Ya ALLAH berilah orang yang suka menginfaqkan hartanya berupa ganti ( dari harta yang diinfaqkan tersebut ) dan berkata malaikat yang lain:Ya ALLAH berilah orang yang kedekut kebinasaan ( hartanya ).”
Hadith Riwayat: Bukhari dan Muslim
1. Rayuan sumbangan dan tajaan
Pusat Jagaan
Rumah Amal Raudhatul Jannah
“Tidaklah ada satu hari pun yang dilalui oleh setiap hamba pada pagi harinya,
KECUALI ada dua malaikat yang turun. Berkata salah satu dari keduanya:
Ya ALLAH berilah orang yang suka menginfaqkan hartanya berupa ganti (
dari harta yang diinfaqkan tersebut ) dan berkata malaikat yang lain:
Ya ALLAH berilah orang yang kedekut kebinasaan ( hartanya ).”
Hadith Riwayat: Bukhari dan Muslim
Brosur Rasmi RARJ 2019
PUSAT JAGAAN RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH (B/PJB KK 005/2017)
Olak Lempit , Banting, Selangor Darul Ehsan.
Di bawah pengurusan dan pentadbiran:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RADUDHATUL JANNAH (PPM-006-10-26032015)
2. PENGENALAN
Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah ( RARJ )
RARJ yang mula beroperasi pada 1 April 2015,merupakan sebuah rumah perlindungan dan
asrama untuk anak-anak yatim,mualaf,fakir dan miskin.RARJ telah berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor ( B/PJB KK 005/2017 ) .
Beroperasi di :
I. Lot 11537,Jalan Sepakat,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor. ( belakang
Shell dan Ole Futsal ,Olak Lempit ) – Asrama Putera dan Pusat Pentadbiran.
II. No 1,Jalan Camar 7,Taman Cenderawasih,Olak Lempit,Banting,Selangor.- Asrama Puteri.
Rumah Amal Raudhatul Jannah
Kedua-dua unit bangunan ini telah diwakafkan oleh seorang dermawan dari Olak Lempit.
Rumah Amal Raudhatul Jannah menyediakan penempatan untuk kakitangan yang juga terdiri
daripada golongan asnaf.
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah ( PKARJ )
Ditubuhkan pada 25 Mac 2015 dan telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Cawangan
Selangor (PPM-006-26032015). Objektif penubuhan PKARJ adalah untuk mengelola dan
membantu urustadbir RARJ. Juga bertanggungjawab menjaga kebajikan penghuni dan kakiangan
dirumah ini. Adalah menjadi iltizam PKARJ untuk mendapatkan dana secukupnya bagi
menjadikan asrama ini kediaman yang sempurna dan menjamin anak-anak berilmu,sahsiah
terpuji serta mempunyai masa hadapan yang lebih cerah.
Bangunan 1 : Asrama Putera dan Pejabat
Pentadbiran
Bangunan 2 : Asrama Puteri,
3. Kemudahan dan bangunan
Rumah Amal Raudhatul Jannah terdiri dari 2 buah yang diubahsuai untuk dijadikan asrama
lelaki dan perempuan dengan kemudahan bilik tidur,tandas,dewan makan,serta sebuah ruang
perpustakaan dan bilik computer.
Pelan penambahbaikan yang memerlukan sejumlah dana telah dirancang untuk menyediakan
suasana dan infrastruktur yang lebih selesa. Dengan sumbangan yang diterima dari para
dermawan serta badan korporat,kawasan sekeliling rumah ini telah dipagar untuk tujuan
keselamatan malah kawasan ini juga dikawal oleh kamera litar tertutup (cctv). 2 buah pondok
wakaf juga telah didirikan untuk anak-anak bersantai dan berekreasi.
Pada tahun 2016, sebuah dewan terbuka telah dibina untuk tujuan dan menambah baik
kemudahan sedia ada.Merangkumi padang futsal,badminton dan takraw disamping dijadikan
dewan untuk mengadakan sebarang majlis kesyukuran mahupun keraian.
Sebuah surau juga telah disumbangkan oleh pihak Etiqa dimana ianya dapat digunakan oleh
penghuni untuk menunaikan solat berjemaah,beribadah dan juga kelas-kelas pengajian.
