Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
AHMAD HAZIQ FINAL REPORT PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
1. LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
PROJEK AKHIR
PEMBANGUNAN BANDAR SHAH ALAM
Disediakan oleh
Ahmad Haziq Bin Abdul Manaf (A163590)
Untuk
Prof Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Bin O.K. Rahmat
2. SOALAN
Anda diminta untuk mencadangkan pelan pembangunan Kajang-Bangi atau
bandar-bandar lain yang anda biasa untuk jangka masa 30 tahun ke hadapan.
Cadangan anda perlu mengangungi ketiga-tiga juzuk pembangunan mapan, iaitu
alam sekitar, ekonomi dan sosial. Laporan itu tidak melebihi 10 muka surat atau
slides. Ada digalakkan memuatkan gambar-gambar, lukisan dan rajah-rajah dalam
laporan anda.
3. SHAH ALAM
– Sebelum 1963, Shah Alam dikenali sebagai Sungai Renggam dan
merupakan sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di antara Petaling
Jaya dan Bandar Diraja Klang
– Shah Alam dibuka pada tahun 1963 bertujuan untuk dijadikan pusat
pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan
pada 1 Februari 1974.
– Pada 7 Disember 1978 atas perkenan DYMM Sultan Selangor ke – 8,
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al- Haj, Shah Alam
diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor
– Kepesatan pembangunan Shah Alam dan kepentingannya yang semakin
ketara telah membawa kepada kenaikan taraf dengan perisytiharannya
sebagai sebuah bandar raya pada 10 Oktober 2000
5. ALAM SEKITAR
– Menghentikan penggunaan beg plastik, bekas makanan polistrin serta barangan lain
yang sukar untuk dikitar semula atau dilupuskan.
– Mengadakan aktiviti gotong-royong sebulan sekali di setiap kawasan perumahan di
sekitar bandar Shah Alam.
– Menerapkan dan mewujudkan semula tema ‘Bandar Dalam Taman’ yang merupakan
tema bagi bandar Shah Alam pada suatu masa dahulu.
– Mengetatkan undang-undang berkaitan kebersihan dan memelihara kebersihan
serta flora dan fauna di seluruh bandar Shah Alam.
– Menggunakan pengangkutan awam elektrik dan membina laluan basikal di seluruh
bandar Shah Alam.
6.
7. EKONOMI
– Menambahkaik perkhidmatan pengangkutan awam seperti pembinaan kereta
api bawah tanah dan bas transit yang lebih efisien.
– Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan seperti pembinaan kilang di
pinggiran Shah Alam dan pekerjaan profesional di bandar Shah Alam.
– Membina lebih banyak lokasi tarikan pelancong seperti taman tema yang
bertaraf antarabangsa.
8.
9. SOSIAL
– Membina lebih banyak institusi pengajian tinggi untuk menarik pelajar menimba
ilmu di bandar Shah Alam dan menjadikan Shah Alam bandar utama untuk menimba
ilmu.
– Menjadi bandar pertama di Malaysia yang mesra OKU.
– Menyediakan perkhidmatan internet WiFi dan Fiber Optic secara percuma di
seluruh bandar serta kawasan perumahan sehubungan dengan arus pemodenan.
– Memastikan kemudahan awam seperti hospital, masjid dan sekolah di tahap yang
terbaik dan menerapkan penggunaan teknologi yang terkini.
– Menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat untuk menjadikan Shah Alam bandar
bebas jenayah.