SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
PEMARKAHAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
SEMESTER 1 SESI 2013/2014
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)
( CMP2011 )
CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
MOHAMMED KHOUDREY BIN ABD HAMID D055735
PUSAT PEMBELAJARAN: GROUP UPSI45 (A131PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Mohd Azam bin Sulong
TARIKH SERAH: 30 / 11/ 2013
PERANCANGAN AKTIVITI
KOKURIKULUM
(KERTAS KERJA)
KERTAS KERJA
PROGRAM KHATAN
BERJEMAAH
19 OKTOBER 2013
SK KABOGAN, SEMPORNA
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KHATAN
BERJEMA’AH
1434 HIJRAH
PENDAHULUAN
Ini adalah mukadimah kepada cadangan ahli panitia Pendidikan Islam SK
Kabogan, Semporna dengan kerjasama PIBG SK Kabogan, Semporna untuk
mengadakan Majlis Khatan Berjemaah yang julung kali diadakan khusus bagi
membantu murid-murid tahun enam khususnya yang beragama Islam.
Kajian sains membuktikan bahawa amalan berkhatan ini merupakan salah
satu ciri yang dapat membantu tumbesaran kanak-kanak selain daripada beberapa
hikmah kesihatan lain yang memang jelas membuktikan amalan berkhatan ini
mampu untuk mengelakkan penyakit terutamanya yang berkaitan dengan alat
kelamin. Usaha ini juga adalah untuk mengembangkann syiar islam di kalangan
warga SK Kabogan, Semporna dan penduduk kampong sekitar sekolah. Hal ini
selaras dengan tuntutan agama Islam yang menuntut setiap umatnya untuk
berkhatan.
Selain itu, tujuan lain program ini ialah untuk membantu meringankan beban
ibubapa dan penjaga dalam melaksanakan tuntutan ini ke atas anak-anak mereka
memandangkan kos semasa melakukan amalan berkhatan ini agak tinggi.
Adalah diharapkan dengan usahal ini akan mendapat rahmat dan keizinan
Allah bagi menjayakan pelaksanaannya sekaligus mendapat sokongan dan juga
kerjasama yang padu daripada semua pihak. InsyaAllah.
OBJEKTIF
1) Melaksanakan tuntutan agama yang mewajibkan setiap umatnya
menjalankan kewajipan ini apabila tiba masanya..
2) Memastikan murid-murid lelaki sekolah ini sedia menjalani kewajipan ini.
3) Membantu meringankan bebanan ibu bapa dan penjaga kerana program ini
menawarkan kos yang sangat rendah.
4) Mengeratkan silaturrahim di antara pemimpin masyarakat, warga sekolah dengan
penduduk kampung seluruhnya.
Murid-murid lelaki SK Kabogan, Semporna yang berumur 12 tahun.
BUTIRAN AM
KUMPULAN SASARAN
Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : SK Kabogan, Semporna
Sasaran peserta : 20 orang
"Berkhatan Kunci Kesihatan Muslim Sejati"
(Rujuk lampiran A)
(Rujuk lampiran B)
(Rujuk lampiran C)
(Rujuk lampiran D)
TEMA PROGRAM
JAWATANKUASA PELAKSANA
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
TENTATIF PROGRAM
CADANGAN PERBELANJAAN
PENUTUP
Diharap program ini akan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga titik peluh dan
usaha yang tidak seberapa dalam menjayakan program ini akan mendapat
keredhaan dan ganjaran daripada Allah SWT.
‘BERKHATAN KUNCI KESIHATAN MUSLIM SEJATI”
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
____________________________ __________________________
(M. KHOUDREY HJ. ABD HAMID) (UST BAHAIZURKI HJ BAHAROM)
SETIAUSAHA PROGRAM. KETUA PANITIA PENDIDIKAN
PROG. KHATAN BERJEMAAH ISLAM SK KABOGAN, SEMPORNA.
Disahkan Oleh,
___________________________
(EN. ABDUL SAID BIN ABD JALIL)
GURU BESAR,
SK KABOGAN, SEMPORNA
LAMPIRAN A
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Encik Abdul Said bin Abd Jalil
Guru Besar SK Kabogan, Semporna
Pengerusi : Puan Hajah Noraisyah bt Haji Arajul
Penolong Kanan Kokurikulum SK Kabogan Semporna.
Penyelaras Program : Ustaz Bahaizurki bin Haji Baharom
Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Kabogan.
Setiausaha :Ustaz Mohammed Khudrey b. Hj Abdul Hamid.
Bendahari : Ustazah Norisah Haji Asanullah
Unit Buku Program : Encik Mustapa bin Haji Bariuh
Unit Pengangkutan : Encik Masama bin Haji Zaidani
: Encik Nadzri bin Atoh
Unit Disiplin dan : Encik Basri bin Manado
Kebajikan
Unit Peralatan : Ustaz Zurlim bin Isnani
& Teknikal Encik Rahmod bin Zainal
Unit Urusetia Pendaftaran : Ustazah Hasliza Bt Said
Unit Jamuan : Puan Nekmah bt Haji Abdul Samad
: Puan Fatimaya bt Haji Sabardin
Unit Cenderahati : Cik Nurul Asyikin bt Ahmad
: Ustazah Hazwani bt Mat
Unit Publisiti : Encik Mahadir bin Sanani
Encik Abdul Nasip bin Haji Abdullah
Unit Dekorasi : Encik Eshak bin Haji Ibrahim
Special Task / Fotografi : Encik Eskolali bin Haji Ali
LAMPIRAN B
LAMPIRAN B
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
1) Pengerusi
• Membentuk jawatankuasa pelaksana
• Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat pelaksana
2) Naib Pengerusi
• Membantu pengerusi
• Mengendali dan mempengerusikan mesyuarat pelaksana semasa ketiadaan
pengerusi
3) Penyelaras Program
• Menjadi penasihat kepada ahli jawatankuasa
• Membantu melicinkan proses perjalanan program
4) Setiausaha
• Menguruskan surat menyurat
• Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
• Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
• Mengeluarkan surat kebenaran ibubapa
• Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
5) Bendahari
• Menyediakan anggaran perbelanjaan
• Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
• Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
• Menyediakan laporan perbelanjaan
6) Unit Buku Program
• Menyediakan buku program serta aturcara majlis
• Membuat penyelarasan untuk setiap acara yang dijalankan
7) Unit Publisiti
• Membuat kain rentang dan juga poster promosi program.
8) Unit Pengangkutan
• Menyediakan pengangkutan peserta dari sekolah ke rumah (jika perlu)
9) Unit Disiplin dan Kebajikan
• Memastikan disiplin murid dan juga para peserta terkawal.
• Menjaga kebajikan peserta program.
10) Unit Peralatan dan Teknikal
• Menyediakan peralatan yang berkaitan.
• Membantu melicinkan perjalanan program dengan penyelarasan dari segi
teknikal dan juga “last minute adjustment” (cth: dewan khatan/meja/kerusi)
