2. Sukan professional
Sukan pesertanya mendapat bayaran untuk
bermain disebabkan prestasinya
Ia bertentangan dengan sukan amatur.
Professionalisme telah meningkat melalui
i. Perkembangan media massa
ii. Pertambahan kelapangan masa masyarakat
Kedua-dua faktor ini telah menghasilkan
penonton yang lebih ramai yang membolehkan
persatuan sukan atau kelab mendapatkan
tajaan yang lebih besar.
3. Kesan:
1. Lebih ramai ahli sukan berupaya menjadikan
bersukan sebagai kerjaya.
2. Mengekalkan status masyhur.
Kebaikan:
1. Meningkatkan tahap kecekapan sukan tersebut.
2. Meningkatkan kepopularan sesetengah sukan.
3. Mengasingkan peserta amatur daripada sukan
professional.
4. Kelab badminton Nusa Mahsuri
Ia merupakan sebuah kelab badminton pertama yang
ditubuhkan di Malaysia.
Visi dan objektif:
a. Ia bertujuan untuk menjadi pusat atau akademi
badminton professional dalam me berlatih pemain-
pemain baik dari dalam mahupun luar negara
sebagai pemain badminton bertaraf dunia.
b. Sebagai pusat latihan di kalangan pemain-pemain
professional
c. Sebagai perunding kepada mana-mana
kelab,sekolah,universiti atau pertubuhan sukan
yang memerlukan khidmat runding.
5. d.Sebagai penyambung wadah dalam
pencungkilan bakat-bakat baru selain
menyumbang sesuatu dalam membantu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ke
arah pembangunan badminton itu sendiri
atas semangat jati diri dan daya juang
memartabatkan imej badminton
e.Kelab ini telah,sedang dan akan membuat
pelbagai program dalam menyemarakkan
minat serta pendedahan terhadap kaedah
permainan badminton yang betul sehingga
ke peringkat akar umbi.
6. Kelab sukan ragbi
Kelab Sukan Ragbi
• Kelab ini telah ditubuhkan atas usaha pemuda-
pemuda di dalam Pemuda IKS.
• Idea dan konsep kelab ini adalah hasil cetusan
oleh Saudara Shahir Omar (Hans),yang
merupakan Pengerusi Biro Pendidikan &Latihan
Pemuda IKS.
• Sukan regbi kebiasaannya popular di peringkat
sekolah dan universiti.
• Setelah tamat pengajian,kebanyakan pemain
ragbi jarang meneruskan tradisi sukain ini.
7. • Anak-anak zaman muda hari ini juga lebih gemar
bermain futsal dan badminton.
• Ini mungkin disebabkan oleh kemudahan yang
disediakan (fasiliti,lokasi) untuk sukan-sukan ini.
• Saudara Hans berpendapat bahawa tidak salah
untuk mewujudkan kembali budaya bermain
ragbi di kalangan pemuda hari ini,
• Tujuan:
I. Ia boleh menjadi satu aktiviti sukan alternatif
selain futsal dan badminton.
II. Budaya bersukan sebegini dapat mengelakkan
anak-anak muda daripada terjebak dengan
gejala-gejala tidak sihat.
8. Kelab Olahraga Profesional
Kelab olahraga professional
• Bekas pelari 400 meter kebangsaan,Nordin Jadi pernah
menang pingat emas 400 meter Sukan SEA yang kini
merupakan pengarah urusan kelab sukan Nordin Jadi
Ahletic Club (NJAC) berkata,olahraga seumpama itu mampu
mengembalikan era kegemilangan sukan olahraga negara.
• Beliau sendiri menubuhkan kelab olahraga ketika dihantar
berlatih di Jerman dan Amerika Syarikat.
• Beliau mahu lebih banyak kelab olahraga professional
ditubuhkan di negara ini.
• Tujuan:
Ia menjadi saluran untuk dapat mencungkil bakat baru
untuk diketengahkan di dalam sukan olahraga.
Ia juga mengelak kita daripada terlalu bergantung kepada
sekolah-sekolah.
9. • Menurut Nordin,kelab olahraga yang
diuruskan secara professional tumbuh bak
cendawan di negara-negara terbabit dan
tahap persaingan antara kelab-kelab
berkenaan adalah amat tinggi.
• Beliau yang pernah mewakili negara pada
Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles berkata,di
Eropah dan Amerika Syarikat kelab-kelab
olahraga merupakan kilang dalam
menghasilkan atlet berprestasi tinggi bagi
mewakili negara.
