SlideShare a Scribd company logo
WUJUDKAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DI
MALAYSIA?
Written by admin
Wednesday, 31 March 2010 12:10
Kes perkahwinan kanak-kanak di bawah umur, yang kemudiannya
dilarikan oleh suaminya ke Batu Caves, sebagaimana yang disiarkan dalam
media massa beberapa minggu lalu, menimbulkan beberapa isu untuk
dibincangkan.
Kanak-kanak tersebut, Siti Nur Zubaidah yang berusia 10 tahun, telah
dinikahkan di sebuah surau di Machang pada 20 Februari dengan seorang
lelaki bernama Shamsuddin Ajaib, 41 tahun. Memang berdasarkan hukum
syarak, pernikahan seumpama itu adalah sah.
Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak perempuan yang telah baligh
dan lebih matang pemikirannya berbanding rakan-rakan sebayanya untuk
berkahwin. Lebih penting lagi apabila semua syarat dan keperluan
perkahwinan itu mematuhi hukum syarak dan undang-undang.
Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan),
secara jelas menyatakan bahawa, sebarang perkahwinan tidak akan
dilakukan apabila ada antara lelaki yang berumur bawah 18 tahun atau
perempuan yang berumur bawah 16 tahun KECUALI dengan keizinan
bertulis Kadi Syariah dalam keadaan tertentu. Peruntukan yang sama juga
dinyatakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 Kelantan,
Seksyen 8, Bahagian II.
Dalam pada itu, terdapat pelbagai kes lain yang turut melibatkan kanak-
kanak. Antaranya kes rogol, buang anak, penderaan dan sebagainya.
Terdapat pihak yang berpendapat bahawa kes dera yang telah dilaporkan
hanya mewakili 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dera yang
sebenarnya berlaku. Ada juga kes penderaan yang sehingga menyebabkan
kematian seperti adik Safiyah dan adik Hareswara.
Kes-kes yang berlaku ke atas kanak-kanak ini menimbulkan persoalan
tentang sejauh manakah kanak-kanak di Malaysia dilindungi? Bagaimana
pula aspek penguatkuasaan? Adakah wujud perlindungan ke atas kanak-
kanak sebagaimana peruntukan undang-undang sedia ada?.
Seolah-oleh seperti penularan wabak, hampir setiap hari media massa
menyiarkan tentang kes pembuangan kanak-kanak. Adakah mereka yang
terbabit dengan kes pembuangan kanak-kanak ini tidak mempunyai akal
atau perasaan?
Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Kanak-Kanak pada 1995. Akta
Kanak-Kanak pula telah digubal dan diluluskan pada tahun 2001. Selain
itu, Malaysia juga mempunyai undang-undang perlindungan kanak-kanak
melalui Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana
1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan
Kanak-Kanak pada 1991. Namun persoalannya, walaupun terdapat akta
dan peraturan ini, tetapi siapakah pihak-pihak yang bertanggunjawab
melaksanakannya?
Tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat mewujudkan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak
Negara amat wajar sekali. Semua pihak yang berkepentingan amat
berminat untuk mengetahui sejauh mana pelan tersebut akan dilaksanakan.
Begitu juga beberapa institusi dan agensi juga disenaraikan bagi
memastikan pelan ini berjaya dilaksanakan.
Apa yang lebih penting ialah kesedaran masyarakat sendiri terhadap
perlindungan kanak-kanak. Sekiranya terdapat kes pengabaian kanak-
kanak di sekeliling mereka, maka mereka hendaklah melaporkannya
dengan segera kepada pihak berwajib.
Perbincangan yang melibatkan semua pihak termasuklah kementerian,
ketua-ketua agama, polis, ahli akademik, NGO, pemimpin masyarakat dan
individu haruslah diadakan dalam memupuk kesedaran ini. Program-
program yang berkaitan turut diadakan di sekolah-sekolah bagi
menyediakan generasi masa depan ini tentang hak mereka di samping
menyemai kesedaran keperluan untuk menghormati hak setiap individu
yang lain. Kesedaran sahaja tidak bermakna jika tidak diikuti dengan
tindakan.
Tepuk dada tanya selera. Adakah kita akan masih bersikap tidak peduli,
lepas tangan dan menafikan apa yang berlaku?
Nor Azwani Abdul Rahman
Bahagian Hak Asasi Manusia
ERA Consumer Malaysia
Wujudkah perlindungan kanak2

More Related Content

Viewers also liked

A Piratical Legacy Chapter 20 - The Truth Will Make You Fret
A Piratical Legacy Chapter 20 - The Truth Will Make You FretA Piratical Legacy Chapter 20 - The Truth Will Make You Fret
A Piratical Legacy Chapter 20 - The Truth Will Make You Fret
purplebunnysarah
 
A Piratical Legacy Chapter 21 - ARRR-ound the World in 80 Days
A Piratical Legacy Chapter 21 - ARRR-ound the World in 80 DaysA Piratical Legacy Chapter 21 - ARRR-ound the World in 80 Days
A Piratical Legacy Chapter 21 - ARRR-ound the World in 80 Days
purplebunnysarah
 
