1. Soalan : Kita sentiasa digalakkan menabung.
Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.
Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa
hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu dipupuk sejak kecil.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap
berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang segala
perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan
ke sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan
didalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang
simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan
kita untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan.
Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untu mendapatkan
rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan apabila keluarga
ditimpa musibah.
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita
menyimpan wang didalam bank, kita akan mendapat sebahagian
keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk kehidupan masa
hadapan.
Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu mulalah
menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.