SlideShare a Scribd company logo
WANG ONLINE 
SEGERA! 
Bagaimana Menjana Wang Online Segera?
Bagaimana Menjana Wang Online? 
2
Bagaimana Menjana Wang Online? 
Isi Kandungan 
Penulisan Freelance......................................................................4 
Laman Web Freelance atau Rekaan Grafik.......................................5 
Menjual Laman Web Turnkey.........................................................6 
Programming Freelance................................................................7 
Mencari Pekerjaan........................................................................8 
Tip-tip Tambahan untuk Freelancer...............................................10 
Hari ini, semua orang memerlukan pendapatan tambahan. Ramai 
orang yang menganggur, banyak negara-negara yang mengalami 
kemerosotan ekonomi. Mendapatkan pekerjaan adalah suatu perkara 
yang agak sukar kalaupun tidak mustahil, melainkan jika anda 
mempunyai resume yang cukup baik. 
Nasib baiklah masih terdapat satu cara untuk menjana pendapatan 
tanpa memerlukan resume yang hebat, pelaburan wang atau apa-apa 
kemahiran yang tinggi. Apa yang anda perlukan ialah sebuah 
komputer, sambungan internet dan laman software grafik, 
programming dan satu kelebihan tambahan ialah faham bahasa 
Inggeris. Anda boleh memiliki kebebasan menguruskan sendiri masa 
kerja anda, bekerja dengan lebih efisyen dan yang paling penting, 
andalah bos dan andalah pekerja. 
3
Bagaimana Menjana Wang Online? 
Kita sedang berbicara tentang dunia freelancing. Sebagai seorang 
freelancer, anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan 
wang. Mendapatkan kerja adalah satu 
perkara yang agak mudah, kecuali jika 
anda mengharapkan pendapatan RM50+ 
sejam. Kebanyakan orang memiliki 
kemahiran yang boleh mendatangkan 
keuntungan kepada mereka. 
Penulisan Freelance 
Jalan yang paling mudah untuk menjana pendapatan sebagai seorang 
freelancer bagi kebanyakan orang ialah melalui penulisan. Anda 
perlulah memahirkan diri dengan bahasa Inggeris, termasuklah 
kebolehan mengeja dengan baik dan penguasaan ‘grammar’. Anda 
tidak perlu menjadi seorang pakar, tetapi biarlah di tahap 
memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan selesa di Internet. 
Biasanya penulis freelance akan memperolehi jumlah pendapatan 
sekitar $3 - $10 untuk setiap artikel yang dihasilkan. Anda mungkin 
boleh mendapat lebih dari jumlah itu jika ianya melibatkan penerbitan 
percetakan tetapi ianya agak sukar berbanding dengan individu. 
Ya, $3 tidaklah begitu memberangsangkan untuk menjadi seorang 
penulis freelance tetapi dengan latihan yang berterusan anda boleh 
menghasilkan 3 – 5 artikel dalam masa sejam, yang mana 
membolehkan anda mendapat sekitar $9 - $15 sejam. Ianya masih 
boleh dikira sangat bagus memandangkan anda tidak perlu keluar 
rumah, tidak perlu menjalani temuduga dan sebagainya. Anda hanya 
perlu duduk menghadap komputer anda sahaja. 
Tambahan lagi, semakin lama anda bergiat dalam bidang ini, semakin 
tinggi reputasi anda, mendapat lebih banyak testimoni dari pelanggan-pelanggan 
anda, maka anda bolehlah menaikkan harga perkhidmatan 
4
Bagaimana Menjana Wang Online? 
anda. Dengan mudah anda boleh memperolehi $7 - $10 untuk setiap 
artikel dalam waktu yang singkat. Itu bermakna anda boleh menjana 
pendapatan sebanyak $35 - $50 untuk sejam! 
Saya boleh tunjukkan beberapa tempat yang boleh anda pergi untuk 
mendapatkan kerja, tetapi sebelum itu biar saya beritahu anda satu 
laman web yang akan membayar kepada anda untuk artikel-artikel 
yang anda hasilkan. Anda boleh mendapatkan ‘wang segera’ dengan 
menulis artikel-artikel untuk Associated Content 
(http://www.associatedcontent.com) jika anda tinggal di Amerika. 
Malangnya buat masa sekarang, mereka tidak menerima penulis-penulis 
dari luar Amerika. Jika anda tinggal di Amerika, mereka akan 
