2. MAKLUMAT PROJEK
S Nama projek : Malam Amal Kebudayaan Kolej Tun Hussein Onn
S Kod projek : DN00699 / 2013
S Jawatan yang disandang : AJK Jamuan
S Tarikh projek berlangsung : 25 & 26 November 2013
S Tempat projek : Panggung Seni, UKM.
3. OBJEKTIF PROJEK
S Mengalakkan pelajar untuk menderma kepada golongan
yang memerlukan.
S Melatih sikap penyayang dan pemurah dalam diri pelajar.
S Menjadikan projek sebagai landasan kepada pelajar
untuk menceburi bidang kebudayaan.
S Memberi peluang pelajar untuk menonjolkan bakat
masing – masing dalam bidang kebudayaan.
4. ASPEK KOMUNIKASI
S Terdapat dua jenis komunikasi, iaitu verbal dan bukan
verbal.
S Verbal : Secara tulisan atau lisan (oral).
S Bukan verbal : Merangkumi semua rangsangan (ekspresi
wajah, postur badan dan sebagainya) kecuali
rangsangan verbal.
5. S Komunikasi secara verbal : Sebagai AJK Jamuan, saya
diminta untuk menyediakan makanan sepanjang projek
berlangsung kepada pihak – pihak yang terlibat dalam
projek ini , iaitu ahli jawatankuasa yang lain, pihak VIP,
dan peserta Malam Amal Kebudayaan KTHO ini. Saya
mengikat kontrak dengan katering dari Kolej Dato’ Onn
untuk makanan pihak VIP dan mengikat kontrak dengan
katering Kolej Tun Hussein Onn bagi makanan untuk
peserta dan AJK yang lain.
6. S AJK Jamuan terdiri daripada saya dan dua orang rakan
yang lain. Saiz kumpulan kami yang kecil ini membantu
kepada proses interaksi yang baik.
S Kerap berinteraksi demi meningkatkan persefahaman
antara ahli kumpulan.
S Peranan setiap ahli adalah penting bagi menyumbang
kepada kejayaan menyeluruh operasi kumpulan.
7. S Apabila kami buntu dalam membuat sesuatu keputusan,
kami berusaha untuk mencapai kata sepakat yang
boleh diterima dan diakur oleh semua.
S Matlamat yang difahami memudahkan kesepakatan
antara ahli kumpulan seterusnya mengekalkan sinergi
dalam kumpulan.