SlideShare a Scribd company logo
2.30 PETANG
GOOGLE MEET
PENGENALAN
1. Karnival e-Kokurikulum Pendidikan khas peringkat daerah bagi tahun 2021 akan
dilaksanakan secara dalam talian.
https://sites.google.com/view/e-kokurikulumselangor2021/
2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan arahan Pelan Pemulihan
Negara (PPN Fasa 1/2/3) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedang berkuat kuasa.
3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) menceburi aktiviti
kokurikulum secara dalam talian dan mengembangkan bakat serta potensi MBK ke peringkat lebih
tinggi.
4. Pendaftaran bermula pada 20 Ogos sehingga 03 September 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari.
5. Semua maklumat berkaitan Karnival eKokurikulum Pendidikan Khas akan dikongsikan melalui
laman sesawang dipautan berikut.
SYARAT UMUM PERTANDINGAN
1. Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu (1) peserta lelaki dan satu (1) peserta perempuan
bagi setiap kategori.
2. Setiap peserta pula hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori acara sahaja.
3. Semua penyertaan kontinjen akan menerima sijil penyertaan manakala pemenang akan menerima
sijil pencapaian dan hadiah.
4. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube
tetapan unlisted.
5. Pautan rakaman video hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form yang telah
disediakan.
6. Format penghantaran teks lirik lagu dan tepuk sorak (jenis tulisan Arial dan bersaiz 12 serta
jarak langkau 1.5) dalam format *pdf.
7.Penampilan pakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan irama dan lagu yang
dipersembahkan serta harus menjaga sensitiviti budaya masyarakat Malaysia (jika berkenaan).
8. Setiap peserta wajib berada di dalam paparan rakaman/siaran langsung Facebook sepanjang
masa pertandingan berlangsung serta peserta tidak dibenarkan keluar masuk.
9. Kedudukan kamera hendaklah diletakkan di hadapan peserta dalam kedudukan melintang
(landskap).
10. Semua rakaman video hendaklah TANPA tanda pengenalan sekolah.
11. Rakaman video hendaklah TANPA menggunakan sebarang aplikasi tambahan.
12. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan
dipertimbangkan.
13. Semua rakaman/bahan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik pengajur.
Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman/bahan tersebut dalam apa jua bentuk dan tujuan.
14. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi terma dan
syarat pertandingan.
SYARAT UMUM PERTANDINGAN ~SAMB
KATEGORI ACARA PERTANDINGAN
ACARA KATEGORI
INDIVIDU
LELAKI
INDIVIDU
PEREMPUAN
1. TARIAN RAMPAIAN
1. BP – Sekolah Rendah 1 1
2. BP – Sekolah Menengah 1 1
3. BD – Sekolah Rendah 1 1
4. BD – Sekolah Menengah 1 1
2. GAJET (PERKHEMAHAN)
5. BP – Sekolah Rendah 1 1
6. BP – Sekolah Menengah 1 1
7. BD – Sekolah Rendah 1 1
8. BD – Sekolah Menengah 1 1
3. LAGU SOLO KOD TANGAN
9. BD – Sekolah Rendah 1 1
10. BD – Sekolah Menengah 1 1
4. TEPUK SORAK
11. BP – Sekolah Rendah 1 1
12. BP – Sekolah Menengah 1 1
13. BL – Sekolah Rendah 1 1
14. BL – Sekolah Menengah 1 1
ACARA KATEGORI
INDIVIDU
LELAKI
INDIVIDU
PEREMPUAN
5. NYANYIAN SOLO
15. BP – Sekolah Rendah 1 1
16. BP – Sekolah Menengah 1 1
17. BL – Sekolah Rendah 1 1
18. BL – Sekolah Menengah 1 1
6. SUKAN STACKING
19. BD/BP (ADHD, Kurang Upaya Intelektual,
Spesifik LD) – Sekolah Rendah
1 1
20. BD/BP (ADHD, Kurang Upaya Intelektual,
Spesifik LD) – Sekolah Menengah
1 1
21. BL – Sekolah Rendah 1 1
22. BL –Sekolah Menengah 1 1
23. BP (Autisme) – Sekolah Rendah 1 1
24. BP (Autisme) –Sekolah Menengah 1 1
25. BP (Sindrom Down) – Sekolah Rendah 1 1
26. BP (Sindrom Down) – Sekolah Menengah 1 1
JUMLAH KESELURUHAN 20 20
KATEGORI ACARA PERTANDINGAN
TARIAN RAMPAIAN
JK TEKNIKAL
202
1
TARIAN RAMPAIAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan
Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan
Pendengaran (BD).
2. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada empat (4) minit dan tidak lebih daripada lapan
(8) minit sahaja.
3. Peserta perlu mengambil gambar seperti spesifikasi berikut:
Gambar 1 : pandangan hadapan dari paras dada ke atas (lengkap tatarias)
Gambar 2 : pandangan hadapan keseluruhan badan (busana lengkap)
Gambar 3 : pandangan belakang keseluruhan badan (busana lengkap)
4. Spesifikasi rakaman video.
i. Video perlu dirakam dari kedudukan yang lebih tinggi supaya peserta dapat dilihat dengan
jelas dalam rakaman video.
ii. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan
sepanjang rakaman.
iii. Ruang tarian berukuran 3m x 3m. Ruang ini perlu ditandakan secara jelas dengan
menggunakan kon, pita pelekat atau alatan yang bersesuaian.