membayar kepada anda beberapa dolar untuk setiap artikel yang anda 
hasilkan dan mereka akan menerimanya asalkan ianya ditulis dengan 
baik berdasarkan topik-topik yang menarik. 
Laman Web Freelance atau 
Rekaan Grafik 
Jika anda seorang pereka laman web atau grafik, 
atau jika anda seorang yang mampu mengupah 
orang lain untuk melakukan kerja-kerja untuk 
anda, maka anda ada peluang yang besar untuk 
menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan rekaan 
kepada orang ramai. 
Anda akan memperolehi $10/RM45 untuk satu banner pengiklanan 
hinggalah ke beberapa ratus dolar/RM untuk setiap rekaan laman web 
yang kompleks. Jika kerja anda benar-benar berkualiti dan mendapat 
testimoni yang banyak, anda boleh menaikkan harga perkhidmatan 
anda lebih tinggi daripada biasa! 
Anda perlulah menunjukkan contoh-contoh kerja anda (portfolio), jadi 
anda perlukan satu laman web di mana anda boleh paparkannya. Anda 
5
Bagaimana Menjana Wang Online? 
boleh bawakan bakal-bakal pelanggan ke laman web tersebut untuk 
melihat contoh-contoh kerja anda, harga dan menghubungi anda jika 
mereka berminat. 
Anda juga boleh mendapatkan wang segera dengan membina laman 
web untuk perniagaan tempatan. Kunjungilah bisnes-bisnes tempatan 
di kawasan anda dan bercakaplah dengan pemiliknya. Tanyakan 
mereka jika mereka mahu memiliki sebuah laman web dan jika 
berminat, dapatkan penjelasan laman web yang bagaimanakah 
mereka mahu memilikinya. 
Bahkan, walaupun mereka sudah mempunyai laman web, mereka 
masih boleh mengupah anda untuk melakukan beberapa perubahan 
seperti kerja-kerja SEO atau memasang sistem autoresponder untuk 
laman web mereka. 
Menjual Laman Web Turnkey 
Jika anda tidak mahu melakukan kerja-kerja 
rekaan secara tetap, anda boleh membina 
laman-laman web kemudian menjualnya. 
Dalam banyak keadaan, ini lebih mudah untuk 
dilakukan berbanding dengan membina laman-laman web ‘custom’. 
Anda tidak perlu memikirkan untuk membina laman web yang kena 
dengan ‘selera’ pelanggan. Anda hanya perlu membinanya mengikut 
selera anda, jika ada yang berminat, mereka akan membelinya dari 
anda. Mudah bukan? 
Beberapa laman web untuk menjual laman web turnkey: 
http://www.flippa.com 
http://www.ebay.com 
http://www.websitebroker.com 
6
Bagaimana Menjana Wang Online? 
Programming Freelance 
Jika anda memiliki kemahiran 
programming, terdapat permintaan 
yang tinggi untuk programmer yang 
berkualiti. Ia boleh jadi amat sukar 
untuk mencari programmer freelance 
yang profesional, boleh diharap 
menyiapkan kerja dalam waktu yang 
ditetapkan, menghasilkan kerja yang bermutu dan tidak lari bersama 
wang pelanggan. Jadi di sana sentiasa anda ruang untuk anda 
menonjolkan diri sebagai seorang yang mampu melakukan kerja-kerja 
tersebut dengan baik. 
Programmer yang baik boleh mendapat bayaran mengikut jam atau 
kerja yang diberi. Secara peribadi, mungkin lebih baik anda 
mengenakan harga mengikut jam kalau-kalau anda berdepan dengan 
pelanggan yang kerap mahu melakukan perubahan terhadap kerja-kerja 
yang diberikannya. 
Programming adalah satu kerja yang memerlukan kemahiran, jadi 
anda boleh memperolehi lebih pendapatan darinya berbanding dengan 
penulisan atau rekaan. Tetapi anda perlu ingat yang anda akan 
bersaing dengan para freelancer dari seluruh dunia. 
7
Bagaimana Menjana Wang Online? 
Mencari Pekerjaan 
Mencari pekerjaan adalah 
bahagian yang paling susah 
bagi freelancer. Ramai freelancer yang berpendapat adalah mustahil 
untuk mendapatkan kerja-kerja yang mencukupi kerana mereka tidak 
tahu di mana mereka boleh mendapatkan pelanggan. 
Tempat pertama yang biasanya dikunjungi oleh para freelancer ialah 
laman web outsourcing. Terdapat beberapa laman web sebegitu yang 
boleh anda mencuba nasib tetapi anda akan menghadapi persaingan 
