2. 4.1 Pengenalpastian
masalah
i) Mengenal pasti masalah.
Tema : Penyimpanan.
1. Saya berkongsi bilik dengan adik saya. Setiap
hari saya sering menghadapi masalah untuk
mencari alat tulis kerana ianya bersepah di
atas meja selepas dipinjam oleh adik saya.
Untuk mengatasi masalah ini saya bercadang
mereka sebuah Kotak Alat Tulis Serbaguna.
2. Saya mempunyai banyak buku teks dan buku
tulis. Apabila disusun di atas meja saya
menghadapi masalah untuk mencari buku
tersebut dan keadaan meja saya tidak kemas
dan rapi hingga tiada ruang untuk membuat
kerja rumah yang diberi oleh guru. Bagi
mengatasi masalah ini saya bercadang
membina sebuah Rak Buku .
3. Kesan positif pengenal pasti
masalah
• Merupakan faktor utama
wujudnya reka cipta.
• Merupakan asas seseorang
menyelesaikan masalah itu
menjadi kreatif dan inovatif.
• Akan menghasilkan sesuatu
penyelesaian dalam bentuk idea
atau produk.
4. Langkah awal
penyelesaian masalah
•Mengumpul maklumat
•Menganalisis maklumat
•Menyenaraikan pelbagai
idea penyelesaian
masalah
5. Mengumpul maklumat
dan data
• Lawatan
• Pemerhatian
• Melayari internet
• Bimbingan guru
• Soal selidik
• Pembacaan dan penyelidikan
• Pengalaman sendiri
6. 1. Lawatan
• Untuk meninjau hasil-hasil
rekaan yang sedia ada untuk
menjadi bahan contoh dalam
mereka cipta rekaan sendiri
7. 2. Pemerhatian
• Dapatkan maklumat hasil dari
pemerhatian dengan membuat
pengubahsuaian agar reka
bentuk lain dari apa yang
diperhatikan dan lebih menarik
8. 3. Melayari internet
• Mencari reka bentuk terkini
agar reka cipta yang dibuat
akan menjadi cipta terbaru
mengikut peredaran masa serta
berteknologi
9. 4. Bimbingan guru
• Mendapatkan nasihat reka
bentuk supaya reka bentuk reka
cipta yang dibuat bersesuaian
dengan bahan yang digunakan
dan ada dijual di pasaran
10. 5. Soal selidik
• Hasil reka cipta akan
mempunyai nilai komersial
melalui soal selidik dari orang
ramai atau pengguna
11. 6. Pembacaan dan
penyelidikan
• Untuk mendapatkan maklumat
berkaitan bahan-bahan dan
alatan yang sesuai digunakan
dalam reka cipta supaya ianya
dihasilkan dengan sempurna
12. 7. Pengalaman sendiri
• Merupakan cara mendapatkan
maklumat paling sesuai kerana
dari pengalaman sendiri idea
yang dihasilkan sesuai dengan
cita rasa diri dan orang lain
• Kehendak diri sendiri biasanya
akan menyamai dengan
kehendak orang lain
13. Menganalisis
maklumat
. Membuat perbandingan antara
barang-barang yang sedia ada
. Senaraikan perbandingan dari segi;
. Kelebihan
. Kekurangan
. Kapasiti
. Pilihan warna
. Bahan digunakan
. Ciri istimewa
14. Menyenaraikan
pelbagai idea
penyelesaian masalah
Buat lakaran sendiri dari segi;
. Bentuk dalam lukisan isometrik
. Bahan digunakan
. Dimensi iaitu ukuran panjang,
lebar, dan tinggi
. Nama projek
15.
16. Sekurangnya 3 bahan
. Papan lapis
. Kayu kecil
. MDF
. Mounting board
. Perspek
. Kepingan logam
. PVC
. Lain-lain
17. Pemilihan Idea
•Proses memilih satu dari
pelbagai pilihan
•Pilihan mampu
dilaksanakan
•Mempunyai ciri yang
menarik minat pengguna
18. Faktor Menilai dan memilih
idea yang paling sesuai:
• Keupayaan diri segi fizikal dan
kemudahan
• Ada pengetahuan dan kemahiran
• Ada bahan dan komponen
• Kos yang rendah
• Mudah dan sesuai
• Kepentingan produk menyelesaikan
masalah
• Mesra alam