SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional berteraskan ekonomi sara diri. Ekonomi
sara diri bermaksudnya kegiatan ekonomi dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan
dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian. Keperluan asas ekonomi petani dalam
masyarakat melayu tradisional ialah secukup hidup iaitu menyara keluarga sendiri.
Alatan pertanian yang digunakan sangat mudah iaitu menggunakan haiwan atau binatang
dan manusia tanpa penggunaan teknologi moden. Antara kegiatan utama dalam ekonomi
sara hidup ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Ada di
kalangan mereka mendapatkan sumber makanan harian daripada binatang ternakan,
sungai atau laut yang berdekatan. Oleh sebab masyarakat Melayu tidak mampu
menghasilkan barang pakaian dan garam, maka mereka memperolehinya dari kampung
atau tempat lain melalui sistem pertukaran barang. Sebenarnya, kegiatan ekonomi
masyarakat melayu tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan penempatan.
Mereka mendirikan penempatan yang berdekatan dengan laut, pinggir sungai atau hutan
mempunyai kegiatan ekonomi yang berbeza-beza. Kegiatan ekonomi utama bagi mereka
yang menetap berhampiran sungai ialah bertani dan menangkap ikan. Tanaman utama
ialah padi manakala sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi tanaman sampingan. Bagi
penduduk yang menetap di kawasan hutan, mereka berkegiatan ekonomi seperti
menternak, memburu binatang dan memungut hasil hutan. Terdapat sebahagian kecil
masyarakat Melayu mahir dalam pertukangan, perlombongan dan kraf tangan. Mereka
yang tinggal berhampiran dengan pelabuhan melibatkan diri dalam perdagangan.


       Terdapat dua jenis penanaman padi iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma
ditanam di kawasan yang tetap manakala padi huma ditanam secara berpindah randah.
Kegiatan penanaman padi huma pada peringkat awal dilakukan oleh orang asli Semai,
Dayak, Iban, Jakun, Temiar yang tinggal dekat dengan kawasan penanaman dan
berpindah setelah satu atau dua musim penuai. Mereka berbuat demikian kerana
menganggap tanah yang sudah satu atau dua kali ditanam tidak subur untuk menanam
lagi. Orang Siam dari utara dan orang Minangkabau dari selatan memperkenalkan
penanaman padi sawah di kawasan tebing sungai dan tanah pamah pesisiran pantai
kerana penanaman padi sawah memerlukan air yang banyak. Delta besar di Kelantan dan
Kedah merupakan kawasan yang awal dijadikan tampat penanaman padi sawah. Pada


                                                                                 2
abad ke-19, sistem pengairan dan terusan diperkenalkan untuk memudahkan pengaliran
air ke sawah padi.


       Binatang ternakan seperti ayam, itik, lembu dan kerbau selain dijadikan bahan
makanan juga digunakan untuk membajak dan menarik kayu. Kegiatan ekonomi
sampingan di kalanga masyarakat Melayu seperti memburu kancil, rusa, pelanduk,
seladang dan ayam utan untuk dijadikan sumber makanan. Aktiviti menjerat gajah sering
dilakukan kerana penggunaan gajah sebagai alat pengangkutan utama golongan
pemerintah. Oleh itu, gajah dijadikan barangan hadiah dan perlambangan ketinggian taraf
seseorang pemerintah. Masyarakat Melayu yang menetap berhampiran dengan laut,
sungai dan tasik mejalankan aktiviti perikanan. Banyak penduduk di negeri pantai timur
Tanah Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang melakukan kegiatan
penangkapan ikan. Hasil tangkapan digunakan untuk tujuan sara hidup. Musim tangkapan
ikan ialah bulan March hinggga Oktober kerana musim tengkujuh. Cara penangkapan
ikan berbeza antara tempat. Penangkap ikan dilaut menggunakan pukat, jala, jaring,
kelong, dan rawai. Di sungai, alat yang sering digunakan ialah lembing, serampang,
tempuling, tombak, tali kail, pancing, jala, bubu, pukat, jaring, tangguk, kelong, gawai,
jeramal, serkat ikan dan lukah. Kalau berlaku lebihan hasil separti ikan atau udang akan
digunakan untuk membuat ikan masim, udang kering, keropok, belacan, cencaluk dan
budu untuk dijual. Nelayan menukarkan ikan masin dengan bras dari kampung yang
mengusahakan tanaman padi di kawasan pedalaman.


