SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
Tarikh : 20 Ogos 2010




                            KENYATAAN MEDIA

                  KETUA PENGARAH
       JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
                    BERKENAAN

     ”PERKEMBANGAN PENSIJILAN HALAL KEPADA HOTEL
     MELALUI JAKIM SEPANJANG 10 RAMADHAN PERTAMA
                        1431H”
 _________________________________________

1.    Sukacitanya    dimaklumkan    bahawa     Jabatan    Kemajuan      Islam
      Malaysia (JAKIM) telah menjalankan pemantauan terhadap 34 buah
      hotel yang menawarkan sajian “Bufet Ramadan” bermula pada 1
      hingga 10 Ramadan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri di
      Malaysia. Kesemua pemeriksaan dan serbuan tersebut telah
      dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah.
      Hotel-hotel tersebut meliputi hotel 5 bintang, 4 bintang dan 3 bintang
      ke bawah.

2.    Dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 2 buah hotel telah
      memperolehi sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
      Penemuan      turut   mendapati   sebanyak   34    buah   hotel    telah
menggunakan istilah Buffet Ramadhan dan 24 buah hotel didapati
     menggunakan bahan yang diragui halal.

3.   Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk memastikan premis
     berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum
     syarak. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan
     kesedaran   pihak    berkenaan    terhadap     tanggungjawab    dalam
     penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam.

4.   Hasil   pemantauan    tersebut,   didapati     70   peratus   daripada
     keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian
     Pensijilan Halal Malaysia. Promosi buffet Ramadan yang ditawarkan
     adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan
     Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

5.   Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang
     berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang
     tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan
     percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di
     kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

6.   Walau    bagaimanapun,       kesemua   pihak    premis    memberikan
     kerjasama dan maklumbalas yang baik di sepanjang proses
     pemantauan ini dijalankan. Pihak premis juga menyatakan minat dan
     kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada
     JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

7.   JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan
     bersama KPDNKK kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang
     Ramadhan. Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar
tidak menyalahguna terma Buffet Ramadhan yang boleh memberi
      kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka
      puasa. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Buffet
      Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil
      tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan.

8.    Sementara itu, sepanjang 10 Ramadhan pertama ini, JAKIM telah
      menerima sebanyak 16 permohonan daripada hotel-hotel seluruh
      Malaysia. Daripada jumlah hotel tersebut, sebanyak 9 hotel telah
      memperlengkap dokumen dan sedang diproses dan sebanyak 7
      hotel masih belum melengkapkan dokumen mereka. Manakala
      sebanyak 2 hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10
      Ramadhan ini. Hotel-hotel tersebut adalah JB Central, Johor dan
      Pearl International, Selangor.

9.    Suka JAKIM mengingatkan kepada pemohon yang memohon secara
      on-line agar segera menghantar dokumen sokongan mereka bagi
      mengelakkan permohonan mereka ditolak secara automatik oleh
      sistem e-halal sekiranya melebihi 5 hari permohonan.

10.   Seterusnya,   JAKIM    ingin     memaklumkan   bahawa   mana-mana
      permohonan (produk/ premis/ rumah sembelih/ logistik) boleh
      mengemukakan permohonan kepada JAKIM / JAIN.

11.   JAKIM juga amat menghargai kerjasama pihak Jabatan Agama Islam
      Negeri (JAIN) yang telah mewar-warkan senarai hotel yang telah
      diberikan pensijilan halal oleh pihak berkuasa negeri kepada pihak
      media untuk makluman orang ramai.
12.   Sehubungan dengan itu, JAKIM menasihatkan pengguna Islam
      supaya berhati-hati memilih makanan halal dan mengelakkan
      daripada perkara yang was-was seperti sabda Nabi Muhammad
      SAW yang bermaksud:

      “Yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di
      antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang belum jelas
      hukumnya (syubhat)”.

                                               HR Muslim dan at-Tirmizi.

13.   Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal JAKIM serta
      senarai pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM,
      orang ramai bolehlah melayari laman web halal JAKIM di
      www.halal.gov.my.

14.   Atas jasa baik pihak media dalam mewar-warkan perkara ini kepada
      para pengusaha hotel di Malaysia khususnya dan masyarakat
      Malaysia amnya amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan
      terima kasih.



