3. …DOKTOR…
• Saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.
Harapan ibu bapa saya yang ingin saya menjadi seorang
doktor tidak mampu saya tolak. Selain itu, kekurangan
doktor wanita menyedarkan saya bahawa saya harus
memikul tanggungjawab ini bagi menunaikan fardhu
kifayah.
4. …KELUARGA…
• Perancangan saya, setiap gaji yang saya peroleh akan saya bahagikan
kepada tiga bahagian. Bahagian pertama akan saya berikan kepada ibu
bapa saya untuk keperluan mereka. Bahagian kedua saya akan gunakan
untuk membayar bil-bil rumah dan kereta saya serta ibu bapa saya
manakala bahagian ketiga pula akan saya gunakan untuk keperluan diri.
Saya juga akan memastikan bahawa ibu bapa saya akan memperoleh
wang hasil daripada titik peluh saya sekurang-kurangnya RM100 sebulan.
5. …UMMAH…
• Saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menyatu padukan
ummah. Dengan cara ini, anasir-anasir jahat dapat dielakkan
daripada menjatuhkan Islam. Selain itu, saya juga akan cuba untuk
menyatu padukan rakyat di Malaysia agar negara lebih terjamin
daripada ancaman luar. Setelah ummah dan rakyat dapat disatukan,
maka lahirlah negara yang berlandaskan Islam dan selamat
daripada ancaman yang berbahaya.