dari seluruh dunia. Ada sesetengah orang menulis artikel dengan 
harga kurang dari $0.50 untuk setiap laman web ini! Kualiti kerja 
adalah agak teruk dengan harga serendah itu tetapi sekurang-kurangnya 
mereka masih mendapat kerja. 
Beberapa laman web freelance untuk dicuba: 
http://www.elance.com 
http://www.getafreelancer.com 
http://www.rentacoder.com 
http://www.odesk.com 
Cara yang lebih baik ialah mengunjungi forum-forum online. Forum-forum 
seperti ini biasanya mempunyai ahli-ahli yang terdiri dari 
kalangan IM yang memerlukan perkhidmatan freelancer! Mencari 
freelancer yang boleh dipercayai adalah agak sukar jadi peluang anda 
mungkin ada di sana. Anda juga boleh mendapat bayaran yang lebih 
baik berbanding dengan laman-laman web freelance. 
8
Bagaimana Menjana Wang Online? 
Forum-forum yang boleh dicuba: 
http://www.wangcyber.com 
http://www.carigold.com 
http://www.warriorforum.com 
http://www.sitepoint.com 
http://www.digitalpoint.com 
Jangan sesekali anda spam di forum-forum tersebut dengan tawaran 
perkhidmatan anda! Anda hendaklah mengikuti peraturan-peraturan 
yang telah ditetapkan oleh forum-forum tersebut dan anda mungkin 
dikenakan bayaran untuk beriklan di dalamnya. Namun bayaran 
sebanyak $10 - $20 adalah tidak seberapa berbanding dengan jumlah 
bayaran yang akan anda perolehi dari setiap kerja yang diberikan oleh 
pelanggan anda. 
Jika anda tidak mempunyai wang untuk memposting tawaran anda, 
anda bolehlah menjual sesuatu di eBay. Carilah sesuatu di sekeliling 
anda yang nilainya melebihi $20, jualkannya di eBay dan urusan 
pembayaran itu hendaklah dilakukan melalui PayPal. Kemudian anda 
boleh menggunakan wang itu untuk memposting tawaran anda! 
9
Bagaimana Menjana Wang Online? 
Tip-tip Tambahan untuk Freelancer 
Freelancing tidaklah semudah bunyinya. Terdapat beberapa halangan 
dan rintangan yang mesti anda elakkan. Beberapa perkara yang boleh 
disenaraikan di sini ialah: 
1. Hapuskan semua potensi gangguan seperti jangan buka emel 
dan browser, matikan telefon bimbit anda dan jika perlu, 
kurungkan diri dalam bilik yang anda rasa selesa untuk 
melakukan kerja-kerja freelancing tersebut. 
2. Pastikan anda sentiasa menghubungi pelanggan anda 
terutama sekali jika anda tahu projek mereka akan mengambil 
masa untuk disiapkan. Kebanyakan orang akan mempercayai 
anda selagi anda berhubungan dengan mereka. Jika tidak, 
mereka beranggapan anda melarikan diri dengan wang 
mereka dan ini sudah tentulah merupakan satu perkara yang 
tidak diingini. 
3. Sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kerja 
dalam waktu yang telah ditetapkan. Pelanggan anda adalah 
sumber pendapatan bagi anda jadi layanilah mereka dengan 
sebaik mungkin. 
4. Jika anda berhadapan dengan pelanggan yang sukar untuk 
berunding, kurang sopan dan sebagainya, jangan takut untuk 
menolak kerja-kerja mereka. Tetapi jangan anda berkasar 
dengan mereka. Cuma katakan, “Saya rasa kita tidak sesuai 
untuk bekerjasama. Saya kembalikan wang anda supaya anda 
boleh dapatkan perkhidmatan orang lain yang lebih baik,”. 
10
Bagaimana Menjana Wang Online? 
Orang-orang seperti itu tidak berbaloi untuk dijadikan 
pelanggan. 
5. Tawarkan harga yang rendah pada peringkat awal untuk 
membina kepercayaan dan mendapatkan testimoni. Setelah 
reputasi anda meningkat, bolehlah anda menaikkan harga 
perkhidmatan anda. 
6. Jangan sesekali menggunakan nama samaran kecuali jika 
anda mempunyai sebab yang sangat bagus untuk 
melakukannya. Menggunakan nama anda akan meningkatkan 
lagi kredibiliti anda. Gunakan foto anda untuk meningkatkan 
lagi kredibiliti. 
Anda akan mempelajari apakah sebenarnya yang diperlukan untuk 
menjana pendapatan 6 angka sebagai freelancer online, 
meminimumkan risiko, mengelakkan scam, bermula dengan belanja 
yang sedikit, mendapatkan lebih ramai klien dan untuk menjana lebih 
banyak wang! 
11

