SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
HBSC 2203




         FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



                     JANUARI 2013




                      HBSC 2203



          ( TOOLS OF LEARNING SCIENCE )




NO. MATRIKULASI           :   821227136059001
NO. KAD PENGENALAN        :   821227136059
NO. TELEFON               :   019 - 4380100
E-MEL                     :   mohdnuruzzaman@gmail.com




PUSAT PEMBELAJARAN        :   MIRI LEARNING CENTRE, MIRI,
                              SARAWAK



                          1
HBSC 2203


                         ISI KANDUNGAN


BIL.                  KANDUNGAN                    MUKASURAT
 1                    PENGENALAN                       3
       PERBINCANGAN MENGENAI KEMAHIRAN SAINTIFIK
 2                                                     5
                  DAN KEMAHIRANNYA
       PERBINCANGAN MENGENAI KEMAHIRAN SAINTIFIK
 3           DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN            10
                    PEMBELAJARAN
 4         CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI           16
 5                    KESIMPULAN                      18
 6                    APPENDIKS                       19




                               2
HBSC 2203


1.0 PENGENALAN
       Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) mula diperkenalkan pada 1982 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia setelah mendengar dan meneliti hasil Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979 mengenai penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia.
Daripada 305 sekolah perintis yang mengalami transformasi ini secara percubaan, maka pada
tahun seterusnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) dijalankan sepenuhnya di
seluruh negara mulai 1983.
       Pada tahun 1994, pendidikan negara menerima satu lagi transformasi iaitu pengenalan
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Salah satu transformasi utamanya
ialah matapelajaran Alam dan Manusia, telah dipecahkan kepada dua matapelajaran iaitu
Sains dan Kajian Tempatan. Matapelajaran Sains menjadi salah satu matapelajaran teras
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak 1995 dengan Kajian Tempatan menjadi
matapelajaran wajib di sekolah.
       Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains, 2003 terbitan Kementerian Pelajaran
Malaysia, tujuan matapelajaran Sains ini digubal adalah untuk “melahirkan pembelajaran
sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran”. Dengan ini, mata pelajaran
Sains digubal dengan adanya penguasaan kemahiran dan sikap saintifik dan nilai murni.
Berdasarkan fokus matapelajaran Sains pula dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains, mata
pelajaran Sains sekolah rendah adalah merupakan program 3 tahun oleh murid – murid Tahap
II dan Tahap I pada tahun 2003, selaras dengan pelaksanaan Semakan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah atas pengenalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
       Antara fokus yang dititikberatkan dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah ialah :
“      ..... memberi asas yang kukuh kepada pengetahuan Sains, kemahiran berfikir,
kemahiran saintifik dan sikap saintifik .....”.
    [ Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Enam, terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum]
       Ini merujuk kepada mata pelajaran sains yang menitikberatkan terhadap kemahiran
saintifik serta kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Kemahiran saintifik ini amat penting
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains kerana ia membolehkan proses merentasi
kurikulum dan perkaitan dunia Sains dengan kehidupan seharian mereka dapat diaplikasikan.
       Walaupun terdapatnya sedikit perubahan dalam interaksi kurikulum Sains Sekolah
Rendah seperti pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) pada 2010. Ini
merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menaiktaraf sistem pendidikan negara yang
selama ini berorientasikan peperiksaan. Untuk mata pelajaran Sains, ia secara langsung

                                                  3
HBSC 2203


diubah kepada Dunia Sains dan Teknologi ( DST ); yang memberi ruang pelajar untuk
mengenali dunia komputer dan teknologi maklumat. Namun begitu, konsep kemahiran
saintifik tidak diubah sama sekali secara langsung atas kepentingannya dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains.
       Dalam kemahiran saintifik, terdapat beberapa aspek yang perlu diperkenalkan kepada
guru – guru untuk mengaplikasikan konsep ke dalam kehidupan seharian pelajar – pelajar
Sains sekolah rendah.




                                            4
HBSC 2203


2.0     PERBINCANGAN          MENGENAI         KEMAHIRAN           SAINTIFIK       DAN
KEPENTINGANNYA
        Menurut Kamus Dewan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustakan ( DBP ), perkataan
“kemahiran” diambil dari kata “mahir” yang membawa maksud kecekapan dan kemahiran.
Manakala perkataan “saintifik” pula membawa maksud “bukan sesuatu yang dilakukan
mengikut kaedah dan konsep prinsip sains. Jadi, jika digabungkan maka ia membawa maksud
kecekapan dan kebolehan seseorang itu untuk melakukan sesuatu mengikut kaedah dan
konsep prinsip Sains dengan langkah yang teratur.” Dengan ini, pelajar akan melakukan
sesuatu pengetahuan Sains itu dengan kaedah dan prinsip Sains yang betul dengan bertujuan
memperolehi kemahiran yang betul.
        Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains terbitan Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pengajaran dan pembelajaran Sains merupakan
satu mata pelajaran yang menitikberatkan aktiviti – aktiviti penyiasatan dan penyelidikan
terhadap alam sekeliling. Kaedah – kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek
adalah berkaitan dengan kemahiran saintifik yang perlu diamalkan untuk memperolehi
keputusan yang jitu. Dalam kemahiran saintifik, terdapat dua jenis kemahiran iaitu
KEMAHIRAN PROSES SAINS dan KEMAHIRAN MANIPULATIF.
        Jadual di bawah menunjukkan pengelasan kedua – dua kemahiran yang dinyatakan di
atas.




                                           5
HBSC 2203


                      KEMAHIRAN SAINTIFIK



KEMAHIRAN PROSES SAINS               KEMAHIRAN MANIPULATIF



KEMAHIRAN PROSES SAINS
        ASAS

   Memerhatikan                           Menggunakan dan
   Mengelas                                mengendalikan peralatan
   Mengukur dengan                         Sains dengan betul
    menggunakan nombor                     Menyimpan peralatan Sains
   Membuat inferens                        dengan betul dan Selamat
   Meramal                                Membersihkan peralatan
   Berkomunikasi                           Sains dengan cara yang
   Menggunakan perhubungan                 betul
    ruang dan masa                         Mengendalikan spesimen
                                            dengan betul dan cermat
                                           Melakar spesimen, peralatan
                                            dan bahan Sains dengan
                                            betul

KEMAHIRAN PROSES SAINS
     BERSEPADU


   Mentafsirkan data
   Mendefinisikan secara
    operasi
   Mengawal pembolehubah
   Membuat hipotesi




                               6
HBSC 2203


        Berdasarkan jadual di atas, saya akan menerangkan secara ringkas mengenai kedua –
dua kemahiran tersebut.