11) Unit Urusetia Pendaftaran
• Mendaftarkan peserta pada hari program
• Memberikan taklimat dan penerangan ringkas mengenai aturcara majlis
12) Unit Jamuan
• Menyediakan bajet untuk makanan pada hari program
• Mengurus selia agihan makanan/jamuan
13) Unit Cenderahati
• Merangka bajet untuk penyediaan cenderahati kepada para peserta dan tok
mudim
• Membuat kerja-kerja pembelian dan pembungkusan hadiah (cth: kain sarung
dsb)
14) Unit Dekorasi
• Menyediakan keperluan perarakan seperti bunga manggar dan juga bunga
telur untuk para peserta.
• Menghias dewan khatan
15) Unit Special Task / Fotografi
• Sebagai back-up kepada mana-mana unit yang memerlukan bantuan
• Mengambil gambar / video pada hari program.
TENTATIF PROGRAM
19 OKTOBER 2013 (SABTU)
7.00-7.30 PAGI : PENDAFTARAN
7.30-8.30 PAGI : JAMUAN MAKAN PESERTA
: BACAAN DOA SELAMAT & SESI TAKLIMAT
: PERARAKAN PESERTA KE DEWAN KHATAN
8.30-12.30 TGHR : ACARA BERKHATAN
12.30-1.00 TGHR : SOLAT ZUHUR
12.45-1.30 PTG : ACARA PENUTUP & PENYAMPAIAN CENDERAHATI
: JAMUAN
2.00 PTG : MAJLIS DIJANGKA BERSURAI
LAMPIRAN C
LAMPIRAN C
A) BELANJAWAN PROGRAM
1. CENDERAHATI :
- TOK MUDIM & PEMBANTU & PERASMI RM 100.00
- PESERTA (20 x RM 20) RM 400.00
2. PERALATAN :
- TELUR (2 KOTAK) RM 20.00
- BUNGA TELUR (x100) RM 100.00
- BUNGA MANGGAR RM 20.00
- KAIN RENTANG RM 10.00
- TANDA NAMA RM 30.00
- BAHAN CETAK RM 50.00
3. JAMUAN
- 150 ORANG x RM 5 RM 750.00
- MINUMAN KOTAK RM 100.00
4. AWASAN (LAIN-LAIN) RM 220.00
JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 1600.00
B) SUMBER KEWANGAN
1) YURAN PESERTA (20 x RM20) RM 400.00
2) WANG PANITIA PEND. ISLAM RM 200.00
3) SUMBANGAN LUAR RM 1200.00
JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN RM 2000.00
LAMPIRAN D
LAMPIRAN D
SENARAI NAMA
PESERTA
SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM KHATAN BERJEMAAH
TAHUN 2013 / 1434M
BIL NAMA PESERTA UMUR NO. SURAT BERANAK
01. ABDUL MUIZZ BIN JULISMU 12 TAHUN SB041325
02. ABDUL SIDDIK BIN ISMULAH 12 TAHUN SB1120127
03. AHMAD NAZIM BIN ILLING 12 TAHUN SB041867
04. AL NAJERH BIN ABDUL NASHRI 12 TAHUN SB051972
05. ARKAM BIN ARSIR 12 TAHUN SB041917
06. AYUB BIN MANAP 12 TAHUN SB120655
07. AZMIL BIN ABDUL SALAM 12 TAHUN SB052161
08. FIRDAUS BIN MOKHTAR 12 TAHUN SB041658
09. HASLAM BIN NASIR 12 TAHUN SB041735
10. JUL AHMAD BIN JUNAIB 12 TAHUN SB034333
11. KAMARUDDIN BIN AMSANI 12 TAHUN SB052579
12. lAMURSALIH BIN JALBARA 12 TAHUN SB350779
13. MANSHAH BIN ABDUL NAIN 12 TAHUN SB052719
14. MOHAMAD RIZAL BIN MELHAM 12 TAHUN SB041433
15. MOHAMMAD RIZAL BIN JULKIFLI 12 TAHUN SB626963
16. MOHD ARIF BIN ASMEN 12 TAHUN SB120247
17. MOHD AZMAR BIN MOHD SANI 12 TAHUN SB052537
18. MOHD AZRI BIN MOHD HASSIM 12 TAHUN SB052742
19. MOHD RAFIZAL BIN KIMAL 12 TAHUN SB041608
20. MOHD ZUFAR HALIM BIN GASPAR 12 TAHUN SB025780
SURAT - MENYURAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN
PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH
Tel : 089-786 807 XBA 3306
Ruj Tuan :
Ruj Kami : XBA 3306/700/
Tarikh : 8hb OKTOBER 2013
Kepada;
--------------------------------------
MESYUARAT AJK PELAKSANA PROGRAM BERKHATAN BERJEMAAAH
PERINGKAT SK KABOGAN, SEMPORNA.
Dengan takzim dan hormat.
02. Untuk makluman, ahli jawatankuasa telah berbincang dan bercadang
mengadakan Program Berkhatan Berjemaah peringkat SK Kabogan, Semporna.
.
03. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat pada
ketetapan berikut;
Tempat : Bilik Guru
Tarikh : 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
04. Agenda mesyuarat ;
4.1. Ucapan Pengerusi
4.2. Pembentukan AJK Pelaksana
4.3. Membincangkan Aktiviti program
4.4. Membincangkan bajet
4.5. Hal-hal lain
05. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan diucapkan
ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan amanah
.……………………………………..
(MOHAMMED KHOUDREY ABD HAMID)
Setiausaha Program Khatan Berjemaah
SK Kabogan Semporna.
sk. fail.
SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN
PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH
Tel : 089-786 807 XBA 3306
Ruj Tuan :
Ruj Kami : XBA 3306/700/
Tarikh : 8hb OKTOBER 2013
Kepada ;
Tuan Haji Abdul Menang bin Haji Osman,
Mantan Pegawai Pelajaran Daerah,
Semporna.
Melalui ;
Tuan Guru Besar,
SK Kabogan Semporna, Sabah.
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KHATAN BERJEMAAH PERINGKAT
SK KABOGAN SEMPORNA.
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Untuk makluman tuan, SK Kabogan akan mengadakan Program Khatan
Berjemaah untuk anak-anak murid SK Kabogan Semporna.
03. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum sekolah bercadang untuk membantu
ibu bapa dan penjaga bagi tujuan memudahcara dan meningkatkan kesedaran tentang
kebersihan dalam islam. Bagi menjayakan hasrat tersebut unit Kokurikulum memohon
jasa baik tuan memberi sumbangan untuk tujuan tersebut.
04. Segala jasa baik dan keprihatinan tuan dalam membantu kecemerlangan SK
Kabogan dan meninggikan syiar islam amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………….
HAJAH NORAISYAH BT HAJI AJIRUL
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kabogan,
Semporna.
sk. : Fail
SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN
PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH
Tel : 089-786 807 XBA 3306
Ruj Tuan :
Ruj Kami : XBA 3306/700/
Tarikh : 8hb OKTOBER 2013
Kepada ;
Dato Seri Haji Mohd Syafie bin Haji Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia
Merangkap ahli Parlimen P.189, Semporna
Melalui ;
Tuan Guru Besar,
SK Kabogan Semporna, Sabah.
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KHATAN BERJEMAAH PERINGKAT
SK KABOGAN SEMPORNA.
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Untuk makluman YB Dato Seri, SK Kabogan bercadang mengadakan Program
Khatan Berjemaah untuk anak-anak murid SK Kabogan Semporna.
03. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum sekolah bercadang untuk membantu
ibu bapa dan penjaga bagi tujuan memudahcara dan meningkatkan kesedaran tentang
