SlideShare a Scribd company logo
PERANCANGAN ASAL MAT INDERA DAN PKM MENYERANG BUKIT KEPONG
Mat Indera merupakan individu yang mengarahkan serangan
ke atas Balai Polis Bukit Kepong
Tragedi Bukit Kepong merupakan pertempuran bersenjata yang meninggalkan sejarah
berlaku pada 23 Februari 1950 melibatkan pihak polis dan Parti Komunis Malaya (PKM)
sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Ia berlaku di kawasan sekeliling Balai Polis Bukit Kepong yang terletak ditebing Sungai
Muar. Kejadian ini berlaku sebelum waktu Subuh apabila pasukan komunis
melancarkan serangan gerila ke atas polis dan berakhir tragik apabila berlaku
penyembelihan berdarah terhadap hampir kesemua pegawai polis yang berkhidmat
disitu.
Memetik daripada kandungan buku ‘Memoir Abdullah C.D’, Tragedi Bukit Kepong telah
diketuai oleh Mat Indera, seorang komunis Melayu yang memimpin dua plantun
komunis Melayu. Ia turut disahkan oleh Chin Peng menerusi buku ‘Dialogues with Chin
Peng : New Light On The Malayan Communist Party’, C. C. Chin, Karl Hack.
Parti Komunis Malaya telah disertai oleh ramai Melayu kerana mereka percaya bahawa PKM membawa objektif
memperjuangkan kemerdekaan tanahair - mD
Idelogi komunis yang anti Tuhan tidak boleh dipakai masuk di negara kita sejak dulu
lagi kerana majoriti di sini berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Sewaktu Tanah Melayu, sokongan terhadap PKM tidak begitu memberangsangkan
kerana gerakan mereka tidak diiktiraf sebagai parti politik yang sah.
Maka satu agenda telah dibuat oleh PKM dalam mendapatkan sokongan daripada
kaum majoriti di Tanah Melayu waktu itu.
Membawa masuk orang Melayu sebagai pemimpin tertinggi dalam mengetuai
beberapa bentuk serangan yang berlaku merupakan salah satu daripada agenda
mereka untuk menakluki kepercayaan penduduk Tanah Melayu.
Mereka mengambil hati orang Melayu dengan menyebarkan objektif gerakan Parti
Komunis Malaya adalah memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada pihak
British.
Penglibatan Mat Indera sebagai anak Melayu yang mengetuai serangan bersama
pasukan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong menjadi salah satu contoh orang
Melayu rela diperalatkan demi memenuhi keinginan PKM dalam cubaan menjajah
Tanah Melayu secara perlahan.
Pasukan polis di Bukit Kepong - mD
Maka, timbul pelbagai versi sejarah daripada ramai pihak mengenai ‘Tragedi Bukit
Kepong’. Ramai yang menganggap Mat Indera merupakan seorang pejuang negara
kerana dia bertekad membunuh polis-polis yang dianggap pembelot dengan alasan
mereka bekerja di bawah penjajahan orang putih ketika itu.
Mat Indera terpedaya dengan dakyah idelogi komunis dan jika benarlah beliau mahu
memerangi penjajah, beliau boleh lakukannya bersama orang Melayu dan bukan
mendapatkan pertolongan komunis yang mempunyai agenda tersembunyi.
Apakah Mat Indera dan rakyat Malaysia lupa bahawa Parti Komunis Malaya juga
pernah bersekutu dengan pihak British dari tahun 1942 hingga 1945?
Menurut rancangan asal, serangan itu hanya sebagai tanda amaran sahaja.
Bagaimanapun, serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun bertukar menjadi
tragedi berdarah.
Persoalan yang bermain di fikiran masyarakat terhadap sejarah ini adalah apakah
sebenarnya perancangan asal PKM di Bukit Kepong?
Mengapa perancangan asal mereka berubah? Siapa yang memberikan arahan kepada
Mat Indera melancarkan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan apa peranan
sebenar Mat Indera?
Dr. Nazarudin Zainun
Menurut Pakar Sejarah Melayu Dunia dan Asia Tenggara, Universiti Sains Malaysia, Dr
Nazarudin Zainun, persoalan ini perlu diteliti secara mendalam kerana berdasarkan
