Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Pertanian

878 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Pertanian

  1. 1. PROJEK TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI .1.0 PENGENALAN Industri pengeluaran tanaman berasaskan komoditi telah mengalami /melalui pelbagai perubahan daripada sistem penanaman secarakonvensional kepada pengeluaran yang memerlukan teknologi tinggiuntuk meningkatkan pengeluaran makanan yang semakin kompetitif. Bagi memesatkan pengeluaran hasil pertanian secara komersialisasi,pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun perlu dibangunkanuntuk diguna pakai oleh pengusaha bagi peningkatan hasilpengeluaran dan pendapatan. Sistem fertigasi pengeluaran tanpa tanah merupakan tenologi terkiniyang semakin meluas penggunaannya dikalangan pengusaha bidangpertanian, di mana ia menggabungkan pembajaan dan pengairandalam satu sistem di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjaminpengeluaran hasil tinggi serta berkualiti dan merupakan alternatifkepada sistem penanaman konvensional.2.0 RASIONAL Projek tanaman cili ini merupakan satu usaha untuk memajukan industry pertaniannegara. Di samping itu, ia juga akan menambahkn pendapatan Negara. Peluangpekerjaan juga akan bertambah kerana aktiviti pertanian memerlukan tenaga kerja yangramai.
  2. 2. Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan pendudukMalaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan,tetapi sekarang ditanam di semua negara beriklim tropika. Namasaintifik bagi cili ialah ’capsicum annum’. Nama biasa ialah cili merah, cili hijau, cili, lada dan cabai,kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah. Di SemenanjungMalaysia, kawasan-kawasan utama pengeluar cili adalah Perak, Johordan Kelantan
  3. 3. Cili mengandungi zat pemakanan seperti dalam jadual 2. Di antara zatpemakanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5gram). Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atautelah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cilidan sos cili. Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’ ,sayur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas
  4. 4. dalam kebanyakkan jenis makanan terutama ’sambal belacan’. Terdapat beberapa jenis kultivar cili yang disyorkan iaitu MC 4, MC 5,MC 11, MC 12 dan Kulai.3.0 OBJEKTIF Pelaksanaan projek tanaman cili ini adalah untuk ; Mendapatkan pengetahuan dan pengalaman menggunakan sistem fertigasi di dalam pertanian Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran mengurus projek tanaman cili Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri penanaman secara fertigasi Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada rakan pasukan. Menguasai kemahiran interpersonal Membantu negara dalam industri berasaskan pertanian .4.0 Kaedah dan Sasaran ProjekPelaksanaan Projek tanaman cili secara fertigasi ini melibatkan tanaman sebanyak 100polibeg. Oleh itu pelaksanan projek tanaman cili ini adalah berasaskan strategi berikut : 4.1 Penanaman cili secara fertigasi sebanyak 100 polibeg . 4.2 Fertigasi boleh mengurangkan kos operasi. 4.3 Penggunaan sistem fertigasi secara ketara dapat mengurangkan penggunaan air dan baja berbanding dengan cara-cara lain. 4.4 Kos tenaga kerja untuk mengendalikan sistem ini juga rendah
  5. 5. 4.5 Penggunaan alat pengatur masa automatik menjamin keberkesanannya. Diharapkan melalui projek tanaman cili secara fertigasi ini, ia akan dapatmenambahkan lagi pendapatan Negara dalam bidang pertanian. Selain itu, ia juga akandapat meningkatkan kemahiran dalam bidang penanaman secara fertigasi. Permulaanterhadap projek ini diharapkan akan berjaya pada masa akan datang.5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROJEK 5.1 Tempat : Ladang tanaman 5.2 Sasaran : a) Melibatkan tanaman secara fertigasi. b) Sebanyak 100 polibeg cili akan ditanam dengan mnggunakan kaedah fertigasi6.0 JAWATANKUASA 6.1 JAWATANKUASA INDUK: PENAUNG : PENASIHAT : SETIAUSAHA : PENYELARAS : PEN. PENYELARAS :
  6. 6. PEGAWAI PENGURUSAN : 6.2 JAWATANKUASA KERJA: PENGERUSI : NAIB PENGERUSI : SETIAUSAHA :NAIB SETIAUSAHA7.0 KEPERLUAN OPERASI 7.1 Pembangunan Infrastruktur Sebelum projek ini dilaksanakan, keperluaan infrastruktur kawasanperlu dibangunkan terlebih dahulu.1) Penyediaan Kawasan Kerja-kerja awalan melibatkan permbersihan kawasan daritumbuhan seperti semak samun, belukar, pokok-pokok kekalperlu dibuang dan dibersihkan. Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah PelindunganTanaman perlu diratakan terlebih dahulu. Pembinaan sistem perparitan dan saliran untukmengelakkan kawasan tapak projek ditenggelami air apabilahujan. Pemagaran kawasan untuk keselamatan dari haiwanperosak tanaman dan mengelakkan kecurian. Penyediaan jalan ladang untuk memudahkan laluan untuktujuan penyelenggaraan dan sebagainya.2) Sumber Air dan Elektrik Penyediaan sumber air bersih dan sumber elektrik adalahpenting dalam operasi sistem fertigasi ini.3) Bangunan
