SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
940212-14-6328
1 | P a g e
SEJARAH PERKEMBANGAN DONDANG SAYANG
Padadasarnya unsur-unsur kebudayaaan seperti tarian, alat muzik, permainan
tradisional dan lagu-lagu asli merupakan sebahagian daripada warisan kesenian bangsa
Melayu. Kewujudan pelbagai unsur seni tanpa disedari bukan sahaja telah
memperkenalkan identiti bangsa bahkan negeri yang memilikinya.
Dondang Sayang dan negeri Melaka merupakan dua gabungan yang cukup
sinonim ibarat aur dan tebing/isi dan kuku di mana apabila kita menyebut tentang
Dondang Sayang sudah pastilah kita akan teringat tentang negeri Melaka. Oleh itu, tidak
mustahillah sekiranya dikatakan bahawa Dondang Sayang merupakan salah satu
khazanah budaya yang mencerminkan masyarakat negeri Melaka secara tidak langsung.
Umumnya, istilah Dondang Sayang berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu
„Dondang‟ dan juga „Sayang‟.Perkataan dondang boleh diinterpretasikan sebagai
nyanyian atau lagu yang menghiburkan hati. Secara konseptualnya, istilah dondang juga
mempunyai pengertian yang hampir sama dengan istilah „dindang‟ atau „dendang‟. Hal
ini berikutan kerana dendang membawa maksud nyayian untuk bersuka-suka manakala
berdendang pula bermaksud bernyanyi dan berlagu.
Manakala perkataan sayang dalam istilah Dondang Sayang pula bermaksud
kasih. Namun begitu, dalam konteks Dondang Sayang, perkataan sayang cenderung
merujuk kepada pelakuan iaitu melakukan perbuatan yang lembut dan penuh mesra.Oleh
itu, tidak mustahillah sekiranya pemantun-penyanyi yang menyanyikan serta
mendendangkan lagu Dondang Sayang boleh diibaratkan seperti orang yang sedang
bersayang-sayang dan berkasih-kasih bersesuaian dengan rentak muzik yang dialunkan
oleh pemuzik.
940212-14-6328
2 | P a g e
Contohnya, di negeri Melaka, sekiranya terdapat seseorang atau kumpulan yang
sedang duduk bersenang-senang hati dan bersukaria seperti bersiul-siul atau bernyanyian-
nyanyian kecil mengalunkan lagu, situasi ini dikenali sebagai “sedang berdendang
sayang”.Pada dasarnya, situasi sedang berdendang sayang ini bukan sahaja dapat
diperhatikan pada individu-individu diperingkat muda malahan turut dapat dilihat
diperingkat tua. Pada peringkat tua, kebiasaannya, individu-individu tersebut akan bersiul
atau menyanyi lagu Dondang Sayang selepas mereka penat bekerja, semasa bersendirian
sambil melayan perasaan dan mengenang masa muda atau ketika meraut rotan di anjung
rumah atau hujung serambi.
Oleh itu, secara keseluruhannya Dondang Sayang boleh didefinisikan sebagai
lagu kasih atau nyanyian kasih.[1] Dondang Sayang merupakan suatu seni yang bersifat
lembut, indah serta mempunyai kesan yang mendalam bertepatan dengan maksud
Dondang Sayang itu sendiri. Dalam konteks keindahan dan kelembutan seni Dondang
Sayang terbukti jika dilihat daripada beberapa aspek seperti rentak muzik, lagu dan
intonasi yang beralun-alun seolah-olah tidak boleh diceraikan atau dipisahkan sama
sekali. Justeru, tidak hairanlah sekiranya nyanyian Dondang Sayang mampu melahirkan
seterusnya membangkitkan suasana yang damai, segar serta membuai perasaan harmoni
hasil cetusan daripada penyampaian pemantun-penyanyi yang lazimnya dialun suarakan
menggunakan dua tekanan suara yang berbeza dan berlawanan oleh dua pihak iaitu lelaki
dan perempuan.
Tambahan lagi seni kata Dondang Sayang digubah serta diilhamkan dalam bentuk
pantun tanpa disedari turut menyerlahkan keindahan nyanyian Dondang Sayang.Pada
dasarnya, penyampaian lagu Dondang Sayang dalam bentuk pantun sebenarnya bertujuan
untuk melindungi pengucapan sekiranya keterlaluan.Justeru kelembutan yang ditonjolkan
dalam nyanyian Dondang Sayang sekaligus tanpa disedari telah mencerminkan peribadi
940212-14-6328
3 | P a g e
orang Melayi yang secara semulajadinya kaya dengan sifat-sifat ketimuran seperti lemah-
lembut, budi bahasa dan sopan-santun.
Seni Dondang Sayang merupakan salah satu khazanah budaya yang menjadi
sebahagian daripada warisan budaya Melayu di mana seni Dondang Sayang merupakan
lagu klasik yang diwarisi secara turun-temurun sejak dari dahulu lagi.Namun begitu, asal
usul terciptanya seni Dondang Sayang itu pada dasarnya masih menjadi tanda tanya
berikutan pencipta serta pengubah asal lagu Dondang Sayang masih belum diketahui
mahupun dikenalpasti sehingga ke hari ini.
Ada empat jenis dondang sayang, iaitu dondang sayang Melaka, dondang sayang Baba
Peranakan, dondang sayang Tanjung Penyengat, dan dondang sayang Pulau Pinang.
Sungguhpun penjenisan ini lebih relatif sifatnya, setiap persembahan dondang sayang
tetap diminati oleh beberapa golongan masyarakat seperti Melayu, Cina Peranakan, India,
dan Portugis terutamanya di Melaka.[2]
Walaubagaimana pun, terdapat tiga fakta pendapat yang telah dikemukakan
berhubung dengan sejarah awal kewujudan Dondang Sayang yang diklasifikasikan
sebagai hampir tepat serta boleh diterima akan kebenarannya. Hal ini berikutan fakta
pendapat-pendapat yang dikemukakan adalah berlandaskan kepada beberapa aspek
seperti bentuk, struktur dan unsur Dondang Sayang itu sendiri yang kemudiannya
dihubungkaitkan dengan faktor-faktor sekeliling seperti alam, manusia dan kepentingan-
kepentingan yang wujud dalam seni Dondang Sayang bagi menyokong pendapat masing-
masing.
Pendapat pertama menyatakan seni Dondang Sayang dipercayai mula bertapak
pada akhir tahun kurun ke-15 Masihi ketika zaman kegemilangan Kerajaan Melayu
Melaka.Pendapat yang dikemukan merupakan andaian yang telah dibuat berdasarkan
940212-14-6328
4 | P a g e
kepada dua sebab utama iaitu kepentingan runtunan kemahuan manusia serta peranan
Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu. Pada akhir tahun ke-15 Masihi, negeri Melaka
merupakan sebuah kerajaan Melayu yang maju serta pesat di mana Melaka bukan sahaja
mempunyai jumlah penduduk yang ramai malahan pada masa yang sama turut
mempunyai perhubungan luar yang luas meliputi perhubungan diplomatik, perhubungan
dagang dan perhubungan peribadi. Negeri Melaka bukan sahaja selalu dikunjungi oleh
pemerintah dan pedagang dari luar tetapi pada masa yang sama Sultan Melaka juga sering
melakukan kunjungan ke negeri-negeri lain.Perhubungan luar yang wujud telah
melahirkan seni bercorak hiburan iaitu Dondang Sayang yang bertindak sebagai halwa
telinga dan santapan mata yang menyenangkan. Hal ini terbukti apabila para pedagang
yang singgah ke pelabuhan negeri Melaka sebagai pusat tumpuan sering menyanyikan
rangkaian lagu seperti :
Bandar Melaka, pisang jarum
air Bukit China
Bendahara Seri Maharaja.
Bukan itu sahaja, bukti kemunculan serta kewujudan seni Dondang Sayang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka turut disokong menerusi penciptaan beberapa rangkap
pantun yang tersisip dalam buku-buku lama tentang negeri Melaka seperti Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Di antara pantun-pantun yang menyokong akan bukti
kewujudan Dondang Sayang di Melaka pada tahun tersebut ialah:
Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak-budak raja Melaka,
Jika hendak jangan dicuri,
940212-14-6328
5 | P a g e
Mari kita bertentang mata.
Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Dondang Sayang berasal dari Pulau Sebang,
Tampin, Melaka yang wujud sekitar akhir tahun 1400 Masihi hingga tahun 1510 Masihi
hasil daripada tinjauan keterangan berdasarkan andaian. Seni Dondang sayang dikatakan
wujud ekoran daripada lawatan Datuk Temenggung ke Pulau Sebang, Tampin
Melaka.Oleh itu, seni Dondang Sayang dipercayai diciptakan khas sebagai tanda
mengalu-alukan seterusnya menghargai kedatangan Datuk Temenggung memandangkan
lawatan tersebut merupakan salah satu lawatan pembesar negeri ke luar daripada pusat
pemerintahan negeri Melaka.
Justeru itu, pelbagai persiapan yang telah dijalankan bagi memastikan bahawa sambutan
adalah meriah.Maka seni Dondang Sayang dipercayai tercipta hasil daripada penciptaan
alat-alat muzik berbentuk paluan daripada pokok laka seperti rebana dan gendang
bertujuan untuk mengiringi nyanyian oleh penduduk kampung. Walau bagaimanapun,
bentuk lagu yang dipersembahkanadalah bercorak lagu-lagu yang lahir dari khayalan
yang mempunyai struktur lagu yang tidak tetap sama sekali sekadar untuk menjadikan
majlis sambutan itu meriah semata-mata.
Pendapat ketiga pula berbeza jika dibandingkan dengan dua pendapat yang
terdahulu yang pada dasarnya menyatakan bahawa Dondang Sayang berasal daripada
negeri Melaka.Hal ini kerana pendapat ketiga pula menyatakan bahawa Dondang Sayang
tercipta ekoran daripada kedatangan Portugis ke Melaka pada sekitar tahun 1500 Masihi.
Pengaruh Portugis yang dibawa masuk oleh bangsa Eropah ke Melaka dipercayai telah
melahirkan seni Dondang Sayang berdasarkan kepada dua faktor utama iaitu kegemaran
bersuka-suka dan berhibur mesra merupakan hobi orang-orang Portugis yang
kemudiannya diperkenalkan kepada orang-orang tempatan dan alat muzik biola yang
dibawa masuk oleh orang Eropah ke Melaka.
940212-14-6328
6 | P a g e
Tidak dapat dinafikan wujudnya kebenaran bahawa Portugis yang
memperkenalkan Dondang Sayang. Ini kerana sebelum Portugis menjajah Melaka, orang-
orang Portugis telah datang terlebih dahulu untuk berdagang di Melaka.Dalam
memastikan barang dagangannya mendapat sambutan serta tidak berlakunya sebarang
kekacauan sepanjang mereka singgah untuk berniaga, orang Portugis telah
memperkenalkan kegemaran bersuka-suka dan berhibur mesra yang mana pada dasarnya
merupakan hobi orang-orang Portugis. Kebijaksanaan mereka dalam menggunakan ruang
serta peluang yang ada dengan sebaik mungkinmenyebabkan penduduk tempatan
berminat dengan hiburan bersuka-suka yang bukan sahaja melekakan bahkan
mengkhayalkan penduduk tempatan.Cara ini tanpa disedari telah menyebabkan mereka
terselamat daripada sikap benci penduduk tempatan terhadap orang luar.
Selain itu, faktor yang menyatakan alat muzik biola dibawa masuk ke Melaka dari
Eropah turut menyumbang kebenaran yang Dondang Sayang lahir hasil daripada
pengaruh Portugis.Orang Portugis merupakan satu bangsa yang berjiwa seni iaitu
menggemari seni muzik dan nyanyian. Pada masa yang sama, dipercayai memiliki daya
kreatif seni jika dibandingkan dengan bangsa Eropah yang lain seperti bangsa Inggeris
dan Belanda.Bangsa Portugis dikatakan bangsa yang bertanggungjawab membawa masuk
alat muzik biola ke Melaka. Kemasukkan alat muzik biola tidak dapat disangkal bahawa
seni Dondang Sayang telah diperkemaskan dengan lebih sempurna di mana bentuk
asalnya yang tidak teratur dan menentu disusun dengan menggunakan melodi biola.
Namun begitu, terdapat beberapa kepincangan yang boleh dilihat sebelum
bersetuju untuk menyatakan bahawa orang Portugis yang mencipta seterusnya
memperkenalkan Dondang Sayang ini.Ini terbukti terutamanya jika diteliti dari aspek
sifat semulajadi bangsa Eropah itu sendiri seperti iklim negeri asal dan bentuk lagu klasik
Barat. Pada dasarnya kedudukan Negara Portugal yang terletak dalam lingkungan
940212-14-6328
7 | P a g e
kawasan sederhana dunia telah mempengaruhi dengan gaya hidup masyarakatnya yang
kebiasaannya sentiasa bergerak cergas dan pantas.
Situasi ini sama sekali menyangkal bahawa bangsa Portugis yang
bertanggungjawab untuk mencipta Dondang Sayang yang bersifat lemah-lembut serta
melintuk-liuk sedangkan bangsa Portugis terkenal dengan sifat semulajadinya yang
sentiasa bertenaga, ligat dan aktif. Bukan itu sahaja, bentuk lagu klasik Barat yang
cenderung bersifat melankolik langsung tidak mencerminkan bahawa seni Dondang
Sayang merupakan hak milik kepunyaan bangsa Eropah sama sekali memandangkan lagu
Dondang Sayang bersifat lembut.
Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal bahawa terdapat lagu lama yang
diwarisi oleh orang-orang Portugis yang menetap di Melaka mempunyai persamaan
dengan beberapa buah lagu klasik milik orang Melayu. Persamaan kedua-dua buah lagu
boleh dilihat dengan jelas dari segi rentak dan nyanyiannya. Contohnya, dua buah lagu
Melayu lama iaitu „Serampang Laut‟ dan „Serampang Pantai‟ dikatakan mempunyai
persamaan dengan sebuah lagu lama orang Portugis yang dikenali sebagai Branyo. Lagu
Branyo merupakan lagu yang berentak joget sama seperti lagu Serampang Pantai dan
Serampang Laut.
Secara keseluruhannya, seni Dondang Sayang boleh dikatakan lahir melalui
gabungan serta adunan dua buah negara iaitu Barat dan Timur berdasarkan kepada unsur-
unsur yang wujud dalam seni Dondang Sayang itu sendiri.Walau bagaimanapun,
kebenaran tentang dari mana asal usul Dondang Sayang masih belum menemui
jawapannya memandangkan ketiadaan bukti-bukti yang kukuh seperti pengasas serta
pencipta sebenar lagu Dondang Sayang.Oleh itu, terdapat tiga pendapat yang telah
dikemukakan berdasarkan kepada andaian setelah kajian serta tinjauan keterangan
940212-14-6328
8 | P a g e
dijalankan dengan mengambil kira beberapa aspek penting seperti unsur, bentuk dan
struktur Dondang Sayang serta perkaitannya dengan faktor sekeliling.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pantun boleh diinterpretasikan sebagai puisi
lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap.[3] Selain itu,
pantun juga boleh didefinisikan sebagai puisi atau karangan berangkap kepunyaan bangsa
Melayu yang diwarisi turun-temurun. Pernyataan yang menyatakan bahawa pantun
merupakan hak milik serta warisan turun-temurun orang Melayu turut disokong oleh
beberapa orang tokoh sarjana dari Timur dan juga Barat. Antara tokoh yang menyokong
bahawa pantun merupakan warisan orang Melayu ialah Zuber Usman, seorang pengarang
terkenal Indonesia, dalam bukunya KESUSASTERAAN LAMA INDONESIA telah
menekankan bahawa :