keterangan beberapa tokoh komunis, tujuan mereka hanya hendak menakutkan saja
tetapi apabila ada serangan balas daripada pihak polis, maka terjadilah serangan
berdarah tersebut.
Alasan mereka itu terlalu mudah dengan hanya meletakkan beban kepada pihak polis
saja.
“Mereka harus ingat. Polis adalah pihak yang diserang. Tentulah mereka perlu
mempertahankan diri. Kita tengok dari segi jumlah anggota komunis pun sudah jelas
menunjukkan bilangan mereka jauh lebih ramai daripada polis dan lengkap
bersenjata. Logikkah datang hanya untuk memberi amaran saja?
“Pasukan komunis membuat barisan pertahanan di bahagian belakang dan barisan
utama untuk memutuskan bekalan bantuan dan logistik kepada polis. Mereka yang
menjaga barisan belakang adalah untuk menghalang kemaraan bantuan daripada
orang kampung.
“Bukankah tindakan pasukan komunis itu jelas memperlihatkan bahawa mereka sudah
merancang lebih awal untuk melancarkan serangan dan bukanlah terjadi kerana
keterdesakkan keadaan?,” katanya kepada Malaysian Digest.
Mengulas mengenai penglibatan Mat Indera sebagai orang Melayu komunis yang
terlibat dalam serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong, jelas Dr Nazarudin, Mat
Indera adalah ahli pasukan komunis yang berpangkat tinggi di lapangan ketika
peristiwa tersebut. Beliau tentunya bertindak sesuai dengan arahan yang diterima
daripada orang teratas dalam PKM.
“Bukankah ini jelas memperlihatkan percaturan oleh pihak tertentu untuk memecah
belahkan kesatuan Melayu yang akhirnya akan wujud kelompok Melayu yang
menyokong polis dan Melayu yang menyokong komunis?
“Strategi mereka sudah berjaya sekarang. Sesuai dengan perancangan komunis yang
cuba untuk menguasai Tanah Melayu secara perlahan,” katanya.
Tambah Dr Nazarudin, alasan pasukan komunis membunuh anggota polis kerana
dianggap pembelot hanyalah sekadar untuk mengesahkan tindakan mereka saja.
Antara bukti kekejaman yang dilakukan oleh pasukan komunis sewaktu di Tanah Melayu dahulu - mD
Pada hakikatnya, mereka terlupa bahawa pada ketika itu majoriti penduduk Tanah
Melayu adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Bagaimana mereka hendak
menerima fahaman komunis yang anti agama?
“Maka timbul persoalan mengapa mesti Mat Indera yang berbangsa Melayu bertindak
sebagai ketua dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong. Apa akan terjadi sekiranya
serangan tersebut diketuai oleh seseorang yang bukan Melayu?
“Tentunya pihak yang merancang agenda untuk meruntuhkan kesatuan Melayu ini
telah berfikir tentang hal tersebut. Mereka tidak mahu dikatakan
sebagai rasis maka mereka menggunakan propaganda menentang penjajah untuk
kemerdekaan, maka tertariklah orang Melayu kita ini untuk turut serta dengan
perjuangan Parti Komunis Malaya," katanya.
Apa yang jelas, menghapuskan sesebuah bangsa bermula dengan menghapuskan
sejarah bangsa mereka sendiri. Maka, fakta sejarah yang sebenar akan dipusingkan
dengan mengangkat pengkhianat sebagai hero kemerdekaan.
Kita harus menyedari apa sebenarnya agenda mereka
bagi meruntuhkan kesatuan Melayu – Md
Ramai diantara rakyat Malaysia yang telah mengiktiraf Mat Indera, Rasyid Maidin,
Abdullah C.D dan ahli PKM lain kononnya sebagai pejuang kemerdekaan. Apakah
mereka ini layak menerima pengiktirafan tersebut?
Apakah rakyat Malaysia tidak tahu membezakan pengkhianat atau pejuang
kemerdekaan sebenar?
“Persoalan berkaitan dengan sejarah sesuatu bangsa sebenarnya tidak pernah tuntas.
Orang selalu menyatakan sang pemenang akan menulis sejarah. Apakah ini bererti
sejarah akan ditulis semula sebaik saja sesuatu pihak itu menang? Kalau ini terjadi,