       Apakah rasionaliti masyarakat Melayu mengamalkan cara hidup sara diri? Pada
pendapat saya, hasil pertanian yang sekadar cukup menampung kehidupan ahli keluarga
disebabkan kekurangan ilmu dalam bidang pertanian. Masyarakat Melayu yang menanam
padi huma cenderung hidup berpindah randah akibat ketidaksuburan tanah. Mereka
masih belum mengetahui cara mengekalkan kesuburan tanah dengan menanam tanaman
yang berbeza-beza pada musim yang berlainan. Pengurusan penggunaan tanah yang
sistematik meningkatkan hasil pertanian dan jenis hasil.Bilangan tenaga kerja yang
sedikit menyebabkan masyarakat Melayu kurang mengkormesialkan hasil pertanian
mereka. Tenaga kerja hanya bergantung kepada bilangan ahli keluarga sahaja.Tambahan


                                                                                       3
pula, peralatan tradisional seperti cangkul, bajak dan sabit yang digunakan untuk bertani
tidak menandingi peralatan moden. Kerja-kerja berat pula bergantung kepada binatang
separti lembu, kerbau dan gajah. Tiada cara penyimpanan hasil pertanian yang boleh
mengekalkan kesegarannya dalam tempoh masa yang lama. Hasil sayur-sayuran perlu
dihabiskan dalam tempoh beberapa hari atau dijadikan sayur masim dan dijadikan bahan
tukaran dengan kampung lain. Walaupun hasil pertanian padi boleh disimpan selama
beberapa bulan tetapi penggunaan peralatan tradisional tidak mendatangkan hasil yang
banyak. Ketiadaan penggunaan racun serangga kadang-kadang menyebabkan tanaman
dimakan oleh binatang-binatang seperti tikus, burung dan ulat. Penduduk yang tinggal
dalam kawasan pedalaman hutan hidup bergantung kepada hasil kumpulan hutan.
Kekurangan permintaan terhadap hasil hutan akibat daripada kurang pergaulan antara
masyarakat setempat dengan orang luar. Maka hasil hutan yang dikumpul sekadar cukup
untuk kehidupan harian untuk mengelakkan kerja mengendalikan lebihan hasil. Hasil
penternakan juga tidak diperdagangkan kerana hasil ternakan seperti ayam, itik, kambing,
lembu dan sebagainya hanya sedikit sahaja. Hasil ternakan bergantung kepada hasil
tanaman yang berlebihan untuk dijadikan bahan makanan binatang ternakan. Oleh itu,
dikatakan bahawa kegiatan ekonomi masyarakat Melayu berteraskan sara hidup.


       Masyarakat Melayu mengamalkan cara hidup sara diri dalam kegiatan berasaskan
laut. Peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan memang tidak mendatangkan hasil
yang banyak. Sebagai contohnya, penggunaan lembing untuk menangkap ikan memakan
masa yang agak panjang dan tidak semestinya mendapat ikan. Begitu juga sama dengan
penggunaan pancing di sungai dan tasik. Bagi mereka yang menangkap ikan di laut,
mereka menggunakan alat-alatan tradisional seperti sampan dan jala. Ketidakadaan
penggunaan teknologi penangkapan ikan yang moden menyebabkan hasil penangkapan
sekadar sara diri. Kegiatan di atas laut amat merbahaya. Penggunaan sampan atau rakit
menyebabkan masyarakat tidak mampu mengeksploitasi hasil laut di pedalaman laut.
Tambahan pula, mereka tiada pengkhususan kerja. Mencari bahan papan, membina atau
membaiki sampan, menjahit jala dan sebagainya dilakukan oleh orang yang sama. Kerja-
kerja penyediaan ini memakan masa yang agak lama sebelum boleh mendapatkan hasil
perikanan. Sama seperti kegiatan pertanian, bilangan ahli kerja bergantung kepada ahli


                                                                                       4
keluarga. Adalah sukar untuk mendapat tenaga kerja yang lebih. Seterusya, hasil lebihan
sukar untuk disimpan lama.