Sekian, terima kasih.


'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,


DATO’ HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ
STATISTIK HOTEL
YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI
                    PIAWAIAN HALAL
        MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN
                       TAHUN 2010



BIL                                PREMIS/ALAMAT

1.    ONE WORLD HOTEL
      FIRST AVENUE
      Bandar Utama City Center
      47800, Petaling Jaya


2.    BISTRO & THEATRE RESTAURANT
      139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
      Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur



3.    IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
      No.13 Jalan Pinang
      50450 Kuala Lumpur



4.    HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
      Jalan Sultan Ismail, 50250
       Kuala Lumpur

5.    PUTRAJAYA SHANGRI-LA
      Jalan Putra Perdana
      Taman Putra Perdana
      Precinct, 62000 Putrajaya




6.    HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
      MTJ Development Sdn. Bhd
      165,Jalan Ampang, 50450
      Kuala Lumpur


7.    SHAH’S VILLAGE HOTEL
      3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
      46719, Petaling Jaya
      Selangor Darul Ehsan



8.    PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
      Jalan Semenyih
      43000 Kajang Selangor


9.    LAGENDA CUISINE SDN BHD
      (PRESCOTT INN KAJANG)


10    ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
      Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
      Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor



11.   RESTORAN TUPAI-TUPAI
      Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
      Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000
      Selangor


12.   EASTIN HOTEL PETALING JAYA
      13, Jalan 6/11
      Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
      Selangor Darul Ehsan



13.   CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
      2, Jalan Sultan Ismail
      50250, Kuala Lumpur


14.   NOVOTEL K.L CITY CENTER
      (CONCIERGE-DEPT)
      2, Jalan Kia Peng, 50450,
      Kuala Lumpur


15.   BANGI GOLF RESTAURANT
      Bangi


16.   CITITEL MID VALLEY
      Mid Valley City
      Lingkaran Syed Putra
      59200 Kuala Lumpur



      KANPEI RESTAURANT
17.   Eminent Pedestal SdnBhd
      Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
      368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
      50400 Kuala Lumpur
18.    THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
       161-D, JalanAmpang, 50450
       Kuala Lumpur




19..   THE ROYALE BINTANG
       KUALA LUMPUR




20.    R & B SERVICES
       BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
       1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

21.    THE SAUJANA KUALA LUMPUR
       SAUJANA RESORT
       Jalan Lapangan Terbang SAAS
       40150 Shah Alam, Selangor


22.    HILTON KUALA LUMPUR
       3, Jalan Stesen Sentral
       50470 Kuala Lumpur
       P.O. Box 11815, 50758
       Kuala Lumpur


23.    LE MERIDIEN
       2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
       50470 Kuala Lumpur


24.    THE REGENCY HOTEL
       No.3, Jalan Raja Alang
       50300 Kuala Lumpur

More Related Content

More from Azizi Ahmad

Template menulis akademik 30 Mac 2020
Template menulis akademik 30 Mac 2020Template menulis akademik 30 Mac 2020
Template menulis akademik 30 Mac 2020Azizi Ahmad
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiAzizi Ahmad
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari PecutContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari PecutAzizi Ahmad
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga
Contoh RPH Kokurikulum OlahragaContoh RPH Kokurikulum Olahraga
Contoh RPH Kokurikulum OlahragaAzizi Ahmad
 
MPU3071 Olahraga
MPU3071 OlahragaMPU3071 Olahraga
MPU3071 OlahragaAzizi Ahmad
 
Leading Millenials
Leading MillenialsLeading Millenials
Leading MillenialsAzizi Ahmad
 
Leading Followers
Leading FollowersLeading Followers
Leading FollowersAzizi Ahmad
 
Leading Change and Others
Leading Change and OthersLeading Change and Others
Leading Change and OthersAzizi Ahmad
 
Personality Plus
Personality PlusPersonality Plus
Personality PlusAzizi Ahmad
 
Kerja Kursus MPU3081 5-6
Kerja Kursus MPU3081 5-6Kerja Kursus MPU3081 5-6
Kerja Kursus MPU3081 5-6Azizi Ahmad
 