1. Kemahiran Proses Sains Asas


        Kemahiran Proses Sains yang pertama ialah MEMERHATI. Kemahiran memerhati
ialah satu kemahiran di mana pelajar akan menggunakan lima deria mereka iaitu penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai
sesuatu aktiviti Sains semasa ia berlangsung. Kemahiran memerhati kebiasaan berlaku pada
aktiviti Sains sedang dijalankan.
        Yang kedua ialah MENGELAS. Kemahiran ini muncul selepas kemahiran
memerhati, apabila pelajar dikehendaki mengumpul dan mengelaskan objek, bahan,
pernyataan atau fakta kepada kriteria – kriteria tertentu yang sepunya. Ia dicirikan mengikut
kelas – kelas tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu aktiviti sains tersebut.
        Kegunaan MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR ialah membuat
pemerhatian secara kualitatif berasaskan nombor dan alat ukuran secara piawai seperti dalam
ukuran panjang, mengukur masa, jisim dan apa sahaja perkaitan mengenai pemerhatian
mengenai pengukuran. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan sesuatu pemerhatian itu
menjadi lebih tepat dan lebih jitu.
        MEMBUAT INFERENS pula adalah salah satu kemahiran proses sains asas. Setelah
pemerhatian dijalankan, pelajar dikehendaki memberikan satu kesimpulan awal atau sebab
mengapa sesuatu fenomena atau aktiviti itu terhasil. Ia haruslah dinyatakan secara logik,
selaras dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Ini kerana sesuatu keputusan itu terhasil
berdasarkan beberapa sebab yang munasabah.
        MERAMAL pula adalah satu kemahiran proses sains yang meminta pelajar membuat
sesuatu jangkaan dan membuat satu kajian masa depan (KMD) ke atas sesuatu fenomena atau
aktiviti yang dijalankan. Ia haruslah merujuk kepada pemerhatian yang telah diperhatikan,
dikelaskan dan membuat perkaitan tentang jangkaan keputusan yang akan berlaku jika
aktiviti itu diteruskan.
        Setelah itu, pelajar akan berhadapan dengan Kemahiran Proses Sains seterusnya iaitu
BERKOMUNIKASI. Berkomunikasi dari sudut pandangan sains bukanlah satu kenyataan
yang bersifat lisan semata – mata, tetapi melibatkan aktiviti menerima, memilih, menyusun
serta mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk data, tulisan, lisan, graf, grafik
dan sebagainya.

                                               7
HBSC 2203


2.Kemahiran Proses Sains Bersepadu


        Antara kemahiran proses sains tersebut ialah MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN
ANTARA RUANG DAN MASA. Tujuannya adalah untuk menerangkan tentang sesuatu
perubahan parameter seperti lokasi, saiz, arah, bentuk, isipadu dan jisim mengikut masa –
masa yang telah ditetapkan dalam sesuatu aktiviti Sains.
        MENTAFSIR DATA merupakan salah satu lagi kemahiran proses sains dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains. Ianya bertujuan untuk menerangkan secara logik
tentang objek, peristiwa dan corak atas data atau keputusan aktiviti Sains yang diperolehi.
        MENDEFINISIKAN SECARA OPERASI ialah salah satu kemahiran proses yang
memberi tafsiran atau penerangan secara spesifik mengenai sesuatu konsep aktiviti itu
dijalankan. Konsep aktiviti ini adalah menjurus kepada tujuan dan bagaimana aktiviti itu
dijalankan untuk memperolehi keputusan.
        Selain    itu,      kemahiran   proses    sains   harus   diselarikan   dengan    kemahiran
MENGAWAL PEMBOLEHUBAH. Dalam sesuatu aktiviti penyiasatan, terdapat tiga jenis
pembolehubah        iaitu     pembolehubah       dimalarkan,   pembolehubah     dimanipulasi   dan
pembolehubah bergerakbalas. Pembolehubah dimanipulasi ialah sesuatu perkara atau
peristiwa dalam aktiviti yang menyebabkan sesuatu keputusan itu terhasil, dan ia menjurus
kepada terhasilnya pembolehubah bergerakbalas. Manakala pembolehubah dimalarkan ialah
sesuatu bahan, objek, kenyataan atau peralatan dalam aktiviti yang dilakukan dalam
penghasilan pembolehubah dimanipulasi namun ia haruslah terdiri daripada peralatan yang
sama.
        Seterusnya ialah MEMBUAT HIPOTESIS. Ia bertujuan untuk membuat satu
kesimpulan awal ataupun kesimpulan umum mengenai hubungan antara pembolehubah yang
dapat menerangkan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. Ia haruslah diuji dalam aktiviti
untuk membuktikan kesahihan sesuatu konsep dan seterusnya menerangkan kesimpulan
secara ringkas.


3. Kemahiran Manipulatif
Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kemahiran manipulatif
merupakan “berkaitan dengan”. Jadi, secara amnya kemahiran manipulatif ialah salah satu
kemahiran yang berkaitan dengan pembelajaran Sains.
        Terdapat 5 kemahiran manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.
Antaranya ialah :

                                                    8
HBSC 2203



3.1 Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
       Dalam aktiviti yang melibatkan eksperimen, projek, kajian dan lain – lain; pengajaran
dan pembelajaran Sains menggunakan pelbagai peralatan untuk aktiviti. Guru akan
memantau pelajar – pelajar dalam menggunakan dan mengendalikan peralatan Sains supaya
ia digunakan dengan betul dan selaras dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Menyimpan bahan dan peralatan Sains dengan betul dan selamat.
       Setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains, guru seharusnya membuat
pemantauan bagaimana pelajar bekerjasama dalam membersihkan dan sekaligus menyimpan
peralatan Sains di tempat asal. Ini bertujuan memastikan peralatan tersebut sentiasa dalam
keadaan baik, dan boleh digunakan semula di masa hadapan. Secara tidak langsung, ia akan
menerapkan nilai – nilai murni untuk mendisiplinkan pelajar dalam menyimpan peralatan
Sains dengan baik dan tersusun.
3.3 Membersihkan peralatan Sains dengan cara yang betul.
       Setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidak lupa juga dengan
pembersihan peralatan yang dijalankan selepas itu. Bahan – bahan seperti tabung uji, bikar,
termometer dan bahan yang melibatkan penggunaan alatan juga mesti dibersihkan air.
Sekiranya ada bahan – bahan yang digunakan bersifat kimia dan berbahaya, adalah lebih baik
jika ia dikendalikan bersama dengan guru dan pembantu makmal mengikut prosedur
pelupusan bahan yang betul supaya keselamatan pelajar lebih terjamin.
3.4 Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat
       Dalam aktiviti Sains, terdapat beberapa topik yang melibatkan pengendalian spesimen
hidup ataupun mati untuk tujuan kajian. Contohnya terdapat dalam Topik Sains Tahun 4 iaitu
keperluan asas tumbuhan. Pelajar mungkin dikehendaki untuk mengendalikan tumbuhan
hidup untuk tujuan kajian; dan ini memerlukan penumpuan yang tinggi supaya tumbuhan itu
tidak mati dan dapatan hasil kajian yang lebih baik.
3.5 Melakar spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan tepat.
       Dalam aktiviti melibatkan kajian, kadangkala sesuatu kajian itu memerlukan lakaran
yang tepat dan jitu dalam memperolehi hasil keputusan melalui pemerhatian. Pelajar
dikehendaki melukis spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan tepat supaya hasil kajian
akhir boleh dipercayai dan menjadi rujukan mereka di masa akan datang.