10. Kelab Renang Ombak
(ASUM)
• Ia telah ditubuhkan awal 2007 dan menjalani latihan harian diPusat
Akuatik Darul Ehsan,Shah Alam.
• Kelab sukan air ini merupakan salah satu kelab yang berdaftar.
• Perenang-perenang kelab ini terdiri daripada perenang-perenang
muda dari umur lingkungan 5-16 tahun.
• Perenang-perenang ini telah menunjukkan bakat mereka dengan
menyertai beberapa kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan
Renang Amatur Selangor dan juga Persatuan Renang Amatur
Malaysia (ASUM).
• Perenang-perenang juga dilatih oleh jurulatih-jurulatih yang
bertauliah dari peringkat awal hinggalah peringkat dimana
perenang-perenang boleh memasuki mana-mana pertandingan
yang dianjurkan oleh mana-mana badan sukan.
11. Program:
• Berenang dapat membina keyakinan diri di samping mempelajari
teknik-teknik keselamatan ketika berada di dalam air.
• “Mari Belajar Berenang” merupakan satu program yang dijalankan
untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa berenang
adalah salah satu asas keselamatan yang penting di dalam keluarga.
• Setiap perenang baru dikehendaki bermula dari tahap permulaan
kecuali mereka yang telah diuji oleh jurulatih-jurulatih untuk
diserapkan ke tahap seterusnya.
• Perenang-perenang dikehendaki menghabiskan tahap 1-3 dengan
mempelajari asas gaya bebas,kuak lentang,kuak kupu-kupu dan
kuak dada.
• Setelah selesai tahap-tahap ini,perenang-perenang (kanak-
kanak&remaja) akan diberi peluang untuk mangembangkan minat
mereka dengan menyertai program lanjutan seterusnya.
12. Peralatan/pakaian
• Para perenang dikehendaki menyediakan pakaian
renang yang selesa/sesuai,peralatan renang
seperti goggles renang,topi renang (bagi yag
berambut panjang) dan juga kickboard.Peralatan-
peralatan ini diperlukan untuk kelas permulaan-
lanjutan.
• Sekiranya perenang ingin meneruskan cabaran ke
peringkat seterusnya selepas melepasi ketiga-tiga
tahap,peralatan tambahan diperlukan seperti fins
(kaki itik),pullbouy dan hand paddle.
13. Kemudahan renang
• Pusat Akuatin Darul Ehsan (PADE) sebuah pusat
akuatik antarabangsa yang mempunyai kolam
renang bersaiz olimpik dan juga mempunyai
kolam untuk kanak-kanak.Para perenang di
peringkat pelapis dan pertandingan akan
menjalani latihan renang di pusat.
• Kolam Renang Pandamaran merupakan sebuah
kolam renang yang bersaiz sederhana dan
digunakan untuk perenang diperingkat
permulaan.
14. Objektif:
Mengilat bakat perenang-perenang muda untuk
ke peringkat yang lebih baik.
Menanam sikap tanggungjawab,bekerjasama dan
disiplin diri.
Mengukuhkan jalinan kekeluargaan di kalangan
perenang dan juga ibu bapa
Penjagaan kesihatan yang sihat
Semangat kesukanan dalam menyahut cabaran
demi memajukan sukan renang.
Mengukuhkan jati diri dan keyakinan.
15. Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka
Pengenalan:
Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telah mendapat
persetujuan daripada Golden BoBowwl Mahkota Parade
dan juga Plaza Bowling Centre untuk mengadakan
sebarang aktiviti pertandingan dan juga latihan bowling
dari semasa ke semasa dengan harga yang telah
ditetapkan oleh Pengurusan Mahkota Parade,Plaza
Bowling Centre dan juga Kelab Bowling Kolej Yayasan
Melaka.
Pihak pengurusan Golden Bowl dan juga Plaza Bowling
Centre serta Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telah
menetapkan dan bersetuju dengan bayaran untuk ahli-ahli
kelab untuk bermain dengan harga yang rendah bagi satu
permainan (1 game) kepada pelajar-pelajar,pensyarah dan
juga kakitangan Kolej Yayasan Melaka.
16. • Di samping itu,juga kepada warga pelajar,kakitangan dan
pensyarah Kolej Yayasan Melaka,mereka akan mendapat
banyak keistimewaan sekiranya menjadi ahli kelab ini.
