Hbae1403 psv
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Hbae1403 psv

on

  • 5,949 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,949
Views on SlideShare
5,949
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
186
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Hbae1403 psv Hbae1403 psv Document Transcript

  • PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE1403 MENGGAMBAR SEMESTER: SEPTEMBER (2010) MARSHIZAWATI BINTI RASIP 761020135460002 marshiza@gmail.com NAMA PENSYARAH: PUAN NORHASLINA BINTI NORDIN
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 Isi kandungan Muka suratBiodata Diri iSetitis Tinta iiPengenalan 1Soalan 1(a) 1-3Soalan 2(a)- i Pengenalan 3Soalan 2(a)- ii Proses menghasilkan batik 4-8Soalan 2(b)- i Pengenalan 8-9Soalan 2(b)- ii Kepentingan Mempelajari Teknik Resis Di Sekolah 9-10Rumusan 11Rujukan iiiLampiran Bahan dan Rujukan iv
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 BIODATA DIRINAMA : MARSHIZAWATI BINTI RASIPUMUR : 34 TAHUNNO. IC : 761020-13-5460TARIKH LAHIR : 20 OKTOBER 1976NO. TELEFON : 017 6143324SEKOLAH : SK PAYA RUMPUT MELAKAOPSYEN : MATEMATIKSTATUS : BERKAHWINE-MAIL : marskpr@gmail.com marshiza@gmail.comALAMAT RUMAH : NO. 9, JLN BJ 31, TAMAN BERTAM JAYA 75250, MELAKA.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 i Setitis TintaDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberikekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untukMenggambar (HBAE1403) pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yangbegitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalammeneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUMMelaka yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh wargaOUM semester Mei 2010 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telahmemberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikantugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasihkepada pensyarah yang di hormati, Puan Norhaslina bt Nordin. kerana telahmemberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalammenghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidakmungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baikdatangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 ii1. Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat Sekolah Rendah. Salah satu aktiviti menggambar ialah resis. Hasilkan resis mudah yang anda ketahui melalui pengalaman anda membuat penerokaan tentang resis. Pengenalan Resis merupakan teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin,krayon dan warna poster dan dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting. Melalui teknik resis seseorang itu dapat mengolah idea dengan meneroka teknik tersebut dengan menggunakan pelbagai gabungan media (bahan dan alatan) secara kreatif dan kritis. Resis telah mula di ajar di sekolah seawal tahun satu dengan menggunakan bahan-bahan asas seperti krayon, lilin dengan warna air. Ini juga merupakan pengenalan awal kepada penghasilan batik. (a) Hasilkan EMPAT teknik resis mudah yang anda ketahui melalui pengalaman anda membuat penerokaan tentang resis. Gambar-gambar bagi EMPAT teknik resis mudah yang telah di hasilkan. Untuk penjelasan lanjut sila lihat lampiran hasil.1. Resis lilin dan warna poster.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 12.. Resis dakwat emas ‘Artline dan warna air.3. Resis perekat getah dan warna air.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 24. Resis krayon dan warna poster.2. Resis menggunakan kain di sebut juga sebagai batik. Beberapa proses perlu dijalankan untuk menghasilkan batik. (a) Lukiskan proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting i. Pengenalan Batik merupakan satu hasil seni atau kraf tradisional yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Perkataan batik adalah berasal daripada Jawa Indonesia yang digabungkan daripada dua perkataan iaitu ‘amba’ yang bermaksud menulis dan ‘titik’. Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain.Pengahasilan batik terdiri daripada beberapa teknik atau cara seperti, teknik cetakan atau blok dan teknik mencanting atau melukis. Teknik mencanting pula adalah salah satu kaedah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan lilin yang diisi dalam alat canting. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik dan prosesnya