5. Lagu pilihan hendaklah mempunyai gabungan rentak Joget dan Zapin sahaja.
6. Ciptaan karya tarian hendaklah tidak melangkaui tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia.
7. Penggunaan prop seperti senjata, barangan elektrik, elemen api dan air tidak dibenarkan.
TARIAN RAMPAIAN ~SAMB
KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
1 TEKNIK TARIAN DAN KOREOGRAFI
ASAS GERAK / RAGAM TARI 15
KESINAMBUNGAN GERAKKAN 10
KREATIVITI 5
2 KOORDINASI MUZIK DAN GERAKAN
KESERAGAMAN 15
KETEPATAN 5
3 PECAHAN TARI DAN POLA LANTAI
FORMASI GERAKAN 10
DISIPLIN 10
4 KESANTUNAN
PERGERAKAN MASUK 5
PERGERAKAN KELUAR 5
PERGERAKAN SEMASA 5
5 PENAMPILAN
BUSANA 10
TATARIAS 5
Jumlah 100
PAPARAN VIDEO PERSEMBAHAN
BUSANA LENGKAP
TARIAN RAMPAIAN ~SAMB
SOALAN LAZIM
1. Adakah lagu berentak joget dan zapin wajib dibawa semasa persembahan?
Ya, lagu berentak joget dan zapin wajib dibawa semasa persembahan.
2. Adakah lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan?
Ya, lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan.
3. Bolehkah lagu ‘minus one’ digunakan?
Ya, lagu minus one boleh digunakan.
4. Adakah prop boleh digunakan semasa persembahan?
Ya boleh. Namun demikian, prop seperti senjata, alatan tajam, unsur api, unsur air, barangan elektrik dan prop
yang merbahaya adalah tidak dibenarkan.
5. Apakah yang dimaksudkan dengan busana dan tatarias?
Busana ialah pakaian yang lengkap. Tatarias ialah hiasan/kemasan di muka dan kepala.
6. Adakah markah akan dipotong sekiranya peserta menari melebihi masa yang ditetapkan?
Markah tidak akan dipotong, tetapi penilaian hakim hanya mengikut masa yang ditetapkan sahaja.
7. Adakah rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan?
Ya, rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan iaitu 3m x 3m dan ditandakan
secara jelas.
8. Adakah penggunaan filter dalam rakaman video dibenarkan?
Tidak dibenarkan.
GAJET
(PERKHEMAHAN)
JK TEKNIKAL
202
1
GAJET (PERKHEMAHAN)
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Pendengaran
(BD).
2. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik melalui aplikasi
Youtube (tetapan unlisted).
3. Spesifikasi rakaman video:
i) Video 1 – Pembinaan gajet
a. Rakaman video hendaklah menunjukkan peserta dan proses kerja dengan jelas.
b. Penggunaan muzik latar, teks, dan lain-lain animasi grafik tidak dibenarkan.
c. Setiap peserta diberikan tempoh masa maksimum 90 minit sahaja untuk membina gajet.
d. Rakaman video hendaklah menggunakan aplikasi Time Lapse Video sahaja dengan
tetapan kelajuan 10x.
ii) Video 2 – Pembentangan hasil gajet
a. Rakaman video hendaklah menunjukkan peserta dan gajet.
b. Rakaman video wajib mempunyai sari kata Bahasa Melayu.
c. Pembentangan perlu dirakamkan dalam tempoh masa tiga (3) hingga lima (5) minit.
4. Setiap peserta digalakkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing.
5. Setiap peserta perlu membentangkan hasil gajet yang dibina bagi perkara
i. Nama gajet
ii. Bahan gajet
iii. Ikatan yang digunakan
iv. Fungsi gajet
6. Penggunaan tali untuk ikatan gajet perlulah jelas menampakkan jenis ikatan yang digunakan bagi
memudahkan sesi penjurian dijalankan.
7. Semua gajet wajib dibina menggunakan teknik ikatan sahaja.
8. Semua gajet yang dibina hendaklah mempunyai ketinggian minimum 30 cm dan maksimum 200 cm.
9. Gajet yang berbentuk perangkap atau berbahaya tidak dibenarkan.
GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB
KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
1
IKATAN
a. BILANGAN IKATAN 30
b. JENIS IKATAN 10
2 KREATIVITI 10
3 KEASLIAN HASIL KERJA 10
4 KEKEMASAN 10
5 KESEIMBANGAN 10
6 MASA 5
7 PEMBENTANGAN 15
JUMLAH 100
GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB
Aplikasi Time Lapse Video
GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB
1. Bolehkan video 1 dan video 2 digabungkan?
Tidak boleh. Peserta perlu menghantar dua (2) video berbeza secara berasingan.
2. Bolehkah rakaman time lapse bagi proses pembinaan gajet menggunakan aplikasi lain selain dinyatakan?
Tidak.
3. Bolehkan lagu latar dimasukkan dalam video 1?
Tidak. Video 1 kekal memaparkan keseluruhan proses awal hingga akhir gajet tanpa sebarang suntingan dalam tetapan
time lapse.
4. Adakah peserta boleh membina gajet kurang daripada 90 minit dan rakaman time lapse menjadi lebih pendek?
Boleh. Masa maksimum pembinaan gajet adalah 90 minit dan ditukar kepada tetapan time lapse.
