SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Download to read offline
PROJEK BANDAR MAPAN
LMCP 1522
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
DISEDIAKAN OLEH:
INTAN SYAHIRAH BINTI ABU BAKAR
(A169730)
PENSYARAH:
PROF. DATO' IR DR. RIZA ATIQ BIN
ORANG KAYA RAHMAT
PELAN PEMBANGUNAN KUALA KANGSAR
Rancangan
Jangka Pendek (5 tahun) dan Jangka Panjang (30 tahun)
PEMBANGUNAN MAPAN ialah konsep pembangunan yang dapat memenuhi keperluan masyarakat
semasa tanpa menggugat pembangunan atau keupayaan untuk memenuhi keperluan masa hadapan
meliputi sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar. Pembangunan mapan ialah satu keadaan
pembangunan yang kukuh, stabil dan sangat baik dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti
keadaan sosial, persekitaran dan sebagainya.
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN ialah sebuah negeri yang bebas daripada isu atau beberapa
masalah yang terkawal atau sedikit seperti isu peluang pekerjaan, kemiskinan dan lain-lain.
Pembangunan bandar yang mampan mestilah mempunyai perancangan atau susun atur strategik
yang kukuh supaya ia boleh dijadikan landasan untuk mencapai objektif utama pembangunan bandar.
PENGENALAN
LATAR BELAKANG
KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar
bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kuala Kangsar juga
merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk
tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menarik.


Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar merupakan
sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala
Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai
Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak,
Lintang dan Lasah.
PETA
KUALA KANGSAR
PEMBANGUNAN
BANDAR
MAPAN
Hubungan dengan Pencipta
Memelihara bumi
Tiada pembaziran
Menjaga Flora & Fauna
Bercucuk tanam
Alam Sekitar
Hubungan dengan Pencipta
Zakat
Wakaf
Derma/Infak/Hadiah
Tiada riba
Ekonomi
Hubungan dengan Pencipta
Sedekah
Membantu orang miskin
Bersaudara
Masjid/Madrasah
Sosial
PELAN
PEMBANGUNAN
JANGKA MASA PENDEK
DALAM TEMPOH
5 TAHUN AKAN DATANG
Alam Sekitar
Sisa makanan dibuang ke
dalam mesin yang dilengkapi
dengan RFID (Radio-
Frequency Identification).
Sisa makanan tersebut akan
terus diproses menjadi
makanan haiwan dan bahan
biogas
Penggunaan sistem pembuangan sampah yang terperinci
untuk memproses dan mengasingkan sampah. Pembuangan
sampah akan dibuang mengikut kelompok/jenis. Cara ini
adalah untuk membezakan antara sampah yang boleh dikitar
semula dan sampah yang tidak boleh dikitar semula.
Setiap 100 meter akan diletakkan tong sampah mengikut
warna dan jenis untuk memudahkan penduduk membuang
sampah. Ini adalah cara terbaik untuk memelihara alam
sekitar
Keadaan sungai di Kuala Kangsar sangat
bersih dan airnya jernih. Penduduknya
sangat berpegang teguh dengan amalan
menjaga keindahan alam sekitar. Oleh
kerana itu, tiada pencemaran sisa
buangan sampah di dalam sungai
Sungai dijadikan tempat untuk beriadah
seperti aktiviti berkelah dan memancing.
Sungai juga dijadikan pusat rekreasi
untuk aktiviti bersampan dan berkayak
Ekonomi
Semakin banyak tapak penjualan
makanan di buka di kawasan Kuala
Kangsar bagi memberi peluang kepada
penduduk tempatan menjana
pendapatan
Kemudahan perkhidmatan kaunter
bergerak bagi urusan zakat.
Perkhidmatan kaunter bergerak ini
adalah untuk memudahkan penduduk
tempatan untuk urusan pembayaran
zakat, permohonan bantuan zakat,
pertanyaan, taksiran zakat dan khidmat
nasihat.
Sosial


