SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

        Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang dihormati guru-guru,
serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis Ramah
Mesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru.

       Penubuhan kelab ini pada tahun 2004 adalah hasil usaha Cikgu Mahani dan
Cikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif.
Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisan
bangsa.

        Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari
2004. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik. Saya
dan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan.Antara
kegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena dengan
Majlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru , Pesta
Tanglung dan Malam Kebudayaan 2004.

Hadirin sekalian,
         Kegiatan tersebut dirancang dengan tujuan untuk melatih anggota kelab agar
bekerjasama, berdisiplin, berdikari, yakin diri dan sebagainya.Sehubungan dengan
itu, diharapkan agar suatu ketika nanti akan lahirlah anggota masyarakat yang
berwawasan dan menghargai warisan bangsa. Selain itu, bakat semulajadi ahli kelab
dapat dicungkil dan daya kreativiti mereka dapat ditingkatkan.

       Kelab ini juga dapat membantu usaha membanteras gejala vandalisme
kerana masa lapang mereka telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Saya
menyeru kepada yang belum menyertai mana-mana kelab agar menyertai kelab
kesenian ini. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalam
aspek jasmani dan rohani.

       Akhir sekali, sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar kelab ini
terus maju dan semua anggotanya sentiasa berganding bahu menjayakan setiap
kegiatan yang disusun. Sekian, terima kasih.
1       Apakah matlamat utama penubuhan Kelab Kesenian tersebut ?

        A   Untuk menonjolkan bakat yang ada pada murid.
        B   Untuk membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan murid.
        C   Untuk melahirkan murid yang aktif dalam kokurikulum.
        D   Untuk menenangkan fikiran murid-murid.


2       Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul mungkin sekali...

        A   Pengerusi Kelab Kesenian
        B   Penaung Kelab Kesenian
        C   Penaja Kelab Kesenian
        D   Penasihat Kelab Kesenian


3       Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut ?

        A   Ketua murid
        B   Guru disiplin
        C   Pengerusi Kelab Kesenian
        D   Penasihat Kelab Kesenian

4       Pada pendapat anda, apakah yang ditekankan dalam ucapan tersebut ?

        A   Pentingnya disiplin anggota kelab
        B   Kegiatan yang akan dianjurkan oleh Kelab Kesenian
        C   Manfaat yang akan diperoleh oleh anggota Kelab Kesenian
        D   Masalah yang mungkin dihadapi oleh anggota Kelab Kesenian

5       Yang berikut adalah kebaikan menyertai Kelab Kesenian, kecuali...

        A   Dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid
        B   Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani
        C   Dapat mengharumkan nama sekolah
        D   Memupuk semangat bersatu


Jawapan ;

    1       menonjolkan bakat
    2       penasihat
    3       pengerusi
    4       manfaat
    5       mengharumkan nama
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

      Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha Puan
Halimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

       Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi
kesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidak
menyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya.
Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya.

Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman,
        Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hari
terakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan
namun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayah
saya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selama
saya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeri
Terengganu. Mereka peramah dan suka menolong.

        Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang
membuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu saya
dalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dan
tidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para guru
dan rakan akan tetap terpahat di hati saya.

Rakan-rakan yang dikasihi,
       Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagi
dengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin.
Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata.
Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti.

        Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakan-
rakan jika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini.
        Sekian, terima kasih.
1       Pada awal ucapan, penulis melahirkan perasaan...

        A   takut.
        B   sedih.
        C   panik.
        D   terkejut.


2       Apabila ayahnya dinaikkan pangkat,penulis terpaksa...

        A   menulis surat kepada kawan-kawannya.
        B   meninggalkan guru-guru, kawan-kawan dan sekolah.
        C   melupakan guru-guru dan kawan-kawannya di sekolah.
        D   menyampaikan ucapan perpisahan kepada guru-guru dan rakan-rakan.


3       Bagaimanakah cara penulis dan rakan-rakannya untuk terus berhubung
        setelah berpisah ?

        A   Telefon, surat dan E-mel.
        B   Telefon, wayarles dan radio.
        C   Telefon, televisyen dan radio.
        D   Surat, televisyen dan komputer.


4       Berikut adalah punca penulis berasa berat hati untuk berpindah kecuali...

        A   guru yang baik hati dan tekun mengajar.
        B   jiran yang peramah dan berbudi bahasa.
        C   rakan yang mudah menghulurkan bantuan.
        D   penduduk kampung sentiasa menghulurkan bantuan wang ringit.


