SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1.0 BAHAGIAN TINJAUAN
1.1 Penyata Kewangan
Penyata kewangan merupakan ringkasan laporan aktiviti perniagaan dari segi
kedudukan kewangan sesebuah syarikat bagi suatu tempoh tertentu. Penyata
kewangan adalah ringkasan urus niaga yang telah dijalanakn sepanjang tempoh
kewangan syarikat serta kedudukan aset, liability dan ekuiti syarikat pada akhir
tempoh yang sama. Penyata ini disediakan oleh pihak pengrusan untk dibentangkan
kepada pemilik atau pemegang saham syarikat berkenaan.
Penyata ini merupakan output kepada aktiviti perakaunan yang dijalankan
iaitu rekod bagi semua urus niaga yang berlaku sepanjang tempoh kewangan
syarikat. Sehubungan dengan itu, sisitem rekod yang baik memudahkan pihak
pengurusan untuk menyediakan penyata kewangan.
Penyata kewangan bagi sesuatu tempoh biasanya disertakan bersama
dengan penyata kewangan bagi tempoh sebelumnya untuk perbandingan. Penyata
kewangan sesebuah syarikat mengandungi tiga penyata utama iatu penyata
pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran dana. Sebagai contoh, berikut adalah
penerangan ringkas mengenai penyata-penyata bagi Syarikat Majubumi:
1.1.1 Penyata Pendapatan
Penyata ini juga disebut sebagai penyata untung dan rugi. Penyata
pendapatan adalah ringkasan operasi syarikat bagi sesuatu tempoh kewangan
tertentu yang menunjukkan hasil daripada operasi serta belanja-belanja yang terlibat
dalam menjalankan operasi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua hasil dan belanja
merupakan keuntungan atau kerugian yang diperolehi syarikat dalam tempoh
tersebut. Jadual dibawah menunjukkan contoh penyata pendapatan Syarikat
Majubumi.
Penyata pendapatan syarikat Majubumi
SYARIKAT MAJUBUMI
Penyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2003
2003 2002
(RM) (RM)
Jualan 30120 28680
Tolak: Kos barang dijual 20400 20000
Untung Kasar 9720 8680
Belanja am dan pentadbiran 2000 2000
Belanja pemasaran 1200 1200
Belanja pelbagai 800 800
Belanja susut nilai 200 200
Jumlah belanja operasi 4200 4200
Pendapatan sebelum faedah dan cukai 5520 4480
Tolak: Belanja Faedah 520 480
Pendapatan sebelum cukai 5000 4000
Tolak: Cukai (30%) 1500 1200
Untung bersih 3500 2800
1.1.2 Kunci kira-kira
Penyata ini juga dikenali sebagai lembaran imbangan yang merupakan satu
penyata yang menyenaraikan asset, liability, dan ekuiti syarikat pada satu tarikh
tertentu. Kunci kira-kira member gambaran kasar mengenai pelaburan syarikat ke
atas asset-aset serta sumber kewangan yang digunakan bagi membiayai asset-aset
tersebut. Ringkasnya, kunci kira-kira menunjukkan kedudukan kewangan syarikat
pada hari terakhir tempoh kewangan. Jadual dibawah menunjukkan contoh kunci
kira-kira:
Kunci Kira-kira Syarikat Majubumi
SYARIKAT MAJUBUMI
Kunci Kira-kira
Pada 31 Disember 2003
2003 2004
ASET (RM) (RM)
Aset Semasa:
Tunai 1640 1840
Akaun penghutang 5900 4800
Inventori 5300 4000
Jumlah aset semasa 12840 10640
Aset tetap:
Aset tetap 21000 19600
Tolak: susut nilai terkumpul 6740 6540
Jumlah aset tetap 14260 13060
Jumlah Aset 27100 23700
LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK (RM) (RM)
Liabiliti semasa:
Akaun pemiutang 2000 1600
Pinjaman jangka pendek 2000 1800
Belanja terakru 2500 1900
Jumlah liability semasa 6500 5300
Hutang jangka panjang 7600 6600
Jumlah liabiliti 14100 11900
Ekuiti pemilik:
Saham biasa 2000 2000
Premium saham 5800 5800
Pendapatan tertahan 5200 4000
Jumlah ekuiti pemilik 13000 11800
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 27100 23700
1.1.3 Penyata aliran dana
Penyata ini melaporkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi suatu
tempoh kewangan. Dana boleh ditakrifkan sebagai kumpulan wang tunai. Daripada
penyata ini, pihak pengurusan dapat mengetahui aliran keluar dan masuk dana
dalam perniagaan. Jadual dibawah menunjukkan contoh penyata aliran perdana.
Penyata Aliran Dana Syarikat Majubumi
SYARIKAT MAJUBUMI
Penyata Aliran Dana
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2003
Sumber-sumber dana: (RM)
Dari operasi:
Untung bersih 3500
Campur semula susut tunai 200
3700
Dari sumber lain:
Hutang jangka panjang 1000
4700
Penggunaan dana:
Belian aset tetap 1400
Pembayaran dividen 2300
Pertambahan modal kerja 1000
4700
Pertambahan modal kerja:
Pengurangan tunai (200)
Peningkatan akaun penghutang 1100
Peningkatan inventori 1300
Peningkatan akaun pemiutang (400)
Peningkatan belanja terakru (600)
Peningkatan pinjaman jangka pendek (200)
1000
Kekerapan penyediaan penyata kewangan bergantung kepada keperluan.
Biasanya, penyata kewangan disediakan secara tahunan untuk penelitian pemegang
saham, pelabur-pelabur dan juga pihak-pihak berkepentingan. Pihak pengurusan
syarikat biasanya menyediakan penyata kewangan yang lebih kerap sebagai alat
kawalan serta untuk menilai kemajuan dan hala tuju syarikat.
Terdapat berbagai golongan yang berminat terhadap penyata kewangan
sesebuah syarikat dengan tujuan yang berlainan. Jadual dibawah menunjukkan
kategori pengguna penyata kewangan dan kegunaannya:
Pengguna kegunaannya
Pemilik/
pemegang
saham
Penyata kewangan pada asasnya disediakan untuk pemilik
atau pemegang saham bagi memastikan pelaburan mereka
digunakan sebaik mungkin oleh pihak pengurusan dalam
perniagaan.
Pelabur/
bakal pelabur
Pelabur-pelabur berminat untuk mengetahui pencapaian
syarikat kerana kedudukan kewangan mempengaruhi harga
saham syarikat berkenaan. Pelabur akan mengekalkan
pegangan saham syarikat yang berprestasi baik manakala
bakal pelabur pula cuba untuk mendapatkan saham syarikat
berkenaan.
Pihak
pengurusan
Penyata kewangan boleh digunakan untuk menilai prestasi
pihak penguerusan dalam menjalankan tanggungjawab
mereka. Selain itu, belanjawan boleh digunakan sebagai asas
perbandingan dalam sisitem kawalan syarikat.
Pemiutang/bank/
pembekal
Pemberi kredit membuat penilaian ke atas syarikat sebelum
memberi atau memperbaharui kemudahan kredit.
Agensi kerajaan Syarikat diwajibkan menyerahkan penyata kewangan kepada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada setiap tahun. Lembaga
Hasil dalam Negeri bertanggungjawab ke atas pungutan cukai
dan penyata kewangan syarikat akan menjadi asas pengiraan
cukai. Agensi lain yang mungkin memerlukan penyata
kewangan syarikat termasuklah Jabatan Statistik dan
Kementerian Pembangunan Usahawan.
Kesatuan sekerja Goolongan ini berminat untuk mengetahui kedudukan syarikat
kerana prestasi syarikat biasanya menjadi asas kepada
tuntutan kesatuan sekerja untuk mendapatkan bonus, kenaikan
gaji dan sebagainya.
1.2 PENYATA KEWANGAN
Maksud aset, liabiliti, nilai bersih dan analisis nisbah
1.2.1 ASET
Aset Semasa dan Aset Tetap
Aset – aset boleh digunakan dalam perniagaan dengan dua cara. Pertama,
