Dokumen tersebut membahas berbagai aspek pertanian kenaf di Malaysia, termasuk varietas benih kenaf, kualitas benih, bantuan alat dari LKTN, metode penanaman, kepadatan tanaman, amalan pertanian terbaik, pemupukan, kebutuhan air, metode panen, penimbangan hasil, harga yang dibayar LKTN, pusat pengumpulan hasil, pengangkutan, pengolahan core dan serat, harga komoditas kenaf, dan produk
1. Dialog: KEMANA HALATUJU KENAF?
oleh
Mykenaf Sdn. Bhd.
www.mykenaf.com
/MykenafSdnBhd
@MyKenaf
zaini@mykenaf.com
Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
30 Ogos 2012
2. Huluan: Variety biji benih kenaf
Terdapat banyak variety benih kenaf yang diperkenalkan di Malaysia.
Wajar dimasyurkan setiap variety itu sesuai untuk:
1. Hasil pokok kenaf samada untuk batang, daun, fiber atau core.
2. Sesuai ditanam dikawasan topografi yang tertentu
3. Sesuai ditanam didalam musim tertentu dan/atau sepanjang
tahun
4. SOP pertanian yang wajar diamalkan untuk setiap varieti.
5. Tempoh penuaian yang optima
6. Serangan penyakit dan pest yang telah dikenalpasti
7. Hasil produktiviti yang boleh tuai.
8. Kajian pulangan ekonomi untuk setiap varieti.
3. Huluan: Kualiti biji benih kenaf
Kualiti biji benih yang dibekal oleh LKTN sangat tidak
menentu.
Contoh, pada 3 Mei 2012 kami mendapat bekalan biji
benih V36 dari LKTN dengan kod penanaman 22 yang
dibungkus pada 13 April 2012 sebanyak 2 guni x 17
kg/guni dan kod penanaman 27 yang dibungkus pada 24
April 2012 sebanyak 1 guni x 17 kg/guni.
Setelah saringan sebelum penanaman dibuat pada 4 Mei
2012, lebih kurang 15.6 kg (91%) dari kod penanaman
27 adalah baik. Sementara hanya 1.2 kg (7%) dari kod
penanaman 22 yang baik.
Ia memberi kerugian kos bahan, kos kerja dan Jadual
penanaman yang tergendala kepada petani.
4. Huluan: Bantuan jentera milik LKTN
Pihak LKTN memiliki banyak jentera dan
kemudahan yang boleh digunakan oleh penanam
kenaf.
Pihak LKTN wajar menetapkan syarat dan terma
jenis-jenis bantuan kepada umum melalui portal
www.lktn.gov.my atau surat pekeliling kepada
syarikat yang terbabit dan tampalan notis disemua
pejabat LKTN peringkat negeri dan daerah.
5. Huluan: Tanaman kaedah tabur biji benih
vs seeder (mekanikal)
Kaedah penanaman mana yang paling terbaik?
Kaedah tabur yang boleh mensasarkan kepadatan
tanaman yang kita kehendaki disamping boleh
mengawal rumput.
Kaedah menggunakan seeder yang mempunyai
kepadatan yang terhad serta kawalan rumput yang
amat sukar
Kos keseluruhan operasi yang paling optima.
6. Huluan: Jadual / musim penanaman
kenaf?
Penanaman kenaf secara bermusim, berselang seli
dengan padi.
Tanaman kenaf secara monoculture yang bermusim
Tanaman kenaf mengikut penanaman berjadual
(precision farming) sepanjang tahun
7. Huluan: Kepadatan tanaman
Kepadatan tanaman kenaf yang paling terbaik untuk
penghasilan:
i. Batang kenaf
ii. Daun untuk makanan haiwan
iii. Fiber untuk industri
iv. Core untuk industri
Kepadatan yang berbeza memberi hasil tuaian yang
berbeza.
Kos ekonomik untuk setiap kepadatan seperti
250,000, 360,000, 600,000, 800,000, 1.2 juta atau 1.4
juta setiap hektar mengikut keperluan kos pertanian.
Kepadatan tanaman yang paling sesuai untuk setiap
varieti yang diperkenalkan.
8. Huluan: Amalan pertanian kenaf yang
terbaik
Terdapat berbagai kaedah penanaman yang diamalkan
di USA, Itali, Israel, Thailand, China, Korea, Indonesia
dsb.
Yang mana paling sesuai dipraktikan di Malaysia, atau
yang terbaiknya Malaysia wajar mempunyai SOP yang
tersendiri bersesuaian dengan keadaan tanah dan cuaca
kita.
Kaedah pertanian yang terbaik untuk fasa-fasa berikut:
1) Penyediaan tanah – plough, rotor, harrow etc.
2) Sistem pengairan
3) Pembajaan awal, sebelum tanaman
4) Penanaman – tabur, slobby pipe atau seeder
5) Pembajaan – program pembajaan selepas tanaman
6) Penyelenggaraan tanaman
7) Penuaian – cabut, parang, sabit, cutter, harvester etc.
9. Huluan: Penggunaan baja untuk kenaf
Skim pembajaan yang paling optimum untuk
penghasilan kenaf yang terbaik samada untuk
batang, daun, fiber atau core.
Skim pembajaan ini harus meliputi pra dan post
penanaman.