Semakin banyak trek jogging dibina
bagi memenuhi permintaan penduduk
Kuala Kangsar bagi menuju ke arah
masyarakat yang cergas dan sihat
Taman rekreasi yang besar dan cantik dibina di
setiap kawasan perumahan dan di tengah bandar
Kuala Kangsar. Kewujudan taman rekreasi ini
menjadi tempat berkumpul dan mengeratkan
hubungan antara ahli keluarga, jiran tetangga
dan rakan-rakan. Taman rekreasi ini merupakan
salah satu langkah dalam memastikan hubungan
antara masyarakat lebih mesra dan terjalin rapat.
Food Bank
Setiap 300 meter di kawasan perumahan dan tengah bandar Kuala Kangsar akan
diletakkan "Food Bank" yang dipenuhi dengan makanan yang lengkap beserta nutrien
asas kepada mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kos sara hidup terutamanya
mereka yang berada di dalam kumpulan B40. Walaupun projek "Food Bank" ini bukanlah
satu projek yang baru namun dalam tempoh 5 tahun akan datang projek ini akan
diperluaskan bagi usaha membentuk penduduk Kuala Kangsar sebagai rakyat yang
prihatin dengan nasib orang lain dan menjadikan mereka orang yang suka menderma
PELAN
PEMBANGUNAN
JANGKA MASA PANJANG
DALAM TEMPOH
30 TAHUN AKAN DATANG
Lakaran Kuala Kangsar pada 30 tahun akan datang
Pembangunan yang
moden tapi masih
mengamalkan
"konsep hijau"
Perumahan berbentuk
apartment & kondominium
semakin banyak dibina
kerana berlaku pertambahan
penduduk
Alam Sekitar
Bandar Dalam Taman
Kuala Kangsar sebagai bandar hijau melalui konsep 'bandar dalam taman', menjadikan
persekitaran lebih selesa, selamat dan kondusif sebagai tempat bekerja, bermain dan
tempat tinggal. Pelaksanaan program penghijauan di bawah inisiatif Greater Kuala Kangsar
akan menjalankan projek penanaman pokok yang disasarkan sebanyak 150,000 batang di
Kuala Kangsar menjelang 30 tahun akan datang.
Projek tasik buatan manusia ini akan dibina secara besar-besaran
untuk dijadikan tempat beriadah bagi aktiviti pelancongan,
memancing dan kayak. Walaupun tasik buatan ini dibina untuk aktiviti
manusia namun sebagai langkah memelihara alam sekitar projek
tasik buatan ini akan dilengkapi dengan sistem penapisan semula
jadi untuk merawat air yang tercemar bagi melindungi hidupan
akuatik yang memerlukan air bersih untuk hidup dalam tasik tersebut.
Tasik Buatan Manusia
Ekonomi
Peningkatan Zakat dan Penurunan Kadar Kemiskinan
Zakat sebagai instrumen semula jadi dasar fiskal Islam yang berperanan sebagai pemangkin
pembangunan ekonomi menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Zakat secara
sinonimnya dikaitkan sebagai bantuan kepada orang susah. Dalam bahasa lebih santun,
zakat dimanfaatkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti fakir dan
miskin.
Dijangkakan dalam tempoh 30 tahun akan datang pembayaran zakat akan melonjak
sebanyak 50% dan kadar kemiskinan pula turun sebanyak 35% menandakan berlaku
peningkatan pendapatan dalam kalangan penduduk Kuala Kangsar.
Bandar Bebas Rasuah
Pihak berkuasa di Kuala Kangsar
mempunyai komitmen yang sangat
tinggi menentang rasuah dan
sentiasa berusaha mengekalkan
sistem ketelusan dan berintegriti.
Oleh kerana itu, Kuala Kangsar
mempunyai tahap korupsi yang
rendah. Ini kerana penduduk di Kuala
Kangsar mempunyai taraf kehidupan
yang tinggi, penyesuaian sosial yang
tinggi, kadar celik huruf yang sangat
tinggi dan kesaksamaan yang baik
Sosial
Pembinaan masjid yang cantik, canggih dan
besar sehingga mampu menampung sebanyak
50,000 orang. Masjid ini dibina bukan sahaja
untuk dijadikan tempat beribadah namun juga
dijadikan sebagai tempat menimba ilmu dan
mengadakan perbincangan. Di dalam masjid ini
terdapat bilik yang turut dijadikan perpustakaan
bagi buku-buku sirah islam dan bilik khas untuk
penduduk Kuala Kangsar belajar mengaji
Pembinaan hospital yang besar dan
dilengkapi dengan peralatan perubatan
yang canggih dan moden. Hospital ini
mempunyai barisan doktor pakar dari
pelbagai bidang seperti kanser, sakit puan,
pergigian dan lain-lain. Hospital ini juga
mampu menampung sebanyak 3,000 orang
pesakit
Kemudahan Kereta Api
Pembinaan kereta api atau rel di bina di Kuala
Kangsar bagi menghubungkan Bandar Kuala
Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan
Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang
dan Lasah. Antara perkhidmatan kereta api yang
dijalankan ialah LRT dan Komuter. Kemudahan
kereta api ini adalah untuk mempelbagaikan
perkhidmatan pengangkutan awam dan
mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar
Kuala Kangsar. Mutu perkhidmatan yang
berkualiti tinggi turut ditawarkan dalam
kemudahan kerepa api seperti jadual perjalanan
yang konsisten iaitu setiap 10 minit, perkhidmatan
yang mesra pengguna, cekap dan cepat serta
memberi keselesaan kepada penggunaan
Sekolah yang moden, canggih dan percuma
Pembinaan sekolah seluas 15 hektar yang menempatkan pelajar
sekolah dari semua peringkat iaitu dari prasekolah sehingga kolej
tingkatan enam. Kemudahan sekolah ini dilengkapi dengan
peralatan canggih untuk sesi pembelajaran, stadium mini sukan dan
masjid. Sesi pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada akademik
semata-mata malahan merangkumi pembangunan jasmani, rohani
dan akhlak. Misi utama sekolah adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang rohani, jasmani dan intelektual.
KESIMPULAN
Bandar mampan merangkumi penyatuan
nilai, alam semula jadi, dinamisme,
kemudahan dan infrastruktur yang
mampan dari segi penggunaan tenaga,
bekalan air dan pelupusan sisa yang
cekap, sistem pengangkutan termaju, reka
bentuk bangunan dan infrastruktur mesra
alam yang dikelilingi oleh kehijauan
pelbagai flora dan fauna.
SEKIAN
TERIMA KASIH

