jika pun tidak mampu dipadamkan. Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil, medical precinct, menuju ke selatan. Ke pusat bandar. Biar dia bergaul dengan khalayak. Biar terpencar marahnya. Biar lega sakit hatinya. Adrian memejam mata. Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata. Suhu tubuhnya sudah turun. Namun pedih di dalam dadanya tidak juga berkurang. Tergamak ketua jabatan mencadangkan agar dia melepaskan tanggungjawab seketika. Pergi bercuti, doktor, dia dipujuk. Seminggu, dua minggu atau tiga minggu jika doktor mahu. Balik nanti, kita bincang tentang masa depan doktor di sini. Apabila dia enggan, ketua jabatan berubah tona suara. Barulah Adrian tahu bahawa surat arahan sebetulnya sudah ditandatangani. Bujukan itu hanyalah sandiwara. Adrian membuka mata. Dia melepaskan sandaran pada tiang teduhan. Apa jaminan rekod buruknya akan pulih dengan berehat seketika? Dia sudah lelah mempertahankan diri. Periksalah rekod setiap pesakitnya, soal-siasatlah staf lain yang bersama-sama pada masa dan tempat setiap kecelakaan. Dia tidak pernah culas, apatah lagi cuai. Adrian meneguk liur. Bukan mudah untuk dia menelan semua ini. Setangkas mana pun tangannya, secekap mana pun analisanya, dia tetap bukan tuhan. Najwa memanjang leher dari balik kaunter. Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu disuguh wap panas. Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar mencongak-congak. Memang dia lewat hari ini. Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat ketika dia tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga pijar, pedih seluruh. Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi pagi dia tahu, dia terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio rawatan di hospital terlebih dahulu.
  • 11. Dia juga tahu dia mesti berkeras tidak mahu dimasukkan ke wad, dan diletakkan di bawah pemerhatian sepanjang minggu. Dia mesti meyakinkan doktor yang sudah lali dengan kedegilannya bahawa pil-pil putih yang selama ini mengepung kesakitan itu mencukupi. Paling tidak sehingga dia sendiri dengan rela hati mendaftar masuk ke wad kardiologi hujung minggu nanti. Susu menggelegak. Habanya menjalar ke jag keluli, lantas menyelar jari- jemari. Najwa terburu mengalihkan. Jag keluli separa dicampak ke sisi mesin espreso. Terlambat. Jari jemari sudah merah, bisanya menggigit kulit dan daging. Najwa menggigit bibir, menyeranah diri kerana terlalu leka. Tombol pili dipulas. Jari jemari yang pijar-pedih dibiarkan disalut aliran air. Najwa mengerling lagi ke arah wijil. Terkatup. Rapat. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-tunggu akan berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari sejak dua minggu lalu. Pada setiap kunjungan itu juga, Najwa telah bersedia dengan hidangan di luar menu, dipelbagaikan mengikut gerak hati jua. Lelaki itu tidak pernah menolak. Bersama secawan kopi hitam tanpa gula, dia akan menghirup sup, bubur atau apa sahaja yang disuguhkan di meja kebiasaan sambil sebelah tangan menguak buku tipis yang dibuka semenjak kunjungan pertama, tetapi tidak juga tamat-tamat dibaca itu. Najwa tidak pernah bertanya. Dia juga tidak terpanggil untuk memulakan perbualan pertama. Cukuplah tampang lelaki itu tidak lekang daripada ekor matanya beberapa jam dalam seminggu. Itu sudah seperti antidot untuk jantung abnormalnya. “ Mari saya tengok tangan tu." Najwa menoleh ke hadapan kaunter. Pengunjung yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Najwa ingin melempar senyum, namun kerutan terlebih dahulu muncul menatari dahi. “ Tangan awak lecur agaknya. Saya doktor, beri saya tengok." Lelaki itu terlebih dahulu menghulur tangan. Najwa patuh tanpa mempersoalkan. Buat pertama kali, dia melihat ada segarit kejernihan di wajah itu. Jantung berdetak lebih kuat, bagai mempersetujui. Najwa merasakan peluh sejuk merenik di dahinya. Kepala ringan tiba-tiba. Belum sempat jari-jemari merah-pedih dibelek-ditelek, dia sudah rebah dulu. Adrian menarik kerusi dekat ke sisi katil besi. Dia duduk, berserenjang dengan Najwa. Mereka bertatapan beberapa lama, namun masing-masing berlawan tidak membuka mulut. Libang-libu koridor wad kardiologi sesekali menerobos ke dalam kamar kapasiti seorang pesakit itu, memenuhi sepi antara doktor- pesakit.