• Mereka akan menjalani latihan setiap minggu dengan
bayaran sewaan yang berpatutan dan latihan yang
berjadual.
• Mendapat potongan harga bagi setiap pertandingan
tertutup bagi setiap perlawanan “Champion’s of the
month” dan juga “Bowler’s of the month.”Selain daripada
sijil dan juga kad keahlian.
• Di samping itu,juga kepada warga pelajar,kakitangan dan
pensyarah,mereka boleh menjalani latihan bowling di Plaza
Bowling Centre pada setiap hari Sabtu dengan menyertai
ahli kelab bowling Kolej Yayasan Melaka dengan bayaran
pendaftaran RM16.00 dan juga bayaran latihan RM5.00
untuk 3jam sekali latihan.
17. Sejarah
• Kelab Bowling Kolej Yayasan Melaka telah ditubuhkan pada tahun
2001 oleh Mohd Khairul Izwan B Selamat selaku Penasihat dan
Penyelaras Kelab Bowling dan ditubuhkan di bawah pentadbiran Hal
Ehwal Pelajar Kolej Yayasan Melaka.
Majlis perasmian serta pembukaan kelab bowling ini telah
dirasmikan oleh yang berbahagia Dr Hamzaid B Hj Yahya , Ketua
Eksekutif Kolej Melaka dan Tn Hj Hanafiah B Hj Abdullah selaku
Pengurus Kegiatan Pelajar / Rakan Muda.
Majlis perasmian tersebut di adakan di Golden Bowl Mahkota
Parade pada 11 September 2001 dengan mengadakan perlawanan
untuk pertama kalinya iaitu perlawanan tertutup First Strike
Bowling Tournament dengan di sertai hampir 200 orang pelajar dan
kakitangan Kolej Yayasan Melaka.
18. Objektif:
• Untuk mempromosikan Kelab Bowling Kolej Yayasan
Melaka kepada semua pelajar,kakitangan dan pensyarah
Kolej Yayasan Melaka serta juga masyarakat semua.
• Melahirkan pelajar,kakitangan dan juga pensyarah yang
berbakat untuk diketengahkan menjadi pemain bowling
yang berstatus professional.
• Melahirkan pelajar-pelajar, kakitangan dan pensyarah yang
sihat dalam menceburi bidang sukan atau riadah bagi
membentuk generasi yang sihat dan berwawasan tinggi.
• Menghubungkan tali silatulrahim di kalangan ahli
kelab,pelajar,kakitangan,dan juga pensyarah Kolej Yayasan
Melaka .Selain menengahkan sukan bowling sebagai satu
sukan yang sihat,elit dan professional.
19. Kelab futsal Putrajaya
Ditubuhkan pada bulan Oktober 2008
Oleh Saudara Rusmizi Majid dan rakan-rakan dari presint
9.
Objektif diletakkan di bawah
Kumpulan Yayasan:
lebih banyak aktiviti diselaraskan.
Dilaksanakan dengan lebih teratur.
20. • Program pertama yang dianjurkan oleh Kelab
Futsal Putrajaya adalah Pertandingan Futsal
Tertutup Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor dan dijadualkan akan
dilaksanakan pada 8 Februari 2009 di
Gelanggang Futsal Kelab Komuniti Cyberjaya.
• Bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada 10
malam, acara penyampaian piala pusingan
pertandingan ini dijangka akan
disempurnakan oleh Ahli Parlimen
Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor.
21. • Dianggarkan jumlah kehadiran pemain dan penonton
adalah sekitar 700 orang dan dilaporkan bahawa tiada
sebarang insiden pergaduhan di sepanjang tempoh
pertandingan. Setiap perlawanan berlangsung dengan licin
tanpa banyak pertikaian daripada sebarang pasukan.
• Sebanyak 56 pasukan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang dijalankan secara kumpulan dalam
pusingan pertama seterusnya secara kalah mati dalam
pusingan kedua. Pertandingan ini telah bermula seawal 9
pagi dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B.
Datuk Seri Tengku Adnan
• Johan bagi pertandingan ini telah menerima Piala Pusingan
Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, medal dan
hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000. Bagi naib
johan, tempat ketiga dan keempat, setiap pasukan
menerima medal dan wang tunai sebanyak RM 700 bagi
naib johan, RM 500 bagi tempat ketiga dan RM 300 bagi
tempat keempat.