“Pantun ialah puisi Melayu lama, sebab dia boleh terus kekal bentuknya kerana
diciptakan oleh masyarakat lama yang kukuh dan padu. Masyarakat lama itu
mempunyai persatuan yang lebih rapat, lebih padu tidak pecah-belah berderai-
derai seperti masyarakat moden.”[4]
Pendapat yang dikemukan oleh Zuber Usman turut disokong oleh ramai pengarang
terkenal Indonesia yang lain. Selain itu, menurut Harun Aminurrashid dalam bukunya
KAJIAN PUISI MELAYU pula menyatakan bahawa :
“Memang pantun menjadi puisi Melayu yang sangat terkenal di Tanah Melayu dan
kepada persuratan Melayu serta kepada masyarakat Melayu.Boleh dikatakan tiap-tiap
anak Melayu dari kanak-kanaknya hingga kepada orang tua-nya, dari orang kebanyakan
hinggalah kepada orang-orang besarnya semua tahukan pantun dan boleh
berpantun.”[5]
940212-14-6328
9 | P a g e
Pemilikan puisi pantun sebagai hak orang Melayu turut diperakui oleh seorang
Sarjana Barat iaitu R.O. Winstedt berdasarkan kajian beliau tentang kesusasteraan
Melayu. Beliau telah menegaskan dalam bukunya PANTUN MELAYU bahawa :
“Orang asing yang belum mengenal pantun, boleh dikatakan orang itu belum mengenal
rohani dan jalan fikiran orang Melayu yang sebenar.” [6]
Secara keseluruhannya, tidak dapat dinafikan bahawa pantun serta seni Dondang
Sayang mempunyai perkaitan yang sangat kuat di mana kedua-duanya saling lengkap-
melengkapi antara satu sama lain. Pantun sebagai unsur yang terpenting dalam
seniDondang Sayang turut diperakui oleh seorang pengarang Indonesia iaitu Harun
Aminurrashid dalam bukunya yang bertajuk KAJIAN PUISI MELAYU. Dalam buku
tersebut, beliau telah menegaskan bahawa :
“ Dalam buku-buku Melayu, pengarang-pengarang Melayu selalu menyelitkan
pantun untuk menjadi perhiasan karangannya. Cuba lihat buku-buku Sejarah Melayu
dan Hikayat Abdullah yang telah terkarang berabad lamanya ada terdapat pantun di
dalamnya.Begitu juga dalam majlis-majlis jamuan yang diadakan oleh masyarakat
Melayu selalu kita dengar pantun menjadi perhiasan ucapan yang dihamburkan dalam
majlis itu.Hampir tiap-tiap nyanyian Melayu, senikatanya berbentuk puisi pantun,
terutamanya dalam nyanyian Dondang Sayang.”[7]
Dalam konteks seni Dondang Sayang, jumlah ahli dalam sebuah kumpulan
pemuzik adalah tidak tetap sebaliknya bergantung kepada bilangan alat muzik yang
digunakan.Pada asasnya, kumpulan pemuzik Dondang Sayang boleh ditubuhkan dengan
hanya terdiri daripada empat orang ahli pemuzik sahaja iaitu seorang penggesek biola,
dua orang pemukul rebana dan seorang pemalu gong atau tetawak.
940212-14-6328
10 | P a g e
Namun begitu kebiasaannya, dalam sebuah kumpulan pemuzik Dondang Sayang
akan mempunyai lebih daripada empat orang ahli pemuzik. (Rujuk Lampiran 1.a) Jumlah
ahlinya yang ramai adalah bertujuan membolehkan pemuzik yang kepenatan bertukar
ganti antara satu sama lain. Contohnya, sesuatu persembahan Dondang Sayang akan
mengambil tempoh masa yang agak lama, oleh itu,proses pertukaran pemain akan
sering berlaku khususnya kepada pemain-pemain alat palu seperti rebana dan gong atau
tetawak.
kumpulan pemuzik Dondang Sayang diketuai oleh seorang ketua yang
bertanggungjawab untuk memastikan setiap ahli kumpulan sentiasa bekerjasama, sepakat
serta komited dengan tugas masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang
masalah yang dipercayai mampu menguggat kredibiliti mereka sebagai sebuah kumpulan
pemuzik Dondang Sayang. Umumnya, kumpulan pemuzik Dondang Sayang sering
diketuai oleh pemain biolanya. Meskipun begitu, tidak mustahil sekiranya kumpulan
pemuzik Dondang Sayang ini diketuai oleh pemain alat-alat muzik yang lain ataupun
diketuai oleh pemantun-penyanyi itu sendiri bergantung kepada suara majoriti ahli yang
memilih siapa yang layak untuk mengetuai atau memimpin mereka.
Dari aspek peralatan muzik, lazimnya peralatan muzik yang asas yang
akandigunakan untuk mengiringi sebuah persembahan Dondang Sayang terdiri daripada
sebuah biola, dua buah rebana serta sebuah gong atau sebuah tetawak. Walau
bagaimanapun, bukanlah kesemua alat muzik yang digunakan untuk mengiringi seni
persembahan Dondang Sayang merupakan alat muzik tradisional (tempatan).Alat muzik
tradisional yang digunakan hanyalah rebana, gong dan tetawak. Manakala alat muzik lain
seperti biola dan tabur pula dipercayai merupakan alat muzik yang dibawa masuk oleh
negara Barat ke Kepulauan Melayu.
940212-14-6328
11 | P a g e
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, persembahan Dondang Sayang hanya
diiringi dengan paluan gendang dan juga rebana berikutan ketiadaan alat-alat melodi pada
ketika itu.Namun begitu, kegemilangan negeri Melaka serta fungsinya sebagai pelabuhan
entrepot telah menyebabkan orang-orang Barat mula membawa masuk seterusnya
memperkenalkan alat-alat melodi seperti biola yang tanpa disedari akhirnya biola telah
menjadi alat muzik yang paling penting untuk memelodikan lagu Dondang Sayang. Oleh
itu, tidak mustahillah sekiranya dikatakan bahawa biola merupakan nadi kepada Dondang
Sayang memandangkan tanpa biola maka pincanglah persembahan Dondang Sayang
sama sekali.
Hal ini terbukti di mana antara banyak-banyak alat muzik melodi, hanya biola
sahaja yang paling sesuai digunakan dalam seni Dondang Sayang. Contohnya menerusi
gesekan biola, keaslian lagu Dondang Sayang yang dimelodikan lebih menyerlah kerana
gesekan biola mempunyai ketepatan bunyi yang gemersik yang bukan sahaja mampu
untuk menimbulkan dan membangkitkan kesegaran lagu Dondang Sayang bahkan pada
masa yang sama berupaya untuk menghidupkan persembahan sehinggakan penonton
berasa ghairah, teruja serta seronok untuk terus menikmati persembahan tersebut.
Selain itu ketiadaan alat muzik lain sama ada alat muzik melodi mahupun alat
muzik paluan yang mampu untuk mengatasi biola dalam memelodikan lagu Dondang
Sayang dengan sempurna menyebabkan biola dilihat sebagai alat muzik yang istimewa di
mana biola dan Dondang Sayang merupakan dua unsur yang bukan sahaja tidak dapat
dipisahkan malah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Buktinya, dengan
hanya menggesekan alat melodi biola bukan sahaja dipercayai sudah berupaya untuk
membentuk dan menghasilkan lagu Dondang Sayang yang cukup sempurna tetapi pada
masa yang sama juga mampu untuk menyerlahkan persembahan jika dibandingkan
940212-14-6328
12 | P a g e
dengan alat-alat muzik yang lain yang turut sama digunakan dalam persembahan
Dondang Sayang seperti rebana, gong dan tetawak. (Rujuk Lampiran 2.a,2.b dan 2.c)
Kegagalan alat-alat muzik lain sama ada yang dipetik, ditiup dan dipalu bukan
sahaja dipercayai tidak mampu untuk menjiwai lagu Dondang Sayang sebaliknya turut
menampakkan unsur-unsur kehambaran seolah-olah persembahan Dondang Sayang telah
hilang keasliannya serta nilai seninya. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya,
tidak dapat dinafikan bahawa alat-alat muzik lain seperti rebana, gong dan tetawak masih
tetap diperlukan berdasarkan kepada keperluan serta kemampuannya untuk mengiringi
gesekkan biola bagi menjadikan persembahan Dondang Sayang lebih menarik
Setiap peralatan muzik yang digunakan dalam Dondang Sayang sama ada biola,
rebana, tetawak atau gong adalah saling bergantungan antara satu sama lain kerana
kesemua alat muzik yang digunakan masing-masing mempunyai pernan serta fungsinya
yang tersendiri.Dalam sebuah persembahan Dondang Sayang, lazimnya persembahan
akan dimulakan dengan gesekan biola bagi melahirkan melodi lagunya seterusnya
sebagai tanda menyulungi alunan pembukaan lagunya. Gesekan biola kemudiannya
diikuti pula dengan paluan rebana bertujuan untuk menyusun serta memulakan rentak
disamping paluan gong atau tetawak pula adalah bertujuan untuk meningkah rentak
tersebut.
Dalam nyanyian Dondang Sayang, tidak terdapatnya penekanan mahupun
pengkhususan terhadap satu tema sahaja.Tema pantun bagi nyanyian Dondang Sayang
adalah bergantung kepada pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam isi
maksudnya.Antara tema pantun yang terdapat dalam nyanyian Dondang Sayang ialah
kasih, budi, kias-ibarat, jenaka, burung, ayam, harimau, pokok, gajah, sejarah, laut dan
sebagainya.
940212-14-6328
13 | P a g e
Kebiasaannya, pemilihan tema atau tajuk pantun akan dibuat oleh pemantun-
penyanyi yang memulakan nyanyian. Apabila pemantun-penyanyi lelaki telah
mengemukakan sesuatu tema, maka secara automatiknya, pemantun-penyanyi wanita
akan menjawab berdasarkan kepada tema pantun tersebut. Contohnya, jika pemantun-
penyanyi memulakan persembahan Dondang Sayang dengan pantun kasih maka pantun
kasih jugalah yang akan dibalaskan. Oleh itu, pada dasarnya, pemantun-penyanyi
mempunyai peluang iaitu bebas untuk memilih tema yang akan didendangkan
dipersembahan Dondang Sayang. Contoh pantun budi yang dinyanyikan pada permulaan
persembahan Dondang Sayang ialah :
Tukar baju tukar seluar,
Turun ke sawah menanam padi,
Saya seorang dagang di luar,
Cuba-cuba menabur budi.
Walau bagaimanapun, penukaran tema pantun disaat persembahan Dondang Sayang
dijalankan merupakan perkara yang biasa. Namun begitu, penukaran tema dibuat dengan
cara hormat di mana pemantun-penyanyi sama ada lelaki atau wanita terlebih dahulu
meminta persetujuan antara satu sama lain sebelum penukaran tema pantun dibuat bagi
mengelakkan berlakunya perbalahan
Pada dasarnya persembahan Dondang Sayang bukanlah suatu bentuk
persembahan yang bersifat formal yang mana persembahan Dondang Sayang tidak
memerlukan sama sekali tempat serta masa yang khusus mahupun majlis-majlis tertentu.
Sebaliknya Dondang Sayang boleh dipersembahkan pada bila-bila masa tanpa mengira
tempat serta jenis majlis.Hal ini bertepatan dengan tujuan sebenar Dondang Sayang
940212-14-6328
14 | P a g e
diperkenalkan iaitu untuk menghiburkan orang ramai seterusnya memeriahkan sesuatu
majlis.
Dondang Sayang juga turut diklasifikasikan sebagai seni persembahan yang
bersifat fleksibel kerana boleh dipersembahkan di mana-mana sahaja sama ada di
halaman rumah, di atas rumah, di dalam balai serta di majlis-majlis terbuka. Namun
begitu, lokasi yang sering dijadikan pilihan yang sesuai untuk mengadakan persembahan
Dondang Sayang ialah rumah.Persembahan Dondang Sayang ini boleh diadakan di mana-
mana bahagian rumah seperti di ruang dapur dan anjung rumah.Walau bagaimanapun
ruang rumah yang sering menjadi pilihan utama untuk diadakan persembahan Dondang
Sayang ialah di serambi dan sengkuap. Persembahan Dondang Sayang cenderung untuk
diadakan sama ada di serambi, anjung rumah dan sengkuap memandangkan pada zaman
dahulu hanya ahli-ahli kumpulan pemuzik serta pemantun-penyanyi lelaki sahaja yang
dapat ditonton oleh orang ramai. Manakala pemantun-penyanyi wanita pula sekadar dapat
didengari suaranya sahaja.
Pada dasarnya, pemantun-penyanyiiaitu lelaki dan wanita yang terlibat dalam
persembahan Dondang sama ada secara langsung atau tidak langsung sebenarnya tidak
saling mengenali antara satu sama lain. Meskipun begitu, kerancakkan sesi berbalas
pantun tanpa disedari tetap wujud iaitu proses tanya-menaya serta jawab-berjawab antara
kedua-dua belah pihak. Menerusi proses jualbeli pantun akhirnya pemantun-penyanyi
lelaki dan wanita yang pada mulanya tidak mengenali akan saling berkenalan seterusnya
akan mengenali antara satu sama lain.
Pada dasarnya, pakaian mencerminkan bangsa yang mewarisi bidang seni tersebut
lantaran akan wujudnya penyesuaian antara pewaris dan bentuk persembahan seni dan
kebudayaan. Justeru itu, pakaian yang cenderung digunakan dalam persembahan
940212-14-6328
15 | P a g e
Dondang Sayang oleh kebanyakkan ahli kumpulan pemuzik dan juga pemantun-penyanyi
ialah pakaian tradisi orang-orang Melayu Melaka.
Pemakaian pakaian tradisi dalam persembahan Dondang Sayang bukan sahaja
disifatkan sebagai pakaian yang sopan dan lengkap bahkan sedap mata memandang
memandangkan pakaian tradisi ini adalah bersesuian untuk semua tempat, majlis serta
suasana.Pemakaian pakaian tradisi juga dalam seni persembahan Dondang Sayang
sekaligus memberikan gambaran yang tepat tentang ciri-ciri peribadi orang Melayu itu
sendiri yang lemah-lembut, berperkerti tinggi serta kaya dengan nilai-nilai ketimuran.
Dalam konteks seni persembahan Dondang Sayang, pakaian yang sering dipakai
oleh orang lelaki terdiri daripadabaju Melayu leher Teluk Belanga, seluar Melayu sama
ada potongan pantelun atau potongan Cina, kain samping, songkok dan juga capal
sebagai alas kaki iaitu kasut. Manakala pakaian yang sering dipakai oleh wanita pula
ialah baju kurung leher Teluk Belanga atau baju kebaya, kain sarung iaitu sama ada kain
batik sarung atau kain batik lepas, selendang dan juga kasut seret sebagai alas kaki iaitu
kasut. Lazimnya, orang-orang yang terlibat dalam persembahan Dondang Sayang lebih
gemar untuk mengenakan pakaian tradisi memandangkan pemakaian pakaian tradisi tidak
menghalang sama sekali pemantun-penyanyi serta ahli pemuzik untuk bergerak bebas.
Secara umumnya, lagu yang didendangkan oleh pemantun-penyanyi serta
kumpulan pemuzik Dondang Sayang adalah bersifat universal. Ini bermaksud bahawa
jenis lagu yang didendangkan atau dimainkan oleh kumpulan pemuzik Dondang Sayang
bukanlah terhad kepada satu jenis lagu sahaja tetapi pada masa yang sama pemantun-
penyanyi serta kumpulan pemuzik Dondang Sayang mempunyai bakat serta kemahiran
dalam mempersembahkan pelbagai jenis lagu seperti lagu joget, lagu asli dan lagu nasib.
Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa pemantun-penyanyi dan kumpulan pemuzik
merupakan dua gabungan yang unik serta istimewa kerana berupaya serta berkemampuan
940212-14-6328
16 | P a g e
dalam memenuhi kehendak dan juga selera para pendengar dan penggemar yang
