Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Unsur unsur bahasa yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa lain
1. NUR SHAKILAH ATIQAH BT AHMAD
A 142647
PPPJ2443
TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB
DR.MAHERAM BT AHMAD
JABATAN P.ARAB& TAMADUN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2.
3.
Contohnya dalam bahasa Inggeris ada tiga
ganti nama iaitu “he”, “she” dan “it”. Ia tidak
boleh
digunakan
sewenang-wenangnya.
Sebaliknya dalam bahasa Melayu hanya ada
dua ganti nama dalam jenis tersebut iaitu “dia”
dan “ia”. Penggunaannya tidak serupa dengan
peraturan dalam Bahasa Inggeris.
4.
Contohnya perkataan “you” dalam bahasa
Inggeris boleh digunakan kepada sesiapa
sahaja.. Tetapi dalam bahasa Melayu kita tidak
boleh menggunakan “awak” dengan bebas.
“Awak” hanya boleh digunakan kepada orang
sedarjat atau lebih rendah.
5.
Contohnya perkataan durian, keris, songkok
dan lain-lain tidak terdapat dalam bahasa
Inggeris. Ada pula perkataan yang hampirhampir sama maknanya seperti 'tajak' dalam
bahasa Melayu dengan “hoe” dalam bahasa
Inggeris. Tajak dengan “hoe” tidak sama
bentuknya tetapi mempunyai fungsi yang
serupa.
6.
Unsur rima dan rentak dalam sesuatu bahasa
tidak sama antara satu sama lain, itulah
sebabnya sukar untuk menterjemah karya
seperti pantun yang sangat bergantung pada
rima dan rentak ke dalam bahasa lain.
7.
Sesuatu perkataan yang digunakan itu disusun
dan diulang secara yang istimewa dan unik.
Ciri-ciri unik ini biasanya tidak dapat
dipindahkan ke dalam bahasa lain.
8.
Faktor kedua yang menyebabkan penterjemah
terpaksa melakukan perubahan ialah kelainan
kebudayaan karya asal dengan kebudayaan
bahasa penerima. Semakin luas perbezaan
antara
kedua-duanya,
semakin
banyak
perubahan yang terpaksa dibuat.