SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU




                    PENTAKSIRAN PUSAT

                           CONTOH

                    TUGASAN JANGKA PENDEK




DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012                           1
INSTRUMEN CONTOH PENTAKSIRAN PUSAT
                          TUGASAN JANGKA PENDEK


                             BAHASA MELAYU



                          Bahagian A (60 markah)

Berdasarkan bahan grafik di bawah, tulis sebuah karangan tentang kesan-kesan
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid. Panjang karangan anda
hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.




DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012                                                         2
Bahagian B (20 markah)
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.



                          Sajak Persahabatan
                           (Mohd Amran Daud)

                    Seorang kanak-kanak
                    berbaju kurung nampak cantik
                    berlesung pipit beralis lentik
                    bermain-main riang, bermain keseorangan
                    pada wajahnya meriak gembira
                    pada bibirnya menguntum ceria
                    berderai ketawa mengocak suasana.

                    Seorang kanak-kanak
                    berpakaian ceongsam bertocang dua
                    bergincu pipi tampak ceria
                    tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa
                    menghulur senyum dan ketawa manja
                    pada wajahnya menyerlah keriangan
                    mereka bermain alang-kepalang
                    berkejar-kejaran tanpa halangan.

                    Seorang kanak-kanak
                    bersari bergelang kaki
                    bertindik hidung menguntum seri
                    melihat saja telatah manja
                    si comel berdua, bermain, dan tertawa
                    dirinya bagai digamit bermain bersama
                    mengongsi kemesraan
                    menterjemah makna kejiranan.

                    Ah, kanak-kanak
                    biar berlainan agama
                    biar berlainan bangsa
                    mereka saling bersalaman
                    dan berpeluk mesra
                    tanpa menghiraukan adat dan budaya;


DRAF
                        membina keakraban tanpa curiga
                        membentuk perpaduan tanpa prasangka

PP Bahasa Melayu
                    bersatu hati membentuk jati diri
                    ke arah wawasan lebih bererti!

28 September 2012                                                                  3
Soalan Pemahaman
Jawab semua soalan berdasarkan sajak di atas.


1.     Nyatakan maksud baris sajak membina keakraban tanpa curiga.       [2 markah]

2.     Senaraikan tiga usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum.            [6 markah]

3.     Analisis bentuk sajak Persahabatan.                               [6 markah]

4.     Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak.              [6 markah]




                                Bahagian C (20 markah)
                                  Soalan Tatabahasa


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat
ayat tersebut dalam ruang yang disediakan.


1. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi.

     Subjek

     Predikat

                                                                         [4 markah]

2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam.

     Subjek

     Predikat

                                                                         [4 markah]




DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012                                                                 4
3. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan
   oleh guru mereka.

    Subjek

    Predikat

                                                                           [4 markah]

4. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah.

    Subjek

    Predikat

                                                                           [4 markah]



5. Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku.

    Subjek

    Predikat

                                                                           [4 markah]




                                     Soalan Tamat




DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012                                                                   5
PANDUAN PENSKORAN
Bahagian A

 Peringkat markah                         Deskripsi

       Cemerlang     -   Bahasa baik dan lancar.

        45 - 60      -   Berupaya menggunakan ayat sendiri

                     -   pemilihan kata tepat

                     -   ayat gramatis

                     -   penanda wacana yang sesuai

                     -   Ejaan dan tanda baca betul.

                     -   Bahasa masih baik dan masih lancar.

         Baik        -   Masih berupaya menggunakan ayat sendiri.

        30 - 44      -   pemilihan kata agak terhad

                     -   ayat masih gramatis

                     -   penanda wacana masih sesuai.

                     -   Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
                         minimum.



    Memuaskan        -   Bahasa kurang lancar.

        15 - 29      -    Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat ,
                         ejaan dan tanda baca
                                 atau
                     -   menyalin ayat daripada petikan secara terpilih.



DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012                                                          6
Penguasaan          -   Keseluruhan jawapan menggambarkan
     minimum                penguasaan bahasa yang lemah .

       01 - 14          -   Menyalin ayat secara terus daripada petikan.




