1. Perkembangan Produk
Perancangan Masa Hadapan
Perancangan di masa hadapan syarikat ini maha memperluaskan lagi hasil ukiran kayu
dengan tema “Semua Pihak Mampu Milik” .Dengan perancangan ini , pihak syarikat
akan menggunakan R&D dalam menghasilkan sesuatu produk kerana kita akan
menghasilkan sesuatu produk ukiran kayu ini yang mampu dimiliki oleh semua pihak dan
bukan hanya berkemampuan tinggi sahaja . Hasil produk ini akan dipasarkan dengan
harga yang sangat berpatutuan berdasarkan dengan kemampuan individu kita .
Potensi Produk
Keindahan dan kualiti seni ukiran kayu melayu terkenal di rantau nusantara malah
antarabangsa , kini perhatian tertumpu pada pendokumentasian hasil karya ukiran kayu
ini semakin pesat . Kepupusan para pengukir yang berbakat di komited dalam kalangan
muda melayu kini mulai dapat ditampung oleh kewujudan teknologi dan mesin pengukir
yang dapat menghasilkan produk ukiran yang bermutu tinggi .
Kraftangan Malaysia , selaras dengan tanggungjawab sebagai peneraju industri kraf
adalah terlibat secara langsung di dalam aktiviti rantaian nilai industri dalam aspek
kemahiran , pembangunan , keusahawanan , pemasaran dan perkhidmatan pengguna .
Usaha bersepadu bersama pengusaha kraf , pembekal , pemborong dan agensi kerajaan
membolehkan syarikat ini berpotensi tinggi meningkatkan taraf pembangunan perniagaan
kraf .
Kemajuan yang dicapai
Dalam bab ini , syarikat ini melahirkan tanda kesyukuran kerana kemajuan yang begitu
besar dalam sektor ini yang dahulunya sector ini hanya akan berkubur dan menjadi
kenangan di dalam minda .
Kemajuan yang dicapai sehingga kini seperti : -
• Ramai tenaga mahir yang bernaung di bawah syarikat ini , iaitu seramai 30 orang .
• Peningkatan tempahan yang mendadak .
• Penganugerahan tokoh usahawan oleh menteri .
• Pasaran utama dunia iaitu London dan Jepun semakin memberi ruang untuk
ketengahkan hasil produk Malaysia di negara mereka .
Rangkaian Pemasaran
Hasil seni ukiran ini berkembang pesat kesetara negeri dan negara dengan adanya
kerjasama dari semua pihak seperti ; -
Pameran : -
2. Pameran memainkan peranan utama kerana di sini semuanya pengkarya serta pengukir
akan berkumpul dan secara tidak langsung akan berkenalan serta bertukar-tukar pendapat
serta ilham .
Usaha semua pihak dalam sektor binaan : -
Dengan adanya arkitek serta pihak di dalam sector binaan , secara tidak langsung industri
ukiran kayu ini berkembang dengan pesat . Pihak ini biasanya akan mencadangkan
sesuatu ukiran kayu di dalam sesebuah istana,bangunan atau masjid .Jadi sektor ini
merupakan penerajuutama menyebarkan serta menghasilkan rangkaian ukiran kayu
keserata dunia .
Badan-badan kerajaan : -
Di masa sekarang kerajaan telah menubuhkan banyak institusi yang mahu memelihara
dan menjaga ukiran kayu ini . Kerajaan telah mewujudkan sektor kesenian dan tamadun
untuk memelihara dan memperkenalkan produk tempatan ke serata benua . Contoh sektor
yang ditubuhkan oleh kerajaan : -
• Kemajuan kraftangan Malaysia
• Institut kraf negara
• Atma