  7. 7. Bangunan yang perlu disediakan adalah untuk tujuan pengurusantanaman. Teduhan tempat meletak tangki nutrient. Stor simpanan baja fertigasi dan perlatan ladang. Pusat pengumpulan hasil ladang. Pejabat pengurusan projek. 7.2 Penyediaan Sistem Fertigasi Untuk membina sistem fertigasi, terdapat beberapa komponen yangdiperlukan untuk menjayakan sistem ini.a) Rumah Pelindung TanamanKeperluan bagi pembinaan struktur ini adalah :1. Besi G.I. ½ ” Besi ini yang panjang 20 kaki, digunakan untuk membentuk asas struktur. Besi ini digunakan sebagai sokongan kepada struktur Rumah Lindungan Tanaman. Setiap sokongan adalah berukuran 4 kaki panjang dan ditebuk di tengah dengan skru untuk memegang struktur utama.2. Besi G.I. 1” Besi ini digunakan sebagai kaki pada tiang yang menyokong struktur yang diperbuat dari besi GI ½ ” tadi. Biasanya, panjang adalah 4 kaki.3. Klip Besi ½ ” (Long Hook) Klip besi ini digunakan untuk memegang / mengikattiang besi.4. Klip PVC Hitam Klip ini digunakan untuk memegang plastik lut sinar.5. Plastik UV Lut Sinar
  8. 8. Plastik UV lut sinar ini digunakan sebagai bumbungpada struktur rumah pelindung tanaman.6. Jaring Kalis Serangga Jaring kalis serangga bersaiz 32 mesh dipasang mdisekeliling struktur pelindung tanaman sebagai penghalang kemasukan serangga perosak . Ada juga yang menggunakan plastik UV lut sinar menggantikankan jaring kalis serangga.b) Sistem Pengairan Sistem pengairan yang digunakan dalan teknologi fertigasi iniadalah dari jenistitisan (drip irrigation) yang dikawal oleh alatpemasa yang akan berfungsi secaraautomatik mengikut sela masa yang telah ditetapkan. Bahan keperluan bagi sistempengairan ini adalah :1. Paip Utama (Polypipe HDPE 35mm)2. Paip Sekunder (Polypipe HDPE 16mm)3. Paip Tertier (Microtubing 6mm)4. Penitis (Pen Dripper 6mm)5. Elbow PVC 1”6. Socket Valve 1 ½ ”7. Socket Valve 16mm8. Ball Valve 1 ½ ”9. Ball Valve 1”10.Nripper / Adapter11.Rubber Gromet Set 16mm12.Tangki Nutrient 200/600 gelen13.Pam Air 1.5 HP14.Timer (Pemasa)15.PH Meter16.EC Meter17.Penapis Air
  9. 9. c) Bahan Input Bahan input ini adalah bahan yang digunakan untuk tanaman dan keperluan iniberulang setiap musim. Berikut adalah senaraikeperluan bahan input :1. Benih Tanaman – Cili2. Tray Semaian ’Plug’3. Polibeg 14” x 16”4. Media Semaian5. Media Tanaman6. Plastik ’Silver Shine”7. Baja Fertigasi (set A & B )8. Racun Serangga9. Racun Kulat10.Kayu Penyokong11.Dawai12.Batu Simen / Bata 7.3 Tenaga Buruh Memandangkan operasi sistem fertigasi ini dilaksanakan secaraautomatik menggunakan alat pemasa maka keperluan bagi kerja-kerjapenyelenggaraan dan pengurusan projek adalah minimum. Bagimelancarkan operasi projek ini, tenaga kerja yang diperlukan adalahseperti berikut:Bil Tenaga kerja Jumlah Fungsi1 Penyelia 1 Bertanggunjawab melaksana dan menyelia kerja-kerja harian dan jadual tanaman
  10. 10. 2 Buruh am 5 Melaksana kerja-kerja mengikut arahan penyelia.8.0 PERLAKSANAAN Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini, pengurusan segalagerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projekini adalah seperti beikut :1) Penyediaan biji benih2) Semaian Anak Benih3) Membuat Larutan Stok4) Penyediaan Beg Tanaman5) Penanaman6) Pembajaan7) Pengurusan Sistem Pengairan8) Kawalan serangga perosak dan penyakit9) Penyelenggaraan tanaman10)Penuaian11)Pengendalian Lepas Tuai 8.1 Penyediaan Biji Benih Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yangdigunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan seranganserangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurangdari 90%. Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpanlama di dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahapyang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru. Dalamkeadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat. 8.2 Semaian Anak Benih
  11. 11. Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benihtanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50%kejayaan. Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikanmedium percambahan. Dengan menggunakan biji benih yangdiperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peatmoss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik. Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plugpolistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpamenjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss danpastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang denganmencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm. Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram ataucaptan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satuplug. Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakanpenyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dandapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambusterlalu padat. Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dandiletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benihbercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik hitam dibuka selepas 4 haridan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di dalam takungpembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokoktumbuh tegap dan tidak kurus. Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT denganlarutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatanEC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudiansehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sediauntuk diubah ke beg-beg tanaman.