5       Frasa terpahat di hati dalam petikan bermaksud...

        A   dekat di mata.
        B   sentiasa di sisi.
        C   segar dalam ingatan.
        D   mesra dalam sanubari.


Jawapan

    1       terkejut
    2       meninggalkan guru , rakan dan sekolah
    3       telefon, surat emel
    4       menghulur wang ringit
    5       segar dalam ingatan
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

       Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli,
pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat pagi dan
salam sejahtera.

        Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian
mengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam kehidupan
kita seharian.

Hadirin yang dihormati,
       Walaupun kita beranggapan 70 % daripada bumi ini diliputi air dan 30 %
sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripada
sejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 % adalah air tawar yang dapat
diminum dan digunakan manakala selebihnya adalah air masin.

         Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air. Jangan mandi
terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang banyak.Selain itu, kita juga
dinasihatkan agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh banyak
pakaian. Bagi menyiram pokok, mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air
hujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar.

        Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika menggunakan air,
Misalnya pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan air
meningkat secara mendadak dan kemungkinan besar empangan akan cepat surut
terutamanya ketika musim kemarau panjang.Mungkin pada waktu itulah kita akan
mulai terngadah kerana kekurangan air.

       Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian seperti
mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan
sebagainya termasuklah permaidani, jika dibandingkan dengan air yang kita gunakan
untuk minum, iaitu hanya 2 hingga 5 liter sehari.

       Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkan
pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuang
antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibat
sikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah
membuat laporan ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat.

      Air amat penting, jadi berjimatlah ketika menggunakan air walau di mana-
mana sahaja. Jadilah warga yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.
1       Apakah tujuan utama ceramah ini diadakan ?

        A   Memberitahu masyarakat tentang aktiviti yang menggunakan air
        B   Menegur sikap orang ramai yang tidak tahu memanfaatkan air
        C   Menyedarkan masyarakat bahawa negara hampir kehabisan air
        D   Memupuk sikap berjimat cermat dan menghargai air dalam kalangan
            pengguna
        .

2       Cara-cara berikut mampu menjimatkan air kecuali...

        A   menutup pili air dengan sempurna
        B   menyiram pokok bunga seminggu sekali
        C   membersihkan kawasan luar rumah dengan air hujan
        D   menggunakan mesin cuci ketika membasuh pakaian yang banyak


3       Penceramah menyentuh tentang peratus kandungan air yang boleh diminum
        di bumi ini bagi menunjukkan...

        A   sumber air yang terhad
        B   kegiatan manusia yang membazirkan air
        C   kehilangan air terutama pada musim kemarau
        D   pertambahan penduduk yang semakin pesat


4       Nasihat penceramah supaya air hujan digunakan juga dalam aktiviti
        pembersihan bertujuan memupuk sikap...

        A   berhati-hati
        B   berjaga-jaga
        C   beringat-ingat
        D   bertolak ansur


5       Perkataan ditadah dalam petikan bermaksud...

        A   ditapis
        B   disorok
        C   disimpan
        D   ditampung


Jawapan

    1       memupuk sikap
    2       menyiram pokok
    3       sumber air terhad
    4       beringat-ingat
    5       ditampung

More Related Content

What's hot (19)

Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Contoh teks pembawa acara perpisahan
Contoh teks pembawa acara perpisahanContoh teks pembawa acara perpisahan
Contoh teks pembawa acara perpisahan
 
Ucapan murid
Ucapan muridUcapan murid
Ucapan murid
 
Naskah pidato
Naskah pidatoNaskah pidato
Naskah pidato
 
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkanPidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johorBm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
 
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
Petikan ucapan
Petikan ucapanPetikan ucapan
Petikan ucapan
 
Print 2
Print 2Print 2
Print 2
 
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkanPidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
 
Pidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesiaPidato bahasa indonesia
Pidato bahasa indonesia
 
Contoh pidato
Contoh pidatoContoh pidato
Contoh pidato
 
Assalamualaikum wr
Assalamualaikum wrAssalamualaikum wr
Assalamualaikum wr
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Text amanat pembina upacara berbahasa inggris
Text amanat pembina upacara berbahasa inggrisText amanat pembina upacara berbahasa inggris
Text amanat pembina upacara berbahasa inggris
 
Pidato 17 agustus
Pidato 17 agustusPidato 17 agustus
Pidato 17 agustus
 
Susunan acara perpisahan smp
Susunan acara perpisahan smpSusunan acara perpisahan smp
Susunan acara perpisahan smp
 

Viewers also liked

41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besarbagero
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanjungle1982
 
37859044 format-ucapan-kkp
37859044 format-ucapan-kkp37859044 format-ucapan-kkp
37859044 format-ucapan-kkpVianica Nanu
 
