SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM)
_______________________________________
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN
VOKASIONAL (FPTV)
KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
(BBR 36903)
TUGASAN INDIVIDU
EN GHAZALLY SPAHAT
______________________________________________

NAMA

: MOHD FADLIE BIN MOHD YUSOF

NO. MATRIK : DB100021
KELAS

: SAINS SEKSYEN 1
A Picture’s Worth a Thousand Words

Tajuk Foto

: A Brutal Game Played By Gentlemen

Tarikh

: 27 Oktober 2013

Lokasi

: Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan

Jenis Kamera

: Canon EOS 1100D

ISO

: 100

Focal Length

: 18mm

Diskripsi

: Gambar di atas diambil semasa Pasukan Ragbi SK Taman Perling
(Eagles) berbaju belang beraksi menentang Pasukan Bintang Ragbi Club
(BRC) dalam Kejohanan Ragbi 10’s KGV 2013 yang lalu. Pasukan
Ragbi SK Taman Perling telah berjaya menduduki tempat ke 3
keseluruhan.
1.

Pendahuluan
Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan,

pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa
bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang
garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan
diistiharkan menang bagi perlawanan ini.
Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada
waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak
sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan
baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti
ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge
juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.
Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada
mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah.
Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk
mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba
merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang
mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.
2.

Pengalaman
Menyusuri semula kenangan tujuh belas tahun yang lalu, ketika itu saya masih bersekolah

di Sekolah Tinggi Melaka. Pertama kali saya mengenali sukan ragbi apabila diajak oleh rakan –
rakan, maklumlah ketika itu badan saya agak besar dan ramai yang kata, badan yang besar sesuai
main ragbi. Lalu tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju tanpa memikirkan adakah ibu saya
bersetuju atau tidak.
Pada petang itu, saya sedang bersiap – siap ke sekolah untuk sesi latihan ragbi, tiba – tiba
ibu saya menegur. “Latihan bola sepak ke hari ni’ tanya ibu saya. “Ye mak!’ balas saya ringkas
kerana saya tahu dia memang tidak suka saya bermain ragbi. Katanya ragbi itu ganas dan
mendatangkan kecederaan.
Agak lama juga saya berjaya menyimpan rahsia bemain ragbi daripada pengetauhan ibu
saya, hampir 6 tahun juga. Rahsia saya bocor apabila saya mula berkhidmat sebagai guru di SK
Taman Perling, Johor Bahru. Ketika itu saya membawa pasukan ragbi sekolah. Ibu saya terkejut
kerana sepanjang pengetauhannya, saya tidak pernah bermain ragbi. Masakan saya boleh melatih
anak – anak kecil bermain ragbi. Lalu saya ceritakan rahsia saya selama ini.
3.

Mengapa Ragbi?

Ramai dikalangan ibu bapa tidak mahu anak mereka melibatkan diri dalam sukan ragbi. Alasan
mereka, sukan ragbi ini ganas, mendatangkan kecederaan dan sebagainya. Namun mereka tidak
sedar bahawan sukan ragbi ini bukan sekadar permainan sahaja. Ia melibatkan berbagai
kemahiran dan nilai yang boleh diterapkan pada anak – anak mereka.
Cuba kita lihat, kebanyakkan Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia mempunyai pasukan
ragbi masing – masing berbanding pasukan bola sepak. Seperti contoh Sekolah Menengah Sains
Selangor (SMSS), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Dato Abdul Razak
(SDAR). Mengapa ini berlaku, ini kerana sukan ragbi mampu menjana pemikiran dan tingkah
laku yang positif dikalangan pelajar.
4.

Aspek KBKK Dalam Ragbi
Dalam sesebuah pasukan ragbi, orang yang paling penting adalah jurulatih. Jurulatih

berperanan untuk memilih pemain, melatih, merangka strategi dan taktikal perlawanan, meramal
taktik permainan pihak lawan, menaikkan semangat dan motivasi pemain serta memastikan
pemain sentiasa menjaga disiplin baik di dalam mahupun di luar padang. Bagi memastikan
pasukan tersebut mantap, jurulatih perlu sentiasa memikirkan teknik latihan yang berbeza dan
terkini yang mampu meningkatkan tahap permainan para pemain.
Salah satu aspek yang akan membantu sesebuah pasukan ragbi itu mencapai kemenangan
dalam perlawanan adalah kemampuan jurulatih merangka strategi dan taktikal. Jurulatih perlulah
kreatif dalam menyusun strategi agar pihak lawan keliru dengan corak permainan. Selain itu,
jurulatih juga perlu sentiasa meramal sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku semasa
perlawanan supaya pasukannya sentiasa bersedia dan mampu mengatasi cabaran – cabaran
tersebut.
Aspek kedua adalah para pemain, di mana mereka yang akan mengaplikasikan segala
perancangan dan taktikal jurulatih semasa perlawanan. Para pemain perlu sentiasa fokus pada
perlawanan dan memerhati pergerakan pihak lawan. Di sinilah para pemain perlu membuat
keputusan atas tindakan mereka dengan pantas. Ia merangsang otak untuk meramal dan membuat
hipotesis.
Setelah tamat perlawanan, jurulatih dan pemain perlu melakukan analisis berdasarkan
keputusan perlawanan. Ini penting untuk dijadikan rujukan bagi menyusun sesi latihan yang akan
datang. Analisis tersebut boleh direkodkan bagi memudahkan jurulatih.
5.