aset boleh dijual untuk mencipta tunai, atau ia boleh digunakan untuk mengeluarkan
barangan yang boleh dijual bagi menghasilkan pendapatan tunai pada masa
hadapan. Barangan yang dihasilkan seperti bijirin padi dan ternakan kambing boleh
dijual dengan cepat tanpa mengganggu aktiviti pengeluaran masa hadapan
dipanggil aset cair. Jentera, baka kambing Boer dan tanah pula digunakan untuk
menghasilkan pendapatan masa hadapan dipanggil aset tetap.
Aset merupakan harta yang dimiliki oelh individu atau organisasi yang mana
ia berfungsi sebagai pegangan semasa dan masa depan. aset dibahagikan kepada
aset semasa, aset pertengahan, dan aset tetap. aset semasa adalah termasuk
barang jualan, pegangan tunai, baki akaun simpanan,saham dan lain-lain. aset
semasa merupakan aset yang mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi. bagi
aset pertengahan, ia mempunyai nilai kecairan yang sederhana.dari segi tempoh
hayat, ia mempunyai tempoh hayat penggunaan antara 7 hingga 10 tahun. contoh
aset ini adalah jentera, baka ternakan, dan lain-lain. secara relatifnya, aset ini tidak
digunakan untuk dijual tetapi kebiasaannya ia digunakan untuk menghasilkan
barangan lain. contoh aset pertengahan adalah jentera. bagi aset tetap, aset ini
melibatkan nilaimkecairan yang sangat rendah, dan mempunyai tempoh hayat yang
sangat panjang iaitu melebihi 10 tahun.contoh aset ini adalah tanah dan bangunan.
Dari segi liabiliti,ia merupakan satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh
perniagaan daripada orang lain. liabiliti adalah termasuk liabiliti semasa (dibayar
dalam tempoh satu tahun dari tarikh kunci kira-kira), liabiliti pertengahan (dibayar
dalam tempoh dua tahun, kadang-kadang mencapai 7 hingga 10 tahun) dan liabiliti
jangka panjang (dibayar dalam tempoh melebihi 10 tahun).
perubahan aset dan liabiliti mungkin tidak melibatkan perubahan nilai bersih.
Bagi analisis nisbah, ia digunakan untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan
kewangan sesuatu perniagaan. nisbah semasa adalah bagi menentukan kecairan
perniagaan dan menunjukkan hubungan aset semasa dengan liabiliti semasa.
nisbah modal bersih pula untuk menentukan kemampubayaran syarikat. dan nisbah
hutang-ekuiti untuk menunjukkan hubungan modal dipinjam dengan modal yang
dimiliki.
Sebagai contoh, laporan Kunci Kira-kira Peladang JBA sepertimana yang
ditunjukkan dalam Jadual di bawah.
Kunci Kira-kira Peladang JBA
pada 31 hb. Disember 2008
(dalam RM)
Aset Semasa
Wang tunai ditangan 2,073,692
Penghutang perniagaan/Akaun belum terima (account receivable) 1,218,525
Pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses) 1,787,877
Lain-lain Aset 733,007
Inventori 66,668
Jumlah Aset Semasa 5,879,769
Aset Tetap
Tanah 1,261,365
Peralatan 202,616
(Tolak: Susut nilai Peralatan 1,000) 201,616
Bangunan 500,000
(Tolak: Susut nilai Bangunan 5,087) 494,913
Aset dalam Perlaksanaan 468,000
Pinjaman Nelayan 494,913
Jumlah Aset Tetap 1,957,894
JUMLAH ASET RM 7,837,663
Liabiliti Semasa
Pemiutang perniagaan 1,533,623
Pelbagai pemiutang/Akaun belum bayar 307,279
Peruntukan cukai/dividen 56,540
Jumlah Liabiliti Semasa 1,897,442
Liabiliti Jangka Panjang
Gadaian 0
Jumlah Liabiliti 1,897,442
Nilai Bersih 5,940,221
Dibiayai oleh (Dipanggil juga Ekuiti Pemilik):
Modal Saham Ahli 64,460
Modal Geran Pelancaran 135,375
Keuntungan Terkumpul 2,412,483
Kumpulan Wang Simpanan 2,065,602
Pinjaman LKIM 643,662
Kumpulan Wang Kebajikan Am 599,237
Pelbagai Tabung Kebajikan 19,400
Jumlah Ekuiti Pemilik 5,940,221
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK RM 7,837,663
1.2.2 Aset Semasa
Ia termasuk tunai di tangan dan baki akaun simpanan. Aset semasa yang lain
ialah akaun belum terima (yang tempoh matangnya kurang dari setahun), inventori,
pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses), dan lain-lain aset seperti
hasil tanaman atau ternakan yang akan dijual, bekalan ladang. Dalam Jadual di
atas, dilaporkan jumlah tunai di tangan ialah RM2,073,692 pada 31 Disember.
Sekiranya Peladang JBA perlu membayar pembelian secara tunai dengan banyak,
maka ia perlu membuat pembelian jangka pendek untuk menampung pembeliannya.
1.2.3 Akaun Belum Terima
Mewakili jumlah hutang yang masih belum dibayar oleh pelanggan-pelangan
Peladang JBA dari pembelian yang lalu. Ianya terhasil kerana pelanggan telah diberi
kemudahan pembelian secara kredit. Sesetengah perniagaan barang makanan
sangat bergantung kepada penjualan secara kredit, kerana petani hanya membuat
pembayaran selepas hasil pertanian mereka dikutip dan dijual. Dalam Jadual di atas,
pada bulan Disember, pelanggan Peladang JBA masih berhutang sebanyak
RM1,218,528 dari penjualan tahun lepas atau beberapa tahun yang lalu. Peladang
JBA boleh membuat penjualan secara kredit, tetapi pada masa yang sama perlu
berhati-hati dengan polisi jualan secara kredit ini, agar tidak terlalu banyak
jumlahnya. Langkah berhati-hati ini perlu dibuat untuk mengelakkan Peladang JBA
menghadapi kesukaran dalam aliran tunai pada masa hadapan.
1.2.4 Inventori
Ialah merupakan stok barangan yang akan dijual, atau stok barangan modal
yang akan digunakan untuk proses pengeluaran pada masa hadapan. Peladang
JBA mempunyai inventori sebanyak RM66,688 pada 31 Disember. Peladang
mungkin membuat inventori untuk memenuhi permintaan pada waktu permintaan
tinggi seperti pada waktu musim perayaan. Sekiranya peladang JBA boleh
merancang untuk memenuhi permintaan pengguna pada waktu yang diperlukan,
maka peladang tidak perlu menyimpan terlalu banyak inventori.
1.2.5 Pelbagai Pembayaran Pendahuluan (prepaid expenses)
Merupakan bayaran yang telah dibuat terlebih dahulu terhadap barangan atau
perkhidmatan yang digunakan oleh peladang. Barangan atau perkhidmatan tersebut
belum digunakan lagi tetapi pembayaran telah dibuat, seperti bayran pendahuluan
terhadap sewa bangunan, mesin atau insurans.
1.2.6 Lain-lain aset
Termasuklah hasil ternakan atau ladang yang akan dijual, pelaburan seperti
pembelian saham dan bon syarikat lain. Aset-aset ini pula mudah dijual dan ditukar
kepada tunai dengan mudah.
1.2.7 Aset tetap
Contohnya tanah, bangunan kekal, dan peralatan. Aset ini kurang cair dan tempoh
hayatnya lebih dari 10 tahun. Jika dijual, aset ini akan memberi kesan kepada masa
hadapan perniagaan. Aset ini digunakan untuk mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan. Umumnya semua aset tetap kecuali tanah mengalami susutnilai dan
perlu dicatatkan perbelanjaan susutnilai. Contohnya mesin pengisar padi (dicatat
sebagai peralatan) kepunyaan Peladang JBA bernilai RM50,000 sahaja selepas 3
tahun digunakan, walau pun pada awalnya dibeli pada kos RM80,000. Catatan nilai
aset tetap perlu dibuat pada nilai semasa aset tersebut. Contohnya mesin pengisar
