SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Nabi Daud A.S.
Nabi Daud bin Yisya adalah keturunan Nabi Ibrahim dan tinggal bersama bapanya di
Baitullaham. Baginda dikurniakan suara yang sangat merdu.
Sebagaimana Nabi Musa diberikan Taurat, Nabi Daud diberikan kitab Zabur, yang mengandungi
puisi dan lagu berkaitan penyucian dan pujian kepada Allah, kisah umat terdahulu dan berita
kalangan nabi akan datang, termasuk mengenai Muhammad s.a.w.
Nabi Daud diberikan kelebihan tersendiri. Allah menundukkan gunung dan memerintahkannya
bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud setiap pagi dan petang. Burung turut bertasbih mengikut
Nabi Daud berulang kali, malah baginda sendiri diberi kelebihan dapat mengerti maksud suara
burung.
Kekuatan Nabi Daud amat luar biasa kerana mampu melembutkan besi sehingga dapat membuat
baju besi dengan tangan. Nabi Daud juga terserlah dengan keberanian. Ketika zaman mudanya,
baginda bersama Thalut, iaitu pemimpin Bani Israel berperang dengan bangsa Palestin yang
menyembah patung.
Dalam pertempuran itu ketua bangsa Palestin, Jalut bertemu Nabi Daud, lalu memperlekehkan
baginda. Kedua-duanya berlawan di tempat pertempuran dan kesudahannya Nabi Daud dapat
membunuh Jalut, seterusnya menewaskan tentera musuh.
Nabi Daud diberikan ganjaran dan berkahwin dengan Mikyal, seorang puteri Thalut. Sejak itu,
Nabi Daud terkenal di kalangan kaum Bani Israel.
Baginda diberikan kenabian dan kerajaan oleh Allah pada usia 40 tahun. Dengan kebesaran dan
kerajaan yang diperoleh, membuatkannya bertambah tekun beribadat kepada Allah. Nabi Daud
selalu mendirikan solat malam dan berpuasa pada siang hari. Nabi Daud semakin berpengaruh
dalam masyarakat, sehingga Thalut berasa iri hati. Kemudian berlaku perang dan Thalut tidak
membenarkan Nabi Daud menyertainya. Akhirnya Thalut terbunuh.
Nabi Daud memiliki kuasa mutlak selaku raja kepada Bani Israel keseluruhannya selama 33
tahun

More Related Content

What's hot

Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAWKeajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
PAKLONG CIKGU
 
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkapBerikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
muji jj
 

What's hot (19)

Kisah nabi muhammad 2
Kisah nabi muhammad 2Kisah nabi muhammad 2
Kisah nabi muhammad 2
 
Nama nama 25 nabi dan rasul
Nama nama 25 nabi dan rasulNama nama 25 nabi dan rasul
Nama nama 25 nabi dan rasul
 
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmi
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmiMakalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmi
Makalah akidah ahlak tentang kisah teladan rosul ulul azmi
 
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAWKeajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
Keajaiban sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkapBerikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
Berikut ini adalah kisah 25 nabi dan mukjizatnya dengan lengkap
 
Ski kelas 3
Ski kelas 3Ski kelas 3
Ski kelas 3
 
Nabi-Nabi Ulul Azmi
Nabi-Nabi Ulul AzmiNabi-Nabi Ulul Azmi
Nabi-Nabi Ulul Azmi
 
Materi kls 7
Materi kls 7Materi kls 7
Materi kls 7
 
Bab 8 Sejarah Nabi Muhammad SAW
Bab 8  Sejarah Nabi Muhammad SAWBab 8  Sejarah Nabi Muhammad SAW
Bab 8 Sejarah Nabi Muhammad SAW
 
Daud si Anak Gembala
Daud si Anak GembalaDaud si Anak Gembala
Daud si Anak Gembala
 
Tanda kemunculan dajjal dan ciri
Tanda kemunculan dajjal dan ciriTanda kemunculan dajjal dan ciri
Tanda kemunculan dajjal dan ciri
 
Nabi Ibrahim Nabi ismail, Nabi Luth, Nabi Syuaib
Nabi Ibrahim Nabi ismail, Nabi Luth, Nabi SyuaibNabi Ibrahim Nabi ismail, Nabi Luth, Nabi Syuaib
Nabi Ibrahim Nabi ismail, Nabi Luth, Nabi Syuaib
 
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
Bidang Sirah 5.1 Pendidikan Islam T1
 
Bani israel
Bani israelBani israel
Bani israel
 
Trigonometri
TrigonometriTrigonometri
Trigonometri
 
Kisah Nabi Musa
Kisah Nabi MusaKisah Nabi Musa
Kisah Nabi Musa
 
Kisah nabi muhammad
Kisah nabi muhammadKisah nabi muhammad
Kisah nabi muhammad
 
Sirah Nabawiyah 1
Sirah Nabawiyah 1Sirah Nabawiyah 1
Sirah Nabawiyah 1
 
Nilai-nila Kepemimpinan Musa AS
Nilai-nila Kepemimpinan Musa ASNilai-nila Kepemimpinan Musa AS
Nilai-nila Kepemimpinan Musa AS
 

Cerita wawa

  • 1.
  • 2. Nabi Daud A.S. Nabi Daud bin Yisya adalah keturunan Nabi Ibrahim dan tinggal bersama bapanya di Baitullaham. Baginda dikurniakan suara yang sangat merdu. Sebagaimana Nabi Musa diberikan Taurat, Nabi Daud diberikan kitab Zabur, yang mengandungi puisi dan lagu berkaitan penyucian dan pujian kepada Allah, kisah umat terdahulu dan berita kalangan nabi akan datang, termasuk mengenai Muhammad s.a.w. Nabi Daud diberikan kelebihan tersendiri. Allah menundukkan gunung dan memerintahkannya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud setiap pagi dan petang. Burung turut bertasbih mengikut Nabi Daud berulang kali, malah baginda sendiri diberi kelebihan dapat mengerti maksud suara burung. Kekuatan Nabi Daud amat luar biasa kerana mampu melembutkan besi sehingga dapat membuat baju besi dengan tangan. Nabi Daud juga terserlah dengan keberanian. Ketika zaman mudanya, baginda bersama Thalut, iaitu pemimpin Bani Israel berperang dengan bangsa Palestin yang menyembah patung. Dalam pertempuran itu ketua bangsa Palestin, Jalut bertemu Nabi Daud, lalu memperlekehkan baginda. Kedua-duanya berlawan di tempat pertempuran dan kesudahannya Nabi Daud dapat membunuh Jalut, seterusnya menewaskan tentera musuh. Nabi Daud diberikan ganjaran dan berkahwin dengan Mikyal, seorang puteri Thalut. Sejak itu, Nabi Daud terkenal di kalangan kaum Bani Israel. Baginda diberikan kenabian dan kerajaan oleh Allah pada usia 40 tahun. Dengan kebesaran dan kerajaan yang diperoleh, membuatkannya bertambah tekun beribadat kepada Allah. Nabi Daud selalu mendirikan solat malam dan berpuasa pada siang hari. Nabi Daud semakin berpengaruh dalam masyarakat, sehingga Thalut berasa iri hati. Kemudian berlaku perang dan Thalut tidak membenarkan Nabi Daud menyertainya. Akhirnya Thalut terbunuh. Nabi Daud memiliki kuasa mutlak selaku raja kepada Bani Israel keseluruhannya selama 33 tahun