SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
Sudah bertahun-tahun kita melaksanakan
ibadah puasa di bulan Ramadan. Seharusnya
kebiasaan dan kelaziman akan menghasilkan
kesempurnaan. Semakin kita berpuasa akan
menjadikan kita semakin bertakwa.
Sepatutnya jiwa akan tenang dan adil
saksama dalam banyak perkara.
Persoalannya, adakah ibadah puasa
kita sudah membuahkan takwa?Adakah
ibadah ritual menghasilkan nilai spiritual
kelas pertama? Adakah nilai ketaatan hasil
tarbiah Ramadan berjaya mengalahkan nafsu
dan godaan syaitan?
Berpuasa umpama menanam
pokok. Matlamatnya untuk menghasilkan
buah. Buah puasa ialah takwa iaitu sifat di
dalam siri seseorang yang mampu mengawal
dirinya dan menjaga serta berhati-hati dengan
halal dan haram. Impak takwa menjadikan
diri sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak
melanggar perintah Allah. Malah, bagaikan
terdorong pula untuk menambah pahala.
Jelas, puasa itu adalah proses
latihan mengurus dan mengawal nafsu.
Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H
EDISI 2/2013
MAJLIS BICARA
WAHYU Bil.7/2013
Mimpi Laitatul Qadr
Tarikh:
19Julai 2013M / 10 Ramadhan 1434H
Penceramah:
Tn Hj Zulkefli b Hamat
(Mursyid Imam Muda)
Penampilan Khas:
Imam Muda Najdi
Nizam (Laksamana)
Ali (XPDC)
Warga KPM dijemput hadir
SYIAR
RAMADAN
Dalam surah Yusuf ayat 53 Allah berfirman
maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu
menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu
yang diberi rahmat oleh Tuhanku.
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun
lagi Maha penyayang”.
Kalimah Saum atau berpuasa itu
sendiri bermaksud ‘menahan’. Ertinya,
orang yang benar-benar berpuasa ialah
individu yang dapat menahan hawa
nafsunya daripada melakukan kemungkaran.
Kita perlu memastikan puasa kita itu
memberi impak kepada jiwa bukan hanya
membekas di perut kerana lapar dan daha-
ga. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi
hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja”-
Riwayat Ibnu Majah.
Buah ilmu pada amal, buah puasa pada
takwa. Selamat berpuasa!-Sidang Redaksi
HEBATNYA PUASA BUAHNYA TAKWA
Tabung Ihya’ Ramadan
KPM telah pun dilancarkan
pada 28 Jun yang lalu
sewaktu Majlis Bicara
Wahyu KPM.
Kutipan tabung tersebut
masih berjalan di peringkat
Bahagian KPM.
Hasil kutipan akan
diserahkan kepada anak-
anak yatim dan pelajar-
pelajar yang kurang
berkemampuan
bersempena dengan
Majlis Ifthar KPM pada 2
Ogos 2013
DARIPADA Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Apabila datang Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga,
ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.
-Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Ibn hajar al-Haitami menyebut dalam Ittihafu Ahlu al-Islam Khususiyat al-
Siyam menyebut: pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut
hakikatnya.
HADIS PILIHAN
Ikatan dan belenggu syaitan pula merujuk kepada menahan perbuatan jahat
dan tipu daya kepada manusia. Dalam Ahkam al-Siyam Dr. Muhammad
Uqlah menyebut: Maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan
menyakiti mereka.
Page 2
SIDANG EDITORIAL:
Penasihat:
Tn Hj Abdullah b Md Din
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam KPM
Pengerusi:
Pn Hjh Kamariah Bt Isa
Timbalan Pengarah,
Pengurusan Dakwah dan Syiar
Islam
BPI KPM.
Ketua Editor:
Tn Hj Mohamad Zaki b Husin
Ketua Sektor Dakwah &
Kepimpinan
BPI KPM
Pen. Ketua Editor :
Tn Hj Mohamed Nor b Hj Salleh
Ketua Sektor Pembangunan
Akhlak dan Syiar Islam, BPI KPM
Editor:
Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid
Ust Ahmad Zulfakor b Darusa
Ust Mohd Sayuti b Omar
Ust Mohd Zamri b Mohd Noor.