                                              9
HBSC 2203



3.0 PERBINCANGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KEPENTINGANNYA
   DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS


       Untuk aspek ini, saya telah memilih dua kemahiran yang saya perolehi berdasarkan
Buku Teks Amali Sains Tahun 5. Berikut adalah gambaran 2 aktiviti utama. Topik adalah
       (1) Mikroorganisma
       (2) Faktor – faktor yang mempengaruhi penyejatan


1. MIKROORGANISMA
       Berikut merupakan salah satu cetakan yang digunakan dalam aktiviti 1 berdasarkan
Buku Praktikal / Amali Sains Tahun 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.




                                           10
HBSC 2203




           Berdasarkan gambarajah di atas, terdapat beberapa kemahiran saintifik yang merujuk
kepada kemahiran proses sains. Jika dilihat kepada Gambar 2 : Langkah yang ketiga terdapat
kemahiran memerhati menggunakan kanta pembesar. Ia dianggap kemahiran memerhati
kerana menggunakan salah satu deria manusia iaitu deria penglihatan. Terdapat amaran
supaya kemahiran lain seperti sentuhan tidak digunakan atas sebab keadaan kulat atau roti
yang tercemar dengan mikroorganisma merbahaya.
           Kemudian merujuk pula kepada jadual yang dilampirkan pada PEMERHATIAN.
Merujuk pada jadual tersebut, pelajar dikehendaki menterjemahkan hasil penyiasatan mereka
dalam bentuk lukisan selama 5 hari secara berturutan. Ini boleh dinamakan sebagai
kemahiran berkomunikasi, di mana mereka mempersembahkan hasil kajian melalui lukisan.
           Seterusnya kita merujuk kepada soalan – soalan yang dikemukakan dalam aktiviti
tersebut. Soalan ketiga menjurus kepada kemahiran membuat inferens, kerana pelajar
dikehendaki menyatakan satu sebab kenapa berlakunya perubahan pada roti selama 5 hari itu
terjadi.




                                               11
HBSC 2203


       Untuk kategori soalan untuk aktiviti ini, pelajar dikehendaki untuk menyatakan
kesimpulan umum pada aktiviti amali tersebut, dan ini menjurus kepada kemahiran membuat
hipotesis atau kesimpulan ringkas berdasarkan hasil kajian mereka.
       Terdapat aktiviti dan soalan lanjutan berdasarkan hasil kajian yang mereka lakukan.
Soalan tersebut merujuk kepada hasil kajian seterusnya tetapi menggunakan bahan yang lain
seperti buah betik seperti pada mukasurat 3 Buku Amali Aktiviti Sains. Tetapi jika dilihat
pada soalan seterusnya, ia memerlukan pelajar untuk mengasah minda mereka berdasarkan
graf yang ditunjukkan. Pelajar dikehendaki untuk mentafsir graf tersebut sekaligus dianggap
sebagai kemahiran mentafsir data seperti yang diterapkan dalam kemahiran proses sains
bersepadu. Soalan – soalan yang dikemukakan amat mencabar, di mana pelajar dikehendaki :
(a) Mentafsir graf iaitu mengenali corak atau trend graf;
(b) Memberi hubungan, dulu hubungan dikenali juga seperti hipotesis.
(c) Memberikan sebab yang munasabah atas keadaan yang terjadi.
       Ini sekaligus melibatkan beberapa kemahiran proses sains bersepadu seperti mentafsir
data, membuat hubungan antara dua pembolehubah pada graf dan memberi inferens yang
bersesuaian sejajar dengan konsep yang hendak diterapkan. Selain itu, pembolehubah lain
seperti mendefinisi secara operasi dan mengawal pembolehubah turut saling berkait rapat
dalam aktiviti ini. Ini disebabkan oleh pelajar harus memahami konsep awal terlebih dahulu
dan boleh mengenalpasti pembolehubah – pembolehubah yang bertujuan memudahkan
pelajar untuk membuat perkaitan dan perhubungan pada ruangan hipotesis.
       Manakala untuk Kemahiran Manipulatif, perkara pertama yang dapat diterapkan ialah
menggunakan dan mengendalikan peralatan Sains dengan betul. Ini kerana menurut lembaran
tadi, peralatan Sains tersebut hendaklah digunakan dengan betul seperti kanta pembesar.
Kanta pembesar digunakan untuk memerhati kulat yang wujud di permukaan roti. Antara
kemahiran manipulatif dalam kemahiran proses sains ialah menyimpan dan juga
membersihkan peralatan Sains dengan betul. Adalah penting supaya pelajar boleh
menyimpan dan membersihkan barangan dan dengan betul dan baik supaya boleh digunakan
di masa – masa mendatang.
       Terdapat jua kemahiran manipulatif lain seperti melakar spesimen, peralatan dan
bahan Sains dengan tepat. Jika dilihat pada lampiran yang disediakan, terdapat satu jadual
yang meminta pelajar melukiskan keadaan roti mengikut hari pertama hingga kelima. Jadi ini
merupakan satu kaedah atau kemahiran untuk melakar spesimen dengan tepat.




                                              12
HBSC 2203


2. FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYEJATAN
      Ini juga merupakan satu cetakan yang diambil daripada Buku Praktikal / Amali Sains
Tahun 5.




                                          13
HBSC 2203




       Dalam aktiviti kedua ini, ia melibatkan beberapa kemahiran saintifik yang perlu
diterapkan. Menyentuh kepada kemahiran proses sains, yang pertama ialah kemahiran proses
sains memerhati. Dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki memerhati dan meneliti hasil
keputusan pada setiap aktiviti A. Suhu, B. Angin dan C. Luas permukaan. Mereka akan
menggunakan deria – deria tertentu seperti penglihatan dan sentuhan. Pelajar boleh
menyentuh bahan yang diuji kerana ia hanya terdiri daripada air.
       Selain itu, kemahiran proses sains yang seterusnya ialah mengelas. Pelajar
dikehendaki mengelas kuantiti air yang tinggal sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. Ini
bertujuan untuk membanding beza hasil keputusan awal dan akhir. Selain itu, kemahiran
proses sains iaitu mengukur dengan menggunakan nombor juga terlibat. Jika merujuk kepada
Aktiviti A, B dan C, pelajar dikehendaki untuk menguji hasil penyiasatan selama 2 jam.
       Manakala kemahiran proses sains dalam memberikan inferens hanya muncul pada
soalan – soalan yang dikemukakan pada akhir aktiviti dan soalan – soalan berkaitan pada
buku Amali tersebut. Kemahiran berkomunikasi pula muncul semasa aktiviti merekodkan
data yang dikutip daripada hasil penyiasatan untuk dimasukkan dalam jadual rekod pada
mukasurat 3.
       Untuk kemahiran proses sains bersepadu pula,         kemahiran yang pertama ialah
kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa. Untuk aktiviti A, B dan C pelajar
dikehendaki untuk merekodkan isipadu awal dan akhir selama 2 jam. Selain itu, aktiviti ini
juga mengetengahkan kemahiran proses sains dalam mendefinisikan secara operasi. Ini
kerana pelajar akan menggunakan konsep penyejatan ini berdasarkan 3 aktiviti berbeza tetapi
konsep yang hendak diterapkan adalah sama iaitu mengkaji faktor – faktor penyejatan.
       Selain itu, kemahiran sains seperti mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis.
Mengawal pembolehubah di dalam aktiviti amali ini amat sukar kerana pelajar akan
melakukan 3 aktiviti serentak. Pelajar dikehendaki mengenal setiap pembolehubah –
pembolehubah terutama dimanipulasi dan bergerakbalas kerana setiap aktiviti dijalankan
dengan cara penyejatan yang berbeza. Mengawal hipotesis juga menjadi masalah kerana 3
aktiviti amali menggunakan 3 hipotesis awal yang berbeza.
2. Kemahiran manipulatif
       Antara kemahiran manipulatif yang dapat dirujuk pada aktiviti Amali ini ialah :
       (a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan Sains dengan betul.
       (b) Menyimpan peralatan dan bahan Sains dengan betul

