1. Aktiviti 1
Objektif:
Membina dan menguji litar logik menggunakan kuar logic dan osiloskop.
Peralatan dan bahan:
Peralatan Kuantiti
1. Osiloskop 1
2. Kuar logic 1
3. Bekalan kuasa AT 1
4. Perintang 150 Ω 1
5. Litar bersepadu 74LS08,
74LS00, 74LS02
1
6. LED 1
7. Papan projek 1
8. Suis SPDT 2
Langkah kerja:
1. Sambung litar seperti di tunjukkan dalam rajah di bawah.
2. Letakkan kedudukan suis mengikut kombinasi masukan seperti dalam jadual keputusan.
3. Catatk keadaan LED untuk setiap kombinasi.
4. Sentuh kuar logic ke pin 3. Catat keadaan logic pada pin 3.
5. Set osiloskop ke pengujian voltan arus terus dengan tombol voltan/masa ke 5 V/div.
6. Sentuh kuar osiloskop ke pin 3 dan dapatkan bentuk gelombang dan nilai bacaan voltan puncak,
Vp.
Jadual keputusan:
Masukan Keluaran
A B Keadaan LED Keadaan Kuar logic Bacaan Osiloskop
0 0
0 1
1 0
1 1
Perbincangan:
1. Apakah keadaan LED apabila keluaran berada pada logic 1
2. Berapakah voltan yang mewakili logic 1
Kesimpulan:
Daripada ujikaji di atas, apakah get logic pada litar bersepadu 74LS08?