More Related Content

What's hot (9)

Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
Agenda Tempatan 21 SEGAMATAgenda Tempatan 21 SEGAMAT
Agenda Tempatan 21 SEGAMAT
 
AHMAD HAZIQ FINAL REPORT PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
AHMAD HAZIQ FINAL REPORT PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAMAHMAD HAZIQ FINAL REPORT PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
AHMAD HAZIQ FINAL REPORT PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
 
amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapanamalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
 
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islamLmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam
Lmcp 1552 pembangunan mapan dalam islam
 
Bandar anda dan agenda tempatan 21
Bandar anda dan agenda tempatan 21Bandar anda dan agenda tempatan 21
Bandar anda dan agenda tempatan 21
 
Projek akhir pembangunan mapan
Projek akhir pembangunan mapanProjek akhir pembangunan mapan
Projek akhir pembangunan mapan
 
Tugasan Bandar anda "Sungai Buloh"
Tugasan Bandar anda "Sungai Buloh"Tugasan Bandar anda "Sungai Buloh"
Tugasan Bandar anda "Sungai Buloh"
 
LMCR1532 PEMBANGUNAN MAMPAN
LMCR1532 PEMBANGUNAN MAMPANLMCR1532 PEMBANGUNAN MAMPAN
LMCR1532 PEMBANGUNAN MAMPAN
 
Bandar Anda
Bandar AndaBandar Anda
Bandar Anda
 

Similar to LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam: Projek Bandar Mapan

Cadangan memperbaharui bandar kajang
Cadangan memperbaharui bandar kajangCadangan memperbaharui bandar kajang
Cadangan memperbaharui bandar kajang
shulalee
 
Tugasan lmcp 1552 (projek akhir ; bangi kajang 30 tahun akan datang)
Tugasan lmcp 1552 (projek akhir ; bangi   kajang 30 tahun akan datang)Tugasan lmcp 1552 (projek akhir ; bangi   kajang 30 tahun akan datang)
Tugasan lmcp 1552 (projek akhir ; bangi kajang 30 tahun akan datang)
AfiqZulkifli5
 

Similar to LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam: Projek Bandar Mapan (20)

PELAN PEMBANGUNAN BANDAR BANGI-KAJANG
PELAN PEMBANGUNAN BANDAR BANGI-KAJANGPELAN PEMBANGUNAN BANDAR BANGI-KAJANG
PELAN PEMBANGUNAN BANDAR BANGI-KAJANG
 
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptxPROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
PROJEK AKHIR PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM - A183694.pptx
 