maka lingkuplah sejarah. Sejarah akan dijadikan alat oleh sang pemenang.
“Tapi, persoalannya bolehkah sejarah ditulis semula? Rakyat Malaysia harus tahu,
sejarah sesuatu peristiwa yang berlaku itu tidak boleh berubah.
"Apa yang berubah adalah tafsiran mengenai sejarah berdasarkan bukti baru. Apakah
sudah ada penemuan bukti baru dalam konteks penafsiran sejarah tragedi bukit
kepong?
“Jika ada, apakah bukti tersebut? Setakat ini belum ada sebarang bukti yang
dikemukakan mana-mana pihak, makanya sejarah Bukit Kepong yang ditulis semula
itu hanyalah sejarah yang diubah sudut pandangannya.
"Perkara ini tidak akan dapat mengubah fakta yang sebenar,” katanya.
Tambahnya, rakyat Malaysia harus tahu mengapa sejarah itu ditulis sama ada untuk
dikenang atau sejarah berperanan sebagai pengajaran. Ibaratnya, sejarah itu
berperanan seperti cermin pandang belakang sesebuah kenderaan.
Sesekali ketika kita memandu, kita perlu menjeling dan melihat cermin sisi.
“Apa yang menjadi kepincangan utama dalam sejarah dunia ialah adanya kelompok
tertentu menulis dan menjadikan sejarah untuk tujuan mengesahkan politik sesebuah
kelompok.
“Kepada golongan muda kini yang tak mengerti metodologi sejarah perlulah
memahami bahawa untuk menghasilkan sejarah yang baik dan betul, mestilah
ditulis oleh individu yang memperlajarinya tanpa ada apa-apa tujuan dan kepentingan
tertentu,” katanya.
Salleh Lamry antara penulis yang telah banyak menghasilkan
buku-buku gerakan berhaluan kiri sewaktu Tanah Melayu – mD
Bagi Pensyarah Sarjana Tamu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohamed Salleh Lamry yang juga penulis buku-buku
gerakan berhaluan kiri Tanah Melayu, tragedi Balai Polis Bukit Kepong bukan atas
arahan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM.
“Ada pemimpin-pemimpin tertinggi PKM menganggap perbuatan membakar balai polis
itu sebenarnya satu kesilapan yang dilakukan oleh anggota bawahan parti itu. Saya
tidak begitu pasti betulkah Mat Indera yang
mengarahkan serangan itu atau dilakukan ketua-ketua PKM tempatan lain tanpa
arahan sesiapa.
“Ada maklumat yang menyatakan Mat Indera berkali-kali menyeru anggota polis disitu
supaya menyerah diri dan besar kemungkinan beliau tidak mahu membunuh mereka.”
katanya kepada Malaysian Digest.
Tambahnya, Mat Indera merupakan salah seorang daripada pejuang kemerdekaan
kerana beliau berada dalam satu barisan yang berjuang untuk menentang penjajah.
“Memang ketika itu Mat Indera berada di Bukit Kepong bersama pemimpin rendah
PKM. Sekali lagi saya katakan, saya tidak begitu pasti adakah beliau ikut serta
menembak anggota polis di situ. Hal ini sebenarnya tidak jelas kerana belum ada
sesiapa yang membuktikannya.
"Tentang konsep ‘pejuang kemerdekaan’, saya lebih suka menggunakan konsep
umum. Sesiapa saja yang menentang penjajah adalah pejuang kemerdekaan, tidak
kiralah komunis atau bukan komunis. Saya tahu pendapat ini mungkin tidak disetujui
oleh orang-orang yang anti komunis," katanya.
Tragedi Bukit Kepong yang berlaku 65 tahun lalu pasti tidak akan dilupakan rakyat
negara ini. Ia meninggalkan kesan yang amat mendalam dan luka berdarah di hati
kita semua apabila mengetahui sejarah menyatakan anggota polis ini dibunuh kejam
manakala isteri dan anak mereka dibakar hidup-hidup.
Tidak kiralah apa tujuan utama Mat Indera dan pasukan komunis ketika itu, persoalan
dimanakah nilai kemanusiaan mereka ketika itu dek terdorong dendam terhadap
penjajah?
Mat Indera bukanlah tersilap langkah. Dia sendiri memilih untuk menjadi petualang
bangsa biarpun niat asalnya mahukan kemerdekaan buat tanahair tercinta.
Beliau tetap petualang bangsa.
- Malaysian Digest

