SlideShare a Scribd company logo
11
PERINTAH KERJA STESEN
1. TAJUK
1.1 Nama Stesen : SEREMBAN DEPOT
1.2 Kod Stesen : 22700
1.3 Lokasi Stesen : KM 461.130
1.4 No. Fail (PW) :
1.5 No. Fail PBO :
1.6 Tarikh : 31 Mac 2014
1.7 Stesen Sebelah Utara : SEREMBAN Station (KM460.95)
1.8 Stesen Sebelah Selatan : SUNGAI GADUT (KM 470.031 )
1.9 Stesen Sebelah Cawangan
Port Dickson : TAPIS MINYAK (KM 32.0)
2. LATAR BELAKANG STESEN
2.1 Stesen/ Depot Baru mula di buka pada tahun 2014
2.2 Terletak di kawasan Majlis Perbandaran Seremban
2.3 Di bawah projek landasan berkembar Seremban - Gemas dan selaras perkembangan
projek terkini, bangunan stesen telah di buka di bangunan baru pada 08 Jun 2013 dan
landasan berkembar antara Batang Melaka – Gemas akan ditauliahkan, manakala
landasan tunggal sediakala diguna pakai antara Gemas - Batu Anam dan Gemas –
Bahau.
2.4 Sistem persemboyanan baru Seremban Depot adalah jenis kuncikait Solid State di
penantaraan sistem persemboyanan landasan berkembar Seremban – Gemas yang
di tauliahkan pada 31 Mac 2014.
2.5 Sistem persemboyanan Stesen dengan Depoh Gemas mula di tauliahkan pada
31 Julai 2013.
3. PENGENALAN
3.1 Stesen Gemas sekarang merupakan Stesen yang mempunyai sistem
persemboyanan:
3.1.1 Sistem Auto Blok – Pengira Gandar (Axle Counter) di antara
Gemas – Batang Melaka
1/28
3.1.2 Sistem Auto Blok Geganti (RAB) di antara Gemas – Batu Anam
3.1.3 Sistem Kunci Token Blok di antara Gemas – Bahau
3.2 Susunatur Stesen
Landasan Ukuran Panjang Jarak
Semboyan ke
Semboyan Dalam
Meter
Ukuran Panjang Poin
ke Poin Dalam Meter
Landasan
Landasan Ibu Naik
(Platform 2)
776 1163
Landasan Gelong Naik
(Platform 1)
679 1163
Landasan Gelong Naik (G5) 639 839
Landasan Ibu Turun
(Platform 3)
776 1163
Landasan Gelong Turun
(Platform 4)
750 955
Landasan Gelong Turun
(G4)
649 906
Landasan Gelong Turun
(G3)
708 1050
Landasan Gelong Turun
(G2)
641 801
Landasan Gelong Turun
(G1)
641 801
Sisian Buntu Naik (S) 130 90
Sisian Buntu Turun (S1) 60 90
Sisian Buntu Naik (S2) 60 250
Sisian Buntu Naik (S3) 60 90
Signal Over Run (SS) - 214
Signal Over Run (N1) - 96
Signal Over Run (N2) - 200
Signal Over Run (N3) - 86
Signal Over Run (N4) - 76
3.4 Bahagian Blok
3.4.1 Bahagian Blok Dwi-Arah Landasan Berkembar di antara Gemas-Batang
Melaka
3.4.1.1 Bermula dari Semboyan Pelepas Hadapan GE N56 / GE N44 dan
berakhir di semboyan berikutnya :-
(a) Semboyan Pelbagai Aspek berikutnya pada arah dan
2/28
landasan yang sama selepas melepasi jarak langkauan 400
meter.
3.4.2 Bahagian Blok Landasan Tunggal di antara Gemas – Batu Anam :-
3.4.2.1 Bermula dari Semboyan Pelepas Hadapan GE T43 dan berakhir di
Semboyan Pelepas Hadapan (N17) arah bertentangan Stesen Batu
Anam.
3.4.3 Bahagian Blok Landasan Tunggal di antara Gemas – Bahau : -
3.4.3.1 Bermula dari Semboyan Pelepas Hadapan GE N30 dan berakhir
di Papan Had Lansir Stesen Bahau.
3.5 Bahagian Stesen
3.5.1 Bahagian Stesen bermula dari semboyan GE N 44 / GE N56 (arah Batang
Melaka) hingga ke semboyan GE T43 (arah Batu Anam) dan GE N30 (arah
Bahau).
3.6 Had Stesen
3.6.1 Had Stesen bermula dari semboyan GE T11 / GE T25 (arah Batang Melaka)
hingga ke Semboyan GE N04 (arah Batu Anam) & GE T49 (arah Bahau).
3.7 Landasan yang mempunyai Talian Atas Berarus Elektrik
3.7.1 Landasan mempunyai talian berarus elektrik 25KV mulai dari 31 Julai 2013.
4. SEMBOYAN, PERALATAN DAN SISTEM PERSEMBOYANAN
4.1 Penerangan berkaitan dengan semboyan dan poin
Semua semboyan yang dikawal adalah jenis lampurona yang mempunyai dua aspek
dan tiga aspek. Semboyan Lampu Putih Kedudukan Berubah ditempatkan di bawah
semboyan utama dan Semboyan Penunjuk Jalan (fotri) jenis abjad dan nombor
ditempatkan di atas semboyan utama.
4.1.1 Stesen Gemas – Batang Melaka
4.1.1.1 Semboyan Automatik dalam sistem persemboyanan Blok di antara
Stesen Gemas - Batang Melaka.
(a) Semboyan Turun
Semboyan Jenis
Semboyan
Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GE T01 Lampurona (3
Aspek)
- -
GE T03 Lampurona (3
Aspek)
- -
GE T05 Lampurona (3
Aspek)
- -
3/28
GE T07 Lampurona (3
Aspek)
- -
GE T09 Lampurona (3
Aspek)
- -
GE T15 Lampurona (3
Aspek)
- -
GE T17 Lampurona (3
Aspek)
- -
GE T19 Lampurona (3
Aspek)
- -
GE T21 Lampurona (3
Aspek)
- -
GE T23 Lampurona (3
Aspek)
- -
(b) Semboyan Naik
Semboyan Jenis
Semboyan
Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GE N58 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N60 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N62 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N64 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N66 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N46 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N48 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N50 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N52 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N54 Lampurona
(3 Aspek)
- -
4.1.1.2 Semboyan yang dikawal oleh Pengurus Stesen Gemas di antara
Stesen Batang Melaka dan Stesen Gemas.
4/28
(a) Semboyan Turun
Semboyan Jenis
Semboyan
Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GE T11 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE T25 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE T13 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE T27 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE S45 Lampu
Kedudukan
Berubah
Ada Ada
GE T29 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE T31 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE S59 Lampu
Kedudukan
Berubah
Ada Ada
GE S61 Lampu
Kedudukan
Berubah
Ada Ada
(b) Semboyan Naik
Semboyan Jenis
Semboyan
Petunjuk
Jalan
Lampu Kedudukan
Berubah
GE N74 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE N34 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE N36 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE N38 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE N40 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE N42 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE N20 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
5/28
GE N22 Lampurona
(3 Aspek)
- Ada
GE S16 Lampu
Kedudukan
Berubah
- Ada
GE N24 Lampurona
(3 Aspek)
- Ada
GE N56 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N44 Lampurona
(3 Aspek)
- -
4.1.2 Stesen Gemas – Stesen Batu Anam.
4.1.2.1 Tiada Semboyan Automatik dalam sistem persemboyanan Blok di
antara Stesen Gemas – Stesen Batu Anam
4.1.2.2 Semboyan di antara Stesen Gemas - Stesen Batu Anam yang
dikawal oleh Pengurus Stesen Gemas.
(a) Semboyan Turun
Semboyan Jenis
Semboyan
Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GE T67 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GE T69 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GE T71 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GE T73 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GE T33 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GE T35 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GE T37 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GE T39 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GE T41 Lampurona (2
Aspek)
Ada Ada
GET43 Lampurona (2
Aspek)
- -
6/28
(b) Semboyan Naik
Semboyan Jenis
Semboyan
Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GE N02 Lampurona
(2 Aspek)
- -
GE N04 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE N06 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE S08 Lampu
Kedudukan
Berubah
Ada Ada
GE S12 Lampu
Kedudukan
Berubah
Ada Ada
GE S14 Lampu
Kedudukan
Berubah
Ada Ada
4.1.3 Stesen Gemas – Stesen Bahau.
4.1.3.1 Tiada Semboyan Automatik dalam sistem persemboyanan Blok di
antara Stesen Gemas – Stesen Bahau
4.1.3.2 Semboyan di antara Stesen Gemas - Stesen Bahau yang dikawal
oleh Pengurus Stesen Gemas.
a) Semboyan Turun
Semboyan Jenis
Semboyan
Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GE T47 Lampurona
(2 Aspek)
- -
GE T49 Lampurona
(3 Aspek)
- -
GE T51 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
GE T55 Lampurona
(3 Aspek)
Ada Ada
7/28
(b) Semboyan Naik
Semb
oyan
Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GE
N68
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N70
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N72
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N74
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N34
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N36
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N38
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N40
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N42
Lampurona (3
Aspek)
Ada
Ada
GE
N28
Lampurona (2
Aspek)
-
Ada
GE
N26
Lampurona (2
Aspek)
-
Ada
GE
N30
Lampurona (2
Aspek)
-
-
4.1.4 Stesen Gemas – Gemas Depoh
4.1.4.1 Tiada Semboyan Automatik dalam sistem persemboyanan
diantara Stesen Gemas - Gemas Depoh
4.1.1.2 Semboyan diantara Stesen Gemas – Gemas Depoh yang
dikawal oleh Pengurus Stesen Gemas / Pegurus Stesen Gemas
Depoh
(a) Semboyan Naik
Semb
oyan
Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GE
N68
Lampurona (3
Aspek)
Ada Ada
GE
N70
Lampurona (3
Aspek)
Ada Ada
8/28
GE
S04
Lampu Kedudukan
Berubah
Ada Ada
(b) Semboyan Turun
Semb
oyan
Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan
Berubah
GED
S01
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S03
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S05
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S07
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S09
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S11
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S13
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S15
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S17
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S19
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S21
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S23
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S25
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S27
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
GED
S29
Lampu Kedudukan
Berubah
- Ada
4.2 Poin-Poin Stesen Gemas.
4.2.1 Poin-poin Stesen Gemas adalah dikendalikan dengan kuasa elektrik.
(a) Poin-poin tersebut adalah seperti berikut:-
9/28
No.
Poin
Laluan
100A Poin sesimpang ke/dari landasan ibu turun di utara
100B Poin sesimpang ke/dari landasan ibu naik di utara
101A Poin sesimpang di By Pass Line ke/dari landasan landasan ibu
turun
101B Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan By Pass
Line
102A Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari sisian buntu S
102
C
Poin Perangkap (Trap point) ke/dari sisian buntu S
103A Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan ibu naik.
10/28
103B Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan turun.
104A Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan Pantai
Timur.
104B Poin sesimpang di landasan pantai timur ke/dari semua 9
landasan.
105A Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan ibu turun
105B Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan ibu naik
108A Poin sesimpang ke/dari sisian buntu S2.
108B Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan 1 dan 2.
106 Poin Perangkap (Trap point) ke/dari sisian buntu S2
107A Poin sesimpang di landasan 5 ke/dari landasan landasan ibu
turun
107B Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan 5.
109 Poin sesimpang di utara landasan 5 ke/dari utara landasan 6.
110 Poin sesimpang di utara landasan 2 ke/dari landasan 1.
122 Poin sesimpang di utara landasan 5 ke/dari landasan 8 dan 9.
123A Poin sesimpang di utara landasan 8 ke/dari landasan depoh
loko.
123B Poin sesimpang di landasan depoh loko ke/dari sisian buntu N3.
124 Poin sesimpang di utara landasan 7 ke/dari landasan 5.
125 Poin sesimpang di utara landasan 8 ke/dari landasan 9.
126 Poin sesimpang di selatan landasan 8 ke/dari landasan 9.
127 Poin sesimpang di selatan landasan 7 ke/dari landasan 8 & 9.
128 Poin sesimpang di selatan landasan 6 ke/dari landasan 7, 8 & 9.
112A Poin sesimpang di selatan landasan 6 ke/dari sisian buntu N1
112B Poin sesimpang di selatan landasan 5 ke/dari landasan 6, 7,8
&9.
113A Poin sesimpang di landasan 5 ke/dari sisian buntu S1.
113B Poin sesimpang di selatan landasan ibu turun ke/dari landasan
5, 6, 7, 8 & 9.
116 Poin Perangkap (Trap point) ke/dari sisian buntu S1.
111 Poin sesimpang di selatan landasan 2 ke/dari landasan 1.
114A Poin sesimpang di selatan landasan 2 ke/dari sisian buntu S3.
114B Poin sesimpang di selatan landasan ibu ke/dari landasan 1 & 2.
115 Poin Perangkap (Trap point) ke/dari sisian buntu S3.
117A Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan ibu turun.
117B Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan ibu naik.
118A Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan ibu naik
hadap ke penampan buntu SS.
118
B
Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan ibu turun
hadap ke penampan buntu SS.
11/28
121A Poin sesimpang di By Pass Line ke/dari landasan pantai timor.
121
B
Poin sesimpang di landasan pantai timur ke/dari By Pass Line.
DP1
7B
Poin sesimpang di landasan pantai timur ke/dari depoh loko.
4.2.2 Poin-poin di Gemas Depoh adalah dikendalikan dengan kuasa elektrik.
(a) Poin-poin tersebut adalah seperti berikut:-
DP
02
Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP
03
Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP
04
Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP
05
Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP
06
Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP
07
Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP
08
Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP
09
Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP 10 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP 11 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP 12 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP 13 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP14 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP 15 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP 16 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP 17 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
DP18 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian
4.3 Cara Pengendalian Poin Dan Semboyan
4.3.1 Semua poin-poin dan semboyan dikendalikan dengan kuasa elektrik dan
dikendalikan dari panel kawalan yang terdapat di stesen.
4.3.2 Sebelum membebaskan semboyan yang dikawal untuk membenarkan tren
melepasinya, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memastikan:-
12/28
4.3.2.1 Aturan dan Peraturan dipatuhi.
4.3.2.2 Tiada pergerakan bercanggah dilakukan.
4.3.2.3 Laluan adalah bebas untuk diset.
4.3.3 Apabila semboyan telah dibebaskan atau laluan telah diset, ianya tidak boleh
dikembalikan kepada bahaya kecuali dalam keadaan kecemasan. Pengurus
Stesen / Jusemboyan juga mesti memastikan bahawa tren yang menuju ke
semboyan berkenaan telah berhenti sebelum membentuk satu lagi laluan lain.
4.3.4 Pengurus Stesen / Jusemboyan sebelum membenarkan mana-mana landasan
dalam sesuatu Bahagian Semboyan (dikawal) dihalang atau diduduki oleh
pergerakan tren, ia mestilah memastikan:-
4.3.4.1 Tren yang menghampiri stesen telah diberhentikan di hadapan
semboyan yang mengawal bahagian tersebut, atau
4.3.4.2 Semboyan yang dikawal di belakang telah dikekalkan pada
kedudukan bahaya untuk melindungi pergerakan tren.
4.3.4.3 Sebelum membenarkan tren bergerak memasuki kawasan landasan
berlitar (track circuit) yang akan mengubah kedudukan semboyan,
Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memastikan semboyan-
semboyan berkenaan berada dalam kedudukan bahaya untuk
memastikan keselamatan operasi tren.
4.4 Kawasan Landasan Berlitar / Pengira Gandar / Tidak Berlitar
4.4.1 Kawasan yang dilengkapi dengan litar landasan adalah dipamerkan dalam
rajah panel VDU stesen, manakala landasan yang tidak dilengkapi dengan
litar landasan akan diwarnakan dengan kelabu dalam panel VDU stesen.
4.5 Cara Pengendalian Panel
Sila rujuk pada manual yang dibekalkan.
4.5.1 Laluan Automatik
4.5.1.1 Cara mengendalikan laluan automatik tidak dapat dilaksanakan di
Stesen Gemas disebabkan ianya adalah stesen terminal.
4.5.2 Butang Kendalian Tempatan Kecemasan
4.5.2.1 Sekiranya berlaku kerosakan panel, Pengurus Stesen / Jusemboyan
akan menekan butang kecemasan.
4.5.3 Butang Hentian Kecemasan
4.5.3.1 Butang tekan 'Henti Kecemasan' (Emergency Stop) adalah untuk
mengembalikan semua semboyan utama ke kedudukan bahaya
sekiranya berlaku kecemasan.
Tiga kombinasi ‘All Signal Stop’ akan dipamer di panel VDU setelah
butang ditekan, iaitu :-
13/28
i. ‘All Signal Stop’ untuk Semboyan Blok di bahagian Utara Stesen.
ii. ‘All Signal Stop’ untuk Semboyan Blok di bahagian Selatan
Stesen.
iii. ‘All Signal Stop’ untuk semboyan di bahagian stesen yang
dikawal oleh Pengurus Stesen.
4.5.4 Poin Elektrik
4.5.4.1 Poin elektrik dikawal dari pergerakan tetikus. Empat posisi dapat
dikendalikan, iaitu Normal kunci / tidak berkunci dan Reverse kunci /
tidak berkunci. Bagi poin yang dikendalikan ke 'Normal', cahaya
lampu merah tetap akan menyala.
4.5.5 Hak Laluan (Right Of Way)
4.5.5.1 Hak Laluan dapat dikendalikan dengan menggunakan tetikus. Setiap
hak laluan yang dikendalikan akan kelihatan pada VDU. Pengurus
Stesen / Jusemboyan tidak perlu meminta Hak Laluan (Right of Way)
dari Pengurus Stesen / Jusemboyan bersebelahan untuk menukar
arah laluan jika hak laluan dikunci. Semasa proses penukaran hak
laluan, buzzer dan cahaya pada simbol hak laluan akan berkelip di
stesen bersebelahan.
5. SISTEM KERJA
5.1 Sistem Kerja Dwi – Arah Autoblok & Pengira Gandar di antara Gemas – Batang
Melaka
5.1.1 Blok Pengira Gandar adalah satu sistem yang membenarkan semboyan
menunjukkan aspek maju apabila:-
5.1.1.1 Semua litar landasan di hadapan adalah bebas sehingga dan
merangkumi arah langkauan selamat (overlap).
5.1.1.2 Semua gandar yang masuk telah keluar dari jarak langkauan
selamat.
5.1.1.3 Semua poin berkaitan dalam jarak bebas terkunci dengan betul untuk
keselamatan laluan tren.
5.1.2 Tren-tren yang disemboyankan di antara Gemas - Batang Melaka hendaklah di
semboyankan mengikut kaedah kerja Sistem Pengira Gandar (Axle Counter)
dengan mematuhi kaedah Blok Mutlak seperti yang terkandung dalam Buku
Aturan Seksyen 'D' Fasal 2.