Skrip mc majlis jasamu dikenang
Skrip mc   majlis jasamu dikenangSkrip mc   majlis jasamu dikenang
Skrip mc majlis jasamu dikenangFatonah Salehuddin
 
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharahTeks pengacara majlis persaraan pn jaharah
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharahRujhan Ibrahim
 
SELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARASELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARAImsamad
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahanguest76146e
 

Viewers also liked (11)

Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahan
 
MPS Portfolio
MPS PortfolioMPS Portfolio
MPS Portfolio
 
37859044 format-ucapan-kkp
37859044 format-ucapan-kkp37859044 format-ucapan-kkp
37859044 format-ucapan-kkp
 
Skrip mc majlis jasamu dikenang
Skrip mc   majlis jasamu dikenangSkrip mc   majlis jasamu dikenang
Skrip mc majlis jasamu dikenang
 
Ucapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawasUcapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawas
 
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharahTeks pengacara majlis persaraan pn jaharah
Teks pengacara majlis persaraan pn jaharah
 
SELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARASELAMAT BERSARA
SELAMAT BERSARA
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
 

Similar to Petikanucapan 110225060143-phpapp02(1)

Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bmKumar Vello
 
SOAL PTS KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docx
SOAL PTS  KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docxSOAL PTS  KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docx
SOAL PTS KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docxRachmahSafitri1
 
.Ujian BM PEMAHAMANtahun 4 KSSR 2015
.Ujian BM PEMAHAMANtahun 4 KSSR 2015.Ujian BM PEMAHAMANtahun 4 KSSR 2015
.Ujian BM PEMAHAMANtahun 4 KSSR 2015iza diana
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanIERA
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganPAKLONG CIKGU
 
Kelas3 ilmu pengetahuan_sosial
Kelas3 ilmu pengetahuan_sosialKelas3 ilmu pengetahuan_sosial
Kelas3 ilmu pengetahuan_sosialAyoBelajar6
 
Bahasa Indonesia kelas 2 MI
Bahasa Indonesia kelas 2 MIBahasa Indonesia kelas 2 MI
Bahasa Indonesia kelas 2 MInixma zizah
 
Contoh proposal kegiatan gabrielle
Contoh proposal kegiatan gabrielleContoh proposal kegiatan gabrielle
Contoh proposal kegiatan gabriellelinkherz
 
Contoh proposal kegiatan gabrielle
Contoh proposal kegiatan gabrielleContoh proposal kegiatan gabrielle
Contoh proposal kegiatan gabrielleGabrielle Linkherz
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialasih yuliana
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialnixma zizah
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialasih yuliana
 

Similar to Petikanucapan 110225060143-phpapp02(1) (20)

Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
SOAL PTS KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docx
SOAL PTS  KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docxSOAL PTS  KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docx
SOAL PTS KELAS 6 SEMESTER 2 BAHASA INDONESIA KURIKULUM 2013.docx
 
.Ujian BM PEMAHAMANtahun 4 KSSR 2015
.Ujian BM PEMAHAMANtahun 4 KSSR 2015.Ujian BM PEMAHAMANtahun 4 KSSR 2015
.Ujian BM PEMAHAMANtahun 4 KSSR 2015
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkan
 
Tip Penulisan Karangan
Tip Penulisan KaranganTip Penulisan Karangan
Tip Penulisan Karangan
 
Bahagian B
Bahagian BBahagian B
Bahagian B
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Tugas TIK
Tugas TIKTugas TIK
Tugas TIK
 
Kelas3 ilmu pengetahuan_sosial
Kelas3 ilmu pengetahuan_sosialKelas3 ilmu pengetahuan_sosial
Kelas3 ilmu pengetahuan_sosial
 
Bahasa indonesia 1
Bahasa indonesia 1Bahasa indonesia 1
Bahasa indonesia 1
 
Subtema 1.pptx
Subtema 1.pptxSubtema 1.pptx
Subtema 1.pptx
 
Bahasa Indonesia kelas 2 MI
Bahasa Indonesia kelas 2 MIBahasa Indonesia kelas 2 MI
Bahasa Indonesia kelas 2 MI
 
Contoh proposal kegiatan gabrielle
Contoh proposal kegiatan gabrielleContoh proposal kegiatan gabrielle
Contoh proposal kegiatan gabrielle
 
Contoh proposal kegiatan gabrielle
Contoh proposal kegiatan gabrielleContoh proposal kegiatan gabrielle
Contoh proposal kegiatan gabrielle
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosial
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosial
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosial
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosial
 