  12. 12. 8.3 Membuat Larutan Stok Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yangdiperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200xganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok.Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingandaripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untukmengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinyapemendakan. Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakanberasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 danzat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yangmengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4,MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natriummolibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawasemasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak bolehdicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatubagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yangmewujudkan sebatian lain yang tidak larut. 8.4 Penyediaan Beg Tanaman Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatansuhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengancoco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baringbagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerjapengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakansatu bantal untuk satu pokok. Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum
  13. 13. dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkanmasalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peatlembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan begbegtanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dariaras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepasmenanam. 8.5 Penanaman Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untukdiubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat iniketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebihawal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanamanditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X. Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalamlubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkanpangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit keatas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawaipenggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang ataumelintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari.Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkanpengudaraan yang baik. Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkanke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapatbekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasadilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanyamenerima titisan larutan baja. 8.6 Pembajaan Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenalisebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi
  14. 14. unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsurdalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat,magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium,molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkansatu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik(unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripadaudara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaituformulasi Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper.Larutan Wyne9.0 Pengurusan Sistem Pengairan Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkandengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempohmasa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkatumur tanaman. Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalangpembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang,jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagicoco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuktanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiappokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml larutan baja. Sistempengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garamgalian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untukmengesan mana-mana penitis yang tersumbat. Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagihingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalulewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibattidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akanlayu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut
  15. 15. penitis dari tiub dan bersihkan. Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalahini.Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa bersih darisemasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya. Kejadian penimbunan sisagaram galian di dalam medium tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendahtropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilasdengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.9.1 Kawalan Serangga Perosak dan Penyakit1) Kawalan Serangga Perosak Oleh kerana sistem fertigasi ini menggunakan jaring kawalanserangga, maka kawalan adalah dilakukan apabila perlu sahaja.Maksudnya, apabila terdapat kebocoran pada jaring kalis seranggadan membolehkan serangga menyerang tanaman maka kawalandilaksanakan mengikut pengesyoran seperti di dalam jadual dibawah.2) Kawalan Penyakit Kawalan penyakit adalah elemen kawalan yang paling utama dalampenanaman cili kerana cili bersifat amat sensitif dan mudah terkenaserangan penyakit.Walaupun kaedah penanaman menggunakan sistem fertigasi yangbebas tanah untuk mengelakkan ’soil borne pathogen’ tetapi iamudah dijangkiti dari tanah di persekitaran tapak projek. 9.3 Penyelenggaraan Tanaman Penyelenggaraan tanaman adalah kerja-kerja yang dilaksanakansepanjang masa proses penanaman cili secara fertigasi. Kerja-kerja inidijadualkan secara teratur mengikut perkembangan tanaman. Berikutadalah kerja-kerja penyelenggaraan tanaman yang perlu dilakukan
  16. 16. Gerak kerja Hari/ Masa AktivitiPERSEDIAAN AWAL 25 Hari Mengira keperluan baja dan Sebelum coco peat. Tanam Membuat pesanan pembelian baja mengikut keperluan. Membuat pesanan pembelian coco peat. Membuat pesanan pembelian beg tanaman berwarna putih bersaiz 45 cm x 15 cm bertebuk di tepi sahaja. Membuat pesanan pembelian keperluan lain seperti biji benih, medium semaian peat moss, dulang semaian ’plug’, kayu pancang, tali rafia, bilah buluh, dawai bersalut, hand sprayer, racun serangga dan kulat yang biasa digunakan dan keperluan lain.PENYEMAIAN BENIH 20 Hari Menyediakan dulang Sebelum semaian. Tanam Mengisi dulang semaian dengan medium percambahan peat moss. Melembapkan medium percambahan. Merawat anak benih dengan racun kulat ’Thiram’. Membuat lubang kecil 1 – 2 cm dalam (1 lubang 1 plug).
  17. 17. Menyemai biji benih (1 biji dalam 1 lubang). Menutup lubang berisi biji benih. Menyembur dulang semaian berisi biji benih dengan air bersih menggunakan hand sprayer. Menutup dulang semaian dengan helaian plastik hitam untuk memberi haba dan mengawal lembapan medium percambahan supaya tidak kering.PENYEDIAAN TAKUNG 19 Hari Membersihkan takungPEMBESARAN Sebelum pembesaran. Tanam Mengisi tangki pengumpul dengan air bersih. Memastikan pam kecil akuarium berfungsi dengan baik. Menetukan alat pengatur masa pam akuarium boleh dihidupkan dengan menjadualkan 4 – 6 kali sehari (boleh berubah mengikut keadaan, jenis dan umur tanaman).PENIMBANGAN BAJA 18 Hari Menimbangkan baja Sebelum menggunakan formulasi yang Tanam betul. Membancuh baja stok.
  18. 18. Gunakan tong biru (tebus guna) muatan 100 literPEMBESARAN ANAK 16 Hari Hingga Membuka plastik yangBENIH 1 Hari menutup dulang semaian. Sebelum Memindahkan dulang Tanam semaian ke dalam takung pembesaran. Memasang alat pengatur masa dan pam akuarium dihidupkan. Melarutkan baja pada bacaan EC 2.5 Memerhatikan pertumbuhan anak pokok. Memeriksa sebarang tanda jangkitan penyakit atau serangga perosak. Membuat kawalan segera sekiranya terdapat tandatanda kerosakanPENYEDIAAN BEG 20 Hari Hingga Membilas coco peat.TANAMAN 5 Hari Mengetoskan coco peat. Sebelum Menimbangkan coco peat 2 – Tanam 2.5 kg untuk setiap beg ( basah dan telah ditoskan). Mengisi coco peat ke dalam beg tanaman. Mengangkut beg-beg berisi coco peat ke dalam rumah tanaman. Menyusun beg-beg tanaman mengikut baris yang telah
  19. 19. ditentukan. Satu baris bagi setiap paip tertier. Jarak tanaman untuk cili ialah 75 cm dalam baris dan 150 cm antara baris. Mencucuk alat penitis ke dalam setiap beg. Menghidupkan pam dan memeriksa semua paip pengagihan termasuk alat penitis untuk memastikan tidak ada mana-mana paip tertier yang bocor atau alat penitis tersumbat. Menghidupkan pam untuk membasahkan medium tanaman di dalam beg-beg tanaman.PENANAMAN 0 Hari Mengangkut dulang-dulang semaian ke dalam rumah tanaman. Mengorek lubang 4 cm x 4 cm x 4 cm untuk dimasukkan anak benih. Mencabut anak benih dengan cermat dengan memicit bahagian bawah plug dahulu sebelum mencabut anak benih. Dengan cara ini ketulan tanah yang dipegang akar tidak tertinggal di dalam lubang plug.