dicatat nilai aset dicatatkan RM50,000 walaupun nilai sebenar masa dijual mungkin
lebih tinggi atau rendah dari nilai dicatatkan kerana harga sebenar semasa jualan
berlaku dipengaruhi oleh kuasa tawar menawar.
1.3 LIABILITI
Dua Jenis Liabiliti
Liabiliti ialah satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh perniagaan daripada
orang lain. Ia menunjukkan tuntutan seseorang atau sesuatu perniagaan luar
terhadap satu atau lebih aset perniagaan. Liabiliti boleh dibahagiakan kepada dua
kategori bergantung kepada tempoh hutang atau pinjaman itu dibuat.
a) Liabiliti Semasa (current liabilities)
Liabiliti semasa merupakan tanggungan kewangan yang akan matang atau
yang akan dibayar dalam tempoh satu tahun daripada tarikh kunci kira-kira itu
dibuat. Contoh liabiliti semasa ialah Akaun Belum Bayar (account payable) bagi
barangan atau perkhidmatan yang dibeli secara kredit, dan jumlah penuh pokok bagi
mana-mana pinjaman jangka pendek. Di antara bayaran yang termasuk dalam
kategori ini ialah inventori, bekalan (supplies), dan peralatan yang dibeli secara
kredit dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh kurang dari setahun. Dalam
perniagaantani, di mana corak perniagaannya adalah bermusim, pinjaman
jangkapendek untuk membiayai inventori adalah penting kepada pengusaha.
Nota Perlu Bayar (notes payable)
ialah pinjaman jangka pendek yang memerlukan pembayaran secara
bulanan. Pembayaran pokok bagi pinjaman akan disenaraikan sebagai liabiliti
semasa kerana ia menunjukkan tanggungan tunai yang akan dijelaskan.
Nota Terakru (acrued notes)
merupakan akaun individu yang perlu ditanggung oleh firma perniagaan. Ianya dikira
secara agregat seperti upah (wages payable) dan cukai (taxes payable).
b) Liabiliti Jangka Panjang (Long Term Liabilities)
Pinjaman untuk membeli tanah atau apabila tanah digunakan sebagai
cagaran untuk mendapatkan pinjaman membeli tanah atau membina bangunan
akan disenaraikan sebagai liabiliti jangka panjang. Tempoh pembayaran balik
biasanya melebihi 10 tahun. Pembayaran pokok untuk tahun tersebut dan bunga
yang terakru akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa, dan baki pinjamannya
dimasukkan ke dalam liabiliti jangka panjang. Ada juga juga liabiliti yangka panjang
yang tempoh pembayaran balik cuma di antara 7 hingga 10 tahun. Kebanyakan
liabiliti jenis ini digunakan untuk membeli jentera dan baka ternakan. Lain-lain contoh
liabiliti jangka panjang ialah gadaian (morgages) rumah, dan lain-lain pinjaman
jangka panjang dari individu, bank, dan lain-lain institusi kewangan.
1.4 Nilai Bersih
Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik
perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci
kira-kira. Nilai bersih diperolehi dengan “jumlah aset tolak jumlah liabiliti”.
Maksudnya, nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam
perniagaan tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan
tuntutan pemilik terhadap perniagaan tersebut. Nilai bersih juga dinamakan ekuiti
pemilik.
Nilai bersih berubah jika terdapat perubahan pada nilai aset, penerimaan
harta pusaka, atau aset yang dijual pada nilai lebih rendah dari nilai bukunya dalam
kunci kira-kira. Peningkatan nilai bersih biasanya disebabkan oleh penggunaan aset
untuk mengeluarkan tanaman dan ternakan, dan keuntungan daripada pengeluaran
ini digunakan untuk membeli aset-aset baru atau mengurangkan liabiliti. Walau
bagaimanapun proses penambahan nialai aset dalam sector pertanian mengambil
masa yang panjang, dan salah satu sebab mengapa kita membandingkan kunci kira-
kira pada awal dan akhir tahun ialah untuk mengkaji kesan pengeluaran tahunan
terhadap nilai bersih, nilai aset dan nilai liabiliti.
Walau bagaimanapun, perubahan aset dan liabiliti mungkin tidak
menyebabkan perubahan nilai bersih. Contohnya jika tunai RM100 ribu digunakan
untuk membeli traktor baru, nilai bersih tidak akan berubah. Aset semasa akan
berkurangan sebanyak RM100 ribu, manakala aset jangka panajang akan
meningkat sebanyak RM100 ribu. Meminjam sebanyak RM200 ribu untuk membeli
tanah juga tidak akan merubah nilai bersih, kerana kedua-duanya, iaitu jumlah aset
dan jumlah liabiliti akan meningkat sebanyak RM200 ribu.
Contoh ini menerangkan suatu konsep penting. Nilai bersih perniagaan hanya
berubah jika pemilik menambah modalnya sendiri dalam perniagaannya (menambah
nilai bersih), atau mengeluarkan modal untuk memenuhi perbelanjaan untuk sara
hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih), atau jika perniagaan mengalami
kerugian (mengurangkan nilai bersih). Kebanyakan urus niaga perniagaan hanya
merubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai bersihnya.
Dalam perakaunan:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
1.5 ANALISIS NISBAH
Kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk
mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. Kebanyakan
institusi kewangan akan menggunakan analisis nisbah daripada kunci kira-kira untuk
menentukan kekukuhan kedudukan kewangan pelanggannya.
1.5.1 Nisbah Semasa
Nisbah semasa digunakan bagi menentukan kecairan perniagaan dan
menunjukkan perkaitan di antara aset semasa dengan liabiliti semasa.
Nisbah Semasa = Aset Semasa/Liabiliti Semasa
= RM5,879,769/RM1,897,442
= 3.1
Berdasarkan pengiraan, didapati nisbah semasa ialah 3.1, bermakna syarikat
mempunyai aset semasa berbanding dengan liabiliti semasa sebnyak 3.1 kali ganda.
Syarikat berkemampuan untuk mendapatkan tunai bagi membayar segala hutang
semasa.
1.5.2 Nisbah modal bersih
Nisbah modal bersih digunakan untuk mementukan kemampubayaran
syarikat. Ketidakmampubayaran berlaku jika nisbah modal bersih kurang daripada
satu, kerana jika perniagaan dibubarkan, hasil yang diperolehi daripada jualan aset
tidak cukup untuk membayar semua liabiliti. Sebenarnya nisbah modal bersih
sesuatu perniagaan ialah satu. Penurunan yang sedikit dalam jumlah aset boleh
menjadikan perniagaan tersebut, secara teknikal, tidak mampu membayar segala
hutangnya. Nisbah modal bersih yang meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan
kekukuhan perniagaan syarikat tersebut.
Nisbah modal bersih = jumlah Aset/Jumlah Liabiliti
= RM7,837,663/RM1,897,442
= 4.13
1.5.3 Nisbah Hutang-Ekuiti
Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara
modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan
menggunakan persamaan berikut:
Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersi
= RM RM1,897,442/RM5,879,769
= 0.322
Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan
kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah
liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan
menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.