Ips kelas 3 - wida widianti
Ips kelas 3  - wida widiantiIps kelas 3  - wida widianti
Ips kelas 3 - wida widianti
 

More from rizal hamdan

Jadual perlawanan kejohanan esport mlbb (sr) kerian 2021 (1)
Jadual perlawanan kejohanan esport mlbb (sr) kerian 2021 (1)Jadual perlawanan kejohanan esport mlbb (sr) kerian 2021 (1)
Jadual perlawanan kejohanan esport mlbb (sr) kerian 2021 (1)rizal hamdan
 
Kertas kerja bijak linus 2012
Kertas kerja bijak linus 2012Kertas kerja bijak linus 2012
Kertas kerja bijak linus 2012rizal hamdan
 
Cakap ajuk dan pindah
Cakap ajuk dan pindahCakap ajuk dan pindah
Cakap ajuk dan pindahrizal hamdan
 
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesengganganrizal hamdan
 
Persatuan pendidikan islam
Persatuan pendidikan islamPersatuan pendidikan islam
Persatuan pendidikan islamrizal hamdan
 

More from rizal hamdan (8)

Jadual perlawanan kejohanan esport mlbb (sr) kerian 2021 (1)
Jadual perlawanan kejohanan esport mlbb (sr) kerian 2021 (1)Jadual perlawanan kejohanan esport mlbb (sr) kerian 2021 (1)
Jadual perlawanan kejohanan esport mlbb (sr) kerian 2021 (1)
 
Linus 3m
Linus 3mLinus 3m
Linus 3m
 
Kertas kerja bijak linus 2012
Kertas kerja bijak linus 2012Kertas kerja bijak linus 2012
Kertas kerja bijak linus 2012
 
Cakap ajuk dan pindah
Cakap ajuk dan pindahCakap ajuk dan pindah
Cakap ajuk dan pindah
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Rsp didik hibur
Rsp didik hiburRsp didik hibur
Rsp didik hibur
 
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
69215194 5-1-konsep-definisi-dan-kepentingan-rekreasi-dan-kesenggangan
 
Persatuan pendidikan islam
Persatuan pendidikan islamPersatuan pendidikan islam
Persatuan pendidikan islam
 

Petikanucapan 110225060143-phpapp02(1)

