Assalamualaikum.
Di sini saya memuatnaik slide pembentangan saya seperti yang diarah oleh pensyarah LMCP1532. Saya menceritakan serba sedikit latar belakang tempat tinggal saya iaitu Bandar Kluang. Saya juga telah membuat penilaian dari skala 1-10 kepada bahagian-bahagian berikut iaitu Alam sekitar, Ekonomi dan Sosial. Pandangan saya dan anda mungkin berbeza. Justeru saya meminta maaf sekiranya penilaian saya ini membuat anda berasa tidak berpuas hati dan mungkin berkecil hati. Semua penilaian yang saya buat berdasarkan apa yang saya lihat ya.
Terima Kasih
2. PENGENALAN
Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta'zim, dikelilingi oleh semua
daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Keluasan
kawasan pentadbiran Majlis seluas 126.57 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan
bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalan raya dan keretapi.
Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran
telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan
keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain telah dibina. Pertumbuhan
pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah
paling utama.
Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis
mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupon Malayan
Flying Fox dianggap sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Terdapat juga cerita yang binatang
yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukun bagi menghalau
mereka. Walau bagaimanapun cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang lama-lama di sini.
SUMBER: PORTAL RASMI MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
3. 1. Alam Sekitar
Penilaian Bandar Kluang
Perkara Skala
Rekabentuk bandar 9
Kepelbagaian Bio 9
Sampah 6
Eco-footprint 7
Kawasan hijau 8
Perubahan cuaca 7
Kitar semula 7
Kualiti udara 6