Pada 1 Ogos 2018,Rumah Amal Raudhatul Jannah telah menerima sebuah rumah lagi dimana
ianya dijadikan sebagai pusat penempatan bagi anak-anak perempuan.
Statistik Penghuni Pusat Jagaan Rumah Amal Raudhatul Jannah :
*penghuni berusia dari 6 tahun hingga 17 tahun*
14 orang 8 orang
ANAK YATIM
10 ORANG
FAKIR & MISKIN
11 ORANG
MUALAF
1 ORANG
*Kemaskini 1 Jan 2019
Sumber dana Rumah Amal Raudhatul jannah adalah bergantung kepada sumbangan derma,tajaan dan
infaq daripada orang ramai.Bagi merealisasikan matlamat Rumah Amal Raudhatul Jannah, Pertubuhan
Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah dalam usaha :
Mendaftar dengan Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) untuk mendapatkan sumbangan
daripada Pusat Zakat dan sebagainya.
Memohon sumbangan dari badan-badan korporat dan individu.
Rayuan Ramadhan dan Aidilfitri.
4. TAJAAN PERSEORANGAN
Tajaan RM 200.00 sebulan untuk seorang penghuni Rumah Amal Raudhatul Jannah.
TAJAAN BEKALAN
Sumbangan bahan makanan,pakaian dan keperluan asas serta asset ke Rumah Amal
Raudhatul Jannah. Pihak kami boleh dihubungi untuk memastikan item dan jumlah
keperluan semasa. Penerimaan pakaian terpakai adalah dalam bentuk pengasingan
saiz,jantina,bersih dan masih elok untuk dipakai.
TAJAAN BAHAN AKADEMIK
Sumbangan bahan-bahan bacaan seperti buku akademik,buku fiksyen dan bukan fiksyen.
Langganan majalah,surat akhbar,kemudahan pembelajaran,software dan sebagainya.
Buku latihan dan rujukan TERKINI bagi anak-anak yang akan mengambil peperiksaan
mengikut kategori adalah amat diharapkan.
Kami juga berharap agar ada pihak yang dapat menaja yuran kelas tuisyen yang diadakan
setiap hari khusus untuk anak-anak di sini.
TAJAAN PROGRAM & AKTIVITI
Sumbangan pengelolaan program akademik,riadah,rekreasi dan sosial – Program cuti
sekolah ATAU hujung minggu.
TAJAAN KERAIAN/MAJLIS AMAL
Sumbangan majlis makan dan majlis keraian juga penganjuran aktiviti keagamaan seperti
majlis bacaan Yaa-sin,tahlil,doa,solat hajat dan sebagainya.
TAJAAN INFRASTRUKTUR & KENDERAAN
Sumbangan dana untuk penyelenggaraan dan baik pulih Rumah Amal Raudhatul Jannah
(hubungi kami untuk perincian). Kami juga berharap agar ada pihak yang dapat menaja
bayaran ansuran kenderaan bagi segala urusan yang melibatkan penghuni.
ANTARA PAKEJ TAJAAN YANG DIPERLUKAN
5. Borang Sumbangan / Tajaan ;
Nama/ Syarikat/Organisasi :
…………………………………………………………………………………………………………
Alamat:……………………………………………………………………………………………......
…………………………………………………………………………………………………………
Telefon :…………………………………………….Email:…………………………………………
Saya seperti nama di atas / wakil kepada:
…………………………………………………………………………………………………………
Dengan seikhlas hati BERSETUJU untuk menyumbangkan dana kepada Pusat Jagaan
Rumah Amal Raudhatul Jannah untuk tujuan seperti berikut :
Pilihan Sumbangan RM
Sedekah / Sumbangan Umum
Tajaan perseorangan RM200/sebulan
Tajaan bekalan keperluan/barangan
Tajaan infrastruktur
Majlis bacaan Yaasin / Tahlil/Keraian
Bersama ini disertakan wang tunai/slip pindahan wang/Cek no:……………………………
di atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF RAUDHATUL JANNAH.
No akaun : 5 6 4 6 8 7 1 0 8 4 5 0
SETIAP SUMBANGAN DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH
SUBSYEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967:
RUJUKAN : LHDN.01/35/42/51/179-6.8121
RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH
Pertanyaan/info lanjut :
010-2318581 / 017-3128581 ( Haji Zawalajam bin Haji Mashod )