                                             14
HBSC 2203


        (c) Membersihkan peralatan dan bahan Sains dengan betul.


        Merujuk pada aktiviti tadi, kemahiran manipulatif yang menggunakan dan
mengendalikan peralatan Sains dengan betul ialah pelajar dikehendaki mengendalikan
peralatan dan bahan yang banyak seperti bikar, piring, dan sebagainya. Pelajar dikehendaki
juga membanding beza peralatan – peralatan yang digunakan mengikut aktiviti – aktiviti
tertentu.
        Selain itu, pelajar juga dikehendaki untuk menyimpan peralatan dan bahan Sains
dengan betul. Ini kerana ia melibatkan aktiviti yang agak rumit dan kompleks, maka pelajar
dikehendaki untuk menyimpan peralatan tersebut mengikut tempatnya sendiri.
        Pelajar juga dikehendaki untuk membersihkan peralatan. Walaupun pada dasarnya
bahan yang digunakan adalah air, namun perlu juga dibersihkan dan dilap untuk
mengekalkan tahap ketahanan bahan tersebut supaya ia dapat digunakan pada masa lain.




                                            15
HBSC 2203




4.0 CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIK AKTIVITI


       Merujuk kepada buku amali Sains, terdapat beberapa cadangan untuk menambahbaik
aktiviti yang disediakan.
Aktiviti 1
       Dalam aktiviti ini, pelajar harus mengenali konsep seperti yang termaktub dalam
kemahiran proses sains, iaitu mendefinisikan konsep. Dengan ini, pelajar akan dapat
membina hipotesis atau kesimpulan awal dan kemudiannya diterjemahkan dalam aktiviti
amali tadi. Ini akan menjurus kepada memerhati dan seterusnya mengelas roti tersebut.
       Aktiviti amali ini juga sebenarnya boleh diterapkan dengan kemahiran saintifik iaitu
mengelas. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menggunakan 2 kepingan roti, satu tidak
direnjiskan dengan air supaya pelajar dapat membanding beza keadaan roti yang berkulat
atau tidak.
       Berdasarkan lampiran Soalan berkaitan dengan mikroorganisma membiak, adalah
bagus jika diselitkan dengan kemahiran mentafsir data dan graf. Ini akan membantu pelajar
untuk mengaplikasikan kemahiran proses sains mereka ke dalam aktiviti berbentuk amali
yang berdasarkan kepada Bahagian B Ujian penilaian sekolah rendah.
Aktiviti 2
       Untuk aktiviti ini, adalah lebih baik ia diuji secara berasingan. Ini kerana terdapat
pelbagai pembolehubah – pembolehubah yang perlu dikenali. Begitu juga dengan hipotesis
yang hendak diberi. Kebarangkalian pelajar untuk keliru dan mengalami masalah memahami
konsep adalah tinggi.
       Selain itu, aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan kerana langkah – langkah
aktivitinya agak rumit dan sukar difahami. Walaupun ia berkaitan dengan faktor – faktor
penyejatan namun aktiviti ini boleh difahami konsepnya selepas hasil keputusan itu
digabungkan bersama walaupun menggunakan masa aktiviti yang berlainan.
       Untuk mengenalpasti kemahiran saintifik yang melibatkan aktiviti dalam kemahiran
manipulatif juga agak sukar kerana pelajar terpaksa membersihkan peralatan yang banyak. Ini
akan menyukarkan pentaksiran guru – guru kerana melibatkan peralatan dan bahan yang
banyak.
       Aktiviti amali ini juga bergantung dengan cuaca harian. Aktiviti sebegini harus
dijalankan sewaktu cuaca panas, dan bukan cuaca hujan untuk mendapatkan keputusan yang

                                            16
HBSC 2203


tepat. Guru harus pandai untuk menetapkan hari untuk aktiviti ini untuk mengelakkan
sebarang cuaca yang menganggu. Guru juga harus berani dalam menyediakan aktiviti
sampingan jika cuaca semasa aktiviti itu dijalankan tidak mengizinkan.




                                             17
HBSC 2203


5.0 KESIMPULAN
        Secara umumnya, kemahiran proses Sains merupakan satu proses di mana pelajar
akan menggunakan kemahiran – kemahiran tertentu dalam membuat satu aktiviti mengikut
susunan dan tertib tertentu. Tujuannya adalah supaya pelajar dapat memahami konsep dan isi
pelajaran menerusi pengalaman mereka sendiri.
        Di dalam buku Praktikal / Amali Sains yang diedarkan pada setiap pelajar terdapat
pelbagai kemahiran saintifik yang diterapkan di dalamnya. Ini amat baik untuk membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran tertentu berdasarkan aktiviti yang mereka lakukan. Namun
begitu, tidak semua aktiviti – aktiviti ini dilakukan berdasarkan buku amali semata – mata.
Guru harus menggunakan daya kreativiti dan inovasi untuk menghasilkan satu aktiviti dan
projek yang dianggap bersesuaian dengan keadaan semasa di sekolah dan mengikut tahap
pelajar itu sendiri.