5.1.3 Dalam keadaan semua tren di antara Gemas - Batang Melaka atau sebaliknya,
hendaklah dilarikan pada laluan yang betul kecuali:-
(a) Dalam sistem Pengira Gandar, tiada tren yang dibenarkan melepasi
Semboyan Pelbagai Aspek kecuali landasan adalah bebas sehingga
jarak langkauan selamat.
14/28
(b) Di bawah sistem kerja Pengira Gandar, setiap kali sistem semboyan di
switch on atas apa-apa sebab, ianya mesti direset dan tren pertama
dikehendaki memasuki sektor berkenaan dengan melepasi semboyan
yang mengawal sektor berkenaan dalam bahaya.
(c) Tren berlepas dari Gemas dalam keadaan biasa.
(d) Dalam keadaan biasa, pergerakan tren hendaklah diaturkan supaya
dilarikan di arah yang betul.
(e) Bagi pelepasan tren, Pengurus Stesen hendaklah menyatakan
(describe) jenis dan nombor tren dengan telefon dan mengendalikan
semboyan yang dikawal (controlled signal) dalam jangka masa
secukupnya bagi mengelakkan kelewatan dan sebelum membentuk
laluan (route), Pengurus Stesen hendaklah memastikan:-
(i) Hak laluan telah diperolehi dan landasan adalah bebas
sehingga semboyan henti di hadapan termasuk kawasan dalam
jarak selamat (overlap).
(ii) Panel stesen berfungsi sepenuhnya.
(iii) Kebenaran telah diperolehi daripada Operator PKT / Pengelola
Tren.
5.1.4 Tren yang menuju ke Gemas dalam Tata Kerja Biasa
5.1.4.1 Dalam tata kerja biasa, tren mesti diatur bergerak di arah yang betul
dalam Sistem Pengira Gandar di Landasan Berkembar Gemas –
Batang Melaka.
5.1.4.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan Gemas hendaklah mendapatkan
penerangan jenis nombor tren dari Pengurus Stesen / Jusemboyan
bersebelahan atau Operator PKT berhubung dengan pergerakan tren
melalui telefon.
5.1.4.3 Sebelum menyediakan laluan (route) untuk menerima tren, Pengurus
Stesen hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:-
5.1.4.4 Panel stesen berfungsi dengan baik.
5.1.4.5 Tiada pergerakan bercanggah.
5.1.4.6 Landasan penerimaan atau landasan di mana tren sepatutnya
berhenti hendaklah bebas sehingga ke jarak selamat.
5.1.5 Sistem Kerja Dwi-arah
5.1.5.1 Dwi-arah bermakna hanya satu landasan digunakan untuk melarikan
tren dari kedua-dua arah (Naik / Turun). Walau bagaimanapun hanya
satu tren sahaja dibenarkan bergerak dalam sesuatu masa.
5.1.5.2 Syarat-syarat yang membenarkan Tata Kerja Dwi-arah ialah:-
(a) Kerja-kerja pemilikan oleh Urusan Jalan / Eletrikfikasi /
Semboyan di salah satu landasan sama ada di landasan turun
15/28
atau di landasan naik.
(b) Disebabkan ada halangan atau kemalangan di salah satu
landasan dan tidak menghalang landasan yang bersebelahan.
(c) Semboyan Dwi-Arah untuk laluan berkenaan berfungsi dengan
baik.
(d) Apabila Tata Kerja Dwi-Arah dilaksanakan, peraturan-peraturan
kerja semboyan-semboyan yang mengawal masuk ke landasan
yang terhalang atau landasan pemilikan hendaklah dikekalkan
kepada aspek bahaya dan ditutup dengan peranti peringatan.
(e) Pada masa Tata Kerja Dwi-Arah dilaksanakan, peraturan-
peraturan kerja semboyan-semboyan yang tersebut di atas
hanya boleh di bebaskan untuk tren kejuruteraan dan tren bantu,
selepas 'PICOP' atau 'PICOW' telah memberi kebenaran
berbuat demikian mengikut peraturan yang terkandung dalam
buku Panduan Kerja Am (General Manual) Seksyen 'J'.
(f) Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas hendaklah
memaklumkan kepada Pemandu Tren yang beliau akan masuk
ke Bahagian Blok melalui landasan yang salah.
5.1.6 Sistem Blok Mutlak hendaklah dipatuhi
5.1.6.1 Apabila Tata Kerja Dwi-Arah dikuatkuasakan, Sistem Blok Mutlak
di antara stesen seperti yang diterangkan dalam Buku Aturan
Seksyen 'D' Fasal 1.2 dan 2.2.2 (ii) hendaklah dipatuhi.
5.1.6.2 Apabila tren dilarikan dari arah bertentangan atau pada arah yang
betul, hanya satu tren sahaja yang dibenarkan memasuki Bahagian
Blok pada satu masa.
5.1.7 Tren berlepas dari Gemas semasa Tata Kerja Dwi-Arah
5.1.7.1 Apabila tren dilarikan mengikut arah yang betul, Pengurus Stesen /
Jusemboyan yang bertugas hendaklah mendapatkan penerangan
jenis dan nombor tren (description) melalui telefon dan
mengendalikan semboyan yang dikawal dengan betul dan
secepat mungkin untuk mengelakkan kelewatan tren. Sebelum
membentuk laluan (setting route), Pengurus Stesen bertugas
hendaklah memastikan bahawa:-
(a) Panel stesen berfungsi dengan baik.
(b) Hak laluan diperolehi dan landasan adalah bebas sehingga
semboyan di hadapan termasuk jarak langkauan (overlap).
(c) Landasan seperti yang disebutkan di atas tidak boleh
dianggap bebas kecuali litar landasan tidak diduduki dan
tiada pergerakan yang bertentangan dibenarkan
menghalang atau merintang laluan di jarak selamat
(overlap).
(d) Telah memperolehi Jalan Bebas daripada stesen hadapan.
16/28
(e) Kebenaran daripada Operator PKT / Pengelola Tren telah
diperolehi.
5.1.7.2 Apabila tren dilarikan di arah yang bertentangan, Pengurus Stesen /
Jusemboyan yang bertugas hendaklah mendapatkan penerangan
jenis dan nombor tren (description) melalui telefon dan
mengendalikan semboyan yang dikawal dengan betul dan secepat
mungkin untuk mengelakkan kelewatan tren. Sebelum membentuk
laluan (setting route), Pengurus Stesen / Jusemboyan bertugas
hendaklah memastikan bahawa: -
(a) Panel stesen berfungsi dengan baik.
(b) Hak laluan diperolehi dan landasan adalah bebas sehingga
semboyan di hadapan termasuk jarak langkauan (overlap).
(c) Landasan seperti yang disebutkan di atas tidak boleh dianggap
bebas kecuali litar landasan tidak diduduki dan tiada
pergerakan yang bertentangan dibenarkan menghalang atau
merintang laluan di jarak selamat (overlap).
(d) Telah memperolehi Jalan Bebas daripada stesen hadapan.
(e) Kebenaran daripada Operator PKT / Pengelola Tren telah
diperolehi.
5.1.8 Tren menuju ke Gemas semasa Tata Kerja Dwi-Arah
5.1.8.1 Bagi tren yang dilarikan di arah yang betul, Pengurus Stesen /
Jusemboyan hendaklah mendapatkan keterangan jenis dan nombor
tren (description) melalui telefon dari Pengurus Stesen / Jusemboyan
Batang Melaka atau Operator PKT. Sebelum membentuk laluan,
Pengurus Stesen hendaklah memastikan:-
(a) Panel stesen berfungsi dengan baik.
(b) Tiada pergerakan bertentangan yang dibenarkan merintangi atau
menghalang laluan tren yang mendatang.
5.1.8.2 Bagi tren yang dilarikan di arah yang bertentangan, Pengurus
Stesen / Jusemboyan hendaklah mendapatkan penerangan jenis dan
nombor tren (description) melalui telefon dari Pengurus Stesen /
Jusemboyan Batang Melaka atau Operater PKT. Sesebuah tren tidak
dibenarkan berlepas dari Gemas kecuali litar landasan bagi
keseluruhan seksyen di mana tren akan bergerak adalah bebas (tidak
diduduki). Sebelum membentuk laluan, Pengurus Stesen /
Jusemboyan hendaklah memastikan:-
(a) Panel stesen berfungsi dengan baik.
(b) Tiada pergerakan bertentangan yang dibenarkan merintangi atau
menghalang laluan tren yang mendatang.
5.1.9 Penerimaan tren semasa kerja Dwi-Arah dikuatkuasakan
5.1.9.1 Apabila sistem kerja Dwi-arah dikuatkuasakan di antara dua buah
17/28
stesen, penerimaan tren hendaklah dirancang terlebih dahulu bagi
mengelakkan kelewatan dan kesesakan tren agar tidak berlaku di
stesen serta memastikan keselamatan operasi tren.
5.1.9.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memahami sepenuhnya
landasan mana yang terhalang dan landasan mana sistem kerja Dwi-
Arah dikuatkuasakan.
5.1.9.3 Kecuali bagi tujuan perselisihan atau dalam keadaan kecemasan,
semua tren turun dan naik hendaklah dikendalikan pada laluan yang
betul untuk meneruskan perjalanan.
5.1.10 Kerja Permisif
Apabila pekerjaan Permissive di landasan platform dijalankan, Pengurus
Stesen / Jusemboyan hendaklah mematuhi peraturan yang terkandung dalam
buku Peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 2 Fasal 3.4.2,
3.4.3, 3.4.4 dan 3.4.5
5.2 Autoblok Geganti di antara Gemas – Batu Anam.
Sistem Kerja Autoblok Geganti (RAB) Landasan Tunggal di antara Gemas – Batu
Anam. Semua tren yang dikerjakan di antara Gemas – Batu Anam atau sebaliknya
dikerjakan di bawah Sistem Blok Mutlak Landasan Tunggal.
5.2.1 Tren yang berlepas dari Stesen Gemas menghala ke Batu Anam
Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas tidak boleh memberi
kebenaran berlepas ke Stesen Batu Anam kecuali kebenaran
mendatang telah diterima dari Pengurus Stesen / Jusemboyan Batu
Anam.
Sekiranya route telah diset dari semboyan pelepas (T67, T69, T71, T73,
T33, T35, T37, T39, T41) menuju semboyan pelepas hadapan (T43)
dan get lintasanrata arah selatan masih belum ditutup, semboyan
pelepas tidak akan memberi aspek berlepas sehinga get lintasanrata
ditutup dan slot get lintasanrata memberi indikasi gate telah ditutup di
panel VDU.
5.2.2 Tren yang menuju ke Gemas dari Batu Anam
Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas tidak boleh memberi
kebenaran mendatang kepada sesebuah tren yang menuju ke Gemas
kecuali:-
(a) Landasan adalah bebas dari tren yang bergerak di arah yang sama
sehingga Semboyan Pelepas ABG No. GE T43.
(b) Landasan adalah bebas dari tren yang menuju ke Gemas.
(c) Sekiranya route telah diset dari semboyan luar rumah (N04) ke
semboyan rumah (N06) menuju ke Stesen Gemas dan get
lintasanrata arah selatan masih belum ditutup, semboyan luar
rumah tidak akan memberi aspek bebas sehingga get lintasanrata
18/28
ditutup dan slot get lintasanrata memberi indikasi gate telah ditutup
di panel VDU.
5.2.3 Peraturan untuk memberi kebenaran mendatang dari arah Batu Anam
Landasan di antara Gemas – Batu Anam tidak boleh dianggap bebas dan
kebenaran mendatang tidak boleh diberikan kecuali:-
(a) Keseluruhan tren yang mendatang telah tiba lengkap dan telah
melepasi Semboyan GE N06.
(b) Semboyan Rumah Dalam Naik dan Semboyan Rumah Luar Naik telah
dikembalikan pada kedudukan bahaya.
(c) Bahagian Blok di antara Gemas – Batu Anam bebas dan semboyan
Pelepas ABG GE T53 menunjukkan aspek Merah atau Bahaya.
(d) Gate Level Crossing arah selatan telah ditutup dan slot Gate Level
Crossing memberi indikasi gate telah ditutup.
5.3 Sistem Kunci Token Blok di antara Gemas – Bahau.
Sistem Kerja Kunci Token di Landasan Tunggal di antara Gemas – Bahau. Semua
tren yang dikerjakan di antara Gemas – Bahau atau sebaliknya dikerjakan di bawah
Sistem Blok Kunci Token Landasan Tunggal.
Di Stesen Gemas, Sistem Kerja Kunci Token telah disertakan dengan;
Sekiranya route telah diset di antara Semboyan Pelepas (N68, N70, N72, N74, N34,
N36, N38, N40 & N42), ke Semboyan Pelepas Hadapan (N28, N26) di antara Stesen
Gemas ke Bahau atau ke Semboyan Pelepas Hadapan (N30) melalui Bypass Line dari
semboyan rumah (T13 & T27) dan gate level crossing arah Pantai Timur tidak ditutup,
aspek di semboyan pelepas, pelepas hadapan dan rumah tidak akan berubah ke
aspek berlepas, sehingga gate level crossing telah ditutup dan slot gate level crossing
memberi indikasi gate telah ditutup di panel VDU.
Semboyan Pelepas (N68, N70, N72, N74, N34, N36, N38, N40 & N42) dari stesen
Gemas menghala ke Stesen Bahau akan memberikan aspek berlepas hanya setelah
Kunci Token dikeluarkan walaupun laluan telah dibuat di panel VDU.
5.3.1 Peraturan untuk memberi kebenaran berlepas menuju ke Stesen Bahau;
Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas tidak boleh memberi kebenaran
berlepas kepada sesebuah tren yang menuju ke Stesen Bahau kecuali:-
(a) Kunci Token telah diambil dan indikasi bahagian blok diantara Gemas
dan Bahau menunjukkan LINE BLOCK pada peralatan Kunci Token.
(b) Gate level crossing di landasan pantai timur ditutup dan level crossing
slot memberi indikasi gate telah ditutup.
5.2.3 Peraturan untuk memberi kebenaran mendatang dari arah Bahau
(a) Keseluruhan tren yang mendatang telah tiba lengkap dan telah
melepasi Semboyan GE T51.
(b) Semboyan Rumah dan Semboyan Rumah Luar belakang tren tersebut
19/28
telah dikembalikan pada kedudukan bahaya.
(c) Gate level crossing di landasan pantai timur ditutup dan level crossing
slot memberi indikasi gate telah ditutup.
5.4 Sistem Kerja bagi gerakan lansiran keluar / masuk dari Stesen ke Depoh
Gemas dan sebaliknya. Kawalan dari Stesen / Kawalan Tempatan di Depoh
Gemas Semua pergerakan lansiran antara Stesen Gemas dan Depoh Gemas
atau pergerakan dari satu landasan ke lain landasan di dalam Yad Depoh
Gemas boleh dikawal dari Kawalan Stesen (Station Control) atau dari Kawalan
Tempatan Depoh (Depot Local Control). Kawalan Stesen adalah dikendalikan
oleh Pengurus Stesen di stesen manakala Kawalan Tempatan Depoh (yang
terletak di pejabat Depoh Loko) adalah dikendalikan oleh Jusemboyan.
Kawalan Stesen beroperasi 24 jam tetapi Kawalan Tempatan Depoh hanya
beroperasi pada masa yang tertentu mengikut keadaan semasa pada waktu
tersebut dan keperluan operasi tren.
5.4.1 Semua pergerakan dari stesen Gemas ke Depoh Gemas hanya dari
Landasan No. G1 (line 9) atau landasan No G2 (line 8). Semboyan
Pelepas dari landasan G1(line 9) adalah N68 dan Semboyan Pelepas
dari landasan G2 (line 8) adalah N70. Pengurus Stesen akan
membebaskan N68 atau N70 dan diikuti dengan semboyan S04 yang
akan menunjukkan nombor sisian yang ditujui. Sebaliknya semua
pergerakan dari depoh ke stesen Gemas hanya ke Landasan No.
G1 (line 9) atau G2 (line 8). Semboyan Lansir (sisian berkenaan) akan
dibebaskan dan diikuti dengan semboyan S57 yang akan menunjukkan
landasan yang ditujui G1(line 9) atau G2 (line 8).
5.4.2 Di bawah Sistem Kawalan Stesen di Stesen Gemas.
Penunjuk abjad GED di skrin VDU Kawalan Stesen di stesen Gemas
menunjukkan warna hijau tetapi abjad GED di skrin VDU Kawalan
Tempatan Depoh di depoh menunjukkan warna putih. Semasa di bawah
sistem Kawalan Stesen, Pengurus Stesen Gemas dapat mengawal
semua poin dan semboyan lansir di dalam yad depoh Gemas,
termasuk semboyan S57 untuk pergerakan keluar dari Depoh Loko dan
semboyan S04 untuk pergerakan masuk ke depoh .
5.4.3 Di bawah Sistem Kawalan Tempatan Depoh Loko.
Penunjuk abjad GED di skrin VDU Kawalan utama di stesen Gemas
menunjukkan warna putih tetapi abjad GED di skrin VDU Kawalan
Tempatan Depoh di depoh Gemas menunjukkan warna hijau. Semasa
di bawah sistem Kawalan Tempatan Depoh, Jusemboyan di depoh loko
hanya dapat mengawal semua poin dan semboyan lansir di dalam yad
depoh Gemas dan juga semboyan S04 untuk pergerakan masuk/keluar
ke depoh.
5.4.3.1 Untuk pergerakan dari stesen Gemas ke depoh,
Pengurus Stesen akan klikkan laluan dari Landasan
G1(line 9) atau G2 (line 8) dan S04. Jika Jusemboyan di
Kawalan Tempatan Depoh Loko bersedia terima tren itu,
beliau akan klikkan laluan ke sisian yang ditujui dan
klikkan. Semboyan lansir N68 atau N70 dan S04 akan
tukar ke aspek bebas.
20/28
5.4.3.2 Untuk pergerakan dari depoh loko ke stesen Gemas,
Jusemboyan di Kawalan Tempatan Depoh Loko akan
klikkan semboyan sisian berkenaan dan S57. Jika
Pengurus Stesen di Kawalan Stesen bersedia terima tren
itu, beliau akan klikkan laluan ke Landasan G1 (line 9)
atau G2 (line 8) dan klikkan. Semboyan lansir sisian
berkenaan dan S57 akan tukar ke aspek bebas.
5.5 Hubung kait Landasan Yad Depoh Loko Landasan K9 dan Landasan K8
dengan laluan arah ke Pantai Timur.