10. Huluan: Keperluan air untuk tanaman
kenaf
Air adalah elemen penting dalam pertanian kenaf.
Walaupun Malaysia menerima hujan sepanjang
tahun, namun perubahan cuaca yang tidak menentu
adalah sukar menentukan musim tanaman kenaf yang
paling ekfektif.
Kenaf jua boleh diprogramkan untuk tanaman sepanjang
tahun, dan kaedah ini adalah yang terbaik untuk
pembekalan produk kenaf yang berterusan serta
mengurangkan kos penyimpanan atau kualiti yang
menurun.
Adakah tanaman kenaf di Malaysia memerlukan siraman
air berjadual seperti di Israel yang dapat menghasilkan
kualiti baik?
Adakah kaedah siraman ini ekonomik untuk dilaksanakan
11. Huluan: Kaedah penuaian
Banyak hasil kenaf tidak dapat dituai dalam tempoh
yang tertentu. Hasil kenaf ini ditinggal di ladang atau
tempat simpanan yang kemudiannya menjadi buruk
dan rosak.
Kaedah penuaian yang terbaik ialah ia perlu dituai
dengan segera sebelum mengeluarkan bunga dan
terus diproses untuk penghasilan fiber atau core.
Penuaian menggunakan tenaga manusia adalah
berproduktiviti rendah.
Penuaian menggunakan jentera adalah terbaik,
tetapi belum ada lagi jentera yang benar-benar
sesuai dengan keadaan tanah dan cuaca di
Malaysia ini.
12. Huluan: Timbangan hasil kenaf
Satu kaedah dan SOP yang paling sesuai dan tepat
wajib digunakan oleh LKTN dalam membuat
timbangan hasil kenaf supaya tidak timbul salah
faham.
Kaedah timbangan ditahap tertentu harus
diperkenalkan:
a) Batang hijau – kandungan lembapan > 90%
b) Batang kering udara – kandungan lembapan ~
30%
c) Batang simpan kering – kandungan lembapan
~15%
13. Huluan: Kadar bayaran oleh LKTN
Kadar bayaran hasil kenaf, kadar upah dan sewa
tanah serta harga jualan / bantuan yang berikan
seperti harga biji benih, jenis-jenis baja dan
sebagainya.
Kadar bayaran, harga sewaan dan harga jualan ini
wajar dimasyurkan oleh LKTN kepada orang ramai
melalui media berikut:
Portal rasmi web www.lktn.gov.my
Pekeliling kepada syarikat yang aktif dan berdaftar
dengan LKTN
Notis yang ditampal disemua pejabat LKTN
peringkat negeri dan daerah.
14. Pertengahan: Pusat pengumpulan hasil
kenaf
Bangsal simpanan berbumbung dan bersimen
Alat penimbang
Catatan rekod penanam / penjual
Pengredan batang hijau, fiber dan core
Pemprosesan awalan i.e. pemisahan core dan fiber
Pembungkusan produk
Kaedah penyimpanan hasil kenaf supaya ia tahan
lama.
Menjadi pusat pameran hasil dan pusat jualan.
15. Pertengahan: Kaedah pengangkutan hasil
kenaf ke pusat pengumpulan
Pengangkutan melibatkan kerja muat naik, jarak
perjalanan, jalan laluan awam, muat turun dan tempoh
perjalanan
Wagon
Traktor
Lori
16. Pertengahan: Kaedah penghasilan core
Kaedah pemprosesan bagi penghasilan batang / core
kenaf:
SOP penghasilan batang kenaf
SOP penghasilan core kenaf
17. Pertengahan: Proses awalan
Kaedah pemprosesan bagi penghasilan fiber:
a. Water retting
b. Bio retting menggunakan mikrobs secara
semulajadi
c. Mechanical retting seperti menggunakan
decorticator
18. Pertengahan: Harga komoditi kenaf
Harga jualan / belian produk kenaf yang meliputi:
A. Gred water retting
B. Gred bio retting
C. Gred mechanical retting
D. Gred batang / core kenaf
Harga komoditi kenaf ini perlu dimasyurkan melalui
portal www.lktn.gov.my atau tampalan notis di semua
pejabat LKTN diperingkat negeri dan daerah.
19. Hiliran: Produk nasional dari kenaf
Pihak LKTN wajar mengenalpasti produk-produk
nasional yang boleh membawa Malaysia dikenali
dan mampu mempunyai pasaran yang tersendiri.
Diantara industri yang boleh diusahakan ialah:
1. Aeroangkasa
2. Pakaian
3. Kenderaan
4. Makanan haiwan
20. Industri sokongan
Promosi penanaman kenaf keseluruh negara
Tapak lawatan untuk orang awam yang berminat
Pusat latihan penanaman kenaf bersepadu
Pusat latihan pemprosesan awalan bersepadu
Pusat kajian penanaman kenaf
Pusat penyelidikan dan pembangunan kenaf
Pusat kecemerlangan kenaf
Hala tuju industri kenaf yang boleh dicapai
Kumpulan pakar industri kenaf
Pusat rujukan industri
Pemacu industri kenaf negara (industry leader)
21. Selamat hari raya Eidul Fitri
Semua berpadu mencipta era,
Fokus jiwa usaha girang;
Kenaf maju rakyat gembira,
LKTN wibawa MPIC cemerlang.
Maaf zahir & bathin.
TERIMA KASIH.