  20. 20. Memasukkan ketulan tanah bersama akar ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan. Kemaskan lubang bersama akar anak benih supaya tidak longgar. Mencucuk penitis berhampiran dengan pangkal anak pokok. Mencucuk bilah-bilah buluh hampir kepada anak benih. Mengikat anak benih pada bilah buluh bagi memastikan pokok tumbuh tegak.PENYELIAAN SELEPAS 1 Hari Dan 2 Memeriksa semua pokok.MENANAM Hari Selepas Memerhatikan tanda-tanda Tanam jangkitan penyakit atau serangan perosak seperti belalang, cengkerik atau siput. Jika terjumpa, musnahkan. Memastikan tidak ada pokok yang tercabut disebabkan oleh binatang. Memastikan tidak ada penitis yang tercabut atau tidak dicucukkan berhampiran pangkal pokok. Menghidupkan pam sekali pada awal pagi. Pastikan bahawa medium
  21. 21. tanaman tidak terlalu basah sehingga air bertakung di dalam beg-beg tanaman. Sekiranya ini berlaku, tebuk beberapa lubang di sisi beg (bukan di bawah beg tanaman) menggunakan pisau kecil untuk mengalirkan air keluar dengan segera. Jika air bertakung, pokok akan mati.3 Hari Selepas Memeriksa setiap pokokTanam pada awal pagi. Mana-mana pokok yang masih layu atau mati perlu diganti. Sebaiknya diganti dengan beg tanaman yang baru keran ditakuti pokok yang mati tersebut telah dihinggapi penyakit. Melarutkan baja stok ke dalam tangki larutan baja. Bacaan EC ialah 2.5 Menghidupkan pam, memberi baja kali pertama kepada pokok. Masih diberikan sekali sehari.4 Hari Hingga Menghidupkan pam pada7 Hari Selepas awal pagi. Pemberian larutanTanam baja masih 1 kali sehari. Memeriksa setiap pokok pada awal pagi. Memerhatikan tanda-tanda
  22. 22. jangkitan penyakit atau serangan serangga perosak. Sekiranya terdapat pokok yang layu pada awal pagi, periksa medium tanamannya. Sekiranya kering, kemungkinan alat penitisnya telah tercabut atau tersumbat. Jika tersumbat, cabut alat penitisnya dan cuci saambil mengetukkannya pada benda keras agar bahan-bahan yang menyekat pengaliran larutan baja akan terkeluar. 7 Hari Selepas Menambah kekerapan Tanam pemberian larutan baja kepada 2 kali sehari, pada awal pagi dan lewat petang. Tetapi sekiranya keadaan cuaca sepanjang minggu redup atau berjerebu, penambahan kekerapan pemberian baja ini boleh ditangguhkan 10 Hari Hingga Membuang tunas air atau 35 Hari tunas ketiak supaya pokok Selepas kekal mengeluarkan satu Tanam batang utama sahaj sehingga cabang utama keluar.PENGURUSAN 7 Hari Dan 17 Membuat rawatanPENYAKIT DAN Hari Selepas pencegahan penyakit akar
  23. 23. SERANGGA PEROSAK Tanam ’Pythium’. Larutkan racun kulat Previcur N sebanyak 10 ml atau Foli- R-Fos sebanyak 13 ml ke dalam 10 liter air. Siram 100 ml bancuhan ini ke pangkal tiap-tiap pokok. Pastikan bahawa pam tidak dihidupkan sebelum rawatan ini. Larutan baja boleh diberikan 2 jam selepas rawatan ini dilakukan. 8 Hari Hingga Memeriksa setiap pokok 180 Hari pada awal pagi. Selepas Memerhatikan tanda-tanda Tanam serangan penyakit atau serangga perosak. Memeriksa pucuk-pucuk pokok untuk mengesan serangan hama dan juga kutu trips. Lihat di bawah daun-daun di bahagian pertengahan ( 2/3 bahagian pokok) untuk mengesan kehadiran afid, dan lalat putih (white fly). Serangan ulat pelombong daun jelas nampak serangannya pada daun-daun separa tua. Memeriksa sistem fertigasi agar sentiasa berfungsi dengan baik.