       Pemerintah di masyarakat Melayu tidak menggalakkan pengeluaran komersial
untuk tujuan perdagangan. Sistem kerja kerah yang mengarahkan rakyat kena
menyumbangkan tenaga sebagai askar, buruh dan sebagainya membebankan kehidupan
rakyat. Bilangan tenaga kerja yang sedia ada tidak mencukupi untuk mengusahakan
tananam komersial. Bayaran cukai hasil yang tinggi kepada pembesar menyebabkan
masyarakat kurang motivasi untuk mengusahakan tanaman. Terdapat pula sesetengah
pembesar mengutip satu per sepuluh hasil mereka sebagai cukai. Masyarakat berasa
hanya golongan pemerintah yang dapat mengumpul kekayaan. Oleh itu, selagi mereka
banyak mengusahakan hasil, golongan pemerintah akan bertambah kaya padahal keluarga
dia kekal sama. Timbullah peribahasa berbunyi lembu punya susu, nabi punya nama.
Masyarakat setempat juga kurang bergaul dengan pedagang luar. Hasil lebihan yang
dibagi kepada golongan pemerintah membolehkan golongan ini memperdagangkan hasil
dan memperolehi keuntungan yang lumayan. Golongan pemerintah terus menjadi kaya.
Kekayaan tersebut tidak dinikmati oleh masyarakat. Golongan pemerintah Cuma
mementingkan diri sendiri dan kurang menggunakan kekayaan yang diperolehi untuk
membangunkan sektor ekonomi.


       Masyarakat Melayu mengamalkan cara hidup sara diri mendatangkan pelbagai
kesan. Antaranya ialah kelaziman hidup dalam keadaan yang bersifat sederhana dan
menintikberatkan keperluan keluarga. Amalan membazir kurang berlaku dan mereka
sentiasa ikhlas menjalankan tugas. Lebihan hasil pada masa itu pun sikit dan boleh
dijadikan bahan pertukaran atau dijadikan bahan makanan binatang ternakan. Oleh sebab
itu, hidup masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah dikatakan sentiasa aman dan
selesa. Hubungan silaturahim antara keluarga sangat erat. Kalau dibandingkan dengan
hidup zaman moden, masyarakat terlalu mementingkan kekayaan dan bersifat
materialistik sehingga lupa atau tergadai kebahagiaan keluarga. Kawasan tanah yang luas
dan mencukupi untuk setiap keluarga mengusahakan mengurangkan pergaduhan. Sifat
sederhana telah berjaya mengekalkan sumber-sumber alam semula jadi daripada terpupus.


                                                                                     5
Kelestarian alam sekitar terjamin untuk generasi-generasi akan datang. Bumi Tanah
Melayu dikenali sebagai Survanabumi, iaitu bumi emas kenana kekayaan hasil bumi pada
tahun 1790-an. Kekayaan hasil bumi Tanah Melayu mendorong kepada kuasa luar ingin
menguasainya.


       Secara keseluruhan, pengamalan cara hidup sara diri boleh diperdebatkan
kebaikan dan keburukannya dalam konteks yang berlainan. Walaubagaimanapun, setiap
amalam hidup yang diamalkan mestilah sesuai dengan zaman itu. Cara hidup sara diri
tidak lagi sesuai dengan zaman globalisasi ini yang memerlukan kerja pengkhususan dan
produktiviti yang tinggi. Tidak boleh dipertikaikan bahawa cara hidup zaman kini lebih
berkualiti ataupun zaman masyarakat Melayu telah ketinggalan zaman. Perubahan cara
hidup memang berlaku secara berterusan.