A Piratical Legacy Chapter 2
A Piratical Legacy Chapter 2A Piratical Legacy Chapter 2
A Piratical Legacy Chapter 2
purplebunnysarah
 
A Piratical Legacy Chapter 30 Part 1 - Coming of Age
A Piratical Legacy Chapter 30 Part 1 - Coming of AgeA Piratical Legacy Chapter 30 Part 1 - Coming of Age
A Piratical Legacy Chapter 30 Part 1 - Coming of Age
purplebunnysarah
 
October Fest
October FestOctober Fest
October Fest
Dror Sgan-cohen
 
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 2 - Love & Bureaucrats
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 2 - Love & BureaucratsA Piratical Legacy Chapter 33 Part 2 - Love & Bureaucrats
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 2 - Love & Bureaucrats
purplebunnysarah
 
A Piratical Legacy Chapter 18 - Two-Timing
A Piratical Legacy Chapter 18 - Two-TimingA Piratical Legacy Chapter 18 - Two-Timing
A Piratical Legacy Chapter 18 - Two-Timing
purplebunnysarah
 
A Piratical Legacy Chapter 31 - Can You Feel The Love?
A Piratical Legacy Chapter 31 - Can You Feel The Love?A Piratical Legacy Chapter 31 - Can You Feel The Love?
A Piratical Legacy Chapter 31 - Can You Feel The Love?
purplebunnysarah
 
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 1 - Love & Bureaucrats
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 1 - Love & BureaucratsA Piratical Legacy Chapter 33 Part 1 - Love & Bureaucrats
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 1 - Love & Bureaucrats
purplebunnysarah
 
The night before sim spade's christmas
The night before sim spade's christmasThe night before sim spade's christmas
The night before sim spade's christmas
purplebunnysarah
 

Viewers also liked (11)

A Piratical Legacy Chapter 20 - The Truth Will Make You Fret
A Piratical Legacy Chapter 20 - The Truth Will Make You FretA Piratical Legacy Chapter 20 - The Truth Will Make You Fret
A Piratical Legacy Chapter 20 - The Truth Will Make You Fret
 
A Piratical Legacy Chapter 21 - ARRR-ound the World in 80 Days
A Piratical Legacy Chapter 21 - ARRR-ound the World in 80 DaysA Piratical Legacy Chapter 21 - ARRR-ound the World in 80 Days
A Piratical Legacy Chapter 21 - ARRR-ound the World in 80 Days
 
A Piratical Legacy Chapter 2
A Piratical Legacy Chapter 2A Piratical Legacy Chapter 2
A Piratical Legacy Chapter 2
 
A Piratical Legacy Chapter 30 Part 1 - Coming of Age
A Piratical Legacy Chapter 30 Part 1 - Coming of AgeA Piratical Legacy Chapter 30 Part 1 - Coming of Age
A Piratical Legacy Chapter 30 Part 1 - Coming of Age
 
October Fest
October FestOctober Fest
October Fest
 
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 2 - Love & Bureaucrats
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 2 - Love & BureaucratsA Piratical Legacy Chapter 33 Part 2 - Love & Bureaucrats
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 2 - Love & Bureaucrats
 
A Piratical Legacy Chapter 18 - Two-Timing
A Piratical Legacy Chapter 18 - Two-TimingA Piratical Legacy Chapter 18 - Two-Timing
A Piratical Legacy Chapter 18 - Two-Timing
 
A Piratical Legacy Chapter 31 - Can You Feel The Love?
A Piratical Legacy Chapter 31 - Can You Feel The Love?A Piratical Legacy Chapter 31 - Can You Feel The Love?
A Piratical Legacy Chapter 31 - Can You Feel The Love?
 
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 1 - Love & Bureaucrats
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 1 - Love & BureaucratsA Piratical Legacy Chapter 33 Part 1 - Love & Bureaucrats
A Piratical Legacy Chapter 33 Part 1 - Love & Bureaucrats
 
Hak asasi kanak3 1
Hak asasi kanak3 1Hak asasi kanak3 1
Hak asasi kanak3 1
 
The night before sim spade's christmas
The night before sim spade's christmasThe night before sim spade's christmas
The night before sim spade's christmas
 

Similar to Wujudkah perlindungan kanak2

Pendirian dasar kerajaan malaysia
Pendirian dasar kerajaan malaysiaPendirian dasar kerajaan malaysia
Pendirian dasar kerajaan malaysiafiro HAR
 
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
NURAIN HAZIQAH
 
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-Siti Syahirah
 
Proposal translate
Proposal translateProposal translate
Proposal translate
MerryAndriany1
 
perkahwinan bawah umur (1).pptx
perkahwinan bawah umur (1).pptxperkahwinan bawah umur (1).pptx
perkahwinan bawah umur (1).pptx
suaraminda1
 

Similar to Wujudkah perlindungan kanak2 (6)

Pendirian dasar kerajaan malaysia
Pendirian dasar kerajaan malaysiaPendirian dasar kerajaan malaysia
Pendirian dasar kerajaan malaysia
 
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
A170852_TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL_LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPA...
 
