Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Jenayah1
1. Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat.
Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Idea asas apa yang
dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada
orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan atau
membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah. Namun demikian, ada juga perkara-perkara
yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang
lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-
undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang
agama. Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah
tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan
oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau
dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu
seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu
melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu
mendakwanya di mahkamah.