Dokumen ini berisi kuiz peribahasa tentang cerita Rashid dan kakaknya Raudah yang merancang kejutan untuk ibu mereka pada hari ibu. Cerita ini digunakan untuk menguji pemahaman siswa terhadap makna peribahasa Melayu.
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenAdrianAgoes9
sosialisasi untuk dosen dalam mengisi dan memadankan sister akunnya, sehingga bisa memutakhirkan data di dalam sister tersebut. ini adalah untuk kepentingan jabatan akademik dan jabatan fungsional dosen. penting untuk karir dan jabatan dosen juga untuk kepentingan akademik perguruan tinggi terkait.
2. Arahan Kuiz
• Dengar cerita Kejutan Hari Ibu dengan teliti.
• Fahami erti peribahasa yang berwarna merah
dalam cerita itu.
• Selesainya cerita itu, kamu akan diberikan teks
yang tidak lengkap. Hanya makna akan
diberikan.
• Gantikan makna-makna itu dengan peribahasa
yang telah kamu pelajari.
• Pemenang akan menerima hadiah.
3. Baik budi
Ibu seorang yang baik budi. Sifatnya yang
penyayang membuat keluarganya rasa gembira
jika dia ada di rumah. Dia juga mengajar anak-
anaknya untuk selalu menghormati orang tua
dan bercakap baik.
4. Ikat perut
Jika anak-anaknya memerlukan sesuatu,
Ibu tidak akan ikat perut memberikannya
kepada mereka. Dia akan membawa anak-
anaknya pergi membeli-belah.
5. Ambil berat
Ibu memang tidak lokek. Selain daripada
membeli-belah, Ibu ambil berat tentang hari
jadi anak-anaknya dan juga Hari Kanak-kanak.
Ibu sering memberikan hadiah yang istimewa
kepada mereka.
6. Anak emas
Pada ibu, setiap anaknya ialah anak emas.
Dia amat menyayangi semua anak-anaknya dan
menjaga mereka dengan sangat baik.
7. Berat sebelah
Jika mereka bergaduh, Ibu tidak pernah
berat sebelah. Siapa yang salah akan ditegur
Ibu. Semua anak-anaknya diberikan kasih sayang
yang sama.
8. Ada akal
Untuk Hari Ibu yang akan datang bulan Mei
ini, Rashid ada akal untuk menyiapkan sebuah
kejutan untuk ibunya.
9. Ada jalan
“Mesti ada jalan untuk membuat ibu
terkejut dan gembira! Hehehe…” bisik hati
Rashid.
10. Campur tangan
Sambil Rashid merancang kejutan untuk
ibunya, kakaknya, Raudah, ingin campur tangan.
“Adik buat apa tu? Kakak ingin bantu!”
kata Raudah.
13. Jaga mulut
“Boleh. Tapi harus jaga mulut tau. Bilang
ibu, hadiah ini untuk kawan sekolah kami!”
sambung Rashid lagi dengan tersengih-sengih.
14. Ambil hati
“Itu bahaya,
Rashid. Nanti ibu ambil
hati kerana terfikir awal-
awal bahawa hadiah itu
memang untuknya.
Kasihan ibu,” kata
Raudah.
15. Cari jalan
“Hmm... Mungkin kita boleh cari jalan untuk
menyembunyikan hadiah itu daripada ibu!” cadang
Raudah. Raudah pun berfikir.
“Simpanlah hadiah itu di bawah katil Rashid.
Ibu pasti tidak akan tahu!” kata Raudah lagi.
16. Ada bakat
“Haha! Betul lah kata kakak. Kakak
memang pandai, ada bakat untuk
merancang kejutan ya!” usik Rashid.
17. Besar hati
“Tak sabarlah untuk berikan kepada
Ibu! Pasti dia besar hati menerimanya,” kata
Raudah.
19. Peribahasa apakah ini?
Ibu seorang yang (berperangai mulia).
Sifatnya yang penyayang membuat keluarganya
rasa gembira jika dia ada di rumah. Dia juga
mengajar anak-anaknya untuk selalu
menghormati orang tua dan bercakap baik.
20. Peribahasa apakah ini?
Jika anak-anaknya memerlukan sesuatu,
Ibu tidak akan (lokek atau kedekut)
memberikannya kepada mereka. Dia akan
membawa anak-anaknya pergi membeli-belah.
21. Peribahasa apakah ini?
Ibu memang tidak lokek. Selain daripada
membeli-belah, Ibu (memberikan perhatian)
tentang hari jadi anak-anaknya dan juga Hari
Kanak-kanak. Ibu sering memberikan hadiah
yang istimewa kepada mereka.
22. Peribahasa apakah ini?
Pada ibu, setiap anaknya ialah (orang yang
sangat disayangi). Dia amat menyayangi semua
anak-anaknya dan menjaga mereka dengan
sangat baik.
23. Peribahasa apakah ini?
Jika mereka bergaduh, Ibu tidak pernah
(tidak adil). Siapa yang salah akan ditegur Ibu.
Semua anak-anaknya diberikan kasih sayang
yang sama.
24. Peribahasa apakah ini?
Untuk Hari Ibu yang akan datang bulan Mei
ini, Rashid (memiliki idea) untuk menyiapkan
sebuah kejutan untuk ibunya.
26. Peribahasa apakah ini?
Sambil Rashid merancang kejutan untuk
ibunya, kakaknya, Raudah, ingin (masuk campur).
“Adik buat apa tu? Kakak ingin bantu!” kata
Raudah.
27. Peribahasa apakah ini?
Raudah mempunyai
(sangat baik hati). Dia
memang suka menolong
orang, tidak kira keluarga
ataupun kawan.
28. Peribahasa apakah ini?
“Jom siapkan (barang yang dibawa sebagai
hadiah) untuk ibu!” kata Rashid dengan ghairah.
29. Peribahasa apakah ini?
“Boleh. Tapi harus (hati-hati apabila
bercakap) tau. Bilang ibu, hadiah ini untuk
kawan sekolah kami!” sambung Rashid lagi
dengan tersengih-sengih.
30. Peribahasa apakah ini?
“Itu bahaya,
Rashid. Nanti ibu (berasa
kecewa atau
tersinggung) kerana
terfikir awal-awal
bahawa hadiah itu
memang untuknya.
Kasihan ibu,” kata
Raudah.
31. Peribahasa apakah ini?
“Hmm... Mungkin kita boleh (berikhtiar
mengatasi masalah) untuk menyembunyikan
hadiah itu daripada ibu!” cadang Raudah. Raudah
pun berfikir.
“Simpanlah hadiah itu di bawah katil Rashid.
Ibu pasti tidak akan tahu!” kata Raudah lagi.
32. Peribahasa apakah ini?
“Haha! Betul lah kata kakak. Kakak
memang pandai, (berkebolehan) untuk
merancang kejutan ya!” usik Rashid.
33. Peribahasa apakah ini?
“Tak sabarlah untuk berikan kepada
Ibu! Pasti dia (bangga atau gembira)
menerimanya,” kata Raudah.