1. Nota Pembelajaran Tatabahasa (Tahun 2)
1. KATA ADJEKTIF
Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat, iaitu kata yang menjadi inti dalam
frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih hebat lagi.
Kata – kata dalam golongan kata adjektif menerangkan tentang keadaan
atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
Kata adjektif juga boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti
oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali.
2. KATA KERJA
Kata kerja ialah sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan
harian.
Contohnya : mandi, berlari, membaca, mengajar, bercakap, melukis.
3. KATA GANTI NAMA DIRI
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata
nama orang. Kata ganti nama terbahagi kepada tiga jenis seperti yang
berikut :
Kata ganti nama diri pertama
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap
atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. Kata
ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua iaitu :
- Bentuk tunggal (contoh : aku, beta, daku, hamba, patik, saya)
- Bentuk jamak (contoh : kami, kita)
Kata ganti nama diri kedua
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang kedua atau
orang yang diajak bercakap. Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada
dua iaitu :
- Bentuk tunggal (contoh : anda, awak, engkau, tuanku, kamu)
- Bentuk jamak (contoh : anda, kalian, kamu)
cikgushellagan.blogspot.com 1
2. Kata ganti nama diri ketiga
Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan
nama diri orang yang dicakapkan atau diperkatakan.
- Contoh : Baginda, beliau, dia, mereka.
4. KATA NAMA
Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat,
benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya. Kata nama dapat
digolongkan kepada :
Kata nama
Kata Nama Am :
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil
melainkan pada awal ayat. Dengan kata lain perkataan nama am
digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
1. Manusia (contoh : ayah, kakak, kerani, doktor)
2. Binatang (contoh : kucing, lembu, ayam, ikan)
3. Tempat (contoh : negeri, kampung, taman, pulau)
4. Benda (contoh : bangunan, kereta, buku, kasut)
Kata Nama Khas :
Perkataan kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang
tertentu, khusus atau khas. Biasanya huruf pertama perkataan
nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
1. Manusia (contoh :Encik Lee, Puan Tan, Cikgu Marina,
Pak Cik Ahmad, Doktor Zainol)
2. Binatang (contoh : Si Tompok, Ayam Belanda, Burung
Murai, Si Hitam, Si Belang)
3. Tempat (contoh : Pelis, Ipoh, Kampung Setia, Pulau
Langkawi)
4. Benda (contoh :Proton Saga, Kasut Adidas, Toyota,
Honda, Sony)
cikgushellagan.blogspot.com 2