Nabi Adam dan Hawa diciptakan di Syurga dan hidup bahagia di sana. Namun, mereka termakan tipu daya Iblis untuk memakan buah terlarang walaupun dilarang oleh Allah. Akibatnya, mereka menyesal dan memohon ampun kepada Allah. Allah memaafkan dosa mereka tetapi mengusir mereka ke bumi sebagai manusia pertama. Kisah ini mengajar manusia agar berwaspada daripada tipu daya syaitan dan sentiasa memohon ampun
1. 1
Nabi Adam di syurga
Assalamwalaikum pembuka bicara
Kepada hakim yang adil lagi bijaksana
Tak dilupa penonton dan pengecara
Di hari ini kita bersua
tanah liat kering ia dicipta
lumpur hitam dicampurlah juga } pantun
hembusan roh dari yang Esa
hiduplah Adam manusia pertama
Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi, langit, malaikat-malaikat Allah mahu mencipta pula
sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya
Firman Allah swt
Ertinya : dan dari kekuasaan Tuhan,diciptakanNya kamu dari tanah, kemudian katika itu
kamu menjadi manusia yang bertebaran.
Surah Ar-Rum ayat 20
Kawan-kawan sebaik-baiknya kejadian manusia berasal dari tanah syurga.Kita dari syurga
kawan-kawan...syurga.Subahanallah.
Tapi hari ini nyawa manusia tiada lagi berharga, pembuangan bayi dan pemerdagangan
manusia semakin menjadi-menjadi. Nyawa manusia tiada nilainya.
Sebaik mahluk yang Allah jadikan
Dari tanah Allah jadikan
Nabi Adam manusia pilihan
Manusia pertama dibumi tuhan
Allah memerintahkan para malakikat, iblis dan semua isi syurga sujud kepada adam. Mereka
risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan
kecuaian dan kelalaian menjalankan tugas mereka dalam ibadah. Semua malaikat sujud
kepada nabi adam kecuali iblis. :"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau
ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."....mengapa aku perlu sujud
padanya.
Firman Allah
2. 2
Ertinya : Iblis menjawab “ Aku lebih baik daripadanya. Aku Engkau ciptakan dari api dan dia
Engkau cipta dari tanah
Kawan-kawan kita tidak boleh bersikap takabur dengan kelebihan diri kita kerana semua itu
adalah anugerah dari Allah s.w.t. Lihat saja dunia hari ini banyak negara hancur disebabkan
para pemimpinnya bersikap takabbur seperti negara palestin rakyatnya yang tertindas
akhirnya bangkit untuk menentang pemimpin mereka.
Allah meyakinkan para malaikat akan kebenaran hikmah-Nya. Adam diajar nama-nama
pokok yang dapat hidup dimuka bumi dan nama setiap benda. Setelah itu Allah menguji
pengetahuan adam dan dia dapat menjawabnya.firmanlah Allah :
Maksudnya : Hai, adam! Beritahulah kepada mereka nama-nama benda ini
Al-baqarah 33
Rasa-rasanya...Dapatkah adam menjawab soalan? Bak kata kartun Boboi...Terbaik...adam
dapat menjawab semua soalan hingga para malaikat pun kagum akan
kepandaiannya.Namun demikian ada mahluk yang menaruh dendam kepada adam. Iblis
tidak berpuas hati dan berjanji akan menyesatkan keturunan adam.
Kawan-kawan, kita hendaklah mensyukuri akal yang berikan kepada kita.dan belajar
bersungguh-sungguh. Allah sudah berikan akal, kerajaan berikan bekal Rm 100..ha.kawan-
kawan tiada lagi alasan untuk kita malas belajar.
Ketika nabi Adam di syurga, Allah telah menciptakan Hawa untuk mendampinginya dan
menjadi teman hidupnya. Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam
yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur.ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di
sampingnya Lalu baginda disoal oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk
yang berada di sampingmu itu?" Berkatalah Adam:"Seorang perempuan." "Siapa
namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa", Untuk mendampingi, memberi kebahagian dan
mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."
3. 3
Seperti firman Allah
Hai Adam, tinggallah kamu dan isterimu di syurga ini dan makanlah makanannya yang
banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai dan janganlah kamu mendekati pohon ini
yang menyebabkan kamu termasuk orang yang zalim.
Surah al baqarah ayat 35
Pasangan serasi adam dan hawa
Hidup bahagia di dalam syurga
Hidup nikmat mendapat pahala
Jadi panduan setiap manusia
Ya kawan-kawan berkasih sayang bagai adam dan hawa.....tapi ingat kawan-kawan berkasih
biarlah dengan ikatan perkhawinan.....katakan tidak kepada zina.kajian menunjukkan
bahawa kebanyakan remaja di Malaysia terdedah dengan masalah sosial seperti berzina,
melahirkan anak diluar nikah dan
Walau pun nabi Adam dan Hawa bebas hidup di dalam syurga , tetapi Allah melarang
mereka daripada memakan buah khuldi. Tetapi Iblis mula menunjukkan rancangan untuk
menyesatkan dengan pelbagai cara dan kata-kata halus. Makanlah adam buah ini....rasanya
sedap....makanlah...makan.Akhirnya Adam dan Hawa termakanlah pujuk rayu yang halus
dan melanggari larangan Allah iaitu memakan buah khuldi.
Maksudnya : J anganlah kamu dekati pohon ini yang akan menyebabkan kamu keduanya
termasuk orang-orang yang zalim.
Surah Al-araf ayat 19
Demi mendengar firman Allah itu , sedarlah nabi Adam dan Hawa bahawa mereka telah
melanggari perintah Allah dan melakukan suatu kesalahan serta dosa besar. Maka mereka
menyesal dan berkatalah Nabi Adam:
Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri dan telah melanggari
perintah-Mu kerana terikut pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami kerana nescaya kami akan
tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."
4. 4
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya” Allah telah menerima taubat
Adam dan Hawa serta mengampunkan perbuatan yang mereka telah lakukan .sebagai
hukuman Allah telah memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama
bernama manusia.
Lantaran itu kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada tipu daya hasutan iblis yang akan
merugikan diri kita sendiri. Hasutan syaitan membuatkan kita melakukan dosa-dosa kecil
tanpa kita sedari seperti berbohong, mencuri dan mencedarakan orang lain.Saama-samalah
kita berbuat baik supaya kita kembali ke syurga.Segalanya bermula disini.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum w.w.