LAPORAN AKHIR
HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN
KEBERTANGGUNGJAWABAN
Nama: Nurul Hidayah Mohd Ismail
No Matrik: A143690
Fakulti: Perubatan
Tahun: 1
Projek: Light Up Autism
No Kod: DN00065/2014
Persatuan: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERUBATAN
Tarikh: 6 April 2014
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa
Jawatan: Exco Program dan Protokol
1. Pengenalan
Program Light Up Autism adalah sebuah program besar yang melibatkan penglibatan
mahasiswa daripada kampus Bangi dan Kuala Lumpur. Program ini adalah anjuran Persatuan
Mahasiswa Fakulti Perubatan. Program ini telah berlangsung selama satu hari iaitu pada 6
April 2014 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Tujuan utama program ini
dijalankan adalah untuk mengumpul dana untuk Makmal Autisme Universiti Kebangsaan
Malaysia. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat
tentang kanak – kanak autisme disamping memberi pendedahan kepada mahasiswa UKM
sendiri tentang kebaikkan melakukan kerja secara berkumpulan. Bukan itu sahaja, program
ini melatih kami sebagai satu organisasi dan juga sebagai seorang pelajar untuk berfikiran
kritis, kreatif dan inovatif sepanjang pelaksanaan program ini selain menanamkan sikap
bertanggungjawab sewaktu menjalankan kerja berkumpulan. Selain itu, ia telah
meningkatkan kemahiran komunikasi dan bersosial dalam kalangan masyarakat serta
mahasiswa sewaktu berinteraksi bersama kanak – kanak autisme dan peserta sewaktu larian
tersebut berlangsung. Akhir sekali, program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang peka
dan prihatin tentang kebajikan kanak – kanak autisme di samping membudayakan masyarakat
penyayang.
2. Perlaksanaan
Sebagai permulaan, saya sebagai exco program dan protokol diminta untuk
menyediakan tentatif program sebagai permulaan. Saya dan exco yang lain mula
merangka tentatif program yang akan berlangsung selama dua hari seperti yang telah
dipersetujui oleh Penasihat dan juga Majlis – Majlis Tertinggi. Namun, kami terpaksa
mengubah tentatif program berkali – kali kerana terdapat perubahan pada masa dan
tempoh aktiviti tersebut berlangsung.
Tugas saya yang berikutnya ialah mencari penyedia aktiviti luar seperti pengurus
program yang menyediakan permainan untuk kanak – kanak. Namun, pengurus yang
dicari mestilah mengikuti bajet yang ditentukan kerana misi utama projek ini adalah
untuk mencari dana untuk Makmal Autisme UKM di samping menjaga kebajikan mereka
semasa program berlangsung.
Untuk memastikan program mendapat sambutan, saya dan organisasi yang lain telah
menyertai ‘flashmob’ di sekitar Kuala Lumpur. Ini adalah salah satu inisiatif untuk
mempromosikan program kami bagi meningkatkan jumlah pelari untuk menyertai larian
yang kami anjurkan. Di samping itu, kami bukan sahaja telah menari, malah saya telah
menolong menyebarkan risalah tentang aktiviti ini di sekitar KL Sentral.
Tambahan pula, saya telah menempah ‘mock tiket’ sebagai hadiah untuk pemenang
cabutan bertuah yang akan dicabut oleh perasmi. Exco program dan protokol telah
bergabung dengan exco multimedia untuk melaksanakan tugasan ini. Komunikasi antara
exco dapat ditunjukkan disini. Selain itu, saya telah berkerjasama dengan orang luar
untuk menyiapkan teks pengacara majlis iaitu PRO UKM dan Jabatan Perdana Menteri
untuk memastikan teks tersebut mengikuti protokol mereka.
Saya juga telah membantu exco lain dengan tugas mereka. Contohnya, kerana
bilangan peserta melebihi 2000 orang, exco cenderahati memerlukan pertolongan
membuat menyediakan beg cenderamata. Saya dan telah membantu mereka untuk
menyediakan beg tersebut. Selain itu, saya dan exco program dan protokol yang lain telah
membantu exco pendaftran untuk memberi kit larian beberapa hari sebelum program
berlangsung bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir.
