SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Puisi Tradisional
                              (Syair Definisi Orang Berakal)
Maksud

Rangkap 1

Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan
ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian.

Rangkap 2

Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai
ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka
dia bakal mendapat balasan.

Rangkap 3

Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang
yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan
sikap negatif mereka.

Rangkap 4

Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain
berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini
tidak kekal.

Rangkap 5

Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada,
tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.

Rangkap 6

Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada.
Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan
sedia berkhidmat.
Rangkap 7

Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat
penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.




Tema

Ciri-ciri orang yang berakal.




Persoalan

   1. Persoalan ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1)
   2. Persoalan kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2)
   3. Persoalan keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4)
   4. Persoalan kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4)
   5. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)



Bentuk

   1. Terdiri daripada tujuh rangkap.
   2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
   3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.
               Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)
               Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan)
   4. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.
               Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)
               Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata)
   5. Rima akhir syair ini ialah aaaa
   6. Syair ini adalah puisi terikat.
Gaya Bahasa

  1. Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e
  2. Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k
  3. Sinkope – Ibanya tahu dunia tak kekal
  4. Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja
               Tiadalah menyombong pada bekerja
  5. Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu

  Nilai

  1. Nilai kebijaksanaan.
     Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia.


  2. Nilai kasih sayang
     Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya.


  3. Nilai ketaatan.
     Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak.


  4. Nilai kerajinan.
     Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa
     jemu.



  Pengajaran

  1. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar
     kehidupan akan lebih bahagia.
  2. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap
     negatif agar tidak terpengaruh.
  3. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar
     daripada sifat riak dan takbur.
  4. Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.
Latihan

   1. Nyatakan tema Syair Definisi Orang Berakal.
   2. Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Definisi Orang Berakal.




Jawapan

   1. Tema Syair Definisi Orang Berakal ialah ciri-ciri orang yang berakal.


   2. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Definisi Orang Berakal ialah sinkope iaitu
      penggunaan perkataan tak dalam rangkai kata ibanya tahu dunia tak kekal dan
      penggunaan kata klasik, contohnya tersunjam, ibanya, melanja-lanja dan tersemu.

More Related Content

More from Azwira Ariwana

More from Azwira Ariwana (20)

Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 
Cerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar AmanatCerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar Amanat
 

Syair definisi orang berakal

  • 1. Puisi Tradisional (Syair Definisi Orang Berakal) Maksud Rangkap 1 Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian. Rangkap 2 Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan. Rangkap 3 Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka. Rangkap 4 Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal. Rangkap 5 Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan. Rangkap 6 Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat.
  • 2. Rangkap 7 Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya. Tema Ciri-ciri orang yang berakal. Persoalan 1. Persoalan ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1) 2. Persoalan kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2) 3. Persoalan keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4) 4. Persoalan kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4) 5. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6) Bentuk 1. Terdiri daripada tujuh rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5.  Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan)  Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan) 4. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata.  Jika ia dikasihi raja (9 suku kata)  Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aaaa 6. Syair ini adalah puisi terikat.
  • 3. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k 3. Sinkope – Ibanya tahu dunia tak kekal 4. Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja Tiadalah menyombong pada bekerja 5. Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia. 2. Nilai kasih sayang Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya. 3. Nilai ketaatan. Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak. 4. Nilai kerajinan. Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Pengajaran 1. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia. 2. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh. 3. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur. 4. Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.
  • 4. Latihan 1. Nyatakan tema Syair Definisi Orang Berakal. 2. Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Definisi Orang Berakal. Jawapan 1. Tema Syair Definisi Orang Berakal ialah ciri-ciri orang yang berakal. 2. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Definisi Orang Berakal ialah sinkope iaitu penggunaan perkataan tak dalam rangkai kata ibanya tahu dunia tak kekal dan penggunaan kata klasik, contohnya tersunjam, ibanya, melanja-lanja dan tersemu.