More Related Content

What's hot (7)

RPT PRINSIP PERAKAUNAN TING 4 2015
RPT PRINSIP PERAKAUNAN TING 4 2015RPT PRINSIP PERAKAUNAN TING 4 2015
RPT PRINSIP PERAKAUNAN TING 4 2015
 
New pengajian perniagaan
New pengajian perniagaanNew pengajian perniagaan
New pengajian perniagaan
 
folio chemistry
folio chemistryfolio chemistry
folio chemistry
 
Asas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewanganAsas pengurusan kewangan
Asas pengurusan kewangan
 
Tajuk 7 Pengurusan Kewangan
Tajuk 7 Pengurusan KewanganTajuk 7 Pengurusan Kewangan
Tajuk 7 Pengurusan Kewangan
 
Pengurusan kewangan
Pengurusan kewanganPengurusan kewangan
Pengurusan kewangan
 
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaunNota tingkatan 4 prinsip akaun
Nota tingkatan 4 prinsip akaun
 

Similar to Bahagian a ( tinjauan)

Nota ekonomi meliputi tajuk 2
Nota ekonomi meliputi tajuk 2Nota ekonomi meliputi tajuk 2
Nota ekonomi meliputi tajuk 2
shobanarvind
 
Laporan pengarah kewangan
Laporan pengarah kewanganLaporan pengarah kewangan
Laporan pengarah kewangan
andromendas
 
3000 amanah dan deposit
3000 amanah dan deposit3000 amanah dan deposit
3000 amanah dan deposit
aimm reka
 
