Sistem Maklumat Veterinar Negeri Pahang (SMVP) adalah sistem aplikasi yang mengandungi maklumat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang yang komprehensif. Ia dibangunkan menggunakan teknologi perisian sumber terbuka dalam tempoh 3 bulan dan memberikan kemudahan pengurusan maklumat dan laporan yang lebih baik serta menjimatkan kos.