kebersihan dalam islam. Bagi menjayakan hasrat tersebut unit Kokurikulum memohon
jasa baik YB Dato Seri memberi sumbangan untuk tujuan tersebut.
04. Segala jasa baik dan keprihatinan YB Dato Seri dalam membantu
kecemerlangan SK Kabogan dan meninggikan syiar islam amatlah dihargai dan
diucapkan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………….
HAJAH NORAISYAH BT HAJI AJIRUL
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kabogan,
Semporna.
sk. : Fail
SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN
PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH
Tel : 089-786 807 XBA 3306
Ruj Tuan :
Ruj Kami : XBA 3306/700/
Tarikh : 8hb OKTOBER 2013
Kepada ;
Ibubapa/penjaga Murid Tahun Enam
Nama Murid : ……………………….
Kelas : ……………………….
MAKLUMAN DAN JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM KHATAN
BERJEMAAH PERINGKAT SK KABOGAN SEMPORNA.
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Untuk makluman tuan/puan, SK Kabogan bercadang mengadakan Program
Khatan Berjemaah untuk anak-anak murid SK Kabogan Semporna.
03. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum sekolah bercadang untuk
memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga, murid bernama …………………………….
Untuk menyertai program ini pada ketetapan seperti berikut;
Tempat : SK Kabogan
Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 7.30 Pagi (Pendaftaran)
04. Justeru, adalah diharapkan tuan/puan dapat memberikan keizinan dan
membawa naka tuan/puan untuk hadir ke sekolah pada masa dan tarikh yang
ditetapkan. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………………….
HAJAH NORAISYAH BT HAJI AJIRUL
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Kabogan,
Semporna.
sk. : Fail
Lampiran : MINIT MESYUARAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN
PETI SURAT 95,
91309 SEMPORNA, SABAH
TEL : 089-786 223 XBA 3306
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : SKKS/XBA3306/PPI/ ( 01 )
Tarikh : 05hb Oktober 2013
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
(PROGRAM KHATAN BERJEMAAH)
Tarikh : 05hb. Oktober 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Guru
Agenda Mesyuarat:-
1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentukan AJK Pelaksana
3. Membincangkan Aktiviti program
4. Membincangkan bajet
5. Hal-hal lain
Kehadiran :
Semua guru dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) hadir.
Tidak Hadir :
1. Ustazah Sorhani bt. Abdullah (cuti bersalin)
1.1 - Ucapan Pengerusi ( Guru Besar– En Mohd Said bin Haji Abdul Jalil )
- Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan kata-kata aluan
kepada semua sidang yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini
adalah menjurus kepada aktiviti yang dirancang iaitu Program Khatan Berjemaah
peringkat sekolah. Selain itu, pembentukan AJK pelaksana baru serta perancangan
aktiviti dalam program ini. Di akhir ucapan, beliau menyeru semua sidang yang hadir
memberi idea dan pandangan yang bernas untuk dikongsi bersama sepanjang
mesyuarat ini dijalankan. Beliau juga menggesa semua sidang member kerjasama bagi
merealisasikan program ini.
1.2.1. - Pembentukan AJK Pelaksana Program Khatan Berjemaah 2013
1.2.2. Pengerusi membacakan cadangan yang telah dibincangkan bersama guru dan
kakitangan terlibat. Beliau bertanya pandangan sidang mesyuarat dan secara dasarnya
semua sidang akur dan bersetuju dengan cadangan jawatan yang bakal disandang.
2.1 - Membincangkan Aktiviti/Program
2.1.1. Pengerusi menyeru kepada sidang supaya dapat memberi cadangan yang
bernas untuk dikongsi bersama dalam membincangkan aktiviti atau program anjuran
Panitia Pendidikan Islam untuk dilaksanakan ini.
2.1.2 Ustazah Norhafizah bt Hasan mencadangkan supaya aktiviti-aktiviti lebih
difokuskan kepada murid yang terlibat berkhatan seperti bacaan selawat. Perarakan
bunga manggar.
2.1.3 Menurut cikgu Mustapa bin Bariuh, semua program/aktiviti yang terdapat dalam
program ini perlu dilaksanakan dengan baik. Beliau menyeru rakan-rakan lain
membantu untuk menjayakan program ini. Beliau mencadangkan agar AJK
pengangkutan ditambah untuk melicinkan lagi perjalanan program.
2.1.4. Cadangan dari cikgu Nazri bin Atoh, memandangkan program/aktiviti ini turut
melibatkan semua kakitangan yang lain dan memerlukan perbelanjaan tinggi, maka
beliau berpendapat agar panitia memohon sumbangan dari golongan VIP dan hal ini
perlu perbincangan bersama tuan Guru Besar atau kepada Penolong Kanan Kurikulum.
Tindakan : Ketua Panitia
3.5.4 Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa memberi pandangan bahawa selain
program/aktiviti yang terdapat dalam takwim panitia juga perlu memandang dan
mencadangkan aktiviti tambahan yang bersesuaian seperti persembahan nasyid dan
marhaban.
3.5.5. Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid menyatakan PA Sistem sekolah yang
berada dalam keadaan baik agar aktiviti berjalan lancar.
Tindakan : Makluman
3.6 - Hal-hal Lain
3.6.1 Pengerusi mengharapkan agar semua aktiviti untuk program kali ini yang telah
dibincangkan pada mesyuarat ini dapat dilaksanakan dan dicapai mengikut objektif
yang disasarkan. Menurut beliau, bajet juga memainkan peranan yang penting dalam
menjayakan sesebuah aktiviti. Tanpa bajet yang mencukupi, segala aktiviti yang
dirancang agak sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya.
Tindakan : Makluman
Penutup
- Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang yang hadir. Harapan
beliau agar guru-guru dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang
diamanahkan supaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
*** Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.
Sekian,terima kasih.
“TERUS MENABUR BAKTI ”
Pencatat Minit,
.....…………………….…….........…………..
( MOHAMMED KHOUDREY ABD HAMID )
Setiausaha Program Khatan Berjemaah,
SK Kabogan,
Semporna, SABAH
Disahkan oleh,
…………………………………………........
( EN. MOHD SAID BIN HAJI ABD JALIL )
Guru Besar,
SK Kabogan,
Semporna, SABAH
s.k -Fail