Kerja Kursus MPU3081 3-4
Kerja Kursus MPU3081 3-4Kerja Kursus MPU3081 3-4
Kerja Kursus MPU3081 3-4Azizi Ahmad
 
Kerja Kursus MPU3081 1-2
Kerja Kursus MPU3081 1-2Kerja Kursus MPU3081 1-2
Kerja Kursus MPU3081 1-2Azizi Ahmad
 
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah Azizi Ahmad
 
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga Azizi Ahmad
 
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiAzizi Ahmad
 

More from Azizi Ahmad (20)

Template menulis akademik 30 Mac 2020
Template menulis akademik 30 Mac 2020Template menulis akademik 30 Mac 2020
Template menulis akademik 30 Mac 2020
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-GantiContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Berganti-Ganti
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari PecutContoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga Lari Pecut
 
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga
Contoh RPH Kokurikulum OlahragaContoh RPH Kokurikulum Olahraga
Contoh RPH Kokurikulum Olahraga
 
MPU3071 Olahraga
MPU3071 OlahragaMPU3071 Olahraga
MPU3071 Olahraga
 
Leading Millenials
Leading MillenialsLeading Millenials
Leading Millenials
 
Leading Followers
Leading FollowersLeading Followers
Leading Followers
 
Leading Culture
Leading CultureLeading Culture
Leading Culture
 
Leading Change and Others
Leading Change and OthersLeading Change and Others
Leading Change and Others
 
Leading Self
Leading SelfLeading Self
Leading Self
 
Personality Plus
Personality PlusPersonality Plus
Personality Plus
 
Kerja Kursus MPU3081 5-6
Kerja Kursus MPU3081 5-6Kerja Kursus MPU3081 5-6
Kerja Kursus MPU3081 5-6
 
Kerja Kursus MPU3081 3-4
Kerja Kursus MPU3081 3-4Kerja Kursus MPU3081 3-4
Kerja Kursus MPU3081 3-4
 
Kerja Kursus MPU3081 1-2
Kerja Kursus MPU3081 1-2Kerja Kursus MPU3081 1-2
Kerja Kursus MPU3081 1-2
 
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
 
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
Panduan Pengelolaan Sukan Olahraga
 