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaanModul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
mohdjaafarhashim
 

Similar to Bahagian a ( tinjauan) (20)

Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Acc 2013 bab2
Acc 2013   bab2Acc 2013   bab2
Acc 2013 bab2
 
Perkongsian
PerkongsianPerkongsian
Perkongsian
 
Acc 2013 bab 4
Acc 2013   bab 4Acc 2013   bab 4
Acc 2013 bab 4
 
Topik 7 tadbir urus korporat
Topik 7 tadbir urus korporatTopik 7 tadbir urus korporat
Topik 7 tadbir urus korporat
 
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdfASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
 
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun PersekutuanLaporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 - Badan Berkanun Persekutuan
 
Isu isu
Isu isuIsu isu
Isu isu
 
Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Pengesahan Penyata Kewangan & Pengurusan Ke...
Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Pengesahan Penyata Kewangan & Pengurusan Ke...Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Pengesahan Penyata Kewangan & Pengurusan Ke...
Laporan Ketua Audit Negara 2012 - Pengesahan Penyata Kewangan & Pengurusan Ke...
 
Tajuk 11 pengurusan kewangan
Tajuk 11 pengurusan kewanganTajuk 11 pengurusan kewangan
Tajuk 11 pengurusan kewangan
 
Tajuk 11 pengurusan kewangan
Tajuk 11 pengurusan kewanganTajuk 11 pengurusan kewangan
Tajuk 11 pengurusan kewangan
 
Akta syarikat
Akta  syarikatAkta  syarikat
Akta syarikat
 
Akta syarikat
Akta  syarikatAkta  syarikat
Akta syarikat
 
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
Modul ramalan perniagaan  spm 2018aModul ramalan perniagaan  spm 2018a
Modul ramalan perniagaan spm 2018a
 
Simpan kira
Simpan kiraSimpan kira
Simpan kira
 
Nota ekonomi meliputi tajuk 2
Nota ekonomi meliputi tajuk 2Nota ekonomi meliputi tajuk 2
Nota ekonomi meliputi tajuk 2
 
Laporan pengarah kewangan
Laporan pengarah kewanganLaporan pengarah kewangan
Laporan pengarah kewangan
 
3000 amanah dan deposit
3000 amanah dan deposit3000 amanah dan deposit
3000 amanah dan deposit
 
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaanModul   cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
Modul cek list - kertas kerja rancangan perniagaan
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Pensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Bahagian a ( tinjauan)