More Related Content

Similar to Wang online segera

Caraampuhkunjungan
CaraampuhkunjunganCaraampuhkunjungan
Caraampuhkunjunganprakasa
 
10 Cara Mudah Mendapatkan Uang Lewat Internet
10 Cara Mudah Mendapatkan Uang Lewat Internet10 Cara Mudah Mendapatkan Uang Lewat Internet
10 Cara Mudah Mendapatkan Uang Lewat Internet
M. Sahil Luqman
 
Step by step internet marketing
Step by step internet marketingStep by step internet marketing
Step by step internet marketing
Bahrul Cluest
 
Cara promosi produk melalui internet
Cara promosi produk melalui internetCara promosi produk melalui internet
Cara promosi produk melalui internetSoni Laksono R
 
Rahasia Membangun Bisnis Online hanya dari Rumah saja
Rahasia Membangun Bisnis Online hanya dari Rumah sajaRahasia Membangun Bisnis Online hanya dari Rumah saja
Rahasia Membangun Bisnis Online hanya dari Rumah saja
susilomarthin
 
RAHASIA SEARCH ENGINE GOOGLE
RAHASIA SEARCH ENGINE GOOGLERAHASIA SEARCH ENGINE GOOGLE
RAHASIA SEARCH ENGINE GOOGLE
Icah banjarmasin
 
Tugas sim, yenni nalam sinaga, yananto mahadi putra, blog dan database, 2018
Tugas sim, yenni nalam sinaga, yananto mahadi putra, blog dan database, 2018Tugas sim, yenni nalam sinaga, yananto mahadi putra, blog dan database, 2018
Tugas sim, yenni nalam sinaga, yananto mahadi putra, blog dan database, 2018
ynsinaga
 
Peluang Usaha Waralaba Kegaenan Pulsa PT Duta network Indonesia
Peluang Usaha Waralaba Kegaenan Pulsa PT Duta network IndonesiaPeluang Usaha Waralaba Kegaenan Pulsa PT Duta network Indonesia
Peluang Usaha Waralaba Kegaenan Pulsa PT Duta network Indonesia
supetra rahadiyono
 
Panduan blog latest
Panduan blog latestPanduan blog latest
Panduan blog latest
Hanzalah Tajudin
 
IKLAN SEO
IKLAN SEOIKLAN SEO
IKLAN SEO
Vijay GoldenTim
 
Presentasi.pptx
Presentasi.pptxPresentasi.pptx
Presentasi.pptx
rahmirizkia1
 
Cara mendapatkan ribuan traffic
Cara mendapatkan ribuan trafficCara mendapatkan ribuan traffic
Cara mendapatkan ribuan traffic
Baru Gratisan
 
Blog Perniagaan - Media Iklan Terbaik
Blog Perniagaan - Media Iklan TerbaikBlog Perniagaan - Media Iklan Terbaik
Blog Perniagaan - Media Iklan Terbaik
Belajar Buatblog
 
Workshop 1 day adsense
Workshop 1 day adsenseWorkshop 1 day adsense
Workshop 1 day adsenseYunus Sadar
 
peran internet dalam masyarakat
peran internet dalam masyarakatperan internet dalam masyarakat
peran internet dalam masyarakatMohammad Nawawi
 
