Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Sungai melaka-Borhan Md Zain
1. Sungai Melaka
Sungai Melaka ,airnya merah
Mengalirkan darah pahlawan hingga ke hulu tercatat dalam nadi
sejarah
yang mengalirmuntahkan lahar pembangunan
pada setiap hentian.
Sungai Melaka,
Dsinilah nadi tercipta
Muaranya mengaut segala hasil
Membina empayar bangsa bermulanya disini.
Ditepian sungai tercanai indah tamaddun
Menggamit rasa para pelancong.
Perahunya indah menyusur bersama kocakan
Melintas lalu mengalir jernih.
Senja di muara sungai Melaka
Meganya darah pejuang mengalir
Menyusur bibir pantai selat Melaka.
Dingin angin semilir ,aku hilang punca
Mencari sesuatu yang abadi
Segalanya telah kembali dipangkuan negeri
Ia dalah masa lampau yang tidak berwajah dan kosong
2. Tidak dapat menghidu harumnya
Walaupun dimiliki padasetiap kelahiran.
Di muara sungai Melaka,
Matahari tenggelam dan selalu mahu merampas
Sinar dari kegelapan.
Warna senja ini mau dipetik
Manik-manik emas dari kilau airnya
Dan tak mau kubiarkan kegelapan
Berterusan memanjang menyusur
Sejarah kebangkitan awal kerajaan Melayu Melaka.
Di muara Sungai Melaka akan kulukiskan senyuman
Kerana telah diberikan kesepian itu;
Berikan padaku
Berikan padaku
Sungai Melaka segala perisitiwa itu
Agar kuserahkan ia kepada monument memori pembangunan
Bangsaku.
Borhan Md.Zain
Dataran Sg.Melaka
Jun 2011