Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Tugasan pertama sosiologi pendidikan kumpulan 3
1. Tugasan Pertama Sosiologi Pendidikan Kumpulan 3
Nama: Sarud A/L Iwan
No Matrik: 157298
Kos: Bacelor Pendidikan Sains Pertanian
SOALAN: Bagaimanakah murid boleh mempelajari sistem sosial sesebuah negara melalui
sistem sosial yang didapati di sekolah?
Sistem sosial sesebuah negara merupakan salah satu faktor yang penting dalam sistem
pentadbiran negara. Jika keberkesanan sistem itu tinggi maka dikira berjayalah negara itu
dalam mengendalikan para penduduknya. Kita dapat melihat bahawa banyak dasar yang
digubal untuk mewujudkan sisitem sosial yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia, namun
ada yang berjaya dan ada juga hanya sia-sia sahaja. Berjaya atau tidak sesuatu yang dirangka
itu bergantung kepada pelaksanaannya diperingkat akar umbi, jadi kita harus mendedahkan
para pelajar sekolah kepada sistem sosial negara menerusi sistem sosial yang dipraktikkan di
sekolah. Bak kata orang “melentur buluh biarlah dari rebungnya” kerana pada peringkat
sekolah murid-murid senang dibentuk dan diterapkan dengan nilai-nilai murni. Terdapat
banyak cara yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan sistem sosial di sekolah.
Pertama sekali adalah melalui peranan guru sebagai penggalak utama untuk mewujudkan
sistem tersebut. Disekolah guru boleh mewujudkan organisasi-organisasi tertentu seperti
Majlis Perwakilan Pelajar di peringkat sekolah. Guru haruslah membimbing para pelajarnya
untuk mengetahui cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan aman melalui struktur
organisasi yang ditubuhkan. Melalui program ini saya percaya bahawa murid akan lebih
memahami sistem sosial kerajaan dan diharapkan usaha ini akan membuahkan hasil apabila
pelajar telah menamatkan pelajaran.
Seterusnya adalah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Kita boleh
mendidik pelajar untuk berdemokrasi seperti mengadakan pemilihan-pemilihan dalam
struktur organisasi tertentu dan mereka harus akur dengan keputusan yang dicapai. Langkah
ini dilihat sebagai satu tindak balas yang positif kearah menggalakkan para pelajar untuk
memahami sistem sosial negara. Mungkin para pelajar tidak mengerti sepenuhnya terhadap
apa yang hendak disampaikan, namun sekurang-kurangnya mereka telah didedahkan dengan
cara bagaimana sistem demokrasi itu dijalankan di negara kita.
2. Selain itu, kita juga harus menitikberatkan aspek kemahiran sosial selain daripada corak
pentadbiran iaitu seperti kemahiran untuk mereka berkomunikasi dengan setiap individu yang
terlibat dalam sistem pentadbiran sekolah. Kemahiran komunikasi harus diterapkan dalam
diri pelajar agar mereka boleh hidup dalam komuniti yang besar dan diliputi oleh pelbagai
lapisan masyarakat. Usaha ini dilihat sangat bernas kerana kita tahu bahawa rakyat Malaysia
terdiri daripada kaum yang pelbagai, jadi kebiasaan bergaul tanpa mengira bangsa dan warna
kulit pada zaman persekolahan akan diteruskan pada masa hadapan. Kesannya, masyarakat
Malaysia pada era akan datang mungkin akan lebih faham antara satu sama lain dan akan
hidup dengan lebih aman tanpa wujud persengketaan. Antara contoh aktiviti yang boleh
dijalankan adalah seperti temasya sukan tahunan sekolah yang mampu mendidik murid
menjadi lebih bersifat kesukanan dan kerjasama tanpa mengira asal usul kawan mereka. Jika
diambil contoh yang umum, kita dapat melihat bahawa sukan seperti bola sepak dan
badminton mampu menyatupadukan rakyat Malaysia. Buktinya setiap kali ada perlawanan
yang melibatkan kontijen Malaysia, rakyat akan beramai-ramai ke stadium dan mereka terdiri
daripada rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Akhir sekali, dalam mengajar murid untuk mempelajari sistem sosial sesebuah negara kita
harus sedar bahawa disiplin adalah asas utama kepada kejayaan sesuatu program yang
dilaksanakan. Oleh demikian undang-undang dan disiplin yang ditetapkan oleh pihak sekolah
haruslah sentiasa dikenal pasti samada berjaya ataupun sebaliknya. Jika ianya tidak berjaya
pihak sekolah harus segera menyelesaikan masalah tersebut agar para pelajar tidak menjadi
liar. Badan pengawas sekolah mahupun MPP pelajar memainkan peranan dalam memastikan
bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dapat diselesaikan dengan cara yang
betul. Contohnya fungsi MPP pelajar adalah untuk mendengar masalah rakan pelajar mereka
dan mengutarakan masalah tersebut kepada guru yang terlibat. Melalui sistem ini para pelajar
dapat belajar bahawa dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu kita tidak boleh terburu-buru
dan haruslah melakukannya mengikut prosedur.
Kesimpulannya, tidaklah sukar untuk murid belajar tentang sistem sosial sesebuah negara
melalui sistem sosial di sekolah. Asalkan ada pihak yang mahu memberikan tunjuk ajar
kepada para pelajar sudah semestinya perancangan yang telah dirangka akan berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu jika pelajar didedahkan kepada sistem sosial negara
dengan cara yang betul, maka mereka akan lebih memahami dan mempraktikkannya di masa
hadapan.