Bahagian B (20 markah)

1. Maksud baris sajak ialah
     • menjalin hubungan erat tanpa syak wasangka
     • perpaduan
                            [ pilih mana-mana satu jawapan maksimum 2 markah]


2. Tiga usaha mewujudkan perpaduan kaum
      •     saling bertegur sapa
      •     ziarah-menziarahi antara jiran
      •     menghormati perayaan dan amalan kaum lain
      •     melalui aktiviti sukan dan riadah
      •    jawapan bersesuaian boleh diterima
                                 [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]


3. Bentuk sajak
     •     bentuk bebas
     •     jumlah rangkap
     •     jumlah baris setiap rangkap
     •     jumlah perkataan setiap baris
     •     jumlah sukukata setap baris
     •     rima akhir
                               [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]


DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012                                                               7
4. Tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak
      • perpaduan
      • setia kawan
      • kasih sayang
      • hormat-menghormati
                               [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]




Bahagian C Tatabahasa (20 markah)


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat
ayat tersebut dalam ruang yang disediakan.



1. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi.

    Subjek         semua pelajar di sekolah itu

    Predikat       dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi

                                      [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]



2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam.

    Subjek         seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah

    Predikat       jatuh pitam semalam

                                      [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]


DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012                                                                8
3. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan
   oleh guru mereka.

    Subjek         Ali dan kawan-kawan rapatnya

    Predikat       sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka

                                      [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]



4. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah.

    Subjek         hotel yang sedang dalam pembinaan itu

    Predikat       dicat dengan warna yang cerah

                                      [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]




5. Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku.

    Subjek         Farid

    Predikat       tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku kerana hujan lebat

                                      [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]




                                         Tamat



DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012                                                                   9

More Related Content

What's hot

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
Normarjana Ibrahim
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
nashahrin
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
Mat Yuih
 
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTA...
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTA...SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTA...
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTA...
Normarjana Ibrahim
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
Ummu Khair
 

What's hot (20)

Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3
NOTA PERUMPAMAAN TAHUN 3
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
 
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Pentaksiran Tingkatan 1 Bahasa Inggeris (Answer)
Pentaksiran Tingkatan 1 Bahasa Inggeris (Answer)Pentaksiran Tingkatan 1 Bahasa Inggeris (Answer)
Pentaksiran Tingkatan 1 Bahasa Inggeris (Answer)
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2
 
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTA...
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTA...SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTA...
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTA...
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
Contoh soalan peperiksaan Bahasa Melayu SPM kertas 2
 
Form 1 english examination paper
Form 1 english examination paperForm 1 english examination paper
Form 1 english examination paper
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 
Peribahasa t2
Peribahasa t2Peribahasa t2
Peribahasa t2
 

Viewers also liked

Viewers also liked (13)

Bahasa melayu tingkatan 2 peribahasa
Bahasa melayu tingkatan 2 peribahasaBahasa melayu tingkatan 2 peribahasa
Bahasa melayu tingkatan 2 peribahasa
 
Pentaksiran Bahasa Inggeris Tingkatan 2
Pentaksiran Bahasa Inggeris Tingkatan 2Pentaksiran Bahasa Inggeris Tingkatan 2
Pentaksiran Bahasa Inggeris Tingkatan 2
 
Amar crita spontan
Amar   crita spontanAmar   crita spontan
Amar crita spontan
 
PBS soalan dan jawapan
PBS soalan dan jawapanPBS soalan dan jawapan
PBS soalan dan jawapan
 
Bab 1(pbs sejarah tingkatan 2)
Bab 1(pbs sejarah tingkatan 2)Bab 1(pbs sejarah tingkatan 2)
Bab 1(pbs sejarah tingkatan 2)
 
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Soalan percubaan bahasa melayu   pt3Soalan percubaan bahasa melayu   pt3
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
 
Tatabahasa Bahasa Melayu
Tatabahasa Bahasa MelayuTatabahasa Bahasa Melayu
Tatabahasa Bahasa Melayu
 
Bahasa melayu tingkatan 1
Bahasa melayu tingkatan 1Bahasa melayu tingkatan 1
Bahasa melayu tingkatan 1
 