  • 1. 1.0 BAHAGIAN TINJAUAN 1.1 Penyata Kewangan Penyata kewangan merupakan ringkasan laporan aktiviti perniagaan dari segi kedudukan kewangan sesebuah syarikat bagi suatu tempoh tertentu. Penyata kewangan adalah ringkasan urus niaga yang telah dijalanakn sepanjang tempoh kewangan syarikat serta kedudukan aset, liability dan ekuiti syarikat pada akhir tempoh yang sama. Penyata ini disediakan oleh pihak pengrusan untk dibentangkan kepada pemilik atau pemegang saham syarikat berkenaan. Penyata ini merupakan output kepada aktiviti perakaunan yang dijalankan iaitu rekod bagi semua urus niaga yang berlaku sepanjang tempoh kewangan syarikat. Sehubungan dengan itu, sisitem rekod yang baik memudahkan pihak pengurusan untuk menyediakan penyata kewangan. Penyata kewangan bagi sesuatu tempoh biasanya disertakan bersama dengan penyata kewangan bagi tempoh sebelumnya untuk perbandingan. Penyata kewangan sesebuah syarikat mengandungi tiga penyata utama iatu penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran dana. Sebagai contoh, berikut adalah penerangan ringkas mengenai penyata-penyata bagi Syarikat Majubumi: 1.1.1 Penyata Pendapatan Penyata ini juga disebut sebagai penyata untung dan rugi. Penyata pendapatan adalah ringkasan operasi syarikat bagi sesuatu tempoh kewangan tertentu yang menunjukkan hasil daripada operasi serta belanja-belanja yang terlibat dalam menjalankan operasi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua hasil dan belanja merupakan keuntungan atau kerugian yang diperolehi syarikat dalam tempoh tersebut. Jadual dibawah menunjukkan contoh penyata pendapatan Syarikat Majubumi.
  • 2. Penyata pendapatan syarikat Majubumi SYARIKAT MAJUBUMI Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2003 2003 2002 (RM) (RM) Jualan 30120 28680 Tolak: Kos barang dijual 20400 20000 Untung Kasar 9720 8680 Belanja am dan pentadbiran 2000 2000 Belanja pemasaran 1200 1200 Belanja pelbagai 800 800 Belanja susut nilai 200 200 Jumlah belanja operasi 4200 4200 Pendapatan sebelum faedah dan cukai 5520 4480 Tolak: Belanja Faedah 520 480 Pendapatan sebelum cukai 5000 4000 Tolak: Cukai (30%) 1500 1200 Untung bersih 3500 2800
  • 3. 1.1.2 Kunci kira-kira Penyata ini juga dikenali sebagai lembaran imbangan yang merupakan satu penyata yang menyenaraikan asset, liability, dan ekuiti syarikat pada satu tarikh tertentu. Kunci kira-kira member gambaran kasar mengenai pelaburan syarikat ke atas asset-aset serta sumber kewangan yang digunakan bagi membiayai asset-aset tersebut. Ringkasnya, kunci kira-kira menunjukkan kedudukan kewangan syarikat pada hari terakhir tempoh kewangan. Jadual dibawah menunjukkan contoh kunci kira-kira: Kunci Kira-kira Syarikat Majubumi SYARIKAT MAJUBUMI Kunci Kira-kira Pada 31 Disember 2003 2003 2004 ASET (RM) (RM) Aset Semasa: Tunai 1640 1840 Akaun penghutang 5900 4800 Inventori 5300 4000 Jumlah aset semasa 12840 10640 Aset tetap: Aset tetap 21000 19600 Tolak: susut nilai terkumpul 6740 6540 Jumlah aset tetap 14260 13060 Jumlah Aset 27100 23700
  • 4. LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK (RM) (RM) Liabiliti semasa: Akaun pemiutang 2000 1600 Pinjaman jangka pendek 2000 1800 Belanja terakru 2500 1900 Jumlah liability semasa 6500 5300 Hutang jangka panjang 7600 6600 Jumlah liabiliti 14100 11900 Ekuiti pemilik: Saham biasa 2000 2000 Premium saham 5800 5800 Pendapatan tertahan 5200 4000 Jumlah ekuiti pemilik 13000 11800 Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 27100 23700 1.1.3 Penyata aliran dana Penyata ini melaporkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi suatu tempoh kewangan. Dana boleh ditakrifkan sebagai kumpulan wang tunai. Daripada penyata ini, pihak pengurusan dapat mengetahui aliran keluar dan masuk dana dalam perniagaan. Jadual dibawah menunjukkan contoh penyata aliran perdana.
  • 5. Penyata Aliran Dana Syarikat Majubumi SYARIKAT MAJUBUMI Penyata Aliran Dana Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2003 Sumber-sumber dana: (RM) Dari operasi: Untung bersih 3500 Campur semula susut tunai 200 3700 Dari sumber lain: Hutang jangka panjang 1000 4700 Penggunaan dana: Belian aset tetap 1400 Pembayaran dividen 2300 Pertambahan modal kerja 1000 4700 Pertambahan modal kerja: Pengurangan tunai (200) Peningkatan akaun penghutang 1100 Peningkatan inventori 1300 Peningkatan akaun pemiutang (400) Peningkatan belanja terakru (600) Peningkatan pinjaman jangka pendek (200) 1000
  • 6. Kekerapan penyediaan penyata kewangan bergantung kepada keperluan. Biasanya, penyata kewangan disediakan secara tahunan untuk penelitian pemegang saham, pelabur-pelabur dan juga pihak-pihak berkepentingan. Pihak pengurusan syarikat biasanya menyediakan penyata kewangan yang lebih kerap sebagai alat kawalan serta untuk menilai kemajuan dan hala tuju syarikat. Terdapat berbagai golongan yang berminat terhadap penyata kewangan sesebuah syarikat dengan tujuan yang berlainan. Jadual dibawah menunjukkan kategori pengguna penyata kewangan dan kegunaannya: Pengguna kegunaannya Pemilik/ pemegang saham Penyata kewangan pada asasnya disediakan untuk pemilik atau pemegang saham bagi memastikan pelaburan mereka digunakan sebaik mungkin oleh pihak pengurusan dalam perniagaan. Pelabur/ bakal pelabur Pelabur-pelabur berminat untuk mengetahui pencapaian syarikat kerana kedudukan kewangan mempengaruhi harga saham syarikat berkenaan. Pelabur akan mengekalkan pegangan saham syarikat yang berprestasi baik manakala bakal pelabur pula cuba untuk mendapatkan saham syarikat berkenaan. Pihak pengurusan Penyata kewangan boleh digunakan untuk menilai prestasi pihak penguerusan dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Selain itu, belanjawan boleh digunakan sebagai asas perbandingan dalam sisitem kawalan syarikat.
  • 7. Pemiutang/bank/ pembekal Pemberi kredit membuat penilaian ke atas syarikat sebelum memberi atau memperbaharui kemudahan kredit. Agensi kerajaan Syarikat diwajibkan menyerahkan penyata kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada setiap tahun. Lembaga Hasil dalam Negeri bertanggungjawab ke atas pungutan cukai dan penyata kewangan syarikat akan menjadi asas pengiraan cukai. Agensi lain yang mungkin memerlukan penyata kewangan syarikat termasuklah Jabatan Statistik dan Kementerian Pembangunan Usahawan. Kesatuan sekerja Goolongan ini berminat untuk mengetahui kedudukan syarikat kerana prestasi syarikat biasanya menjadi asas kepada tuntutan kesatuan sekerja untuk mendapatkan bonus, kenaikan gaji dan sebagainya.
