Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Bulu mata penuh
1. KOD RUJUKAN HKM 303 K1 MUKA: 2 DRP: 4
NAMA KURSUS KOSMETOLOGI
TAJUK MODUL HKM 303 MENCANTIKKAN BULU MATA DAN KENING
TAJUK SUB MODUL K1 - MEMAKAI BULU MATA PALSU PENUH
OBJEKTIF PRESTASI /
Performance Objective (PO)
Melakukan pemakaian bulu mata palsu menggunakan bulu mata
palsu, gam bulu mata dan alatan yang telah ditetapkan supaya
bulu mata semulajadi akan kelihatan lebih tebal dan lebih
panjang.
KOD RUJUKAN HKM 303 K1 MUKA: 1 DRP: 4
NAMA NO. K/P
TAJUK : Memakai bulu mata palsu penuh
TUJUAN :
Helaian penerangan ini disediakan supaya pelajar dapat;
1. Menyenaraikan dan menerangkan fungsi bahan, alatan yang diperlukan.
2. Menyenaraikan jenis bulu mata palsu.
3. Menerangkan jenis simptom alahan pemakaian bulu mata palsu penuh.
4. Menerangkan prosedur memakai bulu mata palsu.
PENERANGAN :
Pengunaan bulu mata palsu bertujuan untuk menambah daya tarikan terhadap
mata selain dari itu ia juga bertujuan agar bulu mata kelihatan panjang, lentik dan
tebal. Sebelum menggunakan bulu mata palsu, anda mesti pandai
mengenalpasti bentuk bulu mata palsu penuh bersesuaian dengan bentuk mata si
pengguna.
HELAIAN PENERANGANHELAIAN PENERANGAN
(Information Sheet)(Information Sheet)
2. SENARAI ALATAN :
Forcep Tweezer
SENARAI BAHAN :
Kapas muka Putik kapas Tisu Spirit surgical
Gam bulu mata Bulu mata palsu penuh Liquid eyeliner
(false eyelash)
Celak mata Berus bulu kening
KOD RUJUKAN HKM 303 K1 MUKA: 3 DRP: 4
3. JENIS-JENIS BULU MATA PALSU PENUH :
Helaian panjang di sudut luar Helaian semulajadi
Helaian tebal Helaian rapat, panjang dan natural
Helaian tebal dan panjang Helaian panjang
1. Helaian rapat, panjang dan natural : sesuai untuk mata sepet dan tidak
berkelopak
2. Helaian tebal dan panjang : sesuai untuk mata cembung
3. Helaian panjang : sesuai untuk mata kecil
4. Helaian panjang di sudut luar : sesuai untuk mata redup
5. Helaian tebal : sesuai untuk mata bulat dan besar
6. Helaian semulajadi : sesuai untuk mata dalam
4. KOD RUJUKAN HKM 303 K1 MUKA: 4 DRP: 4
JENIS SIMPTOM ALAHAN PEMAKAIAN BULU MATA PALSU PENUH :
• Gatal-gatal di kawasan tempat bulu mata palsu dilekatkan
• Mudah merah dan bengkak di kawasan berkenaan
• Mata bengkak dan berair serta pedih yang tidak tertahan
PROSEDUR PEMAKAIAN BULU MATA PALSU PENUH :
1. Pastikan kawasan kelopak mata kering.
2. Berus bulu mata asli dengan rapi terlebih dahulu menggunakan berus kening.
3. Lentikkan bulu mata asli dengan pelentik bulu mata
4. Ambil bulu mata dan ukur kepanjangan kelopak mata dengan bulu pata palsu.
5. Gunting hujung bulu mata palsu (sekiranya perlu).
6. Sapukan gam pada bulu mata palsu dengan berhati-hati (jangan letak gam terlalu
banyak).
7. Keringkan dalam masa 5 saat.
8. Minta pelanggan tutup mata.
9. Lekatkan bulu mata palsu menggunakan forcep tweezer.
10. Tekan dengan lembut menggunakan tweezer agar bulu mata melekap dengan
kemas dan cantik.
11. Sapu maskara untuk menyamakan bulu mata asli dengan bulu mata palsu.
RUJUKAN :
1. Artikel