More Related Content

What's hot

Surat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaanSurat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaan
bba5011
 
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafikSurat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Jai Amirulmukmin
 
Kertas kerja hari raya korban sk perian
Kertas kerja hari raya korban sk perianKertas kerja hari raya korban sk perian
Kertas kerja hari raya korban sk perian
IPGM_KDRI
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbang
SK Shah Alam
 
Laporan penuh postmortem love
Laporan penuh postmortem   loveLaporan penuh postmortem   love
Laporan penuh postmortem love
masbajury
 
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Mohd Zaki
 
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbruKertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Abdullah Musa
 
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolahKertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
Pensil Dan Pemadam
 

What's hot (20)

Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
Surat mohon sumbangan ihya' ramadhan 2013
 
Surat sponsor
Surat sponsorSurat sponsor
Surat sponsor
 
Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011Kertas kerja lawatan prs 2011
Kertas kerja lawatan prs 2011
 
Surat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaanSurat minta sumbangan untuk keceriaan
Surat minta sumbangan untuk keceriaan
 
Surat mohon sumbangan
Surat mohon sumbanganSurat mohon sumbangan
Surat mohon sumbangan
 
Laporan sukan rakyat
Laporan sukan rakyatLaporan sukan rakyat
Laporan sukan rakyat
 
Surat memohon sumbangan khatam.2015
Surat memohon sumbangan khatam.2015Surat memohon sumbangan khatam.2015
Surat memohon sumbangan khatam.2015
 
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafikSurat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
Surat kepada polis pohon kawalan keselamatan dan trafik
 
Kertas kerja hari raya korban sk perian
Kertas kerja hari raya korban sk perianKertas kerja hari raya korban sk perian
Kertas kerja hari raya korban sk perian
 
Surat sumbangan sukan
Surat sumbangan sukanSurat sumbangan sukan
Surat sumbangan sukan
 
Surat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibgSurat mohon sumbangan pibg
Surat mohon sumbangan pibg
 
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbang
 
Surat Jemputan PPD | Merentas Desa
Surat Jemputan PPD | Merentas DesaSurat Jemputan PPD | Merentas Desa
Surat Jemputan PPD | Merentas Desa
 
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skklKertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
 
Laporan penuh postmortem love
Laporan penuh postmortem   loveLaporan penuh postmortem   love
Laporan penuh postmortem love
 
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
 
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbruKertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
Kertas kerja penganjuran karnival sukan rakyat 2011 fbru
 
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
 
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolahKertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
 

Similar to Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah

TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis KhatanTUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
Khudrey Hamid
 
New paperwork of geology family day 2012 2013 (1)
New paperwork of geology family day 2012 2013 (1)New paperwork of geology family day 2012 2013 (1)
New paperwork of geology family day 2012 2013 (1)
azman94
 
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkbKertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Bazli Hj Azizan
 
Kertas kerja kem membaca 1 malaysia 2013
Kertas kerja kem membaca 1 malaysia 2013Kertas kerja kem membaca 1 malaysia 2013
Kertas kerja kem membaca 1 malaysia 2013
Latifah Bahari
 
Kertas kerja hari guru skbt 2018
Kertas kerja hari guru skbt 2018Kertas kerja hari guru skbt 2018
Kertas kerja hari guru skbt 2018
Nor Azlina
 
Kertas kerja gerko 1
Kertas kerja gerko 1Kertas kerja gerko 1
Kertas kerja gerko 1
Adilah Kadir
 
Kertas kerja majlis hari raya 2018
Kertas kerja majlis hari raya 2018Kertas kerja majlis hari raya 2018
Kertas kerja majlis hari raya 2018
Syahir Abdullah
 

Similar to Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah (20)

TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis KhatanTUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
TUGASAN KOKUM Kertas kerja Majlis Khatan
 
