2. 1. Kata hubung ialah perkataan yang
digunakan untuk menggabungkan
• perkataan dengan perkataan
• rangkai kata dengan rangkai kata
• ayat dengan ayat
3. 2. Kata hubung terbahagi kepada :
(a) kata hubung tunggal
(b) kata hubung berpasangan
3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan
serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
4. Contoh Ayat Contoh
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa apa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
jika Saya berpayung jika hujan.
jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
5. Contoh Ayat
kecuali Semua murid hadir kecuali Gopal.
kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
6. Contoh Ayat
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja itu.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.
7. Contoh Ayat Contoh
baik – mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong-royong
membersihkan balai rayo itu.
walaupun… namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah - entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
semakin… semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
8. KATA KERJA PASIF
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal
daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak
berawalan men-.
2. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat,
pelajari, persilakan, dan sebagainya.
9. Kata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
Diri Pertama
Kata Kerja Pasif
Diri Kedua
Kata Kerja Pasif
Diri Ketiga
ku+ kata kerja kau + kata kerja di+kata kerja
kuangkat, kuatasi,
kuberikan,
kupercepat,
kupelajari,
kupersilakan
10.
11. 3.Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif
diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c)
kata kerja pasif diri ketiga
4.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja
pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya:
kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat,
kupelajari, dan kupersilakan.
5.Kata kerja pasif diri kedua ialah yang
berimbuhan kau-. Contohnya: kauangkat,
kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari,
12. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang
berimbuhan di-. Contohnya:
diangkat, diatasi, diberikan,
dipercepat, dipelajari, dan
dipersilakan