Sewaktu program berlangsung, ramai perserta berkumpul dan mendaftarkan diri
sebelum 630 pagi lagi. Sambutan terhadap program ini sungguh mengalakkan. Terdapat
ramai kanak – kanak autisme yang mendaftar pada hari tersebut. Atas rasa tanggungjawab
dan prihatin terhadap kanak – kanak ini, saya telah meniup belon untuk diberikan kepada
mereka yana lalu berdekatan. Sewaktu program berlangsung juga, terdapat beberapa
masalah yang dapat dilihat. Contohnya, permainan yang telah ditempah tidak dapat
dihidupkan kerana kekurangan elektrik. Saya serta exco saya mengambil langkah untuk
mengubah kedudukan permainan tersebut supaya berada dekat dengan punca elektrik
utama.
Perasmian program oleh Datin Paduka Seri Hjh. Rosmah Mansor, isteri Kepada YAB
Perdana Menteri, Merangkap Penaung Program PERMATA berjalan dengan lancar
setelah kesemua exco program dan protokol bekerjasama dengan Jabatan Perdana
Menteri.
Mesyuarat terakhir iaitu mesyuarat port mortem telah diadakan dan banyak halangan
serta cabaran telah dikenalpasti. Selain itu, exco – exco yang lain telah memberikan
makanan lebih di sekitar Chow Kit kerana ramai pelari pulang tanpa mengambil makanan
yang telah disediakan.
3. Kesimpulan
Program yang dijalankan telah berjaya dilaksanakan walaupun banyak cabaran yang
dihadapi. Program ini adalah program pertama kalinya yang diajurkan oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia. Banyak sambutan yang kami dapat daripada masyarakat sehingga
ada yang masih mahu mendaftar untuk menyertai larian setelah di war-warkan melalui
laman web sosial, media masa seperti televisyen, radio dan sebagainya.
Tambahan pula, program ini adalah untuk mengumpul dana untuk Makmal Autisme
UKM. Program ini juga telah memberi peluang kepada orang ramai untuk melahirkan
belas ihsan dengan menyumbangkan sebahagian besar daripada yuran penyertaan ke
tabung dana makmal tersebut. Selain itu, kedudukan tempat penganjuran di tengah kota
metropolitan sebenarnya member peluang warga kota yang sibuk denga kerja untuk
meluangkan masa beriadah, di samping meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga.
Melibatkan diri sebagai salah seorang ahli organisasi untuk menjalankan program
mega ini sebenarnya meninggalkan banyak kesan positif dalam diri saya. Hal ini kerana
menguruskan sesuatu program memerlukan komitmen yang tinggi lantas saya berpeluang
melihat keupayaan diri saya dalam menguruskan program.
Kesan yang pertama ialah saya dapat belajar untuk memikul tanggungjawab sebagai
ahli organisasi yang menganjurkan program selain melahirkan rasa tanggungjawab untuk
membantu rakan seperjuangan ketika mereka menghadapi masalah menjalankan skop
tugas mereka. Hal ini kerana bekerja dalam kumpulan, kita tidak boleh mementingkan
diri masing-masing di mana kita hanya memikirkan skop kerja kita semata-semata.
Sebaliknya kita harus bertanggungjawab membantu rakan dalam memastikan program
berjalan dengan lancar. Selain itu, melibatkan diri dalam aktiviti sebegini dapat
meningkatkan keyakinan diri saya.
Di samping itu, program sebegini dapat melahirkan rasa belas ihsan dan
meningkatkan kemahiran sosial yang sedia ada. Hal ini kerana program yang bertemakan
kemasyarakatan ini membantu saya mendekati golongan yang kurang berkemampuan dan
membantu mereka setakat yang saya mampu. Selain itu, saya berpeluang mendekati
mereka dan bersama-sama berkongsi cerita melalui subprogram Khidmat Masyarakat.
Saya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan program ini. Salah satunya ialah
timbul perubahan pada saat akhir seperti perubahan teks pengacara majlis kerana pihak
PRO UKM dan Jabatan Perdana Menteri tidak dapat hadir sebelum ini. Akan tetapi saya
bersama exco yang lain telah dapat menyiapkan teks tersebut walaupun dalam masa yang
siingkat mengikut protokol yang betul.