5.5.1 Hanya dua landasan di Yad Depoh Loko mempunyai laluan ke Landasan
Pantai Timur iaitu K8 dan K9. Semboyan Pelepas untuk Landasan K8 adalah
N82 dan Semboyan Pelepas untuk Landasan K9 adalah N80. Kedua-dua
semboyan pelepas N80 dan N82 adalah dikawal oleh Pengurus Stesen tidak
kira samada sistem kawalan di bawah Kawalan Stesen atau di bawah
Kawalan Tempatan Depoh. Kedua-dua Semboyan N80 dan N82 juga
dislotkan dengan Get Lintasanrata T.T. 0/17. Jika Get
Lintasanrata itu tidak ditutup kepada lalulintas, semboyan N80 atau N82
tidak dapat dibebaskan.
5.5.2 Tren dari Landasan Pantai Timur juga boleh diterima terus ke Yad Depoh
Loko melalui landasan K8 dan K9 tetapi tren akan diberhentikan dahulu di
Semboyan Luar T49. Selepas Get Lintasanrata T.T.0/17 telah ditutup,
Semboyan Luar T49 akan dibebaskan ke warna kuning untuk tren bergerak
perlahan-lahan ke Semboyan Rumah T51. Semboyan Lansir (lampu
kedudukan berubah) di bawah Semboyan Rumah T51 akan dibebaskan untuk
tren bergerak perlahan-lahan masuk ke Yad Depoh Loko.
5.6 Sistem Kerja Kecemasan dan Kontigensi apabila berlaku kerosakan pada
Sistem Persemboyanan dan Pengira Gandar.
5.6.1 Apabila berlaku kerosakan kepada sistem persemboyanan.
5.6.1.1 Satu Semboyan Henti rosak, arahan lisan berpandukan kepada
Panduan Kerja Am Seksyen A fasal 4.2 (d) diguna pakai.
5.6.1.2 Dua atau lebih Semboyan Henti rosak berturut-turut pada arah
yang sama, maka Tata Kerja Blok
Kontigensi hendaklah diguna pakai. Tiket Blok Kontigensi
(KTMB 027) hendaklah di keluarkan dan di serahkan
kepada Pemandu Tren. Peraturan-peraturan yang
terkandung dalam buku Peraturan-Peraturan Tren
Bahagian 2 Fasal 11.7 hendaklah
dipatuhi. Jika Stesen Batang Melaka merupakan
stesen di hadapan yang terlibat dengan Tata Kerja
Kontigensi, Pengurus Stesen Batang Melaka hendaklah
mengutip tiket dan di hantar kepada Pengurus
Wilayah untuk tujuan rekod dan semakan.
5.6.1.3 Semboyan Dwi Arah rosak / gagal, Tata Kerja Jurupandu
(Pilotman) Hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan-
peraturan yang terkandung dalam buku
21/28
Panduan Kerja Am Seksyen G.
5.6.2 Apabila berlaku kerosakan pada Pengira Gandar (Axle Counter)
5.6.2.1 Jika Bahagian Landasan (Track Section) didapati masih lagi di duduk
(occupied) selepas laluan tren,Pengurus Stesen dibenarkan
mengendalikan fungsi Axle Counter Prelimilary Reset Controls.
5.6.2.2 Sebelum mengendalikan fungsi Axle Counter Prelimilary Reset
Controls,Pengurus Stesen hendaklah memastikan tren yang terakhir
telah tiba lengkap di stesen hadapan berpandukan kepada Buku
Aturan Seksyen D fasal 6.1 (a).
5.7 Arahan Mengenai Penggunaan “Swiper”Untuk Sekysen Pengira Gandar
Gemas - Batang Melaka
5.7.1 Sekiranya berlaku sesautu kemalangan, kegagalan, insiden luar
jangkaan dan lain-lain di landasan dan landasan bersebelahan
terhalang dan di dapati perlu untuk mengekalkan sesautu semboyan
pada kedudukan bahaya Pemandu Tren mestilah mencari berpandukan
kepada arah panah PG (Pengira Gandar) yang terdekat. Sila rujuk fasal
7. Setelah menjumpai Pengira gandar Pemandu Tren hendaklah
meleretkan alat Swiper sebanyak tiga (3) kali sehala sahaja pada arah
pergerakan tren dan periksa semboyan yang terletak 10 meter dari
Pengira Gandar berkenaan bertukar aspek dari hijau ke merah.
5.7.2 Setelah berbuat demikian ianya diikuti dengan menghubungi Pengurus
Stesen berkenaan bagi memastikan samada Pengira Gandar tersebut
telah bertukar warna hijau ke merah atau diduduki (occupied).
Sekiranya landasan berkenaan tidak bertukar kepada merah atau di
duduki di panel maka proses ini hendaklah diulangi.
6. ARAHAN PENGASINGAN DAN PENGENDALIAN POIN
6.1 Pengasingan (Isolation) – Ada Talian Atas Arus Ulang Alik 25kV.
6.2 Prosedur Pengasingan – Prosedur Pengasingan Talian Atas Arus Ulang Alik 25kV.
Hendaklah dipatuhi dengan mengikut peraturan pengasingan yang telah ditetapkan
dengan memaklumkan kepada ECO dan dengan mengisi borang KTMB 045 (AS).
6.3 Kerosakan Poin Elektrik
6.3.1 Apabila sesebuah tren dikehendaki melalui poin elektrik yang telah rosak,
Pengurus Stesen / Jusemboyan mestilah:-
6.3.1.1 Mematuhi peraturan yang terkandung di dalam buku
Panduan Kerja Am Seksyen 'B' Fasal 4.4.1 dan 4.4.2.
6.3.1.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah melantik seorang
Operator Poin untuk mengendalikan poin yang telah rosak itu secara
manual. Peraturan yang terkandung dalam buku Panduan Kerja Am
Seksyen 'B' Fasal 4.5.1 dan 4.5.2 hendaklah dipatuhi.
6.3.1.3 Seseorang yang telah dilantik sebagai Operator Poin hendaklah
mahir dalam mengendalikan poin secara manual dan faham tentang
22/28
tanggungjawab beliau mengikut peraturan yang terkandung dalam
Buku Aturan Seksyen 'B' Fasal 4.7.1.
6.3.1.4 Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memberi arahan lansir
yang jelas kepada Operator Poin sebelum beliau ke poin.
6.3.1.5 Setiap poin yang dikendalikan secara manual dengan menggunakan
engkol tangan hendaklah diperkukuhkan dengan klip poin dan
dimangga.
6.3.1.6 Eksekutif Semboyan dan Komunikasi dan Operator PKT hendaklah
diberitahu dengan serta merta.
6.4 Engkol Tangan (Hand crank)
6.4.1 Peraturan untuk mengendalikan poin-poin elektrik dengan engkol tangan
adalah seperti berikut:-
6.4.1.1 Ambil engkol tangan yang berada di dalam simpanan peti besi
stesen.
6.4.1.2 Tukar “Switch” dari “motor mode” ke “manual mode” di poin.
6.4.1.3 Masukkan engkol tangan ke dalam pemutar (aperture) sehingga
melekat dan hendaklah dipusingkan perlahan-lahan sehingga
melekat dengan pemacu sehingga berhenti.
6.4.1.4 Untuk menggerakkan poin, gerakkan engkol tangan sama ada
mengikut arah Normal / Reverse seperti tertera di poin atau
sebaliknya mengikut kedudukan poin yang dikehendaki.
6.4.1.5 Pergerakan lidah poin hendaklah diamati semasa engkol tangan
digerakkan untuk mengesahkan poin telah diset dengan betul.
6.4.1.6 Engkol tangan hanya boleh dikeluarkan selepas dipastikan poin
dikendalikan dengan betul kedudukannya. Sebelum mengembalikan
engkol tangan dan kunci mangga kepada Pengurus Stesen, pastikan
flap Normal / Reverse telah dikunci.
6.4.1.7 Poin yang dikendalikan dengan engkol tangan mestilah
diperkukuhkan dengan klip poin dan dimangga.
6.4.1.8 Klip poin mesti dipasang pada bahagian lidah poin dan diketatkan
agar ianya tidak longgar.
6.5 Kerosakan Litar Landasan
6.5.1 Jika litar landasan tidak bebas selepas laluan sesebuah tren atau indikasi
litar landasan di panel kawalan menunjukkan litar diduduki, Pengurus Stesen /
Jusemboyan hendaklah:-
6.5.1.1 Memastikan tren yang terdahulu telah berlalu, bebas dari landasan
yang dilalui.
6.5.1.2 Sebelum landasan diisytiharkan bebas, Pengurus Stesen /
Jusemboyan bertugas hendaklah mengaturkan supaya landasan
tersebut diperiksa mengikut peraturan yang terkandung dalam buku
23/28
Peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 2 Fasal 9.1, 9.2
dan 9.3.1 (a), (b), (c), (d) dan (e).
6.5.1.3 Jika didapati bahawa landasan adalah bebas, litar landasan
hendaklah dianggap rosak dan Pengurus Stesen / Jusemboyan
bertugas mestilah mematuhi peraturan yang terkandung dalam buku
Peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 2 Fasal 11.4
atau 11.5 sebelum membenarkan tren melalui landasan tersebut.
6.6 Poin Klip
6.6.1 Unit klip poin hendaklah disimpan oleh Pengurus Stesen / Jusemboyan dan
beliau hendaklah memastikan klip tersebut diselenggarakan dengan baik.
7. ARAHAN KERJA GET
7.1 Dalam Had Stesen
7.1.1 Lintasan Rata Awam Gemas Baru (Suwa) terletak di KM 563.550 di sebelah
Selatan Gemas disediakan jenis berpalang mekanikal yang berslot dengan
sistem persemboyanan Gemas. Get mestilah di tutup pada lalulintas kenderaan
jalanraya barulah slot untuk kendalikan semboyan pelepas dan semboyan luar
Gemas.
7.1.1.1 Pengurus Stesen Gemas akan memaklumkan kepada Penjaga Get
setiap pergerakan tren yang melalui kawasan get tersebut melalui
Walkie Talkie dan PABX 6049.
7.1.2 Lintasan Rata Awam Cawangan Pantai Timur terletak di KM 0.85 disediakan
jenis berpalang elktrik dan di slotkan dengan sistem persemboyanan
Gemas.Get mestilah di tutup pada lalulintas kenderaan jalanraya barulah dapat
slot untuk kendalikan semboyan pelepas dan dan semboyan luar Gemas.
7.1.2.1 Pengurus Stesen Gemas akan memaklumkan kepada Penjaga Get
setiap pergerakan tren yang akan melalui kawasan get
tersebut melalui Walkie Talkie dan telefon PABX 6074.
Nota :
Pengendalian kedua-dua lintasan rata ini adalah di bawah tanggungjawab penjaga get
dan perhatian Pengurus Stesen adalah dirujuk kepada Peraturan-Peraturan
Persemboyanan Tren Bahagian 1 fasall 34 hingga 41 serta Appendiks kepada Panduan
Kerja Am No 7.
8. ARAHAN LANSIRAN
8.1 Apabila tren telah berlepas dari Gemas pada arah yang betul, lansiran ke arah Gemas
pada arah betul boleh dilakukan dengan syarat poin-poin telah dikendalikan untuk
laluan betul. Perkara yang sama juga boleh dilakukan pada Stesen Batang Melaka.
8.2 Kegagalan / Gangguan Bekalan TNB dan Generator
24/28
8.2.1 Sekiranya kegagalan bekalan utama elektrik dan bekalan sampingan
berlaku, prosedur berikut hendaklah dilaksanakan:-
8.2.1.1 Semua poin, litar landasan, semboyan serta peralatan hendaklah di
anggap rosak dan operasi tren hendaklah diatur mengikut peraturan
yang terkandung dalam buku Peraturan-Peraturan Persemboyanan
Tren Bahagian 2 Fasal 11.4 dan buku Panduan Kerja Am
Bahagian 'A' Fasal 2.1 dengan syarat peraturan yang terkandung
pada fasal 5 - Sistem Kerja dalam Perintah Kerja Stesen / Kabin ini
dipatuhi.
8.2.1.2 Apabila perlu, engkol tangan (hand crank) hendaklah digunakan untuk
mengendalikan poin yang terlibat dengan mematuhi Fasal 3.1 dan 3.2
dalam Perintah Kerja Stesen / Kabin. Eksekutif Semboyan dan
Komunikasi dan Operator PKT hendaklah diberitahu dengan serta
merta.
9 . TANGGUNGJAWAB JUSEMBOYAN / PENGURUS STESEN
9.1 Bagi tujuan arahan ini, Jusemboyan / Pengurus Stesen adalah pegawai yang
bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kabin semasa beliau bertugas.
9.2 Apabila berlaku kemalangan atau perlanggaran dalam masa beliau tidak bertugas,
beliau hendaklah dipanggil bertugas untuk membantu Pengurus Stesen / Jusemboyan
yang bertugas sekiranya diperlukan.
9.3 Apabila kabin dibuka atas kerja-kerja operasi, Pengurus Stesen / Jusemboyan adalah
bertanggungjawab bagi keselamatan pergerakan dan kerja tren. Beliau juga diingatkan
dengan polisi keselamatan dalam Buku Aturan dan Peraturan “Keselamatan adalah
tanggungjawab setiap orang pada setiap masa, cara kerja yang selamat adalah
suasana pekerjaan kita”. Oleh itu utamakanlah keselamatan.
9.4 Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas mesti ada bersamanya Buku Aturan
dan Peraturan serta arahan terkini. Sekiranya anda tidak mempunyai buku tersebut,
anda hendaklah mendapatkannya dari pejabat Pengurus Wilayah.
9.5 Anda mestilah mahir dengan kandungan:-
9.5.1 Buku Aturan dan Peraturan.
9.5.2 Arahan kerja.
9.5.3 Tambahan kepada Arahan Am.
9.5.4 Peraturan Persemboyanan Tren.
9.5.5 Appendiks kepada Panduan Kerja Am.
9.5.6 Arahan-Arahan Kerja untuk Talian Elektrik Arus Ulang Alik.
9.6 Pengurus Stesen / Jusemboyan adalah kakitangan yang bertanggungjawab terhadap
kerja operasi tren dalam kawasan Had Stesen, termasuk kakitangan di bawah jagaan
beliau yang mengendalikan alat persemboyanan serta poin semasa beliau bertugas.
25/28
9.7 Bagi memenuhi kehendak AKTA OSH 1994, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
dan Aturan dan Peraturan mengenai perlaksanaan tugas dengan selamat di tempat
kerja serta pengendalian operasi tren mengikut peraturan tetap bagi menjamin
keselamatan dan jika sebarang pengabaian terhadap perlaksanaan tanggungjawab
Akta ini, bermakna Syarikat KTMB gagal memenuhi undang-undang negara dan boleh
didakwa.
10. PERINTAH AWAS @ i-Caution
10.1 Stesen Gemas adalah stesen yang di senaraikan untuk mengeluarkan Perintah Awas.
Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas adalah bertanggungjawab bagi
mengeluarkan Perintah Awas kepada pemandu tren.
10.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan mestilah tahu dan peka kepada Perintah Awas / i-
Caution semasa dan cara memeriksa dan mendapatkannya dalam sistem Intranet.
10.3 Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah menyerahkan perintah awas kepada
pemandu tren bila perlu dan pastikan ianya adalah perintah awas yang terkini.
10.4 Pengurus Stesen / Jusemboyan perlu merekodkan perintah awas yang di terima dari
Merinyu Urusan Jalan atau Operator PKT bertugas.
11. ARAHAN AM
11.1 Pengurus Stesen / Jusemboyan yang masuk tugas mesti menyelaraskan waktu stesen /
kabin dengan Pengelola Tren.
11.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas mesti mengemaskinikan keadaan cuaca
dan kebersihan stesen mengikut SOP yang telah ditetapkan.
11.3 Sebelum memulakan tugas harian, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah
mengadakan sesi taklimat tentang tugas dan tanggungjawab segala aspek keselamatan
kepada kakitangan jagaannya. Sila rujuk Pekeliling Operasi - Prosedur Taklimat
Keselamatan (Safety Briefing) Untuk Pengurus Stesen Dan Kru Tren
(OPS/OPS/08/2009) yang berkuat kuasa 25 Mei 2009.
12. PERTOLONGAN CEMAS - Sila Lihat Lampiran A.
13. MENCEGAH KEBAKARAN - Sila Lihat Lampiran B.
14. BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS - Sila Lihat Lampiran C.
15. BILA BERLAKU KECEMASAN - Sila Lihat Lampiran C.
16. MENGAWAL ORANG RAMAI DI STESEN DAN PLATFORM - Lihat Lampiran D.
17. KEROSAKAN LIF / ESKALATOR - Sila Lihat Lampiran D.
18. PEMATUHAN ARAHAN DAN PERATURAN
18.1 Arahan kepada Pengurus Stesen untuk mematuhi dan mahir dalam semua aturan
dan peraturan termasuk pindaan terkini yang berkaitan dengan operasi tren.
26/28
Nota: Arahan ini memansuhkan Perintah Kerja Stesen Gemas yang dikeluarkan
terdahulu.
……………………………. ………………………….
Disemak oleh Disahkan oleh Yusli Ahmad S.
Mahendran Pengurus Operasi Pm. Pengurus
Besar Operasi 31 Julai 2013 31 Julai 2013
Lampiran A
1. PERTOLONGAN CEMAS
1.1 Maklumat Am
1.1 Stesen perlu dilengkapi dengan peralatan pertolongan cemas seperti berikut:-
(a) Peti pertolongan cemas
(b) Pengusung
(c) Set Oksigen
(d) Kerusi roda
1.2 Tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kecemasan atau kemalangan:-
(a) Buat penilaian, memahami sejarah kejadian, mengenal pasti punca
kemalangan (bahaya) dan tahap kecederaan.
27/28
(b) Asingkan bahaya daripada mangsa atau mangsa daripada bahaya.
(c) Memeriksa kesedaran.
(d) Jika tidak ada kesedaran, hubungi ambulan.
(e) Buka saluran pernafasan.
(f) Memeriksa pernafasan (dengar, rasa dan lihat).
(g) Jika tidak ada pernafasan, mulakan CPR.
(h) Jika sudah ada pernafasan atau pergerakan, berhentikan pendarahan
jika ada (Gunakan peti pertolongan cemas).
(i) Balut patah jika ada (Gunakan peti pertolongan cemas).
(j) Beri rawatan untuk renjatan (memberi semangat kepada mangsa).
11.3 Tugas dan Tanggungjawab Pegawai / Pengurus Stesen / Jusemboyan
(a) Memastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap. Mohon untuk
bekalan baru sekiranya bekalan sudah berkurangan.
(b) Memastikan pengusung dalam keadaan baik dan bersih.
(c) Kerusi roda dalam keadaan baik dan bersih.
(d) Memastikan set oksigen dalam keadaan baik dan lengkap.
(e) Memastikan peralatan pertolongan cemas di simpan di tempat yang
mudah dilihat.
(f) Memastikan semua kakitangan menghadiri kursus ulangkemas
pertolongan cemas.