  24. 24. MENGIKAT POKOK 20 Hari Memacak dua batang Selepas panjang, 180 cm kayu (2.5cm Tanam x 2.5cm) atau besi galvani 1.25 cm, di sepanjang baris paip pembahagi (membentuk X) bagi mengikat dawai atau tali penyokong pokok cili 30 Hari Mengikat dahan-dahan pokok Selepas cili pada tali atau dawai Tanam Hingga penyokong bagi 150 Hari mengelakkan dahan-dahan daripada patah disebabkan berat buah (dilakukan mengikut keperluan). Ia dilakukan berterusan apabila perlu.MEMBILAS MEDIUM 25 Hari Membilas medium tanamanTANAMAN Selepas dengan air bersih iaitu Tanam Dan dengan memberikan air Seminggu tanpa baja kepada semua Sekali pokok mengikut kekerapan yang sedia ada. Ini bertujuan untuk membersihkan timbunan garam-garam galian dan meningkatkan pH medium tanaman bagi mengelakkan proses air keluar dari pokok (deplasmolisis) yang boleh menyebabkan pokok mati. 28 Hari Menambahkan kekerapan Selepas penitis larutan baja kepada 4
  25. 25. Tanam kemudian menjadi 5 seterusnya menjadi 6 kali sehari mengikut pertumbesaran pokok.MEMBANTU 25 Hari Bunga-bunga cili mestiPENDEBUNGAAN Selepas menjalani proses Tanam Hingga pendebungaan sebelum Tamat Projek menjadi buah. Pendebungaan sendiri sukar berlaku kerana ketiadaan agen pendebungaan seperti seranggan atau angin jika menggunakan Rumah Tanaman dengan dinding kalis seranggan ini. Pendebungan berbantu boleh dilakukan dengan menepuk perlahan dahan-dahan pokok cili yang telah berbunga. Ia dilakukan sekurang-kurannya sekali bagi setiap 2 hari. Cara ini terbukti berkesan dapat meningkatkan pengeluaran hasil cili. Alat penggetar bunga (pollen vibrator) yang digerakkan menggunkan bateri juga boleh digunakan. Penggetaran tangkai-tangkai bunga hanya akan berkesan sekiranya dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 2.00
  26. 26. petang.MEMETIK BUAH 55 Hari Memetik buah cili masak. Selepas Membuat penggredan buah Tanam Dan cili Selang 3 Hari Memasarkan buah ciliMENAMATKAN 150 Hari Memetik buah cili yangTANAMAN Selepas masak termasuk juga yang Tanam Atau hijau. Apabila Sesuai Mengasingkan yang masak dengan yang hijau. Mencabut semua pokok bersama akar dan memusnahkan semuanya10.0 Penuaian Cili boleh dipetik 60 – 70 hari selepas menanam. Buah akan masak 30– 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak akan berwarna merahdan biasanya dipungut secara manual setiap empat hari sekali. Tempoh pengeluaran hasil adalah 3 – 6 bulan. Hasil cili bergantungkepada jenis kultivar yang ditanam. Peringkat yang sesuai untuk memungut hasil cili untuk kegunaan segarialah bila buah berwarna hijau tua kemerahan. Manakala bagi cili untukdiproses atau cili kering, peringkat yang sesuai untuk dipetik ialahapabila buah berwarna merah sepenuhnya. Cili dipetik dengan tanganbersama tangkainya sekali. Sebaik-baiknya kerja-kerja mengutip hasildilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah. 10.1 Pengendalian Lepas Tuai Selepas memetik, operasi pengendalian pasca tuai cili dilakukantermasuklah pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan danpembungkusan. Disamping itu, operasi tambahan yang mungkin perludilakukan adalah penyahhijauan dan perawatan air panas.
  27. 27. Penyahhijauan Penyahhijauan dilakukan pada cili yang cukup matang dengan caramendedahkannya kepada gas etilina (500 bpi) selama 24 jam padasuhu 20º – 25º celicius dengan kelembapan relatif di antara 80 – 95 %.Cara ini akan menghasilkan warna merah cili yang seragam.Penggredan Penggredan cili dilakukan secara subjektif berdasarkan warna, saiz,tahap kesegaran, tahap kecederaan mekanik dan seranga penyakitatau perosak. Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh pihak FAMA, penggredanberdasarkan warna kulit cili untuk menggambarkan tahap kematanganini boleh dilakukan menggunakan 6 Indeks Kematangan:INDEKS KETERANGAN GAMBARANKEMATANGANIndeks 1 Kulit berwarna hijau(Tidak Matang) muda. Dipasarkan sebagai cili hijauIndeks 2 Kulit berwarna hijau(Matang) tua. Keadaannya berkilat Dipasarkan sebagai cili merah.
  28. 28. Indeks 3 Kulit kelihatan(Cukup Matang) berwarna hijau dan merah ataupun hijau merah. Dipasarkan sebagai cili merah.Indeks 4 Kulit berwarna(Cukup Matang) merah kehitaman (hampir masak). Keadaan ini masih boleh diterima oleh pasaran pada peringkat runcit.Indeks 5 Kulit cili berwarna(Cukup Matang) merah sepenuhnya.Indeks 6 Kulit cili berwarna(Cukup Matang) merah kehitaman.
  29. 29. Pembungkusan Bagi pembungkusan pukal, bahan yang kukuh seperti bakul plastikyang muatannya tidak melebihi 20 kg boleh digunakan. Sementarabagi pembungkusan runcit, bahan pembungkus seperti beg politilin(plastik) , jaring plastik, beg kertas dan dulang polistirifom berbalutfilem polivinil klorid adalah sesuai.PenyimpananPra-penyejukan dengan udara dingin pada suhu 10º C bolehmenurunkan suhu asal cili ke suhu penyimpanan dalam masa 1.5 – 2.5jam. Cili segar dapat disimpan selama 3 – 6 minggu pada suhu 5º - 8ºCelcius dengan kelembapan relatif 90 – 95 % . 10.2CARTA ALIRAN PERLAKSANAAN
  30. 30. 11.0 RANCANGAN PEMASARAN Bagi mendapatkan pendapatan yang maksimum dari projek yangdilaksanakan, aspek pemasaran merupakan elemen penting yangperlu diurus dengan cekap dan berkesan. Perancangan dan analisasemasa penting untuk memastikan perlaksanaan sesuatu projekmenghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Perkaraperkarayang terlibat dalam rancangan pemasaran ini adalah :
  31. 31. 1) Analisa Pasaran2) Analisa Pesaing3) Analisa Persekitaran4) Analisa SWOT (Strenghten, Weekness, Oppurtunity and Threat)5) Strategi Pemasaran6) Pemilihan Strategi7) Faktor-faktor Kritikal Kejayaan 11.1 Masalah Pemasarana) Harga Tidak StabilKedudukan harga yang tidak stabil di mana harga ditetapkanmengikut keadaan semasa.b) Kurang Saluran PemasaranKedudukan pasaran yang luas melibatkan adanya saluran yangefektif dan berkesan. Ini akan melibatkan pemilihan saluran yangbetul bagi memastikan hasil-hasil pertanian dapat disalurkanpengguna, pemborong dan peruncit.c) Kurang Maklumat PasaranPengusaha, pengeluar atau petani yang ingin memasarkan hasilhasilpertanian, mereka perlu memastikan mendapat maklumatpasaran yang lengkap dan terkini. Mereka perlu mendapatmaklumat yang lengkap mengenai sasaran utama dan kedudukanpasaran semasa.d) Kurang PrasaranaWujudnya masalah kekurangan kemudahan seperti saluranpengakutan, bekalan elektrik, bekalan air, dan sebagainya.e) Bekalan Tidak TerjaminWujudnya saluran pemasaran yang tidak terjamin di manaberlakunya pasaran tidak ada kawalan dan sumber yang baik.