Penulis:
Ust Ruzain Syukur b Mansor
Wartawan:
Ust Hairon b Zainal Abidin
Ust Abd Rahman b Che Soh
Ust Alhuzaee b Sulaiman
Ust Mohd Hamidi b Zakaria
Bulan Ramadan hadir dengan pakej pelbagai.
Ia bulan ibadah penuh dengan ruang pahala
berganda. Sejarah menyaksikan pelbagai
kemenangan diraih dalam bulan Ramadan.
Antaranya:
 Kemenangan tentera Badar dengan
kekuatan 313 orang tentera Islam
berbekalkan iman yang tinggi.
 Pembukaan kota Makkah juga berlaku
dalam bulan Ramadan.
 Peristiwa meruntuhkan segala bentuk
berhala di ka’abah dan di kota Makkah
berlaku pada bulan Ramadan tahun ke-7
hijrah
 Kemenangan tentera Islam dalam Pe-
perangan Qadisiyah pada tahun ke-15
Hijrah
 Sallahuddin al-Ayyubi dan tenteranya
mengalahkan pasukan tentera salib pada
Ramadan 584 Hijrah.
 Kemenangan tentera Mesir dan Syria
mengalahkan tentera Israel di
semenanjung Sinai pada Ramadan 1393.
Hukum solat tarawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat
dituntut. Inilah pendapat mazhab Hanafi, al-Syafie, Hambali dan
sebahagian Maliki.
Hukum sunat ini termasuk bagi lelaki dan wanita. Solat Tarawih ini
termasuk dalam menegakkan syiar agama yang zahir lagi nyata.
Sesiapa yang mendirikan solat Tarawih akan mendapat pahala yang
berlipat kali ganda kerana ia hanya dapat dilaksanakan pada bulan
Ramadan. Tetapi tidak pula mendatangkan dosa jika tidak
mengerjakannya.
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan malam bulan Ramadan (dengan
amal ibdah) kerana percaya dengan janji Allah dan ikhlas untuk
mendapat pahala kerana Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya
yang telah lalu”-Riwayat al-Bukhari dan Muslim
HUKUM SOLAT TARAWIH
RAMADAN BULAN KEMENANGAN
Para sahabat menuju ke medan perang
dengan kekuatan fizikal dan semangat
cintakan Islam yang mendalam. Di dalam
hatinya ada semangat jihad. Hatinya sudah
tidak terpikat dengan kemewahan dunia
selain mengharapkan kenikmatan di dalam
syurga. Mereka berjaya mengalahkan
nafsu syahwat demi mengejar peluang
bergelar syuhada’. Maka merekalah sebaik
-baik pemenang, memperolehi trofi kea-
gungan di bulan Ramadan.
Jelaslah kepada kita, Ramadan
merupakan medan meraih kemenangan.
Kemenangan yang bakal kita kecapi bukan
lagi dengan bermandikan darah
menentang musuh, tetapi kemenangan
mengalahkan nafsu syahwat melampau.
Kemenangan mengalahkan hawa
nafsu bukan letaknya pada ketajaman
mata pedang, tetapi pada utuhnya iman di
hati menepis segala godaan syaitan.
Kuncinya ada pada hati yang sentiasa
mengharapkan keredaan Allah.
EDISI 2/2013 RAHSIA TAMAR
Jawapan: Menggunakan ubat gigi ketika
bersugi pada siang Ramadan dibolehkan.
Tetapi lebih afdhal ditinggalkan kerana
dibimbangi rasanya sampai ke dalam perut.-
pendapat Syeikh Uthaimin.
Manakala hukum bersiwak (gosok gigi)
selepas gelincir matahari adalah khilaf.
Sebahagian mengatakan ianya makruh
manakala yang lain mengharuskannya.
Pendapat yang sahih dan rajih adalah harus.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala
seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa”-Riwayat Ahmad, al-
Tirmizi & Baihaqi. Ulama’ muktabar menunjukkan contoh terbaik dalam perkara ini,
contohnya:
 Abdullah b al-Mubarak memberi makan saudaranya ketika bermusafir dengan
makanan yang lazat sedangkan dia ssendiri sedang berpuasa pada ketika itu.
 Hammad menjamu 500 orang yang berpuasa pada setiap malam.
 Hassan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan
duduk melayan mereka ketika mereka makan.
Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh ulama’ terdahulu dalam menyantuni orang yang
berpuasa. Memberi makan orang berpuasa ini suatu yang dituntut. Pilihlah untuk memberi,
kerana dengan memberi kita diredhai.