Lampiran B
1. MENCEGAH KEBAKARAN
1.1 Maklumat Am
1.1 Stesen perlu dilengkapi dengan sistem pencegahan kebakaran seperti berikut:-
(a) Sistem salur bantu mula (hose reel system).
(b) Alat pemadam api mudah alih ABC Powder dan Karbon Diosida
Portable fire extinguisher).
(c) Pili Bomba (Fire Hydrant).
(d) Sistem gas CO2 di bilik COM. dan bilik relay.
(e) Sistem pengesan haba / pengesan asap (heat detector / smoke
detector) di bilik COM dan bilik relay.
28/28
(f) Alat pecah kaca (Alarm bell).
(g) Telefon Bomba (Direct telephone link to Jabatan Bomba).
Nota : Adalah diingatkan apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran
dan kecemasan dan kecemasan gas Co2 di bilik COM. dan bilik
relay, semua kakitangan stesen dilarang masuk ke dalam bilik
tersebut kecuali ada dibekalkan peralatan PPE yang disediakan.
1.2 Undang-undang Universal Bagi Mengelakkan Kejadian Kebakaran
1.2.1 Kawal atau hapuskan punca-punca nyalaan.
1.2.2 Kawal atau hapuskan bahan-bahan yang mudah terbakar.
1.2.3 Penggunaan secara minimum bahan yang mudah terbakar.
1.2.4 Penggunaan dan pemilikan bahan yang mempunyai tahap kebakaran (fire load)
yang rendah.
1.3 Strategi Pencegahan
1.3.1 Pastikan semua jalan masuk ke bangunan selamat daripada pencerobohan.
1.3.2 Pastikan laluan ke jalan keluar dan masuk ke bangunan bebas daripada
sebarang halangan.
1.3.3 Barang-barang yang di simpan di luar bangunan hendaklah teratur dan bebas
daripada sebarang halangan.
1.3.4 Pastikan pokok-pokok tidak menghalang pendawaian elektrik.
1.3.5 Adakan kemudahan-kemudahan yang selamat untuk pembuangan sampah.
1.3.6 Pastikan jentera dan perkakas bomba boleh menghampiri bangunan untuk
tujuan menyelamat mangsa dan melawan kebakaran.
1.4 Tindakan Yang Perlu Dilakukan Apabila Mendengar Loceng Amaran
1.4.1 Hentikan semua kerja-serta-merta.
1.4.2 Pastikan keselamatan kawasan kerja sebelum meninggalkan tempat kerja.
Contohnya: tutup laci dan kabinet, tutup suis perkakas elektrik, tutup pintu dan
lain-lain.
1.4.3 Selamatkan diri anda melalui tangga / pintu yang berhampiran atau yang
ditetapkan.
1.4.4 Maklumkan kepada penghuni lain dan bantu pelanggan-pelanggan keluar dari
premis.
1.4.5 Segera keluar ke tempat berkumpul dan tunggu di situ hingga menerima
arahan selanjutnya.
1.5 Tindakan Yang Perlu Dilakukan Semasa Kebakaran
1.5.1 Bertindak segera! Aktifkan loceng (break glass) kecemasan dan jerit Api! Api!
Api!
1.5.2 Cuba selamatkan mangsa yang cedera dan elakkan diri daripada terdedah
kepada asap dan wap.
1.5.3 Utamakan keselamatan diri anda.
1.5.4 Padam kebakaran jika keadaan mengizinkan dengan menggunakan alat
pemadam api yang sesuai.
1.5.5 Jangan cuba memadam kebakaran bersendirian.
1.5.6 Jika anda tidak terlatih dalam menentang kebakaran keluar segera dan tutup
pintu.
29/28
1.5.7 Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan segera, dail 999
serta beritahu penyelia anda tentang kebakaran.
1.5.8 Jika terperangkap dalam asap, jangan berlari. Cuba merangkak di paras paling
rendah dengan muka menghala ke bawah dan keluar.
1.5.9 Jangan cuba masuk ke bangunan semula setelah meninggalkannya.
1.5.10 Jika kebakaran tidak mengancam, tutup semua peralatan elektrik dan mesin-
mesin tetapi biarkan lampu.
1.6 Tugas dan Tanggungjawab Pegawai / Pengurus Keselamatan terhadap Keselamatan
Tempat Kerja.
1.6.1 Mengadakan latihan asas mencegah kebakaran kepada kakitangan yang baru
mula bertugas dan kakitangan yang lama diberi latihan ulang kemas setiap
tahun sekali.
1.6.2 Merancang dan mengaturkan latihan-latihan kebakaran pada setiap kakitangan
tentang kaedah pencegahan dan kawalan kebakaran yang bersistematik.
1.6.3 Pegawai / Pengurus Stesen / Jusemboyan harus memastikan sistem pencegah
kebakaran dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan
sebarang kerosakan harus diberitahu kepada Jabatan Aset dengan segera.
1.6.4 Mengadakan kerjasama dengan pihak Jabatan Bomba / Persatuan
Bomba Sukarela dan Penyelamat KTMB untuk mendapatkan khidmat latihan
dan nasihat audit bangunan.
1.7 Anda Dilarang Keras Daripada:-
1.7.1 Sengaja memecahkan “Break Glass” dengan tiada sebab.
1.7.2 Menghisap rokok di kawasan lobi lif dan di dalam lif.
1.7.3 Meletak kereta dan sebagainya berhampiran dengan pili bomba atau cabang
masuk air atau di hadapan pintu rintangan api.
1.7.4 Membuka pintu rintangan dan membiarkannya terbuka dengan penyendal di
bawahnya pintu rintangan api.
1.7.5 Meletak apa saja barang yang boleh menghalang laluan keluar penghuni.
1.7.6 Membawa atau menyimpan gas, bahan kimia atau bahan yang mudah
terbakar.
30/28
Lampiran C
1. BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS
1.1 Apabila bekalan elektrik terputus (black out) pada panel kawalan PKT, panel kawalan
PKT akan diserahkan kepada kawalan tempatan (local) untuk dikendalikan oleh
Pengurus Stesen / Jusemboyan. Pekeliling Operasi - Prosedur Pengendalian Panel
Pusat Kawalan Tren (PKT) Semasa Berlaku Kerosakan - OPS/OPS/02/2009 yang
disiarkan dalam Berita Dwi Mingguan Bil. 3039 bertarikh 22.3.2009 Perkara 9687
hendaklah dipatuhi.
1.2 UPS Tidak Bekerja Apabila Bekalan Elektrik Terputus:-
1.2.1 Apabila bekalan elektrik terputus (black out) pada Panel Pusat Kawalan Tren
dan kawalan tempatan (local), UPS juga tak berfungsi maka tata kerja Prosedur
Pengendalian Panel Pusat Kawalan Tren (PKT) Semasa Berlaku Kerosakan -
OPS/OPS/02/2009 hendaklah dikuatkuasakan.
1.3 Alat Talian Atas Terputus (OHLE)
1.3.1 Alat Talian Atas terputus – Sila rujuk kepada prosedur Electrical Multiple (EMU)
Emergency Rescue Plan MNL/OPS/04/2005.
1.4 Sistem Siar Raya (PA System)
31/28
1.4.1 Pengurus Stesen/Jusemboyan adalah bertanggungjawab untuk membuat
pengumuman dari masa ke semasa untuk memaklumkan kepada penumpang /
orang awam sekiranya dibekalkan dengan alat siaraya (PA System).
1.4.2 Sekiranya alat siaraya (PA System) rosak atau tidak dibekalkan, Pengurus
Stesen / Jusemboyan hendaklah memaklumkan kepada penumpang / orang
awam secara bersemuka.
1.5 Apabila berlaku kelewatan perjalanan sesebuah tren penumpang Komuter atau
Intercity atau ETS disebabkan oleh insiden seperti kegelinciran, kemalangan, insiden
diluar jangkaan dan lain-lain, penumpang memerlukan maklumat mengenainya.
Mereka akan merasa kurang selesa dan mungkin akan menimbulkan keadaan panik
sekiranya mereka tidak diberi maklumat dengan segera dan seterusnya dari masa ke
semasa. Sila rujuk kepada Garis Panduan Penyaluran Maklumat Untuk Tujuan
Pengumuman Ke atas Penumpang Apabila Berlaku Sesuatu Kemalangan Yang
Menyebabkan Gangguan / Kelewatan Kepada Larian Tren yang disiarkan dalam Berita
Dwi Mingguan Bil. 2906 bertarikh 15.2.2004 (Tambahan).
1.6 Pegawai-Pegawai KTMB, Polis Bantuan dan Polis Tempatan mestilah diaturkan di
stesen dan platform atau membuat perjalanan atas tren untuk menyelia dan membantu
kakitangan stesen dan kru tren apabila berlaku kesesakan orang ramai (luar biasa) di
stesen dan platform.
Lampiran C
1. BILA BERLAKU KECEMASAN
1.1 Bila berlaku kecemasan senarai prosedur yang berkaitan dan sedang berkuat kuasa
adalah seperti berikut:-
(a) Major Accident and Other Incident Emergency Rescue Plan (SOP).
(b) Garis Panduan Persediaan Menghadapi Bencana Banjir.
(c) Prosedur Pengendalian Panel Pusat Kawalan Tren (PKT) Semasa Berlaku
Kerosakan.
(d) EMU Emergency Rescue Plan.
(e) Carriage of Dangerous Goods by Rail.
(f) Crisis Management Handbook.
(g) Crisis Communication Manual.
1.2 Jika pemindahan penumpang / bungkusan / barang perlu dilaksanakan, Pekeliling
Pengurusan OPS/OPS/05/2012 - Prosedur Pemindahan Penumpang, Bungkusan dan
Kargo yang disiarkan dalam Buletin Operasi Bil. 3124 bertarikh 25.6.2012 Perkara
10327 hendaklah dipatuhi.
32/28
1.3 Lain-lain prosedur yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:-
(a) Pekeliling Operasi OPS/OPS/08/2009–Prosedur Taklimat Keselamatan (Safety
Briefing) Untuk Pengurus Stesen / Jusemboyan Dan Kru Tren yang disiarkan
dalam Berita Dwi Mingguan Bil. 3045 bertarikh14.6.2009 Perkara 9750.
(b) Prosedur Menghadapi Banjir – MNL/OPS/02/2008 yang disiarkan melalui Berita
Dwi Mingguan Bil. 3028 bertarikh 19.10.2008 Perkara 9630.
(c) Arahan Khas Yang Diluluskan OPS/SHE/04/2005 - Pelan Tindakan Jerebu
yang disiarkan dalam Berita Dwi Mingguan Bil. 2950 berkuat kuasa 1.10.2005.
(d) Arahan Khas Yang Diluluskan - OPS/OPS/02/2005 - Prosedur Bencana
Gegaran Gempa Bumi berkuat kuasa 5.5.2005.
(e) Pekeliling Pengarah Urusan OPS/OPS/03/2005 - Prosedur Pemeriksaan Khas
Landasan Semasa Cuaca Panas Melampau, Cuaca Buruk Dan Hujan Lebat
berkuat kuasa 15.7.2000.
Lampiran D
1. MENGAWAL ORANG RAMAI DI STESEN DAN PLATFORM
1.1 Berunifom lengkap.
1.2 Kakitangan perlu menggunakan wisel bagi memudahkan kawalan.
1.3 Membuat hebahan secara berterusan menggunakan alat Siar Raya.
1.4 Memastikan keselamatan penumpang di Platform.
1.5 Memberi keutamaan kepada golongan OKU, warga emas dan wanita mengandung.
1.6 Memberi bantuan kecemasan dengan segera.
1.7 Menambah bilangan kakitangan (contohnya PS,TC, QI, PB dan PA).
1.8 Berhemah dalam mengendalikan orang ramai.
2. KEROSAKAN LIF / ESKALATOR
2.1 Kamera CCTV perlu sentiasa difokuskan ke Lif atau Eskalator.
33/28
2.2 Di luar atau dalam lif serta eskalator perlu diletakkan nombor telefon kecemasan samada
No. 999 dan nombor kontraktor penyelenggaraan lif / eskalator.
2.3 Lif hendaklah dipasang alat interkom bagi memudahkan berkomunikasi antara mangsa
dengan Pengurus Stesen / Jusemboyan jika berlaku kecemasan.
Lampiran E
SOP Untuk Poin Bersifat Self Normalizing.
Pendahuluan
Poin perangkap bersifat self normalizing digunakan di stesen-stesen kuncikait penuh jenis route relay
interlocking (RRI) dan programmeable base interlocking (PBI). Fungsi utama poin perangkap bersifat
self normalizing adalah untuk melindungi landasan utama daripada dimasuki oleh gerabak/tren yang
bergerak dengan sendiri (runaway train).
Matlamat untuk menyediakan SOP
Setelah mengkaji dengan menyeluruh beberapa kes kegelinciran yang berlaku di atas poin
perangkap bersifat self normalizing, didapati poin perangkap bersifat self normaling boleh
menyebabkan kegelinciran tren disebabkan daripada dua perkara yang dikenalpasti iaitu:-
• Permukaan landasan yang berkarat
• Jentera ringan tidak mampu mengaktifkan litar landasan.
34/28
Kedua-dua keadaan di atas menyebabkan litar landasan yang mengawal poin perangkap bersifat self
normalizing tidak dapat diaktifkan. Justeru itu, ia menyebabkan poin perangkap bersifat self
normalizing bertindak sehingga menyebabkan kegelinciran tren. Oleh itu prosedur kerja berbentuk
SOP diperlukan untuk dijadikan panduan kepada kakitangan operasi untuk mengendalikan poin
perangkap bersifat self normalizing secara selamat semasa kerja-kerja lansiran.
Cara poin self normalizing berfungsi
Poin perangkap bersifat self normalizing sentiasa disetkan kedudukan normal iaitu ke arah poin
perangkap (wrong point) sewaktu tidak digunakan. Poin perangkap bersifat self normalizing boleh
dikendalikan dengan tiga cara iaitu :-
• Manual setting
• Automatik setting (melalui route setting)
• Engkol Tangan (semasa kerosakan sistem persemboyanan)
Manual setting
Poin diset dan dikunci secara manual dengan tetikus/butang dari panel CTC/Stesen. Setelah pasti
poin telah diset dan kunci (tidak flashing). OPKT/Pengurus Stesen dikehendaki set route mengikut
keperluan, tindakan ini akan bebaskan semboyan yang mengawal pergerakan ke aspek BEBAS.
Apabila tren melepasi semboyan berkenaan lalu menduduki dan membebaskan litar landasan yang
mewakili route yang diset. Semboyan akan balik ke aspek BAHAYA secara automatik tetapi poin
perangkap tetap diset ke reverse dan dikunci. Poin perangkap self normalizing tidak akan balik ke
normal sehingga Pengurus Stesen/OPKT membebaskannya secara manual. Oleh itu
OPKT/Pengurus Stesen dikehendaki membebaskan poin perangkap dan pastikan poin
perangkap balik kedudukan normal sejurus kerja-kerja lansiran siap. Tatacara ini didapti
berkesan untuk menangani kelemahan poin perangkap bersifat self normalizing yang dihuraikan
diatas.
Automatik setting
Poin diset dan dikunci dengan hanya memberi route. Tindakan ini akan mengunci poin perangkap
dengan route dan semboyan akan menunjukkan aspek BEBAS. Apabila tren melepasi semboyan
berkenaan lalu menduduki dan membebaskan litar landasan yang mewakili route yang diset.
Semboyan dan poin perangkap akan bergerak ke normal secara automatik.
Engkol Tangan
Tatacara engkol tangan dilakukan semasa kerosakan sistem persemboyan stesen. Ianya dilakukan
dengan mematuhi tiga peringkat iaitu:-
1. Bekalan arus diputuskan dengan menggunakan Kunci pemintas (cut-out)arus elektrik.
2. Masukkan engkol tangan dengan sempurna dan pusing sehingga switch rail rapat dengan
stock rail dan terdengar bunyi locking.
3. Setelah kakitangan yang mengendalikan tugas berkenaan berpuasa hati, beliau dikehendaki
memasang klip poin dan ketatkan sebelum memberi semboyan tangan dari tempat yang
selamat.
Arahan SOP
Dengan keluarnya SOP ini semua Operator Pusat Kawalan Tren(OPKT) dan Pengurus Stesen hanya
dibenar menggunakan prosedur manual setting sahaja semasa kerja-kerja lansiran dilakukan di
kawasan poin perangkap bersifat self normalizing. Arahan ini juga melarang OPKT/Pengurus Stesen
menggunakan prosedur automatik setting untuk mengendalikan poin perangkap bersifat self
35/28
normalizing untuk apa-apa aktiviti operasi. Arahan ini juga tidak membatalkan tatacara engkol tangan
yang dilaksanakan pada masa sekarang.
“KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Lampiran F
ARAHAN LANSIR KE DEPOH LOKOMOTIF LAMA
Pendahuluan
Arahan lansir sementara ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada lokomotif IRCON di
service di depoh lokomotif lama. Arahan ini akan mansuh dengan sendiri apabila depoh lokomotif
baru ditauliahkan sepenuhnya.
Arahan Lansir
Semua pergerakan lokomotif dari landasan utama sisian depoh ke depoh dan sebaliknya akan
dikendalikan secara arahan lisan dan semboyan tangan serta pengendalian poin 201A secara engol
tangan.
Kaedah mengerakkan lokomotif dari landasan utama sisian depoh ke depoh lokomotif lama
1. Pergerakan lokomotif boleh dilakukan dengan semboyan sehingga semboyan GED S04.
Setelah poin 201A diset ke Reverse, Jusemboyan tangan dikehendaki memberi semboyan
36/28
tangan kepada Pemandu Lokomotif untuk laluan depoh lokomotif lama.
2. Panel VDU akan menunjukan 201A flashing semasa poin diset ke Reverse dan flashing akan
berhenti apabila poin 201A telah diset semula ke Normal.
Kaedah mengerakkan lokomotif dari depoh lama ke landasan utama sisian depoh
1. Lokomotif akan bergerak sehingga Papan Tanda Berhenti, Setelah poin 201A diset ke
Reverse, Jurusemboyan tangan dikehendaki memberi semboyan tangan kepada Pemandu
Lokomotif untuk mengerakan lokomotif melepasi Papan Tanda Berhenti sehingga semboyan
GED S57.
2. Pergerakan lokomotif selepas semboyan GED S57 akan dikawal oleh semboyan dari panel
VDU.
Penguatkuasaan
1. Jurusemboyan Tangan yang dilantik
menjalan tugas ini telah dilatih dan
kompeten.
2. Pergerakkan lokomotif hanya boleh dilaksanakan dengan adanya komunikasi di antara
Jurusemboyan Tangan dan jurusemboyan panel VDU.
3. Poin 201A sentiasa di set ke Normal apabila tidak digunakan.
4. Pegawai Operasi tempatan mesti memberi Tool Box briefing kepada semua kakitangan
tentang arahan ini.