  • 1. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang dihormati guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis Ramah Mesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru. Penubuhan kelab ini pada tahun 2004 adalah hasil usaha Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif. Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisan bangsa. Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari 2004. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik. Saya dan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan.Antara kegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena dengan Majlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru , Pesta Tanglung dan Malam Kebudayaan 2004. Hadirin sekalian, Kegiatan tersebut dirancang dengan tujuan untuk melatih anggota kelab agar bekerjasama, berdisiplin, berdikari, yakin diri dan sebagainya.Sehubungan dengan itu, diharapkan agar suatu ketika nanti akan lahirlah anggota masyarakat yang berwawasan dan menghargai warisan bangsa. Selain itu, bakat semulajadi ahli kelab dapat dicungkil dan daya kreativiti mereka dapat ditingkatkan. Kelab ini juga dapat membantu usaha membanteras gejala vandalisme kerana masa lapang mereka telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Saya menyeru kepada yang belum menyertai mana-mana kelab agar menyertai kelab kesenian ini. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalam aspek jasmani dan rohani. Akhir sekali, sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar kelab ini terus maju dan semua anggotanya sentiasa berganding bahu menjayakan setiap kegiatan yang disusun. Sekian, terima kasih.
  • 2. 1 Apakah matlamat utama penubuhan Kelab Kesenian tersebut ? A Untuk menonjolkan bakat yang ada pada murid. B Untuk membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan murid. C Untuk melahirkan murid yang aktif dalam kokurikulum. D Untuk menenangkan fikiran murid-murid. 2 Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul mungkin sekali... A Pengerusi Kelab Kesenian B Penaung Kelab Kesenian C Penaja Kelab Kesenian D Penasihat Kelab Kesenian 3 Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut ? A Ketua murid B Guru disiplin C Pengerusi Kelab Kesenian D Penasihat Kelab Kesenian 4 Pada pendapat anda, apakah yang ditekankan dalam ucapan tersebut ? A Pentingnya disiplin anggota kelab B Kegiatan yang akan dianjurkan oleh Kelab Kesenian C Manfaat yang akan diperoleh oleh anggota Kelab Kesenian D Masalah yang mungkin dihadapi oleh anggota Kelab Kesenian 5 Yang berikut adalah kebaikan menyertai Kelab Kesenian, kecuali... A Dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan murid B Meningkatkan kecergasan rohani dan jasmani C Dapat mengharumkan nama sekolah D Memupuk semangat bersatu Jawapan ; 1 menonjolkan bakat 2 penasihat 3 pengerusi 4 manfaat 5 mengharumkan nama
  • 3. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha Puan Halimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidak menyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya. Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya. Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman, Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hari terakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan namun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayah saya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selama saya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeri Terengganu. Mereka peramah dan suka menolong. Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang membuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu saya dalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dan tidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para guru dan rakan akan tetap terpahat di hati saya. Rakan-rakan yang dikasihi, Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagi dengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin. Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata. Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti. Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakan- rakan jika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini. Sekian, terima kasih.
  • 4. 1 Pada awal ucapan, penulis melahirkan perasaan... A takut. B sedih. C panik. D terkejut. 2 Apabila ayahnya dinaikkan pangkat,penulis terpaksa... A menulis surat kepada kawan-kawannya. B meninggalkan guru-guru, kawan-kawan dan sekolah. C melupakan guru-guru dan kawan-kawannya di sekolah. D menyampaikan ucapan perpisahan kepada guru-guru dan rakan-rakan. 3 Bagaimanakah cara penulis dan rakan-rakannya untuk terus berhubung setelah berpisah ? A Telefon, surat dan E-mel. B Telefon, wayarles dan radio. C Telefon, televisyen dan radio. D Surat, televisyen dan komputer. 4 Berikut adalah punca penulis berasa berat hati untuk berpindah kecuali... A guru yang baik hati dan tekun mengajar. B jiran yang peramah dan berbudi bahasa. C rakan yang mudah menghulurkan bantuan. D penduduk kampung sentiasa menghulurkan bantuan wang ringit. 5 Frasa terpahat di hati dalam petikan bermaksud... A dekat di mata. B sentiasa di sisi. C segar dalam ingatan. D mesra dalam sanubari. Jawapan 1 terkejut 2 meninggalkan guru , rakan dan sekolah 3 telefon, surat emel 4 menghulur wang ringit 5 segar dalam ingatan
  • 5. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli, pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian mengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam kehidupan kita seharian. Hadirin yang dihormati, Walaupun kita beranggapan 70 % daripada bumi ini diliputi air dan 30 % sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripada sejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 % adalah air tawar yang dapat diminum dan digunakan manakala selebihnya adalah air masin. Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air. Jangan mandi terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang banyak.Selain itu, kita juga dinasihatkan agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh banyak pakaian. Bagi menyiram pokok, mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air hujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar. Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika menggunakan air, Misalnya pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan air meningkat secara mendadak dan kemungkinan besar empangan akan cepat surut terutamanya ketika musim kemarau panjang.Mungkin pada waktu itulah kita akan mulai terngadah kerana kekurangan air. Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian seperti mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan sebagainya termasuklah permaidani, jika dibandingkan dengan air yang kita gunakan untuk minum, iaitu hanya 2 hingga 5 liter sehari. Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkan pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuang antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibat sikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah membuat laporan ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat. Air amat penting, jadi berjimatlah ketika menggunakan air walau di mana- mana sahaja. Jadilah warga yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.
  • 6. 1 Apakah tujuan utama ceramah ini diadakan ? A Memberitahu masyarakat tentang aktiviti yang menggunakan air B Menegur sikap orang ramai yang tidak tahu memanfaatkan air C Menyedarkan masyarakat bahawa negara hampir kehabisan air D Memupuk sikap berjimat cermat dan menghargai air dalam kalangan pengguna . 2 Cara-cara berikut mampu menjimatkan air kecuali... A menutup pili air dengan sempurna B menyiram pokok bunga seminggu sekali C membersihkan kawasan luar rumah dengan air hujan D menggunakan mesin cuci ketika membasuh pakaian yang banyak 3 Penceramah menyentuh tentang peratus kandungan air yang boleh diminum di bumi ini bagi menunjukkan... A sumber air yang terhad B kegiatan manusia yang membazirkan air C kehilangan air terutama pada musim kemarau D pertambahan penduduk yang semakin pesat 4 Nasihat penceramah supaya air hujan digunakan juga dalam aktiviti pembersihan bertujuan memupuk sikap... A berhati-hati B berjaga-jaga C beringat-ingat D bertolak ansur 5 Perkataan ditadah dalam petikan bermaksud... A ditapis B disorok C disimpan D ditampung Jawapan 1 memupuk sikap 2 menyiram pokok 3 sumber air terhad 4 beringat-ingat 5 ditampung