Rujukan:
Emersion, R. P. (1987). Malaysia Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung Dan
       Tidak Langsung . Kuala Lumpur, KL: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


http://www.scribd.com/doc/16068459/Bab-10-Dasar-British-Kesannya-Terhadap-
Ekonomi-Negara30/10/12


http://www.slideshare.net/guesta13067f/ciri-ekonomi-tradisional30/10/2012


http://mppsmkpn.blogspot.com/2011/12/terangkan-konsep-sara-diri-komersil-
dan.html01/11/2012


http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2010/08/bab-10-dasar-british-dan-
kesannya.html01/11/2012


http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2012_08_01_archive.html01/11/2012


http://sitibahriahsejarah.blogspot.com/01/11/2012


                                                                                    6

More Related Content

Viewers also liked

Pitos 107 kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
Pitos 107  kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)Pitos 107  kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
Pitos 107 kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)Wong Keong
 
Gewervelde dieren video
Gewervelde dieren videoGewervelde dieren video
Gewervelde dieren videoevaschurmans
 
Resume Tristan Barnes Linked in
Resume Tristan Barnes Linked inResume Tristan Barnes Linked in
Resume Tristan Barnes Linked inTristan Barnes
 
Lumbalni sindrom
Lumbalni sindromLumbalni sindrom
Lumbalni sindromddejanbg
 
Menerapkanteknikpengambilangambarproduksi kd2 (ind)
Menerapkanteknikpengambilangambarproduksi kd2 (ind)Menerapkanteknikpengambilangambarproduksi kd2 (ind)
Menerapkanteknikpengambilangambarproduksi kd2 (ind)Sayugo
 
Uitkomsten overleg-kabinet-met-de-stichting-van-de-arbeid
Uitkomsten overleg-kabinet-met-de-stichting-van-de-arbeidUitkomsten overleg-kabinet-met-de-stichting-van-de-arbeid
Uitkomsten overleg-kabinet-met-de-stichting-van-de-arbeidCNV Vakcentrale
 

Viewers also liked (10)

Pitos 107 kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
Pitos 107  kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)Pitos 107  kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
Pitos 107 kuliah 2- tajuk 3&4- (present n)
 
Anexo a.g1.home
Anexo a.g1.homeAnexo a.g1.home
Anexo a.g1.home
 
Certificate
CertificateCertificate
Certificate
 
Gewervelde dieren video
Gewervelde dieren videoGewervelde dieren video
Gewervelde dieren video
 
Resume Tristan Barnes Linked in
Resume Tristan Barnes Linked inResume Tristan Barnes Linked in
Resume Tristan Barnes Linked in
 
Eula.1028
Eula.1028Eula.1028
Eula.1028
 
քիմիա
քիմիաքիմիա
քիմիա
 
Lumbalni sindrom
Lumbalni sindromLumbalni sindrom
Lumbalni sindrom
 
Menerapkanteknikpengambilangambarproduksi kd2 (ind)
Menerapkanteknikpengambilangambarproduksi kd2 (ind)Menerapkanteknikpengambilangambarproduksi kd2 (ind)
Menerapkanteknikpengambilangambarproduksi kd2 (ind)
 
Uitkomsten overleg-kabinet-met-de-stichting-van-de-arbeid
Uitkomsten overleg-kabinet-met-de-stichting-van-de-arbeidUitkomsten overleg-kabinet-met-de-stichting-van-de-arbeid
Uitkomsten overleg-kabinet-met-de-stichting-van-de-arbeid
 

Similar to Ekonomi Sara Hidup Masyarakat Melayu Tradisional

Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisionalguesta13067f
 
Artikel tentang industri pertanian 2
Artikel tentang industri pertanian 2Artikel tentang industri pertanian 2
Artikel tentang industri pertanian 2vickysyu5mercu
 
Sistem ekonomi sara diri Myanmar (ting 6)
Sistem ekonomi sara diri Myanmar (ting 6)Sistem ekonomi sara diri Myanmar (ting 6)
Sistem ekonomi sara diri Myanmar (ting 6)raydaryl
 
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaKonsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaJimmy Mogolid
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayNadia Bohari
 
KEARIFAN LOKAL MASYARAKAT MELAYU PESISIR DAN NELAYAN
KEARIFAN LOKAL MASYARAKAT MELAYU PESISIR DAN NELAYANKEARIFAN LOKAL MASYARAKAT MELAYU PESISIR DAN NELAYAN
KEARIFAN LOKAL MASYARAKAT MELAYU PESISIR DAN NELAYANcindyanggrainy
 