                                 [ 2,988 patah perkataan ]




                                            18
HBSC 2203




                                          APPENDIX

REFERENSI


Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011), Buku Amali Sains Tahun 5, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan (2010), Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sumber dimuatturun daripada
http://www.nsta.org/elementaryschool/connections/200712TorresHandoutParentNSTAConn.pdf

Sumber dimuatturun daripada
http://www.longwood.edu/cleanva/images/sec6.processskills.pdf

Sumber dimuatturun daripada
http://www.education.com/definition/science-process-skills/

Sumber dimuatturun daripada
http://azman.ipgmksm.edu.my/sce3106/basic/Intro.pdf




                                               19

More Related Content

Similar to Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning Science

RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRozayus Academy
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIvibila
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4iyatieku ayune
 
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Noraini Sahirin
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Jebat Melayu
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Mie Rozaimi
 
Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3TING Hua
 
Pelan strategik panitia sains 2016 2018 revisi 2017
Pelan strategik panitia sains 2016 2018 revisi 2017Pelan strategik panitia sains 2016 2018 revisi 2017
Pelan strategik panitia sains 2016 2018 revisi 2017mustakim260984
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docwanhafshah
 
Dpk 2.0 Sains Tingkatan 1
Dpk 2.0 Sains Tingkatan 1Dpk 2.0 Sains Tingkatan 1
Dpk 2.0 Sains Tingkatan 1meanum
 

Similar to Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning Science (20)

Kkbi (1)
Kkbi (1)Kkbi (1)
Kkbi (1)
 
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
 
RPT SAINS T1 2023.pdf
RPT SAINS T1 2023.pdfRPT SAINS T1 2023.pdf
RPT SAINS T1 2023.pdf
 
Kps penting
Kps pentingKps penting
Kps penting
 
Modul kps thn 3
Modul kps thn 3Modul kps thn 3
Modul kps thn 3
 
Modul kps thn 3
Modul kps thn 3Modul kps thn 3
Modul kps thn 3
 
Modul kps thn 3
Modul kps thn 3Modul kps thn 3
Modul kps thn 3
 
Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3
 
JURNAL SAINS 1
JURNAL SAINS 1JURNAL SAINS 1
JURNAL SAINS 1
 
Minggu mate 2013
Minggu mate 2013Minggu mate 2013
Minggu mate 2013
 
Pelan strategik panitia sains 2016 2018 revisi 2017
Pelan strategik panitia sains 2016 2018 revisi 2017Pelan strategik panitia sains 2016 2018 revisi 2017
Pelan strategik panitia sains 2016 2018 revisi 2017
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
 
JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3
 
Dpk 2.0 Sains Tingkatan 1
Dpk 2.0 Sains Tingkatan 1Dpk 2.0 Sains Tingkatan 1
Dpk 2.0 Sains Tingkatan 1
 