menggemari seni persembahan Dondang Sayang.
Bukan itu sahaja, bakat serta kemampuan kumpulan pemuzik Dondang Sayang
boleh dilihat menerusi persembahan lagu-lagu yang terdiri daripada pelbagai rentak
terutamanya rentak-rentak yang terdapat dalam lagu Melayu seperti inang, zapin, masri
dan ghazal.Pada dasarnya, rentak lagu Dondang Sayang adalah bercorak rentak lagu
Melayu asli. Namun begitu, kepelbagaian rentak muzik dalam lagu-lagu Melayu serta
kesediaan dan kesesuaian rentak-rentak ini tanpa disedari telah memberikan nafas baru
kepada seni Dondang Sayang di mana rentak-rentak seperti zapin, ghazal dan inang ini
telah dipadankan serta diserap masuk ke dalam lagu Dondang Sayang.
Umumnya, lagu Dondang Sayang bukan sahaja boleh dipadankan serta
disesuaikan dengan rentak lagu Melayu sahaja tetapi pada masa yang sama lagu Dondang
Sayang boleh dipadankan dengan rentak lagu yang berasal daripada negara Barat seperti
rentak mambo. Namun, lagu Dondang Sayang yang berentak mambo dikatakan
mempunyai rentak lagu yang lebih moden jika dibandingkan rentak asal lagu Dondang
Sayang itu sendiri. Sebagai contohnya, penyerapan masuk rentak mambo telah
menghasilkan Dondang Sayang yang berentak lebih moden yang dikenali sebagai
“Dondang Sayang Mambo” sekitar tahun 50-an. Penggabungjalinan pelbagai rentak lagu
ke dalam seni Dondang Sayang tidak dapat dinafikan bukan sahaja telah memberi nafas
baru bahkan mendapat tempat dihati pendengar serta peminat lagu Dondang Sayang.
Pada masa yang sama juga dipercayai telah berjaya mengubah suasana persembahan
supaya bersifat lebih segar, meriah dan tidak membosankan.
Lazimnya persembahan akan dimulakan dengan pantun-pantun yang bersifat
merendahkan diri. Pada ketika ini, pemantun-penyanyi masing-masing merasakan dirinya
serba kekurangan iaitu tidak tahu apa-apa seolah-olah mereka belum pernah atau baru
940212-14-6328
17 | P a g e
kali pertama masuk gelanggang, mahu mencuba nasib dan sebagainya.Kebiasaannya
pemantun-penyanyi lelaki merupakan pihak yang datang bertandang maka secara
automatiknya pihak pemantun-penyanyi lelaki yang akan memulakan nyanyian pantun
terlebih dahulu.
Dalam persembahan Dondang Sayang, pantun yang dinyanyikan dipercayai
berlaku dalam bentuk yang spontan iaitu lahir hasil daripada cetusan idea dan ilham
pemantun-penyanyi secara serta-merta. Nyanyian pantun ini berlaku secara dua hala
dalam bentuk berbalas-balas pantun antara satu pihak dengan pihak yang lain melibatkan
pihak lelaki dan juga pihak wanita. Kebolehan serta bakat pemantun-penyanyi dalam
menyanyikan pantun soal dan pantun jawab seolah-olah bersahaja dan bukaannya secara
paksaan menjadikan persembahan Dondang Sayang menjadi lebih menarik serta
meriah.Menerusi kebolehan serta bakat berbalas pantun yang dimiliki oleh pemantun-
penyanyi, tidak dapat dinafikan sama sekali bahawa mereka yang terlibat terdiri daripada
orang-orang yang mempunyai bakat semulajadi, handal serta bijak dalam berpantun.
Situasi ini dapat dilihat menerusi cara mereka menyampaikan dan menyanyikan lagu
Walaupun proses jualbeli pantun berlaku secara bersambung-sambung, namun
kedua-dua pihak sama ada penjual pantun dan pembeli pantun haruslah terlebih dahulu
memahami maksud pantun yang dijual sebelum membeli atau membalas pantun tersebut
bertujuan untuk menggelakkan pemantun-penyanyi sama sekali membeli pantun yang
dijual dengan membalas pantun yang tidak kena maksudnya. Kesilapan pemantun-
penyanyi dalam memahami pantun yang dijual akan mengakibatkan pemantun-penyanyi
tersebut akan menerima pantun balasan yang bersifat seperti memukul teruk.
Kepelbagaian gaya, bentuk serta lenggok yang berbeza hasil daripada kebolehan
seorang pemantun-penyanyi menimbulkan pelbagai rencam bentuk nyanyian. Meskipun
begitu, kepelbagaian jenis gaya nyanyian yang wujud dipercayai tidak sama sekali
940212-14-6328
18 | P a g e
mampu menguggat keistimewaan dan keunggulan seni Dondang Sayang. Sebagai
contoh, di Melaka terdapat pelbagai gaya nyanyian Dondang Sayang seperti mengikut
terus kehendak lagunya seperti alunan melodi, menggantung lagunya dengan
menyingkatkan sebutan perkataan dalam pantun, perkataan ketiga baris pertama pantun
dipanjangkan sebutannya, perkataan keempat baris pertama dipanjangkan sebutannya,
meleret-leretkan nyanyian maksud pantun dan berbagai-bagai lagi.
Ketatatertiban dalam persembahan Dondang Sayang turut dapat diperhatikan tatkala
pemantun-penyanyi yang bukan terdiri daripada golongan pemain atau pemuzik yang
sedia ada atau berasal dari luar kawasan tetapi berhajat ingin tumpang menyanyi
bersama-sama terlebih dahulu akan berpantun dengan pantun-pantun yang berbunyi
memohon izin sebagai tanda meminta kebenaran untuk tumpang bermain.
Hingga kini umum menganggap bahawa oleh kerana lagu Dondang Sayang berasal di
Melaka maka pastilah kebanyakan daripada orang Melaka pandai atau tahu menyanyi
lagu tersebut.Sebenarnya terlalu sedikit bilangan orang Melaka yang tahu menyanyikan
lagu Dondang Sayang.Bukan mudah menyanyikan lagu ini.Ia tidak boleh ditiru-tiru atau
dipelajari melalui pendengaran seperti mempelajari lagu-lagu lain. Lagu Dondang Sayang
mesti dipelajari dengan sungguh-sungguh kerana ia mempunyai bentuk dan cara yang
tertentu untuk menyanyikannya. Bagaimanapun lagu ini bukan sahaja diminati oleh orang
Melayu bahkan diminta juga golongan masyarakat bukan Melayu iaitu masyarakat Cina
Peranakan yang dikenali dengan panggilan Baba dan Nyonya dan juga masyarakat Serani
atau yang dikenali sebagai orang Portugis.
Beberapa orang penyanyi lagu Dondang Sayang yang terkemuka di Melaka pada masa ini
adalah terdiri daripada golongan tua. Hampir tidak ada golongan muda yang meminati
lagu ini. Kurangnya minat golongan muda menyanyikan lagu DondangSayang, bukan
940212-14-6328
19 | P a g e
sahaja kerana sukarnya menyanyikan lagu tersebut, tetapi aspek yang lainnya adalah
kerana mereka tidak pandai berpantun.
Antara tokoh Dondang Sayang di Melaka ialah Itam Ahmad dari Paya Rumput, dikenali
sebagai antara pemantun atau penyanyi lama Dondang Sayang yang begitu aktif. Selain
Itam, Nyah Keling yang berasal dari Durian Tunggal juga adalah pemantun dan penyanyi
perempuan yang cukup dikagumi.Zaiton Haji Hamzah dari Duyong dan Bachik Bakar
dari Pangkalan Rama Tengah pula dianggap sebagai angkatan baru yang dicungkil bakat
mereka melalui pertandingan Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM Melaka. (Rujuk
Lampiran 3.b)
Era 1950-an adalah zaman peralihan bagi Dondang Sayang. Seni tradisi ini makin
diminati ramai. Dondang Sayang mula mendapat tempat lebih meluas apabila ia
disiarkan menerusi radio, sejak tertubuhnya Jabatan Penyiaran yang dikenali sebagai
Radio Malaya ketika itu.Selain itu, Dondang Sayang juga mula dimainkan di pentas
bangsawan dan joget. Dari sinilah Dondang Sayang mula mengalami perubahan apabila
rentak asli dipadankan dengan rentak muzik moden dari Barat. Maka, lahirlah rentak
Dondang Sayang Mambo.
Ramai penyanyi-pemantun Dondang Sayang dilahirkan dari pentas bangsawan, antaranya
S M Salim (Tan Sri) dan Normah Salim. Dondang Sayang juga dimainkan pada majlis
tertentu seperti majlis kenduri kahwin dan di pentas Malam Aneka Warna.Penghujung
era 1950-an Dondang Sayang maju setapak lagi apabila mula dipertandingkan Radio dan
Televisyen Malaysia (RTM) sempena majlis sambutan tertentu seperti perayaan hari
ulang kemerdekaan Negara. [8](Sila rujuk lampiran 3)
Hingga kini masih belum ada ahli-ahli sejarah budaya atau ahli-ahli kesenian kita yang
telah membuat kajian tentang asal usul lagu Dondang Sayang secara
940212-14-6328
20 | P a g e
mendalam.Bagaimanapun ada juga pendapat-pendapat ringkas yang menyatakan lagu
tersebut berasal dari daerah Riau, Indonesia.Beberapa tulisan mengenainya
lebihmenekankan kepada aspek pantun yang dinyanyikan dalam lagu ini, kurang atau
tidak langsung memperkatakan tentang asal usul lagu Dondang Sayang.
Dengan itu jelaslah bahawa Dondang Sayang adalah seni tradisi negeri Melaka, bukan
ciptaan atau pengaruh daripada seni lagu Portugis.Namun demikian dapat pula
diyakinkan lagu ini sudah mula berkembang di zaman pemerintahan Portugis di Melaka.
Suatu hakikat yang harus diakui bahawa seni lagu Dondang Sayang lebih diperkemas lagi
dengan adanya alat muzik dari Barat iaitu biola.Alat-alat muzik tradisional yang
digunakan ialah rebana, gendang dan gong.Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan
bahawa lagu Dondang Sayang serta dengan alat-alat muziknya adalah hasil daripada
ciptaan ahli-ahli seni lagu di Melaka.Ini bererti lagu ini telah wujud dalam kesenian
Melayu di Malaysia sejak abad yang ke 15 Masihi.
Sejak wujudnya, lagu ini terus berkembang dari utara hingga ke selatan SelatMelaka.
Yang dimaksudkan kawasan budaya atau dunia Melayu ialah di Sumateradan Riau,
Indonesia. Demikianlah kesan-kesan sejarah tentang lagu Dondang Sayang yang dapat
diteroka oleh ahli-ahli seni lagu di Malaysia.
Pengaruh alam setempat menimbulkan beberapa ciri perbezaan yang menambahkan lagi
gaya dan corak atau langgam orang menyanyikan lagu ini. Itulah sebabnya timbul
kumpulan atau kelompok-kelompok ahli-ahli Dondang Sayang yang terkenal hingga
melahirkan nama-nama seperti Dondang Sayang Melaka, Dondang Sayang Tanjung
Surat, Dondang Sayang Temasik dan Dondang Sayang Baba dan Nyonya. Perbezaannya
bukanpada dasar dan bentuk lagu ataupun alat muzik tetapi pada cara persembahan
nyanyian.
940212-14-6328
21 | P a g e
Jikalau didengar pada cara menyanyi akan dapat dirasakan kelainannya yang nyata.
Nyanyian Dondang Sayang Tanjung Surat dan Temasik, sebutan patah lagunya pada
suara pertengahan, dan kadang-kadang tinggi, diikuti oleh nyanyian baris dua maksud
pantun. Sedangkan bagiDondang Sayang Melaka sebutan itu rendah dan berakhir dengan
kelembutan suara yang lunak dan beralun.
Keistimewaan dan keutamaan menyanyikan lagu Dondang Sayang ialah nyanyian
pantunnya.Tanpa dinyanyikan dengan pantun lagu ini kurang meninggalkan kesan kerana
belum lengkap sebagai suatu persembahan lagu. Bagi orang-orang yang ahli dalam
nyanyian lagu ini secara bersendirian akan menyanyikan secara perlahan atau dalam
hatinya apabila mendengarkan lagu Dondang Sayang dimainkan. Di sinilah letaknya
keistimewaan atau bentuk yang tersendiri lagu Dondang Sayang. Inti pada lagu ini ialah
pantun yang dinyanyikan.[9]
Demikianlah kepelbagaian corak atau gaya orang menyanyikan lagu Dondang Sayang
mengikut pendapat orang-orang yang ahli dalam seni lagu tersebut. Bagaimanapun pada
dasarnya pantun dan suara serta gaya menyanyi menentukan nilai atau mutu nyanyian
Dondang Sayang. Jikalau tidakdemikian akan terasalah kepincangan pada pendengaran
dan citarasa seninya.
Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama dalam mengambil langkah efektif untuk
memastikan seni nyanyian Dondang Sayang tidak tenggelam ditelan zaman.
940212-14-6328
22 | P a g e
LAMPIRAN
Rajah 1.a menunjukkan ahli dondang saying terdiri daripada 4 atau lebih orang dalam satu kumpulan
Dondang Sayang.
Rajah 2.a Tetawak Rajah 2.b Biola Rajah 2.c Rebana
Rajah 3.aS M Salim (Tan Sri)Rajah 3.b Nyah Keling
940212-14-6328
23 | P a g e
BIBLIOGRAFI
1) Harun Aminurrashid, “Kajian Puisi Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh
Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984.
2) Hj. Mohd. Yasin Ahmad, Dondang Sayang(Melaka :Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia@IKSEP),9.
3) R.O Windstedt, “Pantun Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh
Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984.
4) Zuber Usman, “Kesusasteraan Lama Indonesia.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh
Madulara@Ahmad Usop.Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984.
5) Suzan Ahmad,”Dondang Sayang”, Berita Harian (Kuala Lumpur), 16 Mac 2008.
6) http://bmus.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/DONDANG-SAYANG2.pdf
7) http://budayakaum2melaka.blogspot.com/2011/12/khazanah-kaum-baba-dan-
nyonya.html
8) http://en.wikipedia.org/wiki/Dondang_Sayang
9) http://melakadaily.com/dondang-sayang-melaka
940212-14-6328
24 | P a g e
10) Kementerian kebudayaan, kesenian dan dan warisan Malaysia, “ Dondang
Sayang”http://sawomatang.proboards.com/index.cgi?board=seni&action=display&t
hread=224 (diakses pada 2 Februari,2013).
NOTA KAKI
1. Hj. Mohd. Yasin Ahmad, Dondang Sayang(Melaka :Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia@IKSEP),9.
2. http://bmus.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/DONDANG-SAYANG2.pdf
3. Hajah Noresah bt. Baharom, Rusli Abdul Ghani, Mohd Nor bin Abd. Ghani, Ibrahim
bin Ahmad, Aziah bt Tajudin, Salmah bt. Jabbar, Mariam bt Mahmud, Diarani bt.
Mat Adam, Rahamah bt. Othman. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka,1998).
4. Zuber Usman, “Kesusasteraan Lama Indonesia.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh
Madulara@Ahmad Usop.Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984.
5. Harun Aminurrashid, “Kajian Puisi Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh
Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984.
6. R.O Windstedt, “Pantun Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh
Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984.
940212-14-6328
25 | P a g e
7. Harun Aminurrashid, “Kajian Puisi Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh
Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984.
8. Suzan Ahmad,”Dondang Sayang”, Berita Harian (Kuala Lumpur), 16 Mac 2008.
9. Sumber di petik dari kementrian kebudayaan kesenian dan dan warisan
Malaysia.
http://sawomatang.proboards.com/index.cgi?board=seni&action=display&thread=2
24