S umber daya alam
S umber daya alamS umber daya alam
S umber daya alamdabol_ajah
 
MASYARAKAT AGRARIA
 MASYARAKAT AGRARIA MASYARAKAT AGRARIA
MASYARAKAT AGRARIAsuziana15
 
Dayak punan gahary dan ancaman sibsistensi
Dayak punan   gahary dan ancaman sibsistensiDayak punan   gahary dan ancaman sibsistensi
Dayak punan gahary dan ancaman sibsistensiFandy Chalifah
 
Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik ke...
Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik ke...Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik ke...
Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik ke...Syuhaidah Shafiee
 
Pertemuan ke 6 (5. Fungsi Kearifan Lokal 6.Contoh Kearifan Lokal 7. Tantangan...
Pertemuan ke 6 (5. Fungsi Kearifan Lokal 6.Contoh Kearifan Lokal 7. Tantangan...Pertemuan ke 6 (5. Fungsi Kearifan Lokal 6.Contoh Kearifan Lokal 7. Tantangan...
Pertemuan ke 6 (5. Fungsi Kearifan Lokal 6.Contoh Kearifan Lokal 7. Tantangan...MaxciYusminto
 

Similar to Ekonomi Sara Hidup Masyarakat Melayu Tradisional (20)

Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisional
 
Artikel tentang industri pertanian 2
Artikel tentang industri pertanian 2Artikel tentang industri pertanian 2
Artikel tentang industri pertanian 2
 
Sistem ekonomi sara diri Myanmar (ting 6)
Sistem ekonomi sara diri Myanmar (ting 6)Sistem ekonomi sara diri Myanmar (ting 6)
Sistem ekonomi sara diri Myanmar (ting 6)
 
Sistem ekonomi sara diri di filipina
Sistem ekonomi sara diri di filipinaSistem ekonomi sara diri di filipina
Sistem ekonomi sara diri di filipina
 
Sumber daya alam
Sumber daya alamSumber daya alam
Sumber daya alam
 
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaKonsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
 
Perikanan
PerikananPerikanan
Perikanan
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestay
 
The Use and Restoration Of Ecosystem
The Use and Restoration Of EcosystemThe Use and Restoration Of Ecosystem
The Use and Restoration Of Ecosystem
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Sumber daya alam
Sumber daya alamSumber daya alam
Sumber daya alam
 
SISTEM EKONOMI STPM
SISTEM EKONOMI  STPMSISTEM EKONOMI  STPM
SISTEM EKONOMI STPM
 
KEARIFAN LOKAL MASYARAKAT MELAYU PESISIR DAN NELAYAN
KEARIFAN LOKAL MASYARAKAT MELAYU PESISIR DAN NELAYANKEARIFAN LOKAL MASYARAKAT MELAYU PESISIR DAN NELAYAN
KEARIFAN LOKAL MASYARAKAT MELAYU PESISIR DAN NELAYAN
 
S umber daya alam
S umber daya alamS umber daya alam
S umber daya alam
 
Ilmu dasar
Ilmu dasarIlmu dasar
Ilmu dasar
 
Sumber daya alam pertanian
Sumber daya alam pertanianSumber daya alam pertanian
Sumber daya alam pertanian
 
MASYARAKAT AGRARIA
 MASYARAKAT AGRARIA MASYARAKAT AGRARIA
MASYARAKAT AGRARIA
 
Dayak punan gahary dan ancaman sibsistensi
Dayak punan   gahary dan ancaman sibsistensiDayak punan   gahary dan ancaman sibsistensi
Dayak punan gahary dan ancaman sibsistensi
 
Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik ke...
Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik ke...Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik ke...
Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik ke...
 
Pertemuan ke 6 (5. Fungsi Kearifan Lokal 6.Contoh Kearifan Lokal 7. Tantangan...
Pertemuan ke 6 (5. Fungsi Kearifan Lokal 6.Contoh Kearifan Lokal 7. Tantangan...Pertemuan ke 6 (5. Fungsi Kearifan Lokal 6.Contoh Kearifan Lokal 7. Tantangan...
Pertemuan ke 6 (5. Fungsi Kearifan Lokal 6.Contoh Kearifan Lokal 7. Tantangan...
 