5. Apakah jenis bahan dan tali yang boleh digunakan dalam pembinaan gajet?
Boleh menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati. Penggunaan tali perlulah bersesuaian dengan saiz bahan
digunakan dan pastikan ikatan yang dibuat dapat dilihat dengan jelas.
6. Adakah kamera perlu berada dalam kedudukan statik sewaktu rakaman video?
Tidak. Kebebasan diberikan bagi menunjukkan peserta dan gajet dalam pelbagai sudut secara berterusan tanpa
sebarang potongan dalam rakaman tersebut.
SOALAN LAZIM
LAGU SOLO
KOD TANGAN
JK TEKNIKAL
202
1
LAGU SOLO KOD TANGAN
1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Ketidakupayaan Pendengaran (BD) sahaja.
2. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan (kecuali bagi penambahan
sarikata Bahasa Melayu) dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube (tetapan unlisted).
3. Spesifikasi rakaman video:
i) Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang
rakaman.
ii) Video perlu dirakam daripada pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas
semasa persembahan.
4. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada tiga (3) minit dan tidak melebihi tujuh
(7) minit.
5. Tema lagu kategori Balada daripada album/single artis Malaysia dalam versi Bahasa Melayu.
6. Penggunaan prop dibenarkan TETAPI elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.
KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
1
KOD TANGAN
a. KETEPATAN 20
b.KEKEMASAN 10
2
PENGHAYATAN
a. PERGERAKAN 20
b.EKSPRESI 20
3. TEMPO 10
4. KREATIVITI 10
5. PAKAIAN DAN TATARIAS 5
6. KETEPATAN TEMA 5
JUMLAH 100
LAGU SOLO KOD TANGAN ~SAMB
1. Adakah penyertaan terbatal sekiranya rakaman video tidak menampakkan keseluruhan
badan peserta?
Tidak, selagi pergerakan kod tangan boleh dilihat oleh hakim.
2. Adakah tampalan muzik pada rakaman video dibenarkan?
Ya, tampalan muzik pada rakaman video dibenarkan.
3. Apakah kod tangan yang dibenarkan?
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).
4. Adakah tarian yang tidak keterlaluan dibenarkan?
Ya, tarian dibenarkan selagi tidak melanggar tatasusila masyarakat Malaysia dan tidak
mendatangkan risiko kecederaan.
SOALAN LAZIM
TEPUK SORAK
JK TEKNIKAL
202
1
TEPUK SORAK
1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL) yang
menyertai unit beruniform di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Spesifikasi rakaman video:
i) Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman.
ii) Video perlu dirakam daripada pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa
persembahan.
3. Setiap peserta digalakkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing.
4. Tepuk sorak yang dibuat hendaklah berupa kata-kata semangat atau membawa mesej yang baik (positif)
bertemakan PANDEMIK COVID-19 dan tidak mengandungi unsur-unsur perkauman atau yang boleh
menyinggung perasaan mana-mana pihak.
5. Tepuk Sorak hanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau gabungan kedua-dua bahasa tersebut.
Dialek negeri tidak dibenarkan.
6. Tempoh jangka masa video tersebut adalah tidak kurang 30 saat dan tidak melebihi 60 saat.
7. Sebarang penggunaan muzik latar adalah TIDAK dibenarkan.
KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
1
TEKNIK SORAKAN
a. SORAKAN
i. SEBUTAN 10
ii. SUARA 10
iii. ALUNAN 10
b. TEPUKAN 10
c. KOORDINASI
i. TANGAN 10
ii. KAKI 10
d. LIRIK 5
2
PERSEMBAHAN
a. PERSONALITI
i. GAYA 5
ii. EKSPRESI 5
b. PERALATAN PROP 10
c. KREATIVITI 10
3
PAKAIAN
UNIFORM LENGKAP 5
JUMLAH 100
1. Adakah penyertaan terbuka kepada ahli pengakap sahaja?
Tidak, penyertaan terbuka kepada semua MBK.
2. Adakah pemakaian baju seragam unit beruniform diwajibkan?
Tidak, namun ia akan mempengaruhi pemarkahan.
3. Adakah rakaman boleh dibuat di luar kawasan rumah?
Boleh, namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.
4. Adakah laungan semangat selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibenarkan?
Ya, laungan semangat dibenarkan dalam pelbagai bahasa.
5. Adakah penggunaan alat muzik dibenarkan?
Ya.
SOALAN LAZIM
NYANYIAN SOLO
JK TEKNIKAL
202
1
NYANYIAN SOLO
1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah
(SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL).
2. Spesifikasi rakaman video:
i. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman.
ii. Video perlu dirakam dari pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa
persembahan.
3. Masa yang diperuntukkan adalah minimum tiga (3) minit dan maksimum tujuh (7) minit.
4. Peserta dikehendaki mendendangkan satu (1) lagu dengan iringan muzik (minus one).
5. Pertandingan bertemakan Lagu Tema Filem Malaysia
6. Penggunaan mikrofon dibenarkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik.
7. Penggunaan prop dibenarkan TETAPI elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.
KRITERIA PEMARKAHAN
BIL KRITERIA MARKAH
1
SUARA
a. PIC 30
b. SEBUTAN 10
c. DINAMIK 10
d. KUALITI TON 5
2 TEMPO 15
3 GAYA 10
4 KREATIVITI 10
5 PAKAIAN 5
4 EKSPRESI 5
JUMLAH 100
NYANYIAN SOLO ~SAMB
NYANYIAN SOLO ~SAMB
Senarai Lagu Tema Filem Malaysia
1. Bolehkah peserta menyanyikan lagu selain dari senarai lagu yang diberi?
Boleh tetapi digalakkan memilih lagu daripada senarai yang dilampirkan.