5. Sila lihat lampiran lakaran gambarah untuk butiran lanjut.
Saya sahkan bahawa saya telah membaca Perintah Kerja Stesen Gemas dan telah difahami
oleh saya sepenuhnya. Saya juga mahir dalam pengendaliannya.
.
Nama: ......................................... Nama:..........................................
No. Perkhidmatan:....................... No. Perkhidmatan:..............
37/28
Pengurus Stesen / Jusemboyan 1. Pengurus Stesen / Jusemboyan 2.
Nama: .......................................... Nama:.........................................
No. Perkhidmatan:......................... No. Perkhidmatan:...............
Pengurus Stesen / Jusemboyan 3. Pengurus Stesen / Jusemboyan Ganti
Nama: ..........................................
No. Perkhidmatan:.........................
Pengurus Stesen / Jusemboyan 3.
38/28

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

SWO Seremban Depot

  • 1. 11 PERINTAH KERJA STESEN 1. TAJUK 1.1 Nama Stesen : SEREMBAN DEPOT 1.2 Kod Stesen : 22700 1.3 Lokasi Stesen : KM 461.130 1.4 No. Fail (PW) : 1.5 No. Fail PBO : 1.6 Tarikh : 31 Mac 2014 1.7 Stesen Sebelah Utara : SEREMBAN Station (KM460.95) 1.8 Stesen Sebelah Selatan : SUNGAI GADUT (KM 470.031 ) 1.9 Stesen Sebelah Cawangan Port Dickson : TAPIS MINYAK (KM 32.0) 2. LATAR BELAKANG STESEN 2.1 Stesen/ Depot Baru mula di buka pada tahun 2014 2.2 Terletak di kawasan Majlis Perbandaran Seremban 2.3 Di bawah projek landasan berkembar Seremban - Gemas dan selaras perkembangan projek terkini, bangunan stesen telah di buka di bangunan baru pada 08 Jun 2013 dan landasan berkembar antara Batang Melaka – Gemas akan ditauliahkan, manakala landasan tunggal sediakala diguna pakai antara Gemas - Batu Anam dan Gemas – Bahau. 2.4 Sistem persemboyanan baru Seremban Depot adalah jenis kuncikait Solid State di penantaraan sistem persemboyanan landasan berkembar Seremban – Gemas yang di tauliahkan pada 31 Mac 2014. 2.5 Sistem persemboyanan Stesen dengan Depoh Gemas mula di tauliahkan pada 31 Julai 2013. 3. PENGENALAN 3.1 Stesen Gemas sekarang merupakan Stesen yang mempunyai sistem persemboyanan: 3.1.1 Sistem Auto Blok – Pengira Gandar (Axle Counter) di antara Gemas – Batang Melaka 1/28
  • 2. 3.1.2 Sistem Auto Blok Geganti (RAB) di antara Gemas – Batu Anam 3.1.3 Sistem Kunci Token Blok di antara Gemas – Bahau 3.2 Susunatur Stesen Landasan Ukuran Panjang Jarak Semboyan ke Semboyan Dalam Meter Ukuran Panjang Poin ke Poin Dalam Meter Landasan Landasan Ibu Naik (Platform 2) 776 1163 Landasan Gelong Naik (Platform 1) 679 1163 Landasan Gelong Naik (G5) 639 839 Landasan Ibu Turun (Platform 3) 776 1163 Landasan Gelong Turun (Platform 4) 750 955 Landasan Gelong Turun (G4) 649 906 Landasan Gelong Turun (G3) 708 1050 Landasan Gelong Turun (G2) 641 801 Landasan Gelong Turun (G1) 641 801 Sisian Buntu Naik (S) 130 90 Sisian Buntu Turun (S1) 60 90 Sisian Buntu Naik (S2) 60 250 Sisian Buntu Naik (S3) 60 90 Signal Over Run (SS) - 214 Signal Over Run (N1) - 96 Signal Over Run (N2) - 200 Signal Over Run (N3) - 86 Signal Over Run (N4) - 76 3.4 Bahagian Blok 3.4.1 Bahagian Blok Dwi-Arah Landasan Berkembar di antara Gemas-Batang Melaka 3.4.1.1 Bermula dari Semboyan Pelepas Hadapan GE N56 / GE N44 dan berakhir di semboyan berikutnya :- (a) Semboyan Pelbagai Aspek berikutnya pada arah dan 2/28
  • 3. landasan yang sama selepas melepasi jarak langkauan 400 meter. 3.4.2 Bahagian Blok Landasan Tunggal di antara Gemas – Batu Anam :- 3.4.2.1 Bermula dari Semboyan Pelepas Hadapan GE T43 dan berakhir di Semboyan Pelepas Hadapan (N17) arah bertentangan Stesen Batu Anam. 3.4.3 Bahagian Blok Landasan Tunggal di antara Gemas – Bahau : - 3.4.3.1 Bermula dari Semboyan Pelepas Hadapan GE N30 dan berakhir di Papan Had Lansir Stesen Bahau. 3.5 Bahagian Stesen 3.5.1 Bahagian Stesen bermula dari semboyan GE N 44 / GE N56 (arah Batang Melaka) hingga ke semboyan GE T43 (arah Batu Anam) dan GE N30 (arah Bahau). 3.6 Had Stesen 3.6.1 Had Stesen bermula dari semboyan GE T11 / GE T25 (arah Batang Melaka) hingga ke Semboyan GE N04 (arah Batu Anam) & GE T49 (arah Bahau). 3.7 Landasan yang mempunyai Talian Atas Berarus Elektrik 3.7.1 Landasan mempunyai talian berarus elektrik 25KV mulai dari 31 Julai 2013. 4. SEMBOYAN, PERALATAN DAN SISTEM PERSEMBOYANAN 4.1 Penerangan berkaitan dengan semboyan dan poin Semua semboyan yang dikawal adalah jenis lampurona yang mempunyai dua aspek dan tiga aspek. Semboyan Lampu Putih Kedudukan Berubah ditempatkan di bawah semboyan utama dan Semboyan Penunjuk Jalan (fotri) jenis abjad dan nombor ditempatkan di atas semboyan utama. 4.1.1 Stesen Gemas – Batang Melaka 4.1.1.1 Semboyan Automatik dalam sistem persemboyanan Blok di antara Stesen Gemas - Batang Melaka. (a) Semboyan Turun Semboyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE T01 Lampurona (3 Aspek) - - GE T03 Lampurona (3 Aspek) - - GE T05 Lampurona (3 Aspek) - - 3/28
  • 4. GE T07 Lampurona (3 Aspek) - - GE T09 Lampurona (3 Aspek) - - GE T15 Lampurona (3 Aspek) - - GE T17 Lampurona (3 Aspek) - - GE T19 Lampurona (3 Aspek) - - GE T21 Lampurona (3 Aspek) - - GE T23 Lampurona (3 Aspek) - - (b) Semboyan Naik Semboyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE N58 Lampurona (3 Aspek) - - GE N60 Lampurona (3 Aspek) - - GE N62 Lampurona (3 Aspek) - - GE N64 Lampurona (3 Aspek) - - GE N66 Lampurona (3 Aspek) - - GE N46 Lampurona (3 Aspek) - - GE N48 Lampurona (3 Aspek) - - GE N50 Lampurona (3 Aspek) - - GE N52 Lampurona (3 Aspek) - - GE N54 Lampurona (3 Aspek) - - 4.1.1.2 Semboyan yang dikawal oleh Pengurus Stesen Gemas di antara Stesen Batang Melaka dan Stesen Gemas. 4/28
  • 5. (a) Semboyan Turun Semboyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE T11 Lampurona (3 Aspek) - - GE T25 Lampurona (3 Aspek) - - GE T13 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE T27 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE S45 Lampu Kedudukan Berubah Ada Ada GE T29 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE T31 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE S59 Lampu Kedudukan Berubah Ada Ada GE S61 Lampu Kedudukan Berubah Ada Ada (b) Semboyan Naik Semboyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE N74 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N34 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N36 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N38 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N40 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N42 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N20 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada 5/28
  • 6. GE N22 Lampurona (3 Aspek) - Ada GE S16 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GE N24 Lampurona (3 Aspek) - Ada GE N56 Lampurona (3 Aspek) - - GE N44 Lampurona (3 Aspek) - - 4.1.2 Stesen Gemas – Stesen Batu Anam. 4.1.2.1 Tiada Semboyan Automatik dalam sistem persemboyanan Blok di antara Stesen Gemas – Stesen Batu Anam 4.1.2.2 Semboyan di antara Stesen Gemas - Stesen Batu Anam yang dikawal oleh Pengurus Stesen Gemas. (a) Semboyan Turun Semboyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE T67 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GE T69 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GE T71 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GE T73 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GE T33 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GE T35 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GE T37 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GE T39 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GE T41 Lampurona (2 Aspek) Ada Ada GET43 Lampurona (2 Aspek) - - 6/28
  • 7. (b) Semboyan Naik Semboyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE N02 Lampurona (2 Aspek) - - GE N04 Lampurona (3 Aspek) - - GE N06 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE S08 Lampu Kedudukan Berubah Ada Ada GE S12 Lampu Kedudukan Berubah Ada Ada GE S14 Lampu Kedudukan Berubah Ada Ada 4.1.3 Stesen Gemas – Stesen Bahau. 4.1.3.1 Tiada Semboyan Automatik dalam sistem persemboyanan Blok di antara Stesen Gemas – Stesen Bahau 4.1.3.2 Semboyan di antara Stesen Gemas - Stesen Bahau yang dikawal oleh Pengurus Stesen Gemas. a) Semboyan Turun Semboyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE T47 Lampurona (2 Aspek) - - GE T49 Lampurona (3 Aspek) - - GE T51 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE T55 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada 7/28
  • 8. (b) Semboyan Naik Semb oyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE N68 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N70 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N72 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N74 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N34 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N36 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N38 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N40 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N42 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N28 Lampurona (2 Aspek) - Ada GE N26 Lampurona (2 Aspek) - Ada GE N30 Lampurona (2 Aspek) - - 4.1.4 Stesen Gemas – Gemas Depoh 4.1.4.1 Tiada Semboyan Automatik dalam sistem persemboyanan diantara Stesen Gemas - Gemas Depoh 4.1.1.2 Semboyan diantara Stesen Gemas – Gemas Depoh yang dikawal oleh Pengurus Stesen Gemas / Pegurus Stesen Gemas Depoh (a) Semboyan Naik Semb oyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GE N68 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada GE N70 Lampurona (3 Aspek) Ada Ada 8/28
  • 9. GE S04 Lampu Kedudukan Berubah Ada Ada (b) Semboyan Turun Semb oyan Jenis Semboyan Petunjuk Jalan Lampu Kedudukan Berubah GED S01 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S03 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S05 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S07 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S09 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S11 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S13 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S15 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S17 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S19 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S21 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S23 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S25 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S27 Lampu Kedudukan Berubah - Ada GED S29 Lampu Kedudukan Berubah - Ada 4.2 Poin-Poin Stesen Gemas. 4.2.1 Poin-poin Stesen Gemas adalah dikendalikan dengan kuasa elektrik. (a) Poin-poin tersebut adalah seperti berikut:- 9/28
  • 10. No. Poin Laluan 100A Poin sesimpang ke/dari landasan ibu turun di utara 100B Poin sesimpang ke/dari landasan ibu naik di utara 101A Poin sesimpang di By Pass Line ke/dari landasan landasan ibu turun 101B Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan By Pass Line 102A Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari sisian buntu S 102 C Poin Perangkap (Trap point) ke/dari sisian buntu S 103A Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan ibu naik. 10/28
  • 11. 103B Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan turun. 104A Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan Pantai Timur. 104B Poin sesimpang di landasan pantai timur ke/dari semua 9 landasan. 105A Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan ibu turun 105B Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan ibu naik 108A Poin sesimpang ke/dari sisian buntu S2. 108B Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan 1 dan 2. 106 Poin Perangkap (Trap point) ke/dari sisian buntu S2 107A Poin sesimpang di landasan 5 ke/dari landasan landasan ibu turun 107B Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan 5. 109 Poin sesimpang di utara landasan 5 ke/dari utara landasan 6. 110 Poin sesimpang di utara landasan 2 ke/dari landasan 1. 122 Poin sesimpang di utara landasan 5 ke/dari landasan 8 dan 9. 123A Poin sesimpang di utara landasan 8 ke/dari landasan depoh loko. 123B Poin sesimpang di landasan depoh loko ke/dari sisian buntu N3. 124 Poin sesimpang di utara landasan 7 ke/dari landasan 5. 125 Poin sesimpang di utara landasan 8 ke/dari landasan 9. 126 Poin sesimpang di selatan landasan 8 ke/dari landasan 9. 127 Poin sesimpang di selatan landasan 7 ke/dari landasan 8 & 9. 128 Poin sesimpang di selatan landasan 6 ke/dari landasan 7, 8 & 9. 112A Poin sesimpang di selatan landasan 6 ke/dari sisian buntu N1 112B Poin sesimpang di selatan landasan 5 ke/dari landasan 6, 7,8 &9. 113A Poin sesimpang di landasan 5 ke/dari sisian buntu S1. 113B Poin sesimpang di selatan landasan ibu turun ke/dari landasan 5, 6, 7, 8 & 9. 116 Poin Perangkap (Trap point) ke/dari sisian buntu S1. 111 Poin sesimpang di selatan landasan 2 ke/dari landasan 1. 114A Poin sesimpang di selatan landasan 2 ke/dari sisian buntu S3. 114B Poin sesimpang di selatan landasan ibu ke/dari landasan 1 & 2. 115 Poin Perangkap (Trap point) ke/dari sisian buntu S3. 117A Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan ibu turun. 117B Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan ibu naik. 118A Poin sesimpang di landasan ibu turun ke/dari landasan ibu naik hadap ke penampan buntu SS. 118 B Poin sesimpang di landasan ibu naik ke/dari landasan ibu turun hadap ke penampan buntu SS. 11/28
  • 12. 121A Poin sesimpang di By Pass Line ke/dari landasan pantai timor. 121 B Poin sesimpang di landasan pantai timur ke/dari By Pass Line. DP1 7B Poin sesimpang di landasan pantai timur ke/dari depoh loko. 4.2.2 Poin-poin di Gemas Depoh adalah dikendalikan dengan kuasa elektrik. (a) Poin-poin tersebut adalah seperti berikut:- DP 02 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 03 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 04 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 05 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 06 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 07 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 08 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 09 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 10 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 11 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 12 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 13 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP14 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 15 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 16 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP 17 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian DP18 Poin sesimpang ke/dari landasan sisian 4.3 Cara Pengendalian Poin Dan Semboyan 4.3.1 Semua poin-poin dan semboyan dikendalikan dengan kuasa elektrik dan dikendalikan dari panel kawalan yang terdapat di stesen. 4.3.2 Sebelum membebaskan semboyan yang dikawal untuk membenarkan tren melepasinya, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memastikan:- 12/28
  • 13. 4.3.2.1 Aturan dan Peraturan dipatuhi. 4.3.2.2 Tiada pergerakan bercanggah dilakukan. 4.3.2.3 Laluan adalah bebas untuk diset. 4.3.3 Apabila semboyan telah dibebaskan atau laluan telah diset, ianya tidak boleh dikembalikan kepada bahaya kecuali dalam keadaan kecemasan. Pengurus Stesen / Jusemboyan juga mesti memastikan bahawa tren yang menuju ke semboyan berkenaan telah berhenti sebelum membentuk satu lagi laluan lain. 4.3.4 Pengurus Stesen / Jusemboyan sebelum membenarkan mana-mana landasan dalam sesuatu Bahagian Semboyan (dikawal) dihalang atau diduduki oleh pergerakan tren, ia mestilah memastikan:- 4.3.4.1 Tren yang menghampiri stesen telah diberhentikan di hadapan semboyan yang mengawal bahagian tersebut, atau 4.3.4.2 Semboyan yang dikawal di belakang telah dikekalkan pada kedudukan bahaya untuk melindungi pergerakan tren. 4.3.4.3 Sebelum membenarkan tren bergerak memasuki kawasan landasan berlitar (track circuit) yang akan mengubah kedudukan semboyan, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memastikan semboyan- semboyan berkenaan berada dalam kedudukan bahaya untuk memastikan keselamatan operasi tren. 4.4 Kawasan Landasan Berlitar / Pengira Gandar / Tidak Berlitar 4.4.1 Kawasan yang dilengkapi dengan litar landasan adalah dipamerkan dalam rajah panel VDU stesen, manakala landasan yang tidak dilengkapi dengan litar landasan akan diwarnakan dengan kelabu dalam panel VDU stesen. 4.5 Cara Pengendalian Panel Sila rujuk pada manual yang dibekalkan. 4.5.1 Laluan Automatik 4.5.1.1 Cara mengendalikan laluan automatik tidak dapat dilaksanakan di Stesen Gemas disebabkan ianya adalah stesen terminal. 4.5.2 Butang Kendalian Tempatan Kecemasan 4.5.2.1 Sekiranya berlaku kerosakan panel, Pengurus Stesen / Jusemboyan akan menekan butang kecemasan. 4.5.3 Butang Hentian Kecemasan 4.5.3.1 Butang tekan 'Henti Kecemasan' (Emergency Stop) adalah untuk mengembalikan semua semboyan utama ke kedudukan bahaya sekiranya berlaku kecemasan. Tiga kombinasi ‘All Signal Stop’ akan dipamer di panel VDU setelah butang ditekan, iaitu :- 13/28