S o a l a n : A p a k a h d i b o l e h k a n
menggunakan ubat gigi ketika
bersugi di siang hari pada bulan
Ramadan?
FADHILAT MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA
Menurut hasil 50
penelitian yang
d i k e t e n g a h k a n
dalam International
Congress on Health
and Ramadan di
Casablanca pada
1994, puasa dapat
m e m b a n t u
mengatasi pelbagai
g a n g g u a n
kesihatan.
Misalnya penyakit
maag.
Menurut Yusuf Ahmad
(Ensiklopedia Mukjizat
Sains dalam al-Qur’an
dan sunnah) Buah kurma
merupakan nikmat agung
daripada Allah. Ia
membekalkan pelbagai
zat yang diperlukan oleh
dan dapat diserap ke
dalam system tubuh ba-
dan manusia dengan ce-
pat. Glukosa yang terkan-
dung dalam buah kurma
boleh dihadamkan
dengan pantas dan ma-
suk ke dalam sel hati,
otak, darah, sistem otot.
Soalan: Apakah dengan
menjolok kerongkong sehing-
ga termuntah membatalkan
puasa?
Jawapan:
Jika menjolok jari ke dalam
kerongkong dengan niat
sengaja untuk muntah,
maka puasanya batal.
Jika tidak sengaja, seperti
mabuk kenderaan, mabuk
kapal, dan sebagainya,
puasanya tidak batal.
Soalan: Apakah hukum
menggunakan inhaler di siang
hari bagi pesakit asma?
Jawapan: Menggunakan inhaler di
siang hari dibolehkan kerana gas
tersebut tidak sampai ke dalam
perut, tetapi sekadar untuk
pernafasan. Itulah pendapat Dr.
Yusuf al-Qardhawi, Syeikh Bin Baz,
dalam perbincangan feqah
berkenaan hal perubatan dan rawa-
tan kali ke-9. begitu juga pendapat
Syeikh Uthaimin dan syeikh Ibn
Jabrin
Jawapan:
Suntikan yang mengandungi
bahan makanan seperti glukos
pada siang hari Ramadan mem-
batalkan puasa kerana ia di-
anggap makanan pada uruf
yang boleh mengenyangkan,
seperti makanan biasa. –fatwa
Syeikh Atiyah Saqr.
PUASA DAN KESIHATAN
Soalan: Apakah hukum suntikan yang
mengandungi bahan makanan seperti
glukos pada siang hari Ramadan?
Tajuk : Ramadan, Pelbagai Hukum dan fatwa Puasa
Penulis : Dr Zulkifli b Mohamad Al-Bakri
Penerbit : Darul Syakir Enterprise
Buku ini mengupas permasalahan dan menjawab kekeliruan umat
Islam khususnya berkenaan dengan puasa. Kupasannya
berdasarkan al-Qur’an dan hadis serta pandangan ulama’
muktabar.
Kandungannya mudah difahami menyentuh beberapa aspek
terutamanya fadhilat Ramadhan, kesempurnaan puasa, fatwa
mengenai puasa, kemusykilan solat tarawih dan witir.
Perbincangan puasa dilanjutkan pula dengan perbahasan
menyambut Aidilfitri mengikut ajaran Islam dan ajaran Nabi SAW.
Ia tidak rugi untuk dimiliki dan sesuai untuk dijadikan rujukan.
LENSA IHYA’ RAMADAN
Forum Bicara Wahyu Bil. 6/2013 telah diadakan di Dewan
Serbaguna Blok E12, KPM Putrajaya pada 12 Julai 2013. Ahli
panel terdiri daripada Ustaz Mohd Nidzam b Abdul Kadir
(Pensyarah UIAM) dan Dr Nik Salida Suhaila bt Nik Salleh
(Pensyarah Kanan USIM). Forum tersebut dimoderatorkan
oleh Tn Hj Zulkefli b Hamat (Mursyid Imam Muda). Forum
tersebut juga telah dirakam oleh pihak Bahagian Teknologi
Pendidikan KPM dan akan dimuat naik ke dalam portal Edu-
webTV KPM.