  • 12. “ Awak terlambat. Sepatutnya awak datang beberapa bulan lalu, ketika saya belum pernah meragui keupayaan sendiri. Pada masa itu, awak tak perlu meminta. Malah sayalah yang terlebih dahulu akan berbalah, berebut dengan doktor yang merawat awak selama ini itu." Adrian beralah akhirnya. Najwa tidak menyahut. Anak matanya menyeluruhi air muka lelaki yang selama ini dicam di balik tabir kaunter kafe dan mesin espreso cuma. Lebam di bawah matanya pekat benar, manakala rambut-rambut halus telah menatari sekitar dagu. Najwa tahu, lelaki itu sudah terlalu bersusah-payah kerananya. Dalam lenanya panjang semenjak rebah di kafe, biar dalam kekaburan, mampir bayangan Adrian merawati, dengan cemas, cekap dan sabar sehingga dia stabil sepenuhnya. Oleh itu dia juga tahu, bahawa secara teknikal lelaki ini lebih daripada mampu. Sementara secara yang lain-lain, ah - “ Tapi jika pertemuan kita beberapa bulan lalu, saya akan menjadi sebahagian daripada statistik, kasualti dalam rekod tugasan awak." Najwa menjuring senyum. Mengusik sebetulnya. Adrian teragak-agak memahami, namun tertawa kecil apabila menangkap maksud tersembunyi. “ Awak terlalu optimis." “ Saya tidak pernah meragui kuasa doa dan mimpi. Ia telah melorongkan saya ke sini, kepada awak." Adrian mengangkat kening. Sejuta satu persoalan berkerdipan daripada sinar anak matanya. Najwa tersenyum lebih lebar. Manis dan misteri sekaligus. Ketika itu, Adrian beralah lagi. Dia memutuskan untuk belajar dan cuba mengerti. Barangkali, dengan menjahit hati perempuan ini, akan mencantum semula hatinya jua Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20131006/sa_01/Anatomi- Sekeping-Hati-IV#ixzz2jIglNQkm © Utusan Melayu (M) Bhd
  • 13. 1) KETIKA genta kecil di atas puncak wijil kafe bergemerincing, kuakan wijil membawa sebatang susuk lampai-sasa memasuki ruang. ATU 2) Dedar yang bertahun-tahun merajai rongga dada semacam terhenti sesaat. -AM 3)Najwa berpaling dari mesin espreso yang sedang dikerjakan.AM 4)Kampit biji kopi, adunan rahsia resipi khas tuan punya kafe yang baru dituang separuh isinya dilipat, disepit kemas, diketepikan. 5)Dia melempar senyum kepada pelanggan baru di sebalik kaunter yang masih mendongak membaca menu di papan hitam tanpa mempedulikan sisa titis hujan di hujung rambut yang perlahan-lahan membentuk tompok-tompok gelap di bahu kemeja. AM 6)Najwa tidak menunggu. -ATU 7)Dia mencapai cawan putih lalu ditadah ke bawah mesin espreso. AM 8)Pati biji kopi mendap di dasar cawan segera dicampur air panas. ATU 9)Najwa menyisip piring, lantas menyua cawan ke birai kaunter. AM 70)Pelanggan baru tergamam. 71) Anak mata mereka berlaga. 72)Hijau-biru, dingin-dalam anak mata lelaki itu. 10)Baru tak berapa jam lalu alat keluinya digegarkan kod biru juga. -ATU 11) Satu-satunya pesakit di bawah pengawasannya masih di unit rawatan rapi meski sudah seminggu menjalani pembedahan sukar. AM 12) Pesakit itu, jejaka cilik empat tahun usia yang keletah dan petah asal sahaja nafasnya tidak lekas mengah, tenat sepanjang malam. -AM 13)Adrian ripuh; berjaga, berjaga-jaga - menstabilkan keributan degupan jantung yang baru ditampal tiga lubang seni di ventrikel kiri, juga menenangkan ibu dan bapa, pasangan muda yang dahulunya teruja menyambut kelahiran anak pertama, kini lebih letih daripada sedih. -AM 14) Najwa menyatakan bahawa dia ingin menengok tangan itu.-AM 15) Najwa berkata bahawa, ayuh, nanti sejuk. Jangan lupa, minum tanpa gula.AM
  • 14. 16)Pelanggan baru bagaikan terpantak daripada anganan panjang.ATU 17)Mata yang tadinya terpersil, tertancap penuh pada barista. -ATU 18) Najwa senyum lagi, menggesa tanpa suara. -ATU 19)Dia tahu, dia tahu semua kegusaran itu. -ATU 20)Dia telah lama menunggu, beberapa bulan setia di balik kaunter di kafe kecil, dengan dedar yang tidak pernah meninggalkan dada. -ATU 21)Matanya tidak melepaskan tampang pelanggan baru, lelaki lampai yang pernah hadir dalam bayangan cuma. -=AM 22)Lelaki itu memilih meja bulat di penjuru kafe, paling dekat dengan rak buku. -ATU 23)Lokasi itu kegemaran Najwa jua. –ATU 73) . Kebanggaannya, malahan. 