More Related Content

What's hot

Assignment muzik
Assignment muzikAssignment muzik
Assignment muzik
Erwan Hamid
 
Hbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisionalHbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisional
zura abdullah
 

What's hot (20)

Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayang
 
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan MelayuPembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi Muzik
 
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
 
WAYANG KULIT
WAYANG KULITWAYANG KULIT
WAYANG KULIT
 
Assignment muzik
Assignment muzikAssignment muzik
Assignment muzik
 
Hbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisionalHbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisional
 
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeFalsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
 
BANGSAWAN
BANGSAWANBANGSAWAN
BANGSAWAN
 
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar SarawakMuzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
 
Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim
 
Orkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaOrkestra Klasik India
Orkestra Klasik India
 
Zaman barok & klasik
Zaman barok & klasikZaman barok & klasik
Zaman barok & klasik
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
 
GAMELAN
GAMELANGAMELAN
GAMELAN
 
Masyarakat dusun
Masyarakat dusunMasyarakat dusun
Masyarakat dusun
 
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikGamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
 
150871819 nota-elemen-muzik
150871819 nota-elemen-muzik150871819 nota-elemen-muzik
150871819 nota-elemen-muzik
 
Pengamatan pendengaran
Pengamatan pendengaranPengamatan pendengaran
Pengamatan pendengaran
 