Ekonomi Sara Hidup Masyarakat Melayu Tradisional

  • 1. Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional berteraskan ekonomi sara diri. Ekonomi sara diri bermaksudnya kegiatan ekonomi dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian. Keperluan asas ekonomi petani dalam masyarakat melayu tradisional ialah secukup hidup iaitu menyara keluarga sendiri. Alatan pertanian yang digunakan sangat mudah iaitu menggunakan haiwan atau binatang dan manusia tanpa penggunaan teknologi moden. Antara kegiatan utama dalam ekonomi sara hidup ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Ada di kalangan mereka mendapatkan sumber makanan harian daripada binatang ternakan, sungai atau laut yang berdekatan. Oleh sebab masyarakat Melayu tidak mampu menghasilkan barang pakaian dan garam, maka mereka memperolehinya dari kampung atau tempat lain melalui sistem pertukaran barang. Sebenarnya, kegiatan ekonomi masyarakat melayu tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan penempatan. Mereka mendirikan penempatan yang berdekatan dengan laut, pinggir sungai atau hutan mempunyai kegiatan ekonomi yang berbeza-beza. Kegiatan ekonomi utama bagi mereka yang menetap berhampiran sungai ialah bertani dan menangkap ikan. Tanaman utama ialah padi manakala sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi tanaman sampingan. Bagi penduduk yang menetap di kawasan hutan, mereka berkegiatan ekonomi seperti menternak, memburu binatang dan memungut hasil hutan. Terdapat sebahagian kecil masyarakat Melayu mahir dalam pertukangan, perlombongan dan kraf tangan. Mereka yang tinggal berhampiran dengan pelabuhan melibatkan diri dalam perdagangan. Terdapat dua jenis penanaman padi iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma ditanam di kawasan yang tetap manakala padi huma ditanam secara berpindah randah. Kegiatan penanaman padi huma pada peringkat awal dilakukan oleh orang asli Semai, Dayak, Iban, Jakun, Temiar yang tinggal dekat dengan kawasan penanaman dan berpindah setelah satu atau dua musim penuai. Mereka berbuat demikian kerana menganggap tanah yang sudah satu atau dua kali ditanam tidak subur untuk menanam lagi. Orang Siam dari utara dan orang Minangkabau dari selatan memperkenalkan penanaman padi sawah di kawasan tebing sungai dan tanah pamah pesisiran pantai kerana penanaman padi sawah memerlukan air yang banyak. Delta besar di Kelantan dan Kedah merupakan kawasan yang awal dijadikan tampat penanaman padi sawah. Pada 2
  • 2. abad ke-19, sistem pengairan dan terusan diperkenalkan untuk memudahkan pengaliran air ke sawah padi. Binatang ternakan seperti ayam, itik, lembu dan kerbau selain dijadikan bahan makanan juga digunakan untuk membajak dan menarik kayu. Kegiatan ekonomi sampingan di kalanga masyarakat Melayu seperti memburu kancil, rusa, pelanduk, seladang dan ayam utan untuk dijadikan sumber makanan. Aktiviti menjerat gajah sering dilakukan kerana penggunaan gajah sebagai alat pengangkutan utama golongan pemerintah. Oleh itu, gajah dijadikan barangan hadiah dan perlambangan ketinggian taraf seseorang pemerintah. Masyarakat Melayu yang menetap berhampiran dengan laut, sungai dan tasik mejalankan aktiviti perikanan. Banyak penduduk di negeri pantai timur Tanah Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang melakukan kegiatan penangkapan ikan. Hasil tangkapan digunakan untuk tujuan sara hidup. Musim tangkapan ikan ialah bulan March hinggga Oktober kerana musim tengkujuh. Cara penangkapan ikan berbeza antara tempat. Penangkap ikan dilaut menggunakan pukat, jala, jaring, kelong, dan rawai. Di sungai, alat yang sering digunakan ialah lembing, serampang, tempuling, tombak, tali