  • 8. 1.2 PENYATA KEWANGAN Maksud aset, liabiliti, nilai bersih dan analisis nisbah 1.2.1 ASET Aset Semasa dan Aset Tetap Aset – aset boleh digunakan dalam perniagaan dengan dua cara. Pertama, aset boleh dijual untuk mencipta tunai, atau ia boleh digunakan untuk mengeluarkan barangan yang boleh dijual bagi menghasilkan pendapatan tunai pada masa hadapan. Barangan yang dihasilkan seperti bijirin padi dan ternakan kambing boleh dijual dengan cepat tanpa mengganggu aktiviti pengeluaran masa hadapan dipanggil aset cair. Jentera, baka kambing Boer dan tanah pula digunakan untuk menghasilkan pendapatan masa hadapan dipanggil aset tetap. Aset merupakan harta yang dimiliki oelh individu atau organisasi yang mana ia berfungsi sebagai pegangan semasa dan masa depan. aset dibahagikan kepada aset semasa, aset pertengahan, dan aset tetap. aset semasa adalah termasuk barang jualan, pegangan tunai, baki akaun simpanan,saham dan lain-lain. aset semasa merupakan aset yang mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi. bagi aset pertengahan, ia mempunyai nilai kecairan yang sederhana.dari segi tempoh hayat, ia mempunyai tempoh hayat penggunaan antara 7 hingga 10 tahun. contoh aset ini adalah jentera, baka ternakan, dan lain-lain. secara relatifnya, aset ini tidak digunakan untuk dijual tetapi kebiasaannya ia digunakan untuk menghasilkan barangan lain. contoh aset pertengahan adalah jentera. bagi aset tetap, aset ini melibatkan nilaimkecairan yang sangat rendah, dan mempunyai tempoh hayat yang sangat panjang iaitu melebihi 10 tahun.contoh aset ini adalah tanah dan bangunan. Dari segi liabiliti,ia merupakan satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh perniagaan daripada orang lain. liabiliti adalah termasuk liabiliti semasa (dibayar dalam tempoh satu tahun dari tarikh kunci kira-kira), liabiliti pertengahan (dibayar dalam tempoh dua tahun, kadang-kadang mencapai 7 hingga 10 tahun) dan liabiliti jangka panjang (dibayar dalam tempoh melebihi 10 tahun).
  • 9. perubahan aset dan liabiliti mungkin tidak melibatkan perubahan nilai bersih. Bagi analisis nisbah, ia digunakan untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. nisbah semasa adalah bagi menentukan kecairan perniagaan dan menunjukkan hubungan aset semasa dengan liabiliti semasa. nisbah modal bersih pula untuk menentukan kemampubayaran syarikat. dan nisbah hutang-ekuiti untuk menunjukkan hubungan modal dipinjam dengan modal yang dimiliki. Sebagai contoh, laporan Kunci Kira-kira Peladang JBA sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual di bawah. Kunci Kira-kira Peladang JBA pada 31 hb. Disember 2008 (dalam RM) Aset Semasa Wang tunai ditangan 2,073,692 Penghutang perniagaan/Akaun belum terima (account receivable) 1,218,525 Pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses) 1,787,877 Lain-lain Aset 733,007 Inventori 66,668 Jumlah Aset Semasa 5,879,769 Aset Tetap Tanah 1,261,365 Peralatan 202,616 (Tolak: Susut nilai Peralatan 1,000) 201,616 Bangunan 500,000 (Tolak: Susut nilai Bangunan 5,087) 494,913 Aset dalam Perlaksanaan 468,000 Pinjaman Nelayan 494,913 Jumlah Aset Tetap 1,957,894 JUMLAH ASET RM 7,837,663
  • 10. Liabiliti Semasa Pemiutang perniagaan 1,533,623 Pelbagai pemiutang/Akaun belum bayar 307,279 Peruntukan cukai/dividen 56,540 Jumlah Liabiliti Semasa 1,897,442 Liabiliti Jangka Panjang Gadaian 0 Jumlah Liabiliti 1,897,442 Nilai Bersih 5,940,221 Dibiayai oleh (Dipanggil juga Ekuiti Pemilik): Modal Saham Ahli 64,460 Modal Geran Pelancaran 135,375 Keuntungan Terkumpul 2,412,483 Kumpulan Wang Simpanan 2,065,602 Pinjaman LKIM 643,662 Kumpulan Wang Kebajikan Am 599,237 Pelbagai Tabung Kebajikan 19,400 Jumlah Ekuiti Pemilik 5,940,221 JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK RM 7,837,663 1.2.2 Aset Semasa Ia termasuk tunai di tangan dan baki akaun simpanan. Aset semasa yang lain ialah akaun belum terima (yang tempoh matangnya kurang dari setahun), inventori, pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses), dan lain-lain aset seperti hasil tanaman atau ternakan yang akan dijual, bekalan ladang. Dalam Jadual di atas, dilaporkan jumlah tunai di tangan ialah RM2,073,692 pada 31 Disember. Sekiranya Peladang JBA perlu membayar pembelian secara tunai dengan banyak, maka ia perlu membuat pembelian jangka pendek untuk menampung pembeliannya.
  • 11. 1.2.3 Akaun Belum Terima Mewakili jumlah hutang yang masih belum dibayar oleh pelanggan-pelangan Peladang JBA dari pembelian yang lalu. Ianya terhasil kerana pelanggan telah diberi kemudahan pembelian secara kredit. Sesetengah perniagaan barang makanan sangat bergantung kepada penjualan secara kredit, kerana petani hanya membuat pembayaran selepas hasil pertanian mereka dikutip dan dijual. Dalam Jadual di atas, pada bulan Disember, pelanggan Peladang JBA masih berhutang sebanyak RM1,218,528 dari penjualan tahun lepas atau beberapa tahun yang lalu. Peladang JBA boleh membuat penjualan secara kredit, tetapi pada masa yang sama perlu berhati-hati dengan polisi jualan secara kredit ini, agar tidak terlalu banyak jumlahnya. Langkah berhati-hati ini perlu dibuat untuk mengelakkan Peladang JBA menghadapi kesukaran dalam aliran tunai pada masa hadapan. 1.2.4 Inventori Ialah merupakan stok barangan yang akan dijual, atau stok barangan modal yang akan digunakan untuk proses pengeluaran pada masa hadapan. Peladang JBA mempunyai inventori sebanyak RM66,688 pada 31 Disember. Peladang mungkin membuat inventori untuk memenuhi permintaan pada waktu permintaan tinggi seperti pada waktu musim perayaan. Sekiranya peladang JBA boleh merancang untuk memenuhi permintaan pengguna pada waktu yang diperlukan, maka peladang tidak perlu menyimpan terlalu banyak inventori. 1.2.5 Pelbagai Pembayaran Pendahuluan (prepaid expenses) Merupakan bayaran yang telah dibuat terlebih dahulu terhadap barangan atau perkhidmatan yang digunakan oleh peladang. Barangan atau perkhidmatan tersebut belum digunakan lagi tetapi pembayaran telah dibuat, seperti bayran pendahuluan terhadap sewa bangunan, mesin atau insurans.