24) Hatinya kuat mengatakan lelaki itu, pelanggan yang ditunggu-tunggu akan berkunjung hari ini, sebagaimana dia mengerapi kafe ini hampir setiap hari sejak dua minggu lalu.-AM 25)Semenjak bekerja di kafe kecil itu, dengan sukarela dia mengambil tugas sebagai kurator tidak rasmi. -ATU 26)Meski seleksi bahan bacaan sengaja tidak diperbanyak, dia cuba mempelbagaikan. -AM 27)Buku-buku peribadinya, dan - dedar nan reda kembali menggoncang rongga dada.-AM 28)Mata Najwa mengekori jari jemari lelaki pelanggan baru mengait kuras sebuah buku tipis. -ATU 29)Buku itu ditemuinya di pasar buku hujung minggu lalu. -ATU 30)Buku itu bukanlah genre kelazimannya, namun entah mengapa, entah apa yang mendorongnya membeli, membawa pulang sebelum menyisipnya ke rak di penjuru kafe. -AM 31) Najwa menghela nafas, cuba mengawal namun jantung bergoncang terlalu hebat. -AM 32)Darah dari jaringan pembuluh tidak sempat tiba di dada, lantas mengirim longlai ke seluruh tubuh.-AM
  • 15. 73)Najwa terduduk. 74) Dia mengerling jam besar di dinding kafe. 75) Masih berbaki dua jam sebelum dos ubat seterusnya. 33)Najwa memanjang leher dari balik kaunter.-ATU 34) Tangan ligat menuang susu segar ke dalam jag keluli lalu disuguh wap panas. -AM 35)Matanya kemas di muka wijil, sambil benak berputar mencongak-congak.- AM 36) Memang dia lewat hari ini. -ATU 37)Sepatutnya dia masuk awal pagi, tetapi dada bergoncang hebat ketika dia tersedar sebelum fajar; dedarnya merebak sehingga pijar, pedih seluruh.-AM 38) Justeru, tatkala dia terduduk pada qiyam rakaat kedua solat tadi pagi dia tahu, dia terpaksa menghadap pakar pemegang portfolio rawatan di hospital terlebih dahulu. -AM 39)Adrian menuang kopi panas ke dalam gelas kertas. - ATU 40)Dia mencapai paket gula di sudut kabinet, hampir mengoyaknya namun sempat menukar fikiran. -AM 41)Kopi panas diteguk tanpa perisa tambahan. -ATU 42)Terlalu cair, pahit dan masam. -ATU 43)Dia memaksa diri menghabiskan tetapi belum sampai tegukan terakhir, pengumuman genting bergema melalui sistem siaraya jabatan kardiologi. -AM 44)Kod biru.-ATU 450Adrian tidak jadi melangsaikan tegukan kopi pahit-masam. -ATU 46 )Dia menarik kerusi, lantas menghenyak duduk . -AM 47) Kedua belah tangan mencepung gelas kertas direhatkan di birai meja yang mendominasi sebahagian pantri khusus untuk kegunaan para petugas jabatan pembedahan jantung itu. -AM 48)Gelas kertas yang terlalu ringan itu digulir-gulir dalam pegangan. -AM
  • 16. 49)Adrian berhenti menggulir gelas kertas. -ATU 50)Sisa kopi hitam ditenung, bagai menagih sesuatu daripada permukaan kopi sejuk yang memantulkan semula wajahnya itu. -AM 51)Dia telah muak-jelak mengingati semula kegetiran di unit rawatan rapi.- ATU 52) Tidak cukup dengan analisis senyap di dalam benak peribadi, dia telah mengulang semuanya di hadapan ketua jabatan, bersaksikan dua jururawat dan doktor bertugas yang turut membantu- AM .53) Trem datang. -ATU 54)Khalayak turun.-ATU 55)Adrian pegun di sisi teduhan tempat menunggu.-ATU 56)Hujan rintik-rintik tetapi dia sengaja tidak mahu mengambil ruang di bawah teduhan. Entah berapa lama dia di situ.-AM 57) Seingatnya ketika dia melangkah rusuh daripada bangunan hospital tadi, langit belum berawan. 58)Matahari terik, menggigit dan angin kering tidak kunjung hadir. -ATU 59)Sekujur tubuhnya berkeringat namun dia tidak sanggup berlama-lama didakap hawa sederhana di tempat bertugas itu. -AM 60)Haba yang mengalir dari dalam pascapertemuan empat mata dengan ketua jabatan itu perlu diredakan, jika pun tidak mampu dipadamkan.-AM 67)Maka dia berjalan tanpa arah khusus, bermula dari daerah kecil, medical precinct, menuju ke selatan. –ATU 61)Ke pusat bandar. -AT 62)Biar dia bergaul dengan khalayak.- PANC. KET 63) Biar terpencar marahnya. -AT 64)Biar lega sakit hatinya. - AT 65)Adrian memejam mata. - AT 67)Telinga menangkap geselan rel dengan roda besi trem. – PAN KET
  • 17. 68) Titis-titis hujan serasa menghunjam pelupuk mata. - AT 69) Suhu tubuhnya sudah turun, namun pedih di dalam dadanya tidak juga berkurang. - MG