Cadangan memperbaharui bandar kajang
Cadangan memperbaharui bandar kajangCadangan memperbaharui bandar kajang
Cadangan memperbaharui bandar kajang
 
Kurniawati binti karna hidayat a160767 tugasan 7
Kurniawati binti karna hidayat a160767 tugasan 7Kurniawati binti karna hidayat a160767 tugasan 7
Kurniawati binti karna hidayat a160767 tugasan 7
 
Bangi kajang 30 tahun akan datang
Bangi kajang 30 tahun akan datangBangi kajang 30 tahun akan datang
Bangi kajang 30 tahun akan datang
 
PROJEK AKHIR BANDAR MAPAN.pptx
PROJEK AKHIR BANDAR MAPAN.pptxPROJEK AKHIR BANDAR MAPAN.pptx
PROJEK AKHIR BANDAR MAPAN.pptx
 
PROJEK AKHIR BANDAR MAPAN.pptx
PROJEK AKHIR BANDAR MAPAN.pptxPROJEK AKHIR BANDAR MAPAN.pptx
PROJEK AKHIR BANDAR MAPAN.pptx
 
Projek akhir pembangunan mapan
Projek akhir pembangunan mapanProjek akhir pembangunan mapan
Projek akhir pembangunan mapan
 
Projek akhir pembangunan mampan
Projek akhir pembangunan mampanProjek akhir pembangunan mampan
Projek akhir pembangunan mampan
 
Tugasan lmcp 1552 (projek akhir ; bangi kajang 30 tahun akan datang)
Tugasan lmcp 1552 (projek akhir ; bangi   kajang 30 tahun akan datang)Tugasan lmcp 1552 (projek akhir ; bangi   kajang 30 tahun akan datang)
Tugasan lmcp 1552 (projek akhir ; bangi kajang 30 tahun akan datang)
 
Modul 12 a163221 a165514
Modul 12 a163221 a165514Modul 12 a163221 a165514
Modul 12 a163221 a165514
 
Modul 12 a163221 a165514
Modul 12 a163221 a165514Modul 12 a163221 a165514
Modul 12 a163221 a165514
 
A170513 - Projek Akhir Pembangunan Mapan
A170513 - Projek Akhir Pembangunan MapanA170513 - Projek Akhir Pembangunan Mapan
A170513 - Projek Akhir Pembangunan Mapan
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Projek akhir bandar mapan
Projek akhir bandar mapanProjek akhir bandar mapan
Projek akhir bandar mapan
 
PROJEK AKHIR
PROJEK AKHIRPROJEK AKHIR
PROJEK AKHIR
 
Projek akhir pembangunan bandar mapan
Projek akhir pembangunan bandar mapanProjek akhir pembangunan bandar mapan
Projek akhir pembangunan bandar mapan
 
PROJEK AKHIR : BANDAR MAPAN
PROJEK AKHIR : BANDAR MAPAN PROJEK AKHIR : BANDAR MAPAN
PROJEK AKHIR : BANDAR MAPAN
 
Tugasan 7 pembaharuan bandar
Tugasan 7  pembaharuan bandarTugasan 7  pembaharuan bandar
Tugasan 7 pembaharuan bandar
 
Projek akhir bandar mapan
Projek akhir bandar mapanProjek akhir bandar mapan
Projek akhir bandar mapan
 

LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam: Projek Bandar Mapan

  • 1. PROJEK BANDAR MAPAN LMCP 1522 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM DISEDIAKAN OLEH: INTAN SYAHIRAH BINTI ABU BAKAR (A169730) PENSYARAH: PROF. DATO' IR DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT
  • 2. PELAN PEMBANGUNAN KUALA KANGSAR Rancangan Jangka Pendek (5 tahun) dan Jangka Panjang (30 tahun)
  • 3. PEMBANGUNAN MAPAN ialah konsep pembangunan yang dapat memenuhi keperluan masyarakat semasa tanpa menggugat pembangunan atau keupayaan untuk memenuhi keperluan masa hadapan meliputi sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar. Pembangunan mapan ialah satu keadaan pembangunan yang kukuh, stabil dan sangat baik dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti keadaan sosial, persekitaran dan sebagainya. PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN ialah sebuah negeri yang bebas daripada isu atau beberapa masalah yang terkawal atau sedikit seperti isu peluang pekerjaan, kemiskinan dan lain-lain. Pembangunan bandar yang mampan mestilah mempunyai perancangan atau susun atur strategik yang kukuh supaya ia boleh dijadikan landasan untuk mencapai objektif utama pembangunan bandar. PENGENALAN
  • 4. LATAR BELAKANG KUALA KANGSAR Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah.
  • 6. PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN Hubungan dengan Pencipta Memelihara bumi Tiada pembaziran Menjaga Flora & Fauna Bercucuk tanam Alam Sekitar Hubungan dengan Pencipta Zakat Wakaf Derma/Infak/Hadiah Tiada riba Ekonomi Hubungan dengan Pencipta Sedekah Membantu orang miskin Bersaudara Masjid/Madrasah Sosial
  • 7. PELAN PEMBANGUNAN JANGKA MASA PENDEK DALAM TEMPOH 5 TAHUN AKAN DATANG
  • 8. Alam Sekitar Sisa makanan dibuang ke dalam mesin yang dilengkapi dengan RFID (Radio- Frequency Identification). Sisa makanan tersebut akan terus diproses menjadi makanan haiwan dan bahan biogas Penggunaan sistem pembuangan sampah yang terperinci untuk memproses dan mengasingkan sampah. Pembuangan sampah akan dibuang mengikut kelompok/jenis. Cara ini adalah untuk membezakan antara sampah yang boleh dikitar semula dan sampah yang tidak boleh dikitar semula. Setiap 100 meter akan diletakkan tong sampah mengikut warna dan jenis untuk memudahkan penduduk membuang sampah. Ini adalah cara terbaik untuk memelihara alam sekitar
  • 9. Keadaan sungai di Kuala Kangsar sangat bersih dan airnya jernih. Penduduknya sangat berpegang teguh dengan amalan menjaga keindahan alam sekitar. Oleh kerana itu, tiada pencemaran sisa buangan sampah di dalam sungai Sungai dijadikan tempat untuk beriadah seperti aktiviti berkelah dan memancing. Sungai juga dijadikan pusat rekreasi untuk aktiviti bersampan dan berkayak
  • 10. Ekonomi Semakin banyak tapak penjualan makanan di buka di kawasan Kuala Kangsar bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan menjana pendapatan Kemudahan perkhidmatan kaunter bergerak bagi urusan zakat. Perkhidmatan kaunter bergerak ini adalah untuk memudahkan penduduk tempatan untuk urusan pembayaran zakat, permohonan bantuan zakat, pertanyaan, taksiran zakat dan khidmat nasihat.
  • 11. Sosial Semakin banyak trek jogging dibina bagi memenuhi permintaan penduduk Kuala Kangsar bagi menuju ke arah masyarakat yang cergas dan sihat Taman rekreasi yang besar dan cantik dibina di setiap kawasan perumahan dan di tengah bandar Kuala Kangsar. Kewujudan taman rekreasi ini menjadi tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan antara ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan. Taman rekreasi ini merupakan salah satu langkah dalam memastikan hubungan antara masyarakat lebih mesra dan terjalin rapat.
  • 12. Food Bank Setiap 300 meter di kawasan perumahan dan tengah bandar Kuala Kangsar akan diletakkan "Food Bank" yang dipenuhi dengan makanan yang lengkap beserta nutrien asas kepada mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kos sara hidup terutamanya mereka yang berada di dalam kumpulan B40. Walaupun projek "Food Bank" ini bukanlah satu projek yang baru namun dalam tempoh 5 tahun akan datang projek ini akan diperluaskan bagi usaha membentuk penduduk Kuala Kangsar sebagai rakyat yang prihatin dengan nasib orang lain dan menjadikan mereka orang yang suka menderma
  • 13. PELAN PEMBANGUNAN JANGKA MASA PANJANG DALAM TEMPOH 30 TAHUN AKAN DATANG