Harapan
Saya berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa sedar tentang kelebihan permainan ragbi

berbanding keburukkannya. Permainan ragbi bukan sahaja memperkasakan jati diri murid –
murid tetapi juga turut mengasah kemahiran berfikir mereka. Sekian, terima kasih.

“You were born to win, but to be a winner, you must plan to
win, prepare to win and expect to win”.

“There are no great men. Just great challenges which ordinary
men”.
Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains
Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

More Related Content

Viewers also liked

Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses SainsKemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses SainsSyaza Yasmin
 
Kemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatifKemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatifGan Nin
 
Kemahiran proses sains
Kemahiran proses sains Kemahiran proses sains
Kemahiran proses sains Hailmi Othman
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranYuseri Bujang
 
Bab 1-Pengenalan Kepada Sains
Bab 1-Pengenalan Kepada SainsBab 1-Pengenalan Kepada Sains
Bab 1-Pengenalan Kepada SainsCikgu Ummi
 
Interaksi antara hidupan
Interaksi antara hidupanInteraksi antara hidupan
Interaksi antara hidupanArya Aria
 
Nota minda sains tahun 6
Nota minda sains tahun 6Nota minda sains tahun 6
Nota minda sains tahun 6share with me
 

Viewers also liked (7)

Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses SainsKemahiran Proses Sains
Kemahiran Proses Sains
 
Kemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatifKemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatif
 
Kemahiran proses sains
Kemahiran proses sains Kemahiran proses sains
Kemahiran proses sains
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuran
 
Bab 1-Pengenalan Kepada Sains
Bab 1-Pengenalan Kepada SainsBab 1-Pengenalan Kepada Sains
Bab 1-Pengenalan Kepada Sains
 
Interaksi antara hidupan
Interaksi antara hidupanInteraksi antara hidupan
Interaksi antara hidupan
 
Nota minda sains tahun 6
Nota minda sains tahun 6Nota minda sains tahun 6
Nota minda sains tahun 6
 

Similar to Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasutAn Hawa
 
OUM KKP PJK COMPLETE
OUM KKP PJK COMPLETEOUM KKP PJK COMPLETE
OUM KKP PJK COMPLETEAmirul Azaman
 
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpeTugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpeNazirah Umar
 
Laporan Permainan Boling Padang
Laporan Permainan Boling PadangLaporan Permainan Boling Padang
Laporan Permainan Boling PadangSherly Jewinly
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKaren Kayny
 
Latihan Gerak Dasar Atletik Dalam Bermain Sebagai Pembentuk Kualitas Gerak Dasar
Latihan Gerak Dasar Atletik Dalam Bermain Sebagai Pembentuk Kualitas Gerak DasarLatihan Gerak Dasar Atletik Dalam Bermain Sebagai Pembentuk Kualitas Gerak Dasar
Latihan Gerak Dasar Atletik Dalam Bermain Sebagai Pembentuk Kualitas Gerak DasarDeni Irawan
 
Kajian tindakan..hehe
Kajian tindakan..heheKajian tindakan..hehe
Kajian tindakan..heheamir hebat
 
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Fanera Jeffery
 
46692210 projek-bola-sepak-sksm-2011-2015
46692210 projek-bola-sepak-sksm-2011-201546692210 projek-bola-sepak-sksm-2011-2015
46692210 projek-bola-sepak-sksm-2011-2015Rahmat A Rahman
 
PTK RANDY-1-64_merged.pdf
PTK RANDY-1-64_merged.pdfPTK RANDY-1-64_merged.pdf
PTK RANDY-1-64_merged.pdfRiniFauziah5
 
MODUL AJAR PJOK FASE C KELAS 5 PERMAINAN SEPAK BOLA
MODUL AJAR  PJOK FASE C KELAS 5 PERMAINAN SEPAK BOLAMODUL AJAR  PJOK FASE C KELAS 5 PERMAINAN SEPAK BOLA
MODUL AJAR PJOK FASE C KELAS 5 PERMAINAN SEPAK BOLAModul Guruku
 