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolah
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolahcontoh kertas kerja majlis apresiasi sekolah
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolah
 
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docx
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docxKERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docx
KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA.docx
 
New paperwork of geology family day 2012 2013 (1)
New paperwork of geology family day 2012 2013 (1)New paperwork of geology family day 2012 2013 (1)
New paperwork of geology family day 2012 2013 (1)
 
Tugasan 1 (b) Hari Kantin
Tugasan 1 (b) Hari KantinTugasan 1 (b) Hari Kantin
Tugasan 1 (b) Hari Kantin
 
KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2022.docx
KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2022.docxKERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2022.docx
KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2022.docx
 
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
Kertas Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah IPG 2021
 
Big gotong royong abang
Big gotong royong abangBig gotong royong abang
Big gotong royong abang
 
Kertas kerja hari kanak kanak 2018
Kertas kerja hari kanak kanak  2018Kertas kerja hari kanak kanak  2018
Kertas kerja hari kanak kanak 2018
 
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkbKertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
Kertas kerja majlis jamuan akhir tahun anjuran kelab guru.skkb
 
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOTProjek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT
 
Kit 2016
Kit 2016Kit 2016
Kit 2016
 
Kertaskerjaperkhemahan
KertaskerjaperkhemahanKertaskerjaperkhemahan
Kertaskerjaperkhemahan
 
Kertas kerja perkhemahan 2016 (2) (recovered) (1)
Kertas kerja perkhemahan 2016 (2) (recovered) (1)Kertas kerja perkhemahan 2016 (2) (recovered) (1)
Kertas kerja perkhemahan 2016 (2) (recovered) (1)
 
Kertas kerja kem membaca 1 malaysia 2013
Kertas kerja kem membaca 1 malaysia 2013Kertas kerja kem membaca 1 malaysia 2013
Kertas kerja kem membaca 1 malaysia 2013
 
Kertas kerja hari guru skbt 2018
Kertas kerja hari guru skbt 2018Kertas kerja hari guru skbt 2018
Kertas kerja hari guru skbt 2018
 
Kertas kerja gerko 1
Kertas kerja gerko 1Kertas kerja gerko 1
Kertas kerja gerko 1
 
Big sayangi kaw sek anda sem 4
Big sayangi kaw sek anda sem 4Big sayangi kaw sek anda sem 4
Big sayangi kaw sek anda sem 4
 
Kertas kerja majlis hari raya 2018
Kertas kerja majlis hari raya 2018Kertas kerja majlis hari raya 2018
Kertas kerja majlis hari raya 2018
 
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docx
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docxKERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docx
KERTAS CADANGAN BULAN MERDEKA 2022.docx
 

More from Khudrey Hamid (12)

Maal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 HMaal hijrah 2018/1440 H
Maal hijrah 2018/1440 H
 
Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018Kertas kerja pasca upsr 2018
Kertas kerja pasca upsr 2018
 
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
dskp pi kssr tahun 5 julai 2014
 
Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014Taqwim pai sk kabogan 2014
Taqwim pai sk kabogan 2014
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
Tugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quranTugasan 1 Ilmu2 quran
Tugasan 1 Ilmu2 quran
 
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
Bahasa arab HIB 3023 FORUM 3
 
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
HIB 3023-Penulisan Bahasa arab (hidupku siang dan malam)
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4 DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM KSSR THN 4
 
DSKP umum tahun 4
DSKP umum tahun 4DSKP umum tahun 4
DSKP umum tahun 4
 
Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013Tugasan 1 kbk 3073 2013
Tugasan 1 kbk 3073 2013
 
Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012Minit mesyuarat pai 2012
Minit mesyuarat pai 2012
 

Recently uploaded

Recently uploaded (6)

Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 

Kertas kerja khatan sk kabogan semporna sabah

  • 1. PEMARKAHAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA SEMESTER 1 SESI 2013/2014 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ) ( CMP2011 ) CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MOHAMMED KHOUDREY BIN ABD HAMID D055735 PUSAT PEMBELAJARAN: GROUP UPSI45 (A131PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Mohd Azam bin Sulong TARIKH SERAH: 30 / 11/ 2013 PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KERTAS KERJA)
  • 2. KERTAS KERJA PROGRAM KHATAN BERJEMAAH 19 OKTOBER 2013 SK KABOGAN, SEMPORNA Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM KHATAN BERJEMA’AH 1434 HIJRAH PENDAHULUAN
  • 3. Ini adalah mukadimah kepada cadangan ahli panitia Pendidikan Islam SK Kabogan, Semporna dengan kerjasama PIBG SK Kabogan, Semporna untuk mengadakan Majlis Khatan Berjemaah yang julung kali diadakan khusus bagi membantu murid-murid tahun enam khususnya yang beragama Islam. Kajian sains membuktikan bahawa amalan berkhatan ini merupakan salah satu ciri yang dapat membantu tumbesaran kanak-kanak selain daripada beberapa hikmah kesihatan lain yang memang jelas membuktikan amalan berkhatan ini mampu untuk mengelakkan penyakit terutamanya yang berkaitan dengan alat kelamin. Usaha ini juga adalah untuk mengembangkann syiar islam di kalangan warga SK Kabogan, Semporna dan penduduk kampong sekitar sekolah. Hal ini selaras dengan tuntutan agama Islam yang menuntut setiap umatnya untuk berkhatan. Selain itu, tujuan lain program ini ialah untuk membantu meringankan beban ibubapa dan penjaga dalam melaksanakan tuntutan ini ke atas anak-anak mereka memandangkan kos semasa melakukan amalan berkhatan ini agak tinggi. Adalah diharapkan dengan usahal ini akan mendapat rahmat dan keizinan Allah bagi menjayakan pelaksanaannya sekaligus mendapat sokongan dan juga kerjasama yang padu daripada semua pihak. InsyaAllah. OBJEKTIF
  • 4. 1) Melaksanakan tuntutan agama yang mewajibkan setiap umatnya menjalankan kewajipan ini apabila tiba masanya.. 2) Memastikan murid-murid lelaki sekolah ini sedia menjalani kewajipan ini. 3) Membantu meringankan bebanan ibu bapa dan penjaga kerana program ini menawarkan kos yang sangat rendah. 4) Mengeratkan silaturrahim di antara pemimpin masyarakat, warga sekolah dengan penduduk kampung seluruhnya. Murid-murid lelaki SK Kabogan, Semporna yang berumur 12 tahun. BUTIRAN AM KUMPULAN SASARAN
  • 5. Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi – 2.00 petang Tempat : SK Kabogan, Semporna Sasaran peserta : 20 orang "Berkhatan Kunci Kesihatan Muslim Sejati" (Rujuk lampiran A) (Rujuk lampiran B) (Rujuk lampiran C) (Rujuk lampiran D) TEMA PROGRAM JAWATANKUASA PELAKSANA BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA TENTATIF PROGRAM CADANGAN PERBELANJAAN PENUTUP
  • 6. Diharap program ini akan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga titik peluh dan usaha yang tidak seberapa dalam menjayakan program ini akan mendapat keredhaan dan ganjaran daripada Allah SWT. ‘BERKHATAN KUNCI KESIHATAN MUSLIM SEJATI” Disediakan oleh, Disemak Oleh, ____________________________ __________________________ (M. KHOUDREY HJ. ABD HAMID) (UST BAHAIZURKI HJ BAHAROM) SETIAUSAHA PROGRAM. KETUA PANITIA PENDIDIKAN PROG. KHATAN BERJEMAAH ISLAM SK KABOGAN, SEMPORNA. Disahkan Oleh, ___________________________ (EN. ABDUL SAID BIN ABD JALIL) GURU BESAR, SK KABOGAN, SEMPORNA LAMPIRAN A LAMPIRAN A
  • 7. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : Encik Abdul Said bin Abd Jalil Guru Besar SK Kabogan, Semporna Pengerusi : Puan Hajah Noraisyah bt Haji Arajul Penolong Kanan Kokurikulum SK Kabogan Semporna. Penyelaras Program : Ustaz Bahaizurki bin Haji Baharom Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Kabogan. Setiausaha :Ustaz Mohammed Khudrey b. Hj Abdul Hamid. Bendahari : Ustazah Norisah Haji Asanullah Unit Buku Program : Encik Mustapa bin Haji Bariuh Unit Pengangkutan : Encik Masama bin Haji Zaidani : Encik Nadzri bin Atoh Unit Disiplin dan : Encik Basri bin Manado Kebajikan Unit Peralatan : Ustaz Zurlim bin Isnani & Teknikal Encik Rahmod bin Zainal Unit Urusetia Pendaftaran : Ustazah Hasliza Bt Said Unit Jamuan : Puan Nekmah bt Haji Abdul Samad : Puan Fatimaya bt Haji Sabardin Unit Cenderahati : Cik Nurul Asyikin bt Ahmad : Ustazah Hazwani bt Mat Unit Publisiti : Encik Mahadir bin Sanani Encik Abdul Nasip bin Haji Abdullah Unit Dekorasi : Encik Eshak bin Haji Ibrahim Special Task / Fotografi : Encik Eskolali bin Haji Ali LAMPIRAN B LAMPIRAN B
  • 8. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA 1) Pengerusi • Membentuk jawatankuasa pelaksana • Mempengerusikan dan mengendalikan mesyuarat pelaksana 2) Naib Pengerusi • Membantu pengerusi • Mengendali dan mempengerusikan mesyuarat pelaksana semasa ketiadaan pengerusi 3) Penyelaras Program • Menjadi penasihat kepada ahli jawatankuasa • Membantu melicinkan proses perjalanan program 4) Setiausaha • Menguruskan surat menyurat • Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program • Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat • Mengeluarkan surat kebenaran ibubapa • Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program 5) Bendahari • Menyediakan anggaran perbelanjaan • Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa • Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan • Menyediakan laporan perbelanjaan 6) Unit Buku Program • Menyediakan buku program serta aturcara majlis
