SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Prosa Tradisional
                                  (Hikayat Inderaputera)
  Sinopsis


         Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga
berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada
emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub.
Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat
agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon
pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-
mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun
Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-
pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan
mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan
sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan
Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak,
kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut
raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa
memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera
menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara
yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya.
Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut.
Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.
Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya.
Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda
dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu
dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang
dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.


  Tema


Pengembaraan seorang anak raja

Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi
mendapatkan batu gemala hikmat.
Persoalan


1.     Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Inderaputera telah mengambil
       baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.

2.     Persoalan keberanian menghadapi musuh. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan
       peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri
       tersebut.

3.     Persoalan berpegang kepada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera
       untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.


     Watak dan Perwatakan



Watak utama

Inderaputera

          Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa
          Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi
          Paras rupa yang menarik
          Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran
           agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
          Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam
           tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
          Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk
           memberikan geliga kepada Inderaputera.


Watak sampingan

Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran

          Ayahandanya Maharaja Syah Tokan
          Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa
          Rupa paras yang amat cantik
          Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
           seperti yang dijanjikannya
Latar


Latar Tempat

Tasik - tempat peri tinggal.

Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran

Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada Inderaputera
untuk beradu


Latar Masa



Waktu fajar - Tuan Puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh

Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehran mengenakan baju antakesuma dan
pakaian yang sangat cantik

Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.


Latar masyarakat

1.   Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

2.   Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
     Inderaputera seperti yang dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya.

 Nilai


1.   Nilai keberanian
     Contoh:
      Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran
          oleh mayat.
2.    Nilai kebijaksanaan
      Contoh:
       Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan   mengambil
           peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya.

3.    Nilai menepati janji
      Contoh:
       Tuan      Puteri   Seri   Ratna    Gemala     Nehran        menepati     janji   dengan
           memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.



     Pengajaran


1.    Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar
      menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut.
2.    Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan
      Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu Tuan Puteri.
3.    Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Peteri Seri Ratna Gemala Nehran telah
      mengembalikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya.

Latihan

1.    Apakah muslihat yang digunakan oleh Inderaputera untuk mendapatkan gemala hikmat
      daripada peri.?


2.    Apakah yang dilakukan oleh Inderaputera agar dapat mendekati Tuan Puteri Seri Ratna
      Gemala Nehran.?

 Jawapan


1. Inderaputera berpura-pura tidur sebelum menangkap peri sehingga memperoleh gemala
   hikmat daripada peri.



2.    Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri ketika Tuan Puteri mandi di tasik.

More Related Content

What's hot (12)

Asal usul gunung tangkuban
Asal usul gunung tangkubanAsal usul gunung tangkuban
Asal usul gunung tangkuban
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
2 geliga hikmat
2 geliga hikmat2 geliga hikmat
2 geliga hikmat
 
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanakPemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
 
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN BAB 1 : KHABAR KEELOKAN
 
wayang sengkuni
wayang sengkuniwayang sengkuni
wayang sengkuni
 
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
Hikayat Awang Kamaruddin Bab 1
 
Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1
 
Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2
 
Cerita Kupu-kupu dan semut
Cerita Kupu-kupu dan semutCerita Kupu-kupu dan semut
Cerita Kupu-kupu dan semut
 
Nota padat hin
Nota padat hinNota padat hin
Nota padat hin
 
Sipnopsis cerpen
Sipnopsis cerpenSipnopsis cerpen
Sipnopsis cerpen
 

More from Azwira Ariwana

More from Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 
Cerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar AmanatCerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar Amanat
 

Hikayat Inderaputera

  • 1. Prosa Tradisional (Hikayat Inderaputera) Sinopsis Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat- mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura- pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera. Tema Pengembaraan seorang anak raja Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke Berma Sakti bagi mendapatkan batu gemala hikmat.
  • 2. Persoalan 1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri. 2. Persoalan keberanian menghadapi musuh. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut. 3. Persoalan berpegang kepada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera. Watak dan Perwatakan Watak utama Inderaputera  Ayahandanya Maharaja Bikrama Puspa  Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi  Paras rupa yang menarik  Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.  Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.  Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera. Watak sampingan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran  Ayahandanya Maharaja Syah Tokan  Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa  Rupa paras yang amat cantik  Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada seperti yang dijanjikannya
  • 3. Latar Latar Tempat Tasik - tempat peri tinggal. Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada Inderaputera untuk beradu Latar Masa Waktu fajar - Tuan Puteri datang ke tepi tasik untuk kali ke tujuh Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehran mengenakan baju antakesuma dan pakaian yang sangat cantik Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Latar masyarakat 1. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 2. Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya. Nilai 1. Nilai keberanian Contoh:  Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat.
  • 4. 2. Nilai kebijaksanaan Contoh:  Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya. 3. Nilai menepati janji Contoh:  Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera. Pengajaran 1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar. Inderaputera tidak gentar menghadapi peri sehingga dapat menangkap peri tersebut. 2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran agar dapat bertemu Tuan Puteri. 3. Kita hendaklah berpegang pada janji. Tuan Peteri Seri Ratna Gemala Nehran telah mengembalikan gemala hikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya. Latihan 1. Apakah muslihat yang digunakan oleh Inderaputera untuk mendapatkan gemala hikmat daripada peri.? 2. Apakah yang dilakukan oleh Inderaputera agar dapat mendekati Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.? Jawapan 1. Inderaputera berpura-pura tidur sebelum menangkap peri sehingga memperoleh gemala hikmat daripada peri. 2. Inderaputera mencuri baju Tuan Puteri ketika Tuan Puteri mandi di tasik.