Recently uploaded

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 

Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning Science

  • 1. HBSC 2203 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI 2013 HBSC 2203 ( TOOLS OF LEARNING SCIENCE ) NO. MATRIKULASI : 821227136059001 NO. KAD PENGENALAN : 821227136059 NO. TELEFON : 019 - 4380100 E-MEL : mohdnuruzzaman@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI LEARNING CENTRE, MIRI, SARAWAK 1
  • 2. HBSC 2203 ISI KANDUNGAN BIL. KANDUNGAN MUKASURAT 1 PENGENALAN 3 PERBINCANGAN MENGENAI KEMAHIRAN SAINTIFIK 2 5 DAN KEMAHIRANNYA PERBINCANGAN MENGENAI KEMAHIRAN SAINTIFIK 3 DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN 10 PEMBELAJARAN 4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI 16 5 KESIMPULAN 18 6 APPENDIKS 19 2
  • 3. HBSC 2203 1.0 PENGENALAN Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) mula diperkenalkan pada 1982 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setelah mendengar dan meneliti hasil Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mengenai penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Daripada 305 sekolah perintis yang mengalami transformasi ini secara percubaan, maka pada tahun seterusnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) dijalankan sepenuhnya di seluruh negara mulai 1983. Pada tahun 1994, pendidikan negara menerima satu lagi transformasi iaitu pengenalan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Salah satu transformasi utamanya ialah matapelajaran Alam dan Manusia, telah dipecahkan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Matapelajaran Sains menjadi salah satu matapelajaran teras dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sejak 1995 dengan Kajian Tempatan menjadi matapelajaran wajib di sekolah. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Sains, 2003 terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia, tujuan matapelajaran Sains ini digubal adalah untuk “melahirkan pembelajaran sains yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran”. Dengan ini, mata pelajaran Sains digubal dengan adanya penguasaan kemahiran dan sikap saintifik dan nilai murni. Berdasarkan fokus matapelajaran Sains pula dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains, mata pelajaran Sains sekolah rendah adalah merupakan program 3 tahun oleh murid – murid Tahap II dan Tahap I pada tahun 2003, selaras dengan pelaksanaan Semakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atas pengenalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Antara fokus yang dititikberatkan dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah ialah : “ ..... memberi asas yang kukuh kepada pengetahuan Sains, kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan sikap saintifik .....”. [ Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun Enam, terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum] Ini merujuk kepada mata pelajaran sains yang menitikberatkan terhadap kemahiran saintifik serta kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Kemahiran saintifik ini amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Sains kerana ia membolehkan proses merentasi kurikulum dan perkaitan dunia Sains dengan kehidupan seharian mereka dapat diaplikasikan. Walaupun terdapatnya sedikit perubahan dalam interaksi kurikulum Sains Sekolah Rendah seperti pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) pada 2010. Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menaiktaraf sistem pendidikan negara yang selama ini berorientasikan peperiksaan. Untuk mata pelajaran Sains, ia secara langsung 3
  • 4. HBSC 2203 diubah kepada Dunia Sains dan Teknologi ( DST ); yang memberi ruang pelajar untuk mengenali dunia komputer dan teknologi maklumat. Namun begitu, konsep kemahiran saintifik tidak diubah sama sekali secara langsung atas kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Dalam kemahiran saintifik, terdapat beberapa aspek yang perlu diperkenalkan kepada guru – guru untuk mengaplikasikan konsep ke dalam kehidupan seharian pelajar – pelajar Sains sekolah rendah. 4
  • 5. HBSC 2203 2.0 PERBINCANGAN MENGENAI KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KEPENTINGANNYA Menurut Kamus Dewan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustakan ( DBP ), perkataan “kemahiran” diambil dari kata “mahir” yang membawa maksud kecekapan dan kemahiran. Manakala perkataan “saintifik” pula membawa maksud “bukan sesuatu yang dilakukan mengikut kaedah dan konsep prinsip sains. Jadi, jika digabungkan maka ia membawa maksud kecekapan dan kebolehan seseorang itu untuk melakukan sesuatu mengikut kaedah dan konsep prinsip Sains dengan langkah yang teratur.” Dengan ini, pelajar akan melakukan sesuatu pengetahuan Sains itu dengan kaedah dan prinsip Sains yang betul dengan bertujuan memperolehi kemahiran yang betul. Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Sains terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pengajaran dan pembelajaran Sains merupakan satu mata pelajaran yang menitikberatkan aktiviti – aktiviti penyiasatan dan penyelidikan terhadap alam sekeliling. Kaedah – kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek adalah berkaitan dengan kemahiran saintifik yang perlu diamalkan untuk memperolehi keputusan yang jitu. Dalam kemahiran saintifik, terdapat dua jenis kemahiran iaitu KEMAHIRAN PROSES SAINS dan KEMAHIRAN MANIPULATIF. Jadual di bawah menunjukkan pengelasan kedua – dua kemahiran yang dinyatakan di atas. 5
  • 6. HBSC 2203 KEMAHIRAN SAINTIFIK KEMAHIRAN PROSES SAINS KEMAHIRAN MANIPULATIF KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS  Memerhatikan  Menggunakan dan  Mengelas mengendalikan peralatan  Mengukur dengan Sains dengan betul menggunakan nombor  Menyimpan peralatan Sains  Membuat inferens dengan betul dan Selamat  Meramal  Membersihkan peralatan  Berkomunikasi Sains dengan cara yang  Menggunakan perhubungan betul ruang dan masa  Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat  Melakar spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan betul KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU  Mentafsirkan data  Mendefinisikan secara operasi  Mengawal pembolehubah  Membuat hipotesi 6
  • 7. HBSC 2203 Berdasarkan jadual di atas, saya akan menerangkan secara ringkas mengenai kedua – dua kemahiran tersebut. 1. Kemahiran Proses Sains Asas Kemahiran Proses Sains yang pertama ialah MEMERHATI. Kemahiran memerhati ialah satu kemahiran di mana pelajar akan menggunakan lima deria mereka iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Ini bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai sesuatu aktiviti Sains semasa ia berlangsung. Kemahiran memerhati kebiasaan berlaku pada aktiviti Sains sedang dijalankan. Yang kedua ialah MENGELAS. Kemahiran ini muncul selepas kemahiran memerhati, apabila pelajar dikehendaki mengumpul dan mengelaskan objek, bahan, pernyataan atau fakta kepada kriteria – kriteria tertentu yang sepunya. Ia dicirikan mengikut kelas – kelas tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu aktiviti sains tersebut. Kegunaan MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR ialah membuat pemerhatian secara kualitatif berasaskan nombor dan alat ukuran secara piawai seperti dalam ukuran panjang, mengukur masa, jisim dan apa sahaja perkaitan mengenai pemerhatian mengenai pengukuran. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan sesuatu pemerhatian itu menjadi lebih tepat dan lebih jitu. MEMBUAT INFERENS pula adalah salah satu kemahiran proses sains asas. Setelah pemerhatian dijalankan, pelajar dikehendaki memberikan satu kesimpulan awal atau sebab mengapa sesuatu fenomena atau aktiviti itu terhasil. Ia haruslah dinyatakan secara logik, selaras dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Ini kerana sesuatu keputusan itu terhasil berdasarkan beberapa sebab yang munasabah. MERAMAL pula adalah satu kemahiran proses sains yang meminta pelajar membuat sesuatu jangkaan dan membuat satu kajian masa depan (KMD) ke atas sesuatu fenomena atau aktiviti yang dijalankan. Ia haruslah merujuk kepada pemerhatian yang telah diperhatikan, dikelaskan dan membuat perkaitan tentang jangkaan keputusan yang akan berlaku jika aktiviti itu diteruskan. Setelah itu, pelajar akan berhadapan dengan Kemahiran Proses Sains seterusnya iaitu BERKOMUNIKASI. Berkomunikasi dari sudut pandangan sains bukanlah satu kenyataan yang bersifat lisan semata – mata, tetapi melibatkan aktiviti menerima, memilih, menyusun serta mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk data, tulisan, lisan, graf, grafik dan sebagainya. 7