Selain itu, gambar juga kurang di ambil kerana program ini lebih tertumpu kepada
kanak – kanak autisme tersebut. Memandangkan program tersebut bertujuan untuk
meraikan kanak – kanak autisme serta larian dijalankan, gambar banyak tertumpu kepada
peserta – peserta larian sewaktu dan selepas mereka berlari. Walaupun banyak halangan
terjadi, namun program ini akhirnya berjalan dengan lancar dan mengikut rancangan.

Laporan Akhir HC Sosial

  • 1.
    LAPORAN AKHIR HHHC9101 KEMAHIRANSOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN Nama: Nurul Hidayah Mohd Ismail No Matrik: A143690 Fakulti: Perubatan Tahun: 1 Projek: Light Up Autism No Kod: DN00065/2014 Persatuan: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERUBATAN Tarikh: 6 April 2014 Tempat: Taman Tasik Titiwangsa Jawatan: Exco Program dan Protokol
  • 2.
    1. Pengenalan Program LightUp Autism adalah sebuah program besar yang melibatkan penglibatan mahasiswa daripada kampus Bangi dan Kuala Lumpur. Program ini adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan. Program ini telah berlangsung selama satu hari iaitu pada 6 April 2014 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengumpul dana untuk Makmal Autisme Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kanak – kanak autisme disamping memberi pendedahan kepada mahasiswa UKM sendiri tentang kebaikkan melakukan kerja secara berkumpulan. Bukan itu sahaja, program ini melatih kami sebagai satu organisasi dan juga sebagai seorang pelajar untuk berfikiran kritis, kreatif dan inovatif sepanjang pelaksanaan program ini selain menanamkan sikap bertanggungjawab sewaktu menjalankan kerja berkumpulan. Selain itu, ia telah meningkatkan kemahiran komunikasi dan bersosial dalam kalangan masyarakat serta mahasiswa sewaktu berinteraksi bersama kanak – kanak autisme dan peserta sewaktu larian tersebut berlangsung. Akhir sekali, program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang peka dan prihatin tentang kebajikan kanak – kanak autisme di samping membudayakan masyarakat penyayang. 2. Perlaksanaan Sebagai permulaan, saya sebagai exco program dan protokol diminta untuk menyediakan tentatif program sebagai permulaan. Saya dan exco yang lain mula merangka tentatif program yang akan berlangsung selama dua hari seperti yang telah dipersetujui oleh Penasihat dan juga Majlis – Majlis Tertinggi. Namun, kami terpaksa mengubah tentatif program berkali – kali kerana terdapat perubahan pada masa dan tempoh aktiviti tersebut berlangsung. Tugas saya yang berikutnya ialah mencari penyedia aktiviti luar seperti pengurus program yang menyediakan permainan untuk kanak – kanak. Namun, pengurus yang dicari mestilah mengikuti bajet yang ditentukan kerana misi utama projek ini adalah untuk mencari dana untuk Makmal Autisme UKM di samping menjaga kebajikan mereka semasa program berlangsung. Untuk memastikan program mendapat sambutan, saya dan organisasi yang lain telah menyertai ‘flashmob’ di sekitar Kuala Lumpur. Ini adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan program kami bagi meningkatkan jumlah pelari untuk menyertai larian yang kami anjurkan. Di samping itu, kami bukan sahaja telah menari, malah saya telah menolong menyebarkan risalah tentang aktiviti ini di sekitar KL Sentral. Tambahan pula, saya telah menempah ‘mock tiket’ sebagai hadiah untuk pemenang cabutan bertuah yang akan dicabut oleh perasmi. Exco program dan protokol telah bergabung dengan exco multimedia untuk melaksanakan tugasan ini. Komunikasi antara exco dapat ditunjukkan disini. Selain itu, saya telah berkerjasama dengan orang luar untuk menyiapkan teks pengacara majlis iaitu PRO UKM dan Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan teks tersebut mengikuti protokol mereka. Saya juga telah membantu exco lain dengan tugas mereka. Contohnya, kerana bilangan peserta melebihi 2000 orang, exco cenderahati memerlukan pertolongan membuat menyediakan beg cenderamata. Saya dan telah membantu mereka untuk menyediakan beg tersebut. Selain itu, saya dan exco program dan protokol yang lain telah
  • 3.
