1. Latihan Pengukuhan :
Seorang murid diminta melakukan ujian matematik secara dalam talian. Jika markah ujian kurang daripada 85, murid akan
diminta mengulang ujian tersebut. Bilangan maksimum ulangan yang dapat dilakukan ialah tiga kali. Selepas melakukan
ujian, markah akan dipaparkan. Jika murid mengambil lebih daripada satu ujian, markah yang dipaparkan ialah purata
markah.
Pseudokod :
1. MULA
2. ISYTIHAR pemboleh ubah markah, ujian dan purata_markah
3. SETKAN ujian = 1
4. AMBIL ujian
5. PERIKSA markah < 85?
JIKA benar
ULANG ujian
JIKA palsu
PAPARKAN markah
TAMAT
6. PERIKSA ujian >= 3?
JIKA benar
PAPARKAN purata_markah
JIKA palsu
TAMBAH 1 pada ujian
ULANG ujian
7. TAMAT