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002agak memakan masa berbanding cara cetakan blok. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi prosesmencanting adalah lebih mahal.Alat dan bahan untuk membuat batik canting biasanya terdiri daripada alat canting, damar, lilin, warnabatik, pemati warna (sodium silicate), bingkai kayu, periuk, dan kain putih (sutera, fuji, kapas). 3ii Proses menghasilkan batik: Cara-caranya:1. Rentang kain putih pada pemidang kayu menggunakan paku tekan atau stapler untuk menegangkan dan meluruskan kain.2. Lakarkan corak dengan pensel pada permukaan kain tersebut.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 43. Panaskan lilin di dalam periuk untuk mencairkannya dengan api yang perlahan.4. Lilin kain menggunakan canting di atas kain yang dilukis. Guna pen canting untuk menceduk lilin cair dan alirkan pada corak.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 55. Warna corak yang dicanting menggunakan berus lembut.6. Setelah warnaan kering keluarkan daripada pemidang dan rendam dalam sodium silikat untuk mematikan warnal
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 67. Rebus kain di dalam air panas yang diletak soda ash untuk menanggalkan kesan lilin.8. Jemur kain yang telah dibersihkan di bawah lindungan matahari dan di kawasan yang berangin.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 79. Contoh corak batik yang telah dihasilkan. 2 ( b) Huraikan kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah. Penjelasan tentang fakta perlu berserta dengan contoh serta bahan rujukan. i Pengenalan Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Fungsi lilin adalah untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ia bermaksud lilin berfungsi sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena dengan warna baru. Satu teknik menggunakan lilin, krayon lilin adalah bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis boleh menjadikan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. 8Resis juga boleh dijalankan dengan kaedah menggunakan kaedah atau teknik resis dan menyapu warn adari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Antara contoh teknik resis yang boleh dijalankankepada murid ialah, krayon resis dengan warna air, krayon resis dengan warna poster, krayon resisdengan warna tempera, resis warna air dengan perekat getah dan pelbagai lagi. Apapun penghasilan resisadalah begantung kepada kekreativiti individu dalam memanipulasi bahan dan alatan yang diperlukan.ii Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.1. Seawal tahap satu murid-murid telah diperkenalkan dengan teknik resis asas dengan menggunakan krayon dan warna air. Melalui penghasilan melalui teknik resis ini dapat membantu murid-murid untuk mengekspresi diri dan dan respon terhadap kehidupan harian mereka melalui bentuk gambaran. Selain itu, ia dapat mencungkil tentang kesedaran persepsi murid-murid itu sendiri dan kuasa ekspresif supaya mereka boleh menyatakan perasaan yang mereka alami semasa menjalankan aktiviti. Murid-murid bebas berbicara secara logik, kritis dan kreatif. Mereka juga bebas dalam mereka cipta bentuk-bentuk visual berdasarkan rupa bentuk visual yang sebenar yang berada di dalam persekitaran mereka. Contohnya ialah bunga-bungaan, buah-buahan, bentuk-bentuk geometri, daun, rumah dan sebagainya. Murid-murid yang berbakat dan kreatif akan mengaplikasi objek-objek persekitaran sebagai contoh dengan menghasilkan satu resis yang mengagumkan.2. Selain itu, pembelajaran teknik resis ini, murid-murid dapat mengenal pelbagai media, bahan dan alatan yang boleh digunakan semasa menjalankan aktiviti. Contohnya, bahan-bahan yang digunakan
