chegu abbas - Futsal

6,926
-1

Published on

aku hanya medium untuk tunjukkan keajaiban YANG MAHA ESA..tetap hamba selamanya...jadi terjawablah persoalan 'kenapa aku?'...
ilmu untuk semua
Banyak lagi info disini...
http://cheguabbas.blogspot.com/

nak nota sila click sini
http://cheguabbas.blogspot.com/p/nota_29.html
ada masalah mendownload???

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
6,926
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
401
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

chegu abbas - Futsal

  1. 1. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia FUTSAL SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawahnaugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. IstilahFUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yangdimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai. Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabilaJuan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan beliaYMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkandan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung sepertiPele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemainmenggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itusendiri. Futsal dimainkan di dalam dewan 71
  2. 2. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERALATAN DAN KEPERLUAN 27 ela (25 meter) minimum – 45 ela (42 meter) maksimum Garisan separuh 3" (8 cm) 10 meter16 ela (15 meter) minimum – 27 ela Tendangan penalti Kedua 10 kaki (3 meter) (tinggi) Kawasan penalti Gol Tendangan penalti 4" (10cms)(25 meter) maksimum r = 20 kaki (6 meter) r = 10 feet (3 meter) 2 meter GARISAN GOL 10 kaki (3 meter) 10 kaki (3 meter) 20 kaki 30" (80 cm) 15" (40 cm) 15" (40 cms) (6 meter) Zon Zon 30" (8 cm) pertukaran pertukaran MEJA PEGAWAI BANGKU PASUKAN BANGKU PASUKAN Gelanggang serta ukuran dan teknikaliti • Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola balingan dan boleh disesuaikan. • Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan. Bola Futsal • Dibuat dari kulit atau bahan sintetik • Size 4 untuk dewasa • Size 3 untuk junior • Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms. • Cirri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.72
  3. 3. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaKasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat.• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan. lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah atau span dan bahan fabrik yang sesuai.Gawang Gol serta ukuran 3 meter 0.75 m 2 meter 1m Pandangan dari Depan Pandangan dari Sisi 73
  4. 4. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN Perbezaan antara Bola Sepak Biasa dan Futsal BOLA SEPAK SEPAK FUTSAL • Bola Saiz 5 • Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30% • 11 pemain • 5 pemain • 3 gantian • Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying” • Balingan ke dalam • Sepakan ke dalam • Pengadil Utama • Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa dan 2 Pengadil yang sama Garisan • Masa permainan • Masa dijaga oleh penjaga masa dijaga oleh pengadil utama • 45 minit separuh • 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap masa pasukan setiap separuh masa • Tendangan Gol • Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw) (Goal Kick) • Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle) • Peraturan 4 saat untuk mula main • Undang-undang offside • Kesalahan tidak • 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan terhad barisan “wall” • Penjaga Gol tidak • Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar boleh memegang balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk bola yang dengan kepala atau dada. ditendang semula kepadanya • Tiada gantian untuk • Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan pemain yang iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah dibuang padang disentuh pihak lawan. • Tendangan sudut di • Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit garisan “arc” atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.74
  5. 5. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia1. Memulakan Permainan Permainan dimulakan dengan melambung duit siling. Pihak yang kalah mestilah berada di kawasannya sendiri.2. Bola Masuk / Bola Keluar Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan “touchline” dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan- kawasan tersebut.3. Jaringan Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol.4. Faul dan kelakuan kurang sopan – Tendangan bebas terus diberikan pada pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut: a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan b. Membentes pemain lawan c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan d. Menyerang pemain lawan e. Menyerang pemain lawan dari belakang f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja g. Menolak pemain lawan h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja i. Tekel menggelungsur – “sliding tackle” yang membahayakan j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan a. Permainan yang bahaya b. Menghalang dengan sengaja c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh oleh mana-mana pemain e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang kepadanya. f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke dalam dari rakan sepasukannya. g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih dari 4 saat. h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun disentuh oleh pemain lawan. 75
  6. 6. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di kawasan penalti. a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang. b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan. c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil. d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar. 7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan berikut: a. Kesalahan permainan yang berat. b. Berkelakuan ganas c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning) e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak professional f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan sengaja. 8. Peraturan Buang Padang a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan. b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu. c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan. d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil. 9. Tendangan Bebas a. Jenis : Tendangan bebas terus dan lawanan bebas tidak langsung. b. Dinding “wall” – Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak c. Had masa – Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat. 10. Tendangan Penalti a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter dari titik penalti. c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh oleh pemain lain.76
  7. 7. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia11. Tendangan ke dalam a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam. b. Bola diletak di atas garisan “touchline” sebelum menyepak. c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas “touchline” kalau tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat – kalau tidak – tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan. e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh atau dimainkan oleh pemain lain – kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan. f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil. g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.12. Membebaskan Kawasan Gol a. Dilakukan menggantikan tendangan gol b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan permainan. c. Bola tidak diertikan sebagai dimainkan sebelum melepasi kawasan penalti. Jika tidak, bola diertikan masih belum dimainkan.13. Tendangan Sudut a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan. b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut. c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan tersebut. d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat tendangan sudut dibuat. e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.14. Tendangan Penalti a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan. b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan. c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan. d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui “sudden death” oleh pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti. e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil bahagian. f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu. g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan mengawasi kawasan ini. 77
  8. 8. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CADANGAN LATIHAN KEMAHIRAN Tepat 1 . Kemahiran Hantaran Tepat Dengan jarak 10 kaki, seorang pemain berada di tengah bulatan sambil menghantar bola bergilir-gilir secara statik dan kemudian diikuti dengan bergerak secara bulatan kepada semua pemain. Hantaran mestilah “grounder” atau meleret 2. Kemahiran Menggelecek a. Menggelecek bola menggunakan sisi kaki kiri atau kanan melalui tiang-tiang yang dipacak ke tanah. b. Menggelecek bola menggunakan kawan yang beratur statik tetapi boleh mengganggu gelecekan dari tempat di mana mereka berada sahaja. 3. Kemahiran Menjaring dan Mengawal Gawang Gol a. Menjaring dari posisi yang berbeza di sekeliling di kawasan penalti termasuk tendangan sudut. Galakkan tendangan leret atau “grounder”.78

×