2. Bolehkah peserta menyanyikan lagu secara Acapella?
Tidak digalakkan, kerana ia menyukarkan pihak hakim membuat penilaian dan memberi markah.
3. Apakah yang akan berlaku jika minus one yang digunakan mempunyai suara latar (backup
vocal/harmony)?
Tiada markah yang akan diberi untuk bahagian harmoni.
4. Bolehkah penari latar digunakan untuk tujuan gimik?
Tidak.
5. Apakah yang akan berlaku jika masa persembahan melebihi 7 minit?
Persembahan selepas minit 7.01 tidak akan dibuat penjurian/pemarkahan.
6. Bolehkah peserta menyanyikan lagu medley?
Tidak boleh. Lagu yang dinyanyikan mestilah sebuah lagu penuh.
7. Bolehkah melakukan nyanyian secara iringan pemuzik secara langsung (live band)?
Boleh, dengan syarat kesemua anggota pemuzik tidak kelihatan didalam ruang rakaman video.
8. Adakah gimik merupakan salah satu aspek kreativiti?
Ya.
SOALAN LAZIM
SUKAN STACKING
JK TEKNIKAL
202
1
SUKAN STACKING
1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah
Pendengaran
Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP), Ketidakupayaan
(BD) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL).
2. Pertandingan adalah secara individu mengikut kategori berikut.
BIL KATEGORI SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH
1
BD/BP(ADHD, KURANG UPAYA
INTELEKTUAL, SPESIFIK LD)
LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
2 BL LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
3 BP (AUTISME) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
4 BP (SINDROM DOWN) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
2. Peserta wajib melaksanakan ketiga-tiga disiplin dalam sukan stacking.
i. Disiplin 3-3-3
Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
(bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) di sebelah kiri, tengah dan kanan.
ii. Disiplin 3-6-3
Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri
(bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) cawan di sebelah kiri, enam (6) cawan di tengah, dan
tiga (3) cawan di sebelah kanan.
iii. Disiplin Cycle
Turutan susunan mengandungi stack 3-6-3, stack 6-6, dan stack 1-10-1. Peserta mengakhiri Cycle
dengan 3-6-3 dalam posisi ‘stack down’.
SUKAN STACKING ~SAMB
3. Pertandingan akan dilakukan secara siaran langsung Facebook melalui Facebook kumpulan
Karnival eKokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan 2021.
4. Spesifikasi siaran langsung Facebook sepanjang masa pertandingan berlangsung:
i. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang
rakaman.
ii. Siaran langsung Facebook memaparkan kedudukan peserta.
iii. Paparan siaran langsung Facebook meliputi kepala, badan dan mat.
iv. Timer tidak boleh keluar dari paparan siaran langsung Facebook semasa menunjukkan masa.
v. Masa yang ditunjukkan perlu nampak dengan jelas.
SUKAN STACKING ~SAMB
5. Peserta wajib melaksanakan penghantaran pautan siaran langsung Facebook bagi setiap disiplin
secara berasingan, dan WAJIB melaksanakan perkara seperti yang berikut:
i. Dua (2) kali latihan - (tanpa merekod masa)
ii. Tiga (3) kali percubaan - (perlu merekod masa)
6. Perkakasan/peralatan permainan adalah mengikut spesifikasi World Sport Stacking Association
(WSSA) seperti berikut:
i. Cup (12 biji)
ii. Mat
iii. Timer
iv. Display Timer (pilihan)
7. Pemenang ditentukan berdasarkan masa terpantas bagi setiap disiplin dan menepati kriteria
pertandingan.
SUKAN STACKING ~SAMB
1. Adakah dibenarkan penggunaan paparan masa (display timer) diwajibkan?
Tidak, tetapi setiap peserta digalakkan menggunakan display timer untuk memudahkan proses
penjurian.
2. Adakah peserta perlu melakukan siaran langsung Facebook secara berterusan atau
berasingan bagi setiap disiplin?
Ya, setiap peserta perlu menghantar pautan yang berbeza bagi setiap disiplin.
3. Apakah kriteria timer yang boleh digunakan?
Bacaan timer perlu memaparkan sehingga tiga (3) titik perpuluhan.
4. Bagaimanakah kedudukan kamera semasa siaran langsung Facebook?
Kedudukan kamera perlu sentiasa dalam kedudukan melintang dan berada di hadapan peserta.
Penggunaan kamera swafoto (selfie) tidak dibenarkan.
SOALAN LAZIM
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Q & A

More Related Content

Featured

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Featured (20)

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 

karnival.pptx

  • 2. PENGENALAN 1. Karnival e-Kokurikulum Pendidikan khas peringkat daerah bagi tahun 2021 akan dilaksanakan secara dalam talian. https://sites.google.com/view/e-kokurikulumselangor2021/ 2. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan arahan Pelan Pemulihan Negara (PPN Fasa 1/2/3) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedang berkuat kuasa. 3. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) menceburi aktiviti kokurikulum secara dalam talian dan mengembangkan bakat serta potensi MBK ke peringkat lebih tinggi. 4. Pendaftaran bermula pada 20 Ogos sehingga 03 September 2021 sebelum jam 12.00 tengah hari. 5. Semua maklumat berkaitan Karnival eKokurikulum Pendidikan Khas akan dikongsikan melalui laman sesawang dipautan berikut.