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 dalam penghasilan teknik resis adalah krayon, lilin, dakwat emas( ‘marker’), kertas lukisan, kertas lilin, perekat getah, warna air, warna poster, warna tempera dan sebagainya. Ini dapat membantu murid mengolah idea secara kreatif dan kritis dalam memanipulasi bahan seterusnya menghasilkan resis yang baik dan berkesan. Murid-murid juga akan membuat penerokaan terhadap media dan alatan semasa menjalankan aktiviti. Pelbagai kemungkinan atau hasil yang menakjubkan dan mungkin tidak di nagka oleh guru sendiri.3. Teknik resis juga adalah asas untuk memperkenalkan murid-murid tentang proses penghasilan batik. Seperti yang telah diketahui, batik merupakan satu kraf yang begitu terkenal di kawasan nusantara terutama di Malaysia dan negara jiran, Indonesia. Penghasilan batik adalah sama dengan teknik resis yang mana ia melibatkan satu kaedah penolakan antara lilin dan warna. Teknik resis merupakan 9 pengenalan kepada proses penghasilan batik. Guru bertanggungjawab dalam mengenalkan batik semasa menerangkan tentang resisi kerana ia berkait rapat di antara satu sama lain. Ini akan menimbulkan rasa minat dan kecintaan murid-murid kepada hasil kraf tradisional Melayu yang begitu terkenal di peringkat antarabangsa. Guru juga perlu menerangkan kepada murid-murid bahawa teknik resis ini digunakan oleh penghasil-penghasil batik di Kelantan dan di Terengganu yang sinonim dengan pengeluaran batik terbesar di Malaysia. Murid-murid juga dapat deserapkan dengan elemen- elemen keusahawanan yang mana hasil-hasil resis contohnya batik itu tadi, bukan sahaja dijadikan sebagai pameran tetapi boleh dijual kepada orang ramai. Ia mungkin dijadikan sebagai bahan perhiasan, pakaian dan barang keperluan pengguna.Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi kepada diri sendiri, keluarga seterusnya negara. Selain itu, warisan dan budaya seperti penghasilan batik ini akan terus diwarisi oleh generasi sekarang dan akan datang. Oleh yang demikian, seni dan warisan ini tidak akan tenggelam dan seterusnya terpelihara sampai bila-bila. Itulah yang diharapkan oleh kita semua.4. Pembelajaran teknik resis juga dapat menggalakkan murid-murid beerkomunikasi, berinteraksi dengan kawan-kawan dan guru, meluahkan perasaan dan isi hati, berkongsi idea, membuat percubaan serta membuat kritikan yang membina dan membuat penilaian tentang persembahan hasil kerja
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 tersebut. Murid-murid juga dapat menjalankan proses apresiasi seni dengan bimbingan guru. Apresiasi seni bermaksud penilaian atau mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej dalam pembelajaran terpimpin. Setelah aktiviti penghasilan resis berakhir, guru akan meminta pandangan murid-murid tenatang hasil sendiri dan orang lain dari segi, pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis, cara pelukis mengingterpretasi gambar, alat, bahan, media yang digunakan serta teknik yang digunakan. Ini dapat mencungkil bakat murid-murid untuk membuat atau mengemukakan penilaian tersendiri terhadap hasil sendiri dan orang lain. Melalui, penilaian itu tadi, murid-murid juga boleh mencadangkan pengubahsuaian yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu contohnya resis yang lebih menarik. 10Rumusan Dalam menggambar terdapat pelbagai teknik atau kegiatan yang boleh dilakukan. Di antaranya ialahresis. Resis merupakan proses menggambar yang sangat menarik dijalankan kepada murid-murid sekolahrendah. Ia adalah satu cara bagaimana murid-murid dapat meneroka dengan lebih jauh lagi alatan dan bahanyang digunakan yang digunakan dalm proses menggambar. Pada kebiasaannya, penggunaan alatan sepertipensel dan pensel warna dalam menghasilkan garisan dan lakaran sudah selalu digunakan. Dalam prosesmenghasilkan penggunaan alatan utama yang digunakan ialah lilin. Ia membiatkan hasil kerja resis dianggapsebagai satu hasil kerja yang lain dari kebiasaannya. Oleh yang demikian, aktiviti pengajaran danpembelajaran yang dijalankan tidak akan membosankan murid-murid kerana mereka amat sukakan kelainandan pembaharuan dalam hasil kerja mereka. Melalui teknik resis ini juga proses penghasilan batik boleh diperkenalkan keana teknik resismerupakan asas kepada proses penghasilan batik. Semasa ini, guru boleh menerapkan nilai-nilai kecintaankepada seni budaya dan warisan Melayu kerana batik adalah salah satu warisan kraf Melayu yang perludipertahankan dan tidak akan tenggelam sehingga masa akan datang. Oleh yang demikian adalah amat