  • 12. 1.2.6 Lain-lain aset Termasuklah hasil ternakan atau ladang yang akan dijual, pelaburan seperti pembelian saham dan bon syarikat lain. Aset-aset ini pula mudah dijual dan ditukar kepada tunai dengan mudah. 1.2.7 Aset tetap Contohnya tanah, bangunan kekal, dan peralatan. Aset ini kurang cair dan tempoh hayatnya lebih dari 10 tahun. Jika dijual, aset ini akan memberi kesan kepada masa hadapan perniagaan. Aset ini digunakan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. Umumnya semua aset tetap kecuali tanah mengalami susutnilai dan perlu dicatatkan perbelanjaan susutnilai. Contohnya mesin pengisar padi (dicatat sebagai peralatan) kepunyaan Peladang JBA bernilai RM50,000 sahaja selepas 3 tahun digunakan, walau pun pada awalnya dibeli pada kos RM80,000. Catatan nilai aset tetap perlu dibuat pada nilai semasa aset tersebut. Contohnya mesin pengisar dicatat nilai aset dicatatkan RM50,000 walaupun nilai sebenar masa dijual mungkin lebih tinggi atau rendah dari nilai dicatatkan kerana harga sebenar semasa jualan berlaku dipengaruhi oleh kuasa tawar menawar. 1.3 LIABILITI Dua Jenis Liabiliti Liabiliti ialah satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh perniagaan daripada orang lain. Ia menunjukkan tuntutan seseorang atau sesuatu perniagaan luar terhadap satu atau lebih aset perniagaan. Liabiliti boleh dibahagiakan kepada dua kategori bergantung kepada tempoh hutang atau pinjaman itu dibuat. a) Liabiliti Semasa (current liabilities) Liabiliti semasa merupakan tanggungan kewangan yang akan matang atau yang akan dibayar dalam tempoh satu tahun daripada tarikh kunci kira-kira itu dibuat. Contoh liabiliti semasa ialah Akaun Belum Bayar (account payable) bagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli secara kredit, dan jumlah penuh pokok bagi mana-mana pinjaman jangka pendek. Di antara bayaran yang termasuk dalam kategori ini ialah inventori, bekalan (supplies), dan peralatan yang dibeli secara
  • 13. kredit dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh kurang dari setahun. Dalam perniagaantani, di mana corak perniagaannya adalah bermusim, pinjaman jangkapendek untuk membiayai inventori adalah penting kepada pengusaha. Nota Perlu Bayar (notes payable) ialah pinjaman jangka pendek yang memerlukan pembayaran secara bulanan. Pembayaran pokok bagi pinjaman akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa kerana ia menunjukkan tanggungan tunai yang akan dijelaskan. Nota Terakru (acrued notes) merupakan akaun individu yang perlu ditanggung oleh firma perniagaan. Ianya dikira secara agregat seperti upah (wages payable) dan cukai (taxes payable). b) Liabiliti Jangka Panjang (Long Term Liabilities) Pinjaman untuk membeli tanah atau apabila tanah digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman membeli tanah atau membina bangunan akan disenaraikan sebagai liabiliti jangka panjang. Tempoh pembayaran balik biasanya melebihi 10 tahun. Pembayaran pokok untuk tahun tersebut dan bunga yang terakru akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa, dan baki pinjamannya dimasukkan ke dalam liabiliti jangka panjang. Ada juga juga liabiliti yangka panjang yang tempoh pembayaran balik cuma di antara 7 hingga 10 tahun. Kebanyakan liabiliti jenis ini digunakan untuk membeli jentera dan baka ternakan. Lain-lain contoh liabiliti jangka panjang ialah gadaian (morgages) rumah, dan lain-lain pinjaman jangka panjang dari individu, bank, dan lain-lain institusi kewangan. 1.4 Nilai Bersih Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci kira-kira. Nilai bersih diperolehi dengan “jumlah aset tolak jumlah liabiliti”. Maksudnya, nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan
  • 14. tuntutan pemilik terhadap perniagaan tersebut. Nilai bersih juga dinamakan ekuiti pemilik. Nilai bersih berubah jika terdapat perubahan pada nilai aset, penerimaan harta pusaka, atau aset yang dijual pada nilai lebih rendah dari nilai bukunya dalam kunci kira-kira. Peningkatan nilai bersih biasanya disebabkan oleh penggunaan aset untuk mengeluarkan tanaman dan ternakan, dan keuntungan daripada pengeluaran ini digunakan untuk membeli aset-aset baru atau mengurangkan liabiliti. Walau bagaimanapun proses penambahan nialai aset dalam sector pertanian mengambil masa yang panjang, dan salah satu sebab mengapa kita membandingkan kunci kira- kira pada awal dan akhir tahun ialah untuk mengkaji kesan pengeluaran tahunan terhadap nilai bersih, nilai aset dan nilai liabiliti. Walau bagaimanapun, perubahan aset dan liabiliti mungkin tidak menyebabkan perubahan nilai bersih. Contohnya jika tunai RM100 ribu digunakan untuk membeli traktor baru, nilai bersih tidak akan berubah. Aset semasa akan berkurangan sebanyak RM100 ribu, manakala aset jangka panajang akan meningkat sebanyak RM100 ribu. Meminjam sebanyak RM200 ribu untuk membeli tanah juga tidak akan merubah nilai bersih, kerana kedua-duanya, iaitu jumlah aset dan jumlah liabiliti akan meningkat sebanyak RM200 ribu. Contoh ini menerangkan suatu konsep penting. Nilai bersih perniagaan hanya berubah jika pemilik menambah modalnya sendiri dalam perniagaannya (menambah nilai bersih), atau mengeluarkan modal untuk memenuhi perbelanjaan untuk sara hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih), atau jika perniagaan mengalami kerugian (mengurangkan nilai bersih). Kebanyakan urus niaga perniagaan hanya merubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai bersihnya.
  • 15. Dalam perakaunan: Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik 1.5 ANALISIS NISBAH Kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. Kebanyakan institusi kewangan akan menggunakan analisis nisbah daripada kunci kira-kira untuk menentukan kekukuhan kedudukan kewangan pelanggannya. 1.5.1 Nisbah Semasa Nisbah semasa digunakan bagi menentukan kecairan perniagaan dan menunjukkan perkaitan di antara aset semasa dengan liabiliti semasa. Nisbah Semasa = Aset Semasa/Liabiliti Semasa = RM5,879,769/RM1,897,442 = 3.1 Berdasarkan pengiraan, didapati nisbah semasa ialah 3.1, bermakna syarikat mempunyai aset semasa berbanding dengan liabiliti semasa sebnyak 3.1 kali ganda. Syarikat berkemampuan untuk mendapatkan tunai bagi membayar segala hutang semasa. 1.5.2 Nisbah modal bersih Nisbah modal bersih digunakan untuk mementukan kemampubayaran syarikat. Ketidakmampubayaran berlaku jika nisbah modal bersih kurang daripada satu, kerana jika perniagaan dibubarkan, hasil yang diperolehi daripada jualan aset tidak cukup untuk membayar semua liabiliti. Sebenarnya nisbah modal bersih sesuatu perniagaan ialah satu. Penurunan yang sedikit dalam jumlah aset boleh menjadikan perniagaan tersebut, secara teknikal, tidak mampu membayar segala hutangnya. Nisbah modal bersih yang meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan kekukuhan perniagaan syarikat tersebut.
  • 16. Nisbah modal bersih = jumlah Aset/Jumlah Liabiliti = RM7,837,663/RM1,897,442 = 4.13 1.5.3 Nisbah Hutang-Ekuiti Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut: Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersi = RM RM1,897,442/RM5,879,769 = 0.322 Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.