Sila emelkan sebarang
maklum balas dan
cadangan membina
kepada :
ruzain.mansor@moe.gov.my
bagi tujuan penambahbaikan
Jadual Waktu Berbuka Puasa
BINGKISAN MINDA
Sebarang pertanyaan mengenai Ihya Ramadan sila
berhubung dengan Ustaz Abd Rahman Bin Che Soh,
Penyelaras Ihya’ Ramadan KPM di talian 0199390400
Mana-mana Bahagian KPM dialu-alukan
untuk menghantar info aktiviti ringkas Ihya’
Ramadan di bahagian masing-masing
berserta foto aktiviti ke :
ruzain.mansor@moe.gov.my

More Related Content

Featured

PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Applitools
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at WorkGetSmarter
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...DevGAMM Conference
 
Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationErica Santiago
 

Featured (20)

PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
 
Barbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy PresentationBarbie - Brand Strategy Presentation
Barbie - Brand Strategy Presentation
 

Buletin ramadan siri 2

  • 1. Sudah bertahun-tahun kita melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Seharusnya kebiasaan dan kelaziman akan menghasilkan kesempurnaan. Semakin kita berpuasa akan menjadikan kita semakin bertakwa. Sepatutnya jiwa akan tenang dan adil saksama dalam banyak perkara. Persoalannya, adakah ibadah puasa kita sudah membuahkan takwa?Adakah ibadah ritual menghasilkan nilai spiritual kelas pertama? Adakah nilai ketaatan hasil tarbiah Ramadan berjaya mengalahkan nafsu dan godaan syaitan? Berpuasa umpama menanam pokok. Matlamatnya untuk menghasilkan buah. Buah puasa ialah takwa iaitu sifat di dalam siri seseorang yang mampu mengawal dirinya dan menjaga serta berhati-hati dengan halal dan haram. Impak takwa menjadikan diri sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak melanggar perintah Allah. Malah, bagaikan terdorong pula untuk menambah pahala. Jelas, puasa itu adalah proses latihan mengurus dan mengawal nafsu. Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H EDISI 2/2013 MAJLIS BICARA WAHYU Bil.7/2013 Mimpi Laitatul Qadr Tarikh: 19Julai 2013M / 10 Ramadhan 1434H Penceramah: Tn Hj Zulkefli b Hamat (Mursyid Imam Muda) Penampilan Khas: Imam Muda Najdi Nizam (Laksamana) Ali (XPDC) Warga KPM dijemput hadir SYIAR RAMADAN Dalam surah Yusuf ayat 53 Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha penyayang”. Kalimah Saum atau berpuasa itu sendiri bermaksud ‘menahan’. Ertinya, orang yang benar-benar berpuasa ialah individu yang dapat menahan hawa nafsunya daripada melakukan kemungkaran. Kita perlu memastikan puasa kita itu memberi impak kepada jiwa bukan hanya membekas di perut kerana lapar dan daha- ga. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja”- Riwayat Ibnu Majah. Buah ilmu pada amal, buah puasa pada takwa. Selamat berpuasa!-Sidang Redaksi HEBATNYA PUASA BUAHNYA TAKWA Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah pun dilancarkan pada 28 Jun yang lalu sewaktu Majlis Bicara Wahyu KPM. Kutipan tabung tersebut masih berjalan di peringkat Bahagian KPM. Hasil kutipan akan diserahkan kepada anak- anak yatim dan pelajar- pelajar yang kurang berkemampuan bersempena dengan Majlis Ifthar KPM pada 2 Ogos 2013 DARIPADA Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: Apabila datang Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. -Riwayat al-Bukhari dan Muslim Ibn hajar al-Haitami menyebut dalam Ittihafu Ahlu al-Islam Khususiyat al- Siyam menyebut: pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. HADIS PILIHAN Ikatan dan belenggu syaitan pula merujuk kepada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Dalam Ahkam al-Siyam Dr. Muhammad Uqlah menyebut: Maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka.