BM TATABAHASA
BM TATABAHASABM TATABAHASA
BM TATABAHASA
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Nota penting tatabahasa
Nota penting tatabahasaNota penting tatabahasa
Nota penting tatabahasa
 
NOTA RINGKAS-Sistem BM
NOTA RINGKAS-Sistem BMNOTA RINGKAS-Sistem BM
NOTA RINGKAS-Sistem BM
 
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkiniPanduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini
Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini
 

Pp pd bm tingkatan 2

  • 1. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN PUSAT CONTOH TUGASAN JANGKA PENDEK DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 1
  • 2. INSTRUMEN CONTOH PENTAKSIRAN PUSAT TUGASAN JANGKA PENDEK BAHASA MELAYU Bahagian A (60 markah) Berdasarkan bahan grafik di bawah, tulis sebuah karangan tentang kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid. Panjang karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 2
  • 3. Bahagian B (20 markah) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sajak Persahabatan (Mohd Amran Daud) Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan. Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan. Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghiraukan adat dan budaya; DRAF membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka PP Bahasa Melayu bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih bererti! 28 September 2012 3
  • 4. Soalan Pemahaman Jawab semua soalan berdasarkan sajak di atas. 1. Nyatakan maksud baris sajak membina keakraban tanpa curiga. [2 markah] 2. Senaraikan tiga usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum. [6 markah] 3. Analisis bentuk sajak Persahabatan. [6 markah] 4. Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak. [6 markah] Bahagian C (20 markah) Soalan Tatabahasa Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat ayat tersebut dalam ruang yang disediakan. 1. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi. Subjek Predikat [4 markah] 2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam. Subjek Predikat [4 markah] DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 4
  • 5. 3. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka. Subjek Predikat [4 markah] 4. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah. Subjek Predikat [4 markah] 5. Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku. Subjek Predikat [4 markah] Soalan Tamat DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 5
  • 6. PANDUAN PENSKORAN Bahagian A Peringkat markah Deskripsi Cemerlang - Bahasa baik dan lancar. 45 - 60 - Berupaya menggunakan ayat sendiri - pemilihan kata tepat - ayat gramatis - penanda wacana yang sesuai - Ejaan dan tanda baca betul. - Bahasa masih baik dan masih lancar. Baik - Masih berupaya menggunakan ayat sendiri. 30 - 44 - pemilihan kata agak terhad - ayat masih gramatis - penanda wacana masih sesuai. - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Memuaskan - Bahasa kurang lancar. 15 - 29 - Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat , ejaan dan tanda baca atau - menyalin ayat daripada petikan secara terpilih. DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 6
  • 7. Penguasaan - Keseluruhan jawapan menggambarkan minimum penguasaan bahasa yang lemah . 01 - 14 - Menyalin ayat secara terus daripada petikan. Bahagian B (20 markah) 1. Maksud baris sajak ialah • menjalin hubungan erat tanpa syak wasangka • perpaduan [ pilih mana-mana satu jawapan maksimum 2 markah] 2. Tiga usaha mewujudkan perpaduan kaum • saling bertegur sapa • ziarah-menziarahi antara jiran • menghormati perayaan dan amalan kaum lain • melalui aktiviti sukan dan riadah • jawapan bersesuaian boleh diterima [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah] 3. Bentuk sajak • bentuk bebas • jumlah rangkap • jumlah baris setiap rangkap • jumlah perkataan setiap baris • jumlah sukukata setap baris • rima akhir [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah] DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 7
  • 8. 4. Tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak • perpaduan • setia kawan • kasih sayang • hormat-menghormati [ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah] Bahagian C Tatabahasa (20 markah) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat ayat tersebut dalam ruang yang disediakan. 1. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi. Subjek semua pelajar di sekolah itu Predikat dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah] 2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam. Subjek seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah Predikat jatuh pitam semalam [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah] DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 8
  • 9. 3. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka. Subjek Ali dan kawan-kawan rapatnya Predikat sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah] 4. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah. Subjek hotel yang sedang dalam pembinaan itu Predikat dicat dengan warna yang cerah [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah] 5. Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku. Subjek Farid Predikat tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku kerana hujan lebat [ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah] Tamat DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 9