Tautan merujuk kepada hubungan antara unsur linguistik dalam teks, sama ada secara struktur atau makna. Terdapat pelbagai jenis tautan seperti perulangan, kolokasi, dan penghubung ayat. Tautan penting untuk menghubungkan komponen permukaan teks.
2. Tautan ialah konsep hubungan antara unsur linguistik sama ada
secara struktural atau semantik.
Unsur ini perlu berada dalam unit teks yang berlainan.
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:3), tautan
membicarakan komponen permukaan teks sama ada secara lisan
atau tulisan secara berurutan.
3. Tautan perulangan rujukan
(PL1)- hubungan semantik.
Contohnya: Syikin rajin
belajar. Dia bijak.
Tautan perulangan
penggantian (PL2)-
Hubungan semantik. Sebagai
contoh: hatinya girang.
Namun, kegembiraan itu
hanya seketika.
Tautan Perulangan Elipsis
(PL3)- Hubungan strutural.
Sebagai contoh: Farid sudah
pulang? Belum. (Farid belum
pulang.)
Tautan Perulangan Leksikal
(PL4)- hubungan struktural.
Sebagai contoh: Farid
membaca buku. Buku itu
tebal.
4. Tautan Perulangan
Parafrasa (PL5)- hubungan
makna tetapi strukur
berlainan. Contoh: Anis
mendapat tempat kedua.
Tempat kedua milik Anis.
Tautan Perulangan
Paralelisme (PL6)-
hubungan struktural tetapi
makna berbeza. Contoh:
ayah membaca buku. Ibu
pula membaca majalah.
Tautan Perulangan
Struktur dan Makna Sama
(PL7). Contoh: tolong!
Tolong! Firdaus berteriak.
Tolong! Firdaus berteriak
lagi.
6. Tautan Penghubung
Ayat Akibat (PA3).
Contoh: oleh itu.
Tautan Penghubung
ayat Perlawanan
(PA2). Contoh: kami
tetap yakin
walaupun kami
salah.
Tautan penghubung
ayat Pertambahan
(PA1). Contoh: Faris
dan Anisah
mendapat tempat
pertama
Tautan Penghubung Ayat Waktu
(PA4). Contoh: kini, usahanya
berhasil.
7. Terdapat pelbagai cara untuk memperoleh hubungan leksikal.
Antara caranya termasuklah dengan mengulang kata yang sama,
dengan menggunakan antonim, dengan menggunakan sinonim,
dengan menggunakan hiponim, kolokasi dan juga unsur
bersambut.
Begitulah ciri-ciri konsep tautan yang telah dikemukakan oleh
Sanat Md. Nasir.