  32. 32. f) Tidak Memenuhi Kehendak PasaranTerdapat juga hasil pertanian yang tidak memenuhi kehendakpasaran semasa. Ini menyebabkan berlakunya lambakan danmengakibatkan pembaziran.g) Perlaksanaan Peraturan TertentuWujudnya peraturan-peraturan tertentu yang menghadkanpengagihan pemasaran.h) Sistem PembungkusanRamai pengeluar yang mempunyai sistem pembungkusan yangtidak menarik dan juga tidak sesuai untuk digunakan.i) PersainganPersaingan yang hebat di kalangan negara-negara pengeluar ciliyang lain.j) Kurang PendedahanPengusaha kurang pendedahan dalam pemasaran terutamanya diluar negara. 11.2 Langkah-Langkah Mengatasi Masalahi) Pendekatan konsep ”Pasaran  Pengeluaran  Pemasaran”ii) Penyebaran maklumat pasaraniii) Mempertingkatkan promosiiv) Penggunaan teknologi terkiniv) Pengwujudan industri hiliran cili
  33. 33. vi) Memperbanyakkan prasarana pemasaranvii) Perlaksanaan penguatkuasaan 11.3 Strategi Pemasaran Yang Berkesani) Berkualitiii) Jaminan pengeluaraniii) Pengendalian yang sempurnaiv) Kos pengeluaran yang minimav) Pembungkusan yang baikvi) Kecekapan operasi ladang kontrakvii) Memenuhi citarasa pembeliviii)Keberkesanan aktiviti promosiix) Rangkaian pemasaran yang terjaminx) Berdaya saingxi) Bijak mencari peluang12.0 ANGGARAN PERBELANJAANrujuk pada lampiran 113.0 STRATEGI PEMASARAN 13.1 StrategiBeberapa strategi boleh dirangka untuk meningkatkan dayasaingtanaman cili bagi pasaran tempatan dan eksport :1) Strategi ProdukBekalan yang berterusan menjadi faktor penting dalam pemasaran
  34. 34. cili domestik dan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamatpemasaran, strategi produk perlu berkualiti, menitikberatkankepada pembungkusan, penggredan dan pelabelan. Untuk pasaranjangkamasa panjang, cili Malaysia perlu melepasi standardpiawaian bagi membolehkan perluasan pasaran ke negara-negaraseperti Jepun, Taiwan, Korea, Australia, EU dan USA.2) Strategi HargaBagi pasaran domestik, harga hendaklah mampu bersaing denganproduk-produk yang diimport daripada negara jiran. Contohnya,kedudukan harga cili Thailand agak rendah di pasaran. Maka bagimenyaingi harga tersebut, kita terpaksa menurunkan harga dipasaran tempatan. Bagi pasaran eksport, strategi harga perlulahmengambil kira pasaran ”niche market” yang bercirikan produkyang unik, berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik.3) Strategi PromosiPendekatan promosi yang lebih aggresif dan berkesan perludilaksanakan di dalam dan luar negara. Kempen galakan memakansayur-sayuran tempatan dan produk-produk pertanian tempatanhendaklah diprogramkan secara berjadual sepanjang tahun. Bagipasaran luar negara, aktiviti promosi perlu melihat kepadamemperkenalkan produk dari segi uji rasa, khasiat dan carapenggunaannya.4) Strategi PengedaranSistem pengedaran yang cekap amat penting bagi memastikansemua hasil-hasil pertanian dapat dipasarkan secara meluas. Olehitu, kaedah mengurangkan kadar kerosakan selepas tuai dari segipemprosesan, penggredan, pembungkusan dan penyimpanan,perlu ditingkatkan. Pemasaran sayur-sayuran harus dilihat kepadakaedah pemborongan melalui pasar borong, institusi dan
  35. 35. pengilangan. 13.2 Strategi-Strategi Sokongan Pemasarani) Rangkaian pemasaran pemborongan dan peruncitan perludiperbanyakkan. Sistem komisyen perlu ditukarkan kepada sistemyang lebih telus seperti sistem lelongan. Perlaksanaan ini bolehdipraktikkan melalui rangkaian pesaran FAMA seperti penubuhanTerminal Makanan Negara (TEMAN) dan pasar borong baru yangtelah diprogramkan dalam Rancangan Malaysia Ke-8.ii) Rangkaian jualan terus seperti Pasar Tani perlu diperbanyakkanbagi membolehkan pengguna mendapatkan produk.iii) Mewujudkan persaingan yang sihat. Peruncitan secara ’fanchais’bagi penjualanbarang segar juga boleh diperkenalkan terutamanyadikawasan bandar.iv) Penguatkuasaan sistem penggredan,pembungkusan dan pelabelanyang dilaksanakan sejak tahun 2001, membolehkan sayur-sayurankeluaran Malaysia mempunyai standard yang tersendiri.v) Pemasaran sayuran segar cili misalnya dikuasai oleh satu termadisebabkan ciri mudah rosak dan kecekapan barangan tersebut tibadi pasaran. Perlindungan yang rapi dan sesuai perlu dipraktikkanbergantung kepada jenis sayur-sayuran yang dikeluarkan.vi) Pembungkusan pukal (bulk packaging) yang diamalkan sekarangmenggunakan bakul buluh, guni dan lain-lain yang tidak sesuai,perlu diubah. Trend permintaan pasaran yang memerlukanpembungkusan yang lebih kecil menggunakan kotak, nilon bag danbakul plastik, merupakan kaedah pembungkusan yang terbaik.