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002penting, warisan ini terus dipelihara oleh generasi sekarang dan akan datang melalui pembelajaranpendidikan seni visual di sekolah-sekolah. Maka dengan ini, pembelajaran resis amat penting di sekolah sebagai asas pengenalan kepada murid-murid tentang budaya dan seni wariasan Melayu seperti batik. Ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkannilai-nilai moral tentang rasa tanggungjawab, semangat nasional dan kecintaan kepada negara. Pembelajaran resis di sekolah juga dapat mencungkil bakat murid-murid dalam mengolah idea dankreativiti murid menggunakan bahan dan alatan dengan teknik yang betul dan berkesan. Ia jugamenggalakkan murid-murid membuat ekspresi diri serta luahan perasaan melalui hasil yang dibuat. Murid-murid juga digalakkan menjalankan sesi apresiasi seni di akhir pembelajaran. Apresiasi seni mewujudkankritikan atau pendapat seseoarang individu serta melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasidengan orang lain apa yangdifikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yangcukup mengenai seni yang diperlukan. 11 Rujukan Haslinda Madon.(2010).HBAE1403Menggambar.OpenUniversityMalaysia(OUM).Selangor Darul Ehsan.Meteor Doc.Sdn Bhd http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=118:identiti-batik- malaysia&catid=42:info-batik&Itemid=108 http://www.scribd.com/doc/21963733/apresiasi-seni http://zacwe91.ads4blog.net/2010/07/03/pengenalan-batik/ http://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990-pengenalan-bidang.html
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 iiiLAMPIRAN BAHAN DAN RUJUKAN
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002 ivhttp://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990-pengenalan-bidang.htmlRESIS.satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.. buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat kepermukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan..aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke ataspermukaan kertas yang disapu lilin.. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatupermukaan daripada terkena warna baru..teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di ataskertas dan diwarnakan permukaannya.. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalamkeadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna dariperingkat warna terang ke peringkat warna gelap.Identiti Batik Malaysia
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002Thursday, 24 December 2009 04:01 administrator http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=118:identiti-batik- malaysia&catid=42:info-batik&Itemid=108Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik Malaysia telah berkembang pesat danmempunyai identiti yang tersendiri.Batik berasal dari Indonesia. Ia berkembang ke Malaysia setelah ramai orang tempatan berminat denganbatik Jawa yang cantik dan halus buatannya.Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik cuba meniru corak-corak batik dari batikJawa. Bagaimana pun kehalusan pembuatannya tidak dapat ditandingi.Dalam penulisan Wan Hashim Wan Teh menyatakan, istilah batik datang daripada perkataan Jawa,Indonesia.The term batik is of Javanese origin from the word ambatik, meaning a cloth having dots ordotted cloth.Tik may have come from the word titik meaning dots while the word ba means doing work actively(Wan Hashim,1996)Batik dalam erti kata perkataan Jawa, adalah ba atau amba bermaksud membuat kerja dengan aktif,mungkin dari sudut yang lain saya berpendapat amba itu bermaksud hamba atau menghambakan diri dantik bermaksud titik.Dengan perkataan ba-tik membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin di atas kain putih. Titikdihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting adalah sejenis alat yang diperbuat daripadalogam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di mana lilin diisikan.Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu diperlengkapkan sebagai pemegangnya.Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis. Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripadakemasukan pewarna di atas kain.Menurut Kamaruzaman Mohd Salleh, pengurus Batik Samasa, di Kelantan pada zaman dahulu, pada awal1930-an bapanya mula menghasilkan kain batik dengan menggunakan blok kayu yang diukir dan dicapkanke atas kain.Warnanya diambil daripada sejenis buah yang mempunyai getah berwarna hitam. Getah buah ini disapukanke permukaan blok kayu tadi dan dicopkan ke atas kain putih dengan satu warna sahaja.Hari ini kita dapat melihat coraknya seperti pada kain sarung sembahyang yang dijual di Kelantan,Terengganu dan Kedah.Itu adalah asal pembuatan batik yang diperbuat daripada ukiran kayu blok seperti motif pucuk rebung, bungaketola, bunga cempaka, bunga kiambang dan motif-motif ringkas seperti titik, bentuk empat persegi danbulat.Kain yang dipanggil kain batik ini dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah batik tetapi kain yangmenggunakan kaedah cop bunga atau motif batik ke atas kain putih.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002Kaedah ini mula digunakan oleh Haji Che Su dari Kelantan dan Haji Ali dari Terengganu dalam tahun 1920-an.Melihat cara orang Indonesia menggunakan lilin panas dan blok daripada tembaga untuk mencorakkan kainbatik, maka pengusaha batik Malaysia kemudiannya menginovasikan blok ukiran kayu kepada blok besiyang diperbuat daripada tin susu atau kepingan zink yang dipanggil sarang bunga.Pada tahun 1950-an pengusaha batik mula membuat batik menggunakan blok tin dengan panggilan teknikbatik blok, batik terap atau batik cop. Pada masa itu pembatik masih ingin meniru corak batik Jawa. Sehinggasuatu ketika dahulu batik sarung dinamakan kain batik Lasem Kelantan, kain batik Solo Kelantan dan kainbatik Pekalongan Kelantan.Penggunaan blok tin kemudiannya digantikan dengan tembaga dan ia diteruskan sehingga hari ini. Biasanyabatik blok dijadikan batik ela yang dihasilkan dengan pelbagai corak.Kebanyakan batik ini dijadikan baju kemeja lelaki, baju perempuan dan baju kanak-kanak. Selain itu kainbatik blok juga dibuatkan sebagai cadar, penutup meja dengan rekaan yang tertentu.Bagi mempercepatkan pembuatan batik, Batik Samasa telah menginovasikan tekniknya denganmenggunakan skrin stensil berbentuk kain sarung.Pada skrin ini di lukiskan motif-motif batik pada bahagian badan kain, kepala kain dan kaki kain. Motif yangdilukis bercampur dengan bunga-bunga batik Jawa dan bunga tempatan yang telah diilhamkan oleh pereka.Kemudian lacquer dimasukan ke alat yang berbentuk corong dan dilukis mengikut bentuk yang telahdirekakan di atas skrin. Kawasan yang tidak diwarnakan akan disapukan lacquer.Beberapa skrin akan diadakan mengikut lapisan warna yang akan digunakan. Batik yang telah dicetak ini,ada yang dicampurkan dengan teknik blok batik dan disapukan lilin bagi menampakan corak batik serta retaklilinnya. Proses ini dapat mengurangkan kos serta mempercepatkan pembuatan batik.Pada tahun 1979, sebagai penuntut Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) (dulu ITM), saya pernahmembuat latihan di kilang Batik Samasa. Di sana saya berlajar cara membuat batik stensil menggunakanskrin dan melukis corak batik dengan lacquer berwarna hijau.Saya pernah diminta menunjuk cara menggunakan canting di kilang tersebut dengan membuat sehelai kainbatik tulis sepanjang empat meter kepada Norma, adik pengurus Batik Samasa.Tiga tahun kemudian, saya terkejut melihat bertapa pantasnya pengusaha Batik Samasa dapat mempeloporiteknik janting hingga menjadi pengusahan batik canting peringkat industri kecil.Mencanting batik mungkin bermula pada akhir tahun 1960-an. Pada masa itu batik canting digunakan olehartis batik dan pembatik secara kecil-kecilan. Teknik mencanting batik mula digunakan di UiTM pada tahun1976 dalam mata pelajaran Resis Tekstil.Kebanyakan pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis dan Sen Reka (UiTM),telah banyak mendirikan perusahaan batik sendiri. Ada yang bekerja sebagai pereka di kilang-kilang batikdan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002Di sinilah bermulanya batik kontemporari. Dengan bekalan ilmu membatik, ramai pembatik berkecimpungdalam perusahaan