Viewers also liked

Seni nyanyian dondang sayang di melaka
Seni nyanyian dondang sayang di melakaSeni nyanyian dondang sayang di melaka
Seni nyanyian dondang sayang di melaka
Syarifah Sakinah
 
Corak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chettiCorak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chetti
Mohd Asraf
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
Edward Ngu
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantun
Sheila Baskaran
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
firo HAR
 
Femoral neck fractures
Femoral neck fracturesFemoral neck fractures
Femoral neck fractures
Yasser Alwabli
 
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatFormat dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Jeya Kumar
 
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
asihwiniy viniy
 
Fracture neck of femur
Fracture neck of femurFracture neck of femur
Fracture neck of femur
Renuga Sri
 
Fracture neck of femur
Fracture neck of  femurFracture neck of  femur
Fracture neck of femur
Prateek Singh
 

Viewers also liked (17)

Strucktur esei sejarah stpm
Strucktur esei sejarah stpmStrucktur esei sejarah stpm
Strucktur esei sejarah stpm
 
Permainan Boria
Permainan BoriaPermainan Boria
Permainan Boria
 
Seni nyanyian dondang sayang di melaka
Seni nyanyian dondang sayang di melakaSeni nyanyian dondang sayang di melaka
Seni nyanyian dondang sayang di melaka
 
Corak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chettiCorak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chetti
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantun
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Format & contoh esei pbs bm
Format & contoh esei  pbs bmFormat & contoh esei  pbs bm
Format & contoh esei pbs bm
 
Femoral neck fractures
Femoral neck fracturesFemoral neck fractures
Femoral neck fractures
 
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatFormat dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformat
 
Fracture Neck of Femur
Fracture Neck of FemurFracture Neck of Femur
Fracture Neck of Femur
 
Fracture neck femur
Fracture neck femurFracture neck femur
Fracture neck femur
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
 
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
3. kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
 
Fracture neck of femur
Fracture neck of femurFracture neck of femur
Fracture neck of femur
 
Fracture neck of femur
Fracture neck of  femurFracture neck of  femur
Fracture neck of femur
 

Recently uploaded (7)

Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 

Esei sejarah dondang sayang PBS Sejarah STPM penggal 2

  • 1. 940212-14-6328 1 | P a g e SEJARAH PERKEMBANGAN DONDANG SAYANG Padadasarnya unsur-unsur kebudayaaan seperti tarian, alat muzik, permainan tradisional dan lagu-lagu asli merupakan sebahagian daripada warisan kesenian bangsa Melayu. Kewujudan pelbagai unsur seni tanpa disedari bukan sahaja telah memperkenalkan identiti bangsa bahkan negeri yang memilikinya. Dondang Sayang dan negeri Melaka merupakan dua gabungan yang cukup sinonim ibarat aur dan tebing/isi dan kuku di mana apabila kita menyebut tentang Dondang Sayang sudah pastilah kita akan teringat tentang negeri Melaka. Oleh itu, tidak mustahillah sekiranya dikatakan bahawa Dondang Sayang merupakan salah satu khazanah budaya yang mencerminkan masyarakat negeri Melaka secara tidak langsung. Umumnya, istilah Dondang Sayang berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu „Dondang‟ dan juga „Sayang‟.Perkataan dondang boleh diinterpretasikan sebagai nyanyian atau lagu yang menghiburkan hati. Secara konseptualnya, istilah dondang juga mempunyai pengertian yang hampir sama dengan istilah „dindang‟ atau „dendang‟. Hal ini berikutan kerana dendang membawa maksud nyayian untuk bersuka-suka manakala berdendang pula bermaksud bernyanyi dan berlagu. Manakala perkataan sayang dalam istilah Dondang Sayang pula bermaksud kasih. Namun begitu, dalam konteks Dondang Sayang, perkataan sayang cenderung merujuk kepada pelakuan iaitu melakukan perbuatan yang lembut dan penuh mesra.Oleh itu, tidak mustahillah sekiranya pemantun-penyanyi yang menyanyikan serta mendendangkan lagu Dondang Sayang boleh diibaratkan seperti orang yang sedang bersayang-sayang dan berkasih-kasih bersesuaian dengan rentak muzik yang dialunkan oleh pemuzik.
  • 2. 940212-14-6328 2 | P a g e Contohnya, di negeri Melaka, sekiranya terdapat seseorang atau kumpulan yang sedang duduk bersenang-senang hati dan bersukaria seperti bersiul-siul atau bernyanyian- nyanyian kecil mengalunkan lagu, situasi ini dikenali sebagai “sedang berdendang sayang”.Pada dasarnya, situasi sedang berdendang sayang ini bukan sahaja dapat diperhatikan pada individu-individu diperingkat muda malahan turut dapat dilihat diperingkat tua. Pada peringkat tua, kebiasaannya, individu-individu tersebut akan bersiul atau menyanyi lagu Dondang Sayang selepas mereka penat bekerja, semasa bersendirian sambil melayan perasaan dan mengenang masa muda atau ketika meraut rotan di anjung rumah atau hujung serambi. Oleh itu, secara keseluruhannya Dondang Sayang boleh didefinisikan sebagai lagu kasih atau nyanyian kasih.[1] Dondang Sayang merupakan suatu seni yang bersifat lembut, indah serta mempunyai kesan yang mendalam bertepatan dengan maksud Dondang Sayang itu sendiri. Dalam konteks keindahan dan kelembutan seni Dondang Sayang terbukti jika dilihat daripada beberapa aspek seperti rentak muzik, lagu dan intonasi yang beralun-alun seolah-olah tidak boleh diceraikan atau dipisahkan sama sekali. Justeru, tidak hairanlah sekiranya nyanyian Dondang Sayang mampu melahirkan seterusnya membangkitkan suasana yang damai, segar serta membuai perasaan harmoni hasil cetusan daripada penyampaian pemantun-penyanyi yang lazimnya dialun suarakan menggunakan dua tekanan suara yang berbeza dan berlawanan oleh dua pihak iaitu lelaki dan perempuan. Tambahan lagi seni kata Dondang Sayang digubah serta diilhamkan dalam bentuk pantun tanpa disedari turut menyerlahkan keindahan nyanyian Dondang Sayang.Pada dasarnya, penyampaian lagu Dondang Sayang dalam bentuk pantun sebenarnya bertujuan untuk melindungi pengucapan sekiranya keterlaluan.Justeru kelembutan yang ditonjolkan dalam nyanyian Dondang Sayang sekaligus tanpa disedari telah mencerminkan peribadi
  • 3. 940212-14-6328 3 | P a g e orang Melayi yang secara semulajadinya kaya dengan sifat-sifat ketimuran seperti lemah- lembut, budi bahasa dan sopan-santun. Seni Dondang Sayang merupakan salah satu khazanah budaya yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya Melayu di mana seni Dondang Sayang merupakan lagu klasik yang diwarisi secara turun-temurun sejak dari dahulu lagi.Namun begitu, asal usul terciptanya seni Dondang Sayang itu pada dasarnya masih menjadi tanda tanya berikutan pencipta serta pengubah asal lagu Dondang Sayang masih belum diketahui mahupun dikenalpasti sehingga ke hari ini. Ada empat jenis dondang sayang, iaitu dondang sayang Melaka, dondang sayang Baba Peranakan, dondang sayang Tanjung Penyengat, dan dondang sayang Pulau Pinang. Sungguhpun penjenisan ini lebih relatif sifatnya, setiap persembahan dondang sayang tetap diminati oleh beberapa golongan masyarakat seperti Melayu, Cina Peranakan, India, dan Portugis terutamanya di Melaka.[2] Walaubagaimana pun, terdapat tiga fakta pendapat yang telah dikemukakan berhubung dengan sejarah awal kewujudan Dondang Sayang yang diklasifikasikan sebagai hampir tepat serta boleh diterima akan kebenarannya. Hal ini berikutan fakta pendapat-pendapat yang dikemukakan adalah berlandaskan kepada beberapa aspek seperti bentuk, struktur dan unsur Dondang Sayang itu sendiri yang kemudiannya dihubungkaitkan dengan faktor-faktor sekeliling seperti alam, manusia dan kepentingan- kepentingan yang wujud dalam seni Dondang Sayang bagi menyokong pendapat masing- masing. Pendapat pertama menyatakan seni Dondang Sayang dipercayai mula bertapak pada akhir tahun kurun ke-15 Masihi ketika zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka.Pendapat yang dikemukan merupakan andaian yang telah dibuat berdasarkan
  • 4. 940212-14-6328 4 | P a g e kepada dua sebab utama iaitu kepentingan runtunan kemahuan manusia serta peranan Kerajaan Melayu Melaka pada ketika itu. Pada akhir tahun ke-15 Masihi, negeri Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang maju serta pesat di mana Melaka bukan sahaja mempunyai jumlah penduduk yang ramai malahan pada masa yang sama turut mempunyai perhubungan luar yang luas meliputi perhubungan diplomatik, perhubungan dagang dan perhubungan peribadi. Negeri Melaka bukan sahaja selalu dikunjungi oleh pemerintah dan pedagang dari luar tetapi pada masa yang sama Sultan Melaka juga sering melakukan kunjungan ke negeri-negeri lain.Perhubungan luar yang wujud telah melahirkan seni bercorak hiburan iaitu Dondang Sayang yang bertindak sebagai halwa telinga dan santapan mata yang menyenangkan. Hal ini terbukti apabila para pedagang yang singgah ke pelabuhan negeri Melaka sebagai pusat tumpuan sering menyanyikan rangkaian lagu seperti : Bandar Melaka, pisang jarum air Bukit China Bendahara Seri Maharaja. Bukan itu sahaja, bukti kemunculan serta kewujudan seni Dondang Sayang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka turut disokong menerusi penciptaan beberapa rangkap pantun yang tersisip dalam buku-buku lama tentang negeri Melaka seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Di antara pantun-pantun yang menyokong akan bukti kewujudan Dondang Sayang di Melaka pada tahun tersebut ialah: Hang Jebat Hang Kasturi, Budak-budak raja Melaka, Jika hendak jangan dicuri,
  • 5. 940212-14-6328 5 | P a g e Mari kita bertentang mata. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Dondang Sayang berasal dari Pulau Sebang, Tampin, Melaka yang wujud sekitar akhir tahun 1400 Masihi hingga tahun 1510 Masihi hasil daripada tinjauan keterangan berdasarkan andaian. Seni Dondang sayang dikatakan wujud ekoran daripada lawatan Datuk Temenggung ke Pulau Sebang, Tampin Melaka.Oleh itu, seni Dondang Sayang dipercayai diciptakan khas sebagai tanda mengalu-alukan seterusnya menghargai kedatangan Datuk Temenggung memandangkan lawatan tersebut merupakan salah satu lawatan pembesar negeri ke luar daripada pusat pemerintahan negeri Melaka. Justeru itu, pelbagai persiapan yang telah dijalankan bagi memastikan bahawa sambutan adalah meriah.Maka seni Dondang Sayang dipercayai tercipta hasil daripada penciptaan alat-alat muzik berbentuk paluan daripada pokok laka seperti rebana dan gendang bertujuan untuk mengiringi nyanyian oleh penduduk kampung. Walau bagaimanapun, bentuk lagu yang dipersembahkanadalah bercorak lagu-lagu yang lahir dari khayalan yang mempunyai struktur lagu yang tidak tetap sama sekali sekadar untuk menjadikan majlis sambutan itu meriah semata-mata. Pendapat ketiga pula berbeza jika dibandingkan dengan dua pendapat yang terdahulu yang pada dasarnya menyatakan bahawa Dondang Sayang berasal daripada negeri Melaka.Hal ini kerana pendapat ketiga pula menyatakan bahawa Dondang Sayang tercipta ekoran daripada kedatangan Portugis ke Melaka pada sekitar tahun 1500 Masihi. Pengaruh Portugis yang dibawa masuk oleh bangsa Eropah ke Melaka dipercayai telah melahirkan seni Dondang Sayang berdasarkan kepada dua faktor utama iaitu kegemaran bersuka-suka dan berhibur mesra merupakan hobi orang-orang Portugis yang kemudiannya diperkenalkan kepada orang-orang tempatan dan alat muzik biola yang dibawa masuk oleh orang Eropah ke Melaka.
  • 6. 940212-14-6328 6 | P a g e Tidak dapat dinafikan wujudnya kebenaran bahawa Portugis yang memperkenalkan Dondang Sayang. Ini kerana sebelum Portugis menjajah Melaka, orang- orang Portugis telah datang terlebih dahulu untuk berdagang di Melaka.Dalam memastikan barang dagangannya mendapat sambutan serta tidak berlakunya sebarang kekacauan sepanjang mereka singgah untuk berniaga, orang Portugis telah memperkenalkan kegemaran bersuka-suka dan berhibur mesra yang mana pada dasarnya merupakan hobi orang-orang Portugis. Kebijaksanaan mereka dalam menggunakan ruang serta peluang yang ada dengan sebaik mungkinmenyebabkan penduduk tempatan berminat dengan hiburan bersuka-suka yang bukan sahaja melekakan bahkan mengkhayalkan penduduk tempatan.Cara ini tanpa disedari telah menyebabkan mereka terselamat daripada sikap benci penduduk tempatan terhadap orang luar. Selain itu, faktor yang menyatakan alat muzik biola dibawa masuk ke Melaka dari Eropah turut menyumbang kebenaran yang Dondang Sayang lahir hasil daripada pengaruh Portugis.Orang Portugis merupakan satu bangsa yang berjiwa seni iaitu menggemari seni muzik dan nyanyian. Pada masa yang sama, dipercayai memiliki daya kreatif seni jika dibandingkan dengan bangsa Eropah yang lain seperti bangsa Inggeris dan Belanda.Bangsa Portugis dikatakan bangsa yang bertanggungjawab membawa masuk alat muzik biola ke Melaka. Kemasukkan alat muzik biola tidak dapat disangkal bahawa seni Dondang Sayang telah diperkemaskan dengan lebih sempurna di mana bentuk asalnya yang tidak teratur dan menentu disusun dengan menggunakan melodi biola. Namun begitu, terdapat beberapa kepincangan yang boleh dilihat sebelum bersetuju untuk menyatakan bahawa orang Portugis yang mencipta seterusnya memperkenalkan Dondang Sayang ini.Ini terbukti terutamanya jika diteliti dari aspek sifat semulajadi bangsa Eropah itu sendiri seperti iklim negeri asal dan bentuk lagu klasik Barat. Pada dasarnya kedudukan Negara Portugal yang terletak dalam lingkungan
  • 7. 940212-14-6328 7 | P a g e kawasan sederhana dunia telah mempengaruhi dengan gaya hidup masyarakatnya yang kebiasaannya sentiasa bergerak cergas dan pantas. Situasi ini sama sekali menyangkal bahawa bangsa Portugis yang bertanggungjawab untuk mencipta Dondang Sayang yang bersifat lemah-lembut serta melintuk-liuk sedangkan bangsa Portugis terkenal dengan sifat semulajadinya yang sentiasa bertenaga, ligat dan aktif. Bukan itu sahaja, bentuk lagu klasik Barat yang cenderung bersifat melankolik langsung tidak mencerminkan bahawa seni Dondang Sayang merupakan hak milik kepunyaan bangsa Eropah sama sekali memandangkan lagu Dondang Sayang bersifat lembut. Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal bahawa terdapat lagu lama yang diwarisi oleh orang-orang Portugis yang menetap di Melaka mempunyai persamaan dengan beberapa buah lagu klasik milik orang Melayu. Persamaan kedua-dua buah lagu boleh dilihat dengan jelas dari segi rentak dan nyanyiannya. Contohnya, dua buah lagu Melayu lama iaitu „Serampang Laut‟ dan „Serampang Pantai‟ dikatakan mempunyai persamaan dengan sebuah lagu lama orang Portugis yang dikenali sebagai Branyo. Lagu Branyo merupakan lagu yang berentak joget sama seperti lagu Serampang Pantai dan Serampang Laut. Secara keseluruhannya, seni Dondang Sayang boleh dikatakan lahir melalui gabungan serta adunan dua buah negara iaitu Barat dan Timur berdasarkan kepada unsur- unsur yang wujud dalam seni Dondang Sayang itu sendiri.Walau bagaimanapun, kebenaran tentang dari mana asal usul Dondang Sayang masih belum menemui jawapannya memandangkan ketiadaan bukti-bukti yang kukuh seperti pengasas serta pencipta sebenar lagu Dondang Sayang.Oleh itu, terdapat tiga pendapat yang telah dikemukakan berdasarkan kepada andaian setelah kajian serta tinjauan keterangan