  36. 36. Cara ini lebih sesuai, mudah dikendalikan dan mengurangkanperatus kerosakan.vii) Dasar menyekat kemasukkan barangan yang tidak berkualiti bagimengelakkan lambakan sayur-sayuran di pasaran yangmenjejaskan pendapatan petani perlu dikuatkuasakan.viii)Bagi pasaran eksport, sektor udara dan laut perlu efisyen sertamenawarkan kos perkhidmatan yang kompetitif. Penyediaan ruangkargo yang mencukupi bagi pengeksportan barangan segar danmudah rosak perlu dikhaskan.ix) Sistem bayaran rebet perkhidmatan kargo udara perlulah dikaji bagimengimbangkan tanggungan kos ejen penghantaran. Galakanpelaburan kepada syarikat luar yang melabur dalam sektor sayursayuranuntuk tujuan eksport perlulah diadakan. Di samping itu,galakan untuk pelaburan semula (reverse investment) kepadasyarikat Malaysia yang melabur di luar negara untuk sayur-sayurangantian import perlu diperkenalkan.x) Pendekatan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawantani dalambidang pengeluaran, pembekalan input, pemasaran, pengangkutandan penggredan boleh dilaksanakan melalui cara berikut : Mengadakan latihan usahawantani Mengadakan insentif-insentif kepada usahawantani Mewujudkan dana dan modal pusingan Menyediakan rangkaian premis-premis perniagaan Menyediakan peluang-peluang perniagaan pelbagai bidang seperti pembekalan input, pemprosesan dan lain-lain. Menyediakan teknologi yang terkini bagi bidang-bidang yang berkesan dengan keperluan input pertanian.
  37. 37. xi) Kemajuan teknologi masa kini memerlukan perubahan carapengedaran. Pengedaran seperti e-dagang akan menjadipendekatan terbaru yang memenuhi keperluan pengguna yangmementingkan keselesaan dan gaya hidup.14.0 PEMILIHAN STRATEGIi) Berpandukan kepada penetapan hala tuju baru komoditi cili, satustrategi bersepadu perlu diwujudkan. Strategi tersebut haruslahberpandukan kepada kecekapan pemasaran yang strategik dimana ia boleh didefinasikan seperti berikut :Kecekapan Pemasaran : Kecekapan Faktor Luaran + Kecekapan Faktor Dalaman Kecekapan Faktor Dalaman : Kecekapan Pengeluaran + Kecekapan Pasaran Kecekapan Faktor Luaran = Penyelasaian kepada faktor berkaitanii) Faktor-faktor pengeluaran adalah amat penting untuk tujuanberdaya saing dan berdaya maju dalam sesuatu kemajuanpemasaran. Perkara ini boleh berhubungkait dengan kospengeluaran yang rendah dan pengeluaran yang berterusan. Faktorpenyesuaian tanah tidak menjadi halangan kepada penanaman cilidisebabkan semua tanah di Malaysia mempunyai tahap kesuburanyang baik.iii) Dalam penyelidikan menunjukkan pengeluaran per hektar Malaysiaadalah di antara yang terbaik di rantau Asia tetapi ”keeping quality”yang mencacatkan rantaian pengeluaran (supply chain).iv) Pusat jualan di Malaysia meliputi beberapa tempat yang agakstrategik di mana tedapat beberapa buah pasaraya hypermarket,supermarket, kedai runcit, pasar malam, pasar awam serta lebih
  38. 38. 280 buah gerai pasar tani. Saluran pasaran adalah agak baikdengan adanya jalan perhubungan darat yang sempurna danpelabuhan yang efisyen.v) Faktor keamanan dan kestabilan sosio politik negara amat pentingkepada perkembangan pemasaran. Malaysia boleh dikategorikansebagai sebuah negara yang selamat. Sekatan tarif akandikurangkan dengan adanyan perjanjian WTO dan perlaksanaanAFTA, Malaysia boleh diancam oleh lambakan dari negarapersekitaran terutama dari Thailand dan Indonesia.vi) Maka, Malaysia perlu memperkukuhkan prosedur ”phytosanitary”untuk kemasukkan komoditi dari negara asing. Faktor bukan tarif iniadalah senjata terbaik Malaysia untuk mengelakkan komoditi yangtidak dikelaskan untuk dimakan. Faktor ini dapat menstabilkanharga komoditi cili dan akhirnya dapat menceriakan petani danpengguna di Malaysia.vii) Oleh itu, strategi yang perlu dijelaskan ialah negara Malaysia dapatmengeluarkan komoditi cili dengan kos pengeluaran yang efisyendan kehilangan lepas tuai yang rendah serta kualiti penyimpanan(keeping quality) yang baik. Dengan ini, bolehlah dijadualkanrantaian penyaluran pengeluaran kepada pengguna.15.0 JADUAL PERLAKSANAAN 15.1 Kalender PerlaksanaanAktiviti ladang Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1. Pembersihan Kawasan 2. Penyediaan Tapak
  39. 39. 3. Penyediaan Semaian 4. Penanaman 5. Pembajaan 6. Kawalan Perosak 7. Kawalan Penyakit 8. Penyelengaraan Tanaman 9. Penuaian 10. Aktiviti Lepas Tuai 11. Jualan Dan Pemasaran 15.2 Jadual KerjaMinggu Aktiviti Cacatan-4 Penyediaan Kawasan Bagi projek yang baru bermula, kerja-kerja seperti membina jalan, perparitan, infrastruktur dan prasarana. Bagi pusingan musim seterusnya, kerja-kerja membuang sisa polibeg tanaman, membetulkan sistem fertigasi dan lainlain. Memusnahkan rumpai perumah serangga perosak