More Related Content

Recently uploaded

Mengenali Usia anak dan Kekerasan pada Anak
Mengenali Usia anak dan Kekerasan pada AnakMengenali Usia anak dan Kekerasan pada Anak
Mengenali Usia anak dan Kekerasan pada Anak
Yayasan Pusat Kajian dan Perlindungan Anak
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdfRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pdf.pdf
OswaldusDiwaDoka
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Selamat "Hari Raya_Idul Adha 1445H / 2024H".
Kanaidi ken
 
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdfTugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Thahir9
 
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
Arumdwikinasih
 
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptxLembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
opkcibungbulang
 
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
Menyambut Masyarakat 4.0 dan Indonesia Emas 2045
RizkiArdhan
 
Proyek Tema Dimensi P5 Pelajar Pancasila
Proyek Tema Dimensi P5 Pelajar PancasilaProyek Tema Dimensi P5 Pelajar Pancasila
Proyek Tema Dimensi P5 Pelajar Pancasila
ArulArya1
 
Modul Ajar Projek Kreatif dan Kewirausahaan - Peluang Usaha di Lingkungan i...
Modul Ajar Projek Kreatif dan Kewirausahaan - Peluang Usaha di Lingkungan   i...Modul Ajar Projek Kreatif dan Kewirausahaan - Peluang Usaha di Lingkungan   i...
Modul Ajar Projek Kreatif dan Kewirausahaan - Peluang Usaha di Lingkungan i...
PutraDwitara
 
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMPPerencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
TriSutrisno48
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
Kanaidi ken
 
JURNAL REFLEKSI DWI MINGGUAN MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
JURNAL REFLEKSI DWI MINGGUAN MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdfJURNAL REFLEKSI DWI MINGGUAN MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
JURNAL REFLEKSI DWI MINGGUAN MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pdf
HERIHERI52
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
SABDA
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputihlaporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
laporan komunitas belajar sekolah dasar negeri botoputih
SDNBotoputih
 
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan PemerintahanFilsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
Filsafat Ilmu Administrasi Publik dan Pemerintahan
FetraHerman2
 
Laporan bulanan Dosen Pembimbing lapangan dalam pelaksanaan kampus mengajar a...
Laporan bulanan Dosen Pembimbing lapangan dalam pelaksanaan kampus mengajar a...Laporan bulanan Dosen Pembimbing lapangan dalam pelaksanaan kampus mengajar a...
Laporan bulanan Dosen Pembimbing lapangan dalam pelaksanaan kampus mengajar a...
Sathya Risma
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Recently uploaded (20)

Featured

Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
Expeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Pixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
marketingartwork
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
Skeleton Technologies
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
SpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Lily Ray
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
Rajiv Jayarajah, MAppComm, ACC
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
Christy Abraham Joy
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
Vit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
MindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
RachelPearson36
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Applitools
 
Featured (20)