  • 2. Page 2 SIDANG EDITORIAL: Penasihat: Tn Hj Abdullah b Md Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM Pengerusi: Pn Hjh Kamariah Bt Isa Timbalan Pengarah, Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam BPI KPM. Ketua Editor: Tn Hj Mohamad Zaki b Husin Ketua Sektor Dakwah & Kepimpinan BPI KPM Pen. Ketua Editor : Tn Hj Mohamed Nor b Hj Salleh Ketua Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam, BPI KPM Editor: Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid Ust Ahmad Zulfakor b Darusa Ust Mohd Sayuti b Omar Ust Mohd Zamri b Mohd Noor. Penulis: Ust Ruzain Syukur b Mansor Wartawan: Ust Hairon b Zainal Abidin Ust Abd Rahman b Che Soh Ust Alhuzaee b Sulaiman Ust Mohd Hamidi b Zakaria Bulan Ramadan hadir dengan pakej pelbagai. Ia bulan ibadah penuh dengan ruang pahala berganda. Sejarah menyaksikan pelbagai kemenangan diraih dalam bulan Ramadan. Antaranya:  Kemenangan tentera Badar dengan kekuatan 313 orang tentera Islam berbekalkan iman yang tinggi.  Pembukaan kota Makkah juga berlaku dalam bulan Ramadan.  Peristiwa meruntuhkan segala bentuk berhala di ka’abah dan di kota Makkah berlaku pada bulan Ramadan tahun ke-7 hijrah  Kemenangan tentera Islam dalam Pe- perangan Qadisiyah pada tahun ke-15 Hijrah  Sallahuddin al-Ayyubi dan tenteranya mengalahkan pasukan tentera salib pada Ramadan 584 Hijrah.  Kemenangan tentera Mesir dan Syria mengalahkan tentera Israel di semenanjung Sinai pada Ramadan 1393. Hukum solat tarawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut. Inilah pendapat mazhab Hanafi, al-Syafie, Hambali dan sebahagian Maliki. Hukum sunat ini termasuk bagi lelaki dan wanita. Solat Tarawih ini termasuk dalam menegakkan syiar agama yang zahir lagi nyata. Sesiapa yang mendirikan solat Tarawih akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda kerana ia hanya dapat dilaksanakan pada bulan Ramadan. Tetapi tidak pula mendatangkan dosa jika tidak mengerjakannya. Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan malam bulan Ramadan (dengan amal ibdah) kerana percaya dengan janji Allah dan ikhlas untuk mendapat pahala kerana Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”-Riwayat al-Bukhari dan Muslim HUKUM SOLAT TARAWIH RAMADAN BULAN KEMENANGAN Para sahabat menuju ke medan perang dengan kekuatan fizikal dan semangat cintakan Islam yang mendalam. Di dalam hatinya ada semangat jihad. Hatinya sudah tidak terpikat dengan kemewahan dunia selain mengharapkan kenikmatan di dalam syurga. Mereka berjaya mengalahkan nafsu syahwat demi mengejar peluang bergelar syuhada’. Maka merekalah sebaik -baik pemenang, memperolehi trofi kea- gungan di bulan Ramadan. Jelaslah kepada kita, Ramadan merupakan medan meraih kemenangan. Kemenangan yang bakal kita kecapi bukan lagi dengan bermandikan darah menentang musuh, tetapi kemenangan mengalahkan nafsu syahwat melampau. Kemenangan mengalahkan hawa nafsu bukan letaknya pada ketajaman mata pedang, tetapi pada utuhnya iman di hati menepis segala godaan syaitan. Kuncinya ada pada hati yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah.