  • 8. HBSC 2203 2.Kemahiran Proses Sains Bersepadu Antara kemahiran proses sains tersebut ialah MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN ANTARA RUANG DAN MASA. Tujuannya adalah untuk menerangkan tentang sesuatu perubahan parameter seperti lokasi, saiz, arah, bentuk, isipadu dan jisim mengikut masa – masa yang telah ditetapkan dalam sesuatu aktiviti Sains. MENTAFSIR DATA merupakan salah satu lagi kemahiran proses sains dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains. Ianya bertujuan untuk menerangkan secara logik tentang objek, peristiwa dan corak atas data atau keputusan aktiviti Sains yang diperolehi. MENDEFINISIKAN SECARA OPERASI ialah salah satu kemahiran proses yang memberi tafsiran atau penerangan secara spesifik mengenai sesuatu konsep aktiviti itu dijalankan. Konsep aktiviti ini adalah menjurus kepada tujuan dan bagaimana aktiviti itu dijalankan untuk memperolehi keputusan. Selain itu, kemahiran proses sains harus diselarikan dengan kemahiran MENGAWAL PEMBOLEHUBAH. Dalam sesuatu aktiviti penyiasatan, terdapat tiga jenis pembolehubah iaitu pembolehubah dimalarkan, pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas. Pembolehubah dimanipulasi ialah sesuatu perkara atau peristiwa dalam aktiviti yang menyebabkan sesuatu keputusan itu terhasil, dan ia menjurus kepada terhasilnya pembolehubah bergerakbalas. Manakala pembolehubah dimalarkan ialah sesuatu bahan, objek, kenyataan atau peralatan dalam aktiviti yang dilakukan dalam penghasilan pembolehubah dimanipulasi namun ia haruslah terdiri daripada peralatan yang sama. Seterusnya ialah MEMBUAT HIPOTESIS. Ia bertujuan untuk membuat satu kesimpulan awal ataupun kesimpulan umum mengenai hubungan antara pembolehubah yang dapat menerangkan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. Ia haruslah diuji dalam aktiviti untuk membuktikan kesahihan sesuatu konsep dan seterusnya menerangkan kesimpulan secara ringkas. 3. Kemahiran Manipulatif Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kemahiran manipulatif merupakan “berkaitan dengan”. Jadi, secara amnya kemahiran manipulatif ialah salah satu kemahiran yang berkaitan dengan pembelajaran Sains. Terdapat 5 kemahiran manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Antaranya ialah : 8
  • 9. HBSC 2203 3.1 Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Dalam aktiviti yang melibatkan eksperimen, projek, kajian dan lain – lain; pengajaran dan pembelajaran Sains menggunakan pelbagai peralatan untuk aktiviti. Guru akan memantau pelajar – pelajar dalam menggunakan dan mengendalikan peralatan Sains supaya ia digunakan dengan betul dan selaras dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. 3.2 Menyimpan bahan dan peralatan Sains dengan betul dan selamat. Setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains, guru seharusnya membuat pemantauan bagaimana pelajar bekerjasama dalam membersihkan dan sekaligus menyimpan peralatan Sains di tempat asal. Ini bertujuan memastikan peralatan tersebut sentiasa dalam keadaan baik, dan boleh digunakan semula di masa hadapan. Secara tidak langsung, ia akan menerapkan nilai – nilai murni untuk mendisiplinkan pelajar dalam menyimpan peralatan Sains dengan baik dan tersusun. 3.3 Membersihkan peralatan Sains dengan cara yang betul. Setelah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidak lupa juga dengan pembersihan peralatan yang dijalankan selepas itu. Bahan – bahan seperti tabung uji, bikar, termometer dan bahan yang melibatkan penggunaan alatan juga mesti dibersihkan air. Sekiranya ada bahan – bahan yang digunakan bersifat kimia dan berbahaya, adalah lebih baik jika ia dikendalikan bersama dengan guru dan pembantu makmal mengikut prosedur pelupusan bahan yang betul supaya keselamatan pelajar lebih terjamin. 3.4 Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat Dalam aktiviti Sains, terdapat beberapa topik yang melibatkan pengendalian spesimen hidup ataupun mati untuk tujuan kajian. Contohnya terdapat dalam Topik Sains Tahun 4 iaitu keperluan asas tumbuhan. Pelajar mungkin dikehendaki untuk mengendalikan tumbuhan hidup untuk tujuan kajian; dan ini memerlukan penumpuan yang tinggi supaya tumbuhan itu tidak mati dan dapatan hasil kajian yang lebih baik. 3.5 Melakar spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan tepat. Dalam aktiviti melibatkan kajian, kadangkala sesuatu kajian itu memerlukan lakaran yang tepat dan jitu dalam memperolehi hasil keputusan melalui pemerhatian. Pelajar dikehendaki melukis spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan tepat supaya hasil kajian akhir boleh dipercayai dan menjadi rujukan mereka di masa akan datang. 9
  • 10. HBSC 2203 3.0 PERBINCANGAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KEPENTINGANNYA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS Untuk aspek ini, saya telah memilih dua kemahiran yang saya perolehi berdasarkan Buku Teks Amali Sains Tahun 5. Berikut adalah gambaran 2 aktiviti utama. Topik adalah (1) Mikroorganisma (2) Faktor – faktor yang mempengaruhi penyejatan 1. MIKROORGANISMA Berikut merupakan salah satu cetakan yang digunakan dalam aktiviti 1 berdasarkan Buku Praktikal / Amali Sains Tahun 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 10
  • 11. HBSC 2203 Berdasarkan gambarajah di atas, terdapat beberapa kemahiran saintifik yang merujuk kepada kemahiran proses sains. Jika dilihat kepada Gambar 2 : Langkah yang ketiga terdapat kemahiran memerhati menggunakan kanta pembesar. Ia dianggap kemahiran memerhati kerana menggunakan salah satu deria manusia iaitu deria penglihatan. Terdapat amaran supaya kemahiran lain seperti sentuhan tidak digunakan atas sebab keadaan kulat atau roti yang tercemar dengan mikroorganisma merbahaya. Kemudian merujuk pula kepada jadual yang dilampirkan pada PEMERHATIAN. Merujuk pada jadual tersebut, pelajar dikehendaki menterjemahkan hasil penyiasatan mereka dalam bentuk lukisan selama 5 hari secara berturutan. Ini boleh dinamakan sebagai kemahiran berkomunikasi, di mana mereka mempersembahkan hasil kajian melalui lukisan. Seterusnya kita merujuk kepada soalan – soalan yang dikemukakan dalam aktiviti tersebut. Soalan ketiga menjurus kepada kemahiran membuat inferens, kerana pelajar dikehendaki menyatakan satu sebab kenapa berlakunya perubahan pada roti selama 5 hari itu terjadi. 11
  • 12. HBSC 2203 Untuk kategori soalan untuk aktiviti ini, pelajar dikehendaki untuk menyatakan kesimpulan umum pada aktiviti amali tersebut, dan ini menjurus kepada kemahiran membuat hipotesis atau kesimpulan ringkas berdasarkan hasil kajian mereka. Terdapat aktiviti dan soalan lanjutan berdasarkan hasil kajian yang mereka lakukan. Soalan tersebut merujuk kepada hasil kajian seterusnya tetapi menggunakan bahan yang lain seperti buah betik seperti pada mukasurat 3 Buku Amali Aktiviti Sains. Tetapi jika dilihat pada soalan seterusnya, ia memerlukan pelajar untuk mengasah minda mereka berdasarkan graf yang ditunjukkan. Pelajar dikehendaki untuk mentafsir graf tersebut sekaligus dianggap sebagai kemahiran mentafsir data seperti yang diterapkan dalam kemahiran proses sains bersepadu. Soalan – soalan yang dikemukakan amat mencabar, di mana pelajar dikehendaki : (a) Mentafsir graf iaitu mengenali corak atau trend graf; (b) Memberi hubungan, dulu hubungan dikenali juga seperti hipotesis. (c) Memberikan sebab yang munasabah atas keadaan yang terjadi. Ini sekaligus melibatkan beberapa kemahiran proses sains bersepadu seperti mentafsir data, membuat hubungan antara dua pembolehubah pada graf dan memberi inferens yang bersesuaian sejajar dengan konsep yang hendak diterapkan. Selain itu, pembolehubah lain seperti mendefinisi secara operasi dan mengawal pembolehubah turut saling berkait rapat dalam aktiviti ini. Ini disebabkan oleh pelajar harus memahami konsep awal terlebih dahulu dan boleh mengenalpasti pembolehubah – pembolehubah yang bertujuan memudahkan pelajar untuk membuat perkaitan dan perhubungan pada ruangan hipotesis. Manakala untuk Kemahiran Manipulatif, perkara pertama yang dapat diterapkan ialah menggunakan dan mengendalikan peralatan Sains dengan betul. Ini kerana menurut lembaran tadi, peralatan Sains tersebut hendaklah digunakan dengan betul seperti kanta pembesar. Kanta pembesar digunakan untuk memerhati kulat yang wujud di permukaan roti. Antara kemahiran manipulatif dalam kemahiran proses sains ialah menyimpan dan juga membersihkan peralatan Sains dengan betul. Adalah penting supaya pelajar boleh menyimpan dan membersihkan barangan dan dengan betul dan baik supaya boleh digunakan di masa – masa mendatang. Terdapat jua kemahiran manipulatif lain seperti melakar spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan tepat. Jika dilihat pada lampiran yang disediakan, terdapat satu jadual yang meminta pelajar melukiskan keadaan roti mengikut hari pertama hingga kelima. Jadi ini merupakan satu kaedah atau kemahiran untuk melakar spesimen dengan tepat. 12