    membantu exco pendaftranuntuk memberi kit larian beberapa hari sebelum program berlangsung bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir. Sewaktu program berlangsung, ramai perserta berkumpul dan mendaftarkan diri sebelum 630 pagi lagi. Sambutan terhadap program ini sungguh mengalakkan. Terdapat ramai kanak – kanak autisme yang mendaftar pada hari tersebut. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap kanak – kanak ini, saya telah meniup belon untuk diberikan kepada mereka yana lalu berdekatan. Sewaktu program berlangsung juga, terdapat beberapa masalah yang dapat dilihat. Contohnya, permainan yang telah ditempah tidak dapat dihidupkan kerana kekurangan elektrik. Saya serta exco saya mengambil langkah untuk mengubah kedudukan permainan tersebut supaya berada dekat dengan punca elektrik utama. Perasmian program oleh Datin Paduka Seri Hjh. Rosmah Mansor, isteri Kepada YAB Perdana Menteri, Merangkap Penaung Program PERMATA berjalan dengan lancar setelah kesemua exco program dan protokol bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri. Mesyuarat terakhir iaitu mesyuarat port mortem telah diadakan dan banyak halangan serta cabaran telah dikenalpasti. Selain itu, exco – exco yang lain telah memberikan makanan lebih di sekitar Chow Kit kerana ramai pelari pulang tanpa mengambil makanan yang telah disediakan. 3. Kesimpulan Program yang dijalankan telah berjaya dilaksanakan walaupun banyak cabaran yang dihadapi. Program ini adalah program pertama kalinya yang diajurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Banyak sambutan yang kami dapat daripada masyarakat sehingga ada yang masih mahu mendaftar untuk menyertai larian setelah di war-warkan melalui laman web sosial, media masa seperti televisyen, radio dan sebagainya. Tambahan pula, program ini adalah untuk mengumpul dana untuk Makmal Autisme UKM. Program ini juga telah memberi peluang kepada orang ramai untuk melahirkan belas ihsan dengan menyumbangkan sebahagian besar daripada yuran penyertaan ke tabung dana makmal tersebut. Selain itu, kedudukan tempat penganjuran di tengah kota metropolitan sebenarnya member peluang warga kota yang sibuk denga kerja untuk meluangkan masa beriadah, di samping meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga. Melibatkan diri sebagai salah seorang ahli organisasi untuk menjalankan program mega ini sebenarnya meninggalkan banyak kesan positif dalam diri saya. Hal ini kerana menguruskan sesuatu program memerlukan komitmen yang tinggi lantas saya berpeluang melihat keupayaan diri saya dalam menguruskan program. Kesan yang pertama ialah saya dapat belajar untuk memikul tanggungjawab sebagai ahli organisasi yang menganjurkan program selain melahirkan rasa tanggungjawab untuk membantu rakan seperjuangan ketika mereka menghadapi masalah menjalankan skop tugas mereka. Hal ini kerana bekerja dalam kumpulan, kita tidak boleh mementingkan diri masing-masing di mana kita hanya memikirkan skop kerja kita semata-semata. Sebaliknya kita harus bertanggungjawab membantu rakan dalam memastikan program berjalan dengan lancar. Selain itu, melibatkan diri dalam aktiviti sebegini dapat meningkatkan keyakinan diri saya. Di samping itu, program sebegini dapat melahirkan rasa belas ihsan dan meningkatkan kemahiran sosial yang sedia ada. Hal ini kerana program yang bertemakan kemasyarakatan ini membantu saya mendekati golongan yang kurang berkemampuan dan
  • 4.
    membantu mereka setakatyang saya mampu. Selain itu, saya berpeluang mendekati mereka dan bersama-sama berkongsi cerita melalui subprogram Khidmat Masyarakat. Saya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan program ini. Salah satunya ialah timbul perubahan pada saat akhir seperti perubahan teks pengacara majlis kerana pihak PRO UKM dan Jabatan Perdana Menteri tidak dapat hadir sebelum ini. Akan tetapi saya bersama exco yang lain telah dapat menyiapkan teks tersebut walaupun dalam masa yang siingkat mengikut protokol yang betul. Selain itu, gambar juga kurang di ambil kerana program ini lebih tertumpu kepada kanak – kanak autisme tersebut. Memandangkan program tersebut bertujuan untuk meraikan kanak – kanak autisme serta larian dijalankan, gambar banyak tertumpu kepada peserta – peserta larian sewaktu dan selepas mereka berlari. Walaupun banyak halangan terjadi, namun program ini akhirnya berjalan dengan lancar dan mengikut rancangan.