  • 3. EDISI 2/2013 RAHSIA TAMAR Jawapan: Menggunakan ubat gigi ketika bersugi pada siang Ramadan dibolehkan. Tetapi lebih afdhal ditinggalkan kerana dibimbangi rasanya sampai ke dalam perut.- pendapat Syeikh Uthaimin. Manakala hukum bersiwak (gosok gigi) selepas gelincir matahari adalah khilaf. Sebahagian mengatakan ianya makruh manakala yang lain mengharuskannya. Pendapat yang sahih dan rajih adalah harus. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa”-Riwayat Ahmad, al- Tirmizi & Baihaqi. Ulama’ muktabar menunjukkan contoh terbaik dalam perkara ini, contohnya:  Abdullah b al-Mubarak memberi makan saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat sedangkan dia ssendiri sedang berpuasa pada ketika itu.  Hammad menjamu 500 orang yang berpuasa pada setiap malam.  Hassan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan. Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh ulama’ terdahulu dalam menyantuni orang yang berpuasa. Memberi makan orang berpuasa ini suatu yang dituntut. Pilihlah untuk memberi, kerana dengan memberi kita diredhai. S o a l a n : A p a k a h d i b o l e h k a n menggunakan ubat gigi ketika bersugi di siang hari pada bulan Ramadan? FADHILAT MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA Menurut hasil 50 penelitian yang d i k e t e n g a h k a n dalam International Congress on Health and Ramadan di Casablanca pada 1994, puasa dapat m e m b a n t u mengatasi pelbagai g a n g g u a n kesihatan. Misalnya penyakit maag. Menurut Yusuf Ahmad (Ensiklopedia Mukjizat Sains dalam al-Qur’an dan sunnah) Buah kurma merupakan nikmat agung daripada Allah. Ia membekalkan pelbagai zat yang diperlukan oleh dan dapat diserap ke dalam system tubuh ba- dan manusia dengan ce- pat. Glukosa yang terkan- dung dalam buah kurma boleh dihadamkan dengan pantas dan ma- suk ke dalam sel hati, otak, darah, sistem otot. Soalan: Apakah dengan menjolok kerongkong sehing- ga termuntah membatalkan puasa? Jawapan: Jika menjolok jari ke dalam kerongkong dengan niat sengaja untuk muntah, maka puasanya batal. Jika tidak sengaja, seperti mabuk kenderaan, mabuk kapal, dan sebagainya, puasanya tidak batal. Soalan: Apakah hukum menggunakan inhaler di siang hari bagi pesakit asma? Jawapan: Menggunakan inhaler di siang hari dibolehkan kerana gas tersebut tidak sampai ke dalam perut, tetapi sekadar untuk pernafasan. Itulah pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi, Syeikh Bin Baz, dalam perbincangan feqah berkenaan hal perubatan dan rawa- tan kali ke-9. begitu juga pendapat Syeikh Uthaimin dan syeikh Ibn Jabrin Jawapan: Suntikan yang mengandungi bahan makanan seperti glukos pada siang hari Ramadan mem- batalkan puasa kerana ia di- anggap makanan pada uruf yang boleh mengenyangkan, seperti makanan biasa. –fatwa Syeikh Atiyah Saqr. PUASA DAN KESIHATAN Soalan: Apakah hukum suntikan yang mengandungi bahan makanan seperti glukos pada siang hari Ramadan?
  • 4. Tajuk : Ramadan, Pelbagai Hukum dan fatwa Puasa Penulis : Dr Zulkifli b Mohamad Al-Bakri Penerbit : Darul Syakir Enterprise Buku ini mengupas permasalahan dan menjawab kekeliruan umat Islam khususnya berkenaan dengan puasa. Kupasannya berdasarkan al-Qur’an dan hadis serta pandangan ulama’ muktabar. Kandungannya mudah difahami menyentuh beberapa aspek terutamanya fadhilat Ramadhan, kesempurnaan puasa, fatwa mengenai puasa, kemusykilan solat tarawih dan witir. Perbincangan puasa dilanjutkan pula dengan perbahasan menyambut Aidilfitri mengikut ajaran Islam dan ajaran Nabi SAW. Ia tidak rugi untuk dimiliki dan sesuai untuk dijadikan rujukan. LENSA IHYA’ RAMADAN Forum Bicara Wahyu Bil. 6/2013 telah diadakan di Dewan Serbaguna Blok E12, KPM Putrajaya pada 12 Julai 2013. Ahli panel terdiri daripada Ustaz Mohd Nidzam b Abdul Kadir (Pensyarah UIAM) dan Dr Nik Salida Suhaila bt Nik Salleh (Pensyarah Kanan USIM). Forum tersebut dimoderatorkan oleh Tn Hj Zulkefli b Hamat (Mursyid Imam Muda). Forum tersebut juga telah dirakam oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan KPM dan akan dimuat naik ke dalam portal Edu- webTV KPM. Sila emelkan sebarang maklum balas dan cadangan membina kepada : ruzain.mansor@moe.gov.my bagi tujuan penambahbaikan Jadual Waktu Berbuka Puasa BINGKISAN MINDA Sebarang pertanyaan mengenai Ihya Ramadan sila berhubung dengan Ustaz Abd Rahman Bin Che Soh, Penyelaras Ihya’ Ramadan KPM di talian 0199390400 Mana-mana Bahagian KPM dialu-alukan untuk menghantar info aktiviti ringkas Ihya’ Ramadan di bahagian masing-masing berserta foto aktiviti ke : ruzain.mansor@moe.gov.my