  • 3. SYARAT UMUM PERTANDINGAN 1. Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu (1) peserta lelaki dan satu (1) peserta perempuan bagi setiap kategori. 2. Setiap peserta pula hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori acara sahaja. 3. Semua penyertaan kontinjen akan menerima sijil penyertaan manakala pemenang akan menerima sijil pencapaian dan hadiah. 4. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube tetapan unlisted. 5. Pautan rakaman video hendaklah disertakan ketika pendaftaran melalui Google Form yang telah disediakan. 6. Format penghantaran teks lirik lagu dan tepuk sorak (jenis tulisan Arial dan bersaiz 12 serta jarak langkau 1.5) dalam format *pdf. 7.Penampilan pakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan irama dan lagu yang dipersembahkan serta harus menjaga sensitiviti budaya masyarakat Malaysia (jika berkenaan).
  • 4. 8. Setiap peserta wajib berada di dalam paparan rakaman/siaran langsung Facebook sepanjang masa pertandingan berlangsung serta peserta tidak dibenarkan keluar masuk. 9. Kedudukan kamera hendaklah diletakkan di hadapan peserta dalam kedudukan melintang (landskap). 10. Semua rakaman video hendaklah TANPA tanda pengenalan sekolah. 11. Rakaman video hendaklah TANPA menggunakan sebarang aplikasi tambahan. 12. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan atau bantahan tidak akan dipertimbangkan. 13. Semua rakaman/bahan yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hak milik pengajur. Pihak penganjur berhak menggunakan rakaman/bahan tersebut dalam apa jua bentuk dan tujuan. 14. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi terma dan syarat pertandingan. SYARAT UMUM PERTANDINGAN ~SAMB
  • 5. KATEGORI ACARA PERTANDINGAN ACARA KATEGORI INDIVIDU LELAKI INDIVIDU PEREMPUAN 1. TARIAN RAMPAIAN 1. BP – Sekolah Rendah 1 1 2. BP – Sekolah Menengah 1 1 3. BD – Sekolah Rendah 1 1 4. BD – Sekolah Menengah 1 1 2. GAJET (PERKHEMAHAN) 5. BP – Sekolah Rendah 1 1 6. BP – Sekolah Menengah 1 1 7. BD – Sekolah Rendah 1 1 8. BD – Sekolah Menengah 1 1 3. LAGU SOLO KOD TANGAN 9. BD – Sekolah Rendah 1 1 10. BD – Sekolah Menengah 1 1 4. TEPUK SORAK 11. BP – Sekolah Rendah 1 1 12. BP – Sekolah Menengah 1 1 13. BL – Sekolah Rendah 1 1 14. BL – Sekolah Menengah 1 1
  • 6. ACARA KATEGORI INDIVIDU LELAKI INDIVIDU PEREMPUAN 5. NYANYIAN SOLO 15. BP – Sekolah Rendah 1 1 16. BP – Sekolah Menengah 1 1 17. BL – Sekolah Rendah 1 1 18. BL – Sekolah Menengah 1 1 6. SUKAN STACKING 19. BD/BP (ADHD, Kurang Upaya Intelektual, Spesifik LD) – Sekolah Rendah 1 1 20. BD/BP (ADHD, Kurang Upaya Intelektual, Spesifik LD) – Sekolah Menengah 1 1 21. BL – Sekolah Rendah 1 1 22. BL –Sekolah Menengah 1 1 23. BP (Autisme) – Sekolah Rendah 1 1 24. BP (Autisme) –Sekolah Menengah 1 1 25. BP (Sindrom Down) – Sekolah Rendah 1 1 26. BP (Sindrom Down) – Sekolah Menengah 1 1 JUMLAH KESELURUHAN 20 20 KATEGORI ACARA PERTANDINGAN
  • 8. TARIAN RAMPAIAN 1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Pendengaran (BD). 2. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada empat (4) minit dan tidak lebih daripada lapan (8) minit sahaja. 3. Peserta perlu mengambil gambar seperti spesifikasi berikut: Gambar 1 : pandangan hadapan dari paras dada ke atas (lengkap tatarias) Gambar 2 : pandangan hadapan keseluruhan badan (busana lengkap) Gambar 3 : pandangan belakang keseluruhan badan (busana lengkap)
  • 9. 4. Spesifikasi rakaman video. i. Video perlu dirakam dari kedudukan yang lebih tinggi supaya peserta dapat dilihat dengan jelas dalam rakaman video. ii. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman. iii. Ruang tarian berukuran 3m x 3m. Ruang ini perlu ditandakan secara jelas dengan menggunakan kon, pita pelekat atau alatan yang bersesuaian. 5. Lagu pilihan hendaklah mempunyai gabungan rentak Joget dan Zapin sahaja. 6. Ciptaan karya tarian hendaklah tidak melangkaui tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia. 7. Penggunaan prop seperti senjata, barangan elektrik, elemen api dan air tidak dibenarkan. TARIAN RAMPAIAN ~SAMB
  • 10. KRITERIA PEMARKAHAN BIL KRITERIA MARKAH 1 TEKNIK TARIAN DAN KOREOGRAFI ASAS GERAK / RAGAM TARI 15 KESINAMBUNGAN GERAKKAN 10 KREATIVITI 5 2 KOORDINASI MUZIK DAN GERAKAN KESERAGAMAN 15 KETEPATAN 5 3 PECAHAN TARI DAN POLA LANTAI FORMASI GERAKAN 10 DISIPLIN 10 4 KESANTUNAN PERGERAKAN MASUK 5 PERGERAKAN KELUAR 5 PERGERAKAN SEMASA 5 5 PENAMPILAN BUSANA 10 TATARIAS 5 Jumlah 100
  • 11. PAPARAN VIDEO PERSEMBAHAN BUSANA LENGKAP TARIAN RAMPAIAN ~SAMB