  • 13. HBSC 2203 2. FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYEJATAN Ini juga merupakan satu cetakan yang diambil daripada Buku Praktikal / Amali Sains Tahun 5. 13
  • 14. HBSC 2203 Dalam aktiviti kedua ini, ia melibatkan beberapa kemahiran saintifik yang perlu diterapkan. Menyentuh kepada kemahiran proses sains, yang pertama ialah kemahiran proses sains memerhati. Dalam aktiviti ini, pelajar dikehendaki memerhati dan meneliti hasil keputusan pada setiap aktiviti A. Suhu, B. Angin dan C. Luas permukaan. Mereka akan menggunakan deria – deria tertentu seperti penglihatan dan sentuhan. Pelajar boleh menyentuh bahan yang diuji kerana ia hanya terdiri daripada air. Selain itu, kemahiran proses sains yang seterusnya ialah mengelas. Pelajar dikehendaki mengelas kuantiti air yang tinggal sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. Ini bertujuan untuk membanding beza hasil keputusan awal dan akhir. Selain itu, kemahiran proses sains iaitu mengukur dengan menggunakan nombor juga terlibat. Jika merujuk kepada Aktiviti A, B dan C, pelajar dikehendaki untuk menguji hasil penyiasatan selama 2 jam. Manakala kemahiran proses sains dalam memberikan inferens hanya muncul pada soalan – soalan yang dikemukakan pada akhir aktiviti dan soalan – soalan berkaitan pada buku Amali tersebut. Kemahiran berkomunikasi pula muncul semasa aktiviti merekodkan data yang dikutip daripada hasil penyiasatan untuk dimasukkan dalam jadual rekod pada mukasurat 3. Untuk kemahiran proses sains bersepadu pula, kemahiran yang pertama ialah kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa. Untuk aktiviti A, B dan C pelajar dikehendaki untuk merekodkan isipadu awal dan akhir selama 2 jam. Selain itu, aktiviti ini juga mengetengahkan kemahiran proses sains dalam mendefinisikan secara operasi. Ini kerana pelajar akan menggunakan konsep penyejatan ini berdasarkan 3 aktiviti berbeza tetapi konsep yang hendak diterapkan adalah sama iaitu mengkaji faktor – faktor penyejatan. Selain itu, kemahiran sains seperti mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis. Mengawal pembolehubah di dalam aktiviti amali ini amat sukar kerana pelajar akan melakukan 3 aktiviti serentak. Pelajar dikehendaki mengenal setiap pembolehubah – pembolehubah terutama dimanipulasi dan bergerakbalas kerana setiap aktiviti dijalankan dengan cara penyejatan yang berbeza. Mengawal hipotesis juga menjadi masalah kerana 3 aktiviti amali menggunakan 3 hipotesis awal yang berbeza. 2. Kemahiran manipulatif Antara kemahiran manipulatif yang dapat dirujuk pada aktiviti Amali ini ialah : (a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan Sains dengan betul. (b) Menyimpan peralatan dan bahan Sains dengan betul 14
  • 15. HBSC 2203 (c) Membersihkan peralatan dan bahan Sains dengan betul. Merujuk pada aktiviti tadi, kemahiran manipulatif yang menggunakan dan mengendalikan peralatan Sains dengan betul ialah pelajar dikehendaki mengendalikan peralatan dan bahan yang banyak seperti bikar, piring, dan sebagainya. Pelajar dikehendaki juga membanding beza peralatan – peralatan yang digunakan mengikut aktiviti – aktiviti tertentu. Selain itu, pelajar juga dikehendaki untuk menyimpan peralatan dan bahan Sains dengan betul. Ini kerana ia melibatkan aktiviti yang agak rumit dan kompleks, maka pelajar dikehendaki untuk menyimpan peralatan tersebut mengikut tempatnya sendiri. Pelajar juga dikehendaki untuk membersihkan peralatan. Walaupun pada dasarnya bahan yang digunakan adalah air, namun perlu juga dibersihkan dan dilap untuk mengekalkan tahap ketahanan bahan tersebut supaya ia dapat digunakan pada masa lain. 15
  • 16. HBSC 2203 4.0 CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIK AKTIVITI Merujuk kepada buku amali Sains, terdapat beberapa cadangan untuk menambahbaik aktiviti yang disediakan. Aktiviti 1 Dalam aktiviti ini, pelajar harus mengenali konsep seperti yang termaktub dalam kemahiran proses sains, iaitu mendefinisikan konsep. Dengan ini, pelajar akan dapat membina hipotesis atau kesimpulan awal dan kemudiannya diterjemahkan dalam aktiviti amali tadi. Ini akan menjurus kepada memerhati dan seterusnya mengelas roti tersebut. Aktiviti amali ini juga sebenarnya boleh diterapkan dengan kemahiran saintifik iaitu mengelas. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menggunakan 2 kepingan roti, satu tidak direnjiskan dengan air supaya pelajar dapat membanding beza keadaan roti yang berkulat atau tidak. Berdasarkan lampiran Soalan berkaitan dengan mikroorganisma membiak, adalah bagus jika diselitkan dengan kemahiran mentafsir data dan graf. Ini akan membantu pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran proses sains mereka ke dalam aktiviti berbentuk amali yang berdasarkan kepada Bahagian B Ujian penilaian sekolah rendah. Aktiviti 2 Untuk aktiviti ini, adalah lebih baik ia diuji secara berasingan. Ini kerana terdapat pelbagai pembolehubah – pembolehubah yang perlu dikenali. Begitu juga dengan hipotesis yang hendak diberi. Kebarangkalian pelajar untuk keliru dan mengalami masalah memahami konsep adalah tinggi. Selain itu, aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan kerana langkah – langkah aktivitinya agak rumit dan sukar difahami. Walaupun ia berkaitan dengan faktor – faktor penyejatan namun aktiviti ini boleh difahami konsepnya selepas hasil keputusan itu digabungkan bersama walaupun menggunakan masa aktiviti yang berlainan. Untuk mengenalpasti kemahiran saintifik yang melibatkan aktiviti dalam kemahiran manipulatif juga agak sukar kerana pelajar terpaksa membersihkan peralatan yang banyak. Ini akan menyukarkan pentaksiran guru – guru kerana melibatkan peralatan dan bahan yang banyak. Aktiviti amali ini juga bergantung dengan cuaca harian. Aktiviti sebegini harus dijalankan sewaktu cuaca panas, dan bukan cuaca hujan untuk mendapatkan keputusan yang 16
  • 17. HBSC 2203 tepat. Guru harus pandai untuk menetapkan hari untuk aktiviti ini untuk mengelakkan sebarang cuaca yang menganggu. Guru juga harus berani dalam menyediakan aktiviti sampingan jika cuaca semasa aktiviti itu dijalankan tidak mengizinkan. 17
  • 18. HBSC 2203 5.0 KESIMPULAN Secara umumnya, kemahiran proses Sains merupakan satu proses di mana pelajar akan menggunakan kemahiran – kemahiran tertentu dalam membuat satu aktiviti mengikut susunan dan tertib tertentu. Tujuannya adalah supaya pelajar dapat memahami konsep dan isi pelajaran menerusi pengalaman mereka sendiri. Di dalam buku Praktikal / Amali Sains yang diedarkan pada setiap pelajar terdapat pelbagai kemahiran saintifik yang diterapkan di dalamnya. Ini amat baik untuk membolehkan pelajar memperoleh kemahiran tertentu berdasarkan aktiviti yang mereka lakukan. Namun begitu, tidak semua aktiviti – aktiviti ini dilakukan berdasarkan buku amali semata – mata. Guru harus menggunakan daya kreativiti dan inovasi untuk menghasilkan satu aktiviti dan projek yang dianggap bersesuaian dengan keadaan semasa di sekolah dan mengikut tahap pelajar itu sendiri. [ 2,988 patah perkataan ] 18
  • 19. HBSC 2203 APPENDIX REFERENSI Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011), Buku Amali Sains Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan (2010), Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5, Kementerian Pelajaran Malaysia Sumber dimuatturun daripada http://www.nsta.org/elementaryschool/connections/200712TorresHandoutParentNSTAConn.pdf Sumber dimuatturun daripada http://www.longwood.edu/cleanva/images/sec6.processskills.pdf Sumber dimuatturun daripada http://www.education.com/definition/science-process-skills/ Sumber dimuatturun daripada http://azman.ipgmksm.edu.my/sce3106/basic/Intro.pdf 19