  • 8. 940212-14-6328 8 | P a g e dijalankan dengan mengambil kira beberapa aspek penting seperti unsur, bentuk dan struktur Dondang Sayang serta perkaitannya dengan faktor sekeliling. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pantun boleh diinterpretasikan sebagai puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap.[3] Selain itu, pantun juga boleh didefinisikan sebagai puisi atau karangan berangkap kepunyaan bangsa Melayu yang diwarisi turun-temurun. Pernyataan yang menyatakan bahawa pantun merupakan hak milik serta warisan turun-temurun orang Melayu turut disokong oleh beberapa orang tokoh sarjana dari Timur dan juga Barat. Antara tokoh yang menyokong bahawa pantun merupakan warisan orang Melayu ialah Zuber Usman, seorang pengarang terkenal Indonesia, dalam bukunya KESUSASTERAAN LAMA INDONESIA telah menekankan bahawa : “Pantun ialah puisi Melayu lama, sebab dia boleh terus kekal bentuknya kerana diciptakan oleh masyarakat lama yang kukuh dan padu. Masyarakat lama itu mempunyai persatuan yang lebih rapat, lebih padu tidak pecah-belah berderai- derai seperti masyarakat moden.”[4] Pendapat yang dikemukan oleh Zuber Usman turut disokong oleh ramai pengarang terkenal Indonesia yang lain. Selain itu, menurut Harun Aminurrashid dalam bukunya KAJIAN PUISI MELAYU pula menyatakan bahawa : “Memang pantun menjadi puisi Melayu yang sangat terkenal di Tanah Melayu dan kepada persuratan Melayu serta kepada masyarakat Melayu.Boleh dikatakan tiap-tiap anak Melayu dari kanak-kanaknya hingga kepada orang tua-nya, dari orang kebanyakan hinggalah kepada orang-orang besarnya semua tahukan pantun dan boleh berpantun.”[5]
  • 9. 940212-14-6328 9 | P a g e Pemilikan puisi pantun sebagai hak orang Melayu turut diperakui oleh seorang Sarjana Barat iaitu R.O. Winstedt berdasarkan kajian beliau tentang kesusasteraan Melayu. Beliau telah menegaskan dalam bukunya PANTUN MELAYU bahawa : “Orang asing yang belum mengenal pantun, boleh dikatakan orang itu belum mengenal rohani dan jalan fikiran orang Melayu yang sebenar.” [6] Secara keseluruhannya, tidak dapat dinafikan bahawa pantun serta seni Dondang Sayang mempunyai perkaitan yang sangat kuat di mana kedua-duanya saling lengkap- melengkapi antara satu sama lain. Pantun sebagai unsur yang terpenting dalam seniDondang Sayang turut diperakui oleh seorang pengarang Indonesia iaitu Harun Aminurrashid dalam bukunya yang bertajuk KAJIAN PUISI MELAYU. Dalam buku tersebut, beliau telah menegaskan bahawa : “ Dalam buku-buku Melayu, pengarang-pengarang Melayu selalu menyelitkan pantun untuk menjadi perhiasan karangannya. Cuba lihat buku-buku Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah yang telah terkarang berabad lamanya ada terdapat pantun di dalamnya.Begitu juga dalam majlis-majlis jamuan yang diadakan oleh masyarakat Melayu selalu kita dengar pantun menjadi perhiasan ucapan yang dihamburkan dalam majlis itu.Hampir tiap-tiap nyanyian Melayu, senikatanya berbentuk puisi pantun, terutamanya dalam nyanyian Dondang Sayang.”[7] Dalam konteks seni Dondang Sayang, jumlah ahli dalam sebuah kumpulan pemuzik adalah tidak tetap sebaliknya bergantung kepada bilangan alat muzik yang digunakan.Pada asasnya, kumpulan pemuzik Dondang Sayang boleh ditubuhkan dengan hanya terdiri daripada empat orang ahli pemuzik sahaja iaitu seorang penggesek biola, dua orang pemukul rebana dan seorang pemalu gong atau tetawak.
  • 10. 940212-14-6328 10 | P a g e Namun begitu kebiasaannya, dalam sebuah kumpulan pemuzik Dondang Sayang akan mempunyai lebih daripada empat orang ahli pemuzik. (Rujuk Lampiran 1.a) Jumlah ahlinya yang ramai adalah bertujuan membolehkan pemuzik yang kepenatan bertukar ganti antara satu sama lain. Contohnya, sesuatu persembahan Dondang Sayang akan mengambil tempoh masa yang agak lama, oleh itu,proses pertukaran pemain akan sering berlaku khususnya kepada pemain-pemain alat palu seperti rebana dan gong atau tetawak. kumpulan pemuzik Dondang Sayang diketuai oleh seorang ketua yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap ahli kumpulan sentiasa bekerjasama, sepakat serta komited dengan tugas masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang dipercayai mampu menguggat kredibiliti mereka sebagai sebuah kumpulan pemuzik Dondang Sayang. Umumnya, kumpulan pemuzik Dondang Sayang sering diketuai oleh pemain biolanya. Meskipun begitu, tidak mustahil sekiranya kumpulan pemuzik Dondang Sayang ini diketuai oleh pemain alat-alat muzik yang lain ataupun diketuai oleh pemantun-penyanyi itu sendiri bergantung kepada suara majoriti ahli yang memilih siapa yang layak untuk mengetuai atau memimpin mereka. Dari aspek peralatan muzik, lazimnya peralatan muzik yang asas yang akandigunakan untuk mengiringi sebuah persembahan Dondang Sayang terdiri daripada sebuah biola, dua buah rebana serta sebuah gong atau sebuah tetawak. Walau bagaimanapun, bukanlah kesemua alat muzik yang digunakan untuk mengiringi seni persembahan Dondang Sayang merupakan alat muzik tradisional (tempatan).Alat muzik tradisional yang digunakan hanyalah rebana, gong dan tetawak. Manakala alat muzik lain seperti biola dan tabur pula dipercayai merupakan alat muzik yang dibawa masuk oleh negara Barat ke Kepulauan Melayu.
  • 11. 940212-14-6328 11 | P a g e Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, persembahan Dondang Sayang hanya diiringi dengan paluan gendang dan juga rebana berikutan ketiadaan alat-alat melodi pada ketika itu.Namun begitu, kegemilangan negeri Melaka serta fungsinya sebagai pelabuhan entrepot telah menyebabkan orang-orang Barat mula membawa masuk seterusnya memperkenalkan alat-alat melodi seperti biola yang tanpa disedari akhirnya biola telah menjadi alat muzik yang paling penting untuk memelodikan lagu Dondang Sayang. Oleh itu, tidak mustahillah sekiranya dikatakan bahawa biola merupakan nadi kepada Dondang Sayang memandangkan tanpa biola maka pincanglah persembahan Dondang Sayang sama sekali. Hal ini terbukti di mana antara banyak-banyak alat muzik melodi, hanya biola sahaja yang paling sesuai digunakan dalam seni Dondang Sayang. Contohnya menerusi gesekan biola, keaslian lagu Dondang Sayang yang dimelodikan lebih menyerlah kerana gesekan biola mempunyai ketepatan bunyi yang gemersik yang bukan sahaja mampu untuk menimbulkan dan membangkitkan kesegaran lagu Dondang Sayang bahkan pada masa yang sama berupaya untuk menghidupkan persembahan sehinggakan penonton berasa ghairah, teruja serta seronok untuk terus menikmati persembahan tersebut. Selain itu ketiadaan alat muzik lain sama ada alat muzik melodi mahupun alat muzik paluan yang mampu untuk mengatasi biola dalam memelodikan lagu Dondang Sayang dengan sempurna menyebabkan biola dilihat sebagai alat muzik yang istimewa di mana biola dan Dondang Sayang merupakan dua unsur yang bukan sahaja tidak dapat dipisahkan malah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Buktinya, dengan hanya menggesekan alat melodi biola bukan sahaja dipercayai sudah berupaya untuk membentuk dan menghasilkan lagu Dondang Sayang yang cukup sempurna tetapi pada masa yang sama juga mampu untuk menyerlahkan persembahan jika dibandingkan
  • 12. 940212-14-6328 12 | P a g e dengan alat-alat muzik yang lain yang turut sama digunakan dalam persembahan Dondang Sayang seperti rebana, gong dan tetawak. (Rujuk Lampiran 2.a,2.b dan 2.c) Kegagalan alat-alat muzik lain sama ada yang dipetik, ditiup dan dipalu bukan sahaja dipercayai tidak mampu untuk menjiwai lagu Dondang Sayang sebaliknya turut menampakkan unsur-unsur kehambaran seolah-olah persembahan Dondang Sayang telah hilang keasliannya serta nilai seninya. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, tidak dapat dinafikan bahawa alat-alat muzik lain seperti rebana, gong dan tetawak masih tetap diperlukan berdasarkan kepada keperluan serta kemampuannya untuk mengiringi gesekkan biola bagi menjadikan persembahan Dondang Sayang lebih menarik Setiap peralatan muzik yang digunakan dalam Dondang Sayang sama ada biola, rebana, tetawak atau gong adalah saling bergantungan antara satu sama lain kerana kesemua alat muzik yang digunakan masing-masing mempunyai pernan serta fungsinya yang tersendiri.Dalam sebuah persembahan Dondang Sayang, lazimnya persembahan akan dimulakan dengan gesekan biola bagi melahirkan melodi lagunya seterusnya sebagai tanda menyulungi alunan pembukaan lagunya. Gesekan biola kemudiannya diikuti pula dengan paluan rebana bertujuan untuk menyusun serta memulakan rentak disamping paluan gong atau tetawak pula adalah bertujuan untuk meningkah rentak tersebut. Dalam nyanyian Dondang Sayang, tidak terdapatnya penekanan mahupun pengkhususan terhadap satu tema sahaja.Tema pantun bagi nyanyian Dondang Sayang adalah bergantung kepada pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam isi maksudnya.Antara tema pantun yang terdapat dalam nyanyian Dondang Sayang ialah kasih, budi, kias-ibarat, jenaka, burung, ayam, harimau, pokok, gajah, sejarah, laut dan sebagainya.
  • 13. 940212-14-6328 13 | P a g e Kebiasaannya, pemilihan tema atau tajuk pantun akan dibuat oleh pemantun- penyanyi yang memulakan nyanyian. Apabila pemantun-penyanyi lelaki telah mengemukakan sesuatu tema, maka secara automatiknya, pemantun-penyanyi wanita akan menjawab berdasarkan kepada tema pantun tersebut. Contohnya, jika pemantun- penyanyi memulakan persembahan Dondang Sayang dengan pantun kasih maka pantun kasih jugalah yang akan dibalaskan. Oleh itu, pada dasarnya, pemantun-penyanyi mempunyai peluang iaitu bebas untuk memilih tema yang akan didendangkan dipersembahan Dondang Sayang. Contoh pantun budi yang dinyanyikan pada permulaan persembahan Dondang Sayang ialah : Tukar baju tukar seluar, Turun ke sawah menanam padi, Saya seorang dagang di luar, Cuba-cuba menabur budi. Walau bagaimanapun, penukaran tema pantun disaat persembahan Dondang Sayang dijalankan merupakan perkara yang biasa. Namun begitu, penukaran tema dibuat dengan cara hormat di mana pemantun-penyanyi sama ada lelaki atau wanita terlebih dahulu meminta persetujuan antara satu sama lain sebelum penukaran tema pantun dibuat bagi mengelakkan berlakunya perbalahan Pada dasarnya persembahan Dondang Sayang bukanlah suatu bentuk persembahan yang bersifat formal yang mana persembahan Dondang Sayang tidak memerlukan sama sekali tempat serta masa yang khusus mahupun majlis-majlis tertentu. Sebaliknya Dondang Sayang boleh dipersembahkan pada bila-bila masa tanpa mengira tempat serta jenis majlis.Hal ini bertepatan dengan tujuan sebenar Dondang Sayang
  • 14. 940212-14-6328 14 | P a g e diperkenalkan iaitu untuk menghiburkan orang ramai seterusnya memeriahkan sesuatu majlis. Dondang Sayang juga turut diklasifikasikan sebagai seni persembahan yang bersifat fleksibel kerana boleh dipersembahkan di mana-mana sahaja sama ada di halaman rumah, di atas rumah, di dalam balai serta di majlis-majlis terbuka. Namun begitu, lokasi yang sering dijadikan pilihan yang sesuai untuk mengadakan persembahan Dondang Sayang ialah rumah.Persembahan Dondang Sayang ini boleh diadakan di mana- mana bahagian rumah seperti di ruang dapur dan anjung rumah.Walau bagaimanapun ruang rumah yang sering menjadi pilihan utama untuk diadakan persembahan Dondang Sayang ialah di serambi dan sengkuap. Persembahan Dondang Sayang cenderung untuk diadakan sama ada di serambi, anjung rumah dan sengkuap memandangkan pada zaman dahulu hanya ahli-ahli kumpulan pemuzik serta pemantun-penyanyi lelaki sahaja yang dapat ditonton oleh orang ramai. Manakala pemantun-penyanyi wanita pula sekadar dapat didengari suaranya sahaja. Pada dasarnya, pemantun-penyanyiiaitu lelaki dan wanita yang terlibat dalam persembahan Dondang sama ada secara langsung atau tidak langsung sebenarnya tidak saling mengenali antara satu sama lain. Meskipun begitu, kerancakkan sesi berbalas pantun tanpa disedari tetap wujud iaitu proses tanya-menaya serta jawab-berjawab antara kedua-dua belah pihak. Menerusi proses jualbeli pantun akhirnya pemantun-penyanyi lelaki dan wanita yang pada mulanya tidak mengenali akan saling berkenalan seterusnya akan mengenali antara satu sama lain. Pada dasarnya, pakaian mencerminkan bangsa yang mewarisi bidang seni tersebut lantaran akan wujudnya penyesuaian antara pewaris dan bentuk persembahan seni dan kebudayaan. Justeru itu, pakaian yang cenderung digunakan dalam persembahan
  • 15. 940212-14-6328 15 | P a g e Dondang Sayang oleh kebanyakkan ahli kumpulan pemuzik dan juga pemantun-penyanyi ialah pakaian tradisi orang-orang Melayu Melaka. Pemakaian pakaian tradisi dalam persembahan Dondang Sayang bukan sahaja disifatkan sebagai pakaian yang sopan dan lengkap bahkan sedap mata memandang memandangkan pakaian tradisi ini adalah bersesuian untuk semua tempat, majlis serta suasana.Pemakaian pakaian tradisi juga dalam seni persembahan Dondang Sayang sekaligus memberikan gambaran yang tepat tentang ciri-ciri peribadi orang Melayu itu sendiri yang lemah-lembut, berperkerti tinggi serta kaya dengan nilai-nilai ketimuran. Dalam konteks seni persembahan Dondang Sayang, pakaian yang sering dipakai oleh orang lelaki terdiri daripadabaju Melayu leher Teluk Belanga, seluar Melayu sama ada potongan pantelun atau potongan Cina, kain samping, songkok dan juga capal sebagai alas kaki iaitu kasut. Manakala pakaian yang sering dipakai oleh wanita pula ialah baju kurung leher Teluk Belanga atau baju kebaya, kain sarung iaitu sama ada kain batik sarung atau kain batik lepas, selendang dan juga kasut seret sebagai alas kaki iaitu kasut. Lazimnya, orang-orang yang terlibat dalam persembahan Dondang Sayang lebih gemar untuk mengenakan pakaian tradisi memandangkan pemakaian pakaian tradisi tidak menghalang sama sekali pemantun-penyanyi serta ahli pemuzik untuk bergerak bebas. Secara umumnya, lagu yang didendangkan oleh pemantun-penyanyi serta kumpulan pemuzik Dondang Sayang adalah bersifat universal. Ini bermaksud bahawa jenis lagu yang didendangkan atau dimainkan oleh kumpulan pemuzik Dondang Sayang bukanlah terhad kepada satu jenis lagu sahaja tetapi pada masa yang sama pemantun- penyanyi serta kumpulan pemuzik Dondang Sayang mempunyai bakat serta kemahiran dalam mempersembahkan pelbagai jenis lagu seperti lagu joget, lagu asli dan lagu nasib. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa pemantun-penyanyi dan kumpulan pemuzik merupakan dua gabungan yang unik serta istimewa kerana berupaya serta berkemampuan