  • 12. SOALAN LAZIM 1. Adakah lagu berentak joget dan zapin wajib dibawa semasa persembahan? Ya, lagu berentak joget dan zapin wajib dibawa semasa persembahan. 2. Adakah lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan? Ya, lagu berentak tradisional kontemporari boleh digunakan untuk mengiringi persembahan. 3. Bolehkah lagu ‘minus one’ digunakan? Ya, lagu minus one boleh digunakan. 4. Adakah prop boleh digunakan semasa persembahan? Ya boleh. Namun demikian, prop seperti senjata, alatan tajam, unsur api, unsur air, barangan elektrik dan prop yang merbahaya adalah tidak dibenarkan. 5. Apakah yang dimaksudkan dengan busana dan tatarias? Busana ialah pakaian yang lengkap. Tatarias ialah hiasan/kemasan di muka dan kepala. 6. Adakah markah akan dipotong sekiranya peserta menari melebihi masa yang ditetapkan? Markah tidak akan dipotong, tetapi penilaian hakim hanya mengikut masa yang ditetapkan sahaja. 7. Adakah rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan? Ya, rakaman perlu menampakkan keseluruhan ruang lantai yang disyaratkan iaitu 3m x 3m dan ditandakan secara jelas. 8. Adakah penggunaan filter dalam rakaman video dibenarkan? Tidak dibenarkan.
  • 14. GAJET (PERKHEMAHAN) 1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Pendengaran (BD). 2. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube (tetapan unlisted). 3. Spesifikasi rakaman video: i) Video 1 – Pembinaan gajet a. Rakaman video hendaklah menunjukkan peserta dan proses kerja dengan jelas. b. Penggunaan muzik latar, teks, dan lain-lain animasi grafik tidak dibenarkan. c. Setiap peserta diberikan tempoh masa maksimum 90 minit sahaja untuk membina gajet. d. Rakaman video hendaklah menggunakan aplikasi Time Lapse Video sahaja dengan tetapan kelajuan 10x. ii) Video 2 – Pembentangan hasil gajet a. Rakaman video hendaklah menunjukkan peserta dan gajet. b. Rakaman video wajib mempunyai sari kata Bahasa Melayu. c. Pembentangan perlu dirakamkan dalam tempoh masa tiga (3) hingga lima (5) minit.
  • 15. 4. Setiap peserta digalakkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing. 5. Setiap peserta perlu membentangkan hasil gajet yang dibina bagi perkara i. Nama gajet ii. Bahan gajet iii. Ikatan yang digunakan iv. Fungsi gajet 6. Penggunaan tali untuk ikatan gajet perlulah jelas menampakkan jenis ikatan yang digunakan bagi memudahkan sesi penjurian dijalankan. 7. Semua gajet wajib dibina menggunakan teknik ikatan sahaja. 8. Semua gajet yang dibina hendaklah mempunyai ketinggian minimum 30 cm dan maksimum 200 cm. 9. Gajet yang berbentuk perangkap atau berbahaya tidak dibenarkan. GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB
  • 16. KRITERIA PEMARKAHAN BIL KRITERIA MARKAH 1 IKATAN a. BILANGAN IKATAN 30 b. JENIS IKATAN 10 2 KREATIVITI 10 3 KEASLIAN HASIL KERJA 10 4 KEKEMASAN 10 5 KESEIMBANGAN 10 6 MASA 5 7 PEMBENTANGAN 15 JUMLAH 100 GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB
  • 17. Aplikasi Time Lapse Video GAJET (PERKHEMAHAN) ~SAMB
  • 18. 1. Bolehkan video 1 dan video 2 digabungkan? Tidak boleh. Peserta perlu menghantar dua (2) video berbeza secara berasingan. 2. Bolehkah rakaman time lapse bagi proses pembinaan gajet menggunakan aplikasi lain selain dinyatakan? Tidak. 3. Bolehkan lagu latar dimasukkan dalam video 1? Tidak. Video 1 kekal memaparkan keseluruhan proses awal hingga akhir gajet tanpa sebarang suntingan dalam tetapan time lapse. 4. Adakah peserta boleh membina gajet kurang daripada 90 minit dan rakaman time lapse menjadi lebih pendek? Boleh. Masa maksimum pembinaan gajet adalah 90 minit dan ditukar kepada tetapan time lapse. 5. Apakah jenis bahan dan tali yang boleh digunakan dalam pembinaan gajet? Boleh menggunakan pelbagai bahan yang mudah didapati. Penggunaan tali perlulah bersesuaian dengan saiz bahan digunakan dan pastikan ikatan yang dibuat dapat dilihat dengan jelas. 6. Adakah kamera perlu berada dalam kedudukan statik sewaktu rakaman video? Tidak. Kebebasan diberikan bagi menunjukkan peserta dan gajet dalam pelbagai sudut secara berterusan tanpa sebarang potongan dalam rakaman tersebut. SOALAN LAZIM
  • 19. LAGU SOLO KOD TANGAN JK TEKNIKAL 202 1
  • 20. LAGU SOLO KOD TANGAN 1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Ketidakupayaan Pendengaran (BD) sahaja. 2. Pertandingan akan diadakan secara rakaman video tanpa suntingan (kecuali bagi penambahan sarikata Bahasa Melayu) dan dimuat naik melalui aplikasi Youtube (tetapan unlisted). 3. Spesifikasi rakaman video: i) Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman. ii) Video perlu dirakam daripada pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa persembahan. 4. Masa yang diperuntukkan adalah tidak kurang daripada tiga (3) minit dan tidak melebihi tujuh (7) minit. 5. Tema lagu kategori Balada daripada album/single artis Malaysia dalam versi Bahasa Melayu. 6. Penggunaan prop dibenarkan TETAPI elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.