  • 14. i. ‘All Signal Stop’ untuk Semboyan Blok di bahagian Utara Stesen. ii. ‘All Signal Stop’ untuk Semboyan Blok di bahagian Selatan Stesen. iii. ‘All Signal Stop’ untuk semboyan di bahagian stesen yang dikawal oleh Pengurus Stesen. 4.5.4 Poin Elektrik 4.5.4.1 Poin elektrik dikawal dari pergerakan tetikus. Empat posisi dapat dikendalikan, iaitu Normal kunci / tidak berkunci dan Reverse kunci / tidak berkunci. Bagi poin yang dikendalikan ke 'Normal', cahaya lampu merah tetap akan menyala. 4.5.5 Hak Laluan (Right Of Way) 4.5.5.1 Hak Laluan dapat dikendalikan dengan menggunakan tetikus. Setiap hak laluan yang dikendalikan akan kelihatan pada VDU. Pengurus Stesen / Jusemboyan tidak perlu meminta Hak Laluan (Right of Way) dari Pengurus Stesen / Jusemboyan bersebelahan untuk menukar arah laluan jika hak laluan dikunci. Semasa proses penukaran hak laluan, buzzer dan cahaya pada simbol hak laluan akan berkelip di stesen bersebelahan. 5. SISTEM KERJA 5.1 Sistem Kerja Dwi – Arah Autoblok & Pengira Gandar di antara Gemas – Batang Melaka 5.1.1 Blok Pengira Gandar adalah satu sistem yang membenarkan semboyan menunjukkan aspek maju apabila:- 5.1.1.1 Semua litar landasan di hadapan adalah bebas sehingga dan merangkumi arah langkauan selamat (overlap). 5.1.1.2 Semua gandar yang masuk telah keluar dari jarak langkauan selamat. 5.1.1.3 Semua poin berkaitan dalam jarak bebas terkunci dengan betul untuk keselamatan laluan tren. 5.1.2 Tren-tren yang disemboyankan di antara Gemas - Batang Melaka hendaklah di semboyankan mengikut kaedah kerja Sistem Pengira Gandar (Axle Counter) dengan mematuhi kaedah Blok Mutlak seperti yang terkandung dalam Buku Aturan Seksyen 'D' Fasal 2. 5.1.3 Dalam keadaan semua tren di antara Gemas - Batang Melaka atau sebaliknya, hendaklah dilarikan pada laluan yang betul kecuali:- (a) Dalam sistem Pengira Gandar, tiada tren yang dibenarkan melepasi Semboyan Pelbagai Aspek kecuali landasan adalah bebas sehingga jarak langkauan selamat. 14/28
  • 15. (b) Di bawah sistem kerja Pengira Gandar, setiap kali sistem semboyan di switch on atas apa-apa sebab, ianya mesti direset dan tren pertama dikehendaki memasuki sektor berkenaan dengan melepasi semboyan yang mengawal sektor berkenaan dalam bahaya. (c) Tren berlepas dari Gemas dalam keadaan biasa. (d) Dalam keadaan biasa, pergerakan tren hendaklah diaturkan supaya dilarikan di arah yang betul. (e) Bagi pelepasan tren, Pengurus Stesen hendaklah menyatakan (describe) jenis dan nombor tren dengan telefon dan mengendalikan semboyan yang dikawal (controlled signal) dalam jangka masa secukupnya bagi mengelakkan kelewatan dan sebelum membentuk laluan (route), Pengurus Stesen hendaklah memastikan:- (i) Hak laluan telah diperolehi dan landasan adalah bebas sehingga semboyan henti di hadapan termasuk kawasan dalam jarak selamat (overlap). (ii) Panel stesen berfungsi sepenuhnya. (iii) Kebenaran telah diperolehi daripada Operator PKT / Pengelola Tren. 5.1.4 Tren yang menuju ke Gemas dalam Tata Kerja Biasa 5.1.4.1 Dalam tata kerja biasa, tren mesti diatur bergerak di arah yang betul dalam Sistem Pengira Gandar di Landasan Berkembar Gemas – Batang Melaka. 5.1.4.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan Gemas hendaklah mendapatkan penerangan jenis nombor tren dari Pengurus Stesen / Jusemboyan bersebelahan atau Operator PKT berhubung dengan pergerakan tren melalui telefon. 5.1.4.3 Sebelum menyediakan laluan (route) untuk menerima tren, Pengurus Stesen hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:- 5.1.4.4 Panel stesen berfungsi dengan baik. 5.1.4.5 Tiada pergerakan bercanggah. 5.1.4.6 Landasan penerimaan atau landasan di mana tren sepatutnya berhenti hendaklah bebas sehingga ke jarak selamat. 5.1.5 Sistem Kerja Dwi-arah 5.1.5.1 Dwi-arah bermakna hanya satu landasan digunakan untuk melarikan tren dari kedua-dua arah (Naik / Turun). Walau bagaimanapun hanya satu tren sahaja dibenarkan bergerak dalam sesuatu masa. 5.1.5.2 Syarat-syarat yang membenarkan Tata Kerja Dwi-arah ialah:- (a) Kerja-kerja pemilikan oleh Urusan Jalan / Eletrikfikasi / Semboyan di salah satu landasan sama ada di landasan turun 15/28
  • 16. atau di landasan naik. (b) Disebabkan ada halangan atau kemalangan di salah satu landasan dan tidak menghalang landasan yang bersebelahan. (c) Semboyan Dwi-Arah untuk laluan berkenaan berfungsi dengan baik. (d) Apabila Tata Kerja Dwi-Arah dilaksanakan, peraturan-peraturan kerja semboyan-semboyan yang mengawal masuk ke landasan yang terhalang atau landasan pemilikan hendaklah dikekalkan kepada aspek bahaya dan ditutup dengan peranti peringatan. (e) Pada masa Tata Kerja Dwi-Arah dilaksanakan, peraturan- peraturan kerja semboyan-semboyan yang tersebut di atas hanya boleh di bebaskan untuk tren kejuruteraan dan tren bantu, selepas 'PICOP' atau 'PICOW' telah memberi kebenaran berbuat demikian mengikut peraturan yang terkandung dalam buku Panduan Kerja Am (General Manual) Seksyen 'J'. (f) Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas hendaklah memaklumkan kepada Pemandu Tren yang beliau akan masuk ke Bahagian Blok melalui landasan yang salah. 5.1.6 Sistem Blok Mutlak hendaklah dipatuhi 5.1.6.1 Apabila Tata Kerja Dwi-Arah dikuatkuasakan, Sistem Blok Mutlak di antara stesen seperti yang diterangkan dalam Buku Aturan Seksyen 'D' Fasal 1.2 dan 2.2.2 (ii) hendaklah dipatuhi. 5.1.6.2 Apabila tren dilarikan dari arah bertentangan atau pada arah yang betul, hanya satu tren sahaja yang dibenarkan memasuki Bahagian Blok pada satu masa. 5.1.7 Tren berlepas dari Gemas semasa Tata Kerja Dwi-Arah 5.1.7.1 Apabila tren dilarikan mengikut arah yang betul, Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas hendaklah mendapatkan penerangan jenis dan nombor tren (description) melalui telefon dan mengendalikan semboyan yang dikawal dengan betul dan secepat mungkin untuk mengelakkan kelewatan tren. Sebelum membentuk laluan (setting route), Pengurus Stesen bertugas hendaklah memastikan bahawa:- (a) Panel stesen berfungsi dengan baik. (b) Hak laluan diperolehi dan landasan adalah bebas sehingga semboyan di hadapan termasuk jarak langkauan (overlap). (c) Landasan seperti yang disebutkan di atas tidak boleh dianggap bebas kecuali litar landasan tidak diduduki dan tiada pergerakan yang bertentangan dibenarkan menghalang atau merintang laluan di jarak selamat (overlap). (d) Telah memperolehi Jalan Bebas daripada stesen hadapan. 16/28
  • 17. (e) Kebenaran daripada Operator PKT / Pengelola Tren telah diperolehi. 5.1.7.2 Apabila tren dilarikan di arah yang bertentangan, Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas hendaklah mendapatkan penerangan jenis dan nombor tren (description) melalui telefon dan mengendalikan semboyan yang dikawal dengan betul dan secepat mungkin untuk mengelakkan kelewatan tren. Sebelum membentuk laluan (setting route), Pengurus Stesen / Jusemboyan bertugas hendaklah memastikan bahawa: - (a) Panel stesen berfungsi dengan baik. (b) Hak laluan diperolehi dan landasan adalah bebas sehingga semboyan di hadapan termasuk jarak langkauan (overlap). (c) Landasan seperti yang disebutkan di atas tidak boleh dianggap bebas kecuali litar landasan tidak diduduki dan tiada pergerakan yang bertentangan dibenarkan menghalang atau merintang laluan di jarak selamat (overlap). (d) Telah memperolehi Jalan Bebas daripada stesen hadapan. (e) Kebenaran daripada Operator PKT / Pengelola Tren telah diperolehi. 5.1.8 Tren menuju ke Gemas semasa Tata Kerja Dwi-Arah 5.1.8.1 Bagi tren yang dilarikan di arah yang betul, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah mendapatkan keterangan jenis dan nombor tren (description) melalui telefon dari Pengurus Stesen / Jusemboyan Batang Melaka atau Operator PKT. Sebelum membentuk laluan, Pengurus Stesen hendaklah memastikan:- (a) Panel stesen berfungsi dengan baik. (b) Tiada pergerakan bertentangan yang dibenarkan merintangi atau menghalang laluan tren yang mendatang. 5.1.8.2 Bagi tren yang dilarikan di arah yang bertentangan, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah mendapatkan penerangan jenis dan nombor tren (description) melalui telefon dari Pengurus Stesen / Jusemboyan Batang Melaka atau Operater PKT. Sesebuah tren tidak dibenarkan berlepas dari Gemas kecuali litar landasan bagi keseluruhan seksyen di mana tren akan bergerak adalah bebas (tidak diduduki). Sebelum membentuk laluan, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memastikan:- (a) Panel stesen berfungsi dengan baik. (b) Tiada pergerakan bertentangan yang dibenarkan merintangi atau menghalang laluan tren yang mendatang. 5.1.9 Penerimaan tren semasa kerja Dwi-Arah dikuatkuasakan 5.1.9.1 Apabila sistem kerja Dwi-arah dikuatkuasakan di antara dua buah 17/28
  • 18. stesen, penerimaan tren hendaklah dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan kelewatan dan kesesakan tren agar tidak berlaku di stesen serta memastikan keselamatan operasi tren. 5.1.9.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memahami sepenuhnya landasan mana yang terhalang dan landasan mana sistem kerja Dwi- Arah dikuatkuasakan. 5.1.9.3 Kecuali bagi tujuan perselisihan atau dalam keadaan kecemasan, semua tren turun dan naik hendaklah dikendalikan pada laluan yang betul untuk meneruskan perjalanan. 5.1.10 Kerja Permisif Apabila pekerjaan Permissive di landasan platform dijalankan, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah mematuhi peraturan yang terkandung dalam buku Peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 2 Fasal 3.4.2, 3.4.3, 3.4.4 dan 3.4.5 5.2 Autoblok Geganti di antara Gemas – Batu Anam. Sistem Kerja Autoblok Geganti (RAB) Landasan Tunggal di antara Gemas – Batu Anam. Semua tren yang dikerjakan di antara Gemas – Batu Anam atau sebaliknya dikerjakan di bawah Sistem Blok Mutlak Landasan Tunggal. 5.2.1 Tren yang berlepas dari Stesen Gemas menghala ke Batu Anam Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas tidak boleh memberi kebenaran berlepas ke Stesen Batu Anam kecuali kebenaran mendatang telah diterima dari Pengurus Stesen / Jusemboyan Batu Anam. Sekiranya route telah diset dari semboyan pelepas (T67, T69, T71, T73, T33, T35, T37, T39, T41) menuju semboyan pelepas hadapan (T43) dan get lintasanrata arah selatan masih belum ditutup, semboyan pelepas tidak akan memberi aspek berlepas sehinga get lintasanrata ditutup dan slot get lintasanrata memberi indikasi gate telah ditutup di panel VDU. 5.2.2 Tren yang menuju ke Gemas dari Batu Anam Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas tidak boleh memberi kebenaran mendatang kepada sesebuah tren yang menuju ke Gemas kecuali:- (a) Landasan adalah bebas dari tren yang bergerak di arah yang sama sehingga Semboyan Pelepas ABG No. GE T43. (b) Landasan adalah bebas dari tren yang menuju ke Gemas. (c) Sekiranya route telah diset dari semboyan luar rumah (N04) ke semboyan rumah (N06) menuju ke Stesen Gemas dan get lintasanrata arah selatan masih belum ditutup, semboyan luar rumah tidak akan memberi aspek bebas sehingga get lintasanrata 18/28
  • 19. ditutup dan slot get lintasanrata memberi indikasi gate telah ditutup di panel VDU. 5.2.3 Peraturan untuk memberi kebenaran mendatang dari arah Batu Anam Landasan di antara Gemas – Batu Anam tidak boleh dianggap bebas dan kebenaran mendatang tidak boleh diberikan kecuali:- (a) Keseluruhan tren yang mendatang telah tiba lengkap dan telah melepasi Semboyan GE N06. (b) Semboyan Rumah Dalam Naik dan Semboyan Rumah Luar Naik telah dikembalikan pada kedudukan bahaya. (c) Bahagian Blok di antara Gemas – Batu Anam bebas dan semboyan Pelepas ABG GE T53 menunjukkan aspek Merah atau Bahaya. (d) Gate Level Crossing arah selatan telah ditutup dan slot Gate Level Crossing memberi indikasi gate telah ditutup. 5.3 Sistem Kunci Token Blok di antara Gemas – Bahau. Sistem Kerja Kunci Token di Landasan Tunggal di antara Gemas – Bahau. Semua tren yang dikerjakan di antara Gemas – Bahau atau sebaliknya dikerjakan di bawah Sistem Blok Kunci Token Landasan Tunggal. Di Stesen Gemas, Sistem Kerja Kunci Token telah disertakan dengan; Sekiranya route telah diset di antara Semboyan Pelepas (N68, N70, N72, N74, N34, N36, N38, N40 & N42), ke Semboyan Pelepas Hadapan (N28, N26) di antara Stesen Gemas ke Bahau atau ke Semboyan Pelepas Hadapan (N30) melalui Bypass Line dari semboyan rumah (T13 & T27) dan gate level crossing arah Pantai Timur tidak ditutup, aspek di semboyan pelepas, pelepas hadapan dan rumah tidak akan berubah ke aspek berlepas, sehingga gate level crossing telah ditutup dan slot gate level crossing memberi indikasi gate telah ditutup di panel VDU. Semboyan Pelepas (N68, N70, N72, N74, N34, N36, N38, N40 & N42) dari stesen Gemas menghala ke Stesen Bahau akan memberikan aspek berlepas hanya setelah Kunci Token dikeluarkan walaupun laluan telah dibuat di panel VDU. 5.3.1 Peraturan untuk memberi kebenaran berlepas menuju ke Stesen Bahau; Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas tidak boleh memberi kebenaran berlepas kepada sesebuah tren yang menuju ke Stesen Bahau kecuali:- (a) Kunci Token telah diambil dan indikasi bahagian blok diantara Gemas dan Bahau menunjukkan LINE BLOCK pada peralatan Kunci Token. (b) Gate level crossing di landasan pantai timur ditutup dan level crossing slot memberi indikasi gate telah ditutup. 5.2.3 Peraturan untuk memberi kebenaran mendatang dari arah Bahau (a) Keseluruhan tren yang mendatang telah tiba lengkap dan telah melepasi Semboyan GE T51. (b) Semboyan Rumah dan Semboyan Rumah Luar belakang tren tersebut 19/28
  • 20. telah dikembalikan pada kedudukan bahaya. (c) Gate level crossing di landasan pantai timur ditutup dan level crossing slot memberi indikasi gate telah ditutup. 5.4 Sistem Kerja bagi gerakan lansiran keluar / masuk dari Stesen ke Depoh Gemas dan sebaliknya. Kawalan dari Stesen / Kawalan Tempatan di Depoh Gemas Semua pergerakan lansiran antara Stesen Gemas dan Depoh Gemas atau pergerakan dari satu landasan ke lain landasan di dalam Yad Depoh Gemas boleh dikawal dari Kawalan Stesen (Station Control) atau dari Kawalan Tempatan Depoh (Depot Local Control). Kawalan Stesen adalah dikendalikan oleh Pengurus Stesen di stesen manakala Kawalan Tempatan Depoh (yang terletak di pejabat Depoh Loko) adalah dikendalikan oleh Jusemboyan. Kawalan Stesen beroperasi 24 jam tetapi Kawalan Tempatan Depoh hanya beroperasi pada masa yang tertentu mengikut keadaan semasa pada waktu tersebut dan keperluan operasi tren. 5.4.1 Semua pergerakan dari stesen Gemas ke Depoh Gemas hanya dari Landasan No. G1 (line 9) atau landasan No G2 (line 8). Semboyan Pelepas dari landasan G1(line 9) adalah N68 dan Semboyan Pelepas dari landasan G2 (line 8) adalah N70. Pengurus Stesen akan membebaskan N68 atau N70 dan diikuti dengan semboyan S04 yang akan menunjukkan nombor sisian yang ditujui. Sebaliknya semua pergerakan dari depoh ke stesen Gemas hanya ke Landasan No. G1 (line 9) atau G2 (line 8). Semboyan Lansir (sisian berkenaan) akan dibebaskan dan diikuti dengan semboyan S57 yang akan menunjukkan landasan yang ditujui G1(line 9) atau G2 (line 8). 5.4.2 Di bawah Sistem Kawalan Stesen di Stesen Gemas. Penunjuk abjad GED di skrin VDU Kawalan Stesen di stesen Gemas menunjukkan warna hijau tetapi abjad GED di skrin VDU Kawalan Tempatan Depoh di depoh menunjukkan warna putih. Semasa di bawah sistem Kawalan Stesen, Pengurus Stesen Gemas dapat mengawal semua poin dan semboyan lansir di dalam yad depoh Gemas, termasuk semboyan S57 untuk pergerakan keluar dari Depoh Loko dan semboyan S04 untuk pergerakan masuk ke depoh . 5.4.3 Di bawah Sistem Kawalan Tempatan Depoh Loko. Penunjuk abjad GED di skrin VDU Kawalan utama di stesen Gemas menunjukkan warna putih tetapi abjad GED di skrin VDU Kawalan Tempatan Depoh di depoh Gemas menunjukkan warna hijau. Semasa di bawah sistem Kawalan Tempatan Depoh, Jusemboyan di depoh loko hanya dapat mengawal semua poin dan semboyan lansir di dalam yad depoh Gemas dan juga semboyan S04 untuk pergerakan masuk/keluar ke depoh. 5.4.3.1 Untuk pergerakan dari stesen Gemas ke depoh, Pengurus Stesen akan klikkan laluan dari Landasan G1(line 9) atau G2 (line 8) dan S04. Jika Jusemboyan di Kawalan Tempatan Depoh Loko bersedia terima tren itu, beliau akan klikkan laluan ke sisian yang ditujui dan klikkan. Semboyan lansir N68 atau N70 dan S04 akan tukar ke aspek bebas. 20/28