  • 9. • Membuat penyelarasan untuk setiap acara yang dijalankan 7) Unit Publisiti • Membuat kain rentang dan juga poster promosi program. 8) Unit Pengangkutan • Menyediakan pengangkutan peserta dari sekolah ke rumah (jika perlu) 9) Unit Disiplin dan Kebajikan • Memastikan disiplin murid dan juga para peserta terkawal. • Menjaga kebajikan peserta program. 10) Unit Peralatan dan Teknikal • Menyediakan peralatan yang berkaitan. • Membantu melicinkan perjalanan program dengan penyelarasan dari segi teknikal dan juga “last minute adjustment” (cth: dewan khatan/meja/kerusi) 11) Unit Urusetia Pendaftaran • Mendaftarkan peserta pada hari program • Memberikan taklimat dan penerangan ringkas mengenai aturcara majlis 12) Unit Jamuan • Menyediakan bajet untuk makanan pada hari program • Mengurus selia agihan makanan/jamuan 13) Unit Cenderahati • Merangka bajet untuk penyediaan cenderahati kepada para peserta dan tok mudim • Membuat kerja-kerja pembelian dan pembungkusan hadiah (cth: kain sarung dsb) 14) Unit Dekorasi
  • 10. • Menyediakan keperluan perarakan seperti bunga manggar dan juga bunga telur untuk para peserta. • Menghias dewan khatan 15) Unit Special Task / Fotografi • Sebagai back-up kepada mana-mana unit yang memerlukan bantuan • Mengambil gambar / video pada hari program.
  • 11. TENTATIF PROGRAM 19 OKTOBER 2013 (SABTU) 7.00-7.30 PAGI : PENDAFTARAN 7.30-8.30 PAGI : JAMUAN MAKAN PESERTA : BACAAN DOA SELAMAT & SESI TAKLIMAT : PERARAKAN PESERTA KE DEWAN KHATAN 8.30-12.30 TGHR : ACARA BERKHATAN 12.30-1.00 TGHR : SOLAT ZUHUR 12.45-1.30 PTG : ACARA PENUTUP & PENYAMPAIAN CENDERAHATI : JAMUAN 2.00 PTG : MAJLIS DIJANGKA BERSURAI LAMPIRAN C LAMPIRAN C
  • 12. A) BELANJAWAN PROGRAM 1. CENDERAHATI : - TOK MUDIM & PEMBANTU & PERASMI RM 100.00 - PESERTA (20 x RM 20) RM 400.00 2. PERALATAN : - TELUR (2 KOTAK) RM 20.00 - BUNGA TELUR (x100) RM 100.00 - BUNGA MANGGAR RM 20.00 - KAIN RENTANG RM 10.00 - TANDA NAMA RM 30.00 - BAHAN CETAK RM 50.00 3. JAMUAN - 150 ORANG x RM 5 RM 750.00 - MINUMAN KOTAK RM 100.00 4. AWASAN (LAIN-LAIN) RM 220.00 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM 1600.00 B) SUMBER KEWANGAN 1) YURAN PESERTA (20 x RM20) RM 400.00 2) WANG PANITIA PEND. ISLAM RM 200.00 3) SUMBANGAN LUAR RM 1200.00 JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN RM 2000.00 LAMPIRAN D LAMPIRAN D
  • 14. SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM KHATAN BERJEMAAH TAHUN 2013 / 1434M BIL NAMA PESERTA UMUR NO. SURAT BERANAK 01. ABDUL MUIZZ BIN JULISMU 12 TAHUN SB041325 02. ABDUL SIDDIK BIN ISMULAH 12 TAHUN SB1120127 03. AHMAD NAZIM BIN ILLING 12 TAHUN SB041867 04. AL NAJERH BIN ABDUL NASHRI 12 TAHUN SB051972 05. ARKAM BIN ARSIR 12 TAHUN SB041917 06. AYUB BIN MANAP 12 TAHUN SB120655 07. AZMIL BIN ABDUL SALAM 12 TAHUN SB052161 08. FIRDAUS BIN MOKHTAR 12 TAHUN SB041658 09. HASLAM BIN NASIR 12 TAHUN SB041735 10. JUL AHMAD BIN JUNAIB 12 TAHUN SB034333 11. KAMARUDDIN BIN AMSANI 12 TAHUN SB052579 12. lAMURSALIH BIN JALBARA 12 TAHUN SB350779 13. MANSHAH BIN ABDUL NAIN 12 TAHUN SB052719 14. MOHAMAD RIZAL BIN MELHAM 12 TAHUN SB041433 15. MOHAMMAD RIZAL BIN JULKIFLI 12 TAHUN SB626963 16. MOHD ARIF BIN ASMEN 12 TAHUN SB120247 17. MOHD AZMAR BIN MOHD SANI 12 TAHUN SB052537 18. MOHD AZRI BIN MOHD HASSIM 12 TAHUN SB052742 19. MOHD RAFIZAL BIN KIMAL 12 TAHUN SB041608 20. MOHD ZUFAR HALIM BIN GASPAR 12 TAHUN SB025780
  • 16. SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH Tel : 089-786 807 XBA 3306 Ruj Tuan : Ruj Kami : XBA 3306/700/ Tarikh : 8hb OKTOBER 2013 Kepada; -------------------------------------- MESYUARAT AJK PELAKSANA PROGRAM BERKHATAN BERJEMAAAH PERINGKAT SK KABOGAN, SEMPORNA. Dengan takzim dan hormat. 02. Untuk makluman, ahli jawatankuasa telah berbincang dan bercadang mengadakan Program Berkhatan Berjemaah peringkat SK Kabogan, Semporna. . 03. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat pada ketetapan berikut; Tempat : Bilik Guru Tarikh : 5 Oktober 2013 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi 04. Agenda mesyuarat ; 4.1. Ucapan Pengerusi 4.2. Pembentukan AJK Pelaksana 4.3. Membincangkan Aktiviti program 4.4. Membincangkan bajet 4.5. Hal-hal lain 05. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Yang menjalankan amanah .…………………………………….. (MOHAMMED KHOUDREY ABD HAMID) Setiausaha Program Khatan Berjemaah SK Kabogan Semporna. sk. fail.
  • 17. SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH Tel : 089-786 807 XBA 3306 Ruj Tuan : Ruj Kami : XBA 3306/700/ Tarikh : 8hb OKTOBER 2013 Kepada ; Tuan Haji Abdul Menang bin Haji Osman, Mantan Pegawai Pelajaran Daerah, Semporna. Melalui ; Tuan Guru Besar, SK Kabogan Semporna, Sabah. MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KHATAN BERJEMAAH PERINGKAT SK KABOGAN SEMPORNA. Perkara di atas adalah dirujuk. 02. Untuk makluman tuan, SK Kabogan akan mengadakan Program Khatan Berjemaah untuk anak-anak murid SK Kabogan Semporna. 03. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum sekolah bercadang untuk membantu ibu bapa dan penjaga bagi tujuan memudahcara dan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dalam islam. Bagi menjayakan hasrat tersebut unit Kokurikulum memohon jasa baik tuan memberi sumbangan untuk tujuan tersebut. 04. Segala jasa baik dan keprihatinan tuan dalam membantu kecemerlangan SK Kabogan dan meninggikan syiar islam amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………………………………. HAJAH NORAISYAH BT HAJI AJIRUL Penolong Kanan Kokurikulum, SK Kabogan, Semporna. sk. : Fail
  • 18. SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH Tel : 089-786 807 XBA 3306 Ruj Tuan : Ruj Kami : XBA 3306/700/ Tarikh : 8hb OKTOBER 2013 Kepada ; Dato Seri Haji Mohd Syafie bin Haji Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia Merangkap ahli Parlimen P.189, Semporna Melalui ; Tuan Guru Besar, SK Kabogan Semporna, Sabah. MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KHATAN BERJEMAAH PERINGKAT SK KABOGAN SEMPORNA. Perkara di atas adalah dirujuk. 02. Untuk makluman YB Dato Seri, SK Kabogan bercadang mengadakan Program Khatan Berjemaah untuk anak-anak murid SK Kabogan Semporna. 03. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum sekolah bercadang untuk membantu ibu bapa dan penjaga bagi tujuan memudahcara dan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dalam islam. Bagi menjayakan hasrat tersebut unit Kokurikulum memohon jasa baik YB Dato Seri memberi sumbangan untuk tujuan tersebut. 04. Segala jasa baik dan keprihatinan YB Dato Seri dalam membantu kecemerlangan SK Kabogan dan meninggikan syiar islam amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………………………………. HAJAH NORAISYAH BT HAJI AJIRUL Penolong Kanan Kokurikulum, SK Kabogan, Semporna. sk. : Fail