Freelance Survival Guide
Freelance Survival GuideFreelance Survival Guide
Freelance Survival Guide
Chandra Marsono
 
eCommerce Setup Checklist Bahasa Indonesia 2020
eCommerce Setup Checklist Bahasa Indonesia 2020eCommerce Setup Checklist Bahasa Indonesia 2020
eCommerce Setup Checklist Bahasa Indonesia 2020
Campbell Kane
 
Cara Dapat Duit RM999 dalam masa 9 hari
Cara Dapat Duit RM999 dalam masa 9 hariCara Dapat Duit RM999 dalam masa 9 hari
Cara Dapat Duit RM999 dalam masa 9 hari
Abdul Halim Ismail
 

Similar to Wang online segera (20)

Caraampuh Kunjungan
Caraampuh KunjunganCaraampuh Kunjungan
Caraampuh Kunjungan
 
Caraampuhkunjungan
CaraampuhkunjunganCaraampuhkunjungan
Caraampuhkunjungan
 
10 Cara Mudah Mendapatkan Uang Lewat Internet
10 Cara Mudah Mendapatkan Uang Lewat Internet10 Cara Mudah Mendapatkan Uang Lewat Internet
10 Cara Mudah Mendapatkan Uang Lewat Internet
 
Step by step internet marketing
Step by step internet marketingStep by step internet marketing
Step by step internet marketing
 
Cara promosi produk melalui internet
Cara promosi produk melalui internetCara promosi produk melalui internet
Cara promosi produk melalui internet
 
Rahasia Membangun Bisnis Online hanya dari Rumah saja
Rahasia Membangun Bisnis Online hanya dari Rumah sajaRahasia Membangun Bisnis Online hanya dari Rumah saja
Rahasia Membangun Bisnis Online hanya dari Rumah saja
 
RAHASIA SEARCH ENGINE GOOGLE
RAHASIA SEARCH ENGINE GOOGLERAHASIA SEARCH ENGINE GOOGLE
RAHASIA SEARCH ENGINE GOOGLE
 
Tugas sim, yenni nalam sinaga, yananto mahadi putra, blog dan database, 2018
Tugas sim, yenni nalam sinaga, yananto mahadi putra, blog dan database, 2018Tugas sim, yenni nalam sinaga, yananto mahadi putra, blog dan database, 2018
Tugas sim, yenni nalam sinaga, yananto mahadi putra, blog dan database, 2018
 
Peluang Usaha Waralaba Kegaenan Pulsa PT Duta network Indonesia
Peluang Usaha Waralaba Kegaenan Pulsa PT Duta network IndonesiaPeluang Usaha Waralaba Kegaenan Pulsa PT Duta network Indonesia
Peluang Usaha Waralaba Kegaenan Pulsa PT Duta network Indonesia
 
Panduan blog latest
Panduan blog latestPanduan blog latest
Panduan blog latest
 
IKLAN SEO
IKLAN SEOIKLAN SEO
IKLAN SEO
 
Presentasi.pptx
Presentasi.pptxPresentasi.pptx
Presentasi.pptx
 
Cara mendapatkan ribuan traffic
Cara mendapatkan ribuan trafficCara mendapatkan ribuan traffic
Cara mendapatkan ribuan traffic
 
Blog Perniagaan - Media Iklan Terbaik
Blog Perniagaan - Media Iklan TerbaikBlog Perniagaan - Media Iklan Terbaik
Blog Perniagaan - Media Iklan Terbaik
 
Workshop 1 day adsense
Workshop 1 day adsenseWorkshop 1 day adsense
Workshop 1 day adsense
 
peran internet dalam masyarakat
peran internet dalam masyarakatperan internet dalam masyarakat
peran internet dalam masyarakat
 
Freelance Survival Guide
Freelance Survival GuideFreelance Survival Guide
Freelance Survival Guide
 
tutorial membuat website
tutorial membuat websitetutorial membuat website
tutorial membuat website
 
eCommerce Setup Checklist Bahasa Indonesia 2020
eCommerce Setup Checklist Bahasa Indonesia 2020eCommerce Setup Checklist Bahasa Indonesia 2020
eCommerce Setup Checklist Bahasa Indonesia 2020
 