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
Dalil dalil hak-dan_kedudukan_anak_luar_nikah_-
 
Proposal translate
Proposal translateProposal translate
Proposal translate
 
perkahwinan bawah umur (1).pptx
perkahwinan bawah umur (1).pptxperkahwinan bawah umur (1).pptx
perkahwinan bawah umur (1).pptx
 
Edu hak asasi kanak2 telegram
Edu   hak asasi kanak2 telegramEdu   hak asasi kanak2 telegram
Edu hak asasi kanak2 telegram
 

Wujudkah perlindungan kanak2

  • 1. WUJUDKAH PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA? Written by admin Wednesday, 31 March 2010 12:10 Kes perkahwinan kanak-kanak di bawah umur, yang kemudiannya dilarikan oleh suaminya ke Batu Caves, sebagaimana yang disiarkan dalam media massa beberapa minggu lalu, menimbulkan beberapa isu untuk dibincangkan. Kanak-kanak tersebut, Siti Nur Zubaidah yang berusia 10 tahun, telah dinikahkan di sebuah surau di Machang pada 20 Februari dengan seorang lelaki bernama Shamsuddin Ajaib, 41 tahun. Memang berdasarkan hukum syarak, pernikahan seumpama itu adalah sah. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak perempuan yang telah baligh dan lebih matang pemikirannya berbanding rakan-rakan sebayanya untuk berkahwin. Lebih penting lagi apabila semua syarat dan keperluan perkahwinan itu mematuhi hukum syarak dan undang-undang. Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan), secara jelas menyatakan bahawa, sebarang perkahwinan tidak akan dilakukan apabila ada antara lelaki yang berumur bawah 18 tahun atau perempuan yang berumur bawah 16 tahun KECUALI dengan keizinan bertulis Kadi Syariah dalam keadaan tertentu. Peruntukan yang sama juga dinyatakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 Kelantan, Seksyen 8, Bahagian II. Dalam pada itu, terdapat pelbagai kes lain yang turut melibatkan kanak- kanak. Antaranya kes rogol, buang anak, penderaan dan sebagainya. Terdapat pihak yang berpendapat bahawa kes dera yang telah dilaporkan hanya mewakili 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dera yang sebenarnya berlaku. Ada juga kes penderaan yang sehingga menyebabkan kematian seperti adik Safiyah dan adik Hareswara. Kes-kes yang berlaku ke atas kanak-kanak ini menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah kanak-kanak di Malaysia dilindungi? Bagaimana pula aspek penguatkuasaan? Adakah wujud perlindungan ke atas kanak- kanak sebagaimana peruntukan undang-undang sedia ada?. Seolah-oleh seperti penularan wabak, hampir setiap hari media massa menyiarkan tentang kes pembuangan kanak-kanak. Adakah mereka yang terbabit dengan kes pembuangan kanak-kanak ini tidak mempunyai akal atau perasaan? Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Kanak-Kanak pada 1995. Akta Kanak-Kanak pula telah digubal dan diluluskan pada tahun 2001. Selain itu, Malaysia juga mempunyai undang-undang perlindungan kanak-kanak melalui Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan
  • 2. Kanak-Kanak pada 1991. Namun persoalannya, walaupun terdapat akta dan peraturan ini, tetapi siapakah pihak-pihak yang bertanggunjawab melaksanakannya? Tindakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Negara amat wajar sekali. Semua pihak yang berkepentingan amat berminat untuk mengetahui sejauh mana pelan tersebut akan dilaksanakan. Begitu juga beberapa institusi dan agensi juga disenaraikan bagi memastikan pelan ini berjaya dilaksanakan. Apa yang lebih penting ialah kesedaran masyarakat sendiri terhadap perlindungan kanak-kanak. Sekiranya terdapat kes pengabaian kanak- kanak di sekeliling mereka, maka mereka hendaklah melaporkannya dengan segera kepada pihak berwajib. Perbincangan yang melibatkan semua pihak termasuklah kementerian, ketua-ketua agama, polis, ahli akademik, NGO, pemimpin masyarakat dan individu haruslah diadakan dalam memupuk kesedaran ini. Program- program yang berkaitan turut diadakan di sekolah-sekolah bagi menyediakan generasi masa depan ini tentang hak mereka di samping menyemai kesedaran keperluan untuk menghormati hak setiap individu yang lain. Kesedaran sahaja tidak bermakna jika tidak diikuti dengan tindakan. Tepuk dada tanya selera. Adakah kita akan masih bersikap tidak peduli, lepas tangan dan menafikan apa yang berlaku? Nor Azwani Abdul Rahman Bahagian Hak Asasi Manusia ERA Consumer Malaysia