kail, pancing, jala, bubu, pukat, jaring, tangguk, kelong, gawai, jeramal, serkat ikan dan lukah. Kalau berlaku lebihan hasil separti ikan atau udang akan digunakan untuk membuat ikan masim, udang kering, keropok, belacan, cencaluk dan budu untuk dijual. Nelayan menukarkan ikan masin dengan bras dari kampung yang mengusahakan tanaman padi di kawasan pedalaman. Apakah rasionaliti masyarakat Melayu mengamalkan cara hidup sara diri? Pada pendapat saya, hasil pertanian yang sekadar cukup menampung kehidupan ahli keluarga disebabkan kekurangan ilmu dalam bidang pertanian. Masyarakat Melayu yang menanam padi huma cenderung hidup berpindah randah akibat ketidaksuburan tanah. Mereka masih belum mengetahui cara mengekalkan kesuburan tanah dengan menanam tanaman yang berbeza-beza pada musim yang berlainan. Pengurusan penggunaan tanah yang sistematik meningkatkan hasil pertanian dan jenis hasil.Bilangan tenaga kerja yang sedikit menyebabkan masyarakat Melayu kurang mengkormesialkan hasil pertanian mereka. Tenaga kerja hanya bergantung kepada bilangan ahli keluarga sahaja.Tambahan 3
  • 3. pula, peralatan tradisional seperti cangkul, bajak dan sabit yang digunakan untuk bertani tidak menandingi peralatan moden. Kerja-kerja berat pula bergantung kepada binatang separti lembu, kerbau dan gajah. Tiada cara penyimpanan hasil pertanian yang boleh mengekalkan kesegarannya dalam tempoh masa yang lama. Hasil sayur-sayuran perlu dihabiskan dalam tempoh beberapa hari atau dijadikan sayur masim dan dijadikan bahan tukaran dengan kampung lain. Walaupun hasil pertanian padi boleh disimpan selama beberapa bulan tetapi penggunaan peralatan tradisional tidak mendatangkan hasil yang banyak. Ketiadaan penggunaan racun serangga kadang-kadang menyebabkan tanaman dimakan oleh binatang-binatang seperti tikus, burung dan ulat. Penduduk yang tinggal dalam kawasan pedalaman hutan hidup bergantung kepada hasil kumpulan hutan. Kekurangan permintaan terhadap hasil hutan akibat daripada kurang pergaulan antara masyarakat setempat dengan orang luar. Maka hasil hutan yang dikumpul sekadar cukup untuk kehidupan harian untuk mengelakkan kerja mengendalikan lebihan hasil. Hasil penternakan juga tidak diperdagangkan kerana hasil ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu dan sebagainya hanya sedikit sahaja. Hasil ternakan bergantung kepada hasil tanaman yang berlebihan untuk dijadikan bahan makanan binatang ternakan. Oleh itu, dikatakan bahawa kegiatan ekonomi masyarakat Melayu berteraskan sara hidup. Masyarakat Melayu mengamalkan cara hidup sara diri dalam kegiatan berasaskan laut. Peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan memang tidak mendatangkan hasil yang banyak. Sebagai contohnya, penggunaan lembing untuk menangkap ikan memakan masa yang agak panjang dan tidak semestinya mendapat ikan. Begitu juga sama dengan penggunaan pancing di sungai dan tasik. Bagi mereka yang menangkap ikan di laut, mereka menggunakan alat-alatan tradisional seperti sampan dan jala. Ketidakadaan penggunaan teknologi penangkapan ikan yang moden menyebabkan hasil penangkapan sekadar sara diri. Kegiatan di atas laut amat merbahaya. Penggunaan sampan atau rakit menyebabkan masyarakat tidak mampu mengeksploitasi hasil laut di pedalaman laut. Tambahan pula, mereka tiada pengkhususan kerja. Mencari bahan papan, membina atau membaiki sampan, menjahit jala dan sebagainya dilakukan oleh orang yang sama. Kerja- kerja penyediaan ini memakan masa yang agak lama sebelum boleh mendapatkan hasil perikanan. Sama seperti kegiatan pertanian, bilangan ahli kerja bergantung kepada ahli 4