  • 21. KRITERIA PEMARKAHAN BIL KRITERIA MARKAH 1 KOD TANGAN a. KETEPATAN 20 b.KEKEMASAN 10 2 PENGHAYATAN a. PERGERAKAN 20 b.EKSPRESI 20 3. TEMPO 10 4. KREATIVITI 10 5. PAKAIAN DAN TATARIAS 5 6. KETEPATAN TEMA 5 JUMLAH 100 LAGU SOLO KOD TANGAN ~SAMB
  • 22. 1. Adakah penyertaan terbatal sekiranya rakaman video tidak menampakkan keseluruhan badan peserta? Tidak, selagi pergerakan kod tangan boleh dilihat oleh hakim. 2. Adakah tampalan muzik pada rakaman video dibenarkan? Ya, tampalan muzik pada rakaman video dibenarkan. 3. Apakah kod tangan yang dibenarkan? Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). 4. Adakah tarian yang tidak keterlaluan dibenarkan? Ya, tarian dibenarkan selagi tidak melanggar tatasusila masyarakat Malaysia dan tidak mendatangkan risiko kecederaan. SOALAN LAZIM
  • 24. TEPUK SORAK 1. Penyertaan terbuka kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL) yang menyertai unit beruniform di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Spesifikasi rakaman video: i) Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman. ii) Video perlu dirakam daripada pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa persembahan. 3. Setiap peserta digalakkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing-masing. 4. Tepuk sorak yang dibuat hendaklah berupa kata-kata semangat atau membawa mesej yang baik (positif) bertemakan PANDEMIK COVID-19 dan tidak mengandungi unsur-unsur perkauman atau yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. 5. Tepuk Sorak hanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau gabungan kedua-dua bahasa tersebut. Dialek negeri tidak dibenarkan. 6. Tempoh jangka masa video tersebut adalah tidak kurang 30 saat dan tidak melebihi 60 saat. 7. Sebarang penggunaan muzik latar adalah TIDAK dibenarkan.
  • 25. KRITERIA PEMARKAHAN BIL KRITERIA MARKAH 1 TEKNIK SORAKAN a. SORAKAN i. SEBUTAN 10 ii. SUARA 10 iii. ALUNAN 10 b. TEPUKAN 10 c. KOORDINASI i. TANGAN 10 ii. KAKI 10 d. LIRIK 5 2 PERSEMBAHAN a. PERSONALITI i. GAYA 5 ii. EKSPRESI 5 b. PERALATAN PROP 10 c. KREATIVITI 10 3 PAKAIAN UNIFORM LENGKAP 5 JUMLAH 100
  • 26. 1. Adakah penyertaan terbuka kepada ahli pengakap sahaja? Tidak, penyertaan terbuka kepada semua MBK. 2. Adakah pemakaian baju seragam unit beruniform diwajibkan? Tidak, namun ia akan mempengaruhi pemarkahan. 3. Adakah rakaman boleh dibuat di luar kawasan rumah? Boleh, namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan. 4. Adakah laungan semangat selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibenarkan? Ya, laungan semangat dibenarkan dalam pelbagai bahasa. 5. Adakah penggunaan alat muzik dibenarkan? Ya. SOALAN LAZIM
  • 28. NYANYIAN SOLO 1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL). 2. Spesifikasi rakaman video: i. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman. ii. Video perlu dirakam dari pandangan hadapan supaya peserta dapat dilihat dengan jelas semasa persembahan. 3. Masa yang diperuntukkan adalah minimum tiga (3) minit dan maksimum tujuh (7) minit. 4. Peserta dikehendaki mendendangkan satu (1) lagu dengan iringan muzik (minus one). 5. Pertandingan bertemakan Lagu Tema Filem Malaysia 6. Penggunaan mikrofon dibenarkan bagi mendapatkan kualiti suara yang terbaik. 7. Penggunaan prop dibenarkan TETAPI elemen dan aksi berbahaya adalah dilarang.