  • 14. Lakaran Kuala Kangsar pada 30 tahun akan datang Pembangunan yang moden tapi masih mengamalkan "konsep hijau" Perumahan berbentuk apartment & kondominium semakin banyak dibina kerana berlaku pertambahan penduduk
  • 15. Alam Sekitar Bandar Dalam Taman Kuala Kangsar sebagai bandar hijau melalui konsep 'bandar dalam taman', menjadikan persekitaran lebih selesa, selamat dan kondusif sebagai tempat bekerja, bermain dan tempat tinggal. Pelaksanaan program penghijauan di bawah inisiatif Greater Kuala Kangsar akan menjalankan projek penanaman pokok yang disasarkan sebanyak 150,000 batang di Kuala Kangsar menjelang 30 tahun akan datang.
  • 16. Projek tasik buatan manusia ini akan dibina secara besar-besaran untuk dijadikan tempat beriadah bagi aktiviti pelancongan, memancing dan kayak. Walaupun tasik buatan ini dibina untuk aktiviti manusia namun sebagai langkah memelihara alam sekitar projek tasik buatan ini akan dilengkapi dengan sistem penapisan semula jadi untuk merawat air yang tercemar bagi melindungi hidupan akuatik yang memerlukan air bersih untuk hidup dalam tasik tersebut. Tasik Buatan Manusia
  • 17. Ekonomi Peningkatan Zakat dan Penurunan Kadar Kemiskinan Zakat sebagai instrumen semula jadi dasar fiskal Islam yang berperanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Zakat secara sinonimnya dikaitkan sebagai bantuan kepada orang susah. Dalam bahasa lebih santun, zakat dimanfaatkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti fakir dan miskin. Dijangkakan dalam tempoh 30 tahun akan datang pembayaran zakat akan melonjak sebanyak 50% dan kadar kemiskinan pula turun sebanyak 35% menandakan berlaku peningkatan pendapatan dalam kalangan penduduk Kuala Kangsar.
  • 18. Bandar Bebas Rasuah Pihak berkuasa di Kuala Kangsar mempunyai komitmen yang sangat tinggi menentang rasuah dan sentiasa berusaha mengekalkan sistem ketelusan dan berintegriti. Oleh kerana itu, Kuala Kangsar mempunyai tahap korupsi yang rendah. Ini kerana penduduk di Kuala Kangsar mempunyai taraf kehidupan yang tinggi, penyesuaian sosial yang tinggi, kadar celik huruf yang sangat tinggi dan kesaksamaan yang baik
  • 19. Sosial Pembinaan masjid yang cantik, canggih dan besar sehingga mampu menampung sebanyak 50,000 orang. Masjid ini dibina bukan sahaja untuk dijadikan tempat beribadah namun juga dijadikan sebagai tempat menimba ilmu dan mengadakan perbincangan. Di dalam masjid ini terdapat bilik yang turut dijadikan perpustakaan bagi buku-buku sirah islam dan bilik khas untuk penduduk Kuala Kangsar belajar mengaji Pembinaan hospital yang besar dan dilengkapi dengan peralatan perubatan yang canggih dan moden. Hospital ini mempunyai barisan doktor pakar dari pelbagai bidang seperti kanser, sakit puan, pergigian dan lain-lain. Hospital ini juga mampu menampung sebanyak 3,000 orang pesakit
  • 20. Kemudahan Kereta Api Pembinaan kereta api atau rel di bina di Kuala Kangsar bagi menghubungkan Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah. Antara perkhidmatan kereta api yang dijalankan ialah LRT dan Komuter. Kemudahan kereta api ini adalah untuk mempelbagaikan perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Kuala Kangsar. Mutu perkhidmatan yang berkualiti tinggi turut ditawarkan dalam kemudahan kerepa api seperti jadual perjalanan yang konsisten iaitu setiap 10 minit, perkhidmatan yang mesra pengguna, cekap dan cepat serta memberi keselesaan kepada penggunaan
  • 21. Sekolah yang moden, canggih dan percuma Pembinaan sekolah seluas 15 hektar yang menempatkan pelajar sekolah dari semua peringkat iaitu dari prasekolah sehingga kolej tingkatan enam. Kemudahan sekolah ini dilengkapi dengan peralatan canggih untuk sesi pembelajaran, stadium mini sukan dan masjid. Sesi pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada akademik semata-mata malahan merangkumi pembangunan jasmani, rohani dan akhlak. Misi utama sekolah adalah untuk melahirkan insan yang seimbang rohani, jasmani dan intelektual.
  • 22. KESIMPULAN Bandar mampan merangkumi penyatuan nilai, alam semula jadi, dinamisme, kemudahan dan infrastruktur yang mampan dari segi penggunaan tenaga, bekalan air dan pelupusan sisa yang cekap, sistem pengangkutan termaju, reka bentuk bangunan dan infrastruktur mesra alam yang dikelilingi oleh kehijauan pelbagai flora dan fauna.