Perancangan asal mat indera dan pkm menyerang bukit kepong

  • 1. PERANCANGAN ASAL MAT INDERA DAN PKM MENYERANG BUKIT KEPONG Mat Indera merupakan individu yang mengarahkan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong Tragedi Bukit Kepong merupakan pertempuran bersenjata yang meninggalkan sejarah berlaku pada 23 Februari 1950 melibatkan pihak polis dan Parti Komunis Malaya (PKM) sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Ia berlaku di kawasan sekeliling Balai Polis Bukit Kepong yang terletak ditebing Sungai Muar. Kejadian ini berlaku sebelum waktu Subuh apabila pasukan komunis melancarkan serangan gerila ke atas polis dan berakhir tragik apabila berlaku penyembelihan berdarah terhadap hampir kesemua pegawai polis yang berkhidmat disitu. Memetik daripada kandungan buku ‘Memoir Abdullah C.D’, Tragedi Bukit Kepong telah diketuai oleh Mat Indera, seorang komunis Melayu yang memimpin dua plantun komunis Melayu. Ia turut disahkan oleh Chin Peng menerusi buku ‘Dialogues with Chin Peng : New Light On The Malayan Communist Party’, C. C. Chin, Karl Hack.
  • 2. Parti Komunis Malaya telah disertai oleh ramai Melayu kerana mereka percaya bahawa PKM membawa objektif memperjuangkan kemerdekaan tanahair - mD Idelogi komunis yang anti Tuhan tidak boleh dipakai masuk di negara kita sejak dulu lagi kerana majoriti di sini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sewaktu Tanah Melayu, sokongan terhadap PKM tidak begitu memberangsangkan kerana gerakan mereka tidak diiktiraf sebagai parti politik yang sah. Maka satu agenda telah dibuat oleh PKM dalam mendapatkan sokongan daripada kaum majoriti di Tanah Melayu waktu itu. Membawa masuk orang Melayu sebagai pemimpin tertinggi dalam mengetuai beberapa bentuk serangan yang berlaku merupakan salah satu daripada agenda mereka untuk menakluki kepercayaan penduduk Tanah Melayu. Mereka mengambil hati orang Melayu dengan menyebarkan objektif gerakan Parti Komunis Malaya adalah memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada pihak British. Penglibatan Mat Indera sebagai anak Melayu yang mengetuai serangan bersama pasukan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong menjadi salah satu contoh orang Melayu rela diperalatkan demi memenuhi keinginan PKM dalam cubaan menjajah Tanah Melayu secara perlahan.
  • 3. Pasukan polis di Bukit Kepong - mD Maka, timbul pelbagai versi sejarah daripada ramai pihak mengenai ‘Tragedi Bukit Kepong’. Ramai yang menganggap Mat Indera merupakan seorang pejuang negara kerana dia bertekad membunuh polis-polis yang dianggap pembelot dengan alasan mereka bekerja di bawah penjajahan orang putih ketika itu. Mat Indera terpedaya dengan dakyah idelogi komunis dan jika benarlah beliau mahu memerangi penjajah, beliau boleh lakukannya bersama orang Melayu dan bukan mendapatkan pertolongan komunis yang mempunyai agenda tersembunyi. Apakah Mat Indera dan rakyat Malaysia lupa bahawa Parti Komunis Malaya juga pernah bersekutu dengan pihak British dari tahun 1942 hingga 1945? Menurut rancangan asal, serangan itu hanya sebagai tanda amaran sahaja. Bagaimanapun, serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun bertukar menjadi tragedi berdarah. Persoalan yang bermain di fikiran masyarakat terhadap sejarah ini adalah apakah sebenarnya perancangan asal PKM di Bukit Kepong? Mengapa perancangan asal mereka berubah? Siapa yang memberikan arahan kepada Mat Indera melancarkan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan apa peranan sebenar Mat Indera?