batik tulis. Walaupun batik nya tidak sehalus batik Jawa tradisional, batik Malaysia telahdapat menghasilkan identiti tersendiri daripada pelbagai pengalaman dan eksperimentasi batik. Pada tahun1990-an, Prof.Madya Zaharah Othman, pensyarah dari Jabatan Senireka Tekstil, UiTM, telah mengajar batikcorak seperti tenun ikat dan dinamakan corak batik ikat. Batik seperti ini adalah dalam golongan batikeksklusif.Rekaan batik sebegini mempunyai kelainan corak bergantung kepada beberapa kombinasi teknik danpenggunaan canting yang berlainan saiz.Batik Malaysia mempunyai pelbagai cara untuk menghasilkannya seperti batik blok dan batik canting. Disamping itu, batik blok boleh dibuat dengan beberapa lapisan warna (double boiling), dan boleh dicampurkanteknik cetakan skrin. Batik juga boleh menggunakan canting dan berus dan batik ini dinamakan batik tulis.Sungguhpun begitu ramai pengusaha batik yang gemar menggunakan cara mencanting kerana cara ini lebihsenang dan kos tidak tinggi berbanding teknik skrin dan batik blok.Yusoff Abdullah dari Kelantan terkenal dengan batik tulisnya sejak 1946. Beliau adalah salah seorangdaripada pengusaha batik yang terawal gemar mengeksperimentasi dan inovasi dalam penghasilan batikdengan motif, tumbuh-tumbuhan daripada alam sekeliling. Pengusaha batik seperti Rashidahs ExclusiveBatik di Kelantan, banyak menghasilkan batik tulis tangan secara eksklusif sejak 1978. Beliau sendirimerekan motif dan corak serta menyediakan warna yang ditentukan. Pembatik dari Kuala Lumpur sepertiWan Nong, Zainubah Hamzah dan Kutang Kraf banyak menghasilkan rekaan baru batik yang unik dankontemporari.Seem Noor dan Noor Arfa Batik dari Terengganu juga banyak menghasilkan batik tulis dan batik blok.Mereka berani menggunakan warna yang berlainan daripada warna kebiasaan batik.REKAAN batik yang menarik dan versatil mampu diketengahkanke peringkat antarabangsa.Batik Malaysia kini mempunyai identiti tersendiri iaitu mengikut trend warna terkini dan corak mengikutpereka, yang menjurus kepada bentuk kontemporari.Melihat pada batik hari ini, rekaan dan warnanya sangat menarik serta penggunaan pelbagai teknik dan jeniskain seperti sutera jaquard, sifon, organza dan sebagainya. Dengan galakan daripada Allahyarham Datin SeriEndon, telah memberi satu platfom bagi pembatik-pembatik untuk memajukan batik Malaysia di dalam danke luar negara.-- http://www.kosmo.com.myhttp://zacwe91.ads4blog.net/2010/07/03/pengenalan-batik/Batik ialah kraf tangan tradisional yang terkenal di serata tempat. Batik menjadi terkenal kerana mempunyaihubungan dengan kegunaan harian orang-orang Melayu misalnya sebagai penggunaan tekstil. Kini senitekstil ini semakin digemari oleh semua lapisan masyarakat malah digemari juga oleh pelancong-pelancongsebagai oleh2 untuk saudara mara mereka ataupun juga untuk dipakai ke majlis2 tertentu.
  • HBAE1403 : MENGGAMBAR 761020135460002Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batikjuga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentukdan rekahias pakaian fesyen terkini.Di tanah air kita sendiri,batik menjadi popular sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik dimartabatkansebagai pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan sepertimenghadiri mesyuarat , perjumpaan , mengikuti program2 besar besarandan lain lain.Batik dihasilkan melalui 2 kaedah yang utama iaitu yang pertama menerusi blok tangan, di mana coraktertentu dibuat pada blok kemudiannya dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar ‘printed batik’atau batik cop. Melalui proses ini , penghasilan sesuatu batik itu menjadi cepat dan cermat.Cara kedua pula ialah melukis corak batik di atas kain menggunakan buluh yang dikhususkan untuk melukisataupun dipanggil ‘canting’. Batik Terengganu dan Kelantan terkenal dengan batik cantingnya. Corak yangdihasilkan menerusi proses canting adalah unik dan prosesnya agak memakan masa berbanding cara yangpertama tadi. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.Selain itu banyak lagi proses untuk menyiapkan sehelai kain batik yang sangat diminati oleh kaum hawaini.ini meliputi keseluruhan proses nya yang rumit dan sukar untuk dihasilkan.