  • 21. 5.4.3.2 Untuk pergerakan dari depoh loko ke stesen Gemas, Jusemboyan di Kawalan Tempatan Depoh Loko akan klikkan semboyan sisian berkenaan dan S57. Jika Pengurus Stesen di Kawalan Stesen bersedia terima tren itu, beliau akan klikkan laluan ke Landasan G1 (line 9) atau G2 (line 8) dan klikkan. Semboyan lansir sisian berkenaan dan S57 akan tukar ke aspek bebas. 5.5 Hubung kait Landasan Yad Depoh Loko Landasan K9 dan Landasan K8 dengan laluan arah ke Pantai Timur. 5.5.1 Hanya dua landasan di Yad Depoh Loko mempunyai laluan ke Landasan Pantai Timur iaitu K8 dan K9. Semboyan Pelepas untuk Landasan K8 adalah N82 dan Semboyan Pelepas untuk Landasan K9 adalah N80. Kedua-dua semboyan pelepas N80 dan N82 adalah dikawal oleh Pengurus Stesen tidak kira samada sistem kawalan di bawah Kawalan Stesen atau di bawah Kawalan Tempatan Depoh. Kedua-dua Semboyan N80 dan N82 juga dislotkan dengan Get Lintasanrata T.T. 0/17. Jika Get Lintasanrata itu tidak ditutup kepada lalulintas, semboyan N80 atau N82 tidak dapat dibebaskan. 5.5.2 Tren dari Landasan Pantai Timur juga boleh diterima terus ke Yad Depoh Loko melalui landasan K8 dan K9 tetapi tren akan diberhentikan dahulu di Semboyan Luar T49. Selepas Get Lintasanrata T.T.0/17 telah ditutup, Semboyan Luar T49 akan dibebaskan ke warna kuning untuk tren bergerak perlahan-lahan ke Semboyan Rumah T51. Semboyan Lansir (lampu kedudukan berubah) di bawah Semboyan Rumah T51 akan dibebaskan untuk tren bergerak perlahan-lahan masuk ke Yad Depoh Loko. 5.6 Sistem Kerja Kecemasan dan Kontigensi apabila berlaku kerosakan pada Sistem Persemboyanan dan Pengira Gandar. 5.6.1 Apabila berlaku kerosakan kepada sistem persemboyanan. 5.6.1.1 Satu Semboyan Henti rosak, arahan lisan berpandukan kepada Panduan Kerja Am Seksyen A fasal 4.2 (d) diguna pakai. 5.6.1.2 Dua atau lebih Semboyan Henti rosak berturut-turut pada arah yang sama, maka Tata Kerja Blok Kontigensi hendaklah diguna pakai. Tiket Blok Kontigensi (KTMB 027) hendaklah di keluarkan dan di serahkan kepada Pemandu Tren. Peraturan-peraturan yang terkandung dalam buku Peraturan-Peraturan Tren Bahagian 2 Fasal 11.7 hendaklah dipatuhi. Jika Stesen Batang Melaka merupakan stesen di hadapan yang terlibat dengan Tata Kerja Kontigensi, Pengurus Stesen Batang Melaka hendaklah mengutip tiket dan di hantar kepada Pengurus Wilayah untuk tujuan rekod dan semakan. 5.6.1.3 Semboyan Dwi Arah rosak / gagal, Tata Kerja Jurupandu (Pilotman) Hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan- peraturan yang terkandung dalam buku 21/28
  • 22. Panduan Kerja Am Seksyen G. 5.6.2 Apabila berlaku kerosakan pada Pengira Gandar (Axle Counter) 5.6.2.1 Jika Bahagian Landasan (Track Section) didapati masih lagi di duduk (occupied) selepas laluan tren,Pengurus Stesen dibenarkan mengendalikan fungsi Axle Counter Prelimilary Reset Controls. 5.6.2.2 Sebelum mengendalikan fungsi Axle Counter Prelimilary Reset Controls,Pengurus Stesen hendaklah memastikan tren yang terakhir telah tiba lengkap di stesen hadapan berpandukan kepada Buku Aturan Seksyen D fasal 6.1 (a). 5.7 Arahan Mengenai Penggunaan “Swiper”Untuk Sekysen Pengira Gandar Gemas - Batang Melaka 5.7.1 Sekiranya berlaku sesautu kemalangan, kegagalan, insiden luar jangkaan dan lain-lain di landasan dan landasan bersebelahan terhalang dan di dapati perlu untuk mengekalkan sesautu semboyan pada kedudukan bahaya Pemandu Tren mestilah mencari berpandukan kepada arah panah PG (Pengira Gandar) yang terdekat. Sila rujuk fasal 7. Setelah menjumpai Pengira gandar Pemandu Tren hendaklah meleretkan alat Swiper sebanyak tiga (3) kali sehala sahaja pada arah pergerakan tren dan periksa semboyan yang terletak 10 meter dari Pengira Gandar berkenaan bertukar aspek dari hijau ke merah. 5.7.2 Setelah berbuat demikian ianya diikuti dengan menghubungi Pengurus Stesen berkenaan bagi memastikan samada Pengira Gandar tersebut telah bertukar warna hijau ke merah atau diduduki (occupied). Sekiranya landasan berkenaan tidak bertukar kepada merah atau di duduki di panel maka proses ini hendaklah diulangi. 6. ARAHAN PENGASINGAN DAN PENGENDALIAN POIN 6.1 Pengasingan (Isolation) – Ada Talian Atas Arus Ulang Alik 25kV. 6.2 Prosedur Pengasingan – Prosedur Pengasingan Talian Atas Arus Ulang Alik 25kV. Hendaklah dipatuhi dengan mengikut peraturan pengasingan yang telah ditetapkan dengan memaklumkan kepada ECO dan dengan mengisi borang KTMB 045 (AS). 6.3 Kerosakan Poin Elektrik 6.3.1 Apabila sesebuah tren dikehendaki melalui poin elektrik yang telah rosak, Pengurus Stesen / Jusemboyan mestilah:- 6.3.1.1 Mematuhi peraturan yang terkandung di dalam buku Panduan Kerja Am Seksyen 'B' Fasal 4.4.1 dan 4.4.2. 6.3.1.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah melantik seorang Operator Poin untuk mengendalikan poin yang telah rosak itu secara manual. Peraturan yang terkandung dalam buku Panduan Kerja Am Seksyen 'B' Fasal 4.5.1 dan 4.5.2 hendaklah dipatuhi. 6.3.1.3 Seseorang yang telah dilantik sebagai Operator Poin hendaklah mahir dalam mengendalikan poin secara manual dan faham tentang 22/28
  • 23. tanggungjawab beliau mengikut peraturan yang terkandung dalam Buku Aturan Seksyen 'B' Fasal 4.7.1. 6.3.1.4 Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memberi arahan lansir yang jelas kepada Operator Poin sebelum beliau ke poin. 6.3.1.5 Setiap poin yang dikendalikan secara manual dengan menggunakan engkol tangan hendaklah diperkukuhkan dengan klip poin dan dimangga. 6.3.1.6 Eksekutif Semboyan dan Komunikasi dan Operator PKT hendaklah diberitahu dengan serta merta. 6.4 Engkol Tangan (Hand crank) 6.4.1 Peraturan untuk mengendalikan poin-poin elektrik dengan engkol tangan adalah seperti berikut:- 6.4.1.1 Ambil engkol tangan yang berada di dalam simpanan peti besi stesen. 6.4.1.2 Tukar “Switch” dari “motor mode” ke “manual mode” di poin. 6.4.1.3 Masukkan engkol tangan ke dalam pemutar (aperture) sehingga melekat dan hendaklah dipusingkan perlahan-lahan sehingga melekat dengan pemacu sehingga berhenti. 6.4.1.4 Untuk menggerakkan poin, gerakkan engkol tangan sama ada mengikut arah Normal / Reverse seperti tertera di poin atau sebaliknya mengikut kedudukan poin yang dikehendaki. 6.4.1.5 Pergerakan lidah poin hendaklah diamati semasa engkol tangan digerakkan untuk mengesahkan poin telah diset dengan betul. 6.4.1.6 Engkol tangan hanya boleh dikeluarkan selepas dipastikan poin dikendalikan dengan betul kedudukannya. Sebelum mengembalikan engkol tangan dan kunci mangga kepada Pengurus Stesen, pastikan flap Normal / Reverse telah dikunci. 6.4.1.7 Poin yang dikendalikan dengan engkol tangan mestilah diperkukuhkan dengan klip poin dan dimangga. 6.4.1.8 Klip poin mesti dipasang pada bahagian lidah poin dan diketatkan agar ianya tidak longgar. 6.5 Kerosakan Litar Landasan 6.5.1 Jika litar landasan tidak bebas selepas laluan sesebuah tren atau indikasi litar landasan di panel kawalan menunjukkan litar diduduki, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah:- 6.5.1.1 Memastikan tren yang terdahulu telah berlalu, bebas dari landasan yang dilalui. 6.5.1.2 Sebelum landasan diisytiharkan bebas, Pengurus Stesen / Jusemboyan bertugas hendaklah mengaturkan supaya landasan tersebut diperiksa mengikut peraturan yang terkandung dalam buku 23/28
  • 24. Peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 2 Fasal 9.1, 9.2 dan 9.3.1 (a), (b), (c), (d) dan (e). 6.5.1.3 Jika didapati bahawa landasan adalah bebas, litar landasan hendaklah dianggap rosak dan Pengurus Stesen / Jusemboyan bertugas mestilah mematuhi peraturan yang terkandung dalam buku Peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 2 Fasal 11.4 atau 11.5 sebelum membenarkan tren melalui landasan tersebut. 6.6 Poin Klip 6.6.1 Unit klip poin hendaklah disimpan oleh Pengurus Stesen / Jusemboyan dan beliau hendaklah memastikan klip tersebut diselenggarakan dengan baik. 7. ARAHAN KERJA GET 7.1 Dalam Had Stesen 7.1.1 Lintasan Rata Awam Gemas Baru (Suwa) terletak di KM 563.550 di sebelah Selatan Gemas disediakan jenis berpalang mekanikal yang berslot dengan sistem persemboyanan Gemas. Get mestilah di tutup pada lalulintas kenderaan jalanraya barulah slot untuk kendalikan semboyan pelepas dan semboyan luar Gemas. 7.1.1.1 Pengurus Stesen Gemas akan memaklumkan kepada Penjaga Get setiap pergerakan tren yang melalui kawasan get tersebut melalui Walkie Talkie dan PABX 6049. 7.1.2 Lintasan Rata Awam Cawangan Pantai Timur terletak di KM 0.85 disediakan jenis berpalang elktrik dan di slotkan dengan sistem persemboyanan Gemas.Get mestilah di tutup pada lalulintas kenderaan jalanraya barulah dapat slot untuk kendalikan semboyan pelepas dan dan semboyan luar Gemas. 7.1.2.1 Pengurus Stesen Gemas akan memaklumkan kepada Penjaga Get setiap pergerakan tren yang akan melalui kawasan get tersebut melalui Walkie Talkie dan telefon PABX 6074. Nota : Pengendalian kedua-dua lintasan rata ini adalah di bawah tanggungjawab penjaga get dan perhatian Pengurus Stesen adalah dirujuk kepada Peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 1 fasall 34 hingga 41 serta Appendiks kepada Panduan Kerja Am No 7. 8. ARAHAN LANSIRAN 8.1 Apabila tren telah berlepas dari Gemas pada arah yang betul, lansiran ke arah Gemas pada arah betul boleh dilakukan dengan syarat poin-poin telah dikendalikan untuk laluan betul. Perkara yang sama juga boleh dilakukan pada Stesen Batang Melaka. 8.2 Kegagalan / Gangguan Bekalan TNB dan Generator 24/28
  • 25. 8.2.1 Sekiranya kegagalan bekalan utama elektrik dan bekalan sampingan berlaku, prosedur berikut hendaklah dilaksanakan:- 8.2.1.1 Semua poin, litar landasan, semboyan serta peralatan hendaklah di anggap rosak dan operasi tren hendaklah diatur mengikut peraturan yang terkandung dalam buku Peraturan-Peraturan Persemboyanan Tren Bahagian 2 Fasal 11.4 dan buku Panduan Kerja Am Bahagian 'A' Fasal 2.1 dengan syarat peraturan yang terkandung pada fasal 5 - Sistem Kerja dalam Perintah Kerja Stesen / Kabin ini dipatuhi. 8.2.1.2 Apabila perlu, engkol tangan (hand crank) hendaklah digunakan untuk mengendalikan poin yang terlibat dengan mematuhi Fasal 3.1 dan 3.2 dalam Perintah Kerja Stesen / Kabin. Eksekutif Semboyan dan Komunikasi dan Operator PKT hendaklah diberitahu dengan serta merta. 9 . TANGGUNGJAWAB JUSEMBOYAN / PENGURUS STESEN 9.1 Bagi tujuan arahan ini, Jusemboyan / Pengurus Stesen adalah pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kabin semasa beliau bertugas. 9.2 Apabila berlaku kemalangan atau perlanggaran dalam masa beliau tidak bertugas, beliau hendaklah dipanggil bertugas untuk membantu Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas sekiranya diperlukan. 9.3 Apabila kabin dibuka atas kerja-kerja operasi, Pengurus Stesen / Jusemboyan adalah bertanggungjawab bagi keselamatan pergerakan dan kerja tren. Beliau juga diingatkan dengan polisi keselamatan dalam Buku Aturan dan Peraturan “Keselamatan adalah tanggungjawab setiap orang pada setiap masa, cara kerja yang selamat adalah suasana pekerjaan kita”. Oleh itu utamakanlah keselamatan. 9.4 Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas mesti ada bersamanya Buku Aturan dan Peraturan serta arahan terkini. Sekiranya anda tidak mempunyai buku tersebut, anda hendaklah mendapatkannya dari pejabat Pengurus Wilayah. 9.5 Anda mestilah mahir dengan kandungan:- 9.5.1 Buku Aturan dan Peraturan. 9.5.2 Arahan kerja. 9.5.3 Tambahan kepada Arahan Am. 9.5.4 Peraturan Persemboyanan Tren. 9.5.5 Appendiks kepada Panduan Kerja Am. 9.5.6 Arahan-Arahan Kerja untuk Talian Elektrik Arus Ulang Alik. 9.6 Pengurus Stesen / Jusemboyan adalah kakitangan yang bertanggungjawab terhadap kerja operasi tren dalam kawasan Had Stesen, termasuk kakitangan di bawah jagaan beliau yang mengendalikan alat persemboyanan serta poin semasa beliau bertugas. 25/28
  • 26. 9.7 Bagi memenuhi kehendak AKTA OSH 1994, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Aturan dan Peraturan mengenai perlaksanaan tugas dengan selamat di tempat kerja serta pengendalian operasi tren mengikut peraturan tetap bagi menjamin keselamatan dan jika sebarang pengabaian terhadap perlaksanaan tanggungjawab Akta ini, bermakna Syarikat KTMB gagal memenuhi undang-undang negara dan boleh didakwa. 10. PERINTAH AWAS @ i-Caution 10.1 Stesen Gemas adalah stesen yang di senaraikan untuk mengeluarkan Perintah Awas. Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas adalah bertanggungjawab bagi mengeluarkan Perintah Awas kepada pemandu tren. 10.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan mestilah tahu dan peka kepada Perintah Awas / i- Caution semasa dan cara memeriksa dan mendapatkannya dalam sistem Intranet. 10.3 Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah menyerahkan perintah awas kepada pemandu tren bila perlu dan pastikan ianya adalah perintah awas yang terkini. 10.4 Pengurus Stesen / Jusemboyan perlu merekodkan perintah awas yang di terima dari Merinyu Urusan Jalan atau Operator PKT bertugas. 11. ARAHAN AM 11.1 Pengurus Stesen / Jusemboyan yang masuk tugas mesti menyelaraskan waktu stesen / kabin dengan Pengelola Tren. 11.2 Pengurus Stesen / Jusemboyan yang bertugas mesti mengemaskinikan keadaan cuaca dan kebersihan stesen mengikut SOP yang telah ditetapkan. 11.3 Sebelum memulakan tugas harian, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah mengadakan sesi taklimat tentang tugas dan tanggungjawab segala aspek keselamatan kepada kakitangan jagaannya. Sila rujuk Pekeliling Operasi - Prosedur Taklimat Keselamatan (Safety Briefing) Untuk Pengurus Stesen Dan Kru Tren (OPS/OPS/08/2009) yang berkuat kuasa 25 Mei 2009. 12. PERTOLONGAN CEMAS - Sila Lihat Lampiran A. 13. MENCEGAH KEBAKARAN - Sila Lihat Lampiran B. 14. BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS - Sila Lihat Lampiran C. 15. BILA BERLAKU KECEMASAN - Sila Lihat Lampiran C. 16. MENGAWAL ORANG RAMAI DI STESEN DAN PLATFORM - Lihat Lampiran D. 17. KEROSAKAN LIF / ESKALATOR - Sila Lihat Lampiran D. 18. PEMATUHAN ARAHAN DAN PERATURAN 18.1 Arahan kepada Pengurus Stesen untuk mematuhi dan mahir dalam semua aturan dan peraturan termasuk pindaan terkini yang berkaitan dengan operasi tren. 26/28
  • 27. Nota: Arahan ini memansuhkan Perintah Kerja Stesen Gemas yang dikeluarkan terdahulu. ……………………………. …………………………. Disemak oleh Disahkan oleh Yusli Ahmad S. Mahendran Pengurus Operasi Pm. Pengurus Besar Operasi 31 Julai 2013 31 Julai 2013 Lampiran A 1. PERTOLONGAN CEMAS 1.1 Maklumat Am 1.1 Stesen perlu dilengkapi dengan peralatan pertolongan cemas seperti berikut:- (a) Peti pertolongan cemas (b) Pengusung (c) Set Oksigen (d) Kerusi roda 1.2 Tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kecemasan atau kemalangan:- (a) Buat penilaian, memahami sejarah kejadian, mengenal pasti punca kemalangan (bahaya) dan tahap kecederaan. 27/28
  • 28. (b) Asingkan bahaya daripada mangsa atau mangsa daripada bahaya. (c) Memeriksa kesedaran. (d) Jika tidak ada kesedaran, hubungi ambulan. (e) Buka saluran pernafasan. (f) Memeriksa pernafasan (dengar, rasa dan lihat). (g) Jika tidak ada pernafasan, mulakan CPR. (h) Jika sudah ada pernafasan atau pergerakan, berhentikan pendarahan jika ada (Gunakan peti pertolongan cemas). (i) Balut patah jika ada (Gunakan peti pertolongan cemas). (j) Beri rawatan untuk renjatan (memberi semangat kepada mangsa). 11.3 Tugas dan Tanggungjawab Pegawai / Pengurus Stesen / Jusemboyan (a) Memastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap. Mohon untuk bekalan baru sekiranya bekalan sudah berkurangan. (b) Memastikan pengusung dalam keadaan baik dan bersih. (c) Kerusi roda dalam keadaan baik dan bersih. (d) Memastikan set oksigen dalam keadaan baik dan lengkap. (e) Memastikan peralatan pertolongan cemas di simpan di tempat yang mudah dilihat. (f) Memastikan semua kakitangan menghadiri kursus ulangkemas pertolongan cemas. Lampiran B 1. MENCEGAH KEBAKARAN 1.1 Maklumat Am 1.1 Stesen perlu dilengkapi dengan sistem pencegahan kebakaran seperti berikut:- (a) Sistem salur bantu mula (hose reel system). (b) Alat pemadam api mudah alih ABC Powder dan Karbon Diosida Portable fire extinguisher). (c) Pili Bomba (Fire Hydrant). (d) Sistem gas CO2 di bilik COM. dan bilik relay. (e) Sistem pengesan haba / pengesan asap (heat detector / smoke detector) di bilik COM dan bilik relay. 28/28