  • 29. KRITERIA PEMARKAHAN BIL KRITERIA MARKAH 1 SUARA a. PIC 30 b. SEBUTAN 10 c. DINAMIK 10 d. KUALITI TON 5 2 TEMPO 15 3 GAYA 10 4 KREATIVITI 10 5 PAKAIAN 5 4 EKSPRESI 5 JUMLAH 100 NYANYIAN SOLO ~SAMB
  • 30. NYANYIAN SOLO ~SAMB Senarai Lagu Tema Filem Malaysia
  • 31. 1. Bolehkah peserta menyanyikan lagu selain dari senarai lagu yang diberi? Boleh tetapi digalakkan memilih lagu daripada senarai yang dilampirkan. 2. Bolehkah peserta menyanyikan lagu secara Acapella? Tidak digalakkan, kerana ia menyukarkan pihak hakim membuat penilaian dan memberi markah. 3. Apakah yang akan berlaku jika minus one yang digunakan mempunyai suara latar (backup vocal/harmony)? Tiada markah yang akan diberi untuk bahagian harmoni. 4. Bolehkah penari latar digunakan untuk tujuan gimik? Tidak. 5. Apakah yang akan berlaku jika masa persembahan melebihi 7 minit? Persembahan selepas minit 7.01 tidak akan dibuat penjurian/pemarkahan. 6. Bolehkah peserta menyanyikan lagu medley? Tidak boleh. Lagu yang dinyanyikan mestilah sebuah lagu penuh. 7. Bolehkah melakukan nyanyian secara iringan pemuzik secara langsung (live band)? Boleh, dengan syarat kesemua anggota pemuzik tidak kelihatan didalam ruang rakaman video. 8. Adakah gimik merupakan salah satu aspek kreativiti? Ya. SOALAN LAZIM
  • 33. SUKAN STACKING 1. Penyertaan terbuka kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Pendengaran Menengah (SM) daripada kategori Bermasalah Pembelajaran (BP), Ketidakupayaan (BD) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL). 2. Pertandingan adalah secara individu mengikut kategori berikut. BIL KATEGORI SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH 1 BD/BP(ADHD, KURANG UPAYA INTELEKTUAL, SPESIFIK LD) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN 2 BL LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN 3 BP (AUTISME) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN 4 BP (SINDROM DOWN) LELAKI & PEREMPUAN LELAKI & PEREMPUAN
  • 34. 2. Peserta wajib melaksanakan ketiga-tiga disiplin dalam sukan stacking. i. Disiplin 3-3-3 Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri (bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) di sebelah kiri, tengah dan kanan. ii. Disiplin 3-6-3 Cawan boleh disusun dengan cara stack up atau stack down dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri (bergantung kepada pilihan individu) - tiga (3) cawan di sebelah kiri, enam (6) cawan di tengah, dan tiga (3) cawan di sebelah kanan. iii. Disiplin Cycle Turutan susunan mengandungi stack 3-6-3, stack 6-6, dan stack 1-10-1. Peserta mengakhiri Cycle dengan 3-6-3 dalam posisi ‘stack down’. SUKAN STACKING ~SAMB
  • 35. 3. Pertandingan akan dilakukan secara siaran langsung Facebook melalui Facebook kumpulan Karnival eKokurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan 2021. 4. Spesifikasi siaran langsung Facebook sepanjang masa pertandingan berlangsung: i. Kamera video mesti diletakkan pada suatu tempat yang tetap dan tidak digerakkan sepanjang rakaman. ii. Siaran langsung Facebook memaparkan kedudukan peserta. iii. Paparan siaran langsung Facebook meliputi kepala, badan dan mat. iv. Timer tidak boleh keluar dari paparan siaran langsung Facebook semasa menunjukkan masa. v. Masa yang ditunjukkan perlu nampak dengan jelas. SUKAN STACKING ~SAMB
  • 36. 5. Peserta wajib melaksanakan penghantaran pautan siaran langsung Facebook bagi setiap disiplin secara berasingan, dan WAJIB melaksanakan perkara seperti yang berikut: i. Dua (2) kali latihan - (tanpa merekod masa) ii. Tiga (3) kali percubaan - (perlu merekod masa) 6. Perkakasan/peralatan permainan adalah mengikut spesifikasi World Sport Stacking Association (WSSA) seperti berikut: i. Cup (12 biji) ii. Mat iii. Timer iv. Display Timer (pilihan) 7. Pemenang ditentukan berdasarkan masa terpantas bagi setiap disiplin dan menepati kriteria pertandingan. SUKAN STACKING ~SAMB
  • 37. 1. Adakah dibenarkan penggunaan paparan masa (display timer) diwajibkan? Tidak, tetapi setiap peserta digalakkan menggunakan display timer untuk memudahkan proses penjurian. 2. Adakah peserta perlu melakukan siaran langsung Facebook secara berterusan atau berasingan bagi setiap disiplin? Ya, setiap peserta perlu menghantar pautan yang berbeza bagi setiap disiplin. 3. Apakah kriteria timer yang boleh digunakan? Bacaan timer perlu memaparkan sehingga tiga (3) titik perpuluhan. 4. Bagaimanakah kedudukan kamera semasa siaran langsung Facebook? Kedudukan kamera perlu sentiasa dalam kedudukan melintang dan berada di hadapan peserta. Penggunaan kamera swafoto (selfie) tidak dibenarkan. SOALAN LAZIM