Cara Dapat Duit RM999 dalam masa 9 hari
Cara Dapat Duit RM999 dalam masa 9 hariCara Dapat Duit RM999 dalam masa 9 hari
Cara Dapat Duit RM999 dalam masa 9 hari
 

Wang online segera

  • 1. WANG ONLINE SEGERA! Bagaimana Menjana Wang Online Segera?
  • 3. Bagaimana Menjana Wang Online? Isi Kandungan Penulisan Freelance......................................................................4 Laman Web Freelance atau Rekaan Grafik.......................................5 Menjual Laman Web Turnkey.........................................................6 Programming Freelance................................................................7 Mencari Pekerjaan........................................................................8 Tip-tip Tambahan untuk Freelancer...............................................10 Hari ini, semua orang memerlukan pendapatan tambahan. Ramai orang yang menganggur, banyak negara-negara yang mengalami kemerosotan ekonomi. Mendapatkan pekerjaan adalah suatu perkara yang agak sukar kalaupun tidak mustahil, melainkan jika anda mempunyai resume yang cukup baik. Nasib baiklah masih terdapat satu cara untuk menjana pendapatan tanpa memerlukan resume yang hebat, pelaburan wang atau apa-apa kemahiran yang tinggi. Apa yang anda perlukan ialah sebuah komputer, sambungan internet dan laman software grafik, programming dan satu kelebihan tambahan ialah faham bahasa Inggeris. Anda boleh memiliki kebebasan menguruskan sendiri masa kerja anda, bekerja dengan lebih efisyen dan yang paling penting, andalah bos dan andalah pekerja. 3
  • 4. Bagaimana Menjana Wang Online? Kita sedang berbicara tentang dunia freelancing. Sebagai seorang freelancer, anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan wang. Mendapatkan kerja adalah satu perkara yang agak mudah, kecuali jika anda mengharapkan pendapatan RM50+ sejam. Kebanyakan orang memiliki kemahiran yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Penulisan Freelance Jalan yang paling mudah untuk menjana pendapatan sebagai seorang freelancer bagi kebanyakan orang ialah melalui penulisan. Anda perlulah memahirkan diri dengan bahasa Inggeris, termasuklah kebolehan mengeja dengan baik dan penguasaan ‘grammar’. Anda tidak perlu menjadi seorang pakar, tetapi biarlah di tahap memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan selesa di Internet. Biasanya penulis freelance akan memperolehi jumlah pendapatan sekitar $3 - $10 untuk setiap artikel yang dihasilkan. Anda mungkin boleh mendapat lebih dari jumlah itu jika ianya melibatkan penerbitan percetakan tetapi ianya agak sukar berbanding dengan individu. Ya, $3 tidaklah begitu memberangsangkan untuk menjadi seorang penulis freelance tetapi dengan latihan yang berterusan anda boleh menghasilkan 3 – 5 artikel dalam masa sejam, yang mana membolehkan anda mendapat sekitar $9 - $15 sejam. Ianya masih boleh dikira sangat bagus memandangkan anda tidak perlu keluar rumah, tidak perlu menjalani temuduga dan sebagainya. Anda hanya perlu duduk menghadap komputer anda sahaja. Tambahan lagi, semakin lama anda bergiat dalam bidang ini, semakin tinggi reputasi anda, mendapat lebih banyak testimoni dari pelanggan-pelanggan anda, maka anda bolehlah menaikkan harga perkhidmatan 4
  • 5. Bagaimana Menjana Wang Online? anda. Dengan mudah anda boleh memperolehi $7 - $10 untuk setiap artikel dalam waktu yang singkat. Itu bermakna anda boleh menjana pendapatan sebanyak $35 - $50 untuk sejam! Saya boleh tunjukkan beberapa tempat yang boleh anda pergi untuk mendapatkan kerja, tetapi sebelum itu biar saya beritahu anda satu laman web yang akan membayar kepada anda untuk artikel-artikel yang anda hasilkan. Anda boleh mendapatkan ‘wang segera’ dengan menulis artikel-artikel untuk Associated Content (http://www.associatedcontent.com) jika anda tinggal di Amerika. Malangnya