  • 19. SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH Tel : 089-786 807 XBA 3306 Ruj Tuan : Ruj Kami : XBA 3306/700/ Tarikh : 8hb OKTOBER 2013 Kepada ; Ibubapa/penjaga Murid Tahun Enam Nama Murid : ………………………. Kelas : ………………………. MAKLUMAN DAN JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM KHATAN BERJEMAAH PERINGKAT SK KABOGAN SEMPORNA. Perkara di atas adalah dirujuk. 02. Untuk makluman tuan/puan, SK Kabogan bercadang mengadakan Program Khatan Berjemaah untuk anak-anak murid SK Kabogan Semporna. 03. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum sekolah bercadang untuk memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga, murid bernama ……………………………. Untuk menyertai program ini pada ketetapan seperti berikut; Tempat : SK Kabogan Tarikh : 19 Oktober 2013 (Sabtu) Masa : 7.30 Pagi (Pendaftaran) 04. Justeru, adalah diharapkan tuan/puan dapat memberikan keizinan dan membawa naka tuan/puan untuk hadir ke sekolah pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ……………………………………………. HAJAH NORAISYAH BT HAJI AJIRUL Penolong Kanan Kokurikulum, SK Kabogan, Semporna. sk. : Fail
  • 20. Lampiran : MINIT MESYUARAT SEKOLAH KEBANGSAAN KABOGAN PETI SURAT 95, 91309 SEMPORNA, SABAH TEL : 089-786 223 XBA 3306 Ruj.Tuan : Ruj.Kami : SKKS/XBA3306/PPI/ ( 01 ) Tarikh : 05hb Oktober 2013 MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM (PROGRAM KHATAN BERJEMAAH) Tarikh : 05hb. Oktober 2013 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Bilik Guru Agenda Mesyuarat:- 1. Ucapan Pengerusi 2. Pembentukan AJK Pelaksana 3. Membincangkan Aktiviti program 4. Membincangkan bajet 5. Hal-hal lain Kehadiran : Semua guru dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) hadir. Tidak Hadir : 1. Ustazah Sorhani bt. Abdullah (cuti bersalin)
  • 21. 1.1 - Ucapan Pengerusi ( Guru Besar– En Mohd Said bin Haji Abdul Jalil ) - Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan kata-kata aluan kepada semua sidang yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini adalah menjurus kepada aktiviti yang dirancang iaitu Program Khatan Berjemaah peringkat sekolah. Selain itu, pembentukan AJK pelaksana baru serta perancangan aktiviti dalam program ini. Di akhir ucapan, beliau menyeru semua sidang yang hadir memberi idea dan pandangan yang bernas untuk dikongsi bersama sepanjang mesyuarat ini dijalankan. Beliau juga menggesa semua sidang member kerjasama bagi merealisasikan program ini. 1.2.1. - Pembentukan AJK Pelaksana Program Khatan Berjemaah 2013 1.2.2. Pengerusi membacakan cadangan yang telah dibincangkan bersama guru dan kakitangan terlibat. Beliau bertanya pandangan sidang mesyuarat dan secara dasarnya semua sidang akur dan bersetuju dengan cadangan jawatan yang bakal disandang. 2.1 - Membincangkan Aktiviti/Program 2.1.1. Pengerusi menyeru kepada sidang supaya dapat memberi cadangan yang bernas untuk dikongsi bersama dalam membincangkan aktiviti atau program anjuran Panitia Pendidikan Islam untuk dilaksanakan ini.
  • 22. 2.1.2 Ustazah Norhafizah bt Hasan mencadangkan supaya aktiviti-aktiviti lebih difokuskan kepada murid yang terlibat berkhatan seperti bacaan selawat. Perarakan bunga manggar. 2.1.3 Menurut cikgu Mustapa bin Bariuh, semua program/aktiviti yang terdapat dalam program ini perlu dilaksanakan dengan baik. Beliau menyeru rakan-rakan lain membantu untuk menjayakan program ini. Beliau mencadangkan agar AJK pengangkutan ditambah untuk melicinkan lagi perjalanan program. 2.1.4. Cadangan dari cikgu Nazri bin Atoh, memandangkan program/aktiviti ini turut melibatkan semua kakitangan yang lain dan memerlukan perbelanjaan tinggi, maka beliau berpendapat agar panitia memohon sumbangan dari golongan VIP dan hal ini perlu perbincangan bersama tuan Guru Besar atau kepada Penolong Kanan Kurikulum. Tindakan : Ketua Panitia 3.5.4 Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa memberi pandangan bahawa selain program/aktiviti yang terdapat dalam takwim panitia juga perlu memandang dan mencadangkan aktiviti tambahan yang bersesuaian seperti persembahan nasyid dan marhaban. 3.5.5. Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid menyatakan PA Sistem sekolah yang berada dalam keadaan baik agar aktiviti berjalan lancar. Tindakan : Makluman
  • 23. 3.6 - Hal-hal Lain 3.6.1 Pengerusi mengharapkan agar semua aktiviti untuk program kali ini yang telah dibincangkan pada mesyuarat ini dapat dilaksanakan dan dicapai mengikut objektif yang disasarkan. Menurut beliau, bajet juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesebuah aktiviti. Tanpa bajet yang mencukupi, segala aktiviti yang dirancang agak sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya. Tindakan : Makluman
  • 24. Penutup - Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang yang hadir. Harapan beliau agar guru-guru dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan supaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. *** Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi. Sekian,terima kasih. “TERUS MENABUR BAKTI ” Pencatat Minit, .....…………………….…….........………….. ( MOHAMMED KHOUDREY ABD HAMID ) Setiausaha Program Khatan Berjemaah, SK Kabogan, Semporna, SABAH Disahkan oleh, …………………………………………........ ( EN. MOHD SAID BIN HAJI ABD JALIL ) Guru Besar, SK Kabogan, Semporna, SABAH s.k -Fail