  40. 40. dan penyakit dan lain- lain-3 Penyediaan Tapak Membersihkan bumbung rumah pelindung tanaman dari kulat, lumut atau sebarang kekotoran. Membaiki apa-apa kerosakan pada struktur rumah pelindung tanaman dan lain-lain-2 Penyediaan Media Menggaul dan mengisi Tanaman media tanaman. Menyediakan campuran media dan lain-lain-1 Penyediaan Semaian Menyemai benih tanaman dalam tray semaian plug. Semburan baja dan kawalan serangga dan penyakit. Kawalan suhu, haba dan air pada media semaian0 Penanaman Memindahkan ke ladang. Menyusun polibeg ikut barisan.
  41. 41. 1 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem Pembajaan fertigasi. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat2 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem Pembajaan fertigasi. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.3 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem Pembajaan fertigasi.
  42. 42. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Buang sulur air. Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong tanaman.4 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem Pembajaan fertigasi. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Buang sulur air.
  43. 43. Penyediaan kayu / tali / dawai penyokong tanaman5 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem Pembajaan fertigasi. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.6 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem Pembajaan fertigasi. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan
  44. 44. agar tidak tersumbat.7 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem Pembajaan fertigasi. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.8 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem Pembajaan fertigasi. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit setiap hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat.9 Penyelenggaraan Agihan baja melalui Tanaman sistem
  45. 45. Pembajaan fertigasi. Kawalan Serangga Pemeriksaan rutin dan Penyakit. setiap Mula Menuai Hasil hari terhadap tanaman untuk mengesan serangan serangga perosak dan penyakit. Periksaan rutin harian mata penitis sistem pengairan agar tidak tersumbat. Mula menuai hasil, selepas 60 hari cili mula masak10 Menuai Hasil, Memetik cili Lepas Tuai Membersih, Jualan dan membungkus, Pemasaran menggred. Pengedaran kepada pemborong. Jualan terus.11 Menuai Hasil, Memetik cili Lepas Tuai Membersih, Jualan dan membungkus, Pemasaran menggred. Pengedaran kepada pemborong. Jualan terus.12 Menuai Hasil, Memetik cili peringkat Lepas Tuai akhir Jualan dan Membersih,
  46. 46. Pemasaran membungkus, menggred. Pengedaran kepada pemborong. Jualan terus16.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, projek tanaman cili secara kaedah fertigasi ini mampumemberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahannya dalam jangka masapanjang. Walaupun kos permulaan yang tinggi bagi pembangunan infastruktur kenaikkankos bahan input seperti baja dan racun dan kenaikkan kos operasi disebabkan olehkenaikkan harga bahan api baru-baru ini, namum ia dapat diseimbangkan denganpeningkatan harga bagi cili di pasaran. Permintaan yang tinggi dari pengguna di sektor industri, isi rumah dan institusiserta faktor kekurangan bekalan cili yang tinggi di pasaran, masih menunjukkankedayamajuan yang relevan bagi projek ini walaupun adanya pertambahan pesaingdomestik oleh sebab peningkatan bilangan pengusahan tanaman cili di Malaysia. Dengan mengambilkira faktor semasa di bantu oleh kakitangan pengurusan yangmahir dan berpengalaman dalam bidang ini, pihak kami yakin dan percaya bahawaprojek ini adalah berdaya maju dan mampu memberi keuntungan yang lumayan dalamjangka masa panjang.
  47. 47. 17.0 RujukanFAMA, (1990). Pengendalian Lepas Tuai Sayur- Sayuran. Nota Kursus No.7. Kuala Lumpur : FAMA.Jabatan Pertanian, (1985). Tomato Tanah Pamah. Risalah Pertanian Bil. 6. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.MARDI, (1990). Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran. Kuala Lumpur : MARDIVimala P. Dan S.K. Chan, (1990) Tanah dan Pembajaan. Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran, Kuala Lumpur : MARDI.Jabatan Pertanian, (1995). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung Malaysia 1994. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
  48. 48. 18.0 Lampiran
  49. 49. Disediakan oleh, Disemak oleh,
  50. 50. …………………………………………..………………………………………….. (MOHAMAD AIDIL BIN OTHMAN)(MOHAMAD FAIZ BIN DAMANHURI) .Setiausaha Projek Tanaman Cili,PISMP Sem 2 RBT 2,IPG Kampus Tun Hussein OnnBatu Pahat, Johor.

×