  • 4. keluarga. Adalah sukar untuk mendapat tenaga kerja yang lebih. Seterusya, hasil lebihan sukar untuk disimpan lama. Pemerintah di masyarakat Melayu tidak menggalakkan pengeluaran komersial untuk tujuan perdagangan. Sistem kerja kerah yang mengarahkan rakyat kena menyumbangkan tenaga sebagai askar, buruh dan sebagainya membebankan kehidupan rakyat. Bilangan tenaga kerja yang sedia ada tidak mencukupi untuk mengusahakan tananam komersial. Bayaran cukai hasil yang tinggi kepada pembesar menyebabkan masyarakat kurang motivasi untuk mengusahakan tanaman. Terdapat pula sesetengah pembesar mengutip satu per sepuluh hasil mereka sebagai cukai. Masyarakat berasa hanya golongan pemerintah yang dapat mengumpul kekayaan. Oleh itu, selagi mereka banyak mengusahakan hasil, golongan pemerintah akan bertambah kaya padahal keluarga dia kekal sama. Timbullah peribahasa berbunyi lembu punya susu, nabi punya nama. Masyarakat setempat juga kurang bergaul dengan pedagang luar. Hasil lebihan yang dibagi kepada golongan pemerintah membolehkan golongan ini memperdagangkan hasil dan memperolehi keuntungan yang lumayan. Golongan pemerintah terus menjadi kaya. Kekayaan tersebut tidak dinikmati oleh masyarakat. Golongan pemerintah Cuma mementingkan diri sendiri dan kurang menggunakan kekayaan yang diperolehi untuk membangunkan sektor ekonomi. Masyarakat Melayu mengamalkan cara hidup sara diri mendatangkan pelbagai kesan. Antaranya ialah kelaziman hidup dalam keadaan yang bersifat sederhana dan menintikberatkan keperluan keluarga. Amalan membazir kurang berlaku dan mereka sentiasa ikhlas menjalankan tugas. Lebihan hasil pada masa itu pun sikit dan boleh dijadikan bahan pertukaran atau dijadikan bahan makanan binatang ternakan. Oleh sebab itu, hidup masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah dikatakan sentiasa aman dan selesa. Hubungan silaturahim antara keluarga sangat erat. Kalau dibandingkan dengan hidup zaman moden, masyarakat terlalu mementingkan kekayaan dan bersifat materialistik sehingga lupa atau tergadai kebahagiaan keluarga. Kawasan tanah yang luas dan mencukupi untuk setiap keluarga mengusahakan mengurangkan pergaduhan. Sifat sederhana telah berjaya mengekalkan sumber-sumber alam semula jadi daripada terpupus. 5
  • 5. Kelestarian alam sekitar terjamin untuk generasi-generasi akan datang. Bumi Tanah Melayu dikenali sebagai Survanabumi, iaitu bumi emas kenana kekayaan hasil bumi pada tahun 1790-an. Kekayaan hasil bumi Tanah Melayu mendorong kepada kuasa luar ingin menguasainya. Secara keseluruhan, pengamalan cara hidup sara diri boleh diperdebatkan kebaikan dan keburukannya dalam konteks yang berlainan. Walaubagaimanapun, setiap amalam hidup yang diamalkan mestilah sesuai dengan zaman itu. Cara hidup sara diri tidak lagi sesuai dengan zaman globalisasi ini yang memerlukan kerja pengkhususan dan produktiviti yang tinggi. Tidak boleh dipertikaikan bahawa cara hidup zaman kini lebih berkualiti ataupun zaman masyarakat Melayu telah ketinggalan zaman. Perubahan cara hidup memang berlaku secara berterusan. Rujukan: Emersion, R. P. (1987). Malaysia Satu Pengkajian Pemerintahan Secara Langsung Dan Tidak Langsung . Kuala Lumpur, KL: Dewan Bahasa Dan Pustaka. http://www.scribd.com/doc/16068459/Bab-10-Dasar-British-Kesannya-Terhadap- Ekonomi-Negara30/10/12 http://www.slideshare.net/guesta13067f/ciri-ekonomi-tradisional30/10/2012 http://mppsmkpn.blogspot.com/2011/12/terangkan-konsep-sara-diri-komersil- dan.html01/11/2012 http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2010/08/bab-10-dasar-british-dan- kesannya.html01/11/2012 http://sejarahsmkstteresa.blogspot.com/2012_08_01_archive.html01/11/2012 http://sitibahriahsejarah.blogspot.com/01/11/2012 6