Kertas kerja kawad kaki sk
Kertas kerja kawad kaki skKertas kerja kawad kaki sk
Kertas kerja kawad kaki skShaifull Niell
 
87554923 konsep-nota-pj
87554923 konsep-nota-pj87554923 konsep-nota-pj
87554923 konsep-nota-pjkhuinatsu
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarmuhammad
 
Gimnastik spts
Gimnastik sptsGimnastik spts
Gimnastik sptsJimmy Siow
 
kertas kerja.docx
kertas kerja.docxkertas kerja.docx
kertas kerja.docxUsha Rani
 
pj oum tugasan
pj oum tugasanpj oum tugasan
pj oum tugasanmuhammad
 
Permainan kecil edu
Permainan kecil eduPermainan kecil edu
Permainan kecil eduSivah Sri
 

Similar to Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains (20)

Tuju kasut
Tuju kasutTuju kasut
Tuju kasut
 
OUM KKP PJK COMPLETE
OUM KKP PJK COMPLETEOUM KKP PJK COMPLETE
OUM KKP PJK COMPLETE
 
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpeTugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
 
Laporan Permainan Boling Padang
Laporan Permainan Boling PadangLaporan Permainan Boling Padang
Laporan Permainan Boling Padang
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
 
Latihan Gerak Dasar Atletik Dalam Bermain Sebagai Pembentuk Kualitas Gerak Dasar
Latihan Gerak Dasar Atletik Dalam Bermain Sebagai Pembentuk Kualitas Gerak DasarLatihan Gerak Dasar Atletik Dalam Bermain Sebagai Pembentuk Kualitas Gerak Dasar
Latihan Gerak Dasar Atletik Dalam Bermain Sebagai Pembentuk Kualitas Gerak Dasar
 
Sukan tradisional
Sukan tradisionalSukan tradisional
Sukan tradisional
 
Kajian tindakan..hehe
Kajian tindakan..heheKajian tindakan..hehe
Kajian tindakan..hehe
 
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
Tajuk permainan pukulan dalam Pj PISMP sem 2
 
46692210 projek-bola-sepak-sksm-2011-2015
46692210 projek-bola-sepak-sksm-2011-201546692210 projek-bola-sepak-sksm-2011-2015
46692210 projek-bola-sepak-sksm-2011-2015
 
PTK RANDY-1-64_merged.pdf
PTK RANDY-1-64_merged.pdfPTK RANDY-1-64_merged.pdf
PTK RANDY-1-64_merged.pdf
 
MODUL AJAR PJOK FASE C KELAS 5 PERMAINAN SEPAK BOLA
MODUL AJAR  PJOK FASE C KELAS 5 PERMAINAN SEPAK BOLAMODUL AJAR  PJOK FASE C KELAS 5 PERMAINAN SEPAK BOLA
MODUL AJAR PJOK FASE C KELAS 5 PERMAINAN SEPAK BOLA
 
Kertas kerja kawad kaki sk
Kertas kerja kawad kaki skKertas kerja kawad kaki sk
Kertas kerja kawad kaki sk
 
87554923 konsep-nota-pj
87554923 konsep-nota-pj87554923 konsep-nota-pj
87554923 konsep-nota-pj
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Gimnastik spts
Gimnastik sptsGimnastik spts
Gimnastik spts
 
kertas kerja.docx
kertas kerja.docxkertas kerja.docx
kertas kerja.docx
 
Laporan outbound ppt
Laporan outbound pptLaporan outbound ppt
Laporan outbound ppt
 