  • 16. 940212-14-6328 16 | P a g e dalam memenuhi kehendak dan juga selera para pendengar dan penggemar yang menggemari seni persembahan Dondang Sayang. Bukan itu sahaja, bakat serta kemampuan kumpulan pemuzik Dondang Sayang boleh dilihat menerusi persembahan lagu-lagu yang terdiri daripada pelbagai rentak terutamanya rentak-rentak yang terdapat dalam lagu Melayu seperti inang, zapin, masri dan ghazal.Pada dasarnya, rentak lagu Dondang Sayang adalah bercorak rentak lagu Melayu asli. Namun begitu, kepelbagaian rentak muzik dalam lagu-lagu Melayu serta kesediaan dan kesesuaian rentak-rentak ini tanpa disedari telah memberikan nafas baru kepada seni Dondang Sayang di mana rentak-rentak seperti zapin, ghazal dan inang ini telah dipadankan serta diserap masuk ke dalam lagu Dondang Sayang. Umumnya, lagu Dondang Sayang bukan sahaja boleh dipadankan serta disesuaikan dengan rentak lagu Melayu sahaja tetapi pada masa yang sama lagu Dondang Sayang boleh dipadankan dengan rentak lagu yang berasal daripada negara Barat seperti rentak mambo. Namun, lagu Dondang Sayang yang berentak mambo dikatakan mempunyai rentak lagu yang lebih moden jika dibandingkan rentak asal lagu Dondang Sayang itu sendiri. Sebagai contohnya, penyerapan masuk rentak mambo telah menghasilkan Dondang Sayang yang berentak lebih moden yang dikenali sebagai “Dondang Sayang Mambo” sekitar tahun 50-an. Penggabungjalinan pelbagai rentak lagu ke dalam seni Dondang Sayang tidak dapat dinafikan bukan sahaja telah memberi nafas baru bahkan mendapat tempat dihati pendengar serta peminat lagu Dondang Sayang. Pada masa yang sama juga dipercayai telah berjaya mengubah suasana persembahan supaya bersifat lebih segar, meriah dan tidak membosankan. Lazimnya persembahan akan dimulakan dengan pantun-pantun yang bersifat merendahkan diri. Pada ketika ini, pemantun-penyanyi masing-masing merasakan dirinya serba kekurangan iaitu tidak tahu apa-apa seolah-olah mereka belum pernah atau baru
  • 17. 940212-14-6328 17 | P a g e kali pertama masuk gelanggang, mahu mencuba nasib dan sebagainya.Kebiasaannya pemantun-penyanyi lelaki merupakan pihak yang datang bertandang maka secara automatiknya pihak pemantun-penyanyi lelaki yang akan memulakan nyanyian pantun terlebih dahulu. Dalam persembahan Dondang Sayang, pantun yang dinyanyikan dipercayai berlaku dalam bentuk yang spontan iaitu lahir hasil daripada cetusan idea dan ilham pemantun-penyanyi secara serta-merta. Nyanyian pantun ini berlaku secara dua hala dalam bentuk berbalas-balas pantun antara satu pihak dengan pihak yang lain melibatkan pihak lelaki dan juga pihak wanita. Kebolehan serta bakat pemantun-penyanyi dalam menyanyikan pantun soal dan pantun jawab seolah-olah bersahaja dan bukaannya secara paksaan menjadikan persembahan Dondang Sayang menjadi lebih menarik serta meriah.Menerusi kebolehan serta bakat berbalas pantun yang dimiliki oleh pemantun- penyanyi, tidak dapat dinafikan sama sekali bahawa mereka yang terlibat terdiri daripada orang-orang yang mempunyai bakat semulajadi, handal serta bijak dalam berpantun. Situasi ini dapat dilihat menerusi cara mereka menyampaikan dan menyanyikan lagu Walaupun proses jualbeli pantun berlaku secara bersambung-sambung, namun kedua-dua pihak sama ada penjual pantun dan pembeli pantun haruslah terlebih dahulu memahami maksud pantun yang dijual sebelum membeli atau membalas pantun tersebut bertujuan untuk menggelakkan pemantun-penyanyi sama sekali membeli pantun yang dijual dengan membalas pantun yang tidak kena maksudnya. Kesilapan pemantun- penyanyi dalam memahami pantun yang dijual akan mengakibatkan pemantun-penyanyi tersebut akan menerima pantun balasan yang bersifat seperti memukul teruk. Kepelbagaian gaya, bentuk serta lenggok yang berbeza hasil daripada kebolehan seorang pemantun-penyanyi menimbulkan pelbagai rencam bentuk nyanyian. Meskipun begitu, kepelbagaian jenis gaya nyanyian yang wujud dipercayai tidak sama sekali
  • 18. 940212-14-6328 18 | P a g e mampu menguggat keistimewaan dan keunggulan seni Dondang Sayang. Sebagai contoh, di Melaka terdapat pelbagai gaya nyanyian Dondang Sayang seperti mengikut terus kehendak lagunya seperti alunan melodi, menggantung lagunya dengan menyingkatkan sebutan perkataan dalam pantun, perkataan ketiga baris pertama pantun dipanjangkan sebutannya, perkataan keempat baris pertama dipanjangkan sebutannya, meleret-leretkan nyanyian maksud pantun dan berbagai-bagai lagi. Ketatatertiban dalam persembahan Dondang Sayang turut dapat diperhatikan tatkala pemantun-penyanyi yang bukan terdiri daripada golongan pemain atau pemuzik yang sedia ada atau berasal dari luar kawasan tetapi berhajat ingin tumpang menyanyi bersama-sama terlebih dahulu akan berpantun dengan pantun-pantun yang berbunyi memohon izin sebagai tanda meminta kebenaran untuk tumpang bermain. Hingga kini umum menganggap bahawa oleh kerana lagu Dondang Sayang berasal di Melaka maka pastilah kebanyakan daripada orang Melaka pandai atau tahu menyanyi lagu tersebut.Sebenarnya terlalu sedikit bilangan orang Melaka yang tahu menyanyikan lagu Dondang Sayang.Bukan mudah menyanyikan lagu ini.Ia tidak boleh ditiru-tiru atau dipelajari melalui pendengaran seperti mempelajari lagu-lagu lain. Lagu Dondang Sayang mesti dipelajari dengan sungguh-sungguh kerana ia mempunyai bentuk dan cara yang tertentu untuk menyanyikannya. Bagaimanapun lagu ini bukan sahaja diminati oleh orang Melayu bahkan diminta juga golongan masyarakat bukan Melayu iaitu masyarakat Cina Peranakan yang dikenali dengan panggilan Baba dan Nyonya dan juga masyarakat Serani atau yang dikenali sebagai orang Portugis. Beberapa orang penyanyi lagu Dondang Sayang yang terkemuka di Melaka pada masa ini adalah terdiri daripada golongan tua. Hampir tidak ada golongan muda yang meminati lagu ini. Kurangnya minat golongan muda menyanyikan lagu DondangSayang, bukan
  • 19. 940212-14-6328 19 | P a g e sahaja kerana sukarnya menyanyikan lagu tersebut, tetapi aspek yang lainnya adalah kerana mereka tidak pandai berpantun. Antara tokoh Dondang Sayang di Melaka ialah Itam Ahmad dari Paya Rumput, dikenali sebagai antara pemantun atau penyanyi lama Dondang Sayang yang begitu aktif. Selain Itam, Nyah Keling yang berasal dari Durian Tunggal juga adalah pemantun dan penyanyi perempuan yang cukup dikagumi.Zaiton Haji Hamzah dari Duyong dan Bachik Bakar dari Pangkalan Rama Tengah pula dianggap sebagai angkatan baru yang dicungkil bakat mereka melalui pertandingan Pesta Dendang Rakyat anjuran RTM Melaka. (Rujuk Lampiran 3.b) Era 1950-an adalah zaman peralihan bagi Dondang Sayang. Seni tradisi ini makin diminati ramai. Dondang Sayang mula mendapat tempat lebih meluas apabila ia disiarkan menerusi radio, sejak tertubuhnya Jabatan Penyiaran yang dikenali sebagai Radio Malaya ketika itu.Selain itu, Dondang Sayang juga mula dimainkan di pentas bangsawan dan joget. Dari sinilah Dondang Sayang mula mengalami perubahan apabila rentak asli dipadankan dengan rentak muzik moden dari Barat. Maka, lahirlah rentak Dondang Sayang Mambo. Ramai penyanyi-pemantun Dondang Sayang dilahirkan dari pentas bangsawan, antaranya S M Salim (Tan Sri) dan Normah Salim. Dondang Sayang juga dimainkan pada majlis tertentu seperti majlis kenduri kahwin dan di pentas Malam Aneka Warna.Penghujung era 1950-an Dondang Sayang maju setapak lagi apabila mula dipertandingkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sempena majlis sambutan tertentu seperti perayaan hari ulang kemerdekaan Negara. [8](Sila rujuk lampiran 3) Hingga kini masih belum ada ahli-ahli sejarah budaya atau ahli-ahli kesenian kita yang telah membuat kajian tentang asal usul lagu Dondang Sayang secara
  • 20. 940212-14-6328 20 | P a g e mendalam.Bagaimanapun ada juga pendapat-pendapat ringkas yang menyatakan lagu tersebut berasal dari daerah Riau, Indonesia.Beberapa tulisan mengenainya lebihmenekankan kepada aspek pantun yang dinyanyikan dalam lagu ini, kurang atau tidak langsung memperkatakan tentang asal usul lagu Dondang Sayang. Dengan itu jelaslah bahawa Dondang Sayang adalah seni tradisi negeri Melaka, bukan ciptaan atau pengaruh daripada seni lagu Portugis.Namun demikian dapat pula diyakinkan lagu ini sudah mula berkembang di zaman pemerintahan Portugis di Melaka. Suatu hakikat yang harus diakui bahawa seni lagu Dondang Sayang lebih diperkemas lagi dengan adanya alat muzik dari Barat iaitu biola.Alat-alat muzik tradisional yang digunakan ialah rebana, gendang dan gong.Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa lagu Dondang Sayang serta dengan alat-alat muziknya adalah hasil daripada ciptaan ahli-ahli seni lagu di Melaka.Ini bererti lagu ini telah wujud dalam kesenian Melayu di Malaysia sejak abad yang ke 15 Masihi. Sejak wujudnya, lagu ini terus berkembang dari utara hingga ke selatan SelatMelaka. Yang dimaksudkan kawasan budaya atau dunia Melayu ialah di Sumateradan Riau, Indonesia. Demikianlah kesan-kesan sejarah tentang lagu Dondang Sayang yang dapat diteroka oleh ahli-ahli seni lagu di Malaysia. Pengaruh alam setempat menimbulkan beberapa ciri perbezaan yang menambahkan lagi gaya dan corak atau langgam orang menyanyikan lagu ini. Itulah sebabnya timbul kumpulan atau kelompok-kelompok ahli-ahli Dondang Sayang yang terkenal hingga melahirkan nama-nama seperti Dondang Sayang Melaka, Dondang Sayang Tanjung Surat, Dondang Sayang Temasik dan Dondang Sayang Baba dan Nyonya. Perbezaannya bukanpada dasar dan bentuk lagu ataupun alat muzik tetapi pada cara persembahan nyanyian.
  • 21. 940212-14-6328 21 | P a g e Jikalau didengar pada cara menyanyi akan dapat dirasakan kelainannya yang nyata. Nyanyian Dondang Sayang Tanjung Surat dan Temasik, sebutan patah lagunya pada suara pertengahan, dan kadang-kadang tinggi, diikuti oleh nyanyian baris dua maksud pantun. Sedangkan bagiDondang Sayang Melaka sebutan itu rendah dan berakhir dengan kelembutan suara yang lunak dan beralun. Keistimewaan dan keutamaan menyanyikan lagu Dondang Sayang ialah nyanyian pantunnya.Tanpa dinyanyikan dengan pantun lagu ini kurang meninggalkan kesan kerana belum lengkap sebagai suatu persembahan lagu. Bagi orang-orang yang ahli dalam nyanyian lagu ini secara bersendirian akan menyanyikan secara perlahan atau dalam hatinya apabila mendengarkan lagu Dondang Sayang dimainkan. Di sinilah letaknya keistimewaan atau bentuk yang tersendiri lagu Dondang Sayang. Inti pada lagu ini ialah pantun yang dinyanyikan.[9] Demikianlah kepelbagaian corak atau gaya orang menyanyikan lagu Dondang Sayang mengikut pendapat orang-orang yang ahli dalam seni lagu tersebut. Bagaimanapun pada dasarnya pantun dan suara serta gaya menyanyi menentukan nilai atau mutu nyanyian Dondang Sayang. Jikalau tidakdemikian akan terasalah kepincangan pada pendengaran dan citarasa seninya. Oleh itu, pelbagai pihak harus bekerjasama dalam mengambil langkah efektif untuk memastikan seni nyanyian Dondang Sayang tidak tenggelam ditelan zaman.
  • 22. 940212-14-6328 22 | P a g e LAMPIRAN Rajah 1.a menunjukkan ahli dondang saying terdiri daripada 4 atau lebih orang dalam satu kumpulan Dondang Sayang. Rajah 2.a Tetawak Rajah 2.b Biola Rajah 2.c Rebana Rajah 3.aS M Salim (Tan Sri)Rajah 3.b Nyah Keling
  • 23. 940212-14-6328 23 | P a g e BIBLIOGRAFI 1) Harun Aminurrashid, “Kajian Puisi Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984. 2) Hj. Mohd. Yasin Ahmad, Dondang Sayang(Melaka :Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia@IKSEP),9. 3) R.O Windstedt, “Pantun Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984. 4) Zuber Usman, “Kesusasteraan Lama Indonesia.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh Madulara@Ahmad Usop.Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984. 5) Suzan Ahmad,”Dondang Sayang”, Berita Harian (Kuala Lumpur), 16 Mac 2008. 6) http://bmus.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/DONDANG-SAYANG2.pdf 7) http://budayakaum2melaka.blogspot.com/2011/12/khazanah-kaum-baba-dan- nyonya.html 8) http://en.wikipedia.org/wiki/Dondang_Sayang 9) http://melakadaily.com/dondang-sayang-melaka
  • 24. 940212-14-6328 24 | P a g e 10) Kementerian kebudayaan, kesenian dan dan warisan Malaysia, “ Dondang Sayang”http://sawomatang.proboards.com/index.cgi?board=seni&action=display&t hread=224 (diakses pada 2 Februari,2013). NOTA KAKI 1. Hj. Mohd. Yasin Ahmad, Dondang Sayang(Melaka :Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia@IKSEP),9. 2. http://bmus.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/DONDANG-SAYANG2.pdf 3. Hajah Noresah bt. Baharom, Rusli Abdul Ghani, Mohd Nor bin Abd. Ghani, Ibrahim bin Ahmad, Aziah bt Tajudin, Salmah bt. Jabbar, Mariam bt Mahmud, Diarani bt. Mat Adam, Rahamah bt. Othman. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1998). 4. Zuber Usman, “Kesusasteraan Lama Indonesia.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh Madulara@Ahmad Usop.Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984. 5. Harun Aminurrashid, “Kajian Puisi Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984. 6. R.O Windstedt, “Pantun Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984.
  • 25. 940212-14-6328 25 | P a g e 7. Harun Aminurrashid, “Kajian Puisi Melayu.” Dalam Dondang Sayang, diedit oleh Madulara@Ahmad Usop. Melaka: Majlis Kebudayaan Negeri Melaka,1984. 8. Suzan Ahmad,”Dondang Sayang”, Berita Harian (Kuala Lumpur), 16 Mac 2008. 9. Sumber di petik dari kementrian kebudayaan kesenian dan dan warisan Malaysia. http://sawomatang.proboards.com/index.cgi?board=seni&action=display&thread=2 24