buat masa sekarang, mereka tidak menerima penulis-penulis dari luar Amerika. Jika anda tinggal di Amerika, mereka akan membayar kepada anda beberapa dolar untuk setiap artikel yang anda hasilkan dan mereka akan menerimanya asalkan ianya ditulis dengan baik berdasarkan topik-topik yang menarik. Laman Web Freelance atau Rekaan Grafik Jika anda seorang pereka laman web atau grafik, atau jika anda seorang yang mampu mengupah orang lain untuk melakukan kerja-kerja untuk anda, maka anda ada peluang yang besar untuk menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan rekaan kepada orang ramai. Anda akan memperolehi $10/RM45 untuk satu banner pengiklanan hinggalah ke beberapa ratus dolar/RM untuk setiap rekaan laman web yang kompleks. Jika kerja anda benar-benar berkualiti dan mendapat testimoni yang banyak, anda boleh menaikkan harga perkhidmatan anda lebih tinggi daripada biasa! Anda perlulah menunjukkan contoh-contoh kerja anda (portfolio), jadi anda perlukan satu laman web di mana anda boleh paparkannya. Anda 5
  • 6. Bagaimana Menjana Wang Online? boleh bawakan bakal-bakal pelanggan ke laman web tersebut untuk melihat contoh-contoh kerja anda, harga dan menghubungi anda jika mereka berminat. Anda juga boleh mendapatkan wang segera dengan membina laman web untuk perniagaan tempatan. Kunjungilah bisnes-bisnes tempatan di kawasan anda dan bercakaplah dengan pemiliknya. Tanyakan mereka jika mereka mahu memiliki sebuah laman web dan jika berminat, dapatkan penjelasan laman web yang bagaimanakah mereka mahu memilikinya. Bahkan, walaupun mereka sudah mempunyai laman web, mereka masih boleh mengupah anda untuk melakukan beberapa perubahan seperti kerja-kerja SEO atau memasang sistem autoresponder untuk laman web mereka. Menjual Laman Web Turnkey Jika anda tidak mahu melakukan kerja-kerja rekaan secara tetap, anda boleh membina laman-laman web kemudian menjualnya. Dalam banyak keadaan, ini lebih mudah untuk dilakukan berbanding dengan membina laman-laman web ‘custom’. Anda tidak perlu memikirkan untuk membina laman web yang kena dengan ‘selera’ pelanggan. Anda hanya perlu membinanya mengikut selera anda, jika ada yang berminat, mereka akan membelinya dari anda. Mudah bukan? Beberapa laman web untuk menjual laman web turnkey: http://www.flippa.com http://www.ebay.com http://www.websitebroker.com 6
  • 7. Bagaimana Menjana Wang Online? Programming Freelance Jika anda memiliki kemahiran programming, terdapat permintaan yang tinggi untuk programmer yang berkualiti. Ia boleh jadi amat sukar untuk mencari programmer freelance yang profesional, boleh diharap menyiapkan kerja dalam waktu yang ditetapkan, menghasilkan kerja yang bermutu dan tidak lari bersama wang pelanggan. Jadi di sana sentiasa anda ruang untuk anda menonjolkan diri sebagai seorang yang mampu melakukan kerja-kerja tersebut dengan baik. Programmer yang baik boleh mendapat bayaran mengikut jam atau kerja yang diberi. Secara peribadi, mungkin lebih baik anda mengenakan harga mengikut jam kalau-kalau anda berdepan dengan pelanggan yang kerap mahu melakukan perubahan terhadap kerja-kerja yang diberikannya. Programming adalah satu kerja yang memerlukan kemahiran, jadi anda boleh memperolehi lebih pendapatan darinya berbanding dengan penulisan atau rekaan. Tetapi anda perlu ingat yang anda akan bersaing dengan para freelancer dari seluruh dunia. 7