pj oum tugasan
pj oum tugasanpj oum tugasan
pj oum tugasan
 
Permainan kecil edu
Permainan kecil eduPermainan kecil edu
Permainan kecil edu
 

Tugasan individu kemahiran tumpuan dalam sains

  • 1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) _______________________________________ FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV) KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS (BBR 36903) TUGASAN INDIVIDU EN GHAZALLY SPAHAT ______________________________________________ NAMA : MOHD FADLIE BIN MOHD YUSOF NO. MATRIK : DB100021 KELAS : SAINS SEKSYEN 1
  • 2. A Picture’s Worth a Thousand Words Tajuk Foto : A Brutal Game Played By Gentlemen Tarikh : 27 Oktober 2013 Lokasi : Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan Jenis Kamera : Canon EOS 1100D ISO : 100 Focal Length : 18mm Diskripsi : Gambar di atas diambil semasa Pasukan Ragbi SK Taman Perling (Eagles) berbaju belang beraksi menentang Pasukan Bintang Ragbi Club (BRC) dalam Kejohanan Ragbi 10’s KGV 2013 yang lalu. Pasukan Ragbi SK Taman Perling telah berjaya menduduki tempat ke 3 keseluruhan.
  • 3. 1. Pendahuluan Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini. Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini. Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu. 2. Pengalaman Menyusuri semula kenangan tujuh belas tahun yang lalu, ketika itu saya masih bersekolah di Sekolah Tinggi Melaka. Pertama kali saya mengenali sukan ragbi apabila diajak oleh rakan – rakan, maklumlah ketika itu badan saya agak besar dan ramai yang kata, badan yang besar sesuai main ragbi. Lalu tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju tanpa memikirkan adakah ibu saya bersetuju atau tidak. Pada petang itu, saya sedang bersiap – siap ke sekolah untuk sesi latihan ragbi, tiba – tiba ibu saya menegur. “Latihan bola sepak ke hari ni’ tanya ibu saya. “Ye mak!’ balas saya ringkas kerana saya tahu dia memang tidak suka saya bermain ragbi. Katanya ragbi itu ganas dan mendatangkan kecederaan.
  • 4. Agak lama juga saya berjaya menyimpan rahsia bemain ragbi daripada pengetauhan ibu saya, hampir 6 tahun juga. Rahsia saya bocor apabila saya mula berkhidmat sebagai guru di SK Taman Perling, Johor Bahru. Ketika itu saya membawa pasukan ragbi sekolah. Ibu saya terkejut kerana sepanjang pengetauhannya, saya tidak pernah bermain ragbi. Masakan saya boleh melatih anak – anak kecil bermain ragbi. Lalu saya ceritakan rahsia saya selama ini. 3. Mengapa Ragbi? Ramai dikalangan ibu bapa tidak mahu anak mereka melibatkan diri dalam sukan ragbi. Alasan mereka, sukan ragbi ini ganas, mendatangkan kecederaan dan sebagainya. Namun mereka tidak sedar bahawan sukan ragbi ini bukan sekadar permainan sahaja. Ia melibatkan berbagai kemahiran dan nilai yang boleh diterapkan pada anak – anak mereka. Cuba kita lihat, kebanyakkan Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia mempunyai pasukan ragbi masing – masing berbanding pasukan bola sepak. Seperti contoh Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR). Mengapa ini berlaku, ini kerana sukan ragbi mampu menjana pemikiran dan tingkah laku yang positif dikalangan pelajar. 4. Aspek KBKK Dalam Ragbi Dalam sesebuah pasukan ragbi, orang yang paling penting adalah jurulatih. Jurulatih berperanan untuk memilih pemain, melatih, merangka strategi dan taktikal perlawanan, meramal taktik permainan pihak lawan, menaikkan semangat dan motivasi pemain serta memastikan pemain sentiasa menjaga disiplin baik di dalam mahupun di luar padang. Bagi memastikan pasukan tersebut mantap, jurulatih perlu sentiasa memikirkan teknik latihan yang berbeza dan terkini yang mampu meningkatkan tahap permainan para pemain. Salah satu aspek yang akan membantu sesebuah pasukan ragbi itu mencapai kemenangan dalam perlawanan adalah kemampuan jurulatih merangka strategi dan taktikal. Jurulatih perlulah kreatif dalam menyusun strategi agar pihak lawan keliru dengan corak permainan. Selain itu, jurulatih juga perlu sentiasa meramal sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku semasa
  • 5. perlawanan supaya pasukannya sentiasa bersedia dan mampu mengatasi cabaran – cabaran tersebut. Aspek kedua adalah para pemain, di mana mereka yang akan mengaplikasikan segala perancangan dan taktikal jurulatih semasa perlawanan. Para pemain perlu sentiasa fokus pada perlawanan dan memerhati pergerakan pihak lawan. Di sinilah para pemain perlu membuat keputusan atas tindakan mereka dengan pantas. Ia merangsang otak untuk meramal dan membuat hipotesis. Setelah tamat perlawanan, jurulatih dan pemain perlu melakukan analisis berdasarkan keputusan perlawanan. Ini penting untuk dijadikan rujukan bagi menyusun sesi latihan yang akan datang. Analisis tersebut boleh direkodkan bagi memudahkan jurulatih. 5. Harapan Saya berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa sedar tentang kelebihan permainan ragbi berbanding keburukkannya. Permainan ragbi bukan sahaja memperkasakan jati diri murid – murid tetapi juga turut mengasah kemahiran berfikir mereka. Sekian, terima kasih. “You were born to win, but to be a winner, you must plan to win, prepare to win and expect to win”. “There are no great men. Just great challenges which ordinary men”.