Filem Adnan Sempit menceritakan Adnan, seorang mat rempit dari kampung yang pindah ke Kuala Lumpur. Dia jatuh cinta dengan bosnya, Nadia, wanita kaya yang pernah patah hati. Nadia cuba memahami dunia Adnan dengan menyertai aktiviti mat rempit. Walau bagaimanapun, rakan Nadia ingin memisahkan mereka untuk tujuan tersendiri, menyebabkan pertengkaran besar antara Adnan dan Nadia.
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Sinopsis Filem Adnan Sempit
1. Sinopsis Filem Adnan Sempit
Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit berusia dalam lingkungan 27 tahun dan lebih dikenali
sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya. Dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak
mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan
tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia
mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta
dan menyimpan perasaan terhadap bosnya, Nadia.
Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya serta sering ditemani
pembantu peribadi, Wawa. Wawa ialah teman wanita kepada Bobby yang juga sahabat Adnan.
Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan dia susah dan takut untuk bercinta lagi.
Pada suatu hari, rakan-rakan Nadia bercadang mengadakan parti ‘reunion’. Nadia yang
tercabar dengan rakan-rakannya terus memperkenalkan Adnan sebagai teman lelakinya.
Semenjak peristiwa itu, pelbagai cerita berlaku di antara mereka sehingga suatu hari Nadia
cedera diserang sekumpulan remaja dan diselamatkan Adnan. Nadia mula menyimpan
perasaan terhadap Adnan.
Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk
mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Bagaimanapun, Jofri rakan Nadia ketika belajar
menyimpan hasrat untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu
rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun. Nadia
sangat teruja berkawan dengan Adnan, sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah
cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan
pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak
kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk.
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Norliana Samsudin, Along (Raja Lawak), Cat Farish,
Julia Hana, Angah (Raja Lawak) Dan Zack X Factor
Genre: Komedi (Aksi Nadia cuba menyelami dunia mat rempit)
Mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia: 14 Januari 2010