  • 4. Dr. Nazarudin Zainun Menurut Pakar Sejarah Melayu Dunia dan Asia Tenggara, Universiti Sains Malaysia, Dr Nazarudin Zainun, persoalan ini perlu diteliti secara mendalam kerana berdasarkan keterangan beberapa tokoh komunis, tujuan mereka hanya hendak menakutkan saja tetapi apabila ada serangan balas daripada pihak polis, maka terjadilah serangan berdarah tersebut. Alasan mereka itu terlalu mudah dengan hanya meletakkan beban kepada pihak polis saja. “Mereka harus ingat. Polis adalah pihak yang diserang. Tentulah mereka perlu mempertahankan diri. Kita tengok dari segi jumlah anggota komunis pun sudah jelas menunjukkan bilangan mereka jauh lebih ramai daripada polis dan lengkap bersenjata. Logikkah datang hanya untuk memberi amaran saja? “Pasukan komunis membuat barisan pertahanan di bahagian belakang dan barisan utama untuk memutuskan bekalan bantuan dan logistik kepada polis. Mereka yang menjaga barisan belakang adalah untuk menghalang kemaraan bantuan daripada orang kampung. “Bukankah tindakan pasukan komunis itu jelas memperlihatkan bahawa mereka sudah merancang lebih awal untuk melancarkan serangan dan bukanlah terjadi kerana keterdesakkan keadaan?,” katanya kepada Malaysian Digest.
  • 5. Mengulas mengenai penglibatan Mat Indera sebagai orang Melayu komunis yang terlibat dalam serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong, jelas Dr Nazarudin, Mat Indera adalah ahli pasukan komunis yang berpangkat tinggi di lapangan ketika peristiwa tersebut. Beliau tentunya bertindak sesuai dengan arahan yang diterima daripada orang teratas dalam PKM. “Bukankah ini jelas memperlihatkan percaturan oleh pihak tertentu untuk memecah belahkan kesatuan Melayu yang akhirnya akan wujud kelompok Melayu yang menyokong polis dan Melayu yang menyokong komunis? “Strategi mereka sudah berjaya sekarang. Sesuai dengan perancangan komunis yang cuba untuk menguasai Tanah Melayu secara perlahan,” katanya. Tambah Dr Nazarudin, alasan pasukan komunis membunuh anggota polis kerana dianggap pembelot hanyalah sekadar untuk mengesahkan tindakan mereka saja.
  • 6. Antara bukti kekejaman yang dilakukan oleh pasukan komunis sewaktu di Tanah Melayu dahulu - mD Pada hakikatnya, mereka terlupa bahawa pada ketika itu majoriti penduduk Tanah Melayu adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Bagaimana mereka hendak menerima fahaman komunis yang anti agama? “Maka timbul persoalan mengapa mesti Mat Indera yang berbangsa Melayu bertindak sebagai ketua dalam serangan Balai Polis Bukit Kepong. Apa akan terjadi sekiranya serangan tersebut diketuai oleh seseorang yang bukan Melayu? “Tentunya pihak yang merancang agenda untuk meruntuhkan kesatuan Melayu ini telah berfikir tentang hal tersebut. Mereka tidak mahu dikatakan sebagai rasis maka mereka menggunakan propaganda menentang penjajah untuk kemerdekaan, maka tertariklah orang Melayu kita ini untuk turut serta dengan perjuangan Parti Komunis Malaya," katanya. Apa yang jelas, menghapuskan sesebuah bangsa bermula dengan menghapuskan sejarah bangsa mereka sendiri. Maka, fakta sejarah yang sebenar akan dipusingkan dengan mengangkat pengkhianat sebagai hero kemerdekaan.
  • 7. Kita harus menyedari apa sebenarnya agenda mereka bagi meruntuhkan kesatuan Melayu – Md Ramai diantara rakyat Malaysia yang telah mengiktiraf Mat Indera, Rasyid Maidin, Abdullah C.D dan ahli PKM lain kononnya sebagai pejuang kemerdekaan. Apakah mereka ini layak menerima pengiktirafan tersebut? Apakah rakyat Malaysia tidak tahu membezakan pengkhianat atau pejuang kemerdekaan sebenar? “Persoalan berkaitan dengan sejarah sesuatu bangsa sebenarnya tidak pernah tuntas. Orang selalu menyatakan sang pemenang akan menulis sejarah. Apakah ini bererti sejarah akan ditulis semula sebaik saja sesuatu