  • 8. Bagaimana Menjana Wang Online? Mencari Pekerjaan Mencari pekerjaan adalah bahagian yang paling susah bagi freelancer. Ramai freelancer yang berpendapat adalah mustahil untuk mendapatkan kerja-kerja yang mencukupi kerana mereka tidak tahu di mana mereka boleh mendapatkan pelanggan. Tempat pertama yang biasanya dikunjungi oleh para freelancer ialah laman web outsourcing. Terdapat beberapa laman web sebegitu yang boleh anda mencuba nasib tetapi anda akan menghadapi persaingan dari seluruh dunia. Ada sesetengah orang menulis artikel dengan harga kurang dari $0.50 untuk setiap laman web ini! Kualiti kerja adalah agak teruk dengan harga serendah itu tetapi sekurang-kurangnya mereka masih mendapat kerja. Beberapa laman web freelance untuk dicuba: http://www.elance.com http://www.getafreelancer.com http://www.rentacoder.com http://www.odesk.com Cara yang lebih baik ialah mengunjungi forum-forum online. Forum-forum seperti ini biasanya mempunyai ahli-ahli yang terdiri dari kalangan IM yang memerlukan perkhidmatan freelancer! Mencari freelancer yang boleh dipercayai adalah agak sukar jadi peluang anda mungkin ada di sana. Anda juga boleh mendapat bayaran yang lebih baik berbanding dengan laman-laman web freelance. 8
  • 9. Bagaimana Menjana Wang Online? Forum-forum yang boleh dicuba: http://www.wangcyber.com http://www.carigold.com http://www.warriorforum.com http://www.sitepoint.com http://www.digitalpoint.com Jangan sesekali anda spam di forum-forum tersebut dengan tawaran perkhidmatan anda! Anda hendaklah mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh forum-forum tersebut dan anda mungkin dikenakan bayaran untuk beriklan di dalamnya. Namun bayaran sebanyak $10 - $20 adalah tidak seberapa berbanding dengan jumlah bayaran yang akan anda perolehi dari setiap kerja yang diberikan oleh pelanggan anda. Jika anda tidak mempunyai wang untuk memposting tawaran anda, anda bolehlah menjual sesuatu di eBay. Carilah sesuatu di sekeliling anda yang nilainya melebihi $20, jualkannya di eBay dan urusan pembayaran itu hendaklah dilakukan melalui PayPal. Kemudian anda boleh menggunakan wang itu untuk memposting tawaran anda! 9
  • 10. Bagaimana Menjana Wang Online? Tip-tip Tambahan untuk Freelancer Freelancing tidaklah semudah bunyinya. Terdapat beberapa halangan dan rintangan yang mesti anda elakkan. Beberapa perkara yang boleh disenaraikan di sini ialah: 1. Hapuskan semua potensi gangguan seperti jangan buka emel dan browser, matikan telefon bimbit anda dan jika perlu, kurungkan diri dalam bilik yang anda rasa selesa untuk melakukan kerja-kerja freelancing tersebut. 2. Pastikan anda sentiasa menghubungi pelanggan anda terutama sekali jika anda tahu projek mereka akan mengambil masa untuk disiapkan. Kebanyakan orang akan mempercayai anda selagi anda berhubungan dengan mereka. Jika tidak, mereka beranggapan anda melarikan diri dengan wang mereka dan ini sudah tentulah merupakan satu perkara yang tidak diingini. 3. Sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan kerja dalam waktu yang telah ditetapkan. Pelanggan anda adalah sumber pendapatan bagi anda jadi layanilah mereka dengan sebaik mungkin. 4. Jika anda berhadapan dengan pelanggan yang sukar untuk berunding, kurang sopan dan sebagainya, jangan takut untuk menolak kerja-kerja mereka. Tetapi jangan anda berkasar dengan mereka. Cuma katakan, “Saya rasa kita tidak sesuai untuk bekerjasama. Saya kembalikan wang anda supaya anda boleh dapatkan perkhidmatan orang lain yang lebih baik,”. 10
  • 11. Bagaimana Menjana Wang Online? Orang-orang seperti itu tidak berbaloi untuk dijadikan pelanggan. 5. Tawarkan harga yang rendah pada peringkat awal untuk membina kepercayaan dan mendapatkan testimoni. Setelah reputasi anda meningkat, bolehlah anda menaikkan harga perkhidmatan anda. 6. Jangan sesekali menggunakan nama samaran kecuali jika anda mempunyai sebab yang sangat bagus untuk melakukannya. Menggunakan nama anda akan meningkatkan lagi kredibiliti anda. Gunakan foto anda untuk meningkatkan lagi kredibiliti. Anda akan mempelajari apakah sebenarnya yang diperlukan untuk menjana pendapatan 6 angka sebagai freelancer online, meminimumkan risiko, mengelakkan scam, bermula dengan belanja yang sedikit, mendapatkan lebih ramai klien dan untuk menjana lebih banyak wang! 11