Lompat Tinggi
Lompat TinggiLompat Tinggi
Lompat Tinggi
 
Lompat Jauh
Lompat JauhLompat Jauh
Lompat Jauh
 
Lari Pecut
Lari PecutLari Pecut
Lari Pecut
 
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-ganti
 

Senarai Hotel Yg Tidak Menepati Piawaian Halal 2010

  • 1. Tarikh : 20 Ogos 2010 KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) BERKENAAN ”PERKEMBANGAN PENSIJILAN HALAL KEPADA HOTEL MELALUI JAKIM SEPANJANG 10 RAMADHAN PERTAMA 1431H” _________________________________________ 1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalankan pemantauan terhadap 34 buah hotel yang menawarkan sajian “Bufet Ramadan” bermula pada 1 hingga 10 Ramadan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri di Malaysia. Kesemua pemeriksaan dan serbuan tersebut telah dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah. Hotel-hotel tersebut meliputi hotel 5 bintang, 4 bintang dan 3 bintang ke bawah. 2. Dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 2 buah hotel telah memperolehi sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Penemuan turut mendapati sebanyak 34 buah hotel telah
  • 2. menggunakan istilah Buffet Ramadhan dan 24 buah hotel didapati menggunakan bahan yang diragui halal. 3. Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk memastikan premis berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum syarak. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pihak berkenaan terhadap tanggungjawab dalam penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam. 4. Hasil pemantauan tersebut, didapati 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Promosi buffet Ramadan yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975. 5. Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan. 6. Walau bagaimanapun, kesemua pihak premis memberikan kerjasama dan maklumbalas yang baik di sepanjang proses pemantauan ini dijalankan. Pihak premis juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) 7. JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan. Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar
  • 3. tidak menyalahguna terma Buffet Ramadhan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Buffet Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan. 8. Sementara itu, sepanjang 10 Ramadhan pertama ini, JAKIM telah menerima sebanyak 16 permohonan daripada hotel-hotel seluruh Malaysia. Daripada jumlah hotel tersebut, sebanyak 9 hotel telah memperlengkap dokumen dan sedang diproses dan sebanyak 7 hotel masih belum melengkapkan dokumen mereka. Manakala sebanyak 2 hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadhan ini. Hotel-hotel tersebut adalah JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor. 9. Suka JAKIM mengingatkan kepada pemohon yang memohon secara on-line agar segera menghantar dokumen sokongan mereka bagi mengelakkan permohonan mereka ditolak secara automatik oleh sistem e-halal sekiranya melebihi 5 hari permohonan. 10. Seterusnya, JAKIM ingin memaklumkan bahawa mana-mana permohonan (produk/ premis/ rumah sembelih/ logistik) boleh mengemukakan permohonan kepada JAKIM / JAIN. 11. JAKIM juga amat menghargai kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang telah mewar-warkan senarai hotel yang telah diberikan pensijilan halal oleh pihak berkuasa negeri kepada pihak media untuk makluman orang ramai.
  • 4. 12. Sehubungan dengan itu, JAKIM menasihatkan pengguna Islam supaya berhati-hati memilih makanan halal dan mengelakkan daripada perkara yang was-was seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang belum jelas hukumnya (syubhat)”. HR Muslim dan at-Tirmizi. 13. Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal JAKIM serta senarai pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM, orang ramai bolehlah melayari laman web halal JAKIM di www.halal.gov.my. 14. Atas jasa baik pihak media dalam mewar-warkan perkara ini kepada para pengusaha hotel di Malaysia khususnya dan masyarakat Malaysia amnya amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' Saya yang menurut perintah, DATO’ HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ
  • 5. STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN TAHUN 2010 BIL PREMIS/ALAMAT 1. ONE WORLD HOTEL FIRST AVENUE Bandar Utama City Center 47800, Petaling Jaya 2. BISTRO & THEATRE RESTAURANT 139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur 3. IMPIANA KLCC HOTEL & SPA No.13 Jalan Pinang 50450 Kuala Lumpur 4. HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur 5. PUTRAJAYA SHANGRI-LA Jalan Putra Perdana Taman Putra Perdana Precinct, 62000 Putrajaya 6. HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR MTJ Development Sdn. Bhd 165,Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur 7. SHAH’S VILLAGE HOTEL 3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115 46719, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan 8. PRESCOOT INN KAJANG
  • 6. Wisma Metro Kajang Jalan Semenyih 43000 Kajang Selangor 9. LAGENDA CUISINE SDN BHD (PRESCOTT INN KAJANG) 10 ORIENTAL CRYSTAL KAJANG Lot 13, Jln S10/3, Section 10, Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor 11. RESTORAN TUPAI-TUPAI Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000 Selangor 12. EASTIN HOTEL PETALING JAYA 13, Jalan 6/11 Pusat Dagang Seksyen 16, 46350, Selangor Darul Ehsan 13. CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR 2, Jalan Sultan Ismail 50250, Kuala Lumpur 14. NOVOTEL K.L CITY CENTER (CONCIERGE-DEPT) 2, Jalan Kia Peng, 50450, Kuala Lumpur 15. BANGI GOLF RESTAURANT Bangi 16. CITITEL MID VALLEY Mid Valley City Lingkaran Syed Putra 59200 Kuala Lumpur KANPEI RESTAURANT 17. Eminent Pedestal SdnBhd Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel 368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak 50400 Kuala Lumpur
  • 7. 18. THE ZON ALL SUITES RESIDENCES 161-D, JalanAmpang, 50450 Kuala Lumpur 19.. THE ROYALE BINTANG KUALA LUMPUR 20. R & B SERVICES BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL 1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR 21. THE SAUJANA KUALA LUMPUR SAUJANA RESORT Jalan Lapangan Terbang SAAS 40150 Shah Alam, Selangor 22. HILTON KUALA LUMPUR 3, Jalan Stesen Sentral 50470 Kuala Lumpur P.O. Box 11815, 50758 Kuala Lumpur 23. LE MERIDIEN 2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur 50470 Kuala Lumpur 24. THE REGENCY HOTEL No.3, Jalan Raja Alang 50300 Kuala Lumpur