pihak itu menang? Kalau ini terjadi, maka lingkuplah sejarah. Sejarah akan dijadikan alat oleh sang pemenang. “Tapi, persoalannya bolehkah sejarah ditulis semula? Rakyat Malaysia harus tahu, sejarah sesuatu peristiwa yang berlaku itu tidak boleh berubah. "Apa yang berubah adalah tafsiran mengenai sejarah berdasarkan bukti baru. Apakah sudah ada penemuan bukti baru dalam konteks penafsiran sejarah tragedi bukit kepong? “Jika ada, apakah bukti tersebut? Setakat ini belum ada sebarang bukti yang dikemukakan mana-mana pihak, makanya sejarah Bukit Kepong yang ditulis semula itu hanyalah sejarah yang diubah sudut pandangannya.
  • 8. "Perkara ini tidak akan dapat mengubah fakta yang sebenar,” katanya. Tambahnya, rakyat Malaysia harus tahu mengapa sejarah itu ditulis sama ada untuk dikenang atau sejarah berperanan sebagai pengajaran. Ibaratnya, sejarah itu berperanan seperti cermin pandang belakang sesebuah kenderaan. Sesekali ketika kita memandu, kita perlu menjeling dan melihat cermin sisi. “Apa yang menjadi kepincangan utama dalam sejarah dunia ialah adanya kelompok tertentu menulis dan menjadikan sejarah untuk tujuan mengesahkan politik sesebuah kelompok. “Kepada golongan muda kini yang tak mengerti metodologi sejarah perlulah memahami bahawa untuk menghasilkan sejarah yang baik dan betul, mestilah ditulis oleh individu yang memperlajarinya tanpa ada apa-apa tujuan dan kepentingan tertentu,” katanya. Salleh Lamry antara penulis yang telah banyak menghasilkan buku-buku gerakan berhaluan kiri sewaktu Tanah Melayu – mD Bagi Pensyarah Sarjana Tamu Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohamed Salleh Lamry yang juga penulis buku-buku gerakan berhaluan kiri Tanah Melayu, tragedi Balai Polis Bukit Kepong bukan atas arahan pemimpin-pemimpin tertinggi PKM.
  • 9. “Ada pemimpin-pemimpin tertinggi PKM menganggap perbuatan membakar balai polis itu sebenarnya satu kesilapan yang dilakukan oleh anggota bawahan parti itu. Saya tidak begitu pasti betulkah Mat Indera yang mengarahkan serangan itu atau dilakukan ketua-ketua PKM tempatan lain tanpa arahan sesiapa. “Ada maklumat yang menyatakan Mat Indera berkali-kali menyeru anggota polis disitu supaya menyerah diri dan besar kemungkinan beliau tidak mahu membunuh mereka.” katanya kepada Malaysian Digest. Tambahnya, Mat Indera merupakan salah seorang daripada pejuang kemerdekaan kerana beliau berada dalam satu barisan yang berjuang untuk menentang penjajah. “Memang ketika itu Mat Indera berada di Bukit Kepong bersama pemimpin rendah PKM. Sekali lagi saya katakan, saya tidak begitu pasti adakah beliau ikut serta menembak anggota polis di situ. Hal ini sebenarnya tidak jelas kerana belum ada sesiapa yang membuktikannya. "Tentang konsep ‘pejuang kemerdekaan’, saya lebih suka menggunakan konsep umum. Sesiapa saja yang menentang penjajah adalah pejuang kemerdekaan, tidak kiralah komunis atau bukan komunis. Saya tahu pendapat ini mungkin tidak disetujui oleh orang-orang yang anti komunis," katanya. Tragedi Bukit Kepong yang berlaku 65 tahun lalu pasti tidak akan dilupakan rakyat negara ini. Ia meninggalkan kesan yang amat mendalam dan luka berdarah di hati kita semua apabila mengetahui sejarah menyatakan anggota polis ini dibunuh kejam manakala isteri dan anak mereka dibakar hidup-hidup. Tidak kiralah apa tujuan utama Mat Indera dan pasukan komunis ketika itu, persoalan dimanakah nilai kemanusiaan mereka ketika itu dek terdorong dendam terhadap penjajah? Mat Indera bukanlah tersilap langkah. Dia sendiri memilih untuk menjadi petualang bangsa biarpun niat asalnya mahukan kemerdekaan buat tanahair tercinta. Beliau tetap petualang bangsa.