  • 29. (f) Alat pecah kaca (Alarm bell). (g) Telefon Bomba (Direct telephone link to Jabatan Bomba). Nota : Adalah diingatkan apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran dan kecemasan dan kecemasan gas Co2 di bilik COM. dan bilik relay, semua kakitangan stesen dilarang masuk ke dalam bilik tersebut kecuali ada dibekalkan peralatan PPE yang disediakan. 1.2 Undang-undang Universal Bagi Mengelakkan Kejadian Kebakaran 1.2.1 Kawal atau hapuskan punca-punca nyalaan. 1.2.2 Kawal atau hapuskan bahan-bahan yang mudah terbakar. 1.2.3 Penggunaan secara minimum bahan yang mudah terbakar. 1.2.4 Penggunaan dan pemilikan bahan yang mempunyai tahap kebakaran (fire load) yang rendah. 1.3 Strategi Pencegahan 1.3.1 Pastikan semua jalan masuk ke bangunan selamat daripada pencerobohan. 1.3.2 Pastikan laluan ke jalan keluar dan masuk ke bangunan bebas daripada sebarang halangan. 1.3.3 Barang-barang yang di simpan di luar bangunan hendaklah teratur dan bebas daripada sebarang halangan. 1.3.4 Pastikan pokok-pokok tidak menghalang pendawaian elektrik. 1.3.5 Adakan kemudahan-kemudahan yang selamat untuk pembuangan sampah. 1.3.6 Pastikan jentera dan perkakas bomba boleh menghampiri bangunan untuk tujuan menyelamat mangsa dan melawan kebakaran. 1.4 Tindakan Yang Perlu Dilakukan Apabila Mendengar Loceng Amaran 1.4.1 Hentikan semua kerja-serta-merta. 1.4.2 Pastikan keselamatan kawasan kerja sebelum meninggalkan tempat kerja. Contohnya: tutup laci dan kabinet, tutup suis perkakas elektrik, tutup pintu dan lain-lain. 1.4.3 Selamatkan diri anda melalui tangga / pintu yang berhampiran atau yang ditetapkan. 1.4.4 Maklumkan kepada penghuni lain dan bantu pelanggan-pelanggan keluar dari premis. 1.4.5 Segera keluar ke tempat berkumpul dan tunggu di situ hingga menerima arahan selanjutnya. 1.5 Tindakan Yang Perlu Dilakukan Semasa Kebakaran 1.5.1 Bertindak segera! Aktifkan loceng (break glass) kecemasan dan jerit Api! Api! Api! 1.5.2 Cuba selamatkan mangsa yang cedera dan elakkan diri daripada terdedah kepada asap dan wap. 1.5.3 Utamakan keselamatan diri anda. 1.5.4 Padam kebakaran jika keadaan mengizinkan dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai. 1.5.5 Jangan cuba memadam kebakaran bersendirian. 1.5.6 Jika anda tidak terlatih dalam menentang kebakaran keluar segera dan tutup pintu. 29/28
  • 30. 1.5.7 Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan segera, dail 999 serta beritahu penyelia anda tentang kebakaran. 1.5.8 Jika terperangkap dalam asap, jangan berlari. Cuba merangkak di paras paling rendah dengan muka menghala ke bawah dan keluar. 1.5.9 Jangan cuba masuk ke bangunan semula setelah meninggalkannya. 1.5.10 Jika kebakaran tidak mengancam, tutup semua peralatan elektrik dan mesin- mesin tetapi biarkan lampu. 1.6 Tugas dan Tanggungjawab Pegawai / Pengurus Keselamatan terhadap Keselamatan Tempat Kerja. 1.6.1 Mengadakan latihan asas mencegah kebakaran kepada kakitangan yang baru mula bertugas dan kakitangan yang lama diberi latihan ulang kemas setiap tahun sekali. 1.6.2 Merancang dan mengaturkan latihan-latihan kebakaran pada setiap kakitangan tentang kaedah pencegahan dan kawalan kebakaran yang bersistematik. 1.6.3 Pegawai / Pengurus Stesen / Jusemboyan harus memastikan sistem pencegah kebakaran dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan sebarang kerosakan harus diberitahu kepada Jabatan Aset dengan segera. 1.6.4 Mengadakan kerjasama dengan pihak Jabatan Bomba / Persatuan Bomba Sukarela dan Penyelamat KTMB untuk mendapatkan khidmat latihan dan nasihat audit bangunan. 1.7 Anda Dilarang Keras Daripada:- 1.7.1 Sengaja memecahkan “Break Glass” dengan tiada sebab. 1.7.2 Menghisap rokok di kawasan lobi lif dan di dalam lif. 1.7.3 Meletak kereta dan sebagainya berhampiran dengan pili bomba atau cabang masuk air atau di hadapan pintu rintangan api. 1.7.4 Membuka pintu rintangan dan membiarkannya terbuka dengan penyendal di bawahnya pintu rintangan api. 1.7.5 Meletak apa saja barang yang boleh menghalang laluan keluar penghuni. 1.7.6 Membawa atau menyimpan gas, bahan kimia atau bahan yang mudah terbakar. 30/28
  • 31. Lampiran C 1. BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS 1.1 Apabila bekalan elektrik terputus (black out) pada panel kawalan PKT, panel kawalan PKT akan diserahkan kepada kawalan tempatan (local) untuk dikendalikan oleh Pengurus Stesen / Jusemboyan. Pekeliling Operasi - Prosedur Pengendalian Panel Pusat Kawalan Tren (PKT) Semasa Berlaku Kerosakan - OPS/OPS/02/2009 yang disiarkan dalam Berita Dwi Mingguan Bil. 3039 bertarikh 22.3.2009 Perkara 9687 hendaklah dipatuhi. 1.2 UPS Tidak Bekerja Apabila Bekalan Elektrik Terputus:- 1.2.1 Apabila bekalan elektrik terputus (black out) pada Panel Pusat Kawalan Tren dan kawalan tempatan (local), UPS juga tak berfungsi maka tata kerja Prosedur Pengendalian Panel Pusat Kawalan Tren (PKT) Semasa Berlaku Kerosakan - OPS/OPS/02/2009 hendaklah dikuatkuasakan. 1.3 Alat Talian Atas Terputus (OHLE) 1.3.1 Alat Talian Atas terputus – Sila rujuk kepada prosedur Electrical Multiple (EMU) Emergency Rescue Plan MNL/OPS/04/2005. 1.4 Sistem Siar Raya (PA System) 31/28
  • 32. 1.4.1 Pengurus Stesen/Jusemboyan adalah bertanggungjawab untuk membuat pengumuman dari masa ke semasa untuk memaklumkan kepada penumpang / orang awam sekiranya dibekalkan dengan alat siaraya (PA System). 1.4.2 Sekiranya alat siaraya (PA System) rosak atau tidak dibekalkan, Pengurus Stesen / Jusemboyan hendaklah memaklumkan kepada penumpang / orang awam secara bersemuka. 1.5 Apabila berlaku kelewatan perjalanan sesebuah tren penumpang Komuter atau Intercity atau ETS disebabkan oleh insiden seperti kegelinciran, kemalangan, insiden diluar jangkaan dan lain-lain, penumpang memerlukan maklumat mengenainya. Mereka akan merasa kurang selesa dan mungkin akan menimbulkan keadaan panik sekiranya mereka tidak diberi maklumat dengan segera dan seterusnya dari masa ke semasa. Sila rujuk kepada Garis Panduan Penyaluran Maklumat Untuk Tujuan Pengumuman Ke atas Penumpang Apabila Berlaku Sesuatu Kemalangan Yang Menyebabkan Gangguan / Kelewatan Kepada Larian Tren yang disiarkan dalam Berita Dwi Mingguan Bil. 2906 bertarikh 15.2.2004 (Tambahan). 1.6 Pegawai-Pegawai KTMB, Polis Bantuan dan Polis Tempatan mestilah diaturkan di stesen dan platform atau membuat perjalanan atas tren untuk menyelia dan membantu kakitangan stesen dan kru tren apabila berlaku kesesakan orang ramai (luar biasa) di stesen dan platform. Lampiran C 1. BILA BERLAKU KECEMASAN 1.1 Bila berlaku kecemasan senarai prosedur yang berkaitan dan sedang berkuat kuasa adalah seperti berikut:- (a) Major Accident and Other Incident Emergency Rescue Plan (SOP). (b) Garis Panduan Persediaan Menghadapi Bencana Banjir. (c) Prosedur Pengendalian Panel Pusat Kawalan Tren (PKT) Semasa Berlaku Kerosakan. (d) EMU Emergency Rescue Plan. (e) Carriage of Dangerous Goods by Rail. (f) Crisis Management Handbook. (g) Crisis Communication Manual. 1.2 Jika pemindahan penumpang / bungkusan / barang perlu dilaksanakan, Pekeliling Pengurusan OPS/OPS/05/2012 - Prosedur Pemindahan Penumpang, Bungkusan dan Kargo yang disiarkan dalam Buletin Operasi Bil. 3124 bertarikh 25.6.2012 Perkara 10327 hendaklah dipatuhi. 32/28
  • 33. 1.3 Lain-lain prosedur yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:- (a) Pekeliling Operasi OPS/OPS/08/2009–Prosedur Taklimat Keselamatan (Safety Briefing) Untuk Pengurus Stesen / Jusemboyan Dan Kru Tren yang disiarkan dalam Berita Dwi Mingguan Bil. 3045 bertarikh14.6.2009 Perkara 9750. (b) Prosedur Menghadapi Banjir – MNL/OPS/02/2008 yang disiarkan melalui Berita Dwi Mingguan Bil. 3028 bertarikh 19.10.2008 Perkara 9630. (c) Arahan Khas Yang Diluluskan OPS/SHE/04/2005 - Pelan Tindakan Jerebu yang disiarkan dalam Berita Dwi Mingguan Bil. 2950 berkuat kuasa 1.10.2005. (d) Arahan Khas Yang Diluluskan - OPS/OPS/02/2005 - Prosedur Bencana Gegaran Gempa Bumi berkuat kuasa 5.5.2005. (e) Pekeliling Pengarah Urusan OPS/OPS/03/2005 - Prosedur Pemeriksaan Khas Landasan Semasa Cuaca Panas Melampau, Cuaca Buruk Dan Hujan Lebat berkuat kuasa 15.7.2000. Lampiran D 1. MENGAWAL ORANG RAMAI DI STESEN DAN PLATFORM 1.1 Berunifom lengkap. 1.2 Kakitangan perlu menggunakan wisel bagi memudahkan kawalan. 1.3 Membuat hebahan secara berterusan menggunakan alat Siar Raya. 1.4 Memastikan keselamatan penumpang di Platform. 1.5 Memberi keutamaan kepada golongan OKU, warga emas dan wanita mengandung. 1.6 Memberi bantuan kecemasan dengan segera. 1.7 Menambah bilangan kakitangan (contohnya PS,TC, QI, PB dan PA). 1.8 Berhemah dalam mengendalikan orang ramai. 2. KEROSAKAN LIF / ESKALATOR 2.1 Kamera CCTV perlu sentiasa difokuskan ke Lif atau Eskalator. 33/28
  • 34. 2.2 Di luar atau dalam lif serta eskalator perlu diletakkan nombor telefon kecemasan samada No. 999 dan nombor kontraktor penyelenggaraan lif / eskalator. 2.3 Lif hendaklah dipasang alat interkom bagi memudahkan berkomunikasi antara mangsa dengan Pengurus Stesen / Jusemboyan jika berlaku kecemasan. Lampiran E SOP Untuk Poin Bersifat Self Normalizing. Pendahuluan Poin perangkap bersifat self normalizing digunakan di stesen-stesen kuncikait penuh jenis route relay interlocking (RRI) dan programmeable base interlocking (PBI). Fungsi utama poin perangkap bersifat self normalizing adalah untuk melindungi landasan utama daripada dimasuki oleh gerabak/tren yang bergerak dengan sendiri (runaway train). Matlamat untuk menyediakan SOP Setelah mengkaji dengan menyeluruh beberapa kes kegelinciran yang berlaku di atas poin perangkap bersifat self normalizing, didapati poin perangkap bersifat self normaling boleh menyebabkan kegelinciran tren disebabkan daripada dua perkara yang dikenalpasti iaitu:- • Permukaan landasan yang berkarat • Jentera ringan tidak mampu mengaktifkan litar landasan. 34/28
  • 35. Kedua-dua keadaan di atas menyebabkan litar landasan yang mengawal poin perangkap bersifat self normalizing tidak dapat diaktifkan. Justeru itu, ia menyebabkan poin perangkap bersifat self normalizing bertindak sehingga menyebabkan kegelinciran tren. Oleh itu prosedur kerja berbentuk SOP diperlukan untuk dijadikan panduan kepada kakitangan operasi untuk mengendalikan poin perangkap bersifat self normalizing secara selamat semasa kerja-kerja lansiran. Cara poin self normalizing berfungsi Poin perangkap bersifat self normalizing sentiasa disetkan kedudukan normal iaitu ke arah poin perangkap (wrong point) sewaktu tidak digunakan. Poin perangkap bersifat self normalizing boleh dikendalikan dengan tiga cara iaitu :- • Manual setting • Automatik setting (melalui route setting) • Engkol Tangan (semasa kerosakan sistem persemboyanan) Manual setting Poin diset dan dikunci secara manual dengan tetikus/butang dari panel CTC/Stesen. Setelah pasti poin telah diset dan kunci (tidak flashing). OPKT/Pengurus Stesen dikehendaki set route mengikut keperluan, tindakan ini akan bebaskan semboyan yang mengawal pergerakan ke aspek BEBAS. Apabila tren melepasi semboyan berkenaan lalu menduduki dan membebaskan litar landasan yang mewakili route yang diset. Semboyan akan balik ke aspek BAHAYA secara automatik tetapi poin perangkap tetap diset ke reverse dan dikunci. Poin perangkap self normalizing tidak akan balik ke normal sehingga Pengurus Stesen/OPKT membebaskannya secara manual. Oleh itu OPKT/Pengurus Stesen dikehendaki membebaskan poin perangkap dan pastikan poin perangkap balik kedudukan normal sejurus kerja-kerja lansiran siap. Tatacara ini didapti berkesan untuk menangani kelemahan poin perangkap bersifat self normalizing yang dihuraikan diatas. Automatik setting Poin diset dan dikunci dengan hanya memberi route. Tindakan ini akan mengunci poin perangkap dengan route dan semboyan akan menunjukkan aspek BEBAS. Apabila tren melepasi semboyan berkenaan lalu menduduki dan membebaskan litar landasan yang mewakili route yang diset. Semboyan dan poin perangkap akan bergerak ke normal secara automatik. Engkol Tangan Tatacara engkol tangan dilakukan semasa kerosakan sistem persemboyan stesen. Ianya dilakukan dengan mematuhi tiga peringkat iaitu:- 1. Bekalan arus diputuskan dengan menggunakan Kunci pemintas (cut-out)arus elektrik. 2. Masukkan engkol tangan dengan sempurna dan pusing sehingga switch rail rapat dengan stock rail dan terdengar bunyi locking. 3. Setelah kakitangan yang mengendalikan tugas berkenaan berpuasa hati, beliau dikehendaki memasang klip poin dan ketatkan sebelum memberi semboyan tangan dari tempat yang selamat. Arahan SOP Dengan keluarnya SOP ini semua Operator Pusat Kawalan Tren(OPKT) dan Pengurus Stesen hanya dibenar menggunakan prosedur manual setting sahaja semasa kerja-kerja lansiran dilakukan di kawasan poin perangkap bersifat self normalizing. Arahan ini juga melarang OPKT/Pengurus Stesen menggunakan prosedur automatik setting untuk mengendalikan poin perangkap bersifat self 35/28
  • 36. normalizing untuk apa-apa aktiviti operasi. Arahan ini juga tidak membatalkan tatacara engkol tangan yang dilaksanakan pada masa sekarang. “KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA” Lampiran F ARAHAN LANSIR KE DEPOH LOKOMOTIF LAMA Pendahuluan Arahan lansir sementara ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada lokomotif IRCON di service di depoh lokomotif lama. Arahan ini akan mansuh dengan sendiri apabila depoh lokomotif baru ditauliahkan sepenuhnya. Arahan Lansir Semua pergerakan lokomotif dari landasan utama sisian depoh ke depoh dan sebaliknya akan dikendalikan secara arahan lisan dan semboyan tangan serta pengendalian poin 201A secara engol tangan. Kaedah mengerakkan lokomotif dari landasan utama sisian depoh ke depoh lokomotif lama 1. Pergerakan lokomotif boleh dilakukan dengan semboyan sehingga semboyan GED S04. Setelah poin 201A diset ke Reverse, Jusemboyan tangan dikehendaki memberi semboyan 36/28
  • 37. tangan kepada Pemandu Lokomotif untuk laluan depoh lokomotif lama. 2. Panel VDU akan menunjukan 201A flashing semasa poin diset ke Reverse dan flashing akan berhenti apabila poin 201A telah diset semula ke Normal. Kaedah mengerakkan lokomotif dari depoh lama ke landasan utama sisian depoh 1. Lokomotif akan bergerak sehingga Papan Tanda Berhenti, Setelah poin 201A diset ke Reverse, Jurusemboyan tangan dikehendaki memberi semboyan tangan kepada Pemandu Lokomotif untuk mengerakan lokomotif melepasi Papan Tanda Berhenti sehingga semboyan GED S57. 2. Pergerakan lokomotif selepas semboyan GED S57 akan dikawal oleh semboyan dari panel VDU. Penguatkuasaan 1. Jurusemboyan Tangan yang dilantik menjalan tugas ini telah dilatih dan kompeten. 2. Pergerakkan lokomotif hanya boleh dilaksanakan dengan adanya komunikasi di antara Jurusemboyan Tangan dan jurusemboyan panel VDU. 3. Poin 201A sentiasa di set ke Normal apabila tidak digunakan. 4. Pegawai Operasi tempatan mesti memberi Tool Box briefing kepada semua kakitangan tentang arahan ini. 5. Sila lihat lampiran lakaran gambarah untuk butiran lanjut. Saya sahkan bahawa saya telah membaca Perintah Kerja Stesen Gemas dan telah difahami oleh saya sepenuhnya. Saya juga mahir dalam pengendaliannya. . Nama: ......................................... Nama:.......................................... No. Perkhidmatan:....................... No. Perkhidmatan:.............. 37/28
  • 38. Pengurus Stesen / Jusemboyan 1. Pengurus Stesen / Jusemboyan 2. Nama: .......................................... Nama:......................................... No. Perkhidmatan:......................... No. Perkhidmatan:............... Pengurus Stesen / Jusemboyan 3. Pengurus Stesen / Jusemboyan Ganti Nama: .......................................